SERI MENANTI: JURNAL LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN BILANGAN 1 LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN 2022
© Lembaga Muzium Negeri Sembilan 2022 SERI MENANTI merupakan jurnal terbitan Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Makalah ini tidak semestinya pendapat Pengarang Kehormat atau Pengarang jurnal ini. Pengarang bertanggungjawab memilih kandungan SERI MENANTI dan berhak menolak makalah yang dirasakan tidak sesuai diterbitkan. Pendapat yang dikemukakan serta ketepatan fakta yang diterbitkan dalam makalah adalah tanggungjawab penulis. Sumbangan makalah daripada penyelidik yang bertugas di universiti di Asia Tenggara atau daripada institusi penyelidikan dialu-alukan. Makalah perlu ditaip jarak dua langkau dan dikirimkan dalam dua salinan kepada: Pengarang Kehormat Jurnal SERI MENANTI Lembaga Muzium Negeri Sembilan Jalan Sungai Ujong 70200 Seremban, Negeri Sembilan
AHLI SIDANG PENGARANG Penasihat : YB Dato’ Dr. Razali Abdul Malik Pengarang Kehormat : Prof Madya Dr. Mohd Samsudin Pengarang : Drs. Shamsudin Ahmad AHLI LEMBAGA EDITORIAL Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hood Mohd Salleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abdul Samad Hadi Dato’ Dr. Nadzan Harun Prof Madya Dr. Zuliskandar Ramlee Dr. Linda Suryanati EDITOR JURNAL Ketua Editor : Noorul Farahashikin Sakim Timbalan Ketua Editor : Mohd Nazim Abdul Gaman SIDANG REDAKSI
AHLI LEMBAGA PENGARAH LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN YB. Dato’ Dr. Razali Ab Malik Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Sembilan Darul Khusus YB. Dato’Mohd Khidir Majid Pegawai Kewangan Negeri Negeri Sembilan Darul Khusus YBhg. Dato’ Muhammad Nahar Haji Mohd Sidek Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan Darul Khusus YBhg. Datuk Kamarul Baharin A. Kasim Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia YBhg. Mohd Azmi Mohd Yusof Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan negara YBhg. Tuan Haji Md. Fiah Md. Jamin Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan YB. Tuan Gunasekaran a/l Palasamy Ahli Dewan Undangan Seremban Jaya YB. Tuan Ng Chin Tsai Ahli Dewan Undangan Temiang Profesor Madya Dr. Mohd Samsudin Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia Drs. Shamsuddin Ahmad Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan Pengerusi Setiausaha
KANDUNGAN Muka Surat Perkembangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan 7 Nurul Hannan Hasan Nur Izzati Nazihah Junaidi Menyantuni Pendeta Za’ba Seorang Tokoh Negara 33 Mohd Samsudin Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba), 1895-1973: Tokoh Besar Negara 59 Abdullah Zakaria Ghazali Za’ba dan Ejen Perisikan British 82 Azharudin Mohamed Dali Peranan Penghulu Luak dan Dato’-Dato’ Lembaga Luak Ulu Muar 95 Abdul Khalid Haji Ujang Shamsuddin Ahmad Asrul Effendi Kamarulzzaman Nadia Syahira Kamarul Arifin Suku-Suku dalam Wilayah Adat Lingkungan 104 Nor Azli Awaludin Nor Azmi Hashim Shamsuddin Ahmad Asrul Effendi Kamaruzzaman Nadia Syahira Kamarul Arifin Perlaksanaan Peraturan Adat dalam Sistem Pentadbiran 112 Tanah di Negeri Sembilan Nadzan Haron Undang-Undang Tanah Simpanan Melayu: Tinjauan ke atas 125 Dasar British dan Implikasinya Kepada Masyarakat Melayu Negeri Sembilan hingga Perang Dunia Kedua Abd. Ghapa Harun
Perkembangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan Nurul Hannan Hasan Nur Izzati Nazihah Junaidi Abstrak Artikel ini bertujuan meneliti perkembangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan sejak tahun 1953.Antara tumpuan kajian ialah sejarah penubuhan; peranan dan tanggungjawab yang dimainkan serta pameran dan galeri yang dikelola oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kualitatif dalam mendapatkan maklumat berkenaan muzium ini. Artikel ini akan menjawab sejauh mana keadaan yang mempengaruhi penubuhan muzium tersebut dan peranan yang dimainkan. Kajian ini menghuraikan peranan yang dimainkan oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan, khususnya Adat Perpatih yang begitu simbolik dengan Negeri Sembilan sebagai warisan negeri. Hasil kajian mendapati Lembaga Muzium Negeri Sembilan menjalankan peranan sebagai muzium negeri yang menyimpan, memelihara dan mempamerkan bahan-bahan sejarah dan warisan budaya negeri. Kata kunci: Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Adat Perpatih, warisan. Pengenalan Sebelum mengkaji sejarah awal Muzium Negeri Sembilan dengan lebih mendalam lagi, eloklah terlebih dahulu dengan menganalisis sejarah awal Negeri Sembilan. Negeri Sembilan merupakan wilayah yang terletak di pantai barat Tanah Melayu yang bersempadan dengan negeri Selangor di bahagian barat laut, Pahang di bahagian utara manakala Melaka di bahagian selatan dan Selat Melaka di bahagian barat. Negeri Sembilan ini mempunyai keluasan sebanyak 6,686 kaki persegi dan panjang pantai adalah sepanjang 43 kilometer. Jika dilihat dari aspek geografi di Negeri Sembilan ini adalah berada di kawasan beriklim khatulistiwa yang juga memiliki persamaan dengan negeri-negeri lain di Malaysia yang mempunyai iklim yang bersifat panas dan lembab
8 / Seri Menanti: Jurnal Lembaga Muzium Negeri Sembilan sepanjang tahun dan jumlah hujan mencecah 65 inci pertahun.1 Pada awalnya, Negeri Sembilan adalah terdiri daripada tujuh buah daerah iaitu Seremban, Port Dickson, Jelebu, Jempol, Tampin, Rembau, dan Kuala Pilah. Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan adalah berasaskan industri, perdagangan, pertanian dan pelancongan. Dalam aspek pentadbiran, seperti negeri-negeri lain di Malaysia, Negeri Sembilan juga mempunyai ketua negeri seperti Menteri Besar atau Ketua Menteri dan sebagainya. Namun apabila berbicara mengenai sejarah awal pemerintahan Negeri Sembilan ini, ianya mempunyai sejarah, cerita dan kisahnya yang tersendiri. Misalnya kemasukan orang Minangkabau yang secara tidak langsung telah mempengaruhi kegiatan awal kehidupan masyarakat di Negeri Sembilan. Jika dapat dilihat dalam aspek pemerintahannya, kewujudan seseorang raja dalam sesebuah kerajaan adalah sangat penting dan merupakan satu simbol perpaduan dan pelindung kepada rakyat jelatanya di bawah negeri pimpinan dan naungannya. Pada awalnya, Negeri Sembilan merupakan antara sebuah negeri yang berada di bawah naungan Kerajaan Melayu Melaka sehinggalah berakhir ketika pemerintahan Sultan Mahmud Shah apabila tewas kepada Portugis pada 24 Ogos 1511. Kemudiannya, kemunculan Kerajaan Melayu Johor pada abad ke-17 telah menjadikan Negeri Sembilan sebagai wilayah di bawahnya. Meskipun berada di bawah pemerintahan Sultan Johor, namun LuakLuak di Negeri Sembilan adalah berada di bawah pemerintahan penghulu masingmasing dengan dibantu oleh Lembaga dan Buapak. Malah sistem pemerintahan Negeri Sembilan pada ketika itu adalah bercorak demokrasi yang berbentuk ‘tier system’. Manakala sistem pentadbiran adalah bermula daripada kalangan atasan sehingga ke bawah iaitu dari Raja, Penghulu, Lembaga dan Buapak. Buapak yang memiliki anak buah berperanan untuk menyampaikan segala perintah.2 Sejarah Penubuhan Muzium di Negeri Sembilan Perkembangan dalam sesebuah negeri haruslah diingati dan perlu dimanfaatkan untuk generasi yang akan datang. Ini dapat