0
1 SENARAI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN ATURCARA MAJLIS 2 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 3 SENARAI NAMA GURU DAN STAF SOKONGAN SK KAMPUNG BAHARU TAHUN 2023 4 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023-2025 5 JADUAL KEHADIRAN AJK PIBG KE MESYUARAT AJK INDUK 6 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 41 7 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 8-16 LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 17 LAPORAN AKTIVITI PIBG 2023/2024 18 USUL /CADANGAN 2024 19-20 PENGHARGAAN 21 MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 41 BAGI TAHUN 2024
2 ATUR CARA MAJLIS MASA AGENDA 9.30 PAGI - Pendaftaran ibu bapa - Ketibaan Dif-dif Jemputan 10.00 PAGI Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG -Ucapan Pengerusi Majlis -Nyanyian Lagu NegaraKu dan Selamat Sultan -Bacaan Doa oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Rufiya bin Kasim - Ucapan alu-aluan Guru Besar Sk. Kg. Baharu Tn. HJ. Mohd Khairuzzaman bin Abas, -Ucapan YDP PIBG Sk. Kg. Baharu En. Wan Asri Azwa bin Wan Husin -Ucapan Perasmian oleh Pengurus YaPEIM Negeri Terengganu, Pn. Kartina binti Ahmad -Persembahan Murid Penyampaian Medal Kemenangan Kepada atlet Sekolah -Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan oleh Pengurus YaPEIM Negeri Terengganu 11.00-PAGI REHAT 11.30 PAGI Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41 bagi Tahun 2024 1.0 PETANG Bersurai
3 JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 41 JAWATANKUASA INDUK Penasihat : Tn. Hj. Mohd Khairuzzaman Bin Abas Yang Dipertua (YDP) : En. Wan Asri Azwa Bin W. Husin Timbalan YDP : Mejar Mohamad Suhaimi bin Mohamad Yusoff Setiausaha : En. Mohd Azrul Hisyam bin Mohamad Bendahari : Pn. Siti Meriam binti Ab. Rahim JAWATANKUASA PELAKSANA Penyambut Tetamu YDP, Guru Besar dan semua GPK & semua AJK PIBG Pendaftaran Ahli PIBG Pn. Suziyana Bt Ibrahim (K) Pn. Ramlah Bt Jaafar Pn. Najwa Bt Hassan Pn. Raziana Bt Salleh Pn. Nor Aznita Bt Ahmad Pn. Sharifah Miswani Bt Abdullah Pn. Suria Bt Mohamad Pn. Nurul Atikah Bt Ismail Pengerusi Majlis Pn. Maimunah Bt Abu (K) En. Ashri Kumar Bin Yusof Bacaan Doa Ust. Mohd Rufiya bin Kasim Siaraya En. Mohd Shahrizal B. Zainumdail (K) En. Mohd Sabri bin Ya’acob Pencatat Minit Mesyuarat Pn. Azmihan Bt Yaacob (K) Pn. Ruslina Bt Hussin Nik Nor Haslina binti Nik Muhammad Publisiti / Dokumentasi En. Ahmad Dadis Bin Abdul Rashid (K) En. Muhamad Shakirin B. Ghani Keceriaan Pentas / Backdrop Pn. Siti Meriam Bt Ab Rahim (K) Pn. Faridah Bt Mat Ali Pn. Hamisah Bt Ismail Pn. Zawahir Bt Hassan Pn. Nur Ezaty binti Nazaruddin Pn. Fatin Alwani Abu Bakar Persembahan Pentas Pn. Mimi Sharmilavani binti Mamat (K) Pn. Rahayu Bt Mat Hassan Cik Sukartini Bt Husain Persiapan Tempat & Meja Mesyuarat En Adnan B. Yusuf (K) En. Wan Khalid Bin Wan Hasan Tn. Hj. Kamarul Zaman B. NawangEn. Mohd Rosdi B. Ab Razak En. Muhammad Rusyaidi bin Suzolkeply En. Mohd Hilmi B. Mohd JamilEn. Mohd Sauty B. Isa En. Hasbi B. Daud Jamuan DIF / Guru Pn. Rohana Bt Muda (K) Pn. Hjh Noor Aini Bt Ismail Pn. Meryani binti Mohamad Jamuan Ibubapa Pn. Nik Suhaili Bt Kamaruddeen (K) Pn. Noor Hamida binti Awang Pn. Alinah binti Awang Pn. Nurul Fatihah Bt AriffinPn. Azlina Bt Wahab Pn. Rosnah Bt Jusoh Pn. Rohaidza Hakimah binti Mohamad Jemputan dan Booklet Mesyuarat Agung En. Mohd Azrul Hisyam Bin Mohamad (K) Pn. Nor Izzati Binti Noh Pn. Siti Sumaiyah Binti Yusof Hadiah Cabutan Bertuah Pn. Ruzita Bt Che Ibrahim (K) Pn. Suhaila Bt Ismail Pn. Norsyamsalmie Bt Md Sarip Pn. Wan Rohaza Bt Wan Hassan
