PRINSIP PEMBELAJARAN DEWASA
(PSM3033)
BAB 1
KONSEP PEMBELAJARAN
1.1 Definisi Pembelajaran
Pembelajaran adalah proses yang menyebabkan
perubahan tingkah laku pada manusia.
Perubahan tingkah laku dihasilkan daripada
pengalaman yang di yang diperoleh dan latihan
yang diikuti, bukan daripada sumbangan faktor lain.
Perubahan tingkah laku itu biasanya berlaku dalam
jangka masa tertentu dan tidak semestinya
diperoleh serta merta.
1.1 Definisi Pembelajaran (samb.)
Stalling (1973) menyatakan pembelajaran harus berdasarkan
tiga kriteria penting:-
1. Pembelajaran harus menampakkan perubahan dalam
tingkah laku.
2. Pembelajaran harus melibatkan pemikiran.
3. Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui
pengalaman dan latihan.
Pembelajaran berlaku apabila seseorang boleh menunjukkan
bahawa dia tahu sesuatu yang dia tidak tahu sebelumnya
dan/atau apabila dia boleh melakukan sesuatu yang dia tidak
dapat lakukan sebelumnya (kemahiran).
Tiga Gaya Pembelajaran
Visual
Auditori
Kinestetik
1.2 Ciri-ciri Pembelajaran
Satu proses berterusan.
Secara formal (contohnya: sekolah) dan tak formal
(contohnya: melalui rakan, keluarga, media massa dan
persekitaran).
Ada hasil pembelajaran yang diharapkan:
1. Domain kognitif (pemikiran, pengetahuan)
2. Afektif (sikap, perasaan, nilai-nilai murni)
3. Psikomotor (kemahiran, amalan)
4. Kombinasi ketiga-tiga domain pembelajaran dapat
dihasilkan apabila individu berinteraksi dgn persekitaran
1.2 Ciri-ciri Pembelajaran (samb.)
Pembelajaran berlaku secara sengaja atau tidak
sengaja sepanjang hidup seseorang
Pembelajaran berlaku dalam diri individu yang ingin
belajar
Melibatkan perubahan tingkah laku
Berkait rapat dengan tahap kehidupan seseorang
Melibatkan pengalaman dan proses mengalami
sesuatu
Pengalaman peserta latihan itu sendiri adalah penting
dalam pembelajaran
1.3 Jenis Pembelajaran
Pembelajaran bagi memproses maklumat
1. Pembelajaran mengenal ransangan
2. Pembelajaran menamakan ransangan
3. Pembelajaran mengelaskan ransangan
4. Pembelajaran membina konsep
5. Pembelajaran membina prinsip
Pembelajaran bagi menggunakan
pengalaman
1. Pembelajaran membina kebiasaan
2. Pembelajaran membina kemahiran
3. Pembelajaran menyelesaikan masalah
Keperluan pembelajaran bagi seseorang pelajar:-
Kemahiran intelek – Kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif.
Kemahiran psikomotor – Kebolehan otot fizikal dan afektif
(cth: bertukang, menjahit)
Sikap – Keadaan dalaman dan perubahan tingkah laku yang lebih
baik sebelum, semasa, dan selepas pembelajaran.
Strategi kognitif – Kemahiran mengawal sendiri proses-
proses dalaman belajar seperti mengingat dan berfikir (cth: peta
minta utk mengingat)
Maklumat verbal – kebolehan menyampaikan dan
mendapatkan fakta sama ada secara lisan atau bukan lisan.