Kaum
Melayu
1
Pakaian Tradisional Kaum Melayu
1. Baju Melayu
1. Pada zaman pemerintahan Sultan
dahulu, baju Melayu dicipta tanpa
berlengan atau berlengan pendek tiga
suku manakala, seluar pula pendek
sehingga paras betis kaki.
2. Penciptaan baju Melayu cekak
musang dan baju Melayu teluk
belanga dahulu dipakai oleh
golongan Raja dan bangsawan
sahaja.
3. Baju Melayu kini dikenali dengan
pakaian tradisional lelaki yang
berbaju lengan panjang, seluar
panjang dan hiasan diri iaitu songkok
dan samping.
2. Baju Kurung
1. Baju kurung berasal dari negeri Johor
dan merupakan pakaian tradisional
kaum wanita Melayu.
2. Menurut sejarah kewujudan pakaian
ini, baju kurung dikatakan wujud dua
ratus tahun yang lampau. Baju kurung
dikatakan hasil kreatif Sultan Abu
Bakar iaitu sultan Johor pada tahun
1866. Terdapat juga cerita yang
menyatakan bahawa baju kurung telah
wujud sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka lagi. Baju kurung
dikenakan oleh wanita-wanita di
Melaka pada ketika itu.
3. Baju kurung dijadikan sebagai pakaian
kebangsaan di Malaysia.
2
Perayaan Kaum Melayu
1. Hari Raya Aidilfitri
1. Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah,
seluruh masyarakat Islam di dunia akan
menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di
Malaysia, sambutan hari raya ini juga
disebut sebagai Hari Raya Puasa.
2. Sambutan Hari Raya Aidilfitri
ditentukan apabila anak bulan Syawal
dilihat pada penghujung bulan
Ramadan.
3. Antara tradisi umat Islam di negara ini
apabila menjelang Syawal ialah
dengan menyediakan pakaian baru
untuk keluarga, menghias rumah dan
membuat pelbagai jenis kuih dan
makanan tradisional orang Melayu.
2. Hari Raya Aidiladha
1. Hari Raya Aidiladha juga disebut
sebagai Hari Raya Korban dan Hari
Raya Haji merupakan perayaan agama
yang disambut oleh seluruh umat Islam
di dunia.
2. Hari raya ini menandakan berakhirnya
tempoh mengerjakan haji di Mekah
iaitu pada 10 Zulhijjah.
3. Perkataan ‘Aidiladha’ dari bahasa Arab
yang bermaksud ‘Hari Penyembelihan
Korban’ kerana memperingati
peristiwa Nabi Ibrahim A.S yang
diperintahkan oleh Allah untuk
menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail
A.S.
3
Alat Muzik Tradisional Kaum Melayu
1. Gambus 1. Gambus merupakan sejenis alat muzik
2. Gendang bertali tradisional di Malaysia.
2. Berbentuk seperti buah pear yang dibelah
dua.
3. Gambus tergolong dalam alat muzik jenis
‘petik’ yang dikatakan berasal dari Timur
Tengah.
1. Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat
daripada kulit binatang seperti kerbau,
kambing atau lembu.
2. Ia merupakan salah sebuah alat muzik
dalam keluarga genderang.
3. Gong 1. Semasa pemerintahan kerajaan dahulu,
4. Kompang gong kecil atau canang akan dikandar oleh
pesuruh raja yang akan mengelilingi
kampung bagi menyebarkan berita.
2. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan
penduduk kampung dan titah raja akan
dibacakan oleh pesuruh raja.
1. Kompang ialah sejenis alat muzik
tradisional yang paling popular bagi
masyarakat Melayu dan tergolong dalam
kumpulan alat muzik gendang.
2. Kulit kompang biasanya diperbuat
daripada kulit kambing.
4
Tarian Tradisional Kaum Melayu
1. Tarian Zapin
1. Tarian zapin merupakan tarian yang
terkenal di negeri Johor.
2. Perkataan zapin berasal daripada ‘Al-
Zaffan’ iaitu gerak kaki. Mengikut
sejarah, tarian ini bermula sebagai
tarian hiburan di istana yang dibawa
dari Hadramaut, Yaman Selatan oleh
pedagang Arab pada abad ke-13
yang bertujuan digunakan amalan
berzikir untuk menyebarkan
pengetahuan mengenai Islam.
3. Kini, tarian zapin masih lagi
dipersembahkan dalam majlis formal
dan tidak formal seperti majlis
perkahwinan dan majlis perasmian.
2. Tarian Gamelan
1. Tarian Gamelan terkenal di Istana
Empayar Riau dan Lingga serta mula
dipersembahkan buat pertama kali di
khalayak ramai di Pekan, Pahang
pada tahun 1811 dalam upacara
persandingan Tengku Hussain
2. Pada asalnya tarian ini terdiri
daripada 77 jenis Gamelan tetapi
pada hari ini hanya tinggal 33 jenis
Gamelan sahaja keraa ketiadaan
tenaga pengajar jenis tarian itu.
