MODUL AKTIVITI
PERKHEMAHAN
TAHUNAN UNIT
BERUNIFORM
GLAMPING CAMP
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN
PERMAS JAYA 3
25 – 27 OGOS 2022
(KHAMIS – SABTU)
SK TAMAN PERMAS
JAYA 3
25 OGOS 2022
(KHAMIS)
01
PEMASANGAN
& MENDIRIKAN
KHEMAH
CIKGU NAIM
OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran ini murid boleh:
1.5.1 Menjelaskan cara penjagaan khemah dengan betul.
1.5.2 Menerangkan kepentingan penjagaan khemah.
1.5.3 Mendirikan khemah dengan cara yang betul.
KAEDAH/ 1. Keluarkan khemah utama daripada beg khemah
CARA 2. Pastikan semua komponen khemah mencukupi
seperti khemah utama, pancang, fibre penyambung,
fly sheet dan tali.
3. Periksa dahulu khemah utama supaya dalam keadaan
yang baik daan sempurna tiada koyak atau carik.
4. Hamparkan khemah utama diatas tapak yang elok,
rata dan tiada benda-benda tajam, yang boleh
membocorkan khemah
5. Sambungkan fibre penyambung
6. Masukkan fibre penyambung ke atas khemah utama.
Pastikan semasa memasang dilakukan oleh dua orang
murid
7. Tegakkan dan kuncikan fibre penyambung di setiap
sudut khemah utama
8. Pasangkan pancang dihujung khemah utama
9. Pasangkan fly sheet di atas khemah utama dan
pasangkan pancang dihujungnya
10.Pastikan tidak meletakkan benda yang berat di atas
bumbung khemah seperti baju, tuala, beg dan
sebagainya yang boleh merosakkan dan mematahkan
fibre penyambung khemah
ALATAN/ Biasanya komponen utama khemah terdiri daripada
BAHAN tiang, pancang, tiang bersambung, fly sheet, tali pengikat
dan khemah itu sendiri. Khemah yang banyak dipasaran
menggunakan bahan fabrik jenis nilon yang lebih ringan
dan mudah dipasang. Khemah yang cerah memantulkan
cahaya dan haba manakala khemah yang gelap akan
menyerap haba. Khemah jenis kubah (dome tent) adalah
yang paling mudah dijaga, diurus dan disimpan.
02
IKHTIAR
HIDUP
CIKGU DANIAL
• Memastikan keupayaan untuk menyediakan
OBJEKTIF makanan berprotein dan berglukosa bagi
mengekalkan tenaga sebagai ikhtiar untuk
hidup.
1. Potong ayam dalam bentuk kiub atau ketulan kecil
untuk dimasukkan kedalam buluh.
2. Tumbukkan serai , bawang putih, bawang merah
serta halia. Hiriskan bunga kantan.
KAEDAH/ 3. Masukkan air, ketulan ayam dan semua ramuan tadi
CARA dan sedikit garam kedalam buluh ( gaulkan bersama )
4. Daun ubi digunakan sebagai penutup untuk bulu.
5. Letakkan buluh-buluh yang sudah berisi ayam pada
tempat membakar.
6. Kawal api agar tidak terlalu besar sehingga ayam
benar-benar masak.
ALATAN/ 1.Buluh lemang bersaiz besar atau sederhana
BAHAN 2.Tempat membakar
3.Satu ekor ayam ( Ayam tua )
4.Daun Ubi
5.Bunga Kantan
6.Batang Serai
7.Sedikit Garam ( secukup rasa )
8. Air
• Memastikan keupayaan untuk menyediakan makanan
OBJEKTIF berprotein dan berglukosa bagi mengekalkan tenaga
sebagai ikhtiar untuk hidup.
KAEDAH/ 1. Letakkan tepung kedalam bekas plastik.
CARA 2. Kosongkan bahagian tengah tepung dan tuangkan air satu
cawan.
3. Tambahkan satu sudu besar minyak masak bagi setiap bekas
plastik.
4. Letakkan satu sudu garam dan satu sudu gula.
5. Gaulkan hingga rata.
6. Apabila sudah sebati, uli sehingga menjadi bebola doh yang
besar.
7. Setelah selesai, biarkan seketika (15 minit) sehingga doh
naik.
