The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tarikh: 23 April 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pg
Tempat : Kediaman masing-masing (Secara Googlemeet)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-79213164, 2022-04-20 19:38:06

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-28 SK BAYAN BARU SESI 2022/2023

Tarikh: 23 April 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pg
Tempat : Kediaman masing-masing (Secara Googlemeet)

26

2

33

CARTA ORGANISASI
AJK PIBG 2021/2022

44

6. Mohd Firdaus bin Ibrahim
h

5

JAWATANKUASA
KERJA PIBG

1. Nur Inani Bt Ibnu Hajar

9. Puan Normala Bt Mohd Yunus
10. Puan Rabikha Hasni Bt Suparman

10. Pn. Aliza Bt Che Ros

2. Norian Bt Mohhhd@Basiron

1. Nur Adawiyah Bt Muhamad Ajos

66

JAWATANKUASA
KERJA PIBG

1. Nur Hattikah Bt Azmi

1. Muhammad Hafiz bin Harun

77

Everyone Is An Achiever

MINIT
MESYUARAT

PIBG
KALI KE-27
SESI 2021/2022

88

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27
SEKOLAH KEBANGSAAN BAYAN BARU
SESI 2021/2022

Tarikh : 11 September 2021
Hari :
Masa : Sabtu
Tempat :
Platform : 9.00 pagi
Kehadiran :
Kediaman masing-masing

Google Meet/Facebook

Ibu bapa : 81

Guru : 74

Jumlah : 155

Agenda :

1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG Encik Abdul Haddy Khan Bin Rahim Khan

1.1 Encik Abdul Haddy Khan Bin Rahim Khan mengalu-alukan kehadiran Tuan
Haji Roland @ Rozaidi bin Abu Hassan (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Barat Daya), Puan Nazzatul Ashima binti Abdul Rahman (Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Bayan Baru), Encik Mohd Safwan Rao bin Abdullah (Naib Yang
Dipertua PIBG SK Bayan Baru), barisan Penolong Kanan, AJK PIBG, para
guru, ibu bapa dan waris murid Sekolah Kebangsaan Bayan Baru kerana dapat
meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat Agung pada kali ini.

1.2 Beliau melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya,
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 dapat diadakan secara atas talian dengan
jayanya.

1.3 Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak pentadbir dan AJK PIBG yang telah
bertungkus lumus untuk menjayakan dan memastikan kelancaran Mesyuarat
Agung yang dijalankan secara maya kerana kekangan virus Covid-19.

1.4 Beliau menyarankan agar warga sekolah, ibu bapa dan waris bersama-sama
berganding bahu untuk mengekang penularan Covid-19 dan menangani
sebarang masalah secara berhemah.

1.5 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada warga sekolah, ibu bapa dan
waris yang telah banyak menyumbangkan jasa, wang ringgit, idea dan tenaga
untuk menjayakan program-program yang dianjurkan oleh PIBG dan pihak
sekolah.

99

1.6 Beliau juga menyatakan bahawa bukan mudah untuk para guru dan anak-anak
murid menjalankan PdPR secara atas talian dengan berkesan. Namun, beliau
percaya semuanya boleh diatasi jika ibu bapa dan waris bergerak bersama-sama
dalam menjayakan program yang dijalankan oleh pihak sekolah seperti
Program PEVIA “Everyone Is An Achiever” yang mana tujuan utamanya untuk
peningkatan prestasi akademik anak-anak murid khususnya dan kemenjadian
murid secara holistik amnya di SKBB.

1.7 Beliau mengumpamakan hubungan PIBG dan pihak sekolah ‘bagai aur dengan
tebing’ yang sentiasa erat dan saling tolong-menolong antara satu sama lain
untuk membuahkan kejayaan yang membawa manfaat bersama.

1.8 Beliau seterusnya menyeru ibu bapa dan waris yang hadir supaya sentiasa
menyokong dan memberikan komitmen kepada pihak sekolah tanpa berbelah
bahagi bagi menjayakan program-program yang dijalankan untuk
meningkatkan prestasi anak-anak dalam bidang kurikulum, kokurikulum
mahupun sahsiah.