3. Tarian ini dipersembahkan secara
eksklusif oleh penari wanita dan
dipentaskan secara dalaman ataupun
persembahan terbuka. Unsur Jawa
boleh dilihat dari segi seni tari
tersebut.
5
Permainan Tradisional Kaum Melayu
1. Sepak Raga
2. Batu Seremban 1. Permainan sepak raga terkenal sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka.
2. Pada masa sekarang sepak raga lebih
dikenali dengan nama sepak takraw
dan dikenali di seluruh. Bola sepak
raga diperbuat daripada bilah-bilah
rotan yang dianyam bulat seperti raga
sebesar isi buah kelapa dua atau tiga
lapis.
3. Permainan ini dimulakan dengan salah
seorang pemain melambung bola
kepada rakannya dengan tangan.
Rakannya itu akan menimang bola itu
dengan kakinya sekali atau beberapa
kali, sebelum menendangnya ke arah
pemain lain. Pemain-pemain yang
membentuk lingkungan atau bulatan
itu mestilah bergilir-giliran menimang
bola itu dan mengawalnya supaya
tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh,
1. pBeartmuaSinearenmdbaalnamjugapudsikinegnaanli steebrsaegbaui t
dpietarmmaatinkaann.Selambut atau Serembat.
2. Permainan ini dimainkan oleh kanak-
kanak perempuan sama ada secara
individu atau berpasangan iaitu
berkumpulan seramai dua hingga
empat orang atau lebih.
3. Permainan ini menggunakan guli
kaca, biji getah, ketul batu yang kecil
atau ketulan-ketulan objek lain
berbentuk bulat.
4. Batu Seremban ini terdapat beberapa
peringkat Bbermula dengan
peringkat pertama yang mudah
dengan menggunakan sebiji buah
yang dinamakan sebagai buah satu
hinggalah kepada peringkat lebih
tinggi atau peringkat yang teratas.
6
Makanan Tradisional Kaum Melayu
1. Nasi Lemak 1. Nasi lemak merupakan makanan
2. Lemang
kegemaran bagi orang Malaysia dan
Singapura terutamanya sebagai
sarapan pagi.
2. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang
dimasak menggunakan santan kelapa
bagi menambah rasa lemaknya.
Kadangkala daun pandan dimasukkan
semasa nasi lemak dimasak bagi
menambahkan aromanya.
3. Kaum melayu akan makan nasi lemak
dengan telur rebus, timun, ikan bilis
goreng dan sambal. Kini, pelbagai
hidangan disajikan bersama nasi lemak
seperti ayam, daging, sotong, udang,
limpa dan hati lembu.
1. Lemang ialah sejenis makanan tradisi
yang disukai orang ramai.
2. Lemang merupakan hidangan istimewa
pada Hari Raya sejak tahun 1864.
3. Makanan tradisional ini dihidangkan
bersama rendang atau serondeng.
4. Lemang diperbuat daripada beras pulut
dan santan. Beras pulut dimasukkan ke
dalam buluh dan dibakar dengan daun
pisang.
7
Kaum
Cina
8
1. Samfu Pakaian Tradisional Kaum Cina
1. Samfu merupakan pakaian kaum Cina
dan membawa maksud 'baju dan seluar'
dalam dialek Kantonis.
2. Samfu diperbuat daripada kain nipis yang
tidak bercorak atau berbunga halus.
3. Samfu dipakai oleh kaum lelaki
berbangsa Cina.
2. Cheongsam
1. Cheongsam diperkenalkan semenjak
revolusi Negara China pada tahun 1911
dan membawa maksud ‘baju labuh’
dalam dialek kantonis.
2. Pada mulanya, kolar baju antara 3
hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya
ditinggikan sehingga menjadi 7 cm.
Cheongsam biasanya diperbuat
daripada kain sutera, satin dan lain-lain
jenis kain lembut.
3. Cheongsam merupakan baju yang
angggun serta sering dilihat pada hari ini
sempena Tahun Baru Cina.
9
Perayaan Kaum Cina
1. Tahun Baru Cina
1. Tahun Baru Cina disambut secara besar-
besaran oleh masyarakat Cina di seluruh
dunia sebagai menandakan kelahiran
tahun baru mengikut kalendar lunar.
2. Tahun Baru Cina terbahagi kepada
kitaran 12 tahun dan dinamakan
sempena nama zodiak Cina (nama
haiwan).
3. Pada malam perayaan, ahli keluarga
akan berkumpul beramai-ramai untuk
jamuan makan besar bagi mengeratkan
jalinan hubungan sesama keluarga.
4. Ahli keluarga yang telah berumahtangga
akan memberi ‘angpau’ kepada saudara
mara dan sahabat yang masih muda.