4 SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN SeBARU 2024 BIL NAMA BIL NAMA BIL NAMA 1 MOHD KHAIRUZZAMAN BIN ABAS (GURU BESAR) 21 MOHD HILMI BIN MOHD JAMIL 41 ROHANA BINTI MUDA 2 WAN ASRI B. WAN JUSOH (GPK PENTADBIRAN) 22 MOHD ROSDI BIN AB. RAZAK 42 ROSNAH BINTI JUSOH 3 MOHD ZAINUDDIN BIN AB MAJID (GPK HEM) 23 MOHD. SABRI BIN YA'ACOB 43 RUSLINA BINTI HUSSIN 4 AHMAD SHAKIR BIN SOFIAN (GPK KOKURIKULUM) 24 MOHD SAUTY BIN ISA 44 RUZITA BINTI CHE IBRAHIM 5 ABU SAUFIAN BIN MOHAMED 25 MOHD SHAHRIZAL BIN ZAINUMDAIL 45 SHARIFAH MISWANI BINTI ABDULLAH 6 ADNAN BIN YUSUF 26 MOHD RUFIYA BIN KASIM 46 SITI MERIAM BINTI AB RAHIM 7 AHMAD DADIS BIN ABDUL RASHID 27 MUHAMAD SHAKIRIN BIN GHANI 47 SITI SUMAIYAH BINTI YUSOF 8 ARIHASMEE BINTI ARIFFIN 28 NAJWA BINTI HASAN 48 SUHAILA BINTI ISMAIL 9 ASHRI KUMAR BIN YUSOF 29 NIK NOR HASLINA BINTI NIK MUHAMMAD 49 SUKARTINI BINTI HUSAIN 10 ALINAH BINTI AWANG 30 NIK SUHAILI BINTI NIK KAMARUDEEN 50 SURIA BINTI MOHAMAD @ SULAIMAN 11 AZLINA BINTI ABDUL WAHAB 31 NOOR AINI BINTI ISMAIL 51 SUZIYANA BINTI IBRAHIM 12 AZMIHAN BINTI YAACOB 32 NOOR HAMIDA BINTI AWANG 52 WAN KHALID BIN WAN HASAN @W HAMZAH 13 FARIDAH BINTI MAT ALI 33 NOR AZNITA BINTI AHMAD 53 WAN ROHAZA BINTI WAN HASSAN 14 HAMISAH BINTI ISMAIL 34 NOR IZZATI BINTI NOH 54 ZAWAHIR BINTI MAT HASAN 15 HASBI BIN DAUD 35 NORSYAMSALMIE BINTI MD SARIP 55 MOHD APANDI BIN AB RAHMAN 16 KAMARUL ZAMAN BIN NAWANG 36 NURULFATIHAH BINTI ARIFFIN 56 NORHAMIDA BINTI MD SHAFFI 17 MAIMUNAH BINTI ABU 37 ROHAIDZA HAKIMAH BINTI MOHAMAD 57 HAZLINA BINTI ABDUL RAHMAN 18 MERYANI BINTI MOHAMAD 38 RAHAYU BINTI MAT HASSAN 58 MOHD KHAIRUL HAFIZIE BIN UMAT 19 MIMI SHARMILAVANI BINTI MAMAT 39 RAMLAH BINTI JAAFAR 59 NUR’AIN SYAFILA BINTI MAT SAPINIE 20 MOHD AZRUL HISYAM BIN MOHAMAD 40 RAZIANA BINTI SALLEH 60 NURUL ATIKAH BINTI ISMAIL 61 WAN EMIERAH BINTI WAN ABD RAHMAN
5 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023-2025 BIL NAMA JAWATAN 1 TN. HJ. MOHD KHAIRUZZAMAN BIN ABAS PENASIHAT 2 EN. WAN ASRI AZWA BIN WAN HUSIN YANG DIPERTUA 3 MEJAR MOHAMAD SUHAIMI BIN MOHAMAD YUSOFF (TUDM) TIMB. YANG DIPERTUA 4 EN. MOHD AZRUL HISYAM BIN MOHAMAD SETIAUSAHA 5 EN. ASHRI KUMAR BIN YUSOF TIMB. SETIAUSAHA 6 PN. SITI MERIAM BINTI AB RAHIM BENDAHARI 7 1) EN. MOHD ASRRY BIN MUSTAFFA AJK 8 2) EN. HUSIN BIN LATEH AJK 9 EN. MOHD ZULKIFLI BIN LATEH AJK 10 EN. ALIAS BIN MAMAT AJK 11 EN. CHE HAFIZOL BIN CHE ASIS AJK 12 EN. MOHD DINIE KAMIL BIN YUSOF AJK 13 PN. NORFAEZAH BINTI BARHOM AJK 14 PN. RABIATUL ADAWIAH BINTI MOHD TUDM AJK 15 PN. NOOR FARAHIEDA BINTI ABDULLAH TUDM AJK 16 EN. ADNAN BIN YUSOF (GURU) AJK 17 PN. ROHANA BIN MUDA (GURU) AJK 18 PN. NIK SUHAILI BIN NIK KAMARUDEEN (GURU) AJK 19 EN. WAN KHALID BIN WAN HASAN PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 20 PN. SUZIYANA BINTI IBRAHIM PEMERIKSA KIRA-KIRA 2
6 JADUAL KEHADIRAN AJK PIBG KE MESYUARAT AJK INDUK Tidak Hadir Bersebab * BIL NAMA 02.05.2024 11.05.2024 1 EN. WAN ASRI AZWA BIN WAN HUSIN / / 2 MEJAR MOHAMAD SUHAIMI BIN MOHAMAD YUSOFF (TUDM) * * 3 EN. MOHD AZRUL HISYAM BIN MOHAMAD / / 4 EN. ASHRI KUMAR BIN YUSOF / / 5 PN. SITI MERIAM BINTI AB RAHIM / / 6 EN. MOHD ASRRY BIN MUSTAFFA 7 EN. HUSIN BIN LATEH / / 8 EN. MOHD ZULKIFLI BIN LATEH * 9 EN. ALIAS BIN MAMAT 10 EN. CHE HAFIZOL BIN CHE ASIS 11 EN. MOHD DINIE KAMIL BIN YUSOF / 12 PN. NORFAEZAH BINTI BARHOM / * 13 PN. RABIATUL ADAWIAH BINTI MOHD TUDM / * 14 PN. NOOR FARAHIEDA BINTI ABDULLAH TUDM / * 15 EN. ADNAN BIN YUSOF (GURU) * / 16 PN. ROHANA BIN MUDA (GURU) * / 17 PN. NIK SUHAILI BIN NIK KAMARUDEEN (GURU) * * 18 EN. WAN KHALID BIN WAN HASAN / / 19 PN. SUZIYANA BINTI IBRAHIM * *
