BUKU PENGURUSAN
SMK PONTIAN JAYA
26800 KUALA ROMPIN
PAHANG DARUL MAKMUR
: 09-4140041
: 09-4140042
: SMK PONTIAN JAYA
BERILMU BERBAKTI
SENARAI
KANDUNGAN
Kata Alu-Aluan Pengetua
Ikrar Perkhidmatan Awam
Teras Perkhidmatan Awam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Visi, Misi dan Ikrar
Budaya Kerja Sekolah
Etika Kerja
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Tatasusila Profesion Perguruan
Surat Siaran
Panduan Am Guru dan Dasar Sekolah
Senarai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Senarai Anggota Kumpulan Pelaksana
Penggal Persekolahan
Cuti Perayaan
Jadual Gaji
Latar Belakang Sekolah
Unit Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah
Unit Kurikulum Sekolah
Unit Hal Ehwal Murid Sekolah
Unit Kokurikulum Sekolah
Takwim Sekolah
Lampiran
Penghargaan
ALU-ALUAN
PENGETUA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta izin-Nya, julung-julung kalinya Buku
Pengurusan Sekolah bagi sesi 2022/23 dapat dihasilkan. Kandungannya yang disusun rapi akan dapat
memberikan panduan kepada guru dan staf sekolah ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab
dengan baik dan berkesan.
Tahniah dan syabas kepada semua Jawatan kuasa pengurusan sekolah, guru, kakitangan
sokongan,ibu bapa dan murid yang memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan sekolah. Selari dengan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, warga sekolah perlu berkerja sebagai satu pasukan
dan memberikan komitmen terbaik untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan agar segala usaha yang
membuahkan kejayaan dan kecemerlangan memberi satu kepuasan kerja dalam profesion yang kita ceburi
ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan Buku Pengurusan ini. Marilah kita memohon
petunjuk daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita lakukan ini diberkati serta
mendapat kejayaan dan keredaan-Nya jua. Semoga kita diberikan kekuatan untuk melaksanakan
transformasi pendidikan serta menjalankan tugas dan tanggungjawab kita dalam merealisasikan kejayaan
anak didik semua dengan penuh ikhlas, iltizam dan komited.
Akhir kata kepada semua warga PROSES selamat bertugas dan teruskan usaha gigih kita
agar sekolah kita terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita bersama.
Selamat menjalankan tugas yang diamanahkan untuk tahun 2022.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
TUAN HAJI MD NASIR BIN MUDA
Pengetua,
SMK Pontian Jaya.
IKRAR
PERKHIDMATAN
AWAM
KAMI YANG TELAH DILANTIK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYSIA, MEMBUAT IKRAR DI SINI,
BAHAWA SEMASA DAN SELAGI KAMI BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYISA, KAMI PATUH DAN
MENGAMALKAN TERAS-TERAS PERKHIDMATAN SEMASA MENJALANKAN TUGAS-TUGAS KE ARAH INI, KAMI:
BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN
BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB
BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI
BERKHIDMAT DENGAN MUHIBBAH DAN KEMESRAAN
BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PENBANGUNAN NEGARA
BEKERJASAMA DALAM MEMBANTERAS KELEMAHAN DAN MUSUH-MUSUH NEGARA
BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA
Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam Malaysia
Kami, Pegawai Awam Malaysia dengan sepenuh rela hati mempertahan dan memperkukuhkan intergrti
Perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan
penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut :
PERTAMA Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;
KEDUA Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah;
KETIGA Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan
KEEMPAT etika jabatan;
KELIMA
KEENAM Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang
perlakuan jenayah rasuah;
Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai
awam;
Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang
berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.
TERAS
PERKHIDMATAN
AWAM
Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan.
Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
sendiri.
Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan
kemesraan.
Bekerjasama dalam membanteras kelemahan
dan musuh-musuh negara.
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat
dan pembangunan negara.
Berpegang teguh kepada ajaran agama.
FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
❖ Percaya dan patuh kepada Tuhan. masyarakat dan negara.
❖ Berilmu pengetahuan UNSUR ROHANI DAN EMOSI
❖ Berakhlak mulia
❖ Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama
dan negara Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi
❖ Berbakti dan memberi sumbangan kepada
aspek berikut :
masyarakat dan negara
❖ Memiliki sahsiah yang seimbang yang sepadu ❖ Keyakinan terhadap Tuhan
❖ Kepercayaan beragama
WARGANEGARA MALAYSIA ❖ Kemantapan jiwa
YANG BAIK ❖ Penghayatan nilai-nilai murni dan norma
Unsur intelek ini mengambil kira aspek berikut : masyarakat
❖ Berbudi pekerti mulia
❖ Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada ❖ Berbakti dan berkorban
kebenaran UNSUR JASMANI
❖ Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif
❖ Daya pemikiran yang logik dan analisis
❖ Ilmu yang bermanfaat
❖ Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan
memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu Ciri-ciri unsur jasmani ialah :
pengetahuan.
❖ Kecergasan fizikal dan kesihatan diri
❖ Dapat menggunakan anggota dan tenaga
UNSUR INTELEK fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup
bermasyarakat.
VISI, MISI
IKRAR
VISI KPM IKRAR RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
“Pendidikan Mendukung cita-cita hendak
Berkualiti Insan Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup yang
Terdidik Negara demokratik;
Sejahtera”
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana Kemakmuran
Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama;
MISI KPM Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-
tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
“Melestarikan Sistem Membina satu masyarakat progresif yang akan
Pendidikan yang menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI,
rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-
Berkualiti Untuk Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Membangunkan Potensi
Keluhuran Perlembagaan
Individu Bagi Memenuhi Kedaulatan Undang-Undang
Aspirasi Negara” Kesopanan dan Kesusilaan
BUDAYA KERJA
SEKOLAH
Memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Falsafah, Matlamat dan Objektif
sekolah.
