Bab I: Pengenalan Kajian
• Pengenalan
• Latar Belakang Kajian
• Penyataan Masalah
• Objektif Kajian
• Persoalan Kajian
• Hipotesis Kajian
• Kepentingan Kajian/Kesignifikanan Kajian
• Skop Kajian
• Limitasi Kajian
• Definisi Operasional
TAJUK KAJIAN
• 1) Kenal pasti tajuk kajian yang hendak dijalankan
• Dalam memilih tajuk penyelidikan, penyelidik
sepatutnya memilih masalah atau bidang yang
hendak dikaji itu bersesuaian dengan minat dan
kepakaran masing-masing
• Selain itu,pembacaan buku dan kertas kerja
penyelidikan dapat memberikan maklumat
berkaitan dengan tajuk atau masalah yang dipilih
• Kajian terhadap karya terdahulu yang berkaitan
boleh mencetuskan idea atau persoalan dan
memahami isu-isu yang pernah dikaji oleh
penyelidik sebelum ini
• Setelah mengenalpasti isu dan persoalan kajian
melalui sumber tersebut maka penyelidik boleh
menentukan tajuk penyelidikan yang sesuai
• Tajuk harus mencerminkan skop kajian secara jelas
dan tepat
• Penyelidik perlu menghadkan bilangan perkataan
dan sebaik-baiknya tidak memasukkan rangkai kata,
seperti “ Satu kajian….” atau “ Satu analisis….”
kerana setiap penyelidikan itu sememangnya
“kajian” dan analisisnya tersirat.
Contoh tajuk:
• Keberkesanan Kajian Pembelajaran
Berbantukan Komputer Terhadap Penguasaan
Konsep Sains
Bab 1- Pengenalan
Pendahuluan
• Pada awal setiap bab, anda perlu mulakan dengan
satu atau dua perenggan memperkenalkan secara
umum dan ringkas kandungan yang anda tulis
dalam bab tersebut
• Contoh:
Bab 1 akan membincangkan latar belakang kajian
diikuti dengan kupasan permasalahan kajian.
Perbincangan ini akan diikuti dengan objektif,
persoalan dan hipotesis kajian. Seterusnya bab ini
membincangkan kepentingan kajian diikuti dengan
skop kajian dan penerangan tentang definisi operasi
yang akan digunakan dalam kajian
•PENGENALAN
PENGENALAN – TIPS
• Kebiasaannya bahagian ini mempunyai empat
sub-bahagian yang utama iaitu
• 1- Pengenalan kepada isu yang dikaji
• 2- Apa dapatan kajian lepas berkaitan isu ini
• 3 -Berdasarkan dapatan kajian lepas, apa
penambahbaikan yang kita boleh lakukan lagi?
(Statement of problem)
• 4- Apa yang nak dibuat? (Objektif)
LATAR BELAKANG KAJIAN
• Pengenalan kepada isu dikaji
• Perkenalkan isu yang nak kaji ni secara general dulu. Contohnya, boleh
ceritakan terlebih dahulu pasal situasi dunia (general) dan kemudian ceritakan
pasal situasi di Malaysia (spesifik)
• CTH AYAT
• Fenomena perubahan cuaca bukanlah sesuatu yang baru dan ia telah melanda
kebanyakan negara di dunia. IPCC (2015) merumuskan bahawa perubahan
cuaca boleh disebabkan oleh dua punca utama iaitu proses alam semulajadi
seperti El-Nino dan La Nina dan aktiviti manusia. IUCN (2015) menjangkakan
bahawa kebanyakan bahagian di dunia akan terus mengalami peningkatan
suhu. Masalah ini akan mempercepatkan pencairan ais di kutub utara dan
selatan dan seterusnya menyebabkan peningkatan paras air laut dan kekerapan
cuaca ekstrem seperti ombak besar dan angin kencang. Sama seperti negara lain
di dunia, simptom-simptom perubahan cuaca ini telah dibuktikan berlaku di
Malaysia dan ia telah membawa banyak masalah kepada kumpulan komuniti
seperti nelayan skala kecil yang sememangnya bergantung kepada kestabilan
cuaca untuk menjalankan rutin sosio-ekonomi mereka.