7 Ruj. Kami : SKKGB.100-13/1/4(41) Tarikh : 04HB MEI 2024 Kepada: Semua Ahli Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SK Kampung Baharu Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK KAMPUNG BAHARU KALI KE-41 BAGI TAHUN 2024 Adalah dengan hormatnya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) kali ke-41 akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 19hb MEI 2024 ( AHAD ) Masa : 9.50 Pagi Tempat : Dewan Ilmu SK Kampung Baharu Perasmian oleh : Puan Kartina binti Ahmad (Pengurus YaPIEM Negeri Terengganu) 3. Tuan/puan sebagai Ahli PIBG SK Kampung Baharu dengan segala hormatnya dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Berikut disertakan agenda mesyuarat bagi rujukan tuan/puan: 3.1 Ucapan aluan Yang Dipertua PIBG 3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2023 3.3 Perkara Berbangkit 3.4 Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Tahun 2023 3.5 Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan Yang Berakhir 31 Disember 2023 3.6 Menerima dan Membahaskan Usul 3.7 Hal-hal Lain 3.8 Ucapan Penangguhan Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. “PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN” “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (MOHD AZRUL HISYAM BIN MOHAMAD) Setiausaha TEL : 09-6910678 FAX : 09-6910678 PIBG G PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU 22300 KUALA BESUT, BESUT, TERENGGANU.
8 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU 22300 KUALA BESUT TERENGGANU -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40/2023 SK KAMPUNG BAHARU Tarikh : 24 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.30 Pagi Tempat : Dewan Ilmu SK Kampung Baharu Perasmian : En. Zuraidi Bin Wahid (Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Besut) 1. UCAPAN GURU BESAR – Tn. Hj. Mohd Khairuzzaman Bin Abas 1.1 Ucapan selamat datang dan terima kasih kepada semua yang dapat hadir ke mesyuarat agung kali ini. 1.2 Terima kasih kepada semua jemputan, terutama kepada En. Zuraidi bin Wahid, wakil PPD, YDP PIBG, wakil Pegawai TUDM, guru-guru dan ibu bapa serta berharap mesyuarat agung kali ini dapat berjalan dengan lancar. 1.3 Syukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan minat ibu bapa dengan kehadiran yang ramai bukti kerjasama ibu bapa demi kecemerlangan murid dan sekolah. 1.4 Perkembangan murid melalui pelaporan PBD yang menggantikan peperiksaan dan UPSR. Pentaksiran akademik dan sahsiah termasuk dalam PBD. Sekarang tidak boleh membandingkan pencapaian akademik sematamata, tapi pencapaian secara keseluruhan. UASA tetap dinilai berdasarkan TP juga, dan UPSA akan diadakan akhir bulan Julai. 1.5 Program intervensi ( Pemulihan ) dijalankan untuk 59 orang murid yang lemah dalam pelajaran, dan hasilnya 11 orang murid telah masuk dalam arus perdana. Penguasaan Iqra’ melibatkan 6 orang sahaja murid Tahun 6 yang masih membaca Iqra’. Diadakan program mentor mentee oleh Panitia Pendidikan Islam untuk memperkasakan bacaan Iqra’ seterusnya murid dapat membaca al-Quran. 1.6 Sahsiah dan disiplin murid - Murid seramai 750 orang namun disiplin masih dalam keadaan baik, hanya beberapa masalah kecil sahaja dan dapat diselesaikan dengan baik. Pohon ibu bapa pantau anak-anak di rumah. Jawatankuasa disiplin dapat kesan kes murid kelar atau membuat corak pada tangan, dan Alhamdulillah kes dapat diselesaikan. PIBG
9 1.7 Terdapat murid-murid seolah ini menunggang motosikal di jalan raya, dan perlu pemantauan daripada ibu bapa demi keselamatan mereka. Guru besar bercadang memanggil ibu bapa bagi murid yang terlibat. 1.8 Guru besar mengharapkan agar ibu bapa menggalakkan anak-anak pergi ke masjid untuk solat berjemaah. Tahniah kepada ibu bapa yang memberi galakan kepada anak-anak. 1.9 Pihak sekolah telah menyediakan 2 penapis air Coway untuk kegunaan murid-murid. Ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak agar membawa bekas air untuk mengisi air minuman. Tabung juga disediakan bagi yang ingin menyumbang atau menderma untuk menampung sewa bulanan penapis air tersebut. 1.10 Dewan terbuka yang baharu sudah boleh digunakan dan menunggu untuk proses penyerahan nanti. Proses naiktaraf surau sekolah juga telah siap sepenuhnya . Guru besar mengucapkan terima kasih kepada YDP, warga PIBG, guru-guru dan ibu bapa atas sumbangan bagi menyiapkan surau tersebut. Surau ini akan dirasmikan dalam masa terdekat. 