2. Chap Goh Meh
1. Festival tanglung atau dalam dialek
Hokkien disebut, Chap Goh Meh
bermaksud 'malam ke-15 Tahun Baru
Cina'.
2. Hari Chap Goh Meh juga merupakan
hari anak gadis yang mencapai usia
perkahwinan dibenarkan berjalan-jalan
keluar dari rumah dengan dandanan
dan pakaian paling cantik.
3. Hajat pada malam Chap Goh Meh
dianggap makbul dan para gadis akan
melontarkan limau mandarin untuk
membuat hajat bagi mendapatkan
suami yang baik.
10
Permainan Tradisional Kaum Cina
1. Mahjong
1. Mahjong atau mahjung merupakan
permainan untuk empat orang yang
berasal dari China.
2. Mahjong membabitkan kemahiran,
strategi, dan pengiraan, termasuk juga
nasib.
2. Xiang Qi 1. Xiangqi merupakan sebuah permainan
3. Yo-yo papan Cina yang dimainkan oleh dua
orang pemain.
2. Xiangqi berada dalam keluarga yang
sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini
berasal dari China dan digelar sebagai
Catur Cina.
1. Yo-yo merupakan permainan dari China
yang mempunyai dua cakera yang sama
saiz yang dihubungkan oleh gandar
yang panjang.
2. Yo-yo Cina akan sentiasa berpusing
pada tali yang diikat pada dua batang
kayu kecil. Pemain akan memegang
hujung kedua-dua kayu dan
mengimbangi yo-yo daripada jatuh.
3. Permainan ini dikenal pasti telah wujud
sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386
hingga tahun 1644 selepas Masihi.
11
Tarian Tradisional Kaum Cina
1. Tarian Singa
1. Tarian Singa merupakan sejenis
tarian tradisional dalam adat warisan
masyarakat Cina.
2. Tarian ini digerakkan oleh dua orang
penari iaitu pada bahagian kepala dan
badan singa. Tarian ini berbentuk
akrobatik dan penari perlu memungut
“angpau” iaitu sebagai “keuntungan”.
3. Tarian ini diiringi dengan paluan
gendang yang kuat.
4. Dikatakan bahawa tuan rumah atau
pusat perniagaan yang
mempersembahkan tarian tersebut
akan mendapat keuntungan yang
banyak pada tahun tersebut.
2. Tarian Kipas
1. Kipas cina mempunyai erti yang
sebati dalam masyarakat cina di
mana dewa-dewi pada masa lalu
sentiasa menjadikan kipas sebagai
alat keperluan.
2. Tambahan lagi, angin merupakan
satu tradisi masyarakat cina yang
mana masyarakat cina mempercayai
"Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan
tentang suatu pentanda yang baik
dan buruk terhadap sesuatu
kehidupan di tempat mereka.
3. Tarian ini dipersembahkan supaya
membawa kebaikan atau "Fung Shui"
yang baik kepada seluruh anggota
masyarakat.
12
Alat Muzik Tradisional Kaum Cina
1. Bo 1. Bo yang juga dikenali sebagai Po iaitu
2. Erhu
3. Pipa sejenis alat muzik yang
diklasifikasikan dalam kumpulan
Idiofon.
2. Alat ini sangat popular semasa Dinasti
Sui dan Dinasti Tang.
3. Masyarakat Cina biasanya
menganggap bunyi yang kuat sebagai
baik sepertimana amalan mereka
membakar mercun untuk menghalau
hantu.
1. Erhu dikategorikan sebagai alat
Kordofon iaitu sejenis alat muzik
gesekan. Erhu alat muzik yang bertali
dua.
2. Erhu juga merupakan alat muzik yang
paling popular dalam keluarga Hu-qin
di China.
3. Di dalam Orkestra Cina, Erhu
terbahagi kepada dua iaitu Erhu abad
pertama dan abad kedua atau
ringkasnya dipanggil Erhu pertama
dan kedua.
1. Pipa dikategorikan sebagai alat muzik
Kordofon dan merupakan alat muzik
yang paling simbolik dan terkenal
dalam Orkestra Cina.
2. Sejarahnya bermula sejak lebih 2000
tahun dahulu.
3. Masyarakat Cina bermain alat ini
untuk mengatasi perasaan marah
mereka kerana terpaksa membina
Tembok Besar suatu ketika dahulu.
13
Makanan Tradisional Kaum Cina
1. Kuih Bakul
1. Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih
Tahun Baru Cina ialah makanan yang
diperbuat daripada tepung pulut
berbentuk seperti dodol.
2. Secara tradisi, kuih ini paling popular
dimakan ketika sambutan Tahun Baru
Cina kerana dipercayai membawa tuah
pada masa perayaan. Hal ini kerana
namanya "nian gao" (年糕) di mana
perkataan 糕 (gāo) bermaksud 'kuih'
dan nama kuih ini berbunyi sama
seperti perkataan 高 (gāo) yang
bermaksud 'tinggi' iaitu melambangkan
erti “setahun lagi kehidupan, setingkat
lagi kemajuan".