1.9 Beliau sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan AJK PIBG
2020/2021 atas kerjasama dan komitmen yang diberikan kepada beliau semasa
menerajui PIBG. Beliau berdoa agar pengorbanan yang dibuat oleh pihak
sekolah, ibu bapa serta waris dapat membuahkan kejayaan kepada anak-anak
murid di SKBB.

2.0 Ucapan Guru Besar Puan Nazzatul Ashima Binti Abdul Rahman

2.1 Puan Nazzatul Ashima binti Abdul Rahman mengalu-alukan kehadiran Tuan
Haji Roland @ Rozaidi bin Abu Hassan (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Barat Daya), Encik Abdul Haddy Khan Bin Rahim Khan (Yang Dipertua PIBG
SK Bayan Baru), Encik Mohd Safwan Rao bin Abdullah (Naib Yang Dipertua
PIBG SK Bayan Baru), barisan Penolong Kanan, AJK PIBG sesi 2020/2021,
guru-guru, ibu bapa serta waris yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SK
Bayan Baru kali ke-27.

2.2 Puan Guru Besar menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pihak YDP PIBG dan AJK PIBG yang sentiasa komited dan gigih
memberikan sokongan bagi menjayakan program-program yang telah
dianjurkan oleh pihak sekolah. Majlis seumpama ini perlu kerap diadakan bagi
merapatkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan waris
serta komuniti luar.

2.3 Beliau juga mengucapkan kesyukuran kerana akhirnya dapat menjayakan
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-27 secara maya setelah beberapa kali
ditangguhkan kerana Pandemik Covid-19.

110

2.4 Puan Guru Besar juga menegaskan bahawa, komitmen antara ibu bapa dan
waris dengan pihak sekolah amat penting demi kejayaan anak-anak murid di
SKBB. Asas hubungan yang kukuh antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan
waris amat membantu dalam melonjakkan lagi prestasi murid-murid.

2.5 Tegas beliau lagi, PdPR yang dijalankan secara maya berjaya dijalankan oleh
para guru dengan bijaksana. Para guru berusaha menggunakan kepelbagaian
kaedah serta teknik untuk menarik minat murid-murid menyertai PdPR secara
‘Google Meet’. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas komitmen yang
diberikan oleh ibu bapa dan waris yang banyak membantu anak-anak untuk
mengikuti PdPR. Usaha bersama ini menjadikan Sekolah Kebangsaan Bayan
Baru sifar keciciran dan seratus peratus penyertaan PdPR dalam kalangan anak-
anak murid.

2.6 Beliau memaklumkan bahawa pada tahun ini Menteri Kanan Pendidikan iaitu
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin mengumumkan pemansuhan UPSR di
peringkat sekolah rendah. Oleh itu, pihak sekolah telah melakukan pelbagai
usaha untuk memperkasakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) melalui PEVIA
yang merupakan watak baharu Sekolah Kebangsaan Bayan Baru. Beliau sekali
lagi mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan PIBG yang telah banyak
membantu pihak sekolah dalam memastikan kejayaan anak-anak murid dalam
pelajaran.

3.0 Ucapan Perasmian Ketua PPD Barat Daya Tuan Haji Roland @ Rozaidi bin Abu
Hassan

3.1 Ucapan alu-aluan Ketua PPD Barat Daya Tuan Haji Roland @ Rozaidi bin Abu
Hassan kepada Puan Nazzatul Ashima binti Abdul Rahman (Guru Besar SK
Bayan Baru), Encik Abdul Haddy Khan Bin Rahim Khan (Yang Dipertua PIBG
SK Bayan Baru), barisan Penolong Kanan, guru-guru, ibu bapa serta waris yang
hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Bayan Baru kali ke-27.

3.2 Beliau merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada SK Bayan
Baru kerana sudi menjemput beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG SK Bayan Baru.