• Apa dapatan kajian lepas berkenaan isu ini?
• Masukkan beberapa dapatan kajian lepas berkenaan dengan isu yang dikaji.. Tapi ingat,
hanya kupasan data yang berkenaan, tidak perlu terlalu detail menerangkan kajian lepas di
bahagian ini.
• CTH AYAT
• Banyak kajian tempatan yang telah dilakukan bagi melihat kepada simptom-simptom
perubahan cuaca yang berlaku. Masri (2016) sebagai contoh telah membuktikan bahawa
terdapat peningkatan bagi jumlah hari siang yang melebihi 38 darjah celcius di kawasan
seperti Lumut, Batu Pahat, Langkawi dan Pekan manakala Hamdan (2014) membuktikan
peningkatan sebanyak 1.5 darjah celcius dalam tempoh 30 tahun (1985-2015) di kawasan
seperti Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Kuantan. Samsul (2015) dalam kajiannya
mengesahkan kestidakstabilan bagi monsun timur laut di bahagian pantai timur
Semenanjung Malaysia manakala Abdullah (2015) merumuskan peningkatan jumlah bagi
kejadian cuaca ekstrem seperti ombak besar dan angin kencang di kawasan Pantai Barat
Semenanjung Malaysia. Satu lagi kajian oleh Aishah Hamizah (2013) membuktikan
bahawa perairan di sempadan Pulau Pinang/Perak dan Mersing telah mengalami
peningkatan paras air laut sebanyak 2mm/setahun
PENYATAAN MASALAH
• 3) Berdasarkan dapatan kajian lepas, apa penambahbaikan yang
kita boleh lakukan lagi? (Permasalahan kajian)
• Berdasarkan dapatan kajian lepas yang dilakukan tadi, pada
pengamatan anda, apa lagi yang perlu dilakukan, yang
membolehkan kajian anda dilakukan? Empirical Gap?
Methodological Gap? Theoretical Gap? Conceptual Gap? Policy
Gap?
• CTH AYAT
• Sungguhpun banyak kajian lepas berkaitan fenomena perubahan
cuaca telah dilakukan, namun begitu, kebanyakkannya
menumpukan kepada dapatan saintifik seperti peningkatan suhu
(Masrizan, 2016, Mas Erna, 2014), ketidakstabilan musim monsun
(Shamsul, 2015), peningkatan kejadian cuaca ekstrem (Farah,
2015) serta peningkatan paras air laut (Aisyah, 2013) dan ini
menyebabkan ruang bagi dapatan kajian berkaitan isu sosial
masih banyak perlu diisi. Kajian berkaitan dengan adaptasi sosial
terhadap perubahan cuaca khususnya mereka yang bergantung
harap kepada kestabilan cuaca seperti nelayan skala kecil harus
diperbanyakkan bagi meningkatkan pemahaman tentang kesan
perubahan cuaca terhadap rutin sosio-ekonomi mereka.
• 4) Apa yang nak dibuat? (Objektif)
• Berdasarkan permasalahan kajian tadi, apa yang anda ingin
lakukan? Apa yang kajian anda boleh lakukan yang dapat
menyumbang sesuatu kepada existing knowledge or practice or
policy?
• CTH AYAT
• Berdasarkan keperluan untuk melakukan lebih banyak kajian
sosial yang berkaitan dengan perubahan cuaca, maka tujuan
utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap
adaptasi terhadap perubahan cuaca dalam kalangan nelayan skala
kecil di Malaysia. Dengan melakukan kajian ini ia diharap dapat
memberikan pemahaman yang lebih menyeluruh dan seterusnya
memberikan input kepada pihak yang berkenaan agar strategi
pembangunan komuniti yang ingin dirangka selari dengan
kemampuan, minat, dan keperluan nelayan skala kecil di
Malaysia.
Objektif Kajian
• Merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam kajian.
• Mestilah berfokus kepada kajian yg dijalankan.