2. Kuih Bulan
1. Kuih bulan ialah kuih tradisional Cina.
Kuih ini dimakan semasa Perayaan
Pertengahan Musim Luruh. Perayaan
tersebut adalah bertujuan untuk
sembahyang dan memerhati bulan.
2. Kuih bulan dianggap sebagai satu
makanan istimewa yang penting pada
peristiwa ini. Kuih bulan ditawar antara
rakan-rakan dan ahli keluarga ketika
perhimpunan keluarga sementara
meraikan pesta.
14
Kaum
India
15
1. Dhoti Pakaian Tradisional Kaum India
2. Sari
1. Dhoti merupakan pakaian untuk kaum
lelaki berbangsa India.
2. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain
putih yang panjang. Kain tersebut dililit di
bahagian pinggang dan diikat pada celah
paha dan kemudian disangkutkan pada
bahu.
3. Kebanyakan Dhoti hanya boleh dilihat
pada hari perkahwinan sahaja kerana
generasi muda hari ini tidak berminat
dengan pakaian tersebut.
1. Sari merupakan pakaian untuk kaum
perempuan India dan terkenal pada
musim perayaan.
2. Sari terdiri daripada lembaran kain yang
jarang dan lembut.
3. Sebelum memakai sari, si pemakai perlu
memakai anak baju yang ketat dan
singkat. Kemudian sari dililit dari
pinggan dan diselempangkan pada
bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga
hingga lima kali untuk menguatkan lilitan
supaya tidak terurai.
16
Perayaan Kaum India
1. Deepavali
1. Hari Deepavali merupakan perayaan
yang disambut oleh semua penganut
yang beragama Hindu di seluruh dunia.
2. Perkataan Deepavali merupakan
gabungan perkataan "Dipa" yang bererti
cahaya dan perkataan "Gavali" yang
bererti barisan.
3. Perayaan Deepavali ini disambut pada
hari ke 14 bulan Aipasi dalam
kalender Tamil (antara bulan Oktober
dan November) dan juga dikenali
sebagai Pesta Cahaya.
2. Thaipusam
1. Hari Thaipusam merupakan satu
perayaan yang disambut oleh
masyarakat beragama Hindu di seluruh
dunia pada bulan kesepuluh dalam
kalendar Tamil yang dikenali juga
sebagai bulan 'Thai'.
2. Perayaan ini bagi menghormati dewa
Hindu iaitu Lord Murugan.
3. Bagi penganut yang beragama Hindu,
Thaipusam adalah hari untuk
menghapuskan dosa-dosa dan
bertaubat sepenuhnya akan kesalahan
yang lepas.
17
1. Manjira Alat Muzik Tradisional Kaum India
1. Manjira merupakan kategori sebagai alat
Idiofon.
2. Dalam muzik klasik India, peranannya
adalah untuk mengiringi nyanyian dan
memainkan irama. Ia merupakan
komponen yang penting di dalam muzik
Bhajans dan muzik tarian.
2. Sitar
1. Sitar adalah sejenis alat muzik dalam
kategori Membranofon.
2. Ia merupakan sejenis lute yang berleher
panjang dengan tujuh tali logam.
3. Sitar memainkan peranan yang sangat
penting di dalam Muzik Hindustan.
3. Tabla dan Baya
1. Tabla dan Baya juga dikategorikan
dalam kumpulan Membranofon.
2. Tabla dan Baya dimainkan dalam Muzik
Karnatik dan Hindustan di Malaysia.
4. Dholak
1. Dholak ialah sejenis alat Gendang dua
muka berbentuk tong yang dikategorikan
sebagai alat Membranofon.
2. Dholak dimainkan untuk mengiringi
muzik rakyat.
18
Tarian Tradisional Kaum India
1. Tarian Bharata Natyam
1. Tarian Bharata Natyam merupakan
tarian klasik India kerana terdapat
pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata
yang harus dipelajari demi
mempersembahkan tarian warisan ini
dengan lengkap.
2. Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil
Naidu di bahagian Selatan India.
3. Secara tradisionalnya, tarian ini di
persembahkan secara solo oleh seorang
penari wanita.
2. Tarian Kathak
1. Tarian Kathak merupakan salah satu dari
lapan bentuk tarian klasik India dan
berasal dari India Utara.
2. Kathak bermasud ‘pencerita’ dan tarian ini
memerlukan pencerita untuk membuat
persembahan di lapangan kampung dan
laman kuil. Kebanyakannya khusus dalam
mengisahkan kisah mitos dan moral dari
kitab, dan menokok pengisahan mereka
dengan alunan tangan dan mimik muka.
3. Pada asasnya tarian ini merupakan teater,
menggunakan alatan dan bunyi muzik
bersama gerak tangan bagi
menghidupkan lagi kisah tersebut.
