KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR
Setiap pemain perlu mempelajari dan
menguasai beberapa kemahiran asas
dalam permainan bola tampar.
Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat
dalam permainan bola tampar ialah
menyangga, servis, mengumpan,
merejam dan mengadang.
A. TEKNIK MENYANGGA (DIGGING)
Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.
Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama
yang lain.
Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan
tangan diluruskan ke hadapan.
Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan
dan lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran.
Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk
menghadap sasaran sebelum bermain bola.
Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.
Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.
Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.
Kendurkan bahagian atas tubuh.
Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat
disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain.
B. TEKNIK SERVIS
a) SERVIS BAWAH
Langkah pertama adalah posisi ketika tubuh
berdiri, kemudian kaki membentuk kuda - kuda
dengan badan agak condong ke depan.
Langkah yang kedua ialah salah satu tangan
memegang bola dan tangan yang satu lagi
digunakan untuk memukul bola dengan jari - jari
tangan dalam keadaan mengepal atau
menggenggam.
Yang ketiga pula adalah bola sedikit
dilambungkan, kemudian bola dipukul di bahagian
bawah dengan ayunan tangan dari belakang ke
depan.
b) SERVIS ATAS
Langkah pertama, posisi ketika tubuh berdiri,
salah satu tangan memegang bola.
Kemudian bola dilambungkan dan dipukul dengan
jari-jari secara rapat sekuat tenaga.
Langkah ketiga, pukulan bola perlu
melepasi/melewati di atas net.
Langkah yang terakhir, bola boleh dipukul dengan
keras supaya membentuk atau beralun.
C. TEKNIK MENGUMPAN (SETTING FULL)
Buka jari-jari supaya membentuk tiga segi seperti di dalam
gambar
Sentuh bola pada ketinggian kepala dan pukul bola untuk
rejaman yang kuat
Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan
sepasukan dapat membuat rejaman
D. TEKNIK MEREJAM (SPIKE)
Sama ada run-up atau berdiri setempat
Melonjak dengan kedua-dua kaki dari setempat.
Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan
dihayunkan ke belakang dan ke atas.
Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di
belakang bahu untuk merejam bola.
Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan,
tapak tangan terbuka atau menadahkan tangan.
Pergerakan pergelangan tangan penting untuk membawa
bola turun.
Untuk run-up, perejam berdiri dua hingga tiga meter dari
jarring dan mengambil tiga langkah.
Langkah kedua akan menbawa perejam di bawah bola dan
kedua-dua belah kaki akan hampir bersama.
E.TEKNIK MENGADANG (BLOCK)
Badan dan tapak tangan menghadap jaring.
Lompat dengan kedua-dua belah kaki.
Luruskan kedua-dua belah tangan ke atas.
Jarakkan jari-jari tangan.
Mata pandang arah pergerakan bola.
Fleksikan kedua-dua belah lutut semasa mendarat.