The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Aiman, 2024-04-27 07:53:15

eBOOK (STK) - Labah-Labah pdf

eBOOK (STK) - Labah-Labah pdf

MPU23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM TBM: E-BOOK TAJUK: LABAH-LABAH NAMA PELAJAR NAMA NO. MATRIKS HAZIQ BIN NURIZAN 03DKA23F1086 AQIF AIMAL FIKRI BIN ROSHYADI 03DKA23F1007 MUHAMMAD AIMAN AFIQ BIN MOHD AZLI 03DKA23F1015 PENSYARAH: ENCIK PIKRI BIN HJ. MOHAMAD SESI 2 (2023/2024)


ISI KANDUNGAN BIL PERKARA M/S 1. PENDAHULUAN 1 2. PENGENALAN 2 3. OBJEKTIF 3 4. KETERANGAN 4 5. KELEBIHAN 5 6. HIKMAH 6-7 7. KESIMPULAN 8 8. RUJUKAN 9


PENDAHULUAN Segala puji pujian ke hadrat Allah SWT. Dari-Nya kita memohon pertolongan dan keampunan serta perlindungan-Nya dari segala bentuk gangguan. Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh Allah SWT, maka mereka tidak akan sesat. Sesungguhnya tiada tuhan yang layak disembah melaikan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan ucapan selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabatnya, serta siapa sahaja yang menyerukan dakwah-dakwah Nabi Muhammad SAW hingga ke hari kiamat. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya, kami telah dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya. Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang banyak membantu kami sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam mengumpul bahan bahan dan maklumat untuk di jadikan teras penulisan kami. Seterusnya, tak lupa juga kepada pensyarah kami, Encik Pikri Bin Haji Mohamad yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar agar tugasan ini dapat di jalankan dengan sempurna. Dengan tajuk tugasan yang telah diberikan kepada kami iaitu "LABAH-LABAH". Skop penulisan kami menceritakan tentang objektif, keterangan, kelebihan dan hikmah. Kami telah mendapatkan rujukan daripada beberapa laman sesawang yang berilmiah. 1


PENGENALAN Labah-Labah merupakan sejenis haiwan jenis invertebrat pemangsa atau serangga yang menghasilkan sutera dan mempunyai dua tagma, lapan kaki, mulut tidak boleh mengunyah dan tidak bersayap. Labah-labah telah dikelaskan dalam order Araneae dengan mempunyai 3 sub-order iaitu dikenali dengan Araneomorphae, Mesothelae dan Mygalomorphae. Kumpulan serangga ini juga ada kala jengking, tungau, sengkenit dan falangid. Kebanyakan labah-labah memburu dengan membina sarang labah-labah untuk memerangkap serangga. Sarang atau jejaring ini diperbuat daripada sutera labah-labah iaitu merupakan seutas benang protein yang halus dan kukuh dan lekelit. Ia dihasilkan oleh labah-labah daripada spineret yang pada kebiasaannya terdapat pada hujung abdomen labah-labah dewasa. Apa pun jika ingin membandingkan dari segi berat, sutera labah-labah adalah lima kali lebih kuat berbanding besi keluli. Saintis mendapati kesemua labah-labah menghasilkan sutera walau pun tidak kesemua menggunakannya sebagai anyaman untuk jadi perangkap yang rapi. Benang sutera sering digunakan bagi memanjat, membentuk alas dinding licin bagi sarang dalam tanah, membina kantung telur, membalut mangsa, menyimpan sementara sperma dan banyak lagi kegunaan yang lain. Kesemua kecuali satu genus labah-labah dilaporkan mempunyai keupayaan bagi mencucuk bisa atau venom untuk membunuh mangsa dan untuk mempertahankan diri mereka. Apa pun hanya sedikit spesis labah-labah yang akan menyebabkan ancaman bahaya kepada manusia yang perlukan rawatan serius. Kebanyakan jenis labah-labah liar hanya mampu memberi gigitan yang menyebabkan rasa tidak selesa untuk beberapa ketika tetapi tidak menyebabkan kesan jangka panjang kepada manusia. Dalam pertanian apa yang penulis blog belajar dan membuat tinjauan teknologi adalah 'serangga pemangsa' yang memakan serangga lain termasuk serangga peroak tanaman. 2


