INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN Nama :MUHAMMAD NUR SALAHUDDIN BIN ABDUL RAHIM Angka Giliran :2022182310037 No. K/P :030403-08-1595 Unit/ Program/ Ambilan :BAHASA MELAYU 2 PPSIMP JUN 2022 Kod & Nama Kursus :BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA Tajuk Tugasan :PENGHASILAN PRODUK Nama Pensyarah :ENCIK AZMAN BIN ARIS Tarikh Hantar :1 APRIL 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: ______Salahuddin________ Tarikh: 1 APRIL 2023 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatanga n Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: ______Salahuddin__________ Tarikh: 1 APRIL 2023
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI DAN ISU DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA Disediakan oleh: MUHAMMAD NUR SALAHUDDIN BIN ABDUL RAHIM
Disediakan oleh: MUHAMMAD NUR SALAHUDDIN BIN ABDUL RAHIM PENGHARGAAN Penghargaan Bismillahirahmanirahim… Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat yang dianugerahkan dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertama sekali,saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta, Encik Azman Bin Aris kerana telah memberi tunjuk ajar serta bimbingan dan memberi ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini tepat pada waktunya. Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada rakanrakan yang banyak membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya ajukan dengan sebaiknya. Akhir sekali,saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.
ISI KANDUNGAN Disediakan oleh: MUHAMMAD NUR SALAHUDDIN BIN ABDUL RAHIM PENGENALAN DEFINISI KOMUNIKASI DEFINISI KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI ISU KETERAMPILAN BERBAHASA RUMUSAN RUJUKAN -MAKLUM BALAS -KOMUNIKASI SEHALA -PENYAMPAIAN MELALUI SALURAN KEDUA -GANGGUAN SARAF PENERIMA -GANGGUAN EMOSI -GANGGUAN LUARAN -ISU BAHASA -ISU MEDIA SOSIAL
Dalam kehidupan seharian masyarakat kini, kita dapat perhatikan bahawa masyarakat tidak terlepas daripada aktiviti sosial yang melibatkan interaksi dan komunikasi antara satu sama lain. Komunikasi yang berlaku bertujuan bertukar-tukar maklumat antara satu sama lain. Komunikasi secara umumnya merupakan proses dimana manusia menghantar dan menerima mesej yang ingin mereka sampaikan. Namun, dalam proses komunikasi wujudnya halangan komunikasi yang mneyebabkan penerima tidak mendapat mesej dengan sempurna. Selain itu, kita tahu bahawa setiap individu yang berkomunikasi akan mempunyai keterampilan berbahasa yang berbeza kerana keterampilan berbahasa berkait rapat dengan kecekapan seseorang itu menggunakan bahasa yang meliputi empat aspek iaitu kecekapan mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh hal yang demikian, kita dapat menilai ciri dan kriteria seseorang daripada keterampilan berbahasa. Komunikasi adalah proses yang menggambarkan siapa mengatakan apa dengan cara apa, kepada siapa dengan efek apa (Laswell). Komunikasi adalah proses di mana seseorang individu atau komunikator mengoperkan stimulan biasanya dengan lambang-lambang bahasa (verbal maupun non-verbal) untuk mengubah tingkah laku orang lain (Carl I. Hovland). Komunikasi adalah penyebaran informasi, ideide sebagai sikap atau emosi dari seseorang kepada orang lain terutama melalui simbolsimbol. (Theodorson dan Thedorson). PENGENALAN Pandangan tokoh:
KETERAMPILAN BERBAHASA Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, keterampilan bermaksud kecekapan atau kemampuan manakala bahasa pula bermaksud mempunyai bahasa atau memakai bahasa. Jadi, keterampilan berbahasa bermaksud kecekapan dan kebolehan yang tinggi ketika berbahasa melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis bagi menyampaikan sesuatu mesej sama ada secara lisan mahupun bertulis dalam urusan pekerjaan atau seharian seseorang.
HALANGAN KOMUNIKASI
Maklum balas merupakan tindak balas yang berlaku apabila penerima itu menerima sesuatu pernyataan atau maklumat daripada pemberi mesej (Maklum Balas Dalam Pengajian Komunikasi, n.d.). MAKLUM BALAS Kita dapat menguji keberkesanan sesebuah komunikasi daripada maklum balas yang diberikan oleh penerima yang melibatkan komunikasi secara dua hala. Maklum balas tidak semestinya disampaikan secara lisan iaitu balasan dan jawapan tetapi boleh juga dalam bentuk bahasa badan, reaksi, gerak balas. Dalam konteks ini, maklum balas sangat penting kepada penghantar mesej untuk mengetahui sama ada penerima memperoleh atau tidak mesej yang telah disampaikan oleh penghantar. Hal ini kerana tanpa maklum balas daripada penerima, penghantar sukar untuk mengetahui sama ada penerima itu menerima atau tidak mesej yang disampaikan. Perkara ini menyebabkan berlakunya komunikasi sehala sahaja. Penerima yang tidak memberikan maklum balas mungkin mengalami masalah untuk memahami mesej yang disampaikan oleh penghantar. Maklum balas terbahagi kepada dua iaitu maklum balas positif dan maklum balas negatif. Sekiranya maklum balas itu positif, penghantar mesej akan meneruskan komunikasinya manakala jika maklum balas itu negatif, penghantar mesej mungkin akan berhenti di situ.