Memelihara dan mempertingkatkan imej Sekolah,
Jabatan dan Kementerian Pendidikan setiap masa.
Mementingkan mutu dan kesan pendidikan.
Menentukan objektif bagi setiap tugasan.
Mengamalkan kerja sepasukan serta
bermesyuarat.
Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan
amanah.
Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil.
Mengamalkan perkhidmatan penyayang.
Kepimpinan melalui tauladan.
Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri.
Berusaha mempertingkatkan ilmu dan
kemahiran.
Kerja adalah ibadah.
ETIKA KERJA
Setiap pekerja hendaklah sentiasa berusaha menunaikan tugas mereka masing-masing. Sesebuah organisasi amat
bergantung kepada pekerja yang produktif dan cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan.
Terdapat etika kerja yang boleh dipraktikkan dalam tugas seharian untuk mendapat keredhaan Tuhan seterusnya
meningkatkan kualiti sesebuah organisasi.
BEKERJA DENGAN AZAM MENGABDIKAN DIRI KEPADA TUHAN
Sebagai seorang pekerja, seseorang itu hendaklah menyedari bahawa tugas yang dilaksanakan adalah amanah Tuhan.
Sekiranya dia tidak menunaikan tugas tersebut sebaik-baiknya, maka bererti dia tidak menunaikan amanah Tuhan. Bekerja juga
adalah seperti ibadat. Maka sewajarnya setiap pekerja menunaikan tugas sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat. Sesungguhnya Tuhan itu maha melihat dan mendengar. Setiap gerak seseorang itu tidak lepas daripada pandangan-
NYA.
BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN AMANAH
Seseorang pekerja itu harus menyedari bahawa jawatan yang dipegang adalah hasil permohonannya sendiri. Oleh
yang demikian, wajarnya dia menjalankan tugasnya dengan penuh kerelaan dalam usaha mengabdikan diri kepada
Tuhan di samping berusaha untuk menyara diri dan keluarga dengan rezeki yang halal.
BEKERJA DENGAN TEKUN DAN CEKAP
Ketekunan adalah suatu sifat yang perlu ada dalam setiap individu yang bergelar pekerja. Setiap pekerja akan dapat
meningkatkan kecekapan dalam menjalankan tugas masing-masing sekiranya meeka tekun. Rasullah s.a.w
bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan
dengan tekun”. Mutu kecekapan seseorang itu akan meningkat sekiranya pekerja itu sanggup belajar dan
menambahkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya sepanjang masa.
BEKERJA DENGAN SEMANGAT SATU PASUKAN DAN BERPADU
FIKIRAN
Untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang, semangat bekerja sebagai satu pasukan dalam melaksanakan
tugas amat penting. Sikap saling bantu membantu di antara pekerja akan menimbulkan suasana bekerja yang aman
dan gembira.
PELAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
OBJEKTIF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1.Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem
pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan
terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan
standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian
(ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan
murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem;
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap
murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi
tempoh 13 tahun akan datang; dan
3.Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang
komprehensif merangkumi perubahan penting dalam
Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan
harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan
menyokong transformasi perkhidmatan awam.
PELAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
BIDANG KEUTAMAAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
1. Memartabatkan profesion perguruan
2. Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah
3. Meningkatkan kualiti sekolah
4. Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran
5. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa
6. Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai
rakan kongsi dalam pendidikan
7. Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan
tinggi dan pasaran kerja
8. Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber
9. Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan.
PELAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
ANJAKAN PELAN
PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
PELAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
PELAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
PELAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
TATASUSILA
PROFESION
PERGURUAN
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang
menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang
gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
1 TANGGUNGJAWAB TERHADAP
PELAJAR
1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik
ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata
pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik
kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan
menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai
mutu yang setinggi-tingginya.
2 TANGGUNGJAWAB TERHADAP
IBU BAPA
1. Menghormati tenggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan
rumah tangga.
3. Mengganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau
mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada
mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan
maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa
pelajar.
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjelaskan
kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
TATASUSILA
PROFESION
PERGURUAN
3 TANGGUNGJAWAB TERHADAP
MASYARAKAT DAN NEGARA
1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk
menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang
lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan ugama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang
warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan
masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan
masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami
sehari-hari dengan baik.
4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN
SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama bagi
seorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh
dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion
perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
CATATAN Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang
menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat
rendah, menengah dan tinggi, (termasuk guru terlatih yang bertugas dalam
pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan).
SURAT SIARAN
ARAHAN AM
Semua guru.
Tuan/Puan,
PEKELILING SMK PONTIAN JAYA 1/2022 - KEHADIRAN PERHIMPUNAN PAGI, WAKTU
PERTAMA, WAKTU AKHIR, WAKTU BALIK, JADUAL KEDATANGAN PELAJAR DAN BUKU
KAWALAN KELAS
Perkara di atas dirujuk.
Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan
yang terkandung dalam Perintah Am Kerajaan.
❖ Guru dikehendaki membaca memahami dan mematuhi arahan yang terkandung
dalam Perintah Am tersebut.
❖ Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan
menjunjungnya sebagai profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata
pencarian semata-mata.
❖ Semua guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat
Pendidikan Kebangsaan.
❖ Guru mestilah meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada
kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
❖ Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada
di sekolah serta menjaga harta benda sekolah.
❖ Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.
❖ Kawasan sekolah adalah Kawasan Larangan Merokok.
❖ Sebarang Jualan langsung adalah dilarang di sekolah.
SURAT SIARAN
WAKTU BERTUGAS
❖ Hari Isnin hingga Jumaat kecuali Sabtu yang diarahkan.
❖ Masa 7:20 pagi hingga 2:30 petang (Hari Isnin).
