The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syumaimah08, 2021-06-19 05:16:24

BAHAN KIMIA DALAM MAKANAN

BAHAN KIMIA DALAM MAKANAN

BAHAN KIMIA
DALAM MAKANAN

OLEH : PANITIA KIMIA
SMA TENGKU AMALIN A’ISHAH PUTRI

BAHAN KIMIA DALAM MAKANAN

 Banyak bahan kimia yang digunakan dalam makanan yang kita ambil setiap
hari seperti bahan pewarna, bahan pengawet dan bahan perasa.
Penggunaan bahan kimia dalam makanan yang diproses menjadi semakin
penting, walau bagaimanapun, penggunaannya secara yang tidak betul akan
menimbulkan kesan sampingan kepada pengguna.

KEPENTINGAN BAHAN KIMIA DALAM MAKANAN

 Bahan kimia digunakan untuk menggantikan penggunaan bahan asli.
Penciptaan bahan perasa tiruan telah dapat menggantikan penggunaan bahan
asli dalam membuat sesetengah bahan makanan

 Bahan kimia digunakan bagi menambah keenakan makanan.Penggunaan bahan
perasa seperti MSG yang ditambah dalam makanan segera atau makanan
ringan menjadikan makanan lebih enak.

 Bahan kimia membantu mengekalkan kesegaran makanan. Penggunaan bahan
pengawet dalam industri makanan dapat mengekalkan kesegaran makanan
tersebut dalam jangka panjang.

 Bahan kimia membantu aktiviti memproses makanan. Adanya bahan kimia
seperti pengawet telah menggalakkan pertumbuhan industri hiliran yang
berasaskan pertanian, penternakan dan hasil laut.

KESAN SAMPINGAN PENGGUNAAN BAHAN
KIMIA

 Penggunaan bahan kimia menyebabkan penyakit berbahaya. Penggunaan
secara berlebihan oleh pengeluar makanan boleh mendatangkan pelbagai
penyakit kepada pengguna.

 Keracunan juga boleh berlaku akibat mengambil makanan yang menggunakan
bahan kimia berlebihan.

 Penggunaan bahan kimia yang berlebihan juga boleh menyebabkan ketagihan.
Kandungan kafein dan alkohol dalam makanan boleh menyebabkan penggemar
makanan berkenaan ketagih.

 Penggunaan bahan kimia tertentu dalam makanan boleh menjejaskan
tumbesaran.

 Bahan kimia yang digunakan dalam makanan juga boleh menyebabkan alahan.

CONTOH-CONTOH BAHAN KIMIA YANG DIGUNAKAN DALAM
PEMPROSESAN MAKANAN

1. PENGAWET ( mencegah makanan dari dirosakkan oleh mikroorganisma dan dapat disimpan
lebih lama)
Contoh : asid benzoik dalam sos cili
natrium nitrit atau natrium nitrat dalam sosej

2. PEWARNA (menambah warna makanan supaya kelihatan menarik dan lazat)
Contoh : sebatian azo untuk memberikan warna kuning, merah atau hitam,
sebatian trifenil untuk memberikan warna hijau atau biru

3. PENGANTIOKSIDA (melambatkan pengoksidaan lemak dalam makanan dan mencegah
ketengikan makanan yang berminyak).
Contoh : asid askorbik (vitamin C) dalam gula-gula
asid sitrik dalam makanan berminyak seperti kek dan biskut

4. PERISA ( menggantikan rasa asli dan menambahkan rasa untuk menyedapkan
makanan)
Contoh : mononatrium glutamate(MSG) dalam mi segera
aspartame (memaniskan makanan)

5. PENSTABIL ( memberikan struktur yang sekata dan licin)
Contoh : pektin untuk memekatkan jem

6. PENGELMULSI ( membaurkan dua cecair yang tidak bercampur untuk menghasilkan
emulsi)
Contoh : monogliserida atau digliserida dalam mentega kacang
lesitin dalam coklat

7. PELUNTUR ( membuang warna yang tidak dikehendaki dalam makanan)
Contoh : benzoil peroksida dalam tepung gandum


Click to View FlipBook Version