The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ling Min Lian, 2023-01-13 21:58:23

BATU SEREMBAN (Group 9)

BATU SEREMBAN

BATU SEREMBAN PERMAINANTRADISIONAL MALAYSIA SADN 1033 KUMPULAN 9 YASHWINI A/P CHANDREN KRISTY BINTI ABDULLAH LING MIN LIAN LIM XIN YEE CHONG JIE EN 291544 291736 292610 292733 293733


ISIKANDUNGAN Sejarah Pengenalan Gologan yang bermain Peralatan batu seremban Cara bermain & Peraturan permainan Permainan Batu Seremban dalam kalangan rakyat Malaysia Kesimpulan Rujukan


SEJARAH Permainan batu Seremban atau juga dikenali sebagai batu selambut ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung manakala di pantai barat Semenanjung permainan ini dikenali sebagai Batu Seremban. Namun, permainan ini juga banyak dimainkan di negara lain. Antaranya ialah Singapura, India, China, Portugal, dan juga Turki. Terdapat sumber yang mengatakan bahawa batu Seremban asalnya dari Asia kuno semasa Siege of Troy pada tahun 1184 sebelum masihi. Permainan ini dianggarkan berusia dari 2,500 sehingga 4000 tahun. Batu Seremban ini dimainkan dari negara Depal ke benua India sehingga ke Malaysia dan Singapura. Ia juga dimainkan dari Asia tengah melalui Turki dan Latin Mediterranean hingga ke Amerika selatan dan Belanda. Banyak spekulasi yang timbul berkaitan dengan asal-usul permainan ini. Tiada bukti yang sah yang menyatakan sejak bila wujudnya permainan ini dan bagaimana ia tercipta kerana ianya diceritakan dari mulut ke mulut sahaja.


Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut dan Seremban. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan —dua hingga empat orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu Seremban selalunya dimain pada waktu lapang —di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana-mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk di atas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. PENGENALAN


Tidak seperti permainan wau atau gasing, permainan batu seremban ini tidak memerlukan seseorang itu bertindak agresif dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Ini kerana permainan ini tidak memerlukan kita bergerak banyak. Kaedah permainan ini yang mudah menjadikan permainan ini lebih digemari oleh golongan kanak-kanak perempuan. Biasanya,permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak pada peringkat umur antara lapan tahun ke atas. Namun, ini tidak bermakna permainan batu seremban ini khusus untuk kanak-kanak perempuan sahaja kerana terdapat juga kanak-kanak lelaki yang gemar untuk memainkannya jika ada waktu terluang. Dengan corak permainannya yang tidak memerlukan kita banyakbergerak kerana tidak perlu menggunakan pergerakan kaki dan tidak perlu berlari ke sana kemari, ia menjadikan permainan ini amat bersesuaian dengan kanak-kanak perempuan. GOLOGAN YANG BERMAN Walau bagaimanapun, permainan ini masih dimainkan oleh masyarakat zaman kini terutamanya di kawasan kampung dan tidak kurang juga di bandar. Ini kerana permainan ini juga adalah permainan yang tidak akan sesekali mendatangkan bahaya dan boleh mengisimasa yang terluang dengan sebaiknya. Selalunya, apabila tiba musim hujan adalah masa yang terbaik untuk kanak-kanak bermain batu seremban. Hal ini kerana pada waktu begini, kanak-kanak tidak tahu hendak bermain apa lagi bagi mengisi masa lapangnya di rumah, selain daripada membaca buku. Jadi permainan ini adalah salah satu permainan yang sesuai untuk dimainkan.


P E R A L A T A N B A T U S E R E M B A N Setiap pemainan memerlukan alat untuk memainkan. Dalam permainan sepak raga misalnya, alat yang digunakan untuk memainkannya adalah menggunakan sebiji bola rotan, begitu juga sekiranya kita ingin bermain bola sepak. Kita memerlukan bola sepak dan beberapa peralatan lain untuk bermain permainan bola sepak. Turut sama juga dengan permainan batu seremban. Bagi mereka yng ingin bermain batu seremban, peserta hendaklah memerlukan batu- batu kecilyang hampir sama saiznya. Bilangan yang diperlukan untuk sesuatu permain ialah lima bijibatu. Namun terdapat juga mereka yang menggunakan tujuh batu kecil. Ini bermakna bilangan batu boleh ditentukan oleh pemain itu sendiri, tetapi kebiasaannya bilangan batunya adalah ganjil.


CARABERMAIN BATU SEREMBAN Menentukan Giliran Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung ke udara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata. CaraBermain Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang lebih atas dinamakan buah tujuh. Buah Satu Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai,berkeadaan buahbuah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan ke udara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada di udara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut. BuahDua Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.


Buah tiga Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak. Buah Empat Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan. Buah Lima Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja. Buah Enam Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai. Buah Tujuh Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.