1.11 Sekolah merupakan Pusat Pemindahan Sementara semasa banjir, dan antara masalah yang timbul adalah masalah air dan tandas yang kurang memuaskan. Pihak sekolah telah mengambil tidakan untuk selesaikan masalah air dan penambahbaikan kepada sistem paip. Alhamdulillah sekolah telah mendapat kontrak dan peruntukan untuk mengatasi masalah tersebut dan akan diambil tindakan segera. 1.12 Berkenaan kehadiran murid ke sekolah, guru besar meminta ibu bapa agar mengingatkan anak-anak untuk hadir ke sekolah kerana peratus kehadiran adalah rendah. Ini penting untuk mengelakkan anak-anak ketinggalan dalam pelajaran. Jika ada apa-apa masalah berkaitan, ibu bapa boleh datang ke sekolah untuk berbincang dan selesaikan masalah. 1.13 Sekali lagi guru besar mengucapkan terima kasih kepada YDP dan jawatankuasa PIBG atas segala sumbangan tenaga selama ini dalam pembangunan sekolah dan murid. Terima kasih juga kepada semua guru dan Jawatankuasa Mesyuarat Agung atas kelancaran program. 2. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG – En. Wan Asri Azwa Bin Wan Husin 2.1 Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat agung kali ini. 2.2 Ucapan terima kasih kepada pihak PPD, TUDM, guru-guru dan ibu bapa yang memberikan komitmen yang sangat baik. 2.3 Sebagai YDP, beliau sentiasa berlapang dada dan memberi kerjasama yang baik kepada pihak sekolah dan mengharapkan kerjasama sepenuhnya daripada ibu bapa untuk memacu kecemerlangan anak-anak di sekolah ini.
10 2.4 YDP mengingatkan agar ibu bapa perlu hadir dalam setiap program yang dijalankan oleh pihak sekolah untuk menjalinkan hubungan yang baik demi mengelakkan salah faham terhadap kes salah laku anakanak. Ibu bapa diingatkan agar selidik dahulu sesuatu perkara sebelum membawa kepada pihak atasan. 2.5 Ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua, terutama guru gesar, guru-guru dan ibu bapa yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada beliau dalam pembinaan surau baru SEBARU. 2.6 Kos pembinaan surau yang menelan belanja sebanyak RM200,000 telah selesai tanpa sebarang hutang. 2.7 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua penderma yang telah menderma batu bata, atap, simen, mozek, pintu sliding dan lainlain. Semoga para penderma diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang bertambah. 2.8 Mesyuarat agung kali ini akan diadakan pemilihan jawatankuasa yang baharu dan berharap calon-calon yang dikemukakan dapat menjadi ahli jawatankuasa yang lebih baik dan menguntungkan kepada pihak sekolah. 2.9 YDP juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, dan kepada yang berkemampuan melaksanakan ibadah korban sebagai mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim supaya menjadi semangat dan membawa manfaat kepada kita. 3. UCAPAN PERASMIAN – WAKIL KPPD BESUT En. Zuraidi Bin Wahid ( Timbalan PPD, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Besut) 3.1 Ucapan terima kasih kepada pengerusi majlis, En. Rosairie (PPD), YDP PIBG, Guru Besar, pegawai TUDM, ibu bapa dan guru-guru atas jemputan pada majlis Mesyuarat Agong PIBG pada kali ini. Beliau menyampaikan salam takzim daripada KPPD yang tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. 3.2 En. Zuraidi menyatakan bahawa SK Kampung Baharu merupakan sebuah sekolah rendah premier dengan adanya TUDM sebagai penyumbang di sini yang menjadikannya sebuah sekolah yang istimewa, disamping Guru Besar dan YDP merupakan alumni di sekolah ini. 3.3 Beliau memberitahu bahawa PPD perlu menguruskan 74 buah sekolah di daerah ini dari segi pembangunan. 3.4 Fungsi sekolah adalah untuk melahirkan anak-anak yang mewarisi negara dan menjadi peneraju pada masa hadapan. 3.5 Perubahan sistem pembelajaran sangat dinamik dan laju. Selepas UPSR dimansuhkan, ibu bapa hilang daya tarikan ke sekolah berkaitan pembelajaran anak-anak. Begitu juga Guru Besar dan guru-guru sekolah kerana tidak dapat membandingkan antara pelajar-pelajar yang terlibat.