3.3 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas sokongan padu yang telah diberikan
oleh PIBG dan warga SK Bayan Baru untuk membangunkan pendidikan di
Daerah Barat Daya.

3.4 Ujar beliau lagi, selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Anjakan yang ke-9 adalah sangat penting peranan ibu bapa, komuniti setempat
serta pihak swasta bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia

111

untuk mencapai matlamat sekolah berkualiti dan kemenjadian murid. Beliau
berharap agar usaha baik ini akan dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.

3.5 Dengan lafaz Bismillah, beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bayan Baru kali ke-27.

4.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG yang Lalu

4.1 Cik Razlinda Binti Azalli @ Ghazali selaku Setiausaha PIBG sesi 2020/2021
membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-26 bagi sesi
2020/2021 (rujuk buku program m/s 9-18). Puan Siti Maimunah bt Haji Nordin
mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-26
disahkan dan disokong oleh Encik Ahmad bin Saiboo.

5.0 Pembentangan Penyata Kewangan

5.1 Puan Nor Najihah binti Abdullah selaku Naib Bendahari PIBG
membentangkan Laporan Penyata Kewangan bermula Januari 2020 sehingga
31 Ogos 2021 (rujuk buku program m/s 20). Puan Nor Azlina binti Haji Mhd
Noor mencadangkan laporan kewangan ini disahkan dan disokong oleh Encik
Muhamad Amiruddin bin Abdul Hamid.

6.0 Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan 2020/2021

6.1 Cik Razlinda Binti Azalli @ Ghazali membentangkan laporan aktiviti
sepanjang tahun 2020/2021 (rujuk buku program m/s 22). Puan Aisha Bee bt
Abd Muthalib mencadangkan agar laporan aktiviti sepanjang tahun 2020/2021
disahkan dan disokong oleh Encik Saiful Azly bin Zainul Abidin.

7.0 Membahaskan Pandangan dan Cadangan Secara Bertulis

BIL NAMA NAMA ANAK & PERTANYAAN
PENCADANG KELAS

1 MOHD MUHAMMAD BAGAIMANAKAH PIHAK SEKOLAH

FAKHIRIE NOR AMSYAR B. MOHD MENGANJURKAN UJIAN PENILAIAN SECARA

B. ABU BAKAR FAKHIRIE NOR ONLINE DALAM TEMPOH PDPR UNTUK

1 AZALEA MENGUKUR TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR DI

RUMAH.

JAWAPAN : PIHAK SEKOLAH MENJALANKAN
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) MELALUI

112

AKTIVITI PEMBELAJARAN SEPERTI : PROJEK
MUDAH (PBL), BERCERITA, KUIZ PERMAINAN,
MAIN PERANAN DAN AKTIVITI LAIN YANG
BERSESUAIAN.

2 FIRDAUS BIN MUHAMMAD PEMBUKAAN SEKOLAH

AZALI FAHRIN DARWISY JAWAPAN: SEKOLAH DIBUKA MENGIKUT
ARAHAN KPM
6 SAKURA

3 NOR AZLINA AIDID MIKHAEL BIN KEDAI BUKU SEKOLAH DI BUKA SEMINGGU

BINTI MHD AZHAR SEKALI ATAU 2 KALI.

NOOR 5 MELATI

JAWAPAN : PENGOPERASIAN KEDAI BUKU

SEKOLAH BUAT MASA INI DITANGGUHKAN

BERDASARKAN ARAHAN KPM.

4 MASTURA MUHAMMAD FARISH SAYA MENGUSULKAN AGAR PDPR DIJADIKAN
ABDULLAH DANIAL SEBAGAI SATU PILIHAN JIKA PERSEKOLAHAN
PPKI - BAKAWALI DIBUKA SEMULA. JADI KITA BOLEH
5 MOHAMED MENGURANGKAN KEJADIRAN MURID DISEKOLAH
GANI DAN IBUBAPA BOLEH TERUS MEMBUAT PILIHAN
UTK ANAK-ANAK..

JAWAPAN : PIHAK SEKOLAH TERIKAT DENGAN
ARAHAN KPM.