Penghantar akan memilih saluran yang sesuai untuk digunakan bagi menyampaikan mesej kepada penerima. Saluran media yang digunakan boleh terdiri daripada gabungan antara audio, visual dan bertulis. Gangguan saluran komunikasi yang berlaku ialah ejaan yang ditulis mungkin salah kerana berlaku kesilapan ketika menaip. Gangguan saluran komunikasi yang berlaku ialah ejaan yang ditulis mungkin salah kerana berlaku kesilapan ketika menaip. Komunikasi sehala bermaksud mesej yang disampaikan oleh penghantar tidak mendapat maklum balas daripada penerima (Course Hero, 2019). Contohnya komunikasi yang berlaku secara maya iaitu komunikasi daripada radio, televisyen dan lain-lain. KOMUNIKASI SEHALA KOMUNIKASI SEHALA PENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA
Merujuk kepada Kamus Bahasa Melayu, komunikasi merupakan masalah pada kemampuan untuk menerima, mempelajari serta menguasai bahasa isyarat untuk memudahkan bertutur dengan mereka (Carian Umum, n.d.). Gangguan juga ialah sebarang bentuk halangan yang berlaku dalam proses komunikasi yang menyebabkan penerima sukar untuk menerima mesej yang disampaikan dengan baik. Gangguan boleh dikenal pasti apabila penerima tidak dapat menerima sesuatu mesej itu dengan jelas atau tepat daripada penghantar. Terdapat banyak sebab berlakunya gangguan yang menghalang proses komunikasi yang berkesan. Gangguan dalam komunikasi berlaku boelh dibahagikan kepada tiga iaitu gangguan dari segi saraf penerima, emosi dan luaran. GANGGUAN GANGGUAN SARAF PENERIMA GANGGUAN EMOSI GANGGUAN LUARAN
Setiap manusia yang normal mempunyai sistem saraf yang berfungsi sebagai sistem penghubung yang sangat kompleks yang dapat mengirim dan menerima informasi dalam jumlah yang besar secara bersamaan. Gangguan saraf pula merupakan gangguan atau kerosakan yang terjadi pada sistem saraf manusia sehingga menjejaskan fungsinya. GANGGUAN SARAF PENERIMA Oleh itu hal yang demikian, mereka yang mengalami gangguan saraf akan sukar untuk menerima maklumat yang disampaikan kerana lambat untuk mentafsir maklumat tersebut seterusnya mengakibatkan komunikasi antara penutur dan penerima tidak berjaya. Antara masalah daripada saraf penerima ialah masalah pendengaran. Gangguan pendengaran merupakan keadaan dimana menghalang daripada mendengar sesuatu perkara itu dengan baik.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya gangguan emosi iaitu stres, cemas, tidak bermotivasi dan sikap-sikap negatif yang mendorong kepada emosi yang tidak setabil. Gangguan emosi boleh dikelaskan sebagai gangguan dalaman kerana keadaan psikologi penerima yang tidak stabil dan terganggu. GANGGUAN EMOSI Proses komunikasi akan terganggu apabila emosi salah seorang terganggu tidak kira sama ada penutur mahupun penerima. Contoh yang dapat kita lihat ialah gangguan emosi pada penghantar seperti penghantar sedang mengalami emosi yang tidak stabil kerana masalah peribadi akan menyebabkan mesej yang disampaikan tidak sesuai atau bertepatan dengan keadaan penerima dan perkara ini juga boleh berlaku kepada penerima contohnya penerima yang sedang sedih menjadi tidak fokus untuk mendengar perkara yang disampaikan. Kesan daripada mengalami emosi yang tidak stabil ketika berlakunya proses komunikasi menyebabkan salah faham dalam mentafsir suatu mesej.