11 3.6 Sistem pendidikan telah berubah di mana tidak boleh lagi menilai murid-murid kita sama ada pandai atau tidak pandai. Anak-anak perlu dilihat dalam konteks yang berbeza. Tiada lagi perbandingan antara murid-murid melainkan tahap penguasaan yang berbeza. 3.7 Anak-anak perlu bersikap baik dan cerdik. Mereka boleh menjadi apa sahaja mengikut bakat dan kebolehan masing-masing.Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran sangat bertuah pada zaman ini kerana disediakan kelas khas berbanding dengan zaman dahulu. 3.8 PIBG menjadi perantara antara murid-murid dan guru-guru di sekolah. PIBG boleh memohon sekolah membentangkan pencapaian muridmurid dalam mesyuarat-mesyuarat, contohnya mesyuarat jawatankuasa PIBG. 3.9 PBD merupakan penilaian yang holistik yang mengambil kira aspek yang positif seperti nilai-nilai murid yang perlu direkod kerana ia membantu keputusan akademik mereka. 3.10 Segala permohonan dan permintaan sekolah akan diambil serius oleh pihak PPD. Sekolah ini sangat bertuah kerana telah mendapat dewan terbuka yanga baharu. Isu pagar juga akan diambil tidakan segera untuk dibaiki. 3.11 Ucapan tahniah kepada ahli jawatankuasa yang menyokong perjalanan sekolah ini dan terima kasih kepada pihak TUDM kerana hubungan istimewa ini perlu diteruskan supaya suatu masa nanti SK Kg Baharu akan menjadi standing dengan sekolah-sekolah premier lain. 3.12 En. Zuraidi menyatakan bahawa sekolah ini telah ada bahasa antarabangsa iaitu Bahasa Mandarin yang menjadi kekuatan kepada sekolah. 3.13 Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, En. Zuraidi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Kampung Baharu Kali Ke-40/2023. AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 40 4. UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT - En. Wan Asri Azwa Bin Wan Husin 4.1 Ucapan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang sudi hadir dalam mesyuarat agung kali ini. 4.2 Kehadiran ibu bapa memberi semangat kepada pihak sekolah untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak SeBARU. 5. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG YANG LALU - Setiausaha 5.1 En. Mohd Zulkhairi Bin Che Mohamad selaku setiausaha membentangkan minit mesyuarat pada muka surat 7 hingga 13 merujuk kepada Buku Laporan Mesyuarat Agung Kali Ke-40 bagi tahun 2023. 5.2 En. Jaafar Bin Mat Som mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan, dan disokong oleh Pn. Rabiatul Adawiah Bt. Mohd. 5.3 Perkara berbangkit – Tiada.
12 6. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2022 – Setiausaha 6.1 En. Mohd Zulkhairi Bin Che Mohamad selaku setiausaha membentangkan laporan aktiviti pada muka surat 16 merujuk kepada Buku Laporan Mesyuarat Agung Kali Ke-40 bagi tahun 2023. 6.2 En. Roslan Bin Ayob mencadangkan laporan aktiviti yang lalu disahkan, dan disokong oleh En. Ahmad Shakir Bin Sofian. 7. MEMBENTANG DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN YANG BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 - Bendahari 7.1 En. Mohd Zulkhairi Bin Che Mohamad mewakili bendahari En. Mohd Hanafiah Bin Mohd Jayapal membentangkan penyata kewangan bagi tahun 2022 pada muka surat 14 hingga 15. 7.2 Pengesahan penyata kewangan dicadangkan oleh En. Mohd Tarmizi Bin M. Sabri dan disokong oleh En. Ahmad Nazri Bin Ahmad. 8. MENERIMA DAN MEMBAHASKAN USUL 8.1 Rujuk Buku Laporan Mesyuarat Agung 2023 pada muka surat 17. 8.2 Terima kasih kepada ibu bapa yang mengutarakan usul untuk dibahaskan dalam mesyuarat agung kali ini. BIL USUL PENCADANG MAKLUMBALAS / TINDAKAN 1 Kipas di dalam kelas rosak dan tidak dibaiki. Perlu tindakan pihak sekolah demi keselesaan anak-anak untuk belajar. -Nik Hassan Bin Nik Mat -Che Roziema Bt Che Ya -Telah dibaiki secara berperingkat. -Makluman daripada PPD, 30 buah kipas untuk setiap sekolah akan diagihkan dalam masa terdekat. 