MUHAMMAD SAYA NAK CADANG PASAI ONLINE CLASS YANG
AFRAAZ BASHEER RAMAI MURID TAK HADIR ...MEREKA HANYA
PPKI -GANDASULI MELIHAT GURU ATAU SUBJEK YANG MEREKA
SUKA UNTUK JOIN ONLINE CLASS.

JAWAPAN : SEHINGGA KINI TIADA KECICIRAN
MURID DALAM PDPR.

6 ALIZA BT CHE AHMAD AQIL MOHON CIKGU-CIKGU SUBJEK LETAKKAN TANDA
ROS MUZZAFFAR BIN SAMADA ANAK-ANAK SUDAH HANTAR KERJA
SEK PADA SETIAP HARI JUMAAT DI WHATAPPS
MOHD SYAHROL GROUP.
ANUAR
JAWAPAN :GURU-GURU SUBJEK ADA
4 AZALEA MELETAKKAN ARAHAN DAN TUGASAN DI
GROUP WHATSAPP KELAS DAN GC.

7 ISLIZAWATI MUHAMMAD AQIL BAGI REWARDS ATAU SIJIL PENGHARGAAN(TOP
BINTI YUSOP FAYYADH BIN
MOHAMAD 5/10) UNTUK MURID YANG MENYIAPKAN PBL
FAIDZHAL
5 MELATI TERBAIK/JOIN KELAS GOOGLE MEET/SIAPKAN

JUGA HOMEWORK WALAUPUN

TIDAKBERKESEMPATAN JOIN GOOGLE MEET

SUPAYA MEREKA BERSAING SECARA SIHAT DAN

LEBIH BERSEMANGAT UNTUK BELAJAR.

JAWAPAN: UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
TELAH MENGUMPULKAN MAKLUMAT DAN

113

REWARD AKAN DIBERIKAN. MAKLUMAT AKAN
DISAMPAIKAN DARI MASA KE SEMASA.

8 THADDEUS MUHAMMAD MENGENAKAN DENDA RM1 (UNTUK SEBUAH
BUKU)KEPADA MURID YANG TIDAK MEMBALUT
BIN OSANGKIL DANNY RYAN BUKU TEKS KERANA SEBAHAGIAN BESAR
DARIPADA MURID SEKOLAH INI.TIDAK
TIDAK HADIR 5 LANTANA MENGHARGAI BUKU TEKS YANG DIBERIKAN.

JAWAPAN : PIHAK SEKOLAH TIDAK BOLEH
MENGENAKAN DENDA BERBENTUK WANG
TUNAI. BUKU TEKS YANG ROSAK ATAU HILANG
PERLU DIGANTI DENGAN BUKU TEKS OLEH
PELAJAR.

9 NUR HIDAYA MUHAMMAD ZIKRY LEBIH BANYAKKAN LATIH TUBI SECARA

ABDUL AZIZ ZUHAIRY B. BERTULIS DARI GURU-GURU.

TAK HADIR MUHAMMAD SAEL

SANUDIN JAWAPAN : GURU-GURU MENGGUNAKAN

PPKI-EXORA PELBAGAI KAEDAH DAN TEKNIK YANG

BERSESUAIAN DENGAN SITUASI PDPR YANG

SANGAT MENCABAR.

8.0 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2020/2021

8.1 YDP PIBG Encik Abdul Haddy Khan membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG
sesi 2020/2021 bagi memberi laluan untuk pelantikan Ahli Jawatankuasa
baharu bagi sesi 2021/2022.