8. Kemudian, ambil sedikit doh tersebut dan bentukkan
menjadi bentuk rod (arahan mudah: minta murid bentukkan
menjadi seperti ular kecil). Rehatkan seketika rod tersebut
selama 3 minit. Pastikan rod yang dibuat nipis supaya cepat
masak apabila dibakar nanti.
9. Lilit rod tersebut pada batang lidi.
10.Sedia untuk dibakar. Pastikan dibalik-balikkan supaya tidak
hangus.
ALATAN/ 1. Lidi
BAHAN 2. Bekas plastik
3. Tepung gandum
4. Garam
5. Gula castor
6. Minyak masak
7. Air
8. Tempat Bakar
Memastikan keupayaan untuk menyediakan
OBJEKTIF makanan berprotein dan berglukosa bagi
mengekalkan tenaga sebagai ikhtiar untuk hidup.
1. Basuh keledek sehingga bersih.
2. Balutkan keledek dengan kertas aluminium.
3. Setelah dibalut dengan kemas, letakkan
bungkusan keledek tersebut sekitar tempat
bakar (unggun api) dan biarkan seketika (40-60
KAEDAH/ minit).
CARA 4. Periksa keledek sama ada sudah masak atau
belum setiap 20 minit dengan keluarkan
daripada tempat bakar dan cucuk keledek
menggunakan garpu.
5. Apabila isi keledek sudah lembut (sudah
masak), keluarkan bungkusan.
ALATAN/ 1. Keledek
BAHAN 2. Kertas aluminium
3. Garpu
4. Tempat bakar
MODUL MORAL
(WAKTU ZOHOR & ASAR)
CIKGU PREMA
• Menguji pengetahuan murid mengenai
OBJEKTIF • tatabahasa.
Mengukuhkan pemahaman murid tentang
contoh tatabahasa.
• Guru mengedarkan lembaran kerja teka
silang kata tatabahasa kepada murid.
KAEDAH/ • Murid diberi masa menyelesaikan teka silang
CARA • kata tersebut.
Apabila selesai, murid dan guru akan
berbincang tentang jawapan teka silang kata
tersebut.
ALATAN/ • Lembaran kerja teka silang kata tatabahasa
BAHAN
MODUL MORAL
(WAKTU MAGHRIB & ISYAK)
CIKGU NIZAM
OBJEKTIF Murid menerangkan cara menyayangi alam
sekitar demi menjamin kesejahteraan negara.
KAEDAH/ 1. Murid menonton video pendek. (banjir
CARA lumpur)
2. Murid menerangkan nilai implisit dari video
tersebut.
3. Murid menyatakan tindakan yang sepatutnya
dilakukan demi menjamin kemapanan dan
kelestarian alam sekitar.
ALATAN/ LCD projector/ lembaran kerja
BAHAN
03
PEMBAHAGIAN
KUMPULAN
(LDK 1)
CIKGU SYAFIQ
CIKGU FAHIMAH
OBJEKTIF • Membahagikan murid kepada kumpulan kecil.
• Memberi peluang kepada murid untuk
mengenali ahli kumpulan.
• Membina semangat kerjasama yang kukuh
melalui pelbagai aktiviti berkumpulan.
KAEDAH/ • Murid dibahagikan kepada kumpulan melalui
CARA
undian atau ditetapkan oleh guru (ikut
kesesuaian)
• Murid melantik ketua bagi kumpulan masing-
masing.
• Murid mencipta sorakan atau slogan (war cry)
untuk kumpulan dan mempersembahkannya.
• Murid diberi penerangan tentang tugasan
sepanjang perkhemahan berserta kad
tugasan.
• Setiap kumpulan mencabut undi untuk
persembahan malam kebudayaan.
ALATAN/ • Kad tugasan
BAHAN • Kad nombor
• Barang amanah (untuk setiap murid) –
spageti, dakwat pensel, kacang hijau
KAD TUGASAN
NAMA MURID: TANDATANGAN
NAMA GURU
1.
2.
3.
4.
5.
26 OGOS 2022
(JUMAAT)
MODUL MORAL
(WAKTU SUBUH)
CIKGU NAJWANI
OBJEKTIF 1. MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA MURID
TENTANG CARA- CARA MENGGOSOK GIGI
DENGAN BETUL.