❖ Masa 7:20 pagi hingga 2:30 petang (Hari Selasa – Khamis).
❖ Masa 7:20 pagi hingga 12:10 tengah hari (Hari Jumaat).
❖ Tertakluk kepada program dan mesyuarat yang akan dilaksanakan.
KEDATANGAN
❖ Thumb print kehadiran semasa hadir dan pulang.
❖ Kegagalan thumb print dianggap guru-guru tidak hadir bertugas
pada hari tersebut.
❖ Guru-guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat
hendaklah maklumkan kepada pengetua dengan kenyataan dan sebab
yang wajar.
❖ Semua urusan peribadi hendaklah dibuat di luar waktu
persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan.
KELUAR SEKOLAH
❖ Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu
mengajar kecuali atas arahan atau izin pengetua jika ada
masalah yang tidak dapat dielakkan.
❖ Merekodkan urusan keluar masuk sekolah sewaktu sesi
persekolahan dalam buku rekod pergerakan guru
❖ Sebelum meninggalkan sekolah atas sebarang urusan, guru
diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar
SURAT SIARAN
CUTI SAKIT
❖ Guru yang sakit atau tidak dapat hadir bertugas hendaklah
menghubungi pengetua sebelum jam 6.30 pagi pada hari
persekolahan.
❖ Sijil sakit hendaklah diserahkan pada keesokannya kepada
pengetua /PK Pentadbiran.
❖ Semasa cuti sakit, guru sepatutnya berada di rumah/hospital.
GURU BERTUGAS
❖ Berada di sekolah 10 minit sebelum sesi persekolahan bermula.
❖ Bersedia setiap masa mengawasi disiplin pelajar dan sekolah.
❖ Menyelia bilik-bilik khas seperti bilik guru dan sebagainya.
❖ Laporan bertugas harian hendaklah ditulis dalam fail laporan
bertugas dan dihantar ke pejabat setiap hari untuk disemak
oleh pihak pengurusan.
❖ Ketua guru bertugas mingguan hendaklah memastikan fail laporan
bertugas dilengkapkan dan sentiasa berada di pejabat.
❖ Menyelaras perhimpunan/taklimat pagi dan menjadi pengerusi
majlis bila diperlukan.
SURAT SIARAN
PERHIMPUNAN
❖ Semua guru wajib hadir perhimpunan rasmi dan perhimpunan
harian kecuali sakit/berkursus.
❖ Perhimpunan mingguan bermula pada pukul 7:20 - 8:00 pagi
kecuali ada perubahan khas akan ditunda ke hari lain atas
arahan pengetua.
❖ Doa pagi akan dibaca setiap hari perhimpunan.
❖ Memastikan Pengerusi Perhimpunan, pembaca doa dalam
kalangan pelajar yang telah ditetapkan bertugas pada setiap
hari.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
❖ Pastikan PdPc berjalan lancar dan berkesan dengan
menyediakan BBM dengan penuh amanah dan bertanggungjawab.
❖ Mengaplikasikan modul maya dan ICT secara optimum dalam
pembelajaran dan pengajaran.
❖ Pembelajaran dan pengajaran hendaklah berpusatkan pelajar.
❖ Menyemak kerja-kerja pelajar dari semasa ke semasa.
❖ Masa lunch (Free period) adalah masa bertugas bukan masa
rehat.
❖ Ketepatan masa melambangkan kewibawaan guru bagi
profesionnya.
SURAT SIARAN
DISIPLIN
❖ Guru perlu unggul disiplin kerana mereka adalah role model
bagi pelajar.
❖ Guru hendaklah sentiasa mengawal keadaan supaya pelajar
sentiasa berdisiplin.
❖ Setiap guru ialah guru disiplin dan guru bimbingan.
❖ Masalah disiplin berat perlu dirujuk kepada setiausaha
disiplin untuk tindakan/disampaikan kepada pengetua.
❖ Semua guru hendaklah melaporkan salah laku pelajar dengan
mengisi sistem SSDM online yang disediakan.
AKTIVITI KOKURIKULUM
❖ Semua guru wajib hadir aktiviti kokurikulum mengikut masa,
jadual dan bidang yang telah ditetapkan.
❖ Menjalankan aktiviti di tempat/bilik yang dikhaskan.
❖ Kehadiran pelajar perlu direkod di dalam Buku Aktiviti
Kokurikulum/Pemantauan Kokurikulum.
❖ Guru penasihat hendaklah menyediakan laporan mingguan dan
bulanan selepas aktiviti dijalankan dan membuat penilaian
markah kokurikulum setiap ahli di akhir tahun.
❖ Setiap aktiviti akan dibuat pemantauan oleh jawatankuasa
pemantauan.
SURAT SIARAN
MAJLIS/ACARA RASMI SEKOLAH
❖ Semua guru WAJIB hadir dalam semua majlis atau acara rasmi
sekolah.
TUGAS PROFESIONAL DAN TUGAS KHAS LAIN
❖ Guru akan diberi tugas akademik dan pentadbiran. Mereka
mestilah melaksanakan tugas - tugas dengan dedikasi, cekap
dan bertanggungjawab serta berintegriti.
❖ Guru juga dikehendaki melaksanakan tugas-tugas lain yang
diarahkan oleh pengetua atau wakilnya.
❖ Semua guru tingkatan dikehendaki mengemaskini kehadiran
pelajar dalam e-kehadiran sebelum jam 9.00 pagi.
❖ Setiap guru mata pelajaran dikehendaki memastikan bilangan
pelajar mencukupi sebelum PdPC dimulakan dan mengisi buku
kawalan pelajar selepas tamat PdPC.
SURAT SIARAN
PELAWAT
❖ Semua pelawat hendaklah mendapatkan pas kebenaran daripada
Pengawal Keselamatan sebelum masuk ke kawasan sekolah.
