The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirulnafis017, 2023-05-27 09:42:51

Al-Masyaqqah Tajlib al- Taisir

E-book STK

Al- Masyaqqah tajilib altaisir W R I T T E N B Y •NAFIS •FIRDAUS •ZAIM •ALIFF FITRI


ISI KaNdunGAN rukhsah Dalil berkaitan Definisi istilah jenis sebab


D E F I N I S I DARI SEGI BAHASA: SESUATU YANG MELETIHKAN KAEDAH INI BERMAKSUD KESUKARAN ITU MENARIK ADANYA KEMUDAHAN/KESUKARAN MEMBAWA KEPADA KERINGANAN. SELAIN ITU JUGA, KAEDAH INI BERMAKSUD, APABILA TERDAPAT SESUATU KESUSAHAN ATAU KESULITAN DALAM MENUNAIKAN DAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH S.W.T, PERINTAH ITU DIRINGANKAN, TIDAK SEPERTI ASALNYA. BERDASARKAN KAEDAH TERSEBUT TERBENTUKNYA SEMUA HUKUM RUKHSAH ATAU KERINGANAN DALAM SYARIAT ISLAM.BAHKAN, IA SELARAS DENGAN KAEDAH DENGAN LAFAZ KAEDAH DARI SEGI ISTILAH:DIGUNAKAN KHUSUS BAGI MERUJUK KEPADA SESUATU YANG PADA KEBIASAANYA DILAKUKAN,TETAPI DALAM KES TERTENTU إن كل مأمور يشق عىل العباد فعله سقط األمر به، وكل منهي شق عليهم إجتنابه سقط النهي عنه( Maksudnya : “Sesungguhnya semua perkara suruhan apabila ia membebankan terhadap hamba atau manusia mengerjakannya, gugur suruhan terhadapnya dan segala perkara tegahan membebankan hambanya menjauhinya, gugur tegahan


D a l i l b e r k a i t a n Al-Quran Berdasarkan kepada firman Allah s.w.t Maksudnya : “Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran” Firman Allah s.w.t lagi : Maksudnya : “Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya”. •Sunnah al-Nabawiyyah Berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w : سئل النبي صىل هللا عليه وسلم عن أحب األديان إىل هللا، فقال :)الحنيفة السمحة8 Maksudnya : “Ditanya Nabi s.a.w, tentang agama (cara hidup) manakah yang paling dikasihi (disukai) oleh Allah, maka berkata Nabi s.a.w : Agama Nabi Ibrahim a.s (Islam) yang bertolak ansur”. قال رسول هللا صىل هللا عليه وسلم: )) يسروا وال [(تعسروا Maksudnya: “Nabi s.a.w bersabda, permudahkanlah dan jangan menyusahkan”. Hadis di atas menjelaskan bahawa syariat Islam adalah mudah dan ringan, ia juga adalah sebahagian daripada tujuan syarak.


j e n i s - j e n i s Menurut pendapat Syeikh ‘Izz al-Din bin Abd al-Salam al-Syafi’i, jenis keringanan atau rukhsah itu ada enam. a) إسقاط تخفيف - keringanan dengan menggugurkan kewajipan. [18] Contohnya : i.Tidak wajib atau gugur sembahyang Jumaat kerana ada halangan tertentu. ii.Digugurkan daripada menyertai jihad sebab uzur. b) تنقيص تخفيف - keringanan dengan mengurangkan bebanan.[19] Contohnya : i. Memendekkan atau qasar sembahyang zohor atau asar menjadi dua rakaat. c) إبدال تخفيف - keringanan dengan gantian atau penukaran.[20] Contohnya : i. Ditukarkan berwuduk dan mandi dengan bertayammum. ii.Menukarkan kedudukan sembahyang bagi orang sakit yang tidak berdiri kepada duduk atau baring atau isyarat. iii.Menukarkan bagi orang tua yang uzur yang tidak dapat berpuasa dengan membayar fidyah.


j e n i s - j e n i s e) تاخير تخفيف - keringanan dengan mengakhirkan.[22] Contohnya : i.Menangguhkan puasa Ramadhan kerana musafir. ii.Sembahyang jama’ ta’khir. iii.Menangguhkan sembahyang demi menyelamatkan orang mati lemas dan terbakar. f) ترخيص تخفيف - keringanan mendapat rukhsah kerana terdesak atau terpaksa.[23] Contohnya : i.Minum arak kerana terlalu dahaga dan ketiadaan air. ii.Diharuskan makan bangkai kerana terdesak. d) تقديم تخفيف - keringanan dengan mendahulukan.[21] Contohnya : i.Menyegerakan membayar zakat sebelum waktu atau haulnya. ii.Sembahyang jama’ taqdim.