19
Permainan Tradisional Kaum India
1. Kho Kho
1. 'Kho-kho' merupakan permainan
tradisional yang popular dalam kalangan
kaum India.
2. Permainan ini berasal dari Maharashtra
dan pada mulanya dimainkan
menggunakan kereta kuda. Kebanyakan
ahli sejarah India mengatakan bahawa
Kho-Kho merupakan hasil
pengubahsuaian daripada satu permainan
'Lari dan kejar' apabila seorang pemain
akan berlari dan mengejar serta
menyentuh pemain lain.
3. Permainan kho-kho ini memerlukan
kecergasan fizikal pemain serta
pergerakan yang fleksibel untuk mengelak
peserta-peserta lain.
2. Charuranga
1. Asal-usul catur moden bermula dengan
nama Charuranga yang berkembang di
India pada abad ke-6.
2. Sejak awal, permainan ini sudah
memperkenalkan dua pihak yang bermain,
perbezaan buah catur dengan kekuataan
yang berbeza dan kemenangan
tergantung pada buah terakhir atau dalam
catur moden dilihat pada kekalahan buah
catur yang dikenali sebagai raja.
3. Dalam catur kuno, papan catur memiliki
100 kotak atau lebih.
20
1. Murukku Makanan Tradisional Kaum India
1. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri
dan berasal dari negara India.
2. Bahan utama murukku ialah urad dan
tepung beras.
3. Murukku boleh didapati di pelbagai tempat
kerana dihidangkan sebagai makanan
ringan.
2. Tosai 1. Tosai turut dikenali sebagai dosa, dosay,
3. Idli dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.
2. Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis
seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang
dan sebagainya.
3. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh
rakyat Malaysia terutamanya kaum india dan
boleh didapati di mana-mana gerai atau
kedai mamak dan juga di restoran India.
1. Idli berasal dari India dan mempunyai
banyak jenis. Contohnya, sanna, rave atau
sambar idli.
2. Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun
sebagai makanan ringan.
3. Makanan ini sering dihidang dengan sambal
dari buah-buahan, sambar dan lain-lain.
21
Kaum
Sikh
22
1. Kurta Pakaian Tradisional Kaum Sikh
1. Kurta adalah pakaian tradisional bagi kaum
lelaki Sikh pada majlis rasmi.
2. Ia merupakan kemeja panjang yang sampai
ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain
kapas.
2. Salwar Kameez
1. Bagi perempuan masyarakat Sikh, mereka
mengenakan pakaian Salwar Kameez atau
baju Punjabi.
2. Terdiri daripada blaus panjang yang
dipadankan dengan seluar panjang yang
longgar, serta tudung kepala yang sesuai
warnanya.
23
1. Hari Vaisakhi Perayaan Kaum Sikh
1. Vaisakhi merupakan perayaan tahunan
yang diadakan sejak bulan April 1699.
2. Sambutan Vaisakhi jatuh pada tanggal 14
April setiap tahun yang menandakan
permulaan musim menuai mengikut
kalender masyarakat Punjabi Sikh.
3. Guru memanggil sukarelawan untuk
memberikan kepalanya.
4. Lima yang datang ke hadapan dikenali
sebagai Panj Pyare atau lima orang yang
dikasihi.
2. Hola Mohalla
1. Acara tahunan Hola Mohalla adalah
perarakan seni mempertahankan diri yang
bertepatan dengan Holi, festival warna
Hindu yang berlaku pada bulan Mac.
2. Perayaan Hola Mohalla di Punjab secara
tradisinya berlangsung sehingga seminggu.
3. Perayaan termasuk demonstrasi dan
memaparkan kemahiran yang melibatkan
Gatka, pedang seni mempertahankan diri
Sikh termasuk prestasi lain seperti
menunggang kuda.
24
1. Jorri Alat Muzik Tradisional Kaum Sikh
1. Kebanyakan alat muzik yang digunakan
dalam masyarakat Sikh secara asasnya
seperti muzik Punjabi menggunakan
ketukan iaitu gendang atau rebana yang
dikenali sebagai jorri (tabla).
2. Waja
1. Waja juga merupakan alat muzik yang
terpenting dalam masyarakat ini.
2. Muzik Punjabi berirama rancak dan sarat
dengan emosi, menceritakan variasi
perasaan seperti kegembiraan, keceriaan,
kesakitan dan semangat mendalam.
3. Begitu juga dengan lagunya yang turut
mempunyai melodi penuh emosi dan
perasaan.
25
Tarian Tradisional Kaum Sikh
1. Tarian Bhangra
1. Tarian Bhangra merupakan tarian yang
berasal dari Punjab dan ditarikan oleh
masyarakat Punjab atau Sikh di Malaysia.
