The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Nur Salahuddin, 2023-04-20 05:18:35

BMMB 1114 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI

PENGHASILAN PRODUK

BMMB 1114 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI dan RUMI Tugasan 4:Penghasilan Produk


PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim… Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat yang dianugerahkan dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali,saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta, Encik Zuhairi Bin Raffien kerana telah memberi tunjuk ajar serta bimbingan dan memberi ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini tepat pada waktunya. Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya ajukan dengan sebaiknya. Akhir sekali,saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.


Sejarah Perkembangan Khat Islam mempunyai banyak keunikannya yang tersendiri dan salah satu keunikan tersebut ialah dari segi kaligrafinya. Seni kaligrafi Islam atau lebih dikenali dengan nama ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia telah menyebabkan kaligrafi Islam sedikit demi sedikit berlaku perubahan tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya. Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Namun, sistem penulisan khat ini terbukti telah bermula sejak zaman Rasulullah S.A.W. sehingga zaman sahabat dan diikuti dengan zaman-zaman pemerintahan Islam yang lain seperti zaman kerajaan Umawiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Mughal, kerajaan Islam di Andalus dan lain-lain zaman. Kesenian kaligrafi ini mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Pada kurun ke 10 – seni kaligrafi Islam tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu khat Kufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth, Khat Riqa. Tulisan kaligrafi dari jenis Nasakh dijadikan asas dalam mempelajari sistem tulisan Arab di negara berkenaan. Alam Melayu tidak terkecuali menyerap unsur Nasakh ini sebagai asas pembelajaran tulisan jawi, yang kemudiannya dipertingkatkan dengan sistem tulisan khat yang lain. Khat Kufi dikatakan sebagai khat yang paling popular didunia. Khat ini digunakan sebagai tulisan dalam AlQuran selama tiga kurun lamanya. Sistem khat Kufi yang tidak mengalami banyak perubahan semasa menjadi asas khat ini dikekalkan sebagai tulisan di dalam naskah al-Quran.


Sejarah Perkembangan Khat Pada kurun ke-16 dan 17 – seni khat pernah menjadi medium komunikasi terpenting dalam menyampaikan mesej diplomatik. Khat diperkenalkan oleh Housam Roumi semasa era Suleyman 1 di wilayah Turki. Kesenian tulisan khat jenis ini terserlah melalui tanda diakritik dengan tulisan yang menarik. Seni khat yang dikenali dengan nama Diwani ini berkembang seiring dengan variasinya iaitu Diwani al-Jali yang berbingkai. Antara seni khat yang masih lagi menjadi tumpuan para peminat seni warisan Islam hingga kini termasuklah khat Tuluth dan khat Riqa. Pada awal perkembangan seni khat, sejenis pokok yang direncongkan hujungnya dan dicelup dengan cecair dakwat, ditulis pada kepingan kulit-kulit tamar, kulit kambing yang dikeringkan dan daun-daun papyrus yang dijadikan kertas. Namun begitu, alam Melayu menyaksikan penggunaan batang-batang pokok resam sebagai alatan utama untuk menulis khat. Batang resam yang ditiruskan pada bahagian hujungnya akan dicelupkan dengan dakwat sebelum tulisan khat dilakarkan pada kertas. Seni Khat yang teradaptasi dengan dunia moden terus berkembang tetapi masih lagi bertapak pada seni yang asal iaitu dalam konteks keIslaman iaitu mentauhidkan Allah dan lebih berupa nasihat. Kini, seni khat bukan sahaja terlakar pada kepingan kertas malahan menjadi hiasan bercorak islamik apabila ia ditulis pada kepingan cermin, diukir pada mimbar-mimbar masjid dan turut dijadikan cenderamata untuk kenangan. Penghasilan seni khat ini secara tidak langsung meningkatkan martabat seni khat sebagai unsur seni yang cukup tinggi.


KHAT NASAKH Khat nasakh merupakan satu kaedah penulisan khat yang paling praktikal penggunaannya berbanding khat-khat yang lain. Hal ini kerana khat ini bukan sahaja mempunyai bentuk yang cantik, khat ini juga senang ditulis dan mudah dibaca. Khat nasakh sangat sesuai digunakan untuk menulis teks Al-Quran, buku, majalak, akhbar dan sebagainya yang sering dibaca oleh orang awam. Dinamakan khat ini sebagai Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Khat ini terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini contohnya di dalam akhbar, majalah, komputer dan sebaganya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur'an.


KHAT THULUTH Dinamakan Thuluth kerana huruf menegakya ditulis dengan mata pen (galam) yang ukuran lebarnya menyamai 1/3 (thuluth) mata pen. Ada pendapat mengatakan asalnya khat ini ditulis menebal dengan 24 helaian bulu kuda. Kemudian ketika jenis ini ditulis pula dengan menggunakan 2/3 menjadikan namanya Khat Thulutain ( 2/3). Kemudian terakhir sekali ditulis dengan menggunakan 1/3 daripada 24 helaian bulu kuda menjadikan namanya Thuluth (1/3) iaitu helaian bulu kuda. Khat ini merupakan khat yang paling sukar dibandingkan dengan tulisan khat yang lain dari segi kaedah, ukuran, gaya, memperelok atau kemampuan untuk menghasilkan tulisan yang tepat ukiran dan seninya. Khat ini digunakan dalam menghiasi bangunan ruang-ruang dinding dan kubah di masjidmasjid.