OBJEKTIF 1. Mengetahui cara hidup labah-labah 2. Mengetahui kelebihan labah-labah 3. Mengetahui hikmah kejadian labah-labah 3


KETERANGAN Labah-labah merupakan haiwan yang hidup secara bersendirian dan tidak mempunyai kehidupan bersosial. Ia tidak membiak secara berkumpulan kerana kehidupan sebegitu hanya dianggap sebagai suatu persaingan sesama mereka.Labah-labah berburu dengan membina sarang untuk memerangkap mangsanya. Sarang-sarang ini diperbuat daripada sutera, yakni seutas benang protein halus yang dihasilkan oleh haiwan berkenaan melalui hujung abdomennya.Dengan kata lain, hidup si labah-labah hanya berkisar di sarang mereka sahaja dan haiwan ini akan menjaga kawasannya sebaik mungkin. Kehidupannya berbeza sekali dengan serangga-serangga lain yang lebih banyak menghabiskan masa secara bermasyarakat.Sebagai haiwan pasif dan tidak bersosial, labah-labah mempunyai cara tersendiri untuk terus hidup. Memiliki keistimewaan untuk menghasilkan bebenang sutera, kebolehan yang tiada pada haiwan lain.Labah-labah akan menganyam bebenang sutera ini menjadi sarang dan perangkap yang rapi. Setiap serangga kecil yang memasuki lingkaran ini akan terperangkap, seterusnya menjadi makanannya. Bukan itu sahaja, kegunaan sarang ini turut merangkumi perkara lain. Antaranya digunakan untuk memanjat, mengalas dinding yang licin, membina kantung telur, menyimpan makanan, membalut mangsa dan sebagainya. Pendek kata, kehidupan mereka bergantung penuh kepada bebenang protein ini. 4


KELEBIHAN Labah-labah mempunyai kelebihannya tersendiri. 1- Kelajuan Labah-Labah Labah-labah dapat bergerak sehingga 30 km sejam. Kelajuan itu adalah sangat pantas bagi seekor serangga untuk berjalan. 2- Telur Labah-Labah Labah-labah dapat mengeluarkan telur antara 200 hingga 300 biji dalam setiap musim. Daripada jumlah tersebut, 90 peratus akan menetas manakala selebihnya akan menjadi santapan untuk anak yang baru menetas. 3- Berburu Pada Waktu Malam Kebanyakan labah-labah berburu pada waktu malam. Makanan akan disimpan dan hanya dimakan apabila perlu 4- Labah-Labah Boleh Berubah Warna Ada beberapa spesies labah-labah yang dapat bertukar warna mengikut warna benda yang berhampiran dengannya. Contohnya, spesies Goldenrod Crab Spider yang dapat berubah warna kuning apabila berada di atas bunga kuning 5


HIKMAH Terakam di dalam Al-Quran Antara 114 surah ada satu surah yang diberi nama Al- ’Ankabut. Ankabut itu dalam bahasa kita adalah labah-labah. Jika namanya sudah tercatat di dalam Al-Quran, pasti ada perkara penting dan pengajaran yang ingin disampaikan kepada kita. Allah berfirman pada ayat 41 dalam surah yang sama yang bermaksud: Menurut pemerhatian saintifik yang dijalankan oleh ahli anakrologi (ahli yang mengkaji labah-labah) dunia, binaan sarang labah-labah didapati tiga kali ganda lebih kukuh daripada sarang serangga-serangga yang lain. Maha Hebat Allah s.w.t yg telah menciptakan seekor binatang yg tidak berakal tetapi mampu membina rumah yang berpuluh kali ganda lebih besar dari ukuran badannya oleh dirinya sendiri, tanpa alat dan bantuan makhluk lain. Manusia yang berakal perlukan berbagai alat dan bantuan ramai orang untuk membina rumahnya walaupun sekadar satu tingkat, betapalah untuk membina gedung 50 tingkat. Jadi , mengapalah manusia hendak sombong dengan kepakarannya membina bangunan-bangunan tinggi, sedangkan kenyataannya Allah telah menciptakan labah-labah yang dapat membina bangunannya sendiri. Allah membekalkannya dengan ilham atau ilmu tanpa perlu belajar dimana-mana sekolah atau universiti spt manusia. Allah s.w.t telah mengajar haiwan kecil ini utk menjadi arkitek, jurutera dan pekerja binaan sejak mula ia dilahirkan. 6