2. Tarian Bhangra mengisahkan masyarakat
Punjabi untuk menyambut musim menuai
atau dikenali sebagai pesta menuai. Tarian
ini sebagai menunjukkan rasa gembira
kerana ladang mereka telah membuahkan
hasil yang lumayan.
3. Penari memakai pakaian yang berwarna-
warni sebagai rasa gembira.
2. Tarian Ghiddha
1. Tarian Ghiddha juga merupakan tarian
masyarakat Punjabi dan ditarikan oleh
penari wanita sahaja.
2. Tarian Ghiddha diumpamakan seutas tali
atau rantai yang berputar-putar mengikut
rentak muzik.
3. Pakaian warna-warni merupakan lambang
keceriaan penari–penari dalam tarian
tersebut.
4. Tarian Ghiddha dipersembahkan pada
malam hari perkahwinan dan penari- penari
Ghiddha dianggap sebagai perantaraan
kaum wanita untuk meluahkan perasaan
mereka.
26
Permainan Tradisional Kaum Sikh
1. Kokla Chapaki
4. Permainan tradisional yang terkenal
dalam kalangan orang Punjabi ialah
Kokla Chapaki yang dimainkan oleh
kanak-kanak lelaki dan perempuan.
5. Semua pemain akan duduk dalam
bulatan. Pemain pertama akan
memegang kain dan berjalan mengelilingi
bulatan itu sambil menyanyi. Kemudian,
kain itu akan diletakkan di belakang
mana-mana pemain yang duduk dalam
bulatan.
6. Jika pemain itu menyedari kain itu berada
di belakangnya, dia perlu bangun,
mengambil kain itu lalu mengejar pemain
pertama tadi sebelum pemain pertama itu
duduk di tempat yang ditinggalkan oleh
pemain kedua.
27
Makanan Tradisional Kaum Sikh
1. Roti Canai
1. Roti canai atau roti jenis leper selalunya
dihidangkan dengan kuah dal atau parpu
atau kari dengan sambal ikan bilis.
2. Penggunaan perkataan canai dalam
bahasa Melayu di belakang roti adalah
hasil dari tingkah laku pencanai roti
tersebut dalam meleperkan,
menganginkan dan menebar doh roti.
Terdapat juga menyatakan perkataan
canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis
dal yang digunakan bersama roti ini, yakni
‘Channal’. Pada versi yang lain, perkataan
canai ini datangnya dari nama bandar
Chennai, India.
3. Roti canai di India dan Singapura lebih
dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti
pratha dengan roti canai adalah sama dan
bentuknya bulat.
2. Tandoori
1. Tandoori merupakan masakan orang
Punjabi iaitu di antara India dan Pakistan
tetapi sekarang ianya merupakan
masakan yang terkenal di peringkat
antarabangsa.
2. Contohnya Ayam Tandoori diperbuat
daripada halia, bawang putih, jintan
putih, garam masala dan cili merah serta
rasanya yang pedas.
3. Masyarakat Punjabi juga mencampurkan
kunyit ke atas ayam tersebut supaya
ayam yang telah masak berwarna kuning
kemerahan serta dimasak dalam ketuhar
yang bersuhu tinggi.
28
Kaum
Kadazan
29
Pakaian Tradisional Kaum Kadazan
1. Gaung dan Souva
1. Bagi kaum lelaki, mereka akan memakai
gaung iaitu baju lengan panjang dan souva
iaitu seluar panjang hitam dengan ikat
pinggang berwarna biru indigo.
2. Kaking atau toogot iaitu bengkung pinggang
hitam juga turut digunakan bersama siga iaitu
penutup kepala dan tupi' sinikat.
2. Sinuangga
4. Bagi kaum wanita yang muda, mereka akan
mengenakan sinuangga iaitu baju blaus
pendek dan leher berbentuk U.
5. Bagi kaum wanita yang berumur pertengahan
pula akan memakai sinompukung iaitu blaus
dengan lengan 3/4 dan tidak mempunyai
sulaman.
6. Namun, bagi wanita tua dan upacara ritual,
mereka akan memakai kihongon iaitu blaus
lengan panjang.
30
Perayaan Kaum Kadazan
1. Pesta Kaamatan
4. Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh
Kadazandusun sebagai meraikan hasil
tuaian.
5. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan
Mei walaupun perayaan ini hanya jatuh pada
tarikh 30 dan 31 Mei.
6. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah
pertandingan ratu cantik atau "unduk
ngadau", tarian tradisi, dan upacara
kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan
yang membwa maksud "ketua pendita".
7. Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga
dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam
bahasa Kadazandusun.
8. Kadazan percaya kepada lima jenis makhluk
halus yang dipercayai iaitu: "Kinoringan"
(Ketua makluk halus & Pencipta), "Rusod"
(semangat semua benda hidup kecuali
manusia), "Koududuwo" (semangat manusia),
"Tombiruo" (semangat orang yang telah
meninggal), dan Rogon (semangat jahat).
