LAPORAN DOKUMENTASI KELAB & PERSATUAN : KELAB SPBT TEMA : SUKAN RAKYAT TAJUK : PERMAINAN BATU SEREMBAN TARIKH : 12.7.2023 PERJUMPAAN : KE 7 MASALAH • Murid masa kini terdedah dengan pengaruh permainan gajet dan menjadi budaya tidak sihat. • Murid menjadi anti sosial dan kurang berinteraksi dan berkomunikasi. • Cuaca yang tidak menentu, murid tidak digalakkan melakukan aktiviti di luar bilik darjah ketika Pendidikan Jasmani dan aktiviti Kokurikulum. CADANGAN / ALTERNATIF • Mengalih sementara pandangan murid daripada gajet. • Aktiviti dalaman/ indoor games yang berfaedah. • Memartabatkan permainan tradisional. • Mencipta alat permainan tradisional daripada bahan terbuang dan terpakai. CADANGAN PENYELESAIAN • Mencipta alat permainan tradisional Batu Seremban. • Alat permainan dihasilkan daripada bahan terbuang dan bahan terpakai seperti kain perca.
Kelab SPBT telah menghasilkan projek mencipta alat permainan Batu Seremban menggunakan bahan daripada barang terpakai iaitu perca kain di dalam kelas. Projek ini dihasilkan sebagai alternatif sewaktu kelas Pendidikan Jasmani, pengisian aktiviti waktu Kokurikulum ketika cuaca hujan, jerebu dan cuaca suhu panas di sekolah. Permainan tradisional dikenali sebagai permainan rakyat. Di antara permainan tersebut termasuklah congkak, wau, Batu Seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain. Bermain merupakan aktiviti yang menjadikan murid lebih tumpuan dan perhatian. Melalui bermain juga dapat memupuk perkembangan kognitif dan psikomotor. Kanak-kanak yang melalui proses bermain akan mendapat pengalaman langsung mengenali persekitaran dunianya melalui penerokaan, simulasi, proses cuba jaya, dan manipulasi alatan.serta memberi kesan pembelajaran yang baik. Permainan Batu Seremban adalah permainan rakyat yang popular dan menjadi tradisi turun-temurun sehingga kini. Permainan ini sering dimainkan ketika masa lapang. Nama lain bagi permainan ini dikenali juga sebagai Permainan Batu Selambut atau Serembat.
Cara Menghasilkan Batu Seremban daripada Perca Kain. Alatan yang diperlukan: Kain perca Gunting Pensel & Pembaris Benang menjahit Jarum menjahit Kacang hijau
Cara Membuat Batu Seremban: Ukur dan potong kain mengikut saiz dan ukuran. Lipat dua perca kain dan jahit sekeliling kecuali di bahagian atasnya. Terbalikkan kain dan isikan dengan kacang hijau.. Jahit secara melintang Hasil yang telah siap
Cara Bermain Batu Seremban. Permainan ini adalah satu permainan iaitu batu-batu kecil dilambung dan kemudiannya disambut kembali. Pemain permainan ini sekurang-kurangnya dua pemain atau turut dimainkan secara berkumpulan. Alat yang digunakan ialah tujuh biji batu kecil. Permainan ini boleh dimainkan di mana-mana Sahaja dan di permukaan tapak yang rata. Para pemain duduk di lantai secara bulatan, bagi memudahkan pemain menukar giliran semasa permainan. Sebelum bermain, seorang demi seorang murid diminta menimbang terlebih dahulu buah bagi menentukan siapa yang akan memulakan permainan. Jumlah buah yang disambut adalah jumlah mata.
Guru memberi penerangan dan murid bermain dengan kiraan mata Guru menunjukkan cara bermain Batu Seremban
Buah diselerakkan dengan cara menabur di lantai. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan ke udara dalam masa yang sama sebiji buah lagi dikutip. Permainan ini diulang sehingga habis biji dikutip. Akhir sekali, kesemua biji perlu serentak diambil semasa buah ibu dilambung ke udara dan akan dikira mata kutipan biji yang berjaga di tangan.
• Murid diedarkan borang soal selidik setelah selesai aktiviti permainan Batu Seremban. • Borang soal selidik (Rujuk Lampiran) LAMPIRAN Borang soal selidik permainan Batu Seremban Nama :………………………………………….. Kelas :………………………………………….. Sila tandakan (/) pada ruang jawapan yang bersesuaian. Bil Soalan Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju 1. Pernahkah anda mempunyai pengalaman bermain batu Seremban? 2. Adakah anda mengetahui peraturan permainan batu Seremban? 3. Adakah permainan ini menyeronokkan? 4. Adakah permainan ini sesuai untuk dimain oleh murid Perempuan Sahaja? 5. Adakah anda merakana wujudnya persaingan dengan pihak lawan Ketika bermain permainan ini?
Rumusan • Gabungjalin matapelajaran Matematik dengan konsep pengiraan cepat dan spontan. • Murid dapat berinteraksi dan hubungan sosial yang baik dengan rakan sebaya. • Murid dapat pengalaman dan pengetahuan yang baharu. Aktiviti belajar sambal bermain dapat meningkatkan kemahiran belajar murid. • Dengan adanya alat permainan ini, kekangan seperti cuaca hujan dapat diisi dengan permainan Batu Seremban ini. • Masa lapang di rumah juga dapat di isi dengan aktiviti yang berfaedah.