KHAT KUFI Khat Kufi merupakan sejenis khat yang popular selain Khat Nasakh. Nama Kufi diambil bersempena dengan nama sebuah bandar iaitu al-Kufah yang terletak di Mesopotamia. Secara umumnya, ciri-ciri yang ada pada bentuk huruf khat Kufi adalah bersegi, tegak, dan bergaris lurus. Bentukya yang berunsur geometri iaitu lurus dan tegak amat sesuai diukir di mozek-mozek, jubin dan batu pada bangunan-bangunan seperti masjid dan seumpamanya. Khat Kufi merupakan asas kepada khat Arab. Khat ini telah mengalami perubahan daripada bentuk asalnya yang lurus dan tegak kepada bentuk-bentuk yang berbunga dan berdaun bersumberkan daripada bentuk tumbuhantumbuhan yang menjalar.


KHAT RIQ'AH Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah). Tujuan utama mereka mencipta khat ini ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan. Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis. Ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat Nasakh. Penggunaan khat Riq’ah dalam masyarakat kita lebih tertumpu kepada tulisan dan nota sahaja, berbanding khat Nasakh yang begitu meluas digunakan, khususnya dalam penerbitan buku, majalah dan akhbar. Justeru, beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat Riq’ah dipelajari oleh murid-murid di sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian, seperti urusan surat-menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar di dalam akhbar.


KHAT DIWANI Diwani ialah satu daripada beberapa gaya skrip seni khat Islam. Khat ini ialah skrip melengkung yang dikembangkan semasa zaman awal pemerintahan Uthmaniyyah pada abad ke-16 hingga awal abad ke-17 . Khat ini direka oleh Housam Roumi dan kemuncak penggunaannya tercapai semasa pemerintahan Suleyman I Agung iaitu pada 1520 hingga 1566. Khat ini digelar skrip Diwani kerana khat ini digunakan oleh pihak Uthmaniyah untuk pangkat Diwan dan merupakan salah satu rahsia istana sultan. Peraturan tentang penulisan skrip tidak diketahui orang ramai, tetapi terhad kepada pakar-pakarnya dan anak murid yang pintar. Skrip ini digunakan bagi menulis semua titah perintah, pemberian dana dan resolusi kerajaan sultan. Gaya Diwani Riq'a atau Diwani 'Adi yang tidak memiliki hiasan dan garisnya lurus melainkan pada bahagian bawah huruf. Gaya Diwani Jali atau gaya jelas. Tulisan jenis ini dibezakan dengan kehadiran huruf berkait dan garis lurus dari atas hingga ke bawah. Ia berselang-seli dan dibuat agar kelihatan satu. Huruf-huruf berkait membuatnya sukar dibaca atau ditulis, dan juga sukar ditiru.


KHAT FARISI Keindahan khat Farsi terletak pada bentuk lengkungan hurufnya yang menarik, kurangnya penggunaan garis menegak dan bentuk hurufnya yang condong ke kanan serta memanjang. Sesetengah hurufnya begitu mantap dan boleh disusun dengan begitu menarik serta mempesonakan. Khat Farsi ini setelah ditulis sepenuhnya dapat menyerlahkan kelembutan kaedah penulisannya dan dapat menunjukkan bagaimana telitinya seseorang penulis khat dalam menghasilkan sesebuah karya. Antara penulis khat yang terkenal dalam penguasaan khat Farsi ialah Imaduddin al- Syirazi, Muhammad As’ad al-Yasari, dan penulis buku kaedah khat Qawa’idul Khat ‘Arabi, Hasyim Mohammad al-Baghdadi.


Tema:Pemanfaatan Digital Menjana Kompetensi Guru Khat Nasakh


KESIMPULAN Seni Khat dalam penulisan Jawi adalah sangat rapat dengan masyarakat Islam di Tanah Melayu, begitu juga dalam dunia Islam. Seni khat mempamerkan imej ketamadunan sesebuah tamadun Islam daripada permulaannya sehinggalah kepada saat kegemilangannya. Namun kini, pemahaman serta penghayatan seni khat semakin berkurangan atas faktor-faktor tertentu. Selain itu, pembudayaan Jawi dan Khat tidak terbatas kepada fizikal semata-mata, tulisan khat juga telah dijadikan kepala surat dalam urusan rasmi kerajaan seperti minit mesyuarat kerajaan negeri, surat menyurat, teks ucapan, serta beberapa dokumen penting kerajaan adalah ditulis dengan tulisan Jawi. Pelbagai aktiviti, pembudayaan serta peranan kerajaan negeri dalam menghidupkan Jawi dan khat telah dijalankan yang akhirnya menyebabkan seni khat dan tulisan Jawi disemarakkan semula. Oleh itu, kewujudan program J-Qaf di sekolah-sekolah dan peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka dilihat sangat penting menjadi pihak yang bertanggungjawab mengadakan program serta penstrukturan kembali tulisan Jawi agar kembali menjadi penulisan rasmi masyarakat dan urusan rasmi negara.


RUJUKAN


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version