●Musafir : syarak memberikan keringanan seperti qasar dan jamak solat serta berbuka puasa . ●Sakit : syarak memberikan keringanan seperti meninggalkan puasa dan tayammum. ●Paksaan : syarak mengharuskan seseorang yang dipaksa untuk melafazkan perkataan kufur. ●Lupa : seseorang yang makan dalam keadaan terlupa semasa berpuasa, tidak terbatal puasanya. ●Kejahilan : tidak batal solat orang yang bercakap semasa solat dalam keadaan jahil. ● Kepayahan : tanaman yang terkena najis binatang yang membajaknya dimaafkan. ●Kekurangan: orang gila dan bayi tidak diberikan tanggungjawab oleh syarak. s e b a b


RUKHSAH SYAR’IYYAH Menurut ulama usul fiqh, rukhsah syar’iyyah didefinisikan sebagai hukum-hukum yang disyariatkan oleh Allah s.w.t dengan mengambil kira keuzuran manusia. Manakala ulama dalam kalangan mazhab Syafie mentakrifkannya sebagai hukum yang menyanggahi dalil kerana keuzurannya. Ulama mazhab Syafie membahagikan rukhsah kepada lima bahagian RUKHSAH WAJIB Contohnya memakan bangkai ketika darurat, berbuka puasa kerana terlalu lapar dan dahaga yang boleh membawa kepada kebinasaan diri dan minum arak untuk memboloskan makanan yang tersekat di kerongkong ketika tiada minuman lain. Ia wajib dilakukan bagi menjaga nyawa. Hal demikian berdasarkan firman Allah s.w.t: Maksudnya : “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.


RUKHSAH SUNAT Contohnya seperti mengqasarkan sembahyang ketika perjalanan dan berbuka puasa kerana sakit atau dalam perjalanan (musafir). Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Ia merupakan sedekah yang disedekahkan oleh Allah kepada kamu, maka terimalah sedekahnya”. RUKHSAH HARUS Seperti akad jual salam, bai’ alaraya, akad sewaan dan sebagainya. Ia diharuska kerana keperluan.


RUKHSAH KHILAF AL -AWLA Seperti melafazkan kekufuran ketika dipaksa dalam keadaan hati tetap beriman dan berbuka puasa ketika dalam perjalanan bagi orang yang tidak mengalami sebarang kesulitan.Berdasarkan firman Allah s.w.t : Maksudnya : “Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada harihari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui”. RUKHSAH MAKRUH Seperti mengqasarkan sembahyang dalam perjalanan yang memakan masa kurang dari tiga hari tiga malam.


Kesimpulannya, prinsip kaedah masyaqqah tajlibul al-taisir banyak didasarkan hukum-hukum Islam dan terbit daripadanya segala hukum kemudahan, kesenangan dan keringanan asas atau dalil kaedah ini bahawa meletakkan bebanan dengan perkara yang susah menjadi kesukaran dan masyaqqah ke atas hamba-hamba mukallifin dan ianya hendaklah dihindarkan daripada mukallaf. Dalil-dalil yang menunjukkan perkara di atas memang banyak terdapat di dalam ayat-ayat alQur’an dan hadis Rasulullah s.a.w yang membuktikan kepada kita unsur kemudahan, kesenangan dan keringanan syariat Islam sebaliknya syariat itu tidak dikuatkuasakan untuk kesusahan dan kepayahan. K E S I M P U L A N


R U J U K A N Al-Quran Al-Hanafi, Zain al-Din Ibn Ibrahim alMa’ruf Ibn Nujaym. 1999. Al-Ashbah wa al-Nazair. Cetakan kedua. Damsyiq : Dar al-Fikr. Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zain. 2000. Perbahasan Kaedahkaedah Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Al-Suyuti, Jalal al-Din ’Abd Al-Rahman. t.th. Al-Ashbah wa al-Nazair fi Qawaid wa Furu’ Fiqh al-Syafie.t.tp : t.tpt. Muhammad Uthman Bashir. 2006M/1426H. Al-Qawaid al-Kuliyyah wa al-Dhawabit al- Fiqhiyyah fi alSyariah al-Islamiyyah. Oman al-Ardan: Dar al-Nafais. Saadan Man.1994. Doktrin Masyaqqah dan Hukum Keringanan Menurut Prinsip Islam. Jilid 2.


Click to View FlipBook Version