Timbang Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya. Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.


PERATURAN PERMAINAN BATU SEREMBAN Giliran setiap peserta akan mati sekiranya batu yang dilambung terlepas dari tangan atau batu yang ingin dikutip daripada lantai/tanah terlepas atau disentuh secara tidak sengaja hingga menyebabkannya bergerak daripada kedudukan asal. Setiap pasukan akan menghantar 2 orang wakil (tidak termasuk 3 pemain simpanan bertindak sebagai penyokong) untuk bermain dalam permainan ini. Pemain hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah tersebut jatuh ke lantai. Pemain lain akan mengambil gilirannya bermain apabila sesuatu kesilapan/kesalahan telah dilakukan. 5 biji batu akan digunakan dalam permainan ini.


Dalam pusingan seterusnya, seorang pemain menyambung permainannya di peringkat dia telah melakukan kesilapan. Pemenang setiap pusingan akan ditentukan melalui jumlah mata tertinggi keseluruhan yang dikumpulkan dalam masa 10 minit permainan. Jumlah mata yang diperoleh setiap ahli kumpulan dikumpulkan, kumpulan yang mendapat mata tertinggi akan berlawan dengan kumpulan yang kedua tertinggi bagi merebut tempat johan dan naib johan , manakala kumpulan yang mengumpul mata ketiga tertinggi akan berlawan dengan kumpulan keempat. Hanya seorang wakil dari setiap kumpulan dibenarkan bertanding. Ahli kumpulan berhak memilih sendiri wakil yang akan bertanding pada peringkat akhir.


iasanya, permainan ini terkenal dalam kalangan kanak-kanak perempuan Malaysia yang bermain secara individu atau berkumpulan antara dua hingga lima orang. Permainan ini akan menggunakan lima batu kecil atau lima beg kain segi tiga piramid kecil yang berisi sama ada pasir, beras atau kacang kering. Kemahiran yang diperlukan ketika bermain batu Seremban ini adalah melambung dan menangkap. Pemain juga perlu cekap dan pantas bagi menangkap batu-batu tersebut. PermainanBatuSerembandalam kalanganrakyat Malaysia LOKASIBERMAINBATU SEREMBAN Permainan inisering dimain padawaktu lapang, lokasi biasanya adalah diserambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan permukaan yang rata dan bersih. Ketika bermain permainan ini, para pemain perlu duduk di ataslantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut. B


Selain keseronokan, permainan ini akan membantu meningkatkan penglihatan dan ingatan mata,serta membina tumpuan dan kemahiran. Permainan ini juga membantu remaja Malaysia untuk memupuk sikap perpaduan antara pelbagai kaum dan juga dapat belajar berinteraksisecara positif. Permainan ini juga memberi kanakkanak satu pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyaisensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal dirisendiri dan juga boleh berkongsi kuasa. Kemahiran fizikal yang berkenaan termasuk mengimbang, menyambut dan batu Belajar mengenaisyarat dan peraturan peraturan atau sesuatu. Membantu pemain untuk berfikir dengan lebih kreatif dan logik Dapat menerima kekalahan sesuatu permainan dengan perasaan yang berusaha untuk bangkitsemula pada masa akan datang Berupaya untuk menghormati hak orang lain


Keluarga mendukung obligasi yang dominan dalam usaha ke arah menggiatkan permainan tradisional tanah air. Melalui langkah ini, ternyata anak-anak akan berasa terhibur dan teruja selain dapat mengenali warisan nenek moyang kita . Hal ini dapat mencambahkan minat generasi muda untuk terus berkecimpung dalam tradisi permainan ini. Golongan pascamerdeka khususnya generasi baru sepatutnya menyanjung dan menjunjung warisan budaya kita persis peribahasa Melayu yang berbunyi biar mati anak,jangan mati adat. Oleh itu,setiap ahli keluarga terutamanya ibu bapa memikul tanggungjawab murni untuk mempopularkan permainan tradisional negara kita. Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Keadaan ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. . Oleh hal yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat antaranya termasuklah batu seremban. Namun begitu,akibat daripada kemajuan dunia dalam pelbagai skop,permainan ini seolah-olah dianaktirikan begitu sahaja oleh masyarakat kita. Oleh itu, pelbagai langkah yang pragmatik perlu dilaksanakan dalam usaha menggiatkan permainan tradisional pada hari ini. K E S I M P U L A N


RUJUKAN Hidupku di ASIQS, 2018. Batu Seremban. 11/9/2018, http://amnyasiqs.blogspot.com/2018/09/batu-seremban.html? m=1 S Lin, 2019. Permainan Tradisional-Batu Seremban. 9/10/2019, https://www.sislin76.com/2019/10/permainan-tradisionalbatu-seremban.html


Click to View FlipBook Version