31
Alat Muzik Tradisional Kaum Kadazan
1. Togunggak
1. Dikenali sebagai Togunggak dalam kalangan
kaum Kadazandusun.
2. Dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring
tarian atau perarakan di pesta-pesta
2. Sompoton 1. Diperbuat daripada sebiji buah labu yang telah
3. Bungkau dikeringkan dengan lapan batang buluh kecil
yang disusun dalam dua lapis serta rotan yang
diraut nipis untuk mengikat batang buluh.
2. Salah satu dari batang bulu tidak berfungsi
kerana untuk menyeimbangkan kedudukan
bentuk alat tersebut.
3. Dimainkan secara perseorangan untuk
hiburan persendirian atau dalam kumpulan
untuk mengiringi tarian.
1. Diperbuat daripada kulit sejens pokok palma
yang dikenali sebagai polod oleh suku kaum
Kadazandusun.
2. Kepingan kayu yang nipis di tengah peralatan
digetarkan dengan memukul menggunakan
ibu jari. Getaran kepingan kayu ini
menghasilkan bunyi.
3. Apabila tidak digunakan, alat ini disimpan
dalam bekas tiub buluh kecil untuk
mengelakkan daripada cepat rosak dan
sentiasa bersih.
32
Tarian Tradisional Kaum Kadazan
1. Tarian Sumazau
1. Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian
tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di
negeri Sabah.
2. Tarian ini juga merupakan tarian tradisi suku
kaum Kadazandusun dan sering
dipersembahkan pada Tadau Kaamatan
yang bermaksud Hari Penuaian yang
dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan
Mei.
3. Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada
corak penerbangan burung helang yang
disaksikan petani-petani yang berehat di
sawah sewaktu musim menuai.
4. Setiap penari yang menjayakan tarian ini
hendaklah bergerak beberapa sentimeter
saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.
33
Permainan Tradisional Kaum Kadazan
1. Rampanau
1. Sukan rampanau atau berjalan
menggunakan galah diperbuat daripada
buluh dan merupakan sejenis sukan tradisi
yang sering dimainka oleh masyarakat
Kadazandusun semasa waktu lapang.
2. Pada suatu ketika dahulu, rampanau
merupakan salah satu kaedah yang
digunakan oleh orang dahulu untuk
menyeberangi parit, sungai atau kawasan
yang berlumpur.
3. Namun, arus pemodenan kini telah
mengehadkan permainan ini dan hanya
dimainkan semasa Pesta Kaamatan sahaja.
2. Momolistik
1. Momolistik atau dalam bahasa Melayu
dikenali sebagai melastik merupakan aktiviti
kaum Kadazandusun semasa memburu
binatang dan digunakan sebagai salah satu
senjata semasa peperangan pada zaman
dahulu ketika senapang masih belum
terkenal dalam kaum Kadazan.
2. Lositik diperbuat daripada dahan kayu yang
bercabang dan dihujungnya diikat dengan
getah.
3. Permainan momolistik sering diadakan
sebagai pertandingan dalam acara
keramaian seperti Pesta Kaamatan,
perkahwinan dan sambutan hari keluarga di
Sabah.
34
1. Hinava Makanan Tradisional Kaum Kadazan
1. Hinava merupakan sebuah hidangan yang
istimewa bagi masyarakat Kadazandusun.
2. Makanan ini dihasilkan daripada isi ikan yang
segar dicampurkan dengan biji buah
bambangan yang telah diparut, halia, cili
merah, halia, bawang merah, limau kapas dan
garam.
3. Isi ikan tidak perlu dimasak kerana perahan jus
limau kapas ataupun limau kasturi akan
menjadikannya masak.
2. Bosou
1. Bosou atau juga dikenali sebagai Sambaat
merupakan salah satu makanan tradisional
etnik Kadazandusun.
2. Makanan ini kebiasaannya dijadikan sebagai
hidangan sampingan sebagai "pembangkit
selera".
3. Antara bahan utama yang digunakan untuk
menyediakan Bosou adalah pangi dalam
bahasa Kadazan Dusun ataupun biji
kepayang dalam bahasa Melayu. Bahan-
bahan yang lain termasuklah nasi putih, lada
putih, batang pisang, dan sayur bawang.
4. Pangi berfungsi sebagai pengawet semula
jadi agar makanan ini boleh bertahan selama
enam bulan sehingga setahun.
35
Kaum
Iban
36
Pakaian Tradisional Kaum Iban
1. Sirat dan Dandong
1. Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi
kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong.
2. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat
yang merupakan pakaian asas kaum Iban.
Sirat dipakai dengan cara melilitnya di
pinggang dan celah kelengkang.
3. Dandong pula merupakan kain selendang
yang dipakai oleh lelaki Iban.
4. Dandong diperbuat daripada kain yang
ditenun dengan cara ikat.
2. Bidang, Kalambi dan Bedong
1. Pakaian tradisonal wanita Iban terbahagi
kepada tiga jenis iaitu bidang, kalambi dan
bedong.