Gangguan luaran bermaksud gangguan yang berlaku secara fizikal seperti bunyi yang terlalu bising akan menghalang penerima daripada mendengar dengan jelas. Gangguan ini berpunca daripada persekitaran atau keadaan sekeliling (Apakah Yang Mengganggu Luaran? - Definisi Dari Techopedia - Audio 2023, 2023) GANGGUAN LUARAN Terdapat pelbagai jenis gangguan luaran iaitu bunyi bising, objek fizikal, jarak lokasi, kerosakan peralatan dan persekitaran Contohnya semasa sesi pengajaran berlaku, bunyi keadaan atau bunyi mesin penebas rumput yang bising akan menghalang pensyarah menyampaikan maklumat dengan baik dan pelajar juga sukar menerima maklumat dengan baik.
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA ISU DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA Disediakan oleh: MUHAMMAD NUR SALAHUDDIN BIN ABDUL RAHIM
Isu bahasa yang sering menjadi kekeliruan dalam masyarakat ialah isu ejaan yang betul. Langkah untuk mengatasi masalah ini ialah pihak yang terlibat perlulah menekankan perkara-perkara seperti ini di media sosial supaya lebih ramai masyarakat sedar akan kesalahan yang sering dilakukan. Antara contoh platform yang boleh digunakan ialah aplikasi “TikTok” yang membolehkan ramai pendidik berkongsi video pengajaran mereka bukan hanya kepada murid malah kepada semua tapisan masyarakat. ISU BAHASA: EJAAN Ejaan dalam gambar di atas adalah salah kerana merujuk dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaan “mee” yang sebetulnya ialah “mi” Selain itu, kesalahan ejaan ini sering dipandang remeh dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, pihah berkuasa perlu mengambil tindakan dengan menyaman pemilik kedai yang berkenaan supaya masyarakat lebih mengambil berat tentang isu bahasa ini.
Contoh di atas merupakan kesalahan hukum DM kerana merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan “RESTORAN” sepatutnya berada di hadapan kerana perkataan itu menjadi unsur yang diterangkan dan diikuti dengan unsur yang menerangkan iaitu “SYAM” Hukum DM ialah hukum dimana unsur yang diterangkan iaitu inti perlulah mendahului unsur yang menerangkan iaitu penerang. Tanpa kita sedari dalam kehidupan seharian kini terdapat kesalahan dalam penggunaan hukum DM khususnya papan tanda pada premis perniagaan yang menjadi satu isu dalam keterampilan berbahasa. ISU BAHASA: HUKUM DM Hal ini kerana masyarakat kini masih keliru dengan adanya kekecualian dalam hukum DM iaitu penerang akan mendahului inti dan inti akan berubah kedudukan untuk menjadi penerang dalam keadaan tertentu. Perkara ini berlaku atas faktor pengguna memberi fokus dan tumpuan pada frasa nama telah berubah seterusnya maksud frasa juga akan berubah. Contoh laut biru yang bermaksud laut yang kebiru-biruan manakala biru laut merujuk kepada warna biru yang menyerupai laut Bagi mengatasi masalah ini, semua pihak harus bekerjasama bagi membendung isu ini dengan cara menyebarkan tentang penggunaan hukum DM yang betul daripada Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan kesalahan yang sering dilakukan di media sosial supaya masyarakat lebih terbuka dan memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan isu ini.
Media sosial merupakan platform yang membolehkan ramai pengguna untuk berkongsi dan berkomunikasi tanpa memberitahu identiti yang sebenar. Oleh itu, isu yang hangat dalam media sosial ialah penggunaan bahasa yang kesat. ISU MEDIA SOSIAL : BAHASA KESAT Contoh di atas menunjukkan penggunaan bahasa kesat yang tidak sepatutnya digunakan walaupun video yang dimuat naik merupakan video yang sensitif dan membuatkan sesetengah masyarakat marah. Namun, kita seharusnya menegur dengan menggunakan bahasa yang baik tidak seperti contoh di atas kerana boleh mencemarkan bahasa Melayu dan menunjukkan bangsa Melayu tidak mempunyai kesantunan dalam berbahasa.
ISU MEDIA SOSIAL : BAHASA SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) Sistem Pesanan Ringkas atau dikenali sebagai SMS merupakan singkatan bagi sesuatu perkataan. Masyarakat kini tidak kira tua mahupun muda gemar untuk menggunakan sistem ini kerana lebih cepat, mudah dan ringkas berbanding menaip dengan perkataan lengkap dan betul. Kesannya, bahasa Melayu akan rosak dari generasi ke generasi dan sekaligus menjatuhkan martabat bahasa itu sendiri. Hal ini kerana bahasa malambangkan sesuatu bangsa. Apabila bahasa yang melambangkan identiti bangsa itu rosak maka secara tidak langsung idnetiti bangsa juga hilang
ISU MEDIA SOSIAL : BAHASA SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) Kita dapat lihat daripada contoh yang ditunjukkan terdapat penggunaan bahasa sistem pesanan ringkas seperti "dh" , "bgi" , "jgk" , "blh" , "yg" , "ckp" , "mtor" , "dduk" , "bwk" , "bru" , "thu" , "nmpk" Penggunaan bahasa sistem pesanan ringkas adalah salah kerana sistem ini tidak mengikut pola keselarasan vokal seperti mana yang disenaraikan dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Contohnya, perkataan "bgi" salah kerana tertinggal huruf a untuk menjadi perkataan yang lengkap iaitu "bagi". Contoh di atas tidak mengikut pola keselarasan vokal iaitu a-i.
