The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KERJA ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK TAMAN PERMAS JAYA 3, 2021-02-21 22:08:00

KERTAS KERJA ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2019

KERTAS KERJA ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2019

KERTAS CADANGAN
MAJLIS ANUGERAH SUKAN DAN KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PERMAS JAYA 3

1. TUJUAN

Kertas cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan persetujuan perlantikan Jawatankuasa Pelaksana dan
memohon kelulusan menggunakan peruntukan bagi menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan
Kokurikulum Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 3 bagi tahun 2019.

2. PENGENALAN
Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Permas Jaya 3 ini
merupakan satu majlis penganugerahan kepada murid -murid yang mempunyai pencapaian cemerlang
dalam aktiviti Sukan dan Kokurikulum. Penganugerahan ini juga untuk para guru-guru yang terlibat dalam
pengurusan Sukan & Kokurikulum, dan memberi pengiktirafan kepada semua pihak yang terlibat dalam
membantu pembangunan Sukan dan kokurikulum SK Taman Permas Jaya 3. Majlis seumpama ini amat
perlu diadakan pada setiap tahun bagi mengiktiraf kejayaan dan kecemerlangan serta sumbangan semua
pihak di dalam memartabatkan bidang sukan dan kokurikulum SKTPJ3.

3. MATLAMAT

Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid-murid sekolah dan pemimpin kokurikulum yang
aktif dan cemerlang dalam bidang Sukan dan Kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa. Pengiktirafan dan penghargaan ini sekaligus dapat membina keyakinan diri untuk mencapai
kejayaan yang lebih cemerlang.

4. OBJEKTIF

a. Memberi pengiktirafan kepada murid-murid, sekolah dan pemimpin Sukan dan Kokurikulum yang
cemerlang di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

b. Menggalakkan penyertaan murid-murid dan guru-guru serta semua pihak dalam kegiatan Sukan dan
Kokurikulum sehingga ke peringkat yang tinggi.

c. Mewujudkan penyelarasan dan penyeragaman penganugerahan Sukan dan Kokurikulum di peringkat
sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

d. Menyemarakkan daya saing yang sihat dalam kalangan murid-murid, guru-guru di sekolah dalam
menempatkan diri dalam pasukan elit sekolah.

5. STRATEGI PERLAKSANAAN

a. Menubuhkan Jawatankuasa Program Pembangunan Sukan Sekolah dengan keahlian terdiri daripada
guru-guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan masyarakat setempat.

b. Membentuk jawatankuasa pelaksana Majlis Anugerah Sukan dan Kokurikulum untuk melancarkan
pelaksanaan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan dan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Taman
Permas Jaya 3.

c. Mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), masyarakat
setempat, agensi-agensi swasta daripada segi nasihat, kewangan dan kemudahan dalam menjayakan
Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan dan Kokurikulum.

6. KONSEP MAJLIS ANUGERAH SUKAN DAN KOKURIKULUM

a. Anugerah ini diberi kepada murid-murid, pasukan di sekolah dan pihak pengurusan iaitu guru-
guru yang telah disahkan dan terbukti memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam bidang Sukan
dan kokurikulum dalam kategori tertentu dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan Peringkat
Sekolah.

b. Bidang sukan dan kokurikulum ini bermaksud sebarang kegiatan badan beruniform, kegiatan kelab &
persatuan, Sukan Permainan, 1Murid 1Sukan, kegiatan sukan dan kegiatan koakademik

c. Anugerah guru/pemimpin khusus (individu bukan murid) yang disahkan cemerlang dan telah
menunjukkan perkhidmatan yang lama dalam bidang pengurusan dan kepimpinan kokurikulum.