2 Cadangan supaya pihak Sekolah mengadakan kelas tambahan untuk murid Tahun 6. -Norshahida Bt Mohamad -Akan diusahakan, namun perlu lihat kepada keperluan. -Penekanan kepada murid adalah pencapaian secara holistik,bukan lagi pencapaian berapa banyak ‘A’ 3 Wujudkan kelab seni silat kepada murid yang berminat. -Mohd Ridzuan Bin Mohd Nor -Surat permohonan daripada Persatuan Silat Gayong telah dihantar ke PPD, namun belum ada kelulusan lagi. -Taekwando telah lama ada di sekolah untuk murid sertai. 4 Waktu makan RMT Ditukar pada waktu rehat supaya semua murid dapat -Zuraini Bt Arafin -Serimah Bt Mokhtar -Tidak dapat dilaksanakan kerana sangat lewat untuk murid berlapar. -Dikhuatiri kualiti makanan turut
13 makan, untuk elak membazir / bungkus dan diagih kepada murid. terjejas. 5 Mohon pihak sekolah mengusahakan lampu isyarat di jalan besar hadapan pintu pagar A. -Wan Khalid Bin Wan Hasan -Sudah dikemukakan kepada JKR, namun belum ada maklum balas daripada pihak berkenaan. 6 Buku Teks banyak yang lusuh. -Muhammad Hazwan Hanif Bin Asri -Banyak yang sudah diganti. -Bergantung kepada bekalan yang dihantar. 7 Mohondiadakan laluan beratap bagi murid yang menggunakan pagar A..mudah ketika hari hujan. -Mohd Izzuan Bin Yaaccob -Telah diambil Tindakan permohonan ke PPD. -Inisiatif pihak sekolah dengan memasang khemah/kanopi untuk murid menunggu ibu bapa. 8 Tempat hantar dan ambil anak-anak di kawasan yang selamat iaitu jauh dari Kawasan jalanraya yang sibuk. -Mohd Jefri Bin Md Daii -Pihak sekolah telah usahakan yang terbaik dan itu Sahaja yang mampu dilaksanakan seperti yang ada sekarang. 9 Penambahan mesin air bertapis seperti Coway kerana trend cuaca yang sentiasa panas. -Hisham Bin Che Halid -Telah disediakan 2 unit penapis air Coway. 10 Letak Mikrofon di pondok pengawal untuk mudah panggil nama anak. -Muhammad HafiziBin Suparmin -Pihak sekolah akan cuba usahakan, cadangan yang baik. 11 Makanan di kantin yang tidak mencukupi seperti nasi, asyik menu yang sama dan banyak yang tidak berkhasiat. -Nur Safura Bt Mohd Ropi -Makanan yang disediakan di kantin sentiasa dipantau oleh pihak Kementerian Kesihatan. -Akan ditambah baik oleh pihak sekolah. 12 Minta -Abd -Badan disiplin sekolah di
14 guru-guru pantau anak-anak yang suka membuli. Rahman Bin Kadir bawah unit HEM sentiasa memantau dan telah diambil tindakan jika berlaku. 13 Harap Guru kelas ambil perhatian tentang hal anak murid di dalam kelas, sentiasa berinteraksi dengan murid-murid di dalam kelas supaya murid ada rasa semangat untuk belajar dengan guru mereka. -Mohd Faizal Bin Said -Memang tugas guru dan sentiasa dalam pemantauan. -Pihak sekolah sentiasa ambil berat setiap aduan. Contohnya, murid yang mempunyai masalah penglihatan diletakkan di tempat duduk bahagian depan kelas. 14 Tidak bersetuju anak (murid perempuan) duduk sebelah murid lelaki. -Zulkefli Bin Ibrahim -Telah diambil tindakan dan akan sentiasa dipantau. 8.3 Pn. Rabiatul Adawiah Bt Mohd mencadangkan agar semua guru mata pelajaran sentiasa update tugasan/latihan dalam whatsapp group kelas, sebab murid kadang-kadang tidak maklumkan kepada ibu bapa jika ada tugasan/latihan. 8.4 Guru besar memaklumkan bahawa akan diambil perhatian dan tindakan daripada semua guru. -Tindakan :GPK Pentadbiran, guru-guru 8.5 Pn. Rabiatul Adawiah juga memohon agar pihak sekolah membenarkan semula bas sekolah TUDM untuk masuk dan keluar melalui pintu D bagi menghantar dan mengambil murid-murid anak tentera. 8.6 Guru besar memaklumkan bahawa permohonan ini tidak dapat dilaksanakan kerana akan menyebabkan berlaku kesesakan di jalan hadapan sekolah disebabkan jalan yang sempit, di samping akan menyebabkan berlaku kerosakan padang sekolah jika bas keluar masuk melalui pintu tersebut. 8.7 En. Mohd Tarmizi Bin M.Sabri mencadangkan agar baju sukan sekolah ditukar daripada jenis kain cotton kepada kain jersi yang lebih tahan lasak dan selesa.
