The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alvinkasin34, 2022-05-18 03:06:05

Tragedi 13 mei 1969 KUMPULAN 13

Tragedi 13 mei 1969

MPU 21032: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADAPAN

NAMA PENSYARAH: DAYANGKU FARAH AZEILA BINTI AWANG MOHAMMAT

KELAS:DKA1A

TAJUK:TRAGEDI 13 MEI 20DKA21F2013

NAMA AHLI KUMPULAN:

STEVEN SIGAU

ALVIN KASIN ANAK ROLAND 20DKA21F2029

NICOLLYNE BINTI BIYOL 20DKA21F2031

ARTHUR MACRYAN ANAK FRANK 20DKA21F2052

ISI KANDUNGAN

Penghargaan 2

Objektif

Pengenalan tragedi 13 mei

Punca-punca tragedi 13 mei

Kesan tragedi 13 mei

Pengajaran

Sumber Rujukan

TRAGEDI

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia dan izinnya dapatlah kami menyiapkan
sebahagian daripada tugasan pengajian malaysia di Politeknik Mukah,Sarawak.setinggi-
tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Madam Dayangku Farah
Mohammat yang telah banyak memberikan bimbingan dan nasihat sehingga tugasan ini
dapat disiapkan.Penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada ahli kumpulan
yang banyak memberikan sokongan bagi melengkapkan tugasan ini.

E-folio ini bertujuan untuk memberikan maklumat serta pengetahuan am tentang sejarah
yang berlaku pada 13 Mei 1969 agar kita mengetahui pentingnya kita untuk mengeratkan
hubungan yang kuat dalam perpaduan tidak kira kaum dan juga bangsa di Malaysia supaya
peristiwa ini tidak akan berulang lagi.

Akhir sekali ,terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu kami
sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyiapkan tugasan ini.

OBJEKTIF

Melalui tugasan ini kami rangkumkan beberapa objektif seperti berikut:
1.Tugasan ini dilakukan ialah untuk mengenal pasti punca tragedy 13
Mei 1969 yang telah berlaku di Malaysia .
2.Tugasan ini juga memberikan tahu apa kesan yang berlaku apabila
peristiwa ini berlaku dan faktor yang mempengaruhi berlakunya tragedi 13
Mei 1969.
3.Mengenal pasti pengajaran yang dapat dihuraiakan di dalam peristiwa
yang berlaku tragedi 13 Mei 1969.
4.Mengetahui tentang keburukan jika tidak mengamalkan sikap
perpaduan dalam hidup.

• PENGENALAN

• Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan
kesan terhadap politik,ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei
sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab
yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang
telah berlaku sebelumnya.Selain itu,menyebabkan rusuhan kaum di antara Melayu dan cina.Ini
kerana disebabkan hak yang diberikan untuk kaum melayu terlalu istimewa dan kaum cina
mengatakan kaum-kaum lain diketepikan dalam urusan perlembangaan. Kesan penubuhan
Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut kenapa kaum cina masih
menyemai sikap permusuhan pada kaum cina kepada kaum melayu. Selain itu, kesan
peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut.

Punca-Punca Berlakunya Tragedi 13 Mei
1969.

1.Isu Perkauman Dalam Pilihan Raya 1969

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi
dan sentimen menjadi tema utama
sepanjang kempen pilihanraya yang telah
menaikkan semangat kaum-kaum di
malaysia.semasa kempen pilihan raya
1969,calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli
politik terutamanya daripada pihak
pembangkang telah membangkitkan soal-
soal sensitif berkaitan dengan bahasa
kebangsaan (bahasa melayu), kedudukan
istimewa orang melayu sebagai bumiputera
dan hak kerakyatan orang bukan melayu.hal
ini telah menimbulkan perasaan perkauman
dan syak wasangka

