PENGENALAN
Garis Panduan (GP) ini dihasilkan untuk memberi panduan kepada para pekerja
pengurusan kemudahan depoh operasi kutipan sisa pepejal & pembersihan awam
dalam memastikan aktiviti yang dilaksanakan adalah dalam keadaan yang selamat
dan terkawal dari aspek pencemaran kepada alam sekitar.
Ianya terpakai untuk semua kemudahan depoh di bawah seliaan Alam Flora Sdn
Bhd (AFSB) serta kontraktor yang bernaung di bawah perkhidmatan yang
dikontrakkan.
Asas garis panduan ini adalah daripada peraturan yang dinyatakan dalam Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta
Kilang & Jentera 1964, Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Akta Jalan, Parit &
Bangunan 1974, Akta Perkhidmatan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam 2007 serta
semua garis panduan yang diterbitkan dari akta-akta yang dinyatakan.
Ianya juga turut merangkumi aspek pengurusan 5S secara lestari, serta skop
piawaian ISO 9001, 14001 dan 45001- yang terpakai untuk operasi perkhidmatan
kutipan sisa pepejal & pembersihan awam.
Disclaimer: Peraturan yang dinyatakan di dalam GP ini hanyalah pelengkap dan
ekstrak dari peraturan sedia ada. Sekiranya terdapat kriteria yang tidak dinyatakan,
pihak operator kemudahan depoh perlu merujuk kepada peraturan asal yang
dinyatakan dalam akta dan tidak bermakna ianya terkecuali dari aspek pematuhan.
SIRI PENGURUSAN
2 AIR BERTAKUNG
UNTUK MENCEGAH
PEMBIAKAN
NYAMUK
PENGURUSAN AIR BERTAKUNG
Air bertakung samada di atas permukaan tanah atau di dalam sebarang bekas
adalah berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Pengurusan kemudahan depoh perlu merangkumi aspek kawalan air bertakung
serta pencegahan pembiakan jentik-jentik yang boleh menyebabkan wabak
penyakit yang berkaitan serta gangguan kepada orang awam/ kemudahan pihak
lain yang ada di sekitar depoh.
Cuaca hujan dan panas yang saling bertukar ganti menyebabkan potensi kawasan
pembiakan nyamuk bertambah.
Nyamuk Aedes contohnya dapat membiak dengan populasi yang banyak dalam
masa yang singkat iaitu seminggu sahaja.
Kawasan pembiakannya adalah di dalam bekas-bekas air bertakung seperti tayar
lama, tin, botol, bekas pasu bunga, lubang pokok, kenderaan lama, tong sampah
baru/ rosak dan sebagainya. Nyamuk akan bertelur di kawasan air yang bertakung
walaupun air itu cuma sedikit.
CONTOH BEKAS BERTAKUNG
AIR
BAHAGIAN
KENDERAAN ROSAK
YANG BERTAKUNG
AIR
LONGKANG ROSAK
YANG BERTAKUNG
AIR / TIDAK
MENGALIR
TAYAR TERPAKAI
YANG TERDEDAH
KEPADA CUACA
HUJAN
CONTOH BEKAS BERTAKUNG
AIR
TONG ROSAK YANG
TERDEDAH KEPADA
CUACA HUJAN
TANPA PENUTUP
(LID)
TONG RORO YANG
BERTAKUNG AIR
PADA SATU SUDUT
PENGGUNAAN
KANVAS YANG
MENUTUP TONG
ROSAK/ TAYAR DAN
BERTAKUNG AIR
PADA PERMUKAAN
CONTOH BEKAS BERTAKUNG
AIR
PELAPIK PASU
BUNGA HIASAN
UNTUK LANDSACPING
TONG DRUM
TERPAKAI YANG
TIDAK
DITERBALIKKAN
LOPAK AIR
DIPERMUKAAN
TANAH/ LANTAI/
SIMEN YANG TIDAK
KERING DALAM
TEMPOH LAMA
TATACARA UMUM
IMPAK KESALAHAN
AKTA PEMUSNAHAN SERANGGA
PEMBAWA PENYAKIT 1975
Penalti am (Seksyen 23)
Seseorang yang bersalah atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-
mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang baginya tiada penalti tertentu
diperuntukkan boleh apabila disabitkan—
Berkenaan dengan sesuatu kesalahan pertama didenda tidak melebihi
RM10,000 atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun
atau kedua-duanya;
Berkenaan dengan sesuatu kesalahan kedua atau yang kemudiannya
didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama suatu tempoh
tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya;
Berkenaan dengan sesuatu kesalahan yang berterusan didenda selanjutnya
tidak melebihi RM500 bagi tiap-tiap satu hari kesalahan itu diteruskan.