2. Bidang merupakan sejenis kain sarung
yang sempit dan panjangnya cuma
separas lutut.
3. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi
pula terdiri daripada dua jenis iaitu kalambi
berlengan dan kalambi tanpa lengan.
4. Wanita Iban juga memakai kain selendang
yang panjang dan sempit. Kain selempang
ini dikenali sebagai bedong serta dihiasi
oleh reka corak tenunan yang sangat
halus.
37
1. Hari Gawai Perayaan Kaum Iban
1. Perayaan Hari Gawai merupakan
perayaan utama bagi suku kaum Iban.
2. Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti
Gawai Dayak, Gawai Burung, Gawai
Batu dan sebagainya.
3. Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak
yang dijalankan antara hari pertama dan
kedua pada bulan Jun.
4. Tuai rumah merupakan orang yang
bertanggungjawab untuk menguruskan
sambutan yang penting ini.
5. Perayaan Gawai juga tidak akan
lengkap, sekiranya Tuak tidak
dihidangkan. Minuman yang diperbuat
daripada ragi dan beras boleh didapati di
rumah panjang.
38
Alat Muzik Tradisional Kaum Iban
1. Tawak
1. Dibuat daripada perunggu berbentuk
bulat. Dindingnya tebal, berbusut di
tengah-tengah bahagian permukaannya.
2. Alat muzik ini dicipta secara berpasangan
(ibu dan anak).
3. Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan
bergema manakala tetawak anak, nada
bunyinya nyaring.
4. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi
seperti ‘chak, dong, peng’.
2. Engkromong
1. Gong kecil diperbuat daripada perenggu
berbentuk periuk dan berbusut di tengah
permukaannya.
2. Lapan buah gong bagi satu set diatur
berbaris di atas para yang panjang.
3. Terdapat sebahagian kecil alat-alat muzik
ini dimainkan serta dipratikkan oleh kaum
wanita khususnya warga tua masyarakat
Iban.
4. Selain daripada dimainkan untuk hari
perayaan iaitu “Hari Gawai”, alat muzik ini
juga dipamerkan kepada orang ramai
terutama para pelancong yang ingin
mengetahui kebudayaan seni muzik
masyarakat Iban khususnya di negara ini.
39
Tarian Tradisional Kaum Iban
1. Tarian Ngajat
1. Tarian Ngajat adalah merupakan identiti
utama masyarakat Iban yang menjadi
kebanggaan kebudayaan di Sarawak.
2. Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian
semasa menyambut Hari Gawai sebelum
berperang dan selepas musim menuai. Pada
zaman dahulu tarian tersebut ditarikan
selepas mereka kembali dari berperang.
Ngajat dengan kata lain adalah sejenis tarian
pahlawan tradisional suku kaum Iban di
Sarawak.
3. Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai
sebagai tanda kesyukuran dalam hasil menuai
padi sepanjang tahun tersebut.
Permainan Tradisional Kaum Iban
1. Tibow
7. Terdapat satu permainan tradisional yang telah
diwarisi di Sarawak sehingga kini iaitu Tibow
yang juga dikenali sebagai Pisa ’Tibow.
8. Tibow ini sebenarnya merupakan satu aktiviti
yang dilangsungkan oleh penduduk kampung
untuk tujuan perpaduan dan bersuka-ria serta
menjadi pesta yang mencari jodoh.
9. Permainan ini adalah lebih mementingkan
keselamatan semasa mendirikan permainan
ini. Hal ini kerana permainan ini memerlukan
dua tiang kayu yang setinggi 30 kaki untuk
pembinaan tiang Tibow dan juga beberapa
tiang sederhana untuk dijadikan tangga rak.
10.Penghayun diperbuat daripada rotan sega dan
daun muda.
40
Makanan Tradisional Kaum Iban
1. Manuk Pansuh
1. Ayam yang di masak di dalam buluh.
2. Masyarakat Iban akan menggunakan ayam
tua untuk dibuat “pansuh”.
3. Makanan ini sedap dijadikan lauk dan “tabas”
semasa perayaan.
4. Daun ubi akan diletakan pada hujung buluh
untuk menghasilkan bau wangi.
5. Manuk Pansuh merupakan makanan popular
ketika perayaan Hari Gawai.
2. Pekasam Ensabi
1. Pekasam ensabi ialah makanan tradisional
kegemaran orang Iban iaitu sayur sawi yang
dibuat jeruk hingga menjadikannya sebagai
pekasam.
2. Pekasam ensabi juga dikenali sebagai
“kasam ensabi” oleh masyarakat Iban.
3. Rasanya yang masam dan sedikit masin
amat sedap dinikmati dengan hidangan nasi
panas dan dicampur dengan limau.
41
DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU NUR AULIA BINTI RAZMAN
PISMP A42MBILAN JUN 2018
N