KATA ALU-ALUAN PENGARAH
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera;
Salam Keluarga Malaysia, Salam Kolejku Sejahtera.
Segala puji-pujian bagi Allah Taala dengan izin limpah inayahNya dapat kita meraikan Majlis
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2021 peringkat Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menghargai segala sumbang bakti warga KMPh yang
telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2021. APC merupakan satu pengiktirafan
kepada kakitangan yang telah berusaha secara berterusan melaksanakan tugasan dengan penuh
kecekapan dan produktif, memiliki iltizam yang tinggi serta mensyukuri segala nikmatNya seperti
yang terkandung dalam Teras Perkhidmatan Awam. Pihak kolej amat berterima kasih dan
menghargai setiap komitmen staf KMPh yang telah melaksanakan segala tanggung jawab dengan
penuh rasa amanah, ikhlas dan bersungguh-sungguh ke arah merealisasikan kecemerlangan,
kegemilangan serta beroleh lonjakan dalam kalangan yang terbilang.
Pembangunan Modal Insan Holistik dalam semua aktiviti utama kehidupan keluarga Malaysia sama
ada iktisad, pendidikan dan sosiobudaya yang digerakkan oleh pelbagai institusi dan penjawat
awam selaku pemudahcara adalah selari dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 hingga 2025. Justeru, saya yakin dan percaya bahawa seluruh warga KMPh
memahami dan sentiasa bersedia menghadapi segala halangan dan cabaran mendatang dalam
mentransformasi sistem pendidikan negara berteraskan digital selaras dengan tema ‘Kelestarian
Kecemerlangan dalam Norma Baharu Perkhidmatan Awam’.
Kehendak dan ekspektasi pemegang taruh (stakeholder) memerlukan setiap kakitangan
perkhidmatan awam menghasilkan mutu kerja yang berkualiti serta berprestasi tinggi. Sehubungan
itu, menjadi tanggung jawab bagi setiap anggota KPM untuk memastikan agar sasaran Key
Performance Indicator (KPI) individu dan organisasi ke arah mencapai objektif, matlamat, visi, misi
dan piagam pelanggan KPM. Saya menyeru agar seluruh warga KPM amnya dan KMPh khususnya
agar bersama-sama meningkatkan komitmen serta pencapaian yang cemerlang dengan
kesungguhan untuk mendukung usaha pihak kerajaan dalam menjadi tunjang bagi membina sebuah
perkhidmatan awam yang dinamik, kekal relevan dan efisien. Akhir kata, saya merakamkan
setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima APC tahun 2021 atas jasa khidmat bakti
kecemerlangan, komitmen dan dedikasi dalam perkhidmatan yang diberikan. Semoga kita mampu
mengekalkan prestasi demi meneruskan kecemerlangan pendidikan negara. Setinggi-tinggi
penghargaan saya ucapkan kepada jawatankuasa penganjur majlis APC tahun 2021 serta semua
pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan agenda majlis ini.
Sekian, terima kasih.
Puan Latiza A Latif
Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang
11.00 pagi ATURCARA MAJLIS
: Hadirin mengambil tempat
11.05 pagi : Ketibaan Para Jemputan, Ketua-ketua Unit, Ketua-ketua Jabatan
dan Timbalan Pengarah
11.10 pagi : Ketibaan YBrs. Puan Latiza binti A Latif
Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang
: Nyanyian Lagu "Negaraku" dan "Allah Selamatkan Sultan Kami"
: Ikrar Perkhidmatan Awam
: Aluan Pengacara Majlis
: Bacaan Doa
: Ucapan YBrs. Puan Latiza binti A Latif
Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang
: Sesi Penyampaian APC Tahun 2021
Sesi Penyampaian APC Tahun 2020
: Nyanyian Lagu "Peneraju Kecemerlangan" dan "Sekolahku Sejahtera"
12.00 tengah hari : Majlis Penutupan APC Tahun 2021
12.15 tengah hari : Pengurusan Acara Majlis
PENYAMPAIAN ANUGERAH APRESIASI AKADEMIK
PENYAMPAIAN KENAIIKAN PANGKAT TBBK
KERAIAN PERTUKARAN KAKITANGAN
SIJIL PENGHARGAAN BMKPM KEPADA UNIT KEWANGAN
DAN KAUNSELING
SAMBUTAN HARI GURU
GIMIK DAN MONTAJ
: Sesi Bergambar
01.00 petang : Majlis Bersurai
JAMUAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI
PENERIMA APC 2021
BIL NAMA
1 HASMARIZYANI BINTI MOHD ZULKIFLY
2 SHARIFAH NURULA’IN BALQIS BINTI SYED MOHD
3 HAYATI BINTI IBRAHIM
4 YUSNIZA BINTI YUSOF
5 NOR FARIHA BINTI AB GHANI
6 ZULHIJAH BINTI MAMAT
7 SITI HAJAR RIFQAH BINTI MD KHAIRUDDIN PANG
8 NUR AMNI NASUHA BINTI AMIRUDDIN
9 ROSLIZAWATI BINTI NAPIS
10 SONITA BINTI SUDIN
11 FADHLYYA ARAWANEY BINTI ABDUL GHANI
12 NOOR RAFIDAH BINTI SULAIMAN
13 SALIZA BINTI SIDEK
14 MOHAMAD SYAHRUL BIN KASSIM
15 AMINAH BINTI NORDIN
16 SITI AISHAH MOHAINI BINTI MOHAK
17 RIZAIMAH BINTI MASRI
18 MD ZAIMAN BIN AWANG KECHIL
19 MOHD NOOR HISYAMUDDIN BIN MOHD ALI
20 ROSLI@ MOHAMAD BIN ABDUL RAHIM
21 MOHD TARMIZI BINABDUL LATIF