1. MURID DITAYANGKAN VIDEO BERKAITAN CARA
PENGGUNAAN BERUS GIGI YANG BETUL.
LINK VIDEO:
https://www.youtube.com/watch?v=hfXyV-KwS7k
KAEDAH/ 2. GURU MEMBERI PENERANGAN CARA- CARA
CARA MEMBERUS GIGI DENGAN BETUL BERDASARKAN
BAHAN POSTER.
3. MURID DIBERI PENDEDAHAN BERKAITAN BAHAN-
BAHAN LAIN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK
MENJAGA KESIHATAN GIGI.
4. MURID MEMBUAT SIMULASI CARA- CARA
MENGOSOK GIGI SECARA INDIVIDU.
5. WAKIL MURID MEMBUAT RUMUSAN BERKAITAN
AKTIVITI YANG TELAH DIPELAJARI.
ALATAN/ 1. BERUS GIGI
BAHAN 2. UBAT GIGI
3. CAWAN PLASTIK
LAMPIRAN Langkah 1: Langkah 2:
Mulakan dengan permukaan luar gigi anda. Condongkan berus anda pada sudut 45°.
Ambil masa anda! Gosok gigi atas dan Berus pada garis gusi untuk menghilangkan
bawah dengan lembut. Gosok gigi satu demi plak atau serpihan makanan yang
satu boleh membantu anda terperangkap. Gerakkan berus gigi secara
perlahan dalam gerakan ke hadapan dan ke
memperlahankan dan tidak terlepas pada belakang menggunakan berusan pendek
mana-mana bahagian gigi.
yang lebar.
Langkah 3: Langkah 4:
Gosok permukaan dalaman gigi anda. Oleh Bersihkan permukaan mengunyah pada gigi
kerana bahagian dalam gigi anda tidak anda. Jangan lupa untuk menggunakan
gerakan depan ke belakang yang pendek
kelihatan, melangkau langkah ini menarik - untuk memberus bahagian atas gigi
tetapi permukaan dalaman ini sama-sama belakang anda, di mana makanan mudah
rentan terhadap plak. Gunakan sudut 45° terperangkap.
untuk memberus dalam gerakan ke hadapan
dan ke belakang untuk membersihkan
permukaan gigi.
Langkah 5:
Berus lidah anda. Untuk nafas yang lebih
segar, berus lidah anda untuk
menghilangkan bakteria penyebab bau.
04
KAWAD
KAKI
CIKGU NAJWANI
OBJEKTIF 1. Melatih ahli sentiasa berdisiplin dan patuh
kepada arahan.
2. Membina semangat berpasukan dan
bekerjasama.
3. Membentuk jati diri unggul.
4. Membina kekuatan mental dan fizikal yang
kental.
5. Meningkatkan keyakinan dan iltizam yang
tinggi dalam diri.
6. Melatih daya fokus yang tinggi.
PERGERAKAN ARAHAN TATACARA
SEDIA BARIS..BARIS SEDIA BERDIRI TEGAK DAN HUJUNG KAKI
DIBUKA LEBIH KURANG 12CM
HINGGA 15CM.
SENANG DIRI BARIS..SENANG 1.BUKAKAN KAKI KIRI KE KIRI.
DIRI
2. KEDUA-DUA TANGAN DISIMPAN DI
PARAS PUNGGUNG.
3. TANGAN KANAN SEPERTI HORMAT
PENGAKAP DAN TANGAN KIRI
MENGGENGAMNYA.
4. MELANGUTKAN MUKA KE
HADAPAN.
REHATKAN DIRI REHATKAN DIRI TANGAN DINAIKKAN DAN
DILETAKKAN DI PARAS PINGGANG.
KE KANAN LURUS KE KANAN LURUS 1.AHLI LAIN MENGANGKAT TANGAN
KANAN YANG DIGENGGAM DAN
DILETAKKAN DI BAHU RAKAN
SEBELAH KANAN SAMBIL
MEMALINGKAN MUKA KE KANAN.
2. KEMUDIAN, MENGANGKAT KAKI
BERMULA KAKI KIRI DAN
MENGHENTAKNYA DIIKUTI OLEH KAKI
KANAN.