❖ Semua pelawat mestilah berjumpa dengan pengetua terlebih
dahulu.
❖ Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma
atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran pengetua.
❖ Semua pelawat TIDAK DIBENARKAN masuk ke bilik guru, bilik
darjah. Semua urusan hendaklah hanya dilakukan di pejabat
sekolah.
MESYUARAT
❖ Semua guru/staff WAJIB hadir mesyuarat yang telah ditetapkan
dan menepati masa.
❖ Surat panggilan mesyuarat hendaklah dikeluarkan 3 hari
sebelum mesyuarat diadakan.
❖ Maklum balas hendaklah disemak oleh pihak pengurusan dan
diedarkan kepada semua guru 3 hari selepas mesyuarat untuk
tindakan seterusnya.
❖ Minit mesyuarat hendaklah disemak oleh pihak pengurusan dan
diedarkan kepada semua guru 7 hari selepas mesyuarat untuk
tindakan seterusnya.
SURAT SIARAN
TANDA NAMA
❖ Semua guru WAJIB memakai tanda nama pada hari persekolahan,
majlis rasmi di sekolah/di luar sekolah.
KEAHLIAN KOPERASI
❖ Semua guru mesti mendaftar sebagai ahli koperasi sekolah
dan menjelaskan bayaran pendaftaran dan saham sebagaimana
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
TELEFON
❖ Penggunaan telefon sekolah hanya untuk urusan rasmi
sekolah sahaja.
❖ Telefon bimbit tidak boleh digunakan semasa PdP kecuali
berlaku kecemasan.
SURAT SIARAN
PAKAIAN
❖ Guru mesti berpakaian kemas dan sopan bersesuaian dengan
etika berpakaian semasa datang bertugas.
❖ Guru lelaki digalakkan memakai baju kemeja dan bertali
leher kecuali pada hari kokurikulum dan hari Jumaat (Baju
Melayu lengkap).
❖ Semua pegawai dimestikan memakai baju batik pada setiap
hari Khamis.
❖ Semua guru wajib berpakaian unit uniform masing-masing
pada hari Rabu.
❖ Semua guru wajib memakai blazer semasa perhimpunan pagi
Isnin.
KESELAMATAN
❖ Semua guru bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar,
bangunan, bilik-bilik dan peralatan sekolah.
❖ Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan segera dengan
mengisi buku laporan kerosakan di pejabat dan dimaklumkan
kepada pihak pengurusan.
SURAT SIARAN
PELAPORAN DAN DOKUMENTASI
❖ Guru hendaklah menyediakan laporan dan dokumentasi setiap
acara/aktiviti/program yang hendak diadakan selewat-
lewatnya 7 hari selepas acara/aktiviti/program yang
diadakan.
❖ Guru hendaklah menyerahkan laporan dalam bentuk hardcopy
dan softcopy kepada setiausaha unit masing-masing.
Panduan dan peraturan dalam pekeliling ini hendaklah sentiasa
dipatuhi.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Pengetua
SMK Pontian Jaya
PANDUAN AM GURU dan
DASAR SEKOLAH
PANDUAN AM GURU
❖ Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat
dalam Perintah Am Kerajaan.
❖ Oleh itu, semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah
Am tersebut.
❖ Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) sekolah dinasihatkan supaya membaca,
memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan
Arahan Perkhidmatan lain.
❖ Guru hendaklah menghayati Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia dan
menjunjung keguruan sebagai satu profesion, bukan sebagai satu pekerjaan/mata
pencarian semata-mata.
❖ Semua guru dan AKP hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang.
❖ Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan
Negara.
❖ Meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah lebih daripada kepentingan dalam
menjalankan tugas.
❖ Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan pelajar ketka berada di
sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
❖ Sentiasa menunjuk dan mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta
cekap menjalankan tugas.
❖ Sentiasa berusaha dan mencari jalan bagi mencapai matlamat sekolah, matlamat
Jabatan Pelajaran Pahang. Dasar dan matlamat sekolah hendaklah sentiasa
dijadikan panduan sepanjang menjalankan tugas dan peranan.
❖ Sentiasa menunjukkan contoh yang baik dan menjadi inspirasi kepada pelajar-
pelajar dari segi kelakuan, pakaian, potongan rambut, amalan kesihatan dan
lain-lain.
❖ Sentiasa menepati masa.
❖ Sentiasa mewujudkan sikap dari menyingkirkan sikap negatif.
PANDUAN AM GURU DAN
DASAR SEKOLAH
HUGUNGAN GURU DENGAN PIHAK LUAR
❖ Sebarang surat-menyurat rasmi daripada pihak-pihak tertentu
hendaklah disalurkan melalui dan salinan kepada Pengetua.
❖ Guru-guru yang ingin mendapatkan bantuan pihak luar untuk
sesuatu tugas di sekolah, kebenaran mestilah diperolehi
daripada Pengetua.
❖ Guru-guru dilarang membuat perundingan dengan sebarang
pembekal atau peniaga yang ada hubungan dengan pembelian
alat-alat sekolah tanpa kebenaran daripada Pengetua.
❖ Guru-guru yang ingin memesan atau membeli alat-alat atau
barang-barang sekolah dikehendaki menggunakan Borang Pesanan
yang disediakan dan mendapat pengesahan daripada Pengetua
KELUAR WAKTU MENGAJAR
❖ Guru tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dalam masa
waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak
dapat dielakkan atau arahan Jabatan Pendidikan / Pejabat
Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada
Pengetua.
❖ Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan
dituliskan dalam Buku Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan
Pengetua / Guru Penolong Kanan sebelum keluar.
PANDUAN AM GURU DAN
DASAR SEKOLAH
CUTI SAKIT
❖ Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang
melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh
Pegawai Perubatan Kerajaan.
