The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bowling 2022 - PERATURAN DAN SYARAT TERKINI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-66354070, 2022-06-29 10:03:46

Bowling 2022 - PERATURAN DAN SYARAT TERKINI

Bowling 2022 - PERATURAN DAN SYARAT TERKINI

Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor 2022

MESYUARAT PENYELARASAN
KEJOHANAN BOLING TENPIN

MSSD KUALA SELANGOR
TAHUN 2022

TARIKH : 30 JUN 2022

HARI : KHAMIS

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : AULA LESTARI
SK PUNCAK ALAM 2,
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

JALAN GUGUSAN ALAM 7/1
SEKSYEN 7
42300 BANDAR PUNCAK ALAM
SELANGOR.

-1-

Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor 2022

AGENDA MESYUARAT PENYELARASAN
KEJOHANAN BOLING TENPIN
MSSD KUALA SELANGOR 2022

1. UCAPAN PENGERUSI KEJOHANAN
2. UCAPAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH @ WAKIL
3. TAKLIMAT KEJOHANAN DAN PERATURAN 2022

- PENGERUSI TEKNIK & PEMBANGUNAN SUKAN BOLING
TENPIN MSSD KUALA SELANGOR
4. PENGESAHAN PENYERTAAN
5. KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSS
6. HAL-HAL LAIN

-2-

Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor 2022

KEJOHANAN BOLING TEN PIN
MSSD KUALA SELANGOR TAHUN 2022

JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN BOLING TENPIN
MSSD KUALA SELANGOR

PENASIHAT TUAN HAJI MOHD AZUAN BIN MOHD NAWAWI
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PENGERUSI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
KUALA SELANGOR
SETIAUSAHA
ENCIK NOR AZLI BIN YUSOP
PENGERUSI TEKNIK & TIMBALAN PEGAWAI PPD KUALA SELANGOR
PEMBANGUNAN SUKAN SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
BOLING TENPIN MSSD PPD KUALA SELANGOR
KUALA SELANGOR
ENCIK FATHUDIN BIN MOHD ALADIN
PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID
PPD KUALA SELANGOR

ENCIK NORAZALUDIN AZMIL BIN RAZALY
PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID
PPD KUALA SELANGOR

TUAN HJ MOHD RAFIE B HJ MAHARI
SK SUNGAI BURONG
H/P : 013-3803800

PUAN MULIANA BINTI BIBIT
SK SERI PRISTANA
H/P : 019-7798466

-3-

Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor 2022

KEJOHANAN BOLING TEN PIN
MSSD KUALA SELANGOR TAHUN 2022

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI ENCIK ABDUL RAHMAN BIN MARHABAN
GURU BESAR SK PUNCAK ALAM 2
NAIB PENGERUSI 1
NAIB PENGERUSI 2 PUAN ZAITON BINTI ABD RAHMAN
NAIB PENGERUSI 3 PK KOKURIKULUM SK PUNCAK ALAM 2

PENGERUSI TEKNIK & PUAN HAIRUZI BINTI MISKUN
PEMBANGUNAN SUKAN PK PENTADBIRAN SK PUNCAK ALAM 2
BOLING TENPIN MSSD
KUALA SELANGOR ENCIK HATIF BIN AZMI
PK HEM SK PUNCAK ALAM 2
SETIAUSAHA
TUAN HJ MOHD RAFIE B HJ MAHARI
PENOLONG SETIAUSAHA SK SUNGAI BURONG
H/P : 013-3803800
BENDAHARI
PUAN MULIANA BINTI BIBIT
SK SERI PRISTANA
H/P : 019-7798466

PUAN HAMIDAH BINTI KASSIM
SETIAUSAHA SUKAN SK PUNCAK ALAM 2
H/P : 0173528515

MOHD KHALID B. ISMAIL
NAIB SETIAUSAHA SUKAN SK PUNCAK ALAM 2

PUAN NIK HAJARATUL ASHIKIN BT NIK MOHAMAD
SETIAUSAHA KOKURIKULUM

-4-

FLOOR MANAGER Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor 2022

MOHD ZULKHARNAIN B. MOHD KASIM

PENDAFTARAN 1. NOR SHARINA BT MOHD YUSOF
HADIAH & SIJIL 2. NORIZAN BT MAHMUD
PENGACARA MAJLIS 3. KAMAL GUSTAIM B. SUHADA
DOKUMENTASI & BUKU PROGRAM 4. FAIRUZ AMELIA BT IBRAHIM
JAMUAN