dilihat bagaimana penubuhan muzium yang terdapat di sesebuah negeri. Malah ianya adalah selaras dengan perkembangan dalam bidang permuziuman di negara Malaysia khususnya selepas kemerdekaan tanah air. Menyedari perkara ini, pelbagai usaha yang dijalankan seperti penubuhan organisasi, institut dan jabatan dalam memelihara warisan negara sehinggalah cetusan dalam penubuhan muzium di Malaysia. Secara umumnya, penubuhan muzium adalah berperanan dalam memelihara dan memulihara sejarah yang terkandung. Pada masa yang sama, negeri ini juga terkenal dengan perlaksanaan Adat Perpatih yang telah 1 S. D Reginald Mercer Nelson, Latar Belakang Sejarah dan Masyarakat Negeri Sembilan, dicapai pada 26 April 2021, melalui http://studentsrepo.um.edu.my/722/2/BAB1.pdf. 2 Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan, dicapai pada 30 Jun 2021, melalui https://www.ns.gov.my/ kerajaan/info-negeri/sejarah-penubuhan.
Seri Menanti: Jurnal Lembaga Muzium Negeri Sembilan / 9 menjadikan Negeri Sembilan unik dari negeri-negeri Melayu yang lain. Seni bina reka bentuk muzium adalah berdasarkan unsur Minangkabau menjadikannya satu perkara yang mampu menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan tersebut. Muzium juga adalah merujuk kepada sebuah bangunan yang menjadikan tempat untuk menyimpan pelbagai khazanah warisan sejarah dan budaya bangsa dalam sesebuah negara. Secara etimologi, istilah muzium adalah berasal dari perkataan Yunani iaitu ‘muoseion’ iaitu bermaksud tempat suci yang dapat menghiburkan para pengunjungnya.3 Penubuhan Muzium Negeri Sembilan adalah bermula apabila YamTuan ke-8, iaitu Tuanku Abdul Rahman telah memberikan kebenaran untuk Istana Ampang Tinggi yang terletak di Kampung Ampang Tinggi Kuala Pilah dipindahkan ke Taman Bunga yang terletak di Jalan Dato’ Hamzah, Seremban dan telah dijadikan sebagai Muzium Negeri pada ketika itu. Ini menunjukkan bahawa muzium ini pada asalnya adalah terletak di Taman Bunga Seremban, namun disebabkan oleh keadaan lokasi tersebut dilihat tidak bersesuaian, maka menyebabkan berlakunya pertukaran tempat ke Kompleks Taman Seni Budaya yang terletak di Jalan Sungai Ujong pada tahun 1983 sehinggalah ke hari ini. Pada ketika ini juga, bangunan Istana Ampang Tinggi merupakan Muzium Negeri yang utama dan tapak kompleks Taman Seni Budaya di Jalan Sungai Ujong merupakan sebuah paya yang belum diubah sehinggalah pada tahun 1986.4 Pada tahun 1980, Muzium Negeri turut menerima Rumah Tradisional Negeri Sembilan sebagai salah satu sebuah bangunan bersejarah kerana mempunyai beberapa kisahnya yang tersendiri. Menjelang tahun 1981 hingga 1982, beberapa perubahan mula berlaku apabila Muzium Negeri telah menerima bangunan baharu, iaitu bekas Astaka Musabaqah Al-Quran yang kini dikenali sebagai Teratak Perpatih yang dijadikan sebagai sebuah Muzium utama dalam menempatkan barangan dan koleksi sejarah. Ini secara tidak langsung telah memberi impak positif terhadap perkembangan muzium tersebut. Oleh itu, Muzium Negeri telah bertapak di Taman Seni Budaya dengan menempatkan ketiga-tiga bangunan bersejarah tersebut iaitu Teratak Perpatih, Istana Ampang Tinggi dan Rumah Tradisional Negeri Sembilan secara rasmi. Menjelang tahun 1986 hingga tahun 2000, iaitu ketika tempoh perkembangan muzium tersebut, Teratak Perpatih telah diisyhtiharkan sebagai Muzium Negeri Sembilan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan pada ketika itu pada 8 Julai 1986 oleh YAB Dato’ Mohd Isa bin Hj Abdul Samad bagi menggantikan bangunan Istana Ampang Tinggi sebagai Muzium Negeri.5 Pada ketika itulah bermulanya kegiatan permuziuman Negeri Sembilan di bangunan barunya, iaitu Teratak Perpatih dan Istana Ampang Tinggi telah dijadikan 3 Nor Hanisah Ahmad, Pengenalan Kepada Dunia Permuziuman, Jabatan Muzium Malaysia: Kuala Lumpur, hlm.2. 4 Temubual bersama Rosrita Binti Mohamad Nordin, Kurator Bahagian Pentadbiran &Kewangan, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, pada 12 Februari 2021. 5 Pelan Strategik Lembaga Muzium Negeri Sembilan 2016-2045, dicapai pada 3 April 2021, melalui https:// lmns.ns.gov.my/images/PELAN_STRATEGIK_LMNS/BLUEPRINTLMNS.pdf.