❖ Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh
melebihi 15 hari dalam setahun. Perintah Am 15 Bab C
memperuntukkan bahawa Ketua Jabatan boleh menggunakan budi
bicaranya untuk menerima sijil sakit yang dikeluarkan oleh
doktor swasta bagi tujuan meluluskan cuti sakit.
❖ Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan
atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri
dan Kementerian Pelajaran untuk menentukan pembayaran gaji.
❖ Guru yang diberi cuti sakit kerana rawatan doktor perlu
berehat. Dari itu ianya tidak patut berada di tempat lain
kecuali di rumah.
❖ Kelulusan cuti sakit bergantung kepada kelulusan ketua
jabatan.
CUTI REHAT/CUTI PENGGAL
❖ Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 004.
SJ/A (30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan
mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat.
Namun begitu, guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua
tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun
untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar.
PANDUAN AM GURU DAN
DASAR SEKOLAH
CUTI TANPA GAJI
❖ Mengikut Perintah Am Bab C Tanpa Gaji boleh dipohon di atas
sebab-sebab persendirian yang mustahak.
❖ Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh
diberi selepas habis semua cuti rehatnya.
❖ Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap
tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
❖ Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil
sekali dalam masa 4 tahun.
❖ Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 4 hari setahun
adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang
melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan
Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.
Kenyataan mengenai Cuti Sakit hendaklah diserahkan kepada
Pengetua.
CUTI REHAT KHAS (CRK)
❖ Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
❖ Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab
kecemasan, upacara agama, perkahwinan pegawai atau anak
pegawai dan lain-lain yang munasabah bagi tempoh sepuluh hari
dalam setahun. (Sila rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan
seperti dalam lampiran).
PANDUAN AM GURU DAN
DASAR SEKOLAH
CUTI KE LUAR NEGARA
❖ Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat
kelulusan dari Jabatan. Sila isikan borang permohonan yang
ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh
bercuti
PAKAIAN
❖ Guru-guru perlu mematuhi kehendak Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil 6/1985 bertarikh 9 Mei 1985 mengenai Pakaian Guru-guru di
sekolah. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan
profesion keguruan dan masyarakat timur.
❖ Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang
rambut yang sesuai
❖ Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak
dibenarkan bagi guru perempuan.
❖ Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai
pakaian yang sesuai.
❖ Guru perempuan – Seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T,
kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit
❖ Guru lelaki – Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai.
Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau
kasut getah tanpa tumit. Baju T dan trek untuk PJ hanya
dibenarkan sehingga tamat sesi persekolahan.
PANDUAN AM GURU DAN
DASAR SEKOLAH
PERHUBUNGAN SESAMA GURU
❖ Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional
yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal
tutur kata mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan
perasaan “kekitaan” dalam kalangan guru.
❖ Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan
atau fahaman atau pendapat atau kepercayaannya kepada guru
ataupun pelajar atau staf sokongan yang lain.
❖ Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada
kaum, status sosial, sosial ekonomi kelulusan dan sebagainya
adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
INISIATIF GURU
❖ Guru adalah digalakkan untuk sentiasa mengambil inisiatif
bagi melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik dan
berkesan lagi. Walau bagaimanapun, guru-guru adalah
dikehendaki merundingkan/ membincangkan/ memaklumkan
mengenainya terlebih dahulu kepada Pengetua
PANDUAN AM GURU DAN
DASAR SEKOLAH
E-REKOD MENGAJAR
❖ Setiap guru perlu menyediakan bahan Rekod Mengajar secara dalam
talian dan bertanggungjawab terhadap keselamatan fail tersebut
serta perlu diserahkan kepada PK yang bertugas setiap hari
Jumaat.
❖ Bahan Rekod Mengajar hendaklah dikemas kini dari semasa ke
semasa dalam folder masing-masing.
❖ Guru diingatkan supaya membuat persediaan mengajar dengan teliti
supaya pelajaran dapat disampaikan kepada pelajar dengan
berkesan.
❖ Guru perlulah mencetak Rancangan Pelajaran Harian sekiranya ada
pemantauan daripada pihak sekolah atau jabatan lain supaya
senang dirujuk.
❖ Rancangan kerja hendaklah ditulis selengkapnya supaya jelas
pelajaran yang hendak disampaikan kepada pelajar. Elakkan
daripada menulis rancangan kerja yang terlalu ringkas dan sukar
difahami.
JADUAL WAKTU
❖ Guru tingkatan juga dikehendaki menyediakan satu salinan jadual
waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.
❖ Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah
ditetapkan tanpa kebenaran Pengetua.
PANDUAN AM GURU DAN
DASAR SEKOLAH
GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN
❖ Semua guru dikehendaki menyiapkan tugas ini secara bergilir
mengikut kumpulan mingguan.
❖ Laporan-laporan tertentu dicatatkan di dalam Laporan Guru
Bertugas untuk maklumkan dan perhatian Pengetua/ Penolong
Kanan dan guru-guru. Laporan hendaklah diserahkan kepada
Penolong Kanan yang telah ditetapkan sebelum waktu
persekolahan berakhir.
❖ Guru bertugas mesti meletakkan laporan yang telah lengkap
di dalam fail guru bertugas harian/mingguan.
TUGAS
❖ Guru akan diberikan tugas-tugas berbentuk kurikulum,
kokurikulum dan pentadbiran. Mereka mesti melaksanakan
tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan
bertanggungjawab. (Sila rujuk senarai dan panduan guru).
❖ Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan
misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan
atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan
sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru
lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua. Jika tugas
itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan
sesama sendiri, maka mesti sampai ke pengetahuan Pengetua.
PANDUAN AM GURU DAN
DASAR SEKOLAH
KEDATANGAN PELAJAR
❖ Bagi mengawal kedatangan pelajar, guru tingkatan hendaklah
mencatatkan kenyataan berikut di sudut kiri bahagian papan
hitam bilik darjah.
