The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK TAMAN PERMAS JAYA 3, 2020-07-11 10:40:58

PENATARAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH

PENATARAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH

TARIKH : 12 JULAI 2020
HARI : AHAD
MASA : 8.30 pagi
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK TAMAN PERMAS JAYA 3

KPM telah membuat beberapa sesi libat urus bersama-sama agensi berkepentingan
serta pemegang taruh berkenaan pengurusan sekolah dalam menghadapi COVID-19. KPM telah
menyediakan satu garis panduan pengurusan sekolah dan disimulasikan kebolehlaksanaannya.
Garis panduan ini juga telah mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri.

KPM akan mengumumkan tarikh pembukaan sekolah sekurang- kurangnya dua (2)
minggu sebelum sekolah dibuka. Ini bertujuan untuk memastikan pengurusan sekolah dapat
membuat persediaan dengan memberi keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan murid,
guru serta warga sekolah. Penjagaan kesihatan dan amalan penjarakan sosial adalah amat
penting dalam pengurusan sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam
kalangan murid, guru dan warga sekolah.

OBJEKTIF
1. Pengurusan sekolah dan asrama dapat berlaku dengan lebih teratur dan lancar.
2. Keselamatan dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah diutamakan semasa mereka

berada di sekolah dan asrama.
3. Proses PdP berlaku dalam keadaan selamat.

TAFSIRAN
1. Bergejala bermaksud simptom awal COVID-19 iaitu sama ada mengalami demam (suhu
badan 37.5°C dan ke atas), batuk, selesema, sakit tekak atau sesak nafas.
2. Penjarakan sosial bermaksud jarak antara satu individu dengan individu lain sekurang-
kurangnya satu (1) meter dalam sebarang aktiviti.

SOP MENANGANI COVID-19 DI SEKOLAH

❑ PENGAMBILAN SUHU BADAN DI PINTU MASUK.
- Suhu lebih 37.5°C tidak dibenarkan memasuki premis.

❑ PEMAKAIAN PELITUP MUKA
- Semua warga sekolah perlu memakai pelitup muka (FaceMask)

❑ MEMBERSIHKAN TANGAN
- Pelajar sekolah rendah digalakkan membasuh tangan dengan air dan sabun.

❑ PENJARAKKAN SOSIAL
- 1 Meter antara individu dengan individu di mana sahaja

TARIKH PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

TAHUN 5 & 6
15 JULAI 2020 (RABU)

TAHUN 1 , 2 , 3 & 4
22 JULAI 2020 (RABU)

PERANAN & TANGGUNGJAWAB IBU BAPA

1. Memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan sihat, menjaga kebersihan diri dan tidak
menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke sekolah.

2. Membantu anak/anak jagaan belajar mengikut kemampuan ibu bapa/penjaga.
3. Memberikan motivasi kepada anak/anak jagaan untuk terus belajar .
4. Digalakkan membawa pensanitasi tangan (handsanitizer) sendiri untuk mengelakkan sebarang

perkongsian dengan murid yang lain.
5. Memastikan anak/anak jagaan dibekalkan dengan pelitup muka (face mask).
6. Mengingatkan anak/anak jagaan berkenaan penjarakan sosial dan kebersihan semasa di sekolah.
7. Memantau tahap kesihatan anak/anak jagaan, dan memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya

bergejala serta mendapatkan konsultasi kesihatan.
8. Tidak menghantar anak/anak jagaan ke sekolah sekiranya bergejala.
9. Mematuhi peraturan yang dikeluarkan oleh KKM, KPM.

PERANAN & TANGGUNGJAWAB MURID

1. Murid perlu mematuhi peraturan penjarakkan sosial (social distancing) yang telah ditetapkan.
2. Mengelakkan 3 S (Sesak, Sempit, Sembang dekat).
3. Mengamalkan 3 W ( Wash, Wear, Warn).
4. Murid tidak boleh menghampiri kawasan yang dilarang.
5. Murid yang tidak sihat akan diletakkan di Bilik Isolasi.
6. Murid yang bergejala dan mempunyai suhu 37.5° C tidak dibenarkan masuk ke kawasan

sekolah.
7. Murid perlu hadir ke sekolah bermula jam 7.00 pagi.

