The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1: PENULISAN BUKU LOG (KRS)

Disediakan oleh:
Nurin Syamimie Binti Azman
PISMP TESL Jun 2021-Mei 2026
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURIN SYAMIMIE BINTI AZMAN IPG-Pelajar, 2024-03-11 23:41:04

MPU3471a: PENULISAN BUKU LOG (KRS)

TUGASAN 1: PENULISAN BUKU LOG (KRS)

Disediakan oleh:
Nurin Syamimie Binti Azman
PISMP TESL Jun 2021-Mei 2026
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

MPU3471 TUGASAN 1 SEKOLAH KADET REMAJA NAMA: NURIN SYAMIMIE BINTI AZMAN AMBILAN: PISMP JUN 2021-MEI 2026 KUMPULAN: KUMPULAN 2 PENSYARAH: ENCIK MOHAMAD HAMZAH BIN SARIMUN BUKU LOG KRS


BIODATA DIRI.................................................. PERLEMBAGAAN............................................. SEJARAH............................................................ STRUKTUR ORGANISASI............................ PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN.... PERANCANGAN ORIENTASI.................... ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN


BIODATA DIRI NAMA PENUH: NURIN SYAMIMIE BINTI AZMAN NO. TELEFON: 016-4950360 E-MEL: [email protected] ANGKA GILIRAN: 2021212350265 NO. MATRIK: P21211927 KURSUS DAN AMBILAN: PISMP TESL F JUN 2021 - MEI 2026 ALAMAT: IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, LEMBAH PANTAI, 59200, KUALA LUMPUR UNIT BERUNIFORM: KADET REMAJA SEKOLAH


PERLEMBAGAAN


Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian. PENGERTIAN LOGO


Warna Hijau melambangkan: Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS. BENDERA KRS


Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan Remaja , sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang Remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta Remaja , hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal Kekalkan di hati , dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah LAGU RASMI KRS


Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’ ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri. COGAN KATA KRS ’ ILMU IMAN AMAL’


Keahlian KRS/TKRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Ahli bersekutu KRS/TKRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 5. 1. KRS/TKRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS/TKRS itu ditubuhkan. Keahlian KRS/TKRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan di atas. Keahlian TKRS terbuka kepada semua pelajar tahap II (tahun 4, 5 & 6) di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Ahli KRS / TKRS yang bertukar ke sekolah / negeri lain,keahlian asal masih diterima pakai. KEAHLIAN


Lelaki Beret berwarna Sherwood Dark Green. Baju kemeja lengan panjang Sherwood Dark Green. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. (Ukuran kaki 40 cm - 46 cm) Tali wisel merah. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS. Spike boot. Perempuan Beret berwarna Sherwood Dark Green. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna Sherwood Dark Green. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. Spike boot. Tali wisel merah. *Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green. PAKAIAN RASMI KRS


Lelaki Beret berwarna Sherwood Dark Green. Baju kemeja lengan pendek warna hijau muda ( L 109 ) Seluar sekolah. (Ukuran kaki 20 cm - 30 cm) Tali wisel merah. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS. Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam Perempuan Beret berwarna Sherwood Dark Green. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna hijau muda ( L 109 ). Seluar /Kain Sekolah. Tali wisel merah. Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam *Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green. PAKAIAN RASMI TKRS


PEMAKAIAN UNIFORM


KURIKULUM KRS (TERAS) PENDIDIKAN KEROHANIAN Memahami dan mengenal Tuhan Amalan mulia yang perlu Tanggungjawab sbg pelajar/warganegara/ahli masyarakat Mengenal dan mengamalkan nilai murni Mengenal adat istiadat bangsa di Malaysia PENDIDIKAN KETATANEGARAAN Memahami dan mengenal Tuhan Amalan mulia yang perlu Tanggungjawab sbg pelajar/warganegara/ahli masyarakat Mengenal dan mengamalkan nilai murni Mengenal adat istiadat bangsa di Malaysia LATIHAN FIZIKAL Senaman Latihan kecergasan Latihan asas kawad kaki Latihan merentas halangan


KURIKULUM KRS (ELEKTIF) AKTIVITI DI DARAT Penggunaan kompas Aktiviti pandu arah Ikhtiar hidup AKTIVITI MENTAL Latihan kumpulan dinamik Latihan mencipta logo & slogan Latihan sumbangsaran Latihan ‘brainstorm’ dalam menyelesaikan masalah Latihan membuat persembahan secara berkumpulan AKTIVITI KETAHANAN MENTAL Latihan kawad kaki (pertandingan/acara rasmi) Latihan asas bantu mula Latihan ‘Fire drill’ Latihan membuat ikatan & simpulan mudah Tatatertib Pasukan Pakaian Seragam Membaca & menafsir peta AKTIVITI PENDIDIKAN LUAR Perkhemahan Orienteering Rekreasi Tali Abseiling Flying Fox Ikat & Simpulan Kembara