• Biasanya ia dinyatakan dalam bentuk pertanyaan yang
menjelaskan hubung kait antara pembolehubah.
• Oleh itu, objektif perlu dinyatakan dengan jelas supaya
dapat menunjukkan apa yang hendak dicapai,
bagaimana dan bilakah hendak dicapai(boleh diukur)?
• Penggunaan perkataan seperti “ mengenal pasti”, “
menghuraikan”, “ menentukan”, “ menjelaskan”., “
membandingkan”, dan sebagainya sesuai digunakan
kerana mudah dicerap
• Contoh Objektif:
• 1. Mengenalpasti faktor-faktor iklim organisasi
yang mempengaruhi prestasi kerja kakitangan
sektor awam dinegeri Kedah
• 2. Untuk menentukan kesan pelaburan asing dan
pelaburan domestik terhadap pertumbuhan
ekonomi negara antara tahun 1980 hingga 2007
• 3. Untuk menjelaskan keberkesanan program
pembacaan yang berbeza terhadap kemahiran
membaca kanak-kanak prasekolah
Persoalan Kajian
• Soalan kajian yang baik dapat menjelaskan dengan
sendiri tentang perkara yang hendak dikaji, cara kajian
dijalankan dan setakat mana kajian dijalankan
• Ia harus berkait pemboleh ubah yang digunakan dalam
kajian
• Ayat soalan (5W 1H)
• Contoh:
• Apakah faktor-faktor yang mendorong mograsi dari luar
bandar ke bandar?
• Bagaimanakah migrasi ke bandar memberi kesan
kepada pertambahan kadar kemiskinan bandar?
Hipotesis Kajian (kajian Kuantitaif)
• Merupakan ramalan awal kajian sama ada ia
menyokong atau menolak kajian itu sendiri.
• Membuat hipotesis memerlukan penelitian yang
mendalam
• Ia amat penting dan akan memberi gambaran
tentang kajian yg ingin dijalankan
• Contoh 1:
• Dalam kajian untuk menentukan sama ada waktu
kerja fleksibel dengan peningkatan produktiviti
pekerja, maka hipotesis nol dan hipotesis alternatif
dapat ditulis seperti berikut:
• H0: Tidak ada hubungan antara waktu kerja
fleksibel dengan peningkatan produktiviti pekerja
• H1: Ada hubungan antara waktu kerja fleksibel
dengan peningkatan produktiviti pekerja
Kepentingan Kajian
• Utk menjelaskan pentingnya permasalahan
tersebut dikaji.
• Utk mencari penyelesaian terhadap permasalan
yang disebut sebelumnya.
• Signifikan kajian menjawab soalan berikut:
• 1. Mengapa kajian anda penting
• 2. Untuk siapa kepentingan kajian ini?
• 3. Apakah manfaat yang diperoleh jika kajian ini
dilakukan?
Batasan Kajian
• Langkah seterusnya nyatakan delimitasi kajian. Ia
adalah penerangan kepada pemilihan perkara
utama yang menjadi fokus kajian yang berada dalam
kawalan anda
• Pembaca tentu ingin tahu mengapa, umpamanya
anda mengambil kira faktor jantina
• Merupakan ruang lingkup sebuah penyelidikan
saintifik yg ingin dilakukan.
• Meliputi setakat mana penyelidikan itu hendak
dilakukan
• Ia menjelaskan sejauh mana ruang lingkup
sesebuah penyelidikan tersebut
Definisi Operasional
DEFINISI KONSEP
• Memberi makna perkataan atau konsep yang dikaji.
• Erti kata lain definisi secara bahasa berkaitan dengan
sesuatu kajian.
• Contoh “memandu” membawa maksud memandu
kenderaan. Tidak kiralah kenderaan apa sekalipun.
DEFINISI OPERASIONAL
• Cuba menjelaskan tentang apa yang dimaksudkan.
• Definisi operasional adalah definisi tersendiri yang
dimaksudkan oleh penyelidik.
• Contoh : perkataan pemandu.didefinisikan sebagai
pemandu yg mempunyai lesen yg sah