• Tarikh
• Bilangan Pelajar Dalam Kelas
• Bilangan Pelajar Yang Hadir
❖ Guru Tingkatan dan guru mata pelajaran hendaklah menentukan
semua murid (kecuali yang sakit dan yang mendapat kebenaran
khas) berada dalam sekolah pada waktu belajar. Pelajar yang
ponteng sekolah hendaklah dilaporkan kepada Penolong Kanan
HEM
❖ Setiap guru mata pelajaran yang masuk ke kelas hendaklah
menentukan yang tiada seorang pelajar pun meninggalkan kelas
tanpa kebenaran. Sila isi maklumat yang diperlukan dan
turunkan tandatangan dalam buku kawalan kelas/ masuk lewat
hendaklah diambil tindakan yang munasabah.
❖ Gunakan kad Kebenaran Keluar Kelas.
PANDUAN AM GURU DAN
DASAR SEKOLAH
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
❖ Guru Kanan Mata Pelajaran Sains, RBT dan PJK dengan kerjasama
guru-guru lain yang mengajar mata pelajaran berkenaan
hendaklah mempamerkan di bilik/ tempat yang sesuai langkah-
langkah keselamatan yang mesti dipatuhi oleh semua pelajar.
❖ Guru hendaklah mengingatkan pelajar tentang keselamatan dan
mengawasi pelajar sewaktu;
o Mengambil barang-barang PJ/ alatan permainan.
o Melatih sukan dan permainan di padang.
o Menjalankan kerja-kerja amali.
o Kerja-kerja lain yang mana pengawasan rapi diperlukan.
❖ Guru hendaklah mengambil langkah yang perlu untuk
mengelakkan berlaku kemalangan ke atas pelajar. Jika
kemalangan berlaku perkara ini hendaklah dilaporkan kepada
guru bertugas harian/ Penolong Kanan HEM/ Pengetua jika perlu,
urusan segera hendaklah dibuat untuk membawa pelajar berkenaan
ke Pusat Kesihatan/ Hospital.
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS(SPBT)
❖ Guru tingkatan dan Guru SPBT hendaklah menguruskan Skim
Pinjaman Buku Teks selaras dengan arahan dan kehendak biasa
Kementerian atau Jabatan Pendidikan. Semua jenis borang dan
keperluan biasa itu hendaklah disempurnakan dengan lengkap dan
teliti mengikut masa yang diitetapkan.
❖ Guru tingkatan juga mesti memastikan pelajar memulangkan buku
mengikut nombor perolehan yang sama seperti borang pinjaman
buku teks.
PANDUAN AM GURU DAN
DASAR SEKOLAH
KEGIATAN KOKURIKULUM
❖ Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat, jurulatih
untuk kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan
dengan cekap dan teratur. Waktu minimum untuk kegiatan
kokurikulum ialah 120 minit seminggu. Gerak kerja luar
sekolah adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, ianya
wajib bagi semua guru dan pelajar. Guru yang datang untuk
bertugas dalam kegiatan yang dijalankan dalam buku
kedatangan kokurikulum.
❖ Guru Penasihat hendaklah bersama-sama mengatur rancangan
bagi persatuan kelab permainan masing-masing dan rancangan
ini hendaklah melibatkan pelajar-pelajar di tingkatan
menengah atas dan menengah rendah. Satu salinan Rancangan
Tahunan Persatuan/Kelab hendaklah diserahkan kepada Penolong
Kanan Kokurikulum.
MEMBELI BARANG
❖ Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran
dengan menggunakan borang (nota minta) yang boleh didapati di
pejabat.
❖ Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia/
Guru Kanan/ Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.
❖ Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan
(LO).
❖ Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima
dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.
PANDUAN AM GURU DAN
DASAR SEKOLAH
PERHIMPUNAN SEKOLAH
❖ Semua guru wajib menghadiri perhimpunan sekolah pada masa
hari -hari yang ditetapkan.
❖ Guru Bertugas bertanggungjawab mengatur dan mengawasi
disiplin pelajar semasa berkumpul.
❖ Acara perhimpunan ini dijalankan secara formal. Semua guru
lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja
berlengan panjang. Semua guru diwajibkan memakai blazer.
❖ Susun atur acara perhimpunan mingguan adalah seperti berikut:
• Asma Ul- Husna
• Upacara Naik Bendera dan Nyanyian Lagu Negaraku
• Lagu Negeri Pahang
• Lagu Sekolah
• Bacaan Doa
• Laporan Guru Bertugas
• Makluman / Laporan Guru
• Ucapan Penolong Kanan/ Pengetua
MESYUARAT GURU
❖ Mesyuarat guru akan diadakan sekurang-kurangnya empat kali
setahun mengikut takwim. Kedatangan semua guru ke mesyuarat
ini adalah diwajibkan. Guru wajib menghadiri sebarang
mesyuarat yang dikelolakan oleh pihak sekolah.
PANDUAN AM GURU DAN
DASAR SEKOLAH
MENGIRINGI PASUKAN SEKOLAH
❖ Guru-guru yang mengiringi pasukan sekolah untuk sesuatu
aktiviti tertentu di luar kawasan sekolah hendaklah
menguruskan segala perkara yang berkaitan.
❖ Jika terdapat pelajar lain (penyokong) menyertai rombongan
tersebut, prosedur yang sama seperti di atas hendaklah
dipatuhi. Guru hendaklah mengawasi dan mengawal pelajar untuk
menjaga keselamatan dan disiplin mereka.
❖ Guru pengiring perempuan mesti mengiringi pasukan yang
disertai oleh pelajar perempuan.