KURIKULUM KRS (ELEKTIF) PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Mengenal flora & fauna Menyedari kepentingan flora & fauna (penjagaan pokok) Cara mengatasi masalah kepupusan flora & fauna Menjaga kebersihan alam sekitar KEMAHIRAN HIDUP Rekacipta daripada bahan terbuang Kitar semula Baikpulih perabot Buat kraftangan/gajet Latihan memasak Latihan asas jahitan AKTIVITI DI AIR Water confidence Latihan keselamatan semasa berada di air Latihan asas berenang KHIDMAT KEPADA SEKOLAH Khidmat guna tenaga Persembahan kebudayaan Gotong-royong Memakmurkan kemudahan sekolah Keceriaan/Keselamatan/Kebersihan Sekolah


3 Cabang: Pendidikan Moral Ketatanegaraan Pengurusan dan Gaya Diri KURIKULUM KRS DISIPLIN DAN KEROHANIAN MATLAMAT Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai displin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta berbakti kepada masyarakat. OBJEKTIF Melahirkan pelajar yang cinta akan negara Menyediakan generasi pelajar berdisiplin dalam menghadapi cabaran Membina generasi pelajar yang mengetahui dan mengamalkan akhlak mulia serta menyumbang ke arah hidup keluarga bahagia & masyarakat yang harmoni.


KURIKULUM KRS (DISIPLIN DAN KEROHANIAN)


10 Cabang: Kawad, Perkhemahan, Ikatan Tali, Ikhtiar Hidup, Komunikasi, Iklim, Bantu Mula, Asas Kebombaan, Rekreasi & Kebudayaan KURIKULUM KRS KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN MATLAMAT Melahirkan generasi pelajar yang sihat fizikal, mental, berdaya tahan, berpotensi & berketrampilan serta mampu menghindarkan diri daripada gejala sosial & menjadikan budaya ilmu sebagai tatacara hidup. OBJEKTIF Melahirkan insan yang sihat fizikal dan mental Memupuk bakat serta potensi yang sedia ada serta mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah Mengurangkan ketegangan fikiran serta mampu menyelesaikannya secara bijaksana.


KURIKULUM KRS (KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN)


KURIKULUM KRS (KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN)


KURIKULUM KRS (KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN)


KURIKULUM KRS KHIDMAT MASYARAKAT MATLAMAT Melahirkan generasi pelajar yang sanggup berbakti, tolong menolong & berlumba-lumba melakukan kebaikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira kaum, dan agama. OBJEKTIF Melahirkan insan yang mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat mengukuhkan ikatan persaudaraan, kekeluargaan & mengeratkan hubungan masyarakat Melahirkan insan yang prihatin terhadap tugas sebagai ahli masyarakat.


KURIKULUM KRS (KHIDMAT MASYARAKAT)


KURIKULUM KRS ALAM SEKITAR MATLAMAT Melahirkan generasi pelajar yang mencintai & menghargai alam sekitar OBJEKTIF Melahirkan insan yang bersyukur dengan menghayati alam sekitar Memupuk sikap prihatin terhadap alam sekitar (sumbangan & kepentingan alam sekitar) Memahami rantaian hidup antara alam sekitar dan manusia Bertanggungjawab dalam pemuliharaan alam sekitar


KURIKULUM KRS (ALAM SEKITAR)


3 Cabang: Jahitan Masakan Kraftangan KURIKULUM KRS KEUSHAWANAN MATLAMAT Melahirkan generasi pelajar yang berpotensi menyesuaikan diri dalam pelbagai bidang keusahawanan. OBJEKTIF Memupuk bakat serta potensi yang sedia ada dalam kalangan pelajar serta mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah Melahirkan yang kreatif & inovatif


KURIKULUM KRS (KEUSAHAWANAN)


SEJARAH


Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya. TUJUAN PENUBUHAN KRS/TKRS