3. SETERUSNYA LURUSKAN BARISAN
MENGIKUT AHLI YANG PALING
KANAN.
PANDANG DEPAN PANDANG..DEPAN PENGAKAP AKAN MEMALINGKAN
MUKA KE HADAPAN SAMBIL
BERGERAK KE
KANAN / MENJATUHKAN TANGAN KE SISI.
KIRI
BARIS, AKAN SEMUA PERGERAKAN DALAM KAWAD
BERGERAK KE MENGGUNAKAN ARAH BAHU KANAN
KANAN / KIRI, KECUALI BAGI PERGERAKAN KE KIRI.
KANAN
/KIRI....PUSING
PERGERAKAN ARAHAN TATACARA
BERGERAK KE “BARIS, AKAN SEMUA PERGERAKAN DALAM
BELAKANG / MENGHADAP KE KAWAD MENGGUNAKAN ARAH
HADAPAN
BELAKANG / BAHU KANAN KECUALI BAGI
BUKA BARISAN HADAPAN, PERGERAKAN KE KIRI.
KE HADAPAN /
KELUAR BARIS BELAKANG...PUSIN 1.BARISAN HADAPAN AKAN
BERJALAN BERGERAK 1 SETENGAH LANGKAH
G".
BERHENTI KE
BUKA..BARISAN..... HADAPAN.
GERAK
2. BARISAN BELAKANG AKAN
BERGERAK 1 SETENGAH LANGKAH
KE
BELAKANG.
BARIS...KELUAR.. 3. BARISAN TENGAH DUDUK DIAM.
BARIS
BARIS AKAN BERGERAK KE
DARI KIRI CEPAT KANAN, BERJALAN KELUAR 3
JALAN. LANGKAH BERMULA DARI KAKI
KIRI DAN BERSURAI.
1. ANGGOTA BERGERAK
BERMULA KAKI KIRI.
BARIS, BERHENTI. 2.TANGAN DIHAYUNKAN 45
DARJAH MELAWAN PERGERAKAN
KAKI.
1.ANGGOTA MENGHENTAK KAKI
KIRI.
2.ANGGOTA MENGHENTAK KAKI
KANAN DAN KIRI.
05
IKATAN &
SIMPULAN
CIKGU ZULFADLI
PENGENALAN Simpulan dan ikatan telah digunakan sejak
berabad-abad lamanya. Di dalam kehidupan
seharian, peserta menggunakan tali pada
sepanjang masa, tempat dan keadaan. Selain itu,
Ikatan juga digunakan untuk mengikat kayu,
buluh, tiang, dan papan untuk membuat
jambatan, tiang bendera, menara dan
sebagainya. Oleh yang demikian, Pertandingan
ikatan dan simpulan akan mendidik peserta yang
berpengetahuan, berkemahiran serta dapat
mengaplikasikan ikatan dan simpulan yang
diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.
Selain itu jugam pembelajaran tentang ikatan
tidak tertumpu kepada proses penyelamat
sahaja, tetapi pembelajaran ikatan di dalam
dunia rekreasi banyak tertumpu kepada pelbagai
bidang antaranya ialah di dalam Perkhemahan,
Jungle Tracking, Survivor camp, dam lain-lain
OBJEKTIF • Melahirkan individu yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran di dalam asas
ikatan dan simpulan
• Memupuk semangat kerjasama antara rakan
sepasukan.
BENTUK 1. Aktiviti adalah berbentuk ajar dan uji.
AKTIVITI 2. Peserta dibahagikan kepada beberapa
kumpulan kecil yang dianggotai oleh 5
hingga 6 orang murid.
3. Setiap peserta akan diajar beberapa jenis
ikatan kemudian akan diuji dalam masa yang
ditetapkan.
4. Markah adalah secara individu.
5. Soalan berbentuk kemahiran Berikir Aras
Tinggi akan disediakan. Contohnya Pegawai
memberikan satu situasi dan peserta
menunjukkan ikatan yang sesuai dengan
situasi tersebut.
TEMPOH 1. 5 minit bagi tunjuk ajar setiap jenis ikatan x 4
MASA ikatan = 20 Minit.
AKTIVITI
2. 5 minit bagi ujian individu x 4 ikatan = 20
Minit.
