The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOKOH PEMIMPIN JOHOR [SLB] SMK TUN SRI LANANG (PESERTA 2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aniess82, 2021-04-16 13:06:20

TOKOH PEMIMPIN JOHOR [SLB] SMK TUN SRI LANANG (PESERTA 2)

TOKOH PEMIMPIN JOHOR [SLB] SMK TUN SRI LANANG (PESERTA 2)

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

DATO’ ONN JAAFAR

• NAMA BIODATA DIRI
• KELAS
• SEKOLAH : NUR AIN AFIFAH BINTI ZANURIN
: 4 SAINS TULEN
: SMK TUN SRI LANANG

PENDAHULUAN

• Dari dahulu lagi, Dato’ Onn Jaafar hanya diiktiraf sebagai tokoh yang berjasa kepada Negara kerana mengasaskan
penubuhan UMNO dan menjadi Yang Dipertua pertama dari 1946 – 1951. Beliau berjasa menentang dan membubarkan
Malayan Union (MU). Sumbangan Dato’ Onn Jaafar dalam perjuangan ke arah kemerdekaan Negara pada hakikatnya
tidak boleh dinafikan. Kemerdekaan hari ini yang tercapai pada 31 Ogos 1957 meskipun tidak dianggap sebagai buah
tangan Dato’ Onn Jaafar, tetapi sebenarnya ia adalah merupakan hasil asas yang dibinanya.

BIODATA

• Nama : Datuk Onn bin Datuk Jaafar

• Tempat dilahirkan : Bukit Gambir, Jalan Gertak Merah, Johor Baharu

• Tahun dilahirkan : 1895

• Nama ayah : Datuk Jaafar bin Haji Muhammad (Menteri Besar Johor yang pertama dan pengasas sistem pentadbiran kerjaan Johor)

• Nama ibu : Hanim Rogayah

• Nama ayah angkat : Sultan Ibrahim

• Bilangan adik-beradik : 15 orang (8 lelaki dan 7 perempuan) anak ketiga

PENDIDIKAN

• Pendidikan awal bermula di Sekolah Melayu Johor Bharu sebelum melanjutkan pelajaran di England.
• Tahun 1903, melanjutkan pelajaran di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England.
• Beliau merupakan pelajar terbaik dalam bahasa Inggeris dan Ferancis.
• Meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke tanah air (1910 – 1911) di Maktab Melayu Kuala Kangsar untuk mendalami

pengajian Bahasa Melayu.

KERJAYA

• Pada 1 September 1911 sewaktu berusia 16 tahun beliau mula berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai kerani pelatih di Pejabat
Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat Penasihat British (British Advisor).

• Pada bulai Mei 1912 bertugas sebagai Pembantu Kerani Besar Pejabat Perubatan dan dalam bulan Julai 1912 beliau kemudian ke
Pejabat setiausaha Kerjaan Negeri sebagai Pembantu Kerani Besar.

• 1 Ogos 1913, Dato’ Onn bekerja di Pejabat Penasihat Undang-undang Johor. Kemudian dalam bulan Oktober 1914 bekerja di Pejabat
Imigresen Bahagian India dan pada tahun yang berikutnya bekerja di Pejabat Wang (Perbendaharaan) Johor.

• Atas perintah Sultan Ibrahim, Dato’ Onn berkhidmat sebagai Kadet dalam Tentera Johor pada bulan Julai 1917, berakhir dengan
pangkat Leftanen. Dai Bukit Timbalan Johor Bahru beliau dipindahkan ke Pejabat General Advisor. Di sini juga beliau tidak lama
berkhidmat kerana diberhentikan pada 31 Januari 1920 oleh Sultan Ibrahim disebabkan perselisihan faham dengan baginda.

• Beliau bersama-sama keluarganya telah berpindah ke Singapura. Di sana beliau berniaga kecil-kecilan termasuklah perkakas
perak, tembaga, barang makanan seperti keropok dan sebagainya. Pada tahun 1922 beliau balik bekerja dengan kerajaan Johor
sebagai Pegawai Tambah Sementara dalam Pejabat Tanah.

• Pada 1 Januari 1923 belia dilantik sebagai Ketua Pejabat Kawalan / Sekatan Getah di Muar. Tahun berikutnya dilantik sebagai
Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dan kemudiannya berpindah ke Johor Bahru.

• Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di dalam Syarikat Warta Malaya kepunyaan Syed Husin Alsagof dari tahun 1930
hingga 1933. Kemudiannya dalam tahun 1934 beberapa orang dari Syarikat Warta Malaya menerbitkan Mingguan Lembaga
Malaya dan Harian Lembaga. Dato’ Onn bertindak sebagai pengarangnya.

• Pada tahun 1936 Dato’ Onn dilantik oleh sultan Ibrahim sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Walau bagaimanapun
Dato’ Onn telah menerima dengan syarat beliau bebas mengeluarkan pendapat. Pada 1 Jun 1938 beliau dilantik pula sebagai
Setiausaha Sulit kepada Tunku Mahkota Johor membuat kerja yang dititah oleh sultan sama ada peribadi, kerja istana atau
kerajaan.