15 8.8 Guru besar memaklumkan bahawa perkara ini memang sudah ada dalam perancangan pihak sekolah untuk menukar baju sukan jenis cotton kepada jersi (sublimation), termasuk juga baju untuk 1Murid 1Sukan. Berkenaan dengan harga baju nanti akan dimaklumkan, dan buat masa sekarang baju sukan cotton masih digunakan. -Makluman :Ibu bapa 9. PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2023-2025 9.1 YDP PIBG mengumumkan perletakan jawatan YDP, Naib YDP dan semua ahli jawatankuasa bagi sesi 2021-2023. 9.2 Sesi pemilihan jawatankuasa yang baharu bermula. 9.3 En. Mohd Farid Bin Ibrahim mencadangkan En. Wan Asri Azwa Bin Wan Husin dicalonkan semula untuk mengekalkan jawatan sebagai YDP PIBG, dan Pn. Nor Atirah Bt Jaafar mencadangkan untuk cadangan ditutup, dan semua ahli bersetuju dengan cadangan tersebut. 9.4 En. Mohd Nazri Bin Ahmad mencadangkan jawatan Naib YDP dikekalkan, sementara tuan guru besar mencadangkan Mej Mohamad Suhaimi Bin Mohamad Yusoff dilantik sebagai Naib YDP. Semua ahli bersetuju untuk melantik Mej Mohamad Suhaimi sebagai Naib YDP. 9.5 Pemilihan diteruskan bagi jawatan-jawatan lain iaitu setiausaha, bendahari, pemeriksa kira-kira dan ahli jawatankuasa. 9.6 Bagi jawatan AJK, guru besar mencadangkan untuk dikekalkan 4 orang AJK sesi yang lalu. En. Mohd Zulkhairi mencadangkan AJK perlu dilantik daripada kalangan ibu bapa dari TUDM. 9.7 Senarai Jawatankusa PIBG SK Kampung Baharu Sesi 2023-2025: Yang Dipertua : En. Wan Asri Azwa Bin Wan Husin Naib YDP : Mej Mohamad Suhaimi Bin Mohamad Yusoff TUDM Setiausaha : En. Mohd Azrul Hisyam Bin Mohamad Pen. Setiausaha : En. Ashri Kumar Bin Yusof Bendahari : Pn. Siti Meriam Binti Ab Rahim Juru Audit Dalaman 1: En. Wan Khalid Bin Wan Hasan Juru Audit Dalaman 2: Pn. Tengku Zaleha Binti Tengku Zainal Ahli-ahli Jawatankuasa: 1. Pn. Rabiatul Adawiah Binti Mohd TUDM 2. Pn. Noor Farahieda Binti Abdullah TUDM 3. En. Hussin Bin Lateh 4. En. Mohd Zulkifli Bin Lateh 5. Pn. Norfaezah Binti Barhom 6. En. Che Hafizol Bin Che Asis 7. En. Mohd Farid Bin Ibrahim 8. En. Alias Bin Mamat 9. En. Mohd Asrry Bin Mustaffa
16 10. UCAPAN PENANGGUHAN 10.1 YDP PIBG mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang baru dilantik, dan mengharapkan agar dapat menjalankan tugas dan amanah dengan sebaiknya. 10.2 Beliau juga mengharapkan sokongan daripada semua ibu bapa dan ahli jawatankuasa yang baharu, dan akan cuba sedaya mampu untuk membawa SeBARU mencapai kejayaan yang lebih baik di masa akan datang. 10.3 Sekali lagi, ucapan jutaan terima kasih kepada semua ahli yang dapat hadir mesyuarat agung pada kali ini yang menunjukkan kecaknaan dan tanggungjawab demi masa depan anak-anak. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari. Disediakan oleh, Disemak oleh, ................................................................... ........................................................... (MOHD ZULKHAIRI BIN CHE MOHAMAD) (WAN ASRIAZWA BIN WAN HUSIN) Setiausaha YDP PIBG SK Kampung Baharu PIBG SK Kampung Baharu
17 LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 Disediakan oleh: (Pn. Siti Meriam binti Ab. Rahim) Bendahari, PIBG SK. Kg. Baharu Disahkan oleh : (En. Wan Khalid bin Wan Hasan) (Pn. Suziyana binti Ibrahim) Pemeriksa Kira-Kira 1 Pemeriksa Kira-Kira TARIKH WANG MASUK RM TARIKH WANG KELUAR RM 1.1.23 Baki di tangan 6840.00 15.2.2023 Hari Anugerah Kecemerlangan 1000.00 24.06.2023 Pembelian hamper mesyuarat Agung PIBG 500.00 24.06.2023 Pembelian beras mesyuarat Agung PIBG 200.00 24.06.2023 Banner Mesyuarat Agung PIBG 200.00 24.06.2023 Jamuan Mesyuarat Agung PIBG 540.00 13.09.2023 Sumbangan Lawatan Pengawas 300.00 8.10.2023 Sumbangan LASBELA 500.00 Jumlah wang masuk 6840.00 Jumlah wang keluar 3540.00 31.12.2023 Baki tunai ditangan 150.00 31.12.2023 Baki di bank 3150.00 JUMLAH 3300.00
18 LAPORAN AKTIVITI PIBG 2023/2024 Disediakan oleh : (MOHD AZRUL HISYAM BIN MOHAMAD) Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa & Guru. Bil Program/Aktiviti Bulan 1 Program Perkhemahan Badan Uniform Sekolah Oktober 2023 2 Program Maulidur Rasul Oktober 2023 3 Perasmian Surau Al Hannah Oktober 2023 4 25th Golden Award SeBARU Februari 2024 5 Pendaftaran sesi persekolahan 2024 Mac 2024 6 Majlis pertukaran dan persaraan guru Jun-Disember 2023 7 Majlis Berbuka Puasa SeBARU April 2024 8 Majlis Sambutan Hari Raya SeBARU Mei 2024 9 Gotong royong Madani Mei 2024 10 Majlis Sambutan Hari Guru SeBARU Mei 2024