3. 20 minit pengurusan peserta termasuk
pergerakan peserta masuk dan keluar,
taklimat aktiviti dan pengisian borang
markah.
4. Jumlah masa aktiviti = 60 minit.
ALATAN/ • Tali sepanjang 1 meter
BAHAN • Kayu 1 kaki = 30 unit
JENIS IKATAN Terdapat tujuh ikatan asas yang biasa
ASAS digunapakai di dalam rekreasi dan proses
menyelamat, antaranya ialah :
1. Ikatan Buku sila / Reef Knot
2. IkatanBunga Geti / Common Bend
3. Ikatan Simpul Manuk / Clove Hitch
4. Simpulan tindik kasih / Bowline
PEMARKAHAN TATACARA PEMARKAHAN
1. Peserta akan dinilai dari segi ketepatan
dan kekemasan ikatan.
2. Peserta yang gagal bagi cubaan pertama
akan diajar sekali lagi dan diuji sekali
lagi. Markah cubaan kali kedua akan
menjadi berkurangan.
3. Setiap peserta diberikan peluang
sehingga tiga kali percubaan.
4. Setiap satu cubaan akan diselang
dengan tunjuk ajar dari pegawai.
5. Matlamat utama aktiviti ini ialah semua
kadet dapat menguasai ikatan asas.
MODUL MORAL
(SOLAT JUMAAT)
CIKGU SRI GAURI
OBJEKTIF 1. Memupuk nilai patriotisme di kalangan
murid-murid.
2. Memberi peluang kepada murid untuk
meneroka bidang kraf tangan
KAEDAH/ 1. Guru menyediakan barang-barang keperluan
CARA seni untuk aktiviti ini.
2. Guru menunjukkan satu contoh bunga raya
yang telah di hasilkan.
3. Guru bersoal jawab dengan murid
4. Guru mendemontrasikan cara membuat
bunga raya kertas.
5. Murid menghasilkan bunga raya kertas
dengan kreatif.
ALATAN/ • Kertas warna
BAHAN • Gunting
• Gam
• Pita perekat
• Stapler
06
PERSIAPAN
MALAM
KEBUDAYAAN
CIKGU SUHAIMI
OBJEKTIF Mendidik peserta memahami dan bangga dengan kebudayaan sendiri
Syarat-syarat Persembahan.
KAEDAH/ - Setiap persembahan diberi peruntukan masa selama 10 minit
CARA (Persiapan, persembahan dan penutup).
- Persembahan mestilah dilaksanakan dengan idea dan penglibatan
semua ahli kumpulan.
- Setiap persembahan mestilah tidak menyentuh atau merendahkan sensitiviti
perkauman, agama dan Negara.
- Elemen Wow Factor didalam persembahan akan menjadi nilai tambah
kepada setiap persembahan.
- Setiap persembahan akan dinilai dari 3 aspek Idea, Kerjasama &
Kreativiti.
1. Persembahan Lakonan/ Sketsa.
- Tema lakonan/ sketsa adalah bebas.
- Setiap ahli kumpulan perlu berlakon mengikut jalan cerita yang
telah dipersetujui oleh semua ahli kumpulan.
- Peserta perlu merangka jalan cerita serta menerapkan nilai murni
didalam lakonan.
- Peserta diingatkan untuk tidak menggunakan bahasa kesat yang
melanggar etika serta sahsiah Karakter Murid Johor (KrMJ).
2. Persembahan Tarian Trasidional.
- Tarian bertemakan Tradisional.
- Setiap ahli kumpulan perlu menari mengikut rentak lagu Irama
Tradisional.
- Keseragaman gerak tari mestilah bertepatan dengan lagu yang
dipilih.
- Penggunaan kostum dan aksesori tidak diwajibkan.
ALATAN/ 3. Persembahan Nyanyian.
BAHAN - Tema nyanyian adalah bebas.
- Peserta perlu memilih lagu yang bersesuaian dengan peruntukan
masa.
- Lirik lagu dan penggunakan bahasa mestilah tidak melanggar
etika
serta sahsiah Karakter Murid Johor (KrMJ).
- Penyampaian vocal dan suara setiap ahli kumpulan menyumbang
kepada pemarkahan persembahan.