9.0 Pelantikan AJK PIBG Sesi 2021/2022

9.1 Pelantikan AJK PIBG sesi 2021/2022 adalah seperti berikut:

Penasihat : Puan Nazzatul Ashima binti Abdul Rahman

YDP PIBG : Encik Mohd Safwan Rao bin Abdullah

NYDP PIBG : Puan Nor Azlina bintit Haji Mhd Noor

Setiausaha : Cik Razlinda Binti Azalli @ Ghazali

Bendahari : Puan Nor Najihah binti Abdullah

AJK Waris : 1. Encik Mohd Zairizal bin Zakaria
2. Puan Normala binti Mohd Yunus

141

3. Encik Suhailfazri bin Suhaimi
4. Puan Rabikha binti Suparman
5. Puan Aliza binti Che Ros

AJK Guru : 1. Encik Muhammad Syabil bin Shamsudin
2. Encik Ahmad Hazmyr bin Ahmad
Termizi
3. Puan Norian binti Mohammad @ Basiron
4. Puan Majlini binti Fuman
5. Puan Lau Sing Leng

Juru Audit Dalaman Waris : Encik Muhamad Amiruddin bin Abdul
Hamid

Juru Audit Dalaman Guru : Puan Noor Asikin binti Ideris

10.0 Ucapan Penggulungan

10.1 Encik Mohd Safwan Rao bin Abdullah YDP PIBG sesi 2021/2022
mengucapkan terima kasih kepada mantan YDP PIBG, Encik Abdul Haddy
Khan kerana berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang. Beliau
mengucapkan tahniah kepada Puan Guru Besar dan ajk yang telah
bertungkus lumus menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-
27 dengan jayanya. Beliau juga turut mengucapkan tahniah atas lantikan
AJK PIBG sesi 2021/2022 dan menyeru supaya AJK PIBG baharu dapat
memberikan kerjasama dan komitmen untuk menjayakan program-program
yang akan dijalankan oleh pihak sekolah pada masa akan datang.

10.2 Puan Guru Besar turut mengucapkan terima kasih kepada mantan YDP PIBG
Encik Abdul Haddy Khan yang telah banyak berjasa dan berbakti kepada
SKBB. Beliau juga mengucapkan tahniah atas lantikan AJK PIBG sesi
2021/2022.

10.3 Guru Besar memaklumkan bahawa SKBB merupakan Sekolah TS25
Kohort ke-5. Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan kepada pihak

151

sekolah, para guru, murid-murid dan para waris atas komitmen yang telah
diberikan selama ini dalam menjayakan Visi dan Misi Kementerian
Pendidikan Malaysia .

10.4 Puan Guru Besar memohon sokongan sebulat suara daripada pihak waris

untuk bersetuju memberikan sumbangan kewangan bagi menjayakan
program-program yang akan diadakan oleh pihak sekolah. Persetujuan ini
akan diminitkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sesi 2021/2022.

10.5 Program-program yang Dirancang Pada Tahun 2022

KUTIPAN DANA TARIKH SASARAN
BIL AKTIVITI JAN 2022 IBU BAPA/WARIS/KOMUNITI
FEB 2022 IBU BAPA/WARIS/KOMUNITI
1. PROGRAM BACATHON APRIL/MEI IBU BAPA/WARIS/KOMUNITI
2. PROGRAM DI KASIH SEPANJANG IBU BAPA/WARIS/KOMUNITI
3. PROGRAM KONGSI REZEKI TAHUN
4. PROGRAM PRASARANA KECEMASAN

KURIKULUM

BIL AKTIVITI TARIKH SUMBANGAN

1. MODUL TRANSISI TAHUN 1 DISEMBER / IBU BAPA/WARIS TAHUN 1
JANUARI
2. PROGRAM TAHUN 6 JULAI/NOV IBU BAPA/WARIS TAHUN 6
3. HIP DISEMBER / IBU BAPA/WARIS
JANUARI

4. ANUGERAH IKON KEMENJADIAN MURID NOVEMBER PIBG

HEM

BIL AKTIVITI TARIKH SASARAN
PIBG
1. SAMBUTAN HARI LAHIR SEPANJANG
2. HARI KANAK-KANAK TAHUN PIBG
OKTOBER PIBG
PIBG
3. ANUGERAH IKON KEHADIRAN NOVEMBER