19 CADANGAN DAN USUL BIL NAMA USUL/CADANGAN 1 SAIFUL AZWAN BIN ABDULLAH Cadangan agar pihak sekolah dapat mengadakan kerjasama dengan doktor pakar psikologi kanakkanak contohnya pakar kanak-kanak dari Hospital HPRZ 2 Kota Bharu agar dapat merancang rawatan dan pendidikan yang lebih berkesan untuk mereka dalam usaha memajukan pencapaian akademik kanak-kanak istimewa(adhd,autisme dan lain-lain) 2 NORAMELINA BINTI MOHAMAD NOOR Saranan agar guru memasukkan kerja sekolah ke dalam ‘Group Whatapps Kelas’ agar tidak terlepas pandang kerja sekolah yang diberikan oleh guru. 3 FHAIRUZASMALINDA BINTI CHE YAKUB Waktu pulang dari sekolah diharapkan tiada jarak yang panjang di antara tahap 1 dan tahap 2. Ibu bapa yang bekerja sukar untuk datang 2 kali ke sekolah kerana waktu rehat yang pendek. 4 NOOR ISZUWAN BIN KUSRI Tandas lebihkan pencuci dan baldi serta gayung untuk kemudahan anak-anak termasuk perbanyakkan paip. 5 NURSYAHIRAH BINTI AHASSAN 1- Cadangan pembinaan pondok pengawal beserta pengawal berhampiran pagar kelas ppki (bimbang keselamatan anak yg tiba2 keluar kelas terus pergi ke jalan besar) laluan jalan raya yg sibuk, bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku. Anak istimewa/kecil tidak tahu bahaya. 2- Pembinaan bumbung awning di kelas ppki utk keselesaan guru dan murid. Bila panas cahaya tidak masuk dalam kelas,bila hujan tidak tempias . 3-Program bersama Pakar Kanak-kanak. bagi memantapkan ilmu serta pengetahuan ibu bapa dan guru dalam cara menangani anak-anak istimewa dengan lebih berhikmah. Hala tuju anak khas untuk tempuh dunia mencabar. " 6 MUHAMMAD HAZWAN HANIF BIN ASRI Pembaharuan buku teks yang lusuh & terkoyak 7 MARINA BT MOHAMAD isu ada sesetengah kanak-kanak suka buli kawan dalam kelas, sama ada murid yang sama atau murid lain,sebab sesetengah takut nk beritahu cikgu. 8 MOHD FAIZAL BIN SAID semoga cikgu memantau tentang pelajar lelaki yang membuli pelajar perempuan..menyepak,menampar dan membuatkan pelajar perempuan tidak selesa..harap maklum..
20 CADANGAN DAN USUL BIL NAMA USUL/CADANGAN 9 NURUL ASIAH BT MOHD NOR 1. Kembali kasut ketika masuk ke dalam kelas kerana ; -Kasut anak sering hilang -stokin anak cepat koyak -stokin anak sering kotor semasa basuh. 2. Guru mestilah peka dan cakna setiap aduan buli dari murid dan ibubapa, ini dapat mengelakkan ibubapa membuat keputusan dan tindakan sendiri jika aduan tidak diendahkan dan tiada tindakan dari pihak sekolah." 10 FARIDATUL ASMA BINTI FUAZI Sebolehnya kalau ada latihan apa-apa minta dilakukan pada luar waktu belajar. Ini kerana pelajar akan meninggalkan waktu belajar dan bimbang pelajar tersebut ketinggalan silibus yg diajar. Saya cadangkan sebolehnya tiada jurang antara ibubapa dan guru.sekiranya ada apa-apa permasalahan anak-anak sama-sama kongsikan dan bincangkan bersama ibu bapa.sama ada masalah pembelajaran ataupun pergaulan." 11 MUHAMMAD HAFIZI BIN SUPARMIN Bina tempat murid menunggu ibu bapa. ,Robohkan pagar dan parkir kereta buat tempat menunggu. Bina pagar baharu keliling parkir berkenaan. Bina parkir baharu untuk guru. 12 CHE NORZAKIAH BADIHAH BT CHE ZAINI Tekankan pemahaman soal pembelajaran, terutama mata pembelajaran matematik. Sentiasa pastikan setiap murid memahami konsep formula dalam setiap tajuk dan terapkan latih tubi hingga murid faham. Baru beralih tajuk baru. 13 MUHAMMAD ASRUL BIN HASSAN Pantau menu jualan di kantin sekolah..benda tidak sepatutnya jual seperti kaki ayam goreng,kulit ayam goreng. 14 MOHD EZHAR BIN ALI Parkir kenderaan semasa anak-anak pulang terutamanya di hadapan pintu sekolah iaitu kereta, ini akan menyebabkan kesesakan jalan keluar untuk ke jalan besar).
21 PENGHARGAAN YDP DAN AJK PIBG SK KAMPUNG BAHARU MERAKAMKAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH DAN SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA: TN. HJ. ABDULLAH ZAWAWI BIN HJ. YAHYA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BESUT KOMANDER PANGKALAN, PEGAWAI DAN ANGGOTA TUDM PANGKALAN UDARA GONG KEDAK PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BESUT WARGA PIBG SeBARU PEMIMPIN-PEMIMPIN MASYARAKAT PARA DERMAWAN GURU-GURU IBU BAPA SERTA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG MEMBANTU MENJAYAKAN SEGALA PROGRAM PIBG SK KAMPUNG BAHARU Pihak PIBG SeBARU sentiasa mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi mempertingkatkan lagi kualiti dan pengurusan PIBG. Sumbangan boleh disalurkan seperti berikut : Nama Akaun : PIBG SK KAMPUNG BAHARU Nombor Akaun : 13030000672711 Nama Bank : BANK MUAMALAT