KEAHLIAN KELAB GURU DAN STAF
❖ Semua guru dan AKP secara automatik menjadi ahli Kelab Guru
dan Staf
❖ Jumlah yuran Kelab Guru dan Staf tertakluk kepada keputusan
mesyuarat.
KEAHLIAN PIBG
❖ Semua guru secara automatik menjadi ahli PIBG Sekolah.
PANDUAN AM GURU DAN
DASAR SEKOLAH
PENILAIAN & PEPERIKSAAN SEKOLAH
❖ Penilaian dan Peperiksaan Sekolah hendaklah dilaksanakan
mengikut takwim peperiksaan.
❖ Soalan penilaian dan peperiksaan perlu mengikut format
peperiksaan sebenar.
❖ Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran akan menyemak dan
mengesahkan soalan yang disediakan.
❖ Markah Peperiksaan hendaklah diisi dalam SAPS mengikut waktu
yang telah ditetapkan. Salinan keputusan perlu diedarkan kepada
pelajar.
DSKP, RPT DAN RPH
❖ Semua guru mesti menyediakan DSKP dalam Fail Rekod Mengajar.
❖ Penyediaan RPT dan RPH perlu mengikut DSKP.
ARAHAN DAN PEKELILING
❖ Setiap arahan dan memo yang dikeluarkan oleh Pengetua
hendaklah dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
PANDUAN AM GURU DAN
DASAR SEKOLAH
PANDUAN LAWATANSAMBIL BELAJAR/AKTIVITI
LUAR
❖ Guru-guru pengiring perlu membaca dan memahami The Education
Ordinance, 1957 (No. 2 of 1957) The Schools (Tours)
Regulations, 1957 supaya tindakan yang bersesuaian dengan
keperluan Sekolah, Jabatan dan Kementerian Pendidikan.
❖ Persiapan awal
• Dapatkan dan tentukan tempat yang akan dilawati dan
timbangkan pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar-
pelajar.
• Segala surat menyurat berhubung dengan lawatan itu hendaklah
disalurkan melalui Penolong Kanan / Pengetua.
❖ Semasa Lawatan
• Hendaklah menepati masa sepanjang masa lawatan.
• Keselamatan pelajar-pelajar adalah tanggungjawab guru.
• Tingkahlaku pelajar-pelajar di dalam bas hendaklah terkawal.
• Tidak ada orang luar yang tidak berkenaan turut serta dalam
lawatan itu.
• Ambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelajar-pelajar yang
melanggar perintah guru atau ketua.
❖ Selepas lawatan
• Guru dikehendaki menyediakan satu laporan kepada Pengetua
berhubung dengan lawatan itu dengan kadar segera.
PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN (PPP)
BIL NAMA JAWATAN GRED TARIKH MULA
BERKHIDMAT DI
1. MD NASIR BIN MUDA PENGETUA DG54
PK PENTADBIRAN DG48 SEKOLAH
2. SURIANAWATI BINTI YUSOF DG54 SEMASA
PK HEM DG48 01.02.2018
3. JUHARI BIN AWANG 16.07.2020
PK KOKURIKULUM DG48 01.04.2013
4. MUHAMMAD ZAFARWILAH DG48
BIN ALWI GKMP SAINS & DG44 01.08.2008
MATEMATIK
5. CHAN YENG PENG DG48 21.03.2005
GKMP BAHASA DG41
6. NORMASAYU BINTI MADUN GKMP DG52 01.01.2007
DG52
7. NURUL FALIANA BINTI KEMANUSIAAN DG44 23.05.2012
MUSTAFA GKMP TEKVO DG48
DG44 01.01.2009
8. SHARIFAH HASLINDA BINTI KAUNSELOR DG44 01.09.2021
MD. ELIAS GAB DG41 01.12.2009
GAB DG44 01.06.2009
9. FARIRA ASLI CHIU A/P CHU GAB DG48 16.06.2016
JANG LEE GAB DG44 10.02.2006
GAB DG42 16.02.2012
10. ABD JALIL BIN JANTAN GAB 20.01.2021
GAB 01.01.2016
11. AHMAD BIN IBRAHIM 01.11.2015
GURU DATA 01.01.2011
12. BAYANI BINTI MOHD GAB 22.11.2010
15.01.2007
13. CHIN CHIEW YEN GAB
14. HASNAH BINTI SAAD GAB
15. KAMSIAH BINTI HUD
16. LATIFAH BINTI ABD RAHMAN
17. MOHAMED GHUZAL BIN YAHYA
18. MOHAMED SHAH RIZAD BIN
ISMAIL
19. MOHD ARSYAD BIN AHMAD
TIIS
20. MOHD LENNY HERMIADY BIN
IBRAHIM
PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN (PPP)
BIL NAMA JAWATAN GRED TARIKH MULA
BERKHIDMAT DI
21. MUHAMMAD RADIN BIN GAB DG44
HASHBULLAH GAB DG48 SEKOLAH
GAB DC41 SEMASA
22. MUNIRA BINTI ANAS GPM DG44 16.02.2006
GAB DG41 01.01.2017
23. NAJIHAH HANA BINTI AB HAMID GAB DG52 22.04.2019
GAB DG44 01.07.2019
24. NAJUWA BINTI JAIS GAB DG48 01.03.2022
GAB DG41 01.01.2019
25. NIK FATIN FARAFISHA BINTI GAB DG41 21.03.2022
MOHD ZAMRI GAB DG41 24.06.2005