SUMBANGAN

• Pada awal tahun 1946, beliau menubuhkan Persatuan Melayu Semenanjung Johor sebagai Yang Dipertua. Dalam bulan
Mac 1946, perwakilan-perwakilan dari berbagai persatuan melayu dalam Kongres Melayu pertama yang diadakan di
Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur mencapai keputusan akan menubuhkan satu dan yang mewakili orang melayu
menentang Malayan Union.

• Kongres Melayu Ketiga diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei 1946. Kongres inilah yang melahirkan
UMNO dengan Dato’ Onn sebagai yang dipertuannya yang pertama dalam tahun ini juga iaitu pada 1 Oktober 1946.
Sultan Ibrahim melantik Dato’ Onn Jaafar sebagai Menteri Besar Johor.

• Setelah berkhidmat selama tiga tahun, Dato’ Onn meletakkan jawatan itu untuk enumpukan sepenuh masa kepada
UMNO selepas Sultan Ibrahim memberi amaran kepadanya sama ada mahu memilih berkhidmt dengan kerjaan atau
memimpin UMNO. Dato’ Onn memilih untuk terus berkhidmat sebagai Yang Dipertua UMNO.

• Pada tahun 1946, kepimpinan Dato’ Onn menentang penjajahan secara politik sehingga tumbangnya Malayan Union dan
tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu.

• Usaha-usaha Dato’ Onn untuk mengembalikan kedudukan orang-orang melayu, beliau telah mengemukakan cadangan supaya keahlian UMNO dibuka
kepada lan-lain bangsa tetapi mendapat tentangan di kalangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO disebabkan oleh suasana kebangsaan melayu ketika itu tidak
sanggup menenima perubahan radikal seperti itu. Hasil dan cita-citanya untuk memartabatkan bangsa Melayu diteruskan dengan pelbagai cadangan dan
tindakan.

• Dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos Dato’ Onn melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO disebabkan oleh
tentangan tersebut.

• Dato’ Onn yang telah dilantik oleh kerajaan British sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah dapat melihat dari dalam masalah pentadbiran dan politik
Negara.

• Beliau dituduh sebagai orang Pro British kerana duduk dalam kabinet kerajaan penjajah, tetapi kemudiannya UMNO juga
membenarkan seorang wakilnya menerima tempat dalam kabinet ini. Sewaktu di dalam kerajaan penjajah, Dato’ Onn telah dilantik
menjadi Pengerusi RIDA, sebuah badan yang bertujuan untuk meninggikan kedudukan ekonomi orang-orang melayu. Dalam bidang
pelajaran, nama Dato’ Onn terkenal dengan minatnya terhadap kemajuan anak-anak melayu yang membuahkan antara lain “Biasiswa
UMNO Sekutu Belia dalam parti ini.

• Pada tahun 1962, Dato’ Onn menghembuskan nafasnya yang terakhir di Johor Bharu. Perjalanan perjuangan Dato’ Onn adalah
sebahagian daipada sejarah tanah melayu kita selepas perang dunia kedua, walau apapun tanggapan terhadapnya tiada siapa pun dapat
melupakan jasa baktinya kepada parti, bangsa dan Negara.

NILAI KEPIMPINAN

• Bertanggungjawab : contohnya Dato’ Onn bertanggungjawab terhadap keluarga dan negaranya.

• Bersatu padu : contohnya rakyat jelata bersatu padu agar menjadi lebih kuat. Dato’ Onn menegah sama sekali perbalahan dalam kalangan rakyat

• Kesetiaan sehingga berlakunya pergaduhan dan pertumpahan darah.
: contohnya rakyat jelata perlu menyatakan kesetiaan pada tanah air tanpa berbelah bahagi dalam apa keadaan sekalipun. Keadaan

inilah yang ditunjukkan oleh orang-orang melayu di bawah pimpinan Dato’ Onn.

• Menghargai jasa : contohnya Sultan Johor menganugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua kepada Dato’ Onn dan beberapa orang pemimpin lain yang

• Muafakat berjasa kepada tanah air.
: contohnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah muafakat amat penting. Tanpa muafakat masalah tidak dapat diselesaikan. Dato’

Onn telah mengaturkan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk menyatupadukan mereka dalam menuntut kemerdekaan.

PENUTUP

• Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mencontohi semangat kepimpinan Dato’ Onn Jaafar. Kita harus menghargai
semangat kepimpinan Dato’ Onn Jaafar dengan mencontohi sifat dan nilai murni beliau. Kita akan lebih matang dalam
menjalani kehidupan seharian. Generasi zaman sekarang seharusnya menjadi seperti beliau yang menanam sifat
kepimpinan dalam diri dan cinta akan Negara. Oleh itu kita sebagai salah satu rakyat Malaysia mestikan bersatu pada
dalam menaikkan nama Negara dan tidak mengira kaum.

SUMBER

• Laman Web
• https://umno-online.my/Presiden/onnjaafar/
• https://www.slideshare.net/sofialiyana/presentation-dato-onn-komsas
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Onnjaafar
• http://penatokoh.blogspot.com/


Click to View FlipBook Version