4 PRINSIP PENUBUHAN DISIPLIN YANG KENTAL KRSditubuhkan untukmembantumenangani masalah salah laku dalamkalangan pelajarremaja seperti budaya lepak dan salahguna dadah. Melalui pendidikan ini, pelajar dapatmembentuk disiplin yang tinggi dengan pemakaian baju unit beruniformseragamserta belajar utukmematuhi masa. PEGANG TEGUH KEPADA AGAMA KRSditubuhkan berasaskan agama danmengambil nilai-nilai sentimen beragama seperti menghormati oranglain,memurnikan jiwa dan menghindari dari melakukan perkara yangditegah agama.Disiplin yang diterapkan dalamberagamamenjadi asas yangberguna kepada pelajar untukmembentuk peribadi yang mulia. CINTA AKAN NEGARA KRSditubuhkan berasaskan agama danmengambil nilai-nilai sentimen beragama seperti menghormati oranglain,memurnikan jiwa dan menghindari dari melakukan perkara yangditegah agama.Disiplin yang diterapkan dalamberagamamenjadi asas yangberguna kepada pelajar untukmembentuk peribadi yang mulia. SANGGUP BERKHIDMAT KRSmelahirkangenerasi pelajar yang mengetahui,memahami, menghayati danmengamalkan nilai murni sertamampumemberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.Ia juga ditubuhkan untukmembina danmengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaanmengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.


KRS ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha’aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Dilahirkan di Teluk Kumbar Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Beliau telah berjaya menamatkan Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bharu pada 28 Februari 1985 Beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau memulakan perkhidmatan awalnya sebagai guru di SMK Raja Abdullah dan meneruskan sebagai guru siswazah di SM Sains Selangor dan SM Sains Hulu Selangor, Ulu Yam. Beliau merupakan tokoh yang berjasa dalam bidang pendidikan apabila mencetuskan idea penubuhan Kadet Remaja Sekolah Malaysia. SEJARAH PENGASAS


Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En Thani bin Syaaban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya seramai 20 orang sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik, berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan NEGARA ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). SEJARAH PENUBUHAN KRS


Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah menubuhkan KPIM. Pada 1993 sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis KPIM telah dibentangkan. Hasilnya sebuah jawatankuasa kecil dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini telah mencadangkan nama KPIM ditukarkan kepada Kadet Putera-Puteri Islam. Walau bagaimana pun nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah. SEJARAH PENUBUHAN KRS


Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993. Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Najib Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur. SEJARAH PENUBUHAN KRS


Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhka noleh En.Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendahseperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal (sekolah rendah). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS). SEJARAH PENUBUHAN TKRS


Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006. SEJARAH PENUBUHAN TKRS


STRUKTUR ORGANISASI KRS STRUKTUR ORGANISASI KRS


PERINGKAT KEBANGSAAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA (PENAUNG) YB. FADHLINA BINTI SIDEK KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA (PENASIHAT) TUAN HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN PENGARAH BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN (PENGERUSI) ZAINUREN BIN HAJI MOHD NOOR TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN (TIMBALAN PENGERUSI) ZULKIFLI BIN NORDIN KETUA PENOLONG PENGARAH (SETIAUSAHA) PENOLONG PENGARAH (PENOLONG SETIAUSAHA) BENDAHARI (DILANTIK) JURUAUDIT (DILANTIK) PENGARAH-PENGARAH JPN (AHLI-AHLI)


PERINGKAT NEGERI MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA (PENAUNG) YB. FADHLINA BINTI SIDEK KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA (PENASIHAT) TUAN HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI (PENGERUSI) TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PEMBANGUNAN MURID (TIMBALAN PENGERUSI) KETUA UNIT KOKURIKULUM (SETIAUSAHA) PEGAWAI TADBIR KRS (PENOLONG SETIAUSAHA II) BENDAHARI (DILANTIK) JURUAUDIT (DILANTIK) PENYELIA PASUKAN BADAN BERUNIFORM (PENOLONG SETIAUSAHA II) PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH 2 WAKIL SEKRETARIAT NEGERI 2 WAKIL SEKRETARIAT KRS DAN WAKIL PKPSM DAN MGB (AHLI-AHLI)


PERINGKAT DAERAH KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA (PENASIHAT) TUAN HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI (PENASIHAT) PEGAWAI PENDIDKAN DAERAH (PENGERUSI) PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH (SPPK) (TIMBALAN PENGERUSI) PENYELIA (SETIAUSAHA) BENDAHARI (DILANTIK) JURUAUDIT (DILANTIK 2 ORANG) PENOLONG SETIAUSAHA (DILANTIK) 2 WAKIL JURULATIH KRS 2 WAKIL SEKRETARIAT KRS WAKIL PKPSM DAN MGB


PERINGKAT SEKOLAH PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI (PENAUNG) PEGAWAI PENDIDKAN DAERAH (PENASIHAT) GURU BESAR (PENGERUSI) GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM (TIMBALAN PENGERUSI) PENOLONG SETIAUSAHA (DILANTIK) JURUAUDIT (DILANTIK DI KALANGAN GURU) SETIAUSAHA (DILANTIK) BENDAHARI (DILANTIK) 7 ORANG DILANTIK + KETUA PLATUN (AHLI-AHLI)