Sebaik saja dilahirkan labah-labah telah menjadi arkitek yakni membuat rancangan sarangnya. Setelah rancangan disiapkan, labah-labah menjadi jurutera pembinaan yakni menghitung seberapa besar beban-beban yang akan menempati posisi-posisi tertentu pada sarang. Selepas itu, labah-labah menjadi juga menjadi pekerja binaan. Labah-labah melempar benang yang dipintalnya ke udara lalu aliran udara ini membawanya ke tempat tertentu dimana ia menempel. Lalu kerja menyusun benang-benang itu dimulai. Perlu satu jam atau lebih untuk menganyam sebuah sarang. Mula-mula labah-labah menarik benang jenis kuat dan tegang dari titik pusat ke arah luar untuk mempersiapkan rangkanya. Ia lalu menggunakan benang jenis kendur dan lekat untuk membuat lingkaran dari arah luar ke dalam Dalam kehidupan manusia, kerja sebagai arkitek, jurutera dan pekerja binaan biasanya dilakukan oleh orang yang berbeza tetapi dalam kehidupan labah-labah, Allah mengajarkannya sekaligus kepada seekor haiwan kecil sahaja. Maha Agung Allah yang mengajarkan berbagai ilmu kepada seekor haiwan kecil yang tidak berakal, sedangkan ilmu-ilmu itu terpaksa diagih-agihkan kepada ramai orang di kalangan manusia yang berakal. 7


KESIMPULAN Allah Maha Besar, Maha Kuat lagi Maha Sempurna yang menciptakan apa sahaja hanya dengan berkata “Jadi” maka jadilah. Walaupun hasil dari kajian ini diketahui bahawa bahan benang labah-labah ini kuat tetapi perlu diingatkan bahawa ia dianggap kuat dlm kategori benda yang sama ukurannya sahaja. Walhal sebenarnya dengan sekali sentuhan sebatang pensel sahaja benang itu akan putus dan reput. Melalui labah-labah dan sarangnya ini Allah mengajar kita bahawa makhluk itu lemah. Sejenis makhluk menyangkakan dirinya atau benda buatannya adalah yang terkuat dan terbaik, walhal sebenarnya ia lemah sahaja jika dibandingkan dengan makhluk yang lain. Seperti labah-labah yang menyangkakan sarangnya adalah yang terkuat dan terbaik walhal sedangkan jika diukur dengan ukuran manusia sarang labah-labah itu adalah benda yang sangat lemah sahaja. Betapalah jika dibandingkan dengan kekuatan Allah yang mencipta labah-labah itu. Makhluk atau benda-benda selain Allah, kekuatannya nisbi sahaja, yang mutlak itu Allah s.w.t. Oleh itu Allah mengingatkan kita dalam surah Al-Ankabut ayat 41, yang bermaksud: “Perumpamaan bagi orang-orang yang menjadikan benda-benda yang selain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharap pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya), padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling lemah (paling reput) ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan” 8


RUJUKAN 1. Peluncur Islam Sumber: Hasil penelitian penulis pada video kajian labahlabah. http://fikirdanrisau.blogspot.com/2009/05/normal-0-false-false-false-en-us-xnone_22.html 2. FAZLI ABDULLAH Fakta Menarik Tentang Labah-Labah Dan Kaitannya Dengan Al-Quran https://tzkrh.com/201915392/ 3. Anim Agro Technology LABAH-LABAH DAN KEPENTINGANNYA http://animhosnan.blogspot.com/2021/02/labah-labah-dankepentingannya.html 9


Click to View FlipBook Version