7. KATEGORI ANUGERAH

Guru dan murid yang terbaik layak dicalonkan sebagai lima senarai calon akhir dalam setiap kategori
anugerah. Senarai anugerah adalah seperi berikut :-

Anugerah Pengurusan Kokurikulum Terbaik
1. Unit Beruniform (Pengakap Kanak-Kanak)
2. Unit Beruniform (Tunas Kadet Remaja Sekolah)
3. Kelab Dan Persatuan ( Kelab Kesenian Dan Kebudayaan)
4. Kelab Dan Persatuan (Kelab Didik Bestari)
5. Sukan Dan Permainan (Kelab Ragbi)
Anugerah Khas Kokurikulum
1. Anugerah Guru Adiwira Sukan
2. Anugerah Guru Aktif Kokurikulum (Lelaki)
3. Anugerah Guru Aktif Kokurikulum (Perempuan
4. Anugerah Sumbangsih
Anugerah Khas Kecemerlangan Kokurikulum (Murid)
1. Anugerah Sukan (Ragbi)
2. Anugerah Sukan (Olahraga)
Anugerah Khas Pasukan Terbaik Sukan
1. Pasukan Ragbi

8. KRITERIA DAN SYARAT PEMILIHAN

a. Untuk Kategori Murid dan Guru, Semua calon mestilah terdiri daripada warga Sekolah Kebangsaan
Taman Permas Jaya 3.

b. Pemilihan akan berdasarkan pencapaian tertinggi dan penyertaan di peringkat daerah, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa untuk tahun semasa anugerah sahaja.

c. Bagi Anugerah Cemerlang bidang Kokurikulum, calon mestilah berdasarkan pengurusan bidang
kokurikulum yang baik, kehadiran dan penyertaan kokurikulum di peringkat sekolah, penyertaan yang
aktif dan mempunyai pencapaian murid di peringkat daerah daerah, negeri, kebangsaan atau sehingga
ke peringkat antarabangsa.

d. Bagi Anugerah Badan Beruniform Terbaik, Kelab persatuan Terbaik dan Sukan Permainan Terbaik,
mestilah berdasarkan pengurusan dan perlaksanaan badan beruniform / kelab persatuan / sukan
permainan sepanjang aktiviti kokurikulum 2019. Bagi Anugerah Cemerlang Pengurusan Sukan di
kalangan guru-guru, calon hendaklah cemerlang memimpin dan mengurus pasukan dengan
cemerlang. Penilaian juga mengambil kira pencapaian tertinggi pasukan guru tersebut di dalam semua
peringkat.

e. Bagi Anugerah Khas Juri, calon dipilih khas berdasarkan sumbangan yang sewajarnya dan tugas khas
terhadap perkembangan dan kemajuan sukan dan kokurikulum SK Taman Permas Jaya 3.

f. Kriteria pemilihan pemenang adalah berdasarkan bilangan pencapaian tertinggi iaitu peringkat
kebangsaan dan seterusnya peringkat negeri dan daerah.

g. Keputusan panel pemilihan adalah mutamad.

9. CADANGAN TARIKH / MASA / TEMPAT

Tarikh : 19 November 2019
Masa : 7.50 pagi
Tempat : Dewan Terbuka, SK Taman Permas Jaya 3

10. ANJURAN
Unit Kokurikulum SK Taman Permas Jaya 3

11. PENYERTAAN
Semua murid dan guru SK Taman Permas Jaya 3

ANGGARAN KOS ANGGARAN JUMLAH (RM)
HARGA ( 1 )
BIL BAHAN-BAHAN
1 Piala Anugerah Khas Guru dan 10 x RM6 RM60.00

Pengurusan Terbaik 2 x RM5 RM10.00
2 Piala Anugerah Khas Muird Rm70.00

JUMLAH

12. SUMBER KEWANGAN
Kewangan Sukan Dan Kokurikulum

13. SUMBER TENAGA
Guru-guru SK Taman Permas Jaya 3

14. STRATEGI PELAKSANAAN
a. Mewujudkan jawatankuasa kerja.
b. Mengadakan mesyuarat.
c. Pengagihan tugas dan pelaksanaan.
d. Laporan penuh.

15. KAWALAN DAN PENYELIAAN
a. Setiausaha Kokurikulum
b. Setiausaha Sukan 1
c. Setiausaha Sukan 2

16. PENILAIAN DAN LAPORAN
a. Mengenalpasti kelemahan aktiviti dan cara mengatasinya.
b. Membuat laporan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

______________________ ______________________
(ROHANI BINTI HARUN) (ROHANAH BINTI CHIK)
Setiausaha Kokurikulum, Guru Besar,
SK Taman Permas Jaya 3 SK Taman Permas Jaya 3


Click to View FlipBook Version