10 / Seri Menanti: Jurnal Lembaga Muzium Negeri Sembilan sebagai salah satu daripada model rumah-rumah di Negeri Sembilan yang mempunyai reka bentuk seni binanya yang menarik. Lembaga muzium ini telah ditubuhkan pada tahun 1953 di bawah Enakmen No.5 tahun 1956 yang diketuai oleh seorang pengerusi dan tujuh orang ahli jawatankuasa telah dilantik oleh kerajaan negeri dan lembaga muzium ini mengalami proses pengukuhan sehingga tahun 1980. Sepanjang tempoh tersebut, penubuhan muzium yangmasih berada dalamperingkat permulaan awal, tidak banyak kegiatan pelancongan yang berlaku selain daripada berusaha untuk membangunkan dan mengembangkan muzium tersebut untuk menarik perhatian orang ramai. Kini, Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) telah mengelola beberapa buah muzium di Negeri Sembilan selain Muzium Negeri di Seremban,6 iaitu Teratak Zaba di Batu Kikir Jempol, Muzium Rembau di Astana Raja Rembau, Kompleks Megalith di Pengkalan Kempas Port Dickson dan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti di Kuala Pilah.7 Setiap muzium yang ditubuhkan pasti mempunyai objektifnya yang tersendiri. Antara objektif penubuhan muzium ini adalah untuk menguruskan perolehan artifak, memulihara, memelihara, dan mempamerkan segala warisan sejarah. Manakala piagam pelanggan pula ialah memberi penyebaran maklumat ilmu institusi kepada para pelawat dan pengunjung, memberikan bantuan khidmat rujukan dan maklumat kepada para penyelidik sejarah dan budaya, berusaha menyelamatkan lebih banyak harta peninggalan sejarah dan koleksi warisan negara, mewujudkan pameran koleksi tetap dan sementara mengenai warisan dan budaya yang berkaitan dan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang mesra dan berhemah kepada masyarakat dalam urusan pentadbiran. Objektif ini menjadi pegangan oleh pihak Muzium Negeri Sembilan sejak penubuhannya, iaitu pada tahun 1953. Selain itu, perkembangan penubuhan muzium adalah secara peringkat demi peringkat dengan kewujudan ketiga-tiga bangunan bersejarah tersebut adalah tidak muncul secara serentak. Dalam masa yang sama masih terdapat bangunan tersebut yang belum diiktiraf sebagai bangunan bersejarah secara rasmi sebelum mula diiktiraf sebagai bangunan bersejarah yang boleh dipaparkan kepada orang ramai. Dalam pada itu, terdapat juga bangunan lain yang dapat dilihat di sekitar perkarangan muzium tersebutialahkedaimenjual coklatyang dibinabagimenggalakkan kehadiranpelancong dan memeriahkan suasana dengan menjual beraneka coklat kepada pengunjung yang hadir. Artifak lain seperti pameran Batu Megalitik yang turut dipamerkan di luar bangunan muzium, iaitu pada pengoperasian Muzium Negeri Sembilan pada tahun 1986 di Kompleks Taman Seni Budaya. 6 Laman Web Rasmi Lembaga Muzium Negeri Sembilan, dicapai pada 15 Mei 2021, melalui https://lmns. ns.gov.my/en/kunjungi-muzium/rangkaian-muzium/muzium-negeri-seremban. 7 Amran Yahya, 2020, Lima Muzium di Negeri Sembilan Dibuka, Harian Metro, dicapai pada 16 April 2021, melalui https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/06/700784/lima-muzium-di-ns-dibuka-mulaihari-ini.
