The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bissmi.mus, 2019-06-26 22:31:49

PENGENALAN KEPADA PENYELIDIKAN

PENGENALAN KAEDAH PENYELIDIKAN

PENGENALAN KAEDAH PENYELIDIKAN

 Secara lebih khusus, kaedah penyelidikan sains
juga digunakan untuk mengkaji masyarakat

 Idea perlunya Sains Kemasyarakatan dan
penyelidikan saintifik ke atas masyarakat
diasaskan oleh Durkheim dalam tulisannya
Rules of Sociological Method pada tahun 1895
(Easthope, 1974)

 Menurut Durkheim, Sains Kemasyarakatan
muncul atas tiga sebab

 Pertama adanya satu entiti dinamakan
masyarakat yang mana terdapat pelbagai jenis
orang didalamnya

 Kedua, proses menemukan masyarakat tidak
diketahui

 Ketiga, masyarakat sebenarnya boleh difahami
dengan kaedah sains

 Selepas itu, muncul pelbagai usaha dengan
menggunakan kaedah saintifik untuk memahami
masyarakat seperti Kuhn yang memperkenalkan
kaedah eksperimen pada tahun 1962

 Peter Townsend pula memperkenalkan kaedah
tinjauan pada tahun 1957

 Selain itu, kaedah pemerhatian lebih dahulu
digunakan para saintis untuk memahami
masyarakat sejak 1923 (Easthope, 1974)

 Secara umumnya, sekiranya dilihat pada
takrifan kaedah penyelidikan saintifik adalah
satu kaedah sistematik yang menjawab sesuatu
persoalan

 Menurut Tuckman (1999), penyelidikan ialah
cara sistematik bagi mendapatkan jawapan
untuk sesuatu persoalan

 Ahmad Mahdzan (2005) pula menyatakan,
penyelidikan didefinisikan sebagai usaha-usaha
bagi mencari jawapan kepada soalan-soalan
khusus yang dikemukakan tentang sesuatu
masalah

 Manakala Adler (2008), berpendapat kaedah
saintifik adalah satu cara mengadakan kajian
empirikal dengan mengikut objektif yang
tertentu, logik dan mempunyai komunikasi
antara penyelidik komuniti dengan
menghubungkan antara kajian dengan teori

 Daripada takrifan tersebut, kaedah saintifik
bermula dengan masalah, kemudian
penyelidikan dibuat untuk mendapatkan
jawapan secara sistematik dan logik

 Secara umumnya, kaedah saintifik atau kaedah
sains merupakan kaedah yang digunakan untuk
menyiasat sesuatu fenomena, menceburi ilmu
baru atau membetulkan dan menyatupadukan
ilmu terdahulu

 Kaedah ini berasaskan bukti yang boleh
diperhatikan, empirikal dan boleh diukur
berdasarkan prinsip penaakulan(logik)

 Kaedah saintifik meliputi pengumpulan data
melalui pemerhatian dan uji kaji serta rumusan
dan pengujian hipotesis (Adler, 2008)

 Walaupun prosedur-prosedurnya berbeza
melalui pelbagai bidang penyelidikan, terdapat
beberapa ciri jelas yang membezakan kaedah
saintifik daripada kaedah ilmu lain

 Penyelidik sains mencadangkan hipotesis
sebagai penjelasan fenomena, lalu mereka
membuat uji kaji untuk menguji hipotesis
tersebut

 Langkah-langkah dalam uji kaji mestilah boleh
diulangi supaya dapat mentaksir
kebolehpercayaan hasil ujian pada masa depan

 Teori yang merangkumi bidang yang lebih luas
boleh menggabungkan beberapa hipotesis dalam
satu struktur yang saling berhubungkait.

 Ini membantu dalam mengatur hipotesis
baharu, atau meletakkan hipotesis dalam
konteks (Blaikie, 2009)

 Ciri-ciri persamaan lain termasuklah
pengakuan bahawa proses itu mestilah objektif
bagi mengurangkan pentafsiran yang
mempunyai kecenderungan

 Penguji juga perlu mendokumentasikan,
mengarkibkan dan berkongsi segala data dan
kaedah supaya ia boleh dikaji oleh ahli sains lain
untuk membolehkan penyelidik lain
mengesahkan hasil uji kaji dengan melakukan
uji kaji semula

 Kaedah ini dinamai laporan penuh,
membolehkan kebolehpercayaan data ini diukur
secara statistik (Neuman, 2006)

CIRI-CIRI PENYELIDIKAN

 Ia bermula dengan satu persoalan di dalam
pemikiran seorang penyelidik

 Ia memerlukan satu perancangan

 Ia menuntut kenyataan yang jelas mengenai
sesuatu masalah

 Ia melibatkan permasalahan yang utama dengan
peramasalahan yang berkaitan

 Ia mencari arah tuju melalui hipotesis berkenaan

 Ia melibatkan fakta dan makna fakta

 Ia adalah berhubungkait menghimpun dan
menganalisa Data

• Availability ( Sumber Tersedia) ia adalah agak sukar untuk
mendapatkan data dari menentukan jenis data yang
diperlukan

• Authenticity (Perakuan) penyelidik mestilah memastikan
ketepatan data

• Adequacy (Mencukupi) merujuk kepada perolehan data
samada mencukupi bagi membolehkan kesimpulan sah
dinyatakan