TEKNIKAL/ STATISTIK & LANES 1. EN. MOHD. IZWAN BIN SULAIMAN
MARSHALL SK PASANGAN – KETUA PENGADIL

2. EN. ZAIRAL AZMI BIN ZAINAL ABIDIN
SK PARIT MAHANG

3. EN. IDRUS BIN HASSAN
SK TANJUNG KERAMAT

4. PN. NORLIZA BINTI ISMAIL
SMK KUALA SELANGOR

5. PN. NORHAFIDAH BINTI SUKILIN@SUKIRIN
SMK SUNGAI BURONG

6. CIK NURUL NAJIHAH BINTI DARUS
SK JERAM BATU 20

7. PUAN NOOR FAIZA BINTI KERNAINI
SMK TIRAM JAYA

-5-

Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor 2022

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. TARIKH DAN TEMPAT

1.1 Tarikh : 25 hingga 29 Julai 2022

1.2 Masa : *rujuk jadual pertandingan
1.3 Tempat :
9.00 pagi
Pusat Boling Bruns KL Bowl,1 Plaza Kuala Selangor

2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, maka pertandingan
ini akan dijalankan mengikut Peraturan Pertandingan Kongres Tenpin Bowling
Malaysia (MTBC).
Sekiranya timbul perselisihan dari segi pentafsirannya, undang-undang dalam
Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
Kejadian di luar dugaan dan tidak terdapat dalam peraturan berkenaan
akan diputuskan seperti berikut :

2.3.1 Semua peraturan am akan diputuskan berasaskan
kepada PERATURAN AM MSSS.

2.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasas
kepada Peraturan MTBC.

2.4 Semua keputusan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal
dan Pertandingan MSSD dan keputusan Jawatankuasa
adalah muktamad.

3. KATEGORI UMUR (LELAKI DAN PEREMPUAN)

12 tahun ke bawah ( Lahir pada 1.1.2010 dan ke atas )
15 tahun ke bawah ( Lahir pada 1.1.2009 hingga 31.12.2007 )
18 tahun ke bawah ( Lahir pada 1.1.2006 hingga 31.12.2005 )

Kategori had umur 18 tahun dan ke bawah boleh mendaftarkan seorang
sahaja pemain lelaki dan perempuan yang menuntut di dalam Tingkatan 6
bawah / STAM untuk SMA.

-6-

Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor 2022

4. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN (KATEGORI LELAKI DAN PEREMPUAN)

i. Individu
ii. Berpasukan - maksima 2 pasukan setiap kategori
iii. Masters Individu ( Untuk pemilihan 2 wakil daerah bagi setiap

kategori )

5. PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN

i. Acara perseorangan / individu

Setiap sekolah dibenarkan menghantar lapan (8) orang peserta lelaki dan
lapan (8) orang peserta perempuan bagi acara ini.
Peserta-peserta bagi kategori umur 12 tahun ke bawah akan bermain 4
(empat) ‘games’ manakala kategori umur 15 tahun dan 18 tahun ke bawah
pula akan bermain 5 ( lima ) ‘games’. Peserta dengan jumlah jatuhan pin
keseluruhan tertinggi adalah pemenang.
Jumlah jatuhan pin individu dari acara perseorangan akan diambil kira dalam
acara berpasukan.

ii. Acara Pasukan Bertiga/ Trio ( Setiap Kategori )-Maksima 2 pasukan
setiap kategori

Jumlah jatuhan pin individu dari acara perseorangan akan diambil kira dalam
acara berpasukan bertiga. Pasukan dengan jumlah jatuhan pin keseluruhan
tertinggi adalah pemenang.

iii. Acara Masters

Pemenang acara individu dari johan hingga ke-5 setiap kategori adalah
layak untuk menyertai acara masters bagi mendapatkan 2 tempat terbaik
sebagai wakil MSSD Kuala Selangor untuk Kejohanan Boling Tenpin MSS
Selangor 2022.

Peserta-peserta bagi kategori umur 12 tahun ke bawah akan bermain 4
(empat) ‘games’ manakala kategori umur 15 tahun dan 18 tahun ke bawah
pula akan bermain 5 ( lima ) ‘games’ seorang. 2 orang peserta dengan
jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi ( jatuhan pin acara individu
dicampurkan jatuhan pin acara Masters ) adalah pemenang dan layak
mewakili daerah.