Parti perikatan yang dianggotai oleh UMNO-MCA- Gambar menunjukkan Perarakan oleh pemuda DAP yang mengangkat
MIC telah mengalami kekalahan yang teruk dalam penyapu untuk sapu orang melayu.Ada yang kencing pada orang melayu ,maki
pilihan raya 1969.Jumlah kerusi yang hamun dan menunjukkan perlakuan kurang ajar pada orang melayu pada
dimenanginya dalam dewam rakyat (parlimen) 13Mei 1969.Melayu dimakii “Melayu Sakai ,Melayu masuk Hutan dan Melayu
telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun Balik Kampung Lah Tanam Jagung “
1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.parti
perikatan telah kehilangan majoriti dua pertiga
dalam dewan rakyat.Parti gerakan rakyat malaysia
(GERAKAN), parti tindakan demokratik(DAP), dan
parti progresif rakyat(PPP) menang 25 buah kerusi
dalam dewan rakyat manakala pas menang 12
kerusi.sebab terjadinya peristiwa 13 mei 1969
adalah perarakan kemenangan
pihak.Pembangkang.penyokong-penyokong parti
gerakan telah mengutuk dan menghina orang-
orang melayu semasa mengadakan perarakan di
jalan-jalan raya di sekitar kuala lumpur

2.BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI NEGARA

-Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan punca kepada
peristiwa 13 Mei.Berikutan pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957,
sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan
dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai
bahasa rasmi negara

Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kadudukan
bahasa Inggeris dengan tujuan untuk menggugurkannya daripada status bahasa rasmi
dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.Untuk
mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai
kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu.Antara kempen
yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan,Minggu bahasa Kebangsaan dan
Bulan Bahasa Kebangsaan.Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah
dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpin oleh Syed Nasir bin
Ismail.

3.PERASAAN TIDAK PUAS HATI TERHADAP HAK ISTIMEWA ORANG
MELAYU.

-Parti tindakan rakyat (petir) atau PAP singapura telah secara lantang menyuarakan
rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang melayu
dalam perlembagaan.Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan
kononya mereka telah tersisih daripada keadilan.Oleh sebab itu,menurut jomo iaitu
penulis bagi buku “pembangunan ekonomi dan kelas sosial di semenanjung
malaysia”, Isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 mei adalah perasaan tidak
puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang melayu adalah Gambar menunjukan Surat
terkebawah berbanding dengan kaum cina.Pendeknya apa yang didakwa oleh orang- khabar yang menuliskan janji
orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini DAP jika menang pilihan raya
adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi
menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964.
Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah
mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos
1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela
nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu.

• 4.PERTELINGKAHAN PARTI POLITIK. Gambar menunjukkan
rusuhan yang berlaku pada
• Dalam pilihan raya 1964 Parti tindakan rakyat (PETIR) atau dikenali sebagai PAP 13 mei 1969
Singapura telah turut serta dalam pilihan raya.walupun sudah ada persetujuan antara
tunku dan lee kuan yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya
iaitu. Namun,apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai
sembilan orang.bagaimanapun setelah tunku membuat pengisytiharan bahawa beliau
tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan,maka PAP yang gagal untuk
menyertai perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan
orang-orang melayu.Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang
melayu,soal bahasa,malahan taraf bumiputera orang-orang melayu turut dipersoalkan
tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang melayu.Sedangkan sagala-galanya
telah dipersetujuinya sebelum ini.Setelah gagal dalam pilihan raya,PAP telah
menubuhkan konvensyen perpaduan malaysia (KPM) dengan disertai oleh parti
progresif rakyat dan parti rakyat bersatu sarawak.kpm juga telah menyebarkan cogan
kata “Malaysia hak orang malaysia” dengan tujuan supaya hak istimewa orang melayu
dan bumiputera dihapuskan.

5.LAYANAN BERAT SEBELAH OLEH Gambar menunjukan Askar Jepun pada zaman
pendudukan jepun di tanah melayu
TENTERA JEPUN.

-Pada zaman pendudukan
jepun,masyarakat tanah melayu telah
dilayan secara berbeza-beza.masyarakat
cina umpamanya telah dilayan dengan
begitu teruk oleh tentera jepun
berbanding dengan orang-orang
melayu.Keadaaan ini berikutan jepun yang
pernah berperang dengan china sebelum
ini menyebabkan perasaan saling
mendendami antara satu sama lain masih
segar dalam ingatan.layanan berat
sebelah ini telah menyemai perasaan
permusuhan antara orang-orang melayu
dan cina

6.DASAR PECAH DAN PERINTAH PENJAJAH
INGGERIS.