• Vadility (Kesahan) penyelidik hendaklah memastikan data
dan maklumat adalah tepat dan sah

OBJEKTIF PENYELIDIKAN

 Meneliti pendapat, sikap dan tingkahlaku populasi

 Menjelaskan hubungan atau kolerasi antara
pembolehubah (permasalahan) berdasarkan
huraian hukum sebab musabab terhadap fenomena
atau persoalan yang timbul

 Mendapatkan bukti-bukti yang jelas dan kukuh
bagi membolehkan telahan atau andaian dibuat

 Mencari jawapan yang tepat terhadap sesuatu
masalah

 Merangka dan mencadangkan penyelesaian
masalah

ETIKA DALAM PENYELIDIKAN

KEIKHLASAN RESPONDEN
 Penyelidik hendaklah berkomunikasi secara berhikmah,

menjelaskan dengan sebaik-baiknya tujuan penyelidikan
dijalankan bagi melahirkan rasa kerjasama dan keikhlasan
MENGELAK GANGGUAN KEATAS RESPONDEN
 Para responden tidak sewajarnya diganggu sama ada dalam
bentuk fizikal, mental atau emosi dalam mendapatkan data
atau selepas laporan ditulis
 Contoh gangguan: memalukan, membahayakan, melahirkan
rasa tidak selesa terhadap diri responden

ANONIMITI & KONFIDENTIALITI

 Anonimiti bermaksud penyelidik atau pembaca
laporan 'gagal' mengenalpasti responden yang
memberikan maklumat

 Konfidentialiti bermaksud penyelidik dapat
mengenalpasti responden serta dapat menjaga
kerahsiaan latar diri responden daripada
pengetahuan publik

MENGELAK PENIPUAN

 Penyelidik perlu mengelak diri daripada unsur-
unsur penipuan dalam penyelidikannya samada
dalam merangka metodologi, mendapatkan data,
menganalisis data atau menulis laporan

 Penyelidik perlu berterus terang tentang dirinya
dan objektif kajiannya serta tidak memanipulasikan
data-data bagi menunjukkan objektif kajiannya
tercapai

KOD ETIKA PENYELIDIKAN

Prinsip Etika APA (American Psychology Association):

 Penyelidik perlu memastikan kerahsiaan responden
 Dalam merekabentuk, menjalan dan membuat laporan, penyelidik

hendaklah mematuhi standard saintifik penyelidikan
 Penyelidik menjaga kebajikan dan maruah responden
 Segala bentuk penyelidikan tidak melanggar undang-undang negara
 Kelulusan daripada organisasi atau agensi tertentu perlu diperoleh

terlebih dahulu sebelum menjalankan penyelidikan
 Penyelidik perlu menjelaskan maksud dan hasil yang dijangka

kepada responden
 Penyelidik perlu mendapat persetujuan daripada responden

sebelum mendapatkan maklumat
 Penyelidik hendaklah mengelak daripada menjatuhkan maruah

responden
 Penyelidik tidak sekali-kali menceroboh suasana kehidupan

responden
 Penyelidik bertanggungjawab menyediakan nature, hasil dan

konklusi penyelidikan jika dikehendaki oleh responden

TAHAP KEPERLUAN PERLAKSANAAN ETIKA

Tahap Pelaksanaan Etika

Mengenal pasti  Masalah hendaklah tulen (bukan plagiat)
masalah  masalah yang dikaji tidak mengenepikan nilai-

Menyelidik dan nilai sejagat
Mengumpul Data  bersikap objektif dan terbuka (lahir dari

Menganalisis data keikhlasan hati)
 pengumpulan data didasarkan kepada prinsip

kejujuran dan amanah
 responden dibimbing dengan betul bagi

mendapatkan maklumat
 penyelidik tidak menyembunyikan identiti

daripada pengetahuan responden
 status atau autoriti tidak boleh digunakan bagi

memaksa responden memberikan maklumat
 data-data hendaklah dianalisis secara tepat

dengan menggunakan kaedah yang betul
 data-data disampaikan dalam bentuk yang

benar

Menulis Laporan  Penyelidik perlu menjauhi sikap menganalisis
Menyerah Laporan data secara emosional atau kecenderungan
peribadi

 Perkara-perkara yang sensitif dan mengaibkan
hendaklah dijaga oleh penyelidik

 penyelidik melaporkan berdasarkan
penemuannya dengan tidak merahsiakan dan
melakukan pengubahsuaian

 laporan kajian hendaklah ditulis dengan penuh
keberanian dan kejujuran

 Kesemua pembaikan terhadap laporan
penyelidikan hendaklah dilakukan secara jujur
berdasarkan pandangan penyelia/teguran
pengulas semasa pembentangan laporan
penyelidikan

 Perakuan terakhir daripada penyelia/pembaca
laporan hendaklah diperolehi sebelum serahan
laporan terakhir dilaksanakan

 Penyelidik hendaklah sentiasa mempunyai rasa
ihsan (selalu merasai kehadiran Ilahi)

KESIMPULAN

 Penyelidik hendaklah menguasai langkah-langkah
penyelidikan dengan tepat dan sempurna supaya hasil
kajian yang dijalankan lebih mudah difahami oleh
pemeriksa

 Dalam penyelidikan yang dijalankan, niat memainkan
peranan penting. Sebagai penyelidik Islam, niat
menjalankan penyelidikan kerana Allah perlu diletak di
hadapan


Click to View FlipBook Version