PERINGKAT IPG INDUK MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA (PENAUNG) YB. FADHLINA BINTI SIDEK KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA (PENASIHAT) TUAN HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN REKTOR IPG INDUK (PENGERUSI) Dr. MOHD AZAM BIN AHMAD TIMBALAN REKTOR IPG INDUK (TIMBALAN PENGERUSI) Dr. MAZLAN BIN ARIS KETUA JABATAN (SETIAUSAHA KEHORMAT) PENGERUSI MAJLIS TADBIR KRS (PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT) AHLI MAJLIS TADBIR KRS (BENDAHARI) JURUAUDIT (DILANTIK) EX-OFFICIO PEGAWAI LATIH BPG PEGAWAI LATIH BPG PENGARAH-PENGARAH IPG 4 AHLI MAJLIS TADBIR KRS (AHLI-AHLI)


PERINGKAT IPGMKBA PENAUNG (PENGARAH) DATIN DR HAJAH BUSHRO BINTI ALI PENGERUSI (KETUA JABATAN) ENCIK MOHAMAD HAMZAH BIN SARIMUN (PENSYARAH PENASIHAT) ENCIK ROHIMI BIN JAMEL ENCIK MOHAMAD HAMZAH BIN SARIMUN (PENGERUSI PELAJAR) SYAHMI HAKIM BIN SUHAIMI (NAIB PENGERUSI) MAISARA LIANA AHLI JAWATANKUASA (SETIAUSAHA) THIVYABARTHY A/P JAYASEELAN (PENOLONG SETIAUSAHA) MUHAMAD NABIL FIKRI BIN MOHD YUSRI (BENDAHARI) YEW YUN XIN (PENOLONG BENDAHARI) SITI AISYAH BINTI IBRAHIM (KRS 3) ANIS SYAHIRA BINTI AZMI WAN NUR NABILAN BINTI WAN AHMAD YAMEE (KRS 2) NUR SYURAYA UMIRA BINTI KHAIRUDIE NUR IZZATI BINTI YAMAN (KRS 1) ADELINE YU MEE CHEE NUR AIN FARHANA BINTI ROSLI


Matlamat Majlis Tadbir Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli dalam KRS. Menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak. Menjadi institusi yang bergerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan bekerja. Manjadi saluran rasmi kepada semua ahli. Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan yang lain. FUNGSI MAJLIS TADBIR


FUNGSI MAJLIS TADBIR pengerusi/pentadbir Mengurus dan mentadbir pertubuhan Melaksanakan keputusan mesyuarat Agung Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti Meneliti catatan minit mesyuarat Berhak mempunyai undi pemutus Menandatangani cek-cek naib pengerusi Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas apabila pengerusi tiada Membantu pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pengerusi setiausaha Menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi Mengendalikan urusan surat-menyurat Menyimpan buku daftar ahli Menghasilkan dan menyimpan minit mesyuarat Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan


FUNGSI MAJLIS TADBIR bendahari Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan Memungut dan menyimpan penyata pembayaran ahli Memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang Mengurus dan mentadbir pembelian dan urusan kewangan Mengeluarkan resit Melaporkan penyata kewangan dalam mesyuarat ajk biasa Menghadiri mesyuarat atau perjumpaan KRS Membantu, memberi idea dalam aktiviti pertubuhan KRS Mempengerusikan biro-biro kecil sekiranya dilantik Tugas Ketua Pentadbir Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program KRS di peringkat negeri Bertanggungjawab terhadap program KRS di peringkat negeri Tanggungjawab terhadap Pengarah Pelajaran Negeri dalam semua perancangan program di peringkat kebangsaan


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


Satu kompeni gabungan platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat Mejar / Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Pegawai Waran, Staf Sarjan, dan 4 orang Ketua Platun KOMPENI (KRS) KETUA KOMPENI PENOLONG EJUTAN PLATUN A PLATUN B PLATUN D PEGAWAI WARAN PLATUN C


Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1 sarjan, 3 koperal dan 3 lans koperal serta 30 anggota kadet PLATUN (KRS) PEGAWAI PLATUN STAF SARJAN SARJAN PLATUN SEKSYEN 1 SEKSYEN 2 SEKSYEN 3


Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal, 1 lans koperal dan 10 anggota kadet. SEKSYEN (KRS) KETUA SEKSYEN PENOLONG KETUA SEKSYEN 10 ANGGOTA KADET


Click to View FlipBook Version