4. PERSEKITARAN PEMBELAJARAN BILIK
MUZIK

116

KOKURIKULUM TARIKH SUMBANGAN
BIL AKTIVITI
APRIL PIBG
1. HARI SUKAN SEKOLAH OKTOBER PIBG
2. MERENTAS DESA SEKOLAH OGOS/ PIBG
3. SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SEPTEMBER
NOVEMBER PIBG
4. ANUGERAH IKON KOKURIKULUM

10.6 Encik Ahmad bin Saiboo mencadangkan agar sumbangan PIBG pada
sesi 2021/2022 dinaikkan sebanyak RM 10 iaitu dari RM 40 kepada
RM 50 bagi satu keluarga. Puan Guru Besar memohon sokongan dan
persetujuan daripada pihak waris atas cadangan dan penetapan jumlah
tersebut. Cadangan Encik Ahmad bin Saiboo disokong oleh Pn.
Norasikin. Ahli Mesyuarat PIBG telah sebulat suara bersetuju dengan
penetapan sumbangan PIBG bagi sesi 2021/2022 adalah sebanyak
RM50 bagi satu keluarga. Beliau amat mengalu-alukan jika ada pihak
waris yang ingin memberi sumbangan lebih kepada PIBG.

10.7 Puan Guru Besar turut menyatakan bahawa ganjaran akan diberikan kepada
waris yang membayar sumbangan dana lebih awal kepada pihak sekolah
dan perkara ini akan dibincangkan di dalam mesyuarat AJK PIBG bil 1.

10.8 Puan Guru Besar juga mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan
pihak waris dalam memberi sumbangan bencana kepada pihak sekolah
untuk disalurkan kepada waris murid yang tidak berkemampuan. Selain itu
sumbangan sanitizer, pelitup muka dan sabun pencuci tangan yang
dihulurkan oleh para waris dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kegunaan
murid-murid di sekolah. SKBB juga telah mendapat sumbangan singki
daripada pihak PPD untuk kemudahan murid-murid mencuci tangan.
Sumbangan dana khas akan digunakan untuk membaiki sebarang kerosakan
kecil di sekolah.

117

10.9 Puan Guru Besar juga turut menjelaskan bahawa pentaksiran peperiksaan
secara keseluruhan, berkala dan berjadual tidak lagi dijalankan dan
digantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Guru menjalankan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berdasarkan topik mengikut kesesuaian
murid secara berteursan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Maka
Penentuan pada Hari Kemenjadian Murid nanti bagi Tahap 1, purata
keseluruhan PBD akan dicampur dengan markah kehadiran murid dalam
PdPR.Manakala bagi Tahap 2 pula purata keseluruhan PBD akan dicampur
dengan markah kehadiran PdPR dan markah PAJSK . Guru Besar
memohon para waris memberi galakan kepada anak-anak dalam
penyertaan PAJSK kerana markah PAJSK memberi sumbangan sebanyak
10%. Informasi secara rasmi akan dimaklumkan kepada waris.

10.10 Puan Norafiza Rosli memohon Guru Besar, Puan Nazzatul Ashima binti
Abdul Rahman untuk memperkenalkan diri dengan menceritakan serba
sedikit latar belakang beliau untuk lebih dikenali para waris. Guru Besar
berpengalaman menjadi Pentadbir sekolah bermula sebagai Penolong
Kanan Kokurikulum pada tahun 2013. Seterusnya, pada tahun 2017 beliau
mula menjawat jawatan sebagai Guru Besar di SK St. George Balik Pulau,
SK Bayan Lepas dan SK Bayan Baru pada tahun 2020 sehingga kini dengan
mewujudkan program ‘Everyone Is An Achiever’ ( PEVIA).

10.11 Encik Mohd Safwan Rao bin Abdullah memohon mantan YDP PIBG Encik
Abdul Hady Khan untuk memberikan amanat terakhir. Encik Abdul Hady
Khan mengucapkan terima kasih kepada semua warga sekolah dan para
waris sepanjang menjalankan tugas yang diamanahkan. Beliau turut
mengucapkan tahniah atas pelantikan YDP dan AJK baharu PIBG sesi
2021/2022.