GAB DG44 20.01.2021
26. NIK HASNIYAH BINTI NIK YAHYA GAB DG54 01.03.2022
GAB DG41 03.02.2022
27. NIK MOHAMAD SOLEHIN BIN GAB DG41
NIK IBRAHIM GAB DG44 01.01.2014
GAB DG48 01.04.2007
28. NOR RITA BINTI ABD KADIR GAB DG41 01.01.2015
GAB DG44 11.01.2021
29. NOR SHIDA BINTI HARUN 01.07.2013
03.01.2006
30. NURUL ATIQAH BINTI RAMLI 15.08.2016
01.01.2011
31. NURUL IFFAH ATHIRAH BINTI
ISMAIL
32. NURUL LIAHNA BINTI
SULAIMAN
33. ROBIAH BINTI ESA
34. ROSMARIYA BINTI MUSTAPA
35. SALMANIAH BINTI RAMLI
36. SHARIFAH ROSZILAWATI BINTI
SYED HAMID
37. SITI MUNIRA BINTI SALLEH
38. SITI NORFADILLAH BINTI ROSLI
39. WAN NORAZLINA BINTI WAN
SULAIMAN
ANGGOTA KUMPULAN
PELAKSANA (AKP)
BIL NAMA JAWATAN GRED TARIKH MULA
BERKHIDMAT DI
1. AINI FAIRULISA BINTI ROSLI PEMBANTU N19
TADBIR N19 SEKOLAH
2. NURULAKHMAR BINTI N11 SEMASA
MASSTAPAR PENYELIA C22 16.05.2018
ASRAMA C22
3. MOHAMAD YASIM BIN C22 01.07.2006
MOHAMAD ALI PEMBANTU C22
OPERASI C19 16.12.2014
4. ROSLI KAHLI BIN JANTAN C19
PEMBANTU 01.06.2006
5. NOREZLAWATI BINTI MOHD MAKMAL
RAMLI 16.03.2005
PEMBANTU
6. KHAIRIAH HAFSAL BINTI MAKMAL 01.12.2008
MAZHAR
PEMBANTU 16.01.2020
7. NORHASNIZA BINTI ZULKIFLI MAKMAL
25.07.2011
8. MOHD ZAIN BIN ARAN PEMBANTU
MAKMAL 16.08.2018
9. AHMAD NORKHAIRI BIN HAJME
PEMBANTU
MAKMAL
PEMBANTU
MAKMAL
PENGGAL
PERSEKOLAHAN
TAHUN 2022
PENGGAL MULA AKHIR JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU
1 PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN 11
2 1
21.03.2022 31.03.2022 9 12
3 1
01.04.2022 30.04.2022 21 13
3
01.05.2022 31.05.2022 16 7
3
01.06.2022 03.06.2022 3
JUMLAH HARI 49
CUTI PENGGAL 1, SESI 2022/2023
04.06.2022 - 12.06.2022 9
13.06.2022 30.06.2022 14
01.07.2022 31.07.2022 20
01.08.2022 31.08.2022 22
01.09.2022 02.09.2022 2
JUMLAH HARI 58
CUTI PENGGAL 2, SESI 2022/2023
03.09.2022 - 11.09.2022 9
12.09.2022 30.09.2022 14
01.10.2022 31.10.2022 17
01.11.2022 30.11.2022 22
01.12.2022 09.12.2022 7
JUMLAH HARI 60
CUTI PENGGAL 3, SESI 2022/2023
10.12.2022 - 31.12.2022 22
03.01.2023 31.01.2023 18
01.02.2023 17.02.2023 13
JUMLAH HARI 31
CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN, SESI 2022/2033
18.02.2023 12.03.2023 23
CUTI PERAYAAN
CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
KUMPULAN A KUMPULAN B CATATAN
TAHUN BARU CINA 30.01.2022 (Ahad) 31.01.2022 (Isnin) Dua (2) Hari Cuti
01.02.2022 (Selasa) 31.01.2022 (Isnin) Tambahan KPM
dan 02.02.2022 (Rabu) 03.02.2022 (Khamis)
05.05.2022 (Khamis) Dua (2) Hari Cuti
HARI RAYA 02.05.2022 (Isnin) Tambahan KPM
AIDILFITRI 05.05.2022 (Khamis) 06.05.2022 (Jumaat)
03.05.2022 (Selasa) Satu (1) Hari Cuti
dan 04.05.2022 (Rabu) 03.06.2022 (Jumaat) Tambahan KPM
Negeri Sarawak
HARI GAWAI DAYAK sahaja
01.06.2022 (Rabu) dan
02.06.2022 (Khamis)
HARI DEEPAVALI 23.10.2022 (Ahad) 25.10.2022(Selasa) dan Dua (2) Hari Cuti
24.10 2022 (Isnin) dan 25.10.2022
(kecuali Negeri Sarawak) (Selasa) 26.10.2022(Rabu) Tambahan KPM
Semua Negeri Satu (1) Hari Cuti
Kumpulan B kecuali Tambahan KPM
Sarawak
24.10.2022 (Isnin)
Sarawak sahaja
TAHUN BARU CINA 24.01.2023 (Selasa) 20.01.2023 (Jumaat) Satu (1) Hari Cuti
22.01.2023 (Ahad) dan Tambahan KPM
23.01.2023 (Isnin)
KUMPULAN B :
Sekolah-sekolah di negeri : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya
JADUAL GAJI
PENJAWAT AWAM
JANUARI FEBRUARI MAC
25 25 25
SELASA JUMAAT JUMAAT
APRIL MEI JUN
25 265 24
ISNIN KRHAABMUIS JUMAAT
JULAI OGOS SEPTEMBER
25 25 23
ISNIN KHAMIS JUMAAT
OKTOBER NOVEMBER DISEMBER
18 25 19
SELASA JUMAAT ISNIN
"Jangan pernah
menyesali sehari
dalam hidupmu.
Hari-hari baik
memberimu
kebahagiaan dan
hari-hari buruk
memberimu
pengalaman."
Logo Sekolah
Bendera Sekolah
Moto Sekolah
Lagu Sekolah
Piagam Pelanggan Sekolah
Sejarah Sekolah
Gambar Sekolah