*nota - jika peserta yang layak ke masters tidak mahu bertanding, maka
pemenang tempat ke-6 individu dan seterusnya layak untuk menggantikan
peserta tersebut dalam acara ini.

-7-

Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor 2022

iv. Johan Keseluruhan Sekolah Rendah dan Menengah

Pemenang keseluruhan sekolah akan ditentukan mengikut pungutan mata. ( Acara ind +
pasukan shj )

KEDUDUKAN MARKAH
Johan 5 Mata / 8 Mata bagi acara 4 sepasukan
Naib Johan 3 Mata / 5 Mata bagi acara 4 sepasukan
Ketiga 2 Mata / 3 Mata bagi acara 4 sepasukan
Keempat 1 Mata / 2 Mata bagi acara 4 sepasukan
Kelima 1 Mata ( ind & sepasukan)

6. YURAN PENYERTAAN ( TUNAI SAHAJA )

Acara Individu/ Berpasukan & Masters

Setiap peserta umur 12 tahun ke bawah dikenakan bayaran RM 25 seorang

(Ringgit Malaysia : Dua Puluh Lima ringgit Sahaja). Manakala setiap peserta

umur 15 dan 18 tahun ke bawah dikenakan bayaran RM 30 seorang

(Ringgit Malaysia : Tiga Puluh ringgit Sahaja). Peserta yang terpilih untuk

acara masters juga akan dikenakan bayaran yang sama mengikut kategori

masing-masing.

Yuran Penyertaan Sekolah

Setiap sekolah yang menyertai pertandingan ini juga dikenakan bayaran
sumbangan penyertaan untuk menampung perbelanjaan pengurusan
Kontinjen MSSD ke Kejohanan MSSS. Tatacara pembayaran adalah mengikut
pekeliling terkini:

RM100.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Sahaja) bagi sekolah menengah,

RM100.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Sahaja) bagi sekolah rendah dan

RM50.00 (Ringgit Malaysia : Empat Puluh Sahaja) bagi Sekolah Kurang Murid

7. SISTEM PERTANDINGAN

Setiap sekolah boleh mendaftarkan tidak melebihi dua pasukan lelaki dan
dua pasukan perempuan bagi setiap kategori.. Jika peserta tidak cukup,
maka peserta tersebut bermain hanya untuk acara individu sahaja.

-8-

Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor 2022

Peserta-peserta bagi kategori umur 12 tahun ke bawah akan bermain 4
(empat) ‘games’ manakala kategori umur 15 tahun dan 18 tahun ke bawah
pula akan bermain 5 ( lima ) ‘games’.
Peserta dengan jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi adalah pemenang
bagi acara individu dan pasukan yang mengumpul jatuhan pin keseluruhan
tertinggi adalah pemenang bagi acara berpasukan.
Johan dan naib johan acara Masters setiap kategori akan terpilih untuk
menyertai pasukan MSSD daerah ke pertandingan peringkat MSSS.

8. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN

Adalah tanggungjawab setiap Lane Marshall kejohanan yang dilantik untuk
mengesahkan keputusan perlawanan dalam skor yang disediakan.
Keputusan yang telah disahkan hanya boleh diubah dengan kebenaran
Pengerusi Teknik Pertandingan atau wakilnya.
Individu yang membuat jatuhan pin terbanyak dikira sebagai pemenang.
Sekiranya seri, maka keputusan ditentukan berdasarkan jumlah jatuhan pin
permainan terakhir. Jika masih seri jatuhan pin permainan kedua terakhir
diambil kira dan seterusnya.

9. KELEWATAN

Semua peserta mesti melapor diri selewat-lewatnya 20 minit sebelum acara
bermula. Peserta yang lewat akan kehilangan kelayakan dalam sesuatu
acara itu.Peraturan ini berkuatkuasa dalam semua acara.

10.KECEDERAAN, KETIDAKUPAYAAN DAN KECEMASAN

Sekiranya peserta tidak boleh meneruskan permainan kerana kecederaan,
ketidakupayaan atau kecemasan, skor yang diperoleh sebelum kejadian itu
berlaku akan dikira sebagai keputusan permainan.