181

11.0 Ucapan Penangguhan

11.1 Encik Mohd Safwan Rao bin Abdullah selaku YDP PIBG seisi 2021/2022
menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-27 pada pukul
11.10 pagi.

Disediakan oleh: Disahkan Oleh:

………………………………….. …………………………………………….

(Razlinda Binti Azalli @ Ghazali) (Encik Mohd Safwan Rao bin Abdullah)
Setiausaha PIBG Sesi 2021/2022 Yang Dipertua PIBG Sesi 2021/2022
SK Bayan Baru SK Bayan Baru

191

PENYATA KEWANGAN PIBG
SEPTEMBER 2021 SEHINGGA

MAC 2022

PENYATA KEWANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG )
SEKOLAH KEBANGSAAN BAYAN BARU SESI 2021/2022
SEPTEMBER 2021 SEHINGGA MAC 2022

TARIKH PERKARA AKAUN TUNAI AKAUN BANK

DEBIT ( RM) KREDIT (RM) DEBIT (RM) KREDIT (RM)

SEPT 1 Baki b/b 276.20 17207.51

13 Walkie Talkie 1000.00

13 Pembelian cenderahati untuk AJK PIBG 600.00

24 Sumbangan pembelian meja bilik muzik 1000.00

DIS 9 Bayaran bulanan penapis air COWAY (JULAI- NOV) 660.00

9 Cukai proses cek 0.50

JAN 20 Sumbangan sempena Hari Kemenjadian Murid 2021 1130.00

FEB 25 Bayaran bulanan penapis air ( DISEMBER-MAC) 528

25 Cukai proses cek coway 0.50

MAC 31 BAKI h/b 276.20 12,288.51

276.20 276.20 17207.51 17207.51

APR 1 b/b 276.20 12,288.51

290

JAWATANUASA PIBG SK BAYAN BARU SESI 2021/2022

YANG DIPERTUA : ENCIK MOHD SAFWAN RAO BIN ABDULLAH
NAIB YANG DIPERTUA : PUAN NOR AZLINA BIN MHD NOOR
SETIAUSAHA : CIK RAZLINDA BINTI AZALLI @ GHAZALI
BENDAHARI : PUAN NOR NAJIHAH BINTI ABDULLAH

AJK WARIS :1. ENCIK MOHD ZAIRIZAL BIN ZAKARIA
2. ENCIK SUHEILFAZRI BIN SUHAIMI
3. PUAN NORMALA BINTI MOHD YUNUS
4. PUAN RABIKHA HASNI BINTI SUPARMAN
5 . PUAN ALIZA BINTI CHE ROS

AJK GURU :1. ENCIK MUHAMMAD SYABIL BIN SHAMSUDIN
2. ENCIK AHMAD HAZMYR BIN AHMAD TERMIZI
JURU AUDIT WARIS 3. PUAN NORIAN BINTI MOHAMMAD @BASIRON
JURU AUDIT GURU 4. PUAN MAJLINI BINTI FUMAN
5. PUAN LAU SING LENG

: PUAN NOOR ASIKIN BINTI IDERIS

: ENCIK MUHAMMAD AMIRUDIN BIN ABD HAMID

Penasihat PIBG
Guru Besar adalah anggota ex-officio persatuan dan bertindak sebagai penasihat kepada
Jawatankuasa PIBG seperti termaktub di dalam Perlembagaan Akta Pendidikan 1996(Akta 550)

Peraturan-Peraturan Pendidikan 1998 dan dijemput hadir semasa mesyuarat AJK.