PERANAN & TANGGUNGJAWAB GURU

1. Melaksanakan PdP yang bersesuaian dengan kesediaan murid dan situasi semasa.
2. Mengingatkan murid untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan

penjarakan sosial
3. Memaklumkan pentadbir sekolah jika terdapat murid yang bergejala.

PERANAN & TANGGUNGJAWAB PENTADBIR SEKOLAH

1. Memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat untuk beroperasi.
2. Memastikan murid, guru dan warga sekolah yang hadir ke sekolah berada dalam keadaan

sihat dan selamat.
3. Memberikan penerangan dan pendidikan berterusan kepada murid, guru dan warga sekolah

mengenai penularan jangkitan COVID-19 dengan memperincikan kepentingan penjagaan
kesihatan seperti mencuci tangan dan menggunakan pensanitasi tangan(handsanitizer),
penggunaan pelitup muka apabila perlu serta kepentingan amalan penjarakan sosial.
4. Memastikan murid, guru dan warga sekolah mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
5. Memastikan murid mendapat akses kepada PdP dengan sokongan dan kerjasama JPN, PPD,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan agensi-agensi yang berkaitan.

PERANAN & TANGGUNGJAWAB PENTADBIR SEKOLAH

6. Memantau PdP yang dijalankan dan memberikan sokongan yang bersesuaian kepada guru.
7. Melaporkan perkembangan pembelajaran murid kepada ibu bapa/penjaga.
8. Membuat keputusan untuk menangani isu pengoperasian sekolah berdasarkan garis panduan

yang dikeluarkan oleh KPM serta mengambil kira pandangan pihak yang berkaitan seperti
PPD dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

KESELAMATAN MURID, GURU DAN KAKITANGAN

* Pemeriksaan kesihatan
1. Melaksanakan saringan pintu masuk (gate keeping screening) kepada semua murid, guru dan kakitangan

semasa masuk ke kawasan sekolah yang meliputi:
✓ pemeriksaan suhu badan
✓ penggunaan pensanitasi tangan (hand sanitizer)
✓ pemantauan gejala seperti demam, batuk, selesema sakit tekak, dan sesak nafas
2. Sekiranya terdapat murid, guru atau kakitangan yang bergejala, mereka hendaklah diasingkan dan

diuruskan perjalanan mereka untuk balik ke rumah dengan kadar segera.
3. Ibu bapa/penjaga disaran tidak menghantar anak/anak jagaan ke sekolah sekiranya murid bergejala.
4. Sekiranya hujan, ibu bapa atau pemandu bas tidak dibenarkan menghantar murid ke dalam kawasan

sekolah.
5. Pemakaian “face shield” tidak dibenarkan.

TATACARA PERGERAKAN MURID DI DALAM KAWASAN SEKOLAH

1. Waktu Datang
- Pengambilan suhu di pintu pagar sekolah
- Masuk ke kelas.
- Kehadiran di ambil di dalam sekolah oleh guru masa pertama.
2. Kelas
- Murid perlu membersihkan meja dan kerusi sendiri dibantu oleh guru pada waktu pagi, rehat dan sebelum pulang.
3. Tandas
- Sistem penggiliran dengan kebenaran guru waktu semasa.
4. Waktu Rehat
- Murid makan di dalam kelas dalam pemantauan guru.
- Murid makan menggunakan sudu dan garfu yang dibawa sendiri.
- Digalakkan membawa bekal makanan sendiri.
- Murid perlu membawa wang secukupnya untuk pembelian makanan.
5. Waktu Pulang
Murid pulang diiringi oleh guru masa akhir dengan mengamalkan penjarakkan sosial.

➢ Yakinlah! Anak-anak selamat berada di sekolah. Kembalikan kegembiraan mereka
dengan hadir ke sekolah

➢ Mematuhi tatacara pelawat masuk ke premis semasa menghantar dan mengambil
anak / anak jagaan.

➢ Pastikan nombor telefon yang diberikan kepada guru kelas boleh & mudah
dihubungi.

➢ Menggunakan laluan yang telah di khususkan berpandukan arah serta anak panah
ke kelas sewaktu datang dan pulang. Tidak boleh melalui laluan singkat ( short cut ).

➢ Amalkan norma baru.








Click to View FlipBook Version