ISU MEDIA SOSIAL : BAHASA ROJAK Bahasa rojak wujud disebabkan penggunaan bahasa yang bercampur seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa rojak membawa kesan buruk dalam masyarakat sehingga mereka memandang remeh dengan penggunaan bahasa ini dan sudah menjadikannya tabiat dalam percakapan seharian dan generasi baru akan terbiasa dan mengabaikan bahasa Melayu yang betul. Contoh di atas merupakan perbualan yang menggunakan bahasa rojak iaitu campuran bahasa inggeris seperti "respect" dan "stand"
LANGKAH MENGATASI ISU MEDIA SOSIAL Ibu bapa perlu memastikan anak-anaknya menggunakan bahasa baku selain daripada bahasa dialek. Seterusnya, ibu bapa perlu menegur dan membetulkan kesalahan anak-anak semasa berkomunikasi supaya tidak menjadi kebiasaan sehingga dewasa. Ibu bapa perlu mengambil inisiatif dengan menyediakan pelbagai bahan bacaan yang berbentuk ilmiah di rumah di samping menekankan aspek-aspek penggunaan bahasa Melayu yang betul. Selain itu, guru-guru juga memainkan peranan yang penting dalam menangani isu penggunaan bahasa Melayu dalam media sosial. Di sekolah, murid-murid akan mempelajari banyak ilmu pengetahuan tentang bahasa Melayu dari aspek lisan dan tulisan. Pada masa yang sama, guru-guru perlu menerapkan bahasa Melayu baku dalam komunikasi seharian. Para guru perlu memastikan para pelajar berkomunikasi dengan betul. Guru perlu berusaha dengan gigih kerana pembentukan murid-murid di sekolah amat penting sebelum menjadi dewasa. Seperti yang kita ketahui, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu mengambil langkah untuk mengelakkan berlakunya penyalahgunaan bahasa. Pihak DBP boleh menghasilkan istilah yang baru dalam bahasa Melayu untuk membantu dalam pengembangan dan peningkatan kualiti bahasa. Hal ini dapat mengelakkan pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu. Pihak DBP perlu mewajiban penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dari segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa. Dengan ini, para pelajar dapat menggunakan bahasa yang gramatis dalam komunikasi seharian. Jelaslah bahawa DBP juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menangani masala tersebut.
RUMUSAN Sebagai kesimpulan, jelas bahawa terdapat banyak halangan dan isu yangw menyebabkan kegagalan komunikasi. Masalah ini harus dibendung sebelum berlaku isuisu yang lebih teruk bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat. Semua pihak seperti ibu bapa, sekolah, guru dan masyarakatmerupakan individu yang bertanggungjawab dalam menbendung halangan dan isu dalam keterampilan berbahasa. Oleh itu, komunikasi yang baik dapat diperolehi sekiranya segala halangan dan isu dapat digatasi secepatnya.
RUJUKAN: Apakah yang mengganggu luaran? - definisi dari techopedia - Audio 2023. (2023). Icy Science. https://ms.theastrologypage.com/external-interrupt Carian Umum. (n.d.). https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=gangguan&d=175768& COLGIS1023 - SEHALA Pengirim berkomunikasi tanpa memerlukan maklumbalas penerima Memerlukan | Course Hero. (2019, January 7). https://www.coursehero.com/file/p16j65ij/SEHALA-Pengirim-berkomunikasitanpa-memerlukan-maklumbalas-penerima-Memerlukan/ Ini, B. H. (2021, May 17). Pengertian Komunikasi Berdasarkan Pendapat Para Ahli. Kumparan. https://kumparan.com/berita-hari-ini/pengertian-komunikasi- berdasarkan-pendapat-para-ahli-1vlCcPCu7SU Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Kamus Dewan Edisi Keempat Maklum Balas dalam Pengajian Komunikasi. (n.d.). https://ms.eferrit.com/maklum- balas-dalam-pengajian-komunikasi/
SEKIAN TERIMA KASIH