11.PERTUKARAN PESERTA

Pertukaran peserta tidak dibenarkan kerana ianya akan mengganggu
susunan jadual teknikal yang telah disiapkan.

-9-

Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor 2022

12.PAKAIAN PEMAIN

Peserta-peserta dikehendaki memakai stoking, seluar panjang slack warna
gelap atau seluar sekolah (jeans tidak dibenarkan) dan baju ‘T’ berkolar atau
‘round neck’ dan kemas ( tuck in )untuk setiap pasukan.
Setiap pasukan digalakkan untuk memakai pakaian yang sama atau
seragam.

13.SUSUNAN GILIRAN PEMAIN

i. Pemain akan bermain secara ‘cross lane’. Pastikan nama pemain dan anak
panah muncul dalam skrin markah.

ii. Pemain @ pemain lawan perlu memaklumkan (angkat tangan) jika berlaku
kesalahan markah balingan, susunan @ jatuhan pin yang kurang atau
kerosakan mesin kepada lane marshall yang bertugas.

14.KESILAPAN YANG KETARA

i. Peserta dan pengurus pasukan tidak dibenarkan membuat
sebarang pembetulan pada skrin komputer.

ii. Kesilapan yang ketara yang melibatkan skor mesti dilaporkan dan
dibetulkan oleh pegawai yang ditugaskan dengan serta merta.

Sekiranya terdapat masalah, ragu-ragu dan kemusykilan, ia perlu dirujuk
kepada AJK Kejohanan.

Sekiranya terdapat sebarang bantahan, ia hendaklah dikemukakan kepada
Juri Rayuan beserta wang cagaran RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus
Sahaja) melalui pengurus pasukan sahaja. Keputusan Juri Rayuan adalah
muktamad.

15.GANGGUAN PERMAINAN

Pengerusi Teknik Pertandingan mempunyai kuasa muktamad untuk membuat
arahan permainan yang terganggu disamping menentukan lorong baru
sekiranya lorong di mana permainan itu sedang berlangsung mengalami
kerosakan mesin.
Permainan (game) yang terganggu itu mesti disambung dari frame di mana
gangguan itu berlaku.

- 10 -

Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor 2022

16.BERMAIN DI ATAS LORONG YANG SALAH

Bila seorang pemain bermain di atas lorong yang salah dan kesalahan ini
dikesan sebelum peserta lain membuat balingannya, maka balingan itu
dianggap sebagai ‘Bola Mati’ (Dead Ball) dan pemain tersebut dikehendaki
bermain frame yang berikutnya pada lorong yang salah tadi.
Sekiranya kesalahan tersebut itu hanya dikesan selepas pemain berikutnya
membuat balingan bolanya, maka mata yang diperoleh itu akan diambil kira
dan pemain tersebut dikehendaki bermain semula frame yang kemudiannya
pada lorong yang salah tadi.
Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui sebelum pemain kedua membaling,
skor akan dibatalkan dan pemain tersebut dikehendaki membaling semula
pada lorong yang sebenar.

17.MEMPERLAHANKAN PERMAINAN (SLOW BOWLING) & KEUTAMAAN

Seorang peserta yang bersedia untuk membaling bolanya harus mengetahui
hak dan obligasinya seperti berikut :

Seseorang peserta untuk bermain terlebih dahulu (right of way) terhadap
pemain yang berada di atas lorong sebelah kirinya. Mereka harus memberi
laluan kepada pemain yang berada di atas lorong sebelah kanannya.
Semua pemain harus bersedia untuk bermain bila sampai gilirannya dan
tidak harus melambatkan permainan itu.

Sekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas,
dia akan diberi amaran oleh Lane Marshall dengan isyarat Kad Putih untuk
kesalahan pertama (tiada penalti) dan Kad Kuning atas kesalahan kedua
(tiada penalti). Untuk kesalahan ketiga dan berikutnya dalam sesuatu blok
permainan, pemain tersebut akan diberi Kad Merah dan sifar (0) mata untuk
frame tersebut.