211

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
& SUMBANGAN PIBG

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN / PROGRAM SEKOLAH
DAN SUMBANGAN SESI 2021 / 2022

KUTIPAN DANA

Bil Aktiviti Tarikh Sasaran Catatan

1 PROGRAM JAN 2022 IBU TIDAK
BACATHON BAPA/WARIS/KOMUNITI DIJALANKAN
FEB 2022
2. PROGRAM DI IBU BAPA WARIS / TIDAK
KASIH APRIL/MEI KOMUNITI DIJALANKAN

3. PROGRAM IBU BAPA WARIS / TIDAK
KONGSI KOMUNITI DIJALANKAN
REZEKI
SEPANJANG PIBG/PIBK TIDAK
4. PROGRAM TAHUN DIJALANKAN
PRASARANA
KECEMASAN

KURIKULUM Tarikh Sumbangan Cacatan

Bil Aktiviti DISEMBER/ IBU DIJALANKAN
JANUARI BAPA/WARIS
1 MODUL TRANSISI PROGRAM
TAHUN 1 JULAI- TAHUN 1 MOTIVASI
NOV IBU BAPA MELANGKAH
2. PROGRAM WARIS TAHUN 6 KE ALAM
TAHUN 6 DISEMBER/ REMAJA
JANUARI IBU BAPA
3. HIP WARIS TIDAK
NOVEMBER PIBG DIJALANKAN
4. ANUGERAH IKON DIJALANKAN
KEMENJADIAN SECARA ONLIE
MURID
BULAN
DISEMBER

221

HEM Tarikh Sumbangan Cacatan

Bil Aktiviti SEPANJANG PIBG TIDAK
TAHUN PIBG DIJALANKAN
1 SAMBUTAN HARI TOKOH KANAK-
LAHIR OKTOBER PIBG
PIBG KANAK
2. HARI KANAK- NOVEMBER DIJALANKAN
KANAK SECARA ONLINE
BULAN DISEMBER
3. ANUGERAH IKON
KEHADIRAN TIDAK
DIJALANKAN
4. PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN TELAH
BILIK MUZIK DILAKSANAKAN

5. SOP SEKOLAH SEPANJANG PIBG DIJALANKAN
TAHUN

KOKURIKULUM Tarikh Sumbangan Cacatan
TIDAK
Bil Aktiviti APRIL PIBG DIJALANKAN
TIDAK
1 HARI SUKAN OKTOBER PIBG DIJALANKAN
SEKOLAH TIDAK
OGOS/ PIBG DIJALANKAN
2. MERENTAS DESA SEPTEMBE PIBG
SEKOLAH DIJALANKAN
R SECARA ONLINE
3. SAMBUTAN NOVEMBER BULAN DISEMBER
BULAN
KEMERDEKAAN

4. ANUGERAH IKON
KOKURIKULUM

MESYUARAT AJK PIBG SESI 2021/2022

Bil Aktiviti Tarikh Sasaran Cacatan
1. MESYUARAT AJK 22 JANUARI AJK PIBG DIJALANKAN
BERSAMA
PIBG BIL 1 2022 PENASIHAT DAN SECARA
BARISAN GOOGLE MEET
2. MESYUARAT AJK 30 MAC 2022 PENTADBIR
PIBG BIL 2 AJK PIBG DIJALANKAN
BERSAMA SECARA
PENASIHAT DAN
BARISAN GOOGLE MEET
PENTADBIR

Disediakan oleh:

………………………………….. 23
(RAZLINDA BINTI AZALLI @ GHAZALI
Setiausaha PIBG SK Bayan Baru sesi 2021/2022

Everyone Is An Achiever

G

24

YANG DIPERTUA
………………………………………………………………………

NAIB YANG DIPERTUA
………………………………………………………………………

AHLI JAWATANKUASA :
1. ………………………………………………………………………………………………..
2. ………………………………………………………………………………………………..
3. ………………………………………………………………………………………………..
4. ………………………………………………………………………………………………..
5. ………………………………………………………………………………………………..
6. ………………………………………………………………………………………………..

PEMERIKS A KIRA-KIRA 2:

7. ………………………………………………………………..……………….

25

CATATAN/NOTA

……………………………………………….……
……………………………………………….……
…………………………………………………….
……………………………………………….……
……………………………………………….……
……………………………………………….……
……………………………………………….……
……………………………………………….……
……………………………………………….……
……………………………………………….……
………………………………………………….…
……………………………………………………

26

GURU
GURU GURU

27


Click to View FlipBook Version