Seri Menanti: Jurnal Lembaga Muzium Negeri Sembilan / 11 Lembaga Muzium Negeri Sembilan Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) antara satu badan organisasi yang sangat penting dalam mengemudi dan mengelola muzium Negeri Sembilan sejak dari awal penubuhannya. Lembaga muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1953 yang selari dengan perkembangan pesat dalam bidang permuziuman di negara Malaysia, khususnya selepas mencapai kemerdekaan tanah air pada tahun 1957. Maka pelbagai usaha yang cuba untuk dilakukan setelah menyedari kepentingan untuk menjaga dan memelihara warisan sejarah yang akhirnya membawa kesedaran tentang kepentingan untuk penubuhan muzium. Usaha pihak lembaga ini juga jelas dalam menjaga insitusi muzium-muzium yang terdapat di Negeri Sembilan. Lembaga Muzium Negeri Sembilan akhirnya telah menubuhkan Muzium Negeri yang berada di bawah kehendak Enakmen Lembaga Muzium Negeri tersebut. Lembaga ini diperuntukkan dengan aktaakta dan undang-undangnya yang tersendiri. Antara ciri yang dapat dilihat dimana ianya merupakan satu badan yang bersifat tetap, memberi khidmat kepada masyarakat dan perkembangannya adalah terbuka kepada umum, tidak mencari keuntungan, memperolehi atau menerima, memelihara, menghubungkan, mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitaran, serta untuk penelitian dan hiburan. Ini menunjukkan bahawa Lembaga Muzium Negeri Sembilan menjadi antara aspek utama dalam keberlangsungan muzium tersebut. Pada tahun 1996 sehingga 2003, Lembaga Muzium Negeri telah dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Abdul Samad bin Idris. Ketika lembaga muzium ini berada di bawah pimpinan Abdul Samad,beliau telah mengisyhtiharkan Bangunan Teratak Perpatih yang terletak di Taman Seni Budaya sebagai Muzium Negeri bagi menggantikan bangunan Istana Ampang Tinggi.8 Selain daripada pengelolaan terhadap Muzium Negeri, Sembilan, pihak lembaga turut berperanan terhadap muzium-muzium yang lain seperti Muzium Rembau, Muzium Teratak Zaba, dan Muzium Seri Menanti. Ini menunjukkan bahawa peranan yang dimainkan oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan adalah berhak dalam menentukan perjalanan dan kemajuan sesebuah muzium sepertimana yang terkandung dalam misi, visi dan objektif. Pameran dan Galeri di Kompleks Taman Seni Budaya Taman Seni Budaya Negeri Sembilan merupakan tapak yang terletaknya Muzium Negeri Sembilan sehingga kini. Kompleksini adalah terletak disimpang jalan ke bandar Seremban dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban di Jalan Labu iaitu kira-kira 1000 meter dari bandar Seremban.9 Taman Seni Budaya ini mula ditubuhkan oleh kerajaan 8 Laman Web Rasmi Lembaga Muzium Negeri Sembilan, dicapai pada 28 Mac 2021, melalui https://lmns. ns.gov.my/en/organization/info-lmns/latar-belakang. 9 Buku Panduan Sejarah Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, hlm.6.