-Dasar penjajah inggeris yang mengamalkan konsep Gambar menunjukkan lori yang mengangkut
pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang
berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang tentera british pada zaman penjajah mereka.
antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga
polarisasi kaum.umpamanya orang-orang cina ysng
tinggal di kawasan-kawasan lombong sebagai
pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset
yang tinggi dalam ekonomi masyarakat
malaysia.sementara orang-orang melayu tinggal di
kawasan luar bandar sebagai petani atau nelayan
kecil.kaum india kebanyakkannya pula sebagai petani
dan nelayan kecil.kaum india pula kebanyakkannya
sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di
ladang.Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang
melayu dan india adalah corak sara diri.

Keadaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi
masyarakat bumiputera khususnya melayu menjadi
lemah dan ketinggalan.corak penglibatan ekonomi
antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza
telah menjadikan kedudukan sosio- ekonomi mereka
tidak seimbang.

7.LATAR BELAKANG PENDIDIKAN YANG BERBEZA

-Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah
dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada
meletusnya peristiwa 13 mei.Hal ini berlaku apabila
sistem pendidikan yang wujud di tanah melayu
sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran
mengikut kaum iaitu sekolah melayu,sekolah
cina,sekolah india,dan sekolah inggeris.Keempat-
empat aliran ini mempunyai kurikulum yang
tersendiri.Sekolah melayu menekankan kemahiran
menulis,membaca dan mengira sekadar keperluan
peringkat rendah sahaja.

Manakala,kurikulum sekolah cina dan india pula
masing-masing berkiblatkan negeri asal
mereka,malah buku-buku teks dan guru-guru yang
mengajar juga telah dibawa dari negera china dan
india.Keempat-empat keadaan ini telah
mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang
telah sedia wujud.sekolah inggeris pula hanya dapat
dinikmati oleh orang-orang cina dan india yang
tinggal di bandar-bandar sahaja.

8)PEMBANGKANG MERAIKAN KEMENANGAN.

-Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan pilihanraya
umum pada 10 mei 1969.DR TAN CHEE KHOON dari parti gerakan
telah menang besar di kawasan batu,selangor.Beliau minta
kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut
di selangor yang menyaksikan 50:50 di selangor.Perarakan tersebut
menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar kuala
lumpur.perarakan hingga ke Jalan campbell dan Jalan hale dan
menuju ke kampung baru.Sedangkan di kampung baru,diduduki
lebih 30,000 orang melayu yang menjadi kubu UMNO,berasa
terancam dengan kemenangan pihak pembangkang.Di sini
letaknya rumah menteri besar selangor ketika itu ialah Dato’ Harun
Idris

Dikatakan kaum cina yang menang telah bararak dengan Gambar menunjukan perarakan orang cina selepas
mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang DAP meraih kemenangan di pilihan raya umum
kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan
slogan.ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut
sebagai lambang mereka akan menyapu (menyingkirkan) orang-
orang melayu ke laut.dalam masyarakat melayu,penyapu
mempunyai konotasi yang negatif (sial ada yang mencaci dan

meludah dari atas lori ke arah orang melayu di tepi-tepi jalan.

KESAN DARIPADA PERISTIWA

13 MEI 1969

-Peristiwa 13 Mei 1969 memberi kesan kepada banyak perkara di negara kita.

Antaranya ialah politik, ekonomi, pendidikan dan sosial kaum Kesan politik
zaman Inggeris ini telah menyebabkan sistem masyarakat negara ini yang
asalnya sangat taat dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah
mengalami satu perubahan yang drastik.

Kuasa raja serta sultan Melayu telah dihadkan kepada hanya menjadi
lambang kepada sesebuah negeri atau negara. Kemudian penjajah Inggeris
ini telah menerapkan sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan
kemudiannya diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu. Dengan adanya sistem yang berbeza antara negeri,
pemerintah percaya bahawa setiap negeri tidak akan bersatu untuk
menentang mereka kerana tiada persefahaman.Inilah antara kesan yang
telah terpendam dalam diri masyarakat sehingga tercetusnya peristiwa hitam
13 Mei 1969.