18.KEHILANGAN SKOR SEMASA GANGGUAN ELEKTRIK

Sekiranya berlaku sebarang ‘black out’ dalam tv monitor dimana skor sesuatu
permainan yang sedang berlangsung itu hilang dan tidak dapat dipulihkan,
maka pemain-pemain yang berkenaan dikehendaki bermain semula game
tersebut. Akan tetapi jika skor telah dicatatkan, maka permainan akan
bersambung dari frame dimana permainan tersebut terhenti sebelum ini
dengan persetujuan pengurus – pengurus pasukan pemain yang terlibat dan
Pengerusi Teknik Boling Tenpin MSSD.

- 11 -

Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor 2022

Game-game yang mana skornya telah direkodkan akan dikekalkan. Pasukan
dan pemain tidak boleh mengambil kesempatan ini untuk meminta sesuatu
permainan itu dibatalkan atau dimainkan semula pada waktu ‘black out’
seumpama ini.

19.LARANGAN (PROHIBITION)

Peserta-peserta adalah dilarang daripada merokok, minum minuman keras
atau dibawah pengaruh alkohol semasa pertandingan.
Sekiranya didapati ada peserta melanggar peraturan ini, beliau akan
dibatalkan penyertaannya daripada kejohanan ini.
Sekiranya berlaku perkara seperti ini, Pengerusi Teknik Pertandingan harus
membawa kes ini kepada Jawatankuasa Teknikal supaya peserta ini
digantung daripada seluruh pertandingan. Beliau juga akan dikenakan
tindakan disiplin yang dianggap sesuai.
Minuman, makanan dan tepung serta sebagainya tidak boleh ditinggalkan di
atas meja console.

20.PEMENANG DAN HADIAH - Rujuk perkara ( 5 ) dan ( 7 )

*Hadiah Individu - ( Setiap kategori )
Johan hingga tempat ke-4 - Medal & Sijil Pencapaian
Tempat ke-5 -Sijil Pencapaian Sahaja

*Hadiah Berpasukan - ( Setiap kategori )
Johan hingga tempat ke -4 - Medal & Sijil Pencapaian
Tempat ke-5 -Sijil Pencapaian Sahaja

*Masters – Johan hingga tempat ke-4 - Medal & Sijil Pencapaian
Tempat ke-5 -Sijil Pencapaian Sahaja

*Piala Pusingan Johan Keseluruhan sekolah rendah U12, sekolah
menengah U15 & sekolah menengah U18

21.JURI RAYUAN

Pengerusi Kejohanan
Seorang Naib Pengerusi Kejohanan
Setiausaha Kejohanan
Pengerusi Teknik Boling Tenpin MSSD
Seorang Pengurus Pasukan yang berkecuali

- 12 -

Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor 2022

22.BORANG PENYERTAAN

22.1 Borang penyertaan mestilah dilengkapkan dan dikembalikan
kepada:

SK PUNCAK ALAM 2,
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
JALAN GUGUSAN ALAM 7/1
SEKSYEN 7
42300 BANDAR PUNCAK ALAM
SELANGOR.

NO. TEL : 03-33936961 NO. FAX : 03-33936045

(u.p. : Setiausaha Kejohanan Boling Tenpin MSSD 2022 )

Atau

E-mail / Whatsapp kepada :

PUAN HAMIDAH BINTI KASSIM
SETIAUSAHA KEJOHANAN
( whatsapp : 0173528515 )
Email : [email protected]

1. TUAN HJ MOHD RAFIE B HJ MAHARI
PTPS BOLING TENPIN MSSD KUALA SELANGOR
( whatsapp : 013-3803800 )
Email : [email protected]

22.2 Borang M01 dan borang Penyertaan bagi sekolah menengah dan
borang R01 dan borang Penyertaan bagi sekolah rendah yang perlu
diisi bagi setiap peserta hendaklah diserahkan semasa pendaftaran
pasukan pada hari kejohanan berlangsung.

22.3 Borang penyertaan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan
diproses.

22.4 Tarikh akhir penyerahan borang penyertaan adalah seperti berikut:

Tarikh : 20 Julai 2022 (Rabu)
Masa : 4.30 petang.

- 13 -

Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor 2022

23. HAL-HAL LAIN

23.1 Pasukan atau kategori yang menarik diri selepas tarikh atau
masa yang disebut di perkara 22.4 akan dikenakan denda
sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). Yuran
penyertaan tetap dikenakan.

23.2 Penentuan pusat boling, kedudukan lane pemain dan tarikh
pertandingan adalah keputusan Pengerusi Teknik Kejohanan dan
tuan rumah kejohanan.