4. Persembahan Tarian Moden.
- Pemilihan lagu tarian adalah bebas.
- Gerak tari mestilah seragam sering dengan rentak lagu.
- Setiap ahli kumpulan mestilah turut serta dalam persembahan ini.
- Gerak kreatif akan menyumbang kepada pemarkahan
OBJEKTIF Mendidik peserta memahami dan bangga dengan kebudayaan sendiri
KAEDAH/ 5. Persembahan Koir.
CARA - Pemilihan lagu mestilah bersesuaian dengan konsep koir.
- Seorang konduktor koir perlu dilantik untuk mengetuai
ALATAN/
BAHAN persembahan.
- Gabungan ahli kumpulan perlu menghasilkan nyanyian yang
harmoni.
- Kreativiti didalam persembahan akan menyumbang kepada
pemarkahan persembahan.
6. Persembahan Aerodance.
- Persembahan Aerodance merupakan persembahan aerobik
berirama berterusan.
- Pemilihan lagu persembahan ini adalah bebas dan bersesuain
dengan tema dan gerak persembahan.
- Peserta perlu melakukan pergerakan pantas mengikut tatacara
senamrobik mengikut tempo lagu.
- Setiap ahli kumpulan perlu memainkan peranan.
- Keseragaman persembahan akan menyumbang kepada
pemarkahan
persembahan.
7. Persembahan Pentomin.
- Persembahan pentomin merupakan persembahan gabungan
elemen
seperti puisi, syair, sajak dan pantun.
- Persembahan ini berbentuk lakonan dengan menerapkan nilai
murni serta elemen diatas.
- Pembahagian watak perlu dilakukan.
- Sebilangan peserta akan melakonkan babak tertentu dan
sebahagian
lagi akan mendeklamasikan elemen diatas.
- Kreativiti persembahan akan menyumbang kepada
pemarkahan
persembahan.
8. Persembahan Dikir Barat.
- Persembahan dikir barat merupakan persembahan rakyat
pantai timur.
- Persembahan ini melibatkan kerjasama dan keseragaman
setiap ahli
kumpulan.
- Persembahan akan diketuai oleh Tukang karut dan Tok Juara.
- Tukang Karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian
sambil
berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai
suara
latar dengan tepuk seragam dan suara yang kuat dan lantang.
- Pemilihan jalan cerita dan tema adalah bebas.
- Penggunaan bahasa mestilah tidak melanggar etika
serta sahsiah Karakter Murid Johor (KrMJ).
OBJEKTIF Mendidik peserta memahami dan bangga dengan kebudayaan sendiri
KAEDAH/ 9. Persembahan Stomp (Alat muzik).
CARA - Pemilihan tema dan lagu adalah bebas.
- Peserta perlu menghasilkan sebuah persembahan muzik
ALATAN/
BAHAN menggunakan bahan-bahan sedia ada atau bahan kitar semula yang
diolah menjadi alat muzik.
- Persembahan nyanyian mestilah menggunakan alat muzik
yang
dicipta sendiri oleh peserta.
- Alat muzik dan bunyi yang dihasilkan merupakan muzik iringan
kepada persembahan nyanyian.
- Kreativiti persembahan akan menyumbang kepada
pemarkahan
persembahan.
10. Persembahan Haka (Kumpulan Sorak Ragbi).
- Pemilihan tema adalah bebas.
- Setiap peserta didalam kumpulan perlu turut serta.
- Peserta perlu menghasilkan sebuah persembahan sorak
dengan
gerak kreatif berformasi.
- Lontaran vokal yang kuat dan jelas akan menyumbang kepada
pemarkahan persembahan.
MODUL MORAL
(SOLAT ASAR)
CIKGU PREMA
• Menguji pengetahuan murid mengenai
tatabahasa.
OBJEKTIF • Mengukuhkan pemahaman murid tentang
contoh tatabahasa.
• Guru mengedarkan lembaran kerja teka silang
kata tatabahasa kepada murid.
KAEDAH/ • Murid diberi masa menyelesaikan teka silang
CARA • kata tersebut.
Apabila selesai, murid dan guru akan
berbincang tentang jawapan teka silang kata
tersebut.
ALATAN/ • Lembaran kerja teka silang kata tatabahasa
BAHAN