Sistem yang diperkenalkan penjajah Inggeris ini mengurangkan kuasa
pemerintahan Raja-raja Melayu dan pembesarnya. Perkara ini telah
menyebabkan satu perubahan besar dalam pentadbiran. Fungsi residen dan
penasihat British yang diperkenalkan telah mengambil alih peranan yang
dahulunya dimainkan oleh pembesar-pembesar Melayu terutamanya dalam
soal menasihati Sultan dan mendapatkan hasil untuk negeri melalui sukai.

• Kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah
mengakibatkan perubahan dalam sistem ekonomi tradisional yang
telah sekian lama diamalkan di Tanah Melayu.Sistem ekonomi
tradisional yang dimaksudkan adalah seperti sistem yang
berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan dan
penternakan ladang. Sistem ini mengalami perubahan disebabkan
penjajah Inggeris telah menjalankan dasar ekonomi
kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi yang wujud
bermatlamatkan keuntungan semata-mata.

• Dalam perlaksanaan dasar ekonomi, British secara langsung dan
tidak langsung telah mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah
Melayu iaitu orang-orang Cina, India dan Melayu mengikut
kegiatan ekonomi masingmasing. Perkara ini telah menyebabkan
kaum-kaum Melayu, Cina dan India tidak dapat mempelajari
untuk memahami satu sama lain. Mereka juga tidak dapat
berinteraksi dengan baik dan menyebabkan kesukaran untuk
mewujudkan perpaduan kaum. Perbezaan jurang ekonomi yang
ketara akibat daripada dasar pecah dan perintah kolonial telah
menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga mencetuskan
konflik seperti 13 Mei. Di mana masyarakat telah dikelaskan
berdasarkan kepada pekerjaan dan penempatan menjadi faktor

penghalang kepada proses integrasi kaum yang lebih baik.

• Kesinambungan daripada peristiwa berdarah
tersebut, kaum Cina sudah tidak
bersefahaman dengan kaum Melayu di mana
pada mula pemerintahan Inggeris, kaum Cina
kurang mendapat tempat di hati penjajah.
Bermula juga dari zaman pemerintahan Jepun
di mana mereka ditindas dengan begitu kejam
daripada kaum Melayu. Hal ini menyebabkan
sosial di negara pada masa itu terjejas. Setiap
kaum tidak bersatu dan hidup berpuak-puak.
Ada yang sependapat dan ada pula yang
berlainan. Kesimpulannya, peristiwa 13 Mei
1969 ketika itu memberi pelbagai kesan yang
buruk dari semua aspek tidak kira kaum tua
atau muda, kanak-kanak turut terlibat.

ANGKA KEMATIAN

-Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143

ditahan. 211 kenderaan musnah, tetapi spekulasi mengatakan 700
orang mati terbunuh. Di mana Tunku? Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku
Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan
beliau di sana. 6.45 petang, Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik
Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku
Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei
1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain macuk.

Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut. Ada yang
menyalahkan Dato' Harun Idris sebagai punca tragedi 13 Mei 1969.
Bagi orang Melayu, Dato' Harun Idris adalah penyelamat orang
Melayu ketika itu. Dato' Harun Idris sedang menaiki tangga politik
menuju Perdana Menteri jika tidak kerana pertandingan tinju
Mohamad Ali vs Joe Bugner dan Bank Rakyat

Pengajaran.

-Peristiwa berdarah akibat daripada kejadian rusuhan kaum yang paling dasyat ini
perlulah menjadi pengajaran betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di
negara ini untuk terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni.Hal ini penting bukan
sahaja untuk rakyat tetapi peting juga dari segi kerukunan bagi meningkatkan
kemajuan negara.

-Peristiwa ini memberikan peringatan tentang kebenaran peribahasa kalah jadi
abu,menang jadi arang kerana konflik ini merugikan semua kaum,selain daripada
menjejaskan imej negara dipersada antarabangsa.

-Peristiwa 13 Mei ini perlu selalu diperingatkan kepada rakyat agar kita semua bukan
sahaja perlu muhasabah diri pada setiap masa tetapi yang lebih penting lagi kita dapat
mewujudkan hubungan etnik yang sentiasa baik.

-Politik yang diamalkan di negara ini hendaklah memberi perhatian utama kepada soal
perpaduan kaum yang harus dipertingkatkan di Semenanjung Malaysia dan integrasi
wilayah yang lebih baik antara Semenanjung Sabah dan Sarawak.

