The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-56402694, 2021-09-01 22:10:42

Sifat Itqan Nabi

Sifat Itqan Nabi

Keywords: itqon

‫فنديديقن إسلام تاهون ‪5‬‬

‫إِْتَقان منمبه بركة‬

‫‪Itqan Menambah Berkat‬‬

Objektif Pembelajaran:

Di akhir pembelajaran, murid dapat:

Menyatakan maksud sifat itqan Nabi Muhammad
Menjelaskan keunggulan sifat itqan nabi melalui

kisah kehidupan baginda
Merumus iktibar daripada tindakan nabi

Muhammad yang bersifat itqan

Pengertian Itqan

Nabi Muhammad SAW merupakan contoh
terbaik yang mengamalkan sifat itqan
dalam kehidupan.

Itqan adalah tekun dalam beramal atau
melaksanakan sesuatu pekerjaan secara
sempurna dan disertai dengan usaha
yang bersungguh-sungguh.

Itqan Nabi Muhammad dalam melakukan
sesuatu pekerjaan

- Sejak kecil lagi Nabi Muhammad SAW sangat rajin dan

bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu
pekerjaan. Baginda pernah menggembala kambing
dan membantu bapa saudara baginda, Abu Talib
berniaga.

- Sikap jujur dan akhlak mulia Nabi Muhammad SAW
menyebabkan baginda dikenali sebagai al-Amin dalam
kalangan masyarakat Arab.

Itqan Nabi Muhammad dalam melakukan
sesuatu pekerjaan

- Sehinggalah seorang hartawan yang bernama

Khadijah binti Khuwailid meminta baginda membawa
barang dagangan ke Syam untuk diniagakan.

- Sifat itqan Nabi Muhammad SAW dalam berniaga
menghasilkan keuntungan yang lumayan.

Itqan Nabi Muhammad dalam berdakwah

- Abu Lahab ialah bapa saudara Nabi. Namun begitu

Abu Lahab dan isterinya sering menyakiti baginda agar
berhenti berdakwah.

- Isteri Abu Lahab yang bernama Ummu Jamil sering
menabur duri di jalan yang sering dilalui baginda.

- Abu Lahab pula pernah melemparkan sesuatu kepada
Nabi yang sedang berdakwah sehingga berdarah.

Itqan Nabi Muhammad dalam berdakwah

- Mereka sering menghina Nabi Muhammad SAW di

khalayak ramai dan melemparkan fitnah.

- Namun begitu, segala usaha menyekat dakwah Nabi
adalah sia-sia. Baginda tetap itqan dan cekal
menyampaikan dakwah sebagaimana yang
diperintahkan Allah SWT.

Iktibar daripada tindakan Nabi Muhammad SAW yang
bersifat itqan dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

1

Apabila diberikan tugasan atau amanah,
kita hendaklah melakukannya dengan tekun
dan bersungguh-sungguh. Kita juga mestilah
mempunyai sikap bertaggungjawab.

2

Kita juga hendaklah menepati masa dan
tidak bertangguh. Setiap tugasan dan
amanah yang diberikan hendaklah
dilakukan dengan cara yang terbaik.

Iktibar daripada tindakan Nabi Muhammad SAW yang
bersifat itqan dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

3

Kita juga perlu mencontohi semangat Nabi
Muhammad SAW iaitu tidak putus asa dan
sentiasa bermotivasi serta fikiran positif

Iktibar daripada tindakan Nabi Muhammad SAW
yang bersifat itqan dalam amalan.

Ikhlas Jauhi Banyakkan
beribadah perkara berzikir
membatal
Hindari Menjaga
kan perkara pandangan
beribadah sia-sia
mata

Kawan-kawan, kita mesti
mengamalkan itqan dalam
melakukan amalan.
Sebagaimana yang
ditunjukkan oleh Nabi
Muhammad SAW iaitu
melakukan amalan dengan
cara yang terbaik, istiqamah
dan menepati rukun serta
syarat-syaratnya.

Email guru :
[email protected]


Click to View FlipBook Version