23.3 Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan di dalam
Pusat Boling Bruns KL Ubowl.

23.4 Mohon patuhi SOP berkaitan Premis Sukan iaitu hanya pemain,
pengurus dan jurulatih sahaja yang dibenarkan masuk untuk
mengelakkan kepadatan di pusat boling

23.5 Mohon peserta dan jurulatih/pengurus berada hingga akhir
Kejohanan untuk majlis penyampaian hadiah.

23.6 SEBARANG TANGGAPAN MENGENAI PERKARA-PERKARA YANG
TIDAK DISENTUH DALAM EDARAN INI AKAN DIRUJUK KEPADA
JAWATANKUASA KEJOHANAN DAN KEPUTUSAN ADALAH
MUKTAMAD.

- 14 -

Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor 2022

Lampiran 1

JADUAL KEJOHANAN BOLING TENPIN

MSSD KUALA SELANGOR 2022

TARIKH : 25 hingga 29 Julai 2022 ( 5 hari )

TARIKH KATEGORI MASA ACARA

25 JULAI 2022 12 TAHUN KE BAWAH 9.00 pg – 12.30 tgh SINGLES/TEAM – LELAKI
• PENYAMPAIAN HADIAH
( ISNIN ) ( 4 games seorang ) 12.45 tgh
1.00 – 3.30 ptg SINGLES/TEAM – PEREMPUAN
• PENYAMPAIAN HADIAH
3.45 ptg

26 JULAI 2022 15 TAHUN KE BAWAH 9.00 pg – 12.30 tgh SINGLES/TEAM – LELAKI
• PENYAMPAIAN HADIAH
( SELASA ) ( 5 games seorang ) 12.45 tgh
1.00 – 3.30 ptg SINGLES/TEAM – PEREMPUAN
• PENYAMPAIAN HADIAH
3.45 ptg

27 JULAI 2022 18 TAHUN KE BAWAH 9.00 pg – 12.30 tgh SINGLES/TEAM – LELAKI
• PENYAMPAIAN HADIAH
( RABU ) ( 5 games seorang ) 12.45 tgh
1.00 – 3.30 ptg SINGLES/TEAM – PEREMPUAN
• PENYAMPAIAN HADIAH
3.45 ptg

28 JULAI 2022 12 TAHUN KE BAWAH 9.00 – 10.45 pg MASTERS – LELAKI/PEREMPUAN
( KHAMIS ) ( 4 games seorang ) 11.00 – 12.45 tgh • PENYAMPAIAN SIJIL
1.00 – 2.45 ptg
15 TAHUN KE BAWAH MASTERS – LELAKI/PEREMPUAN
( 5 games seorang ) • PENYAMPAIAN SIJIL

18 TAHUN KE BAWAH MASTERS – LELAKI/PEREMPUAN
( 5 games seorang ) • PENYAMPAIAN SIJIL

29 JULAI 2022 JADUAL AKAN
( JUMAAT ) BERUBAH MENGIKUT

JUMLAH
PENYERTAAN.

- 15 -

Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Selangor 2022

KEJOHANAN BOLING TEN PIN
MSS DAERAH KUALA SELANGOR TAHUN 2022

BORANG PENYERTAAN

KATEGORI : LELAKI 12 THN 15 THN 18 THN

NAMA SEKOLAH:________________________________________________________

PENGURUS/JURULATIH :____________________________H/P :___________________

BIL NAMA NO KAD PENGENALAN / SURAT BERANAK

1.

2.

3.

4.

T.TANGAN PENGURUS / JURULATIH PENGESAHAN DAN COP SEKOLAH

………………………………………………………….
()
…………………………………………………………………………………………………………

KEJOHANAN BOLING TEN PIN
MSS DAERAH KUALA SELANGOR TAHUN 2022

BORANG PENYERTAAN

KATEGORI : PEREMPUAN 12 THN 15 THN 18 THN

NAMA SEKOLAH:_______________________________________________________________

PENGURUS /JURULATIH:__________________________________H/P :___________________

BIL NAMA NO KAD PENGENALAN / SURAT BERANAK
1.
2.

3.
4.

T.TANGAN PENGURUS / JURULATIH PENGESAHAN DAN COP SEKOLAH

……………………………………………………
()

- 16 -


Click to View FlipBook Version