-Ahli Politik harusnya berhenti memainkan sentiment perkaunman dan menyentuh isu-
isu sensitif yang boleh membangkitkan ketegangan dalam negara

-Pihak kerajaan juga perlulah sentiasa peka dalam hal ini dan perlulah mengambil
tindakan tegas dan segera terhadap pihak yang membangkitkan sentiment
perkauman dan menghina agama.

-Masyarakat juga seharusnya melibatkan diri mereka dalam hal ini seperti
melaporkan perkara-perkara yang boleh membangkitkan pertelingkahan antara
kaum,Hal ini kerana dalam era teknologi masa kini,ada segelintir individu yang
memberi komen- komen yang melampau di dalam media sosial
mereka,Jadi,sekiranya mereka tidak diambil tindakan tegas,ini menyebabkan
individu lain akan melakukan perkara yang sama dan tindakan provokatif sebegini
amat berbahaya kepada keharmoniann negara

Kesimpulan

-Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah
pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan-sempadan yang
harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut
memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negara bangsa yang mencakupi
bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya
integrasi nasional. Andai kata petanda-petanda yang diperolehi itu
gagal dimanfaatkan, sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia
sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan
sahaja.
Selepas peristiwa ini, kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar
seperti Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara bagi memulihkan sistem
sosio-ekonomi negara dan perpaduan penduduk. Diharapkan peristiwa
seperti ini tidak lagi berulang di Malaysia. Dalam peristiwa ini apa yang
penting bukanlah siapa yang terlibat dan bersalah dalam rusuhan ini,
tetapi apakah puncanya peristiwa ini berlaku dan apakah langkah langkah yang boleh diambil
untuk mengatasinya.

Sikap ultra-racist,chauvinist serta kegagalan dalam memahami Kontrak Sosial dan
Pakatan Murni semasa penubuhan Malaysia merupakan punca utama masalah ini
berlaku.Sebagai sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat dan
menuju cita-cita menjadi negara maju, tragedi pahit seperti penjajahan
oleh kuasa luar lebih dari 400 tahun serta peristiwa berdarah pada 13
Mei 1969 perlu terus dijadikan iktibar dan
pengajaran.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap warganegara untuk
terus mempertahankan kemerdekaan dan jambatan perpaduan yang
ada dengan berpaksikan pematuhan kepada Perlembagaan Persekutuan
dan Rukun Negara. Jika gagal, tidak mustahil negara ini kembali dijajah
atau peristiwa 13 Mei berulang semula. Sama-samalah kita berdoa agar
rakyat dan negara ini terus dijauhi dari segala jenis ancaman baik dari
anasir dalam mahupun luar.

SUMBER RUJUKAN

1. GOOGLE-https://online.anyflip.com/rpdjf/vuoc/mobile/index.htm

2. GOOGLE-http://www.cikguhailmi.com/2013/05/13-mei-sejarah-penting-
malayisa-yang.html

3. GOOGLE-https://www.slideshare.net/jass388/peristiwa-13-mei

4. GOOGLE-http://islamicplayer.blogspot.com/2013/04/kesan-peristiwa-13-mei-
1969.html

5. GOOGLE-http://my13mei.blogspot.com/p/punca.html?m=1

BUKU RUJUKAN

1.13 MEI 1969 DI KUALA LUMPUR KARYA ABDUL RAHMAN IBRAHIM-

https://www.goodreads.com/book/show/11399946-13-mei-1969-di-kuala-lumpur

2. MAY 13: DECLASSIFIED DOCUMENTS ON THE MALAYSIAN RIOTS OF 1969 KARYA KUA KIA SOONG-
https://www.goodreads.com/book/show/7880622-13-mei

LAMPIRAN

LATIHAN PENGUKUHAN

1.Berikan 3 punca berlakunya rusuhan 13 Mei 1969?
2.Parti yang manakah terlibat pada rusuhan 13 Mei 1969?
3.Semasa peristiwa rusuhan berlaku,Di manakah keberadaan Tunku Abdul Rahman?
4.Berapa jumlah kematian yang berlaku pada rusuhan 13 mei 1969?
5.Apakah pengajaran yang boleh diperolehi dalam peristiwa ini?


Click to View FlipBook Version