The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rudolfjohnny, 2021-05-17 21:38:02

USP T1

USP T1

PROGRAM 1 MURID 1 AKTIVITI
KELAB BOLA SEPAK

AKTIVITI: KEMAHIRAN ASAS BOLA SEPAK
SASARAN: AHLI KELAB BOLA SEPAK TINGKATAN 1
A. CARA PELAKSANAAN
* Ahli kelab boleh memilih salah satu atau lebih (mempelbagaikan) asas bermain bola sepak
yang dikuasai secara individu
* Membuat rakaman semasa memperagakan kemahiran bermain bola sepak
*Murid digalakkan untuk mempersembahkan kemahiran mereka secara kreatif dan menarik
* Hasil rakaman kemahiran yang dihasilkan perlu dihantar secara online @ bersemuka.

B. SUMBER
- Bola Sepak dan peralatan yang berkaitan yang diperlukan

C. MASA
- Sepanjang cuti penggal pertama (8 Mei -13 Jun 2021)

D.PENILAIAN
- 50 peratus Penilaian dari Guru Penasihat Bola Sepak dan 50 peratus undian dari ahli kelab
bola sepak

PROGTRAM 1 MURID 1 AKTIVITI
KELAB BADMINTON

Sasaran: Ahli Menengah Rendah ( Tingkatan 1 dan 2 )

AKTIVITI MENCIPTA LOGO KELAB BADMINTON
SYARAT MENCIPTA LOGO:
1.Logo yang dihasilkan hendaklah menggambarkan ciri
– ciri sukan badminton.
2. Logo yang dicipta boleh dalam bentuk grafik.
3. warna Logo mestilah berlatarkan warna kuning dan
hitam sahaja.
4. Logo yang dicipta mesti selitkan perkataan ‘’KELAB
BADMINTON” dan “G2” .
5. Logo yang terpilih dan dinilai sebagai pemenang akan
diberikan hadiah ganjaran.
6. Aktiviti bermula pada 17 Mei 2021 selama
sebulan.(selepas itu logo mesti dihantar kepada guru
penasihat kelab badminton)
7. Aktivit ini hanya terbuka kepada kelab ahli sahaja.

PROGRAM 1 MURID 1 AKTIVITI
KELAB BOLA BALING

SASARAN: SEMUA AHLI TINGKATAN 1

MUKADIMAH :

Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan .
Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak . Apa yang diperlukan
ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka) , sebiji bola
baling dan 14 orang pemain ( tujuh orang sepasukan ) . Dua orang
pengadil diperlukan untuk mengawal permainan .

TUGASAN : Anda dikehendaki menyediakan/menyiapkan satu
BUKU SKRAP MINI berkaitan dengan permainan Bola Baling .
BUKU SKRAP MINI anda haruslah mengandungi maklumat
tentang perkara-perkara berikut :

1. Grafik / Lakaran Padang Bola Baling dan Ukuran Padang /
Gelanggang (Kawasan Permainan) .

2. Bola dan Tiang Gol

3. Pemain dan Pakaian

4. Kemahiran Asas Permainan (Berlari,Melompat,Hantaran Bola,
Menyambut Bola,Menggelecek Bola Dengan Tangan,
Menghadang,Menjaring,Menjaga Gol)

NOTA : Anda boleh merujuk pelbagai sumber maklumat / media massa
untuk mendapatkan maklumat dan menyiapkan BUKU SKRAP
MINI anda. Selamat menyiapkan tugasan .

PROGRAM 1 MURID 1AKTIVITI
KELAB : KELAB PERMAINAN BOLA JARING

MAKLUMAT PROGRAM / AKTIVITI

1. Nama aktiviti : “ HANTARAN DALAM BOLA JARING’

2. Peringkat : Sekolah

3. Pengelola / Kelab Permainan Bola jaring
Penganjur : 17.5.2021- 14.6.2021
Murid tingkatan 2-5
4. Tempoh
pelaksanaan :

5. Sasaran

6. Tempat : Di kediaman murid masing-masing

7. Guru Penyelaras : 1. AGNES JUNCHIU (KETUA GURU PENASIHAT)
2. ERVINA RAIMON
3. EMILY KAUDON
4. EMMY OLEN
5. JENNET SHANTI RAHMAN
6. FAZILAH MHD. YUSRI
7. KAMLIAH LAKUNSIM
8. NORAINI NASIR

Objektif: 1. Murid dapat mengetahui 5 hantaran asas dalam permainan
bola jaring:
a. Hantaran paras dada
b. Hantaran paras bahu
c. Hantaran paras kepala
d. Hantaran sisi
e. Hantaran lantun

2. Murid dapat meningkatkan markah penilaian kokurikulum
2021.

Pelaksanaan 1. Murid dikehendaki menyiapkan 1 BUKU SKRAP yang
aktiviti: bertajuk ‘Hantaran dalam Bola Jaring’. 5 hantaran asas yang
(ARAHAN) perlu dimasukkan ialah:
a. Hantaran paras dada
b. Hantaran paras bahu
c. Hantaran paras kepala
d. Hantaran sisi
e. Hantaran lantun

3. Buku skrap yang dihasilkan boleh bertulis tangan atau bertaip.
4. Murid disarankan agar dapat menggunakan kreativiti masing-

masing dan penggunaan gambar adalah sangat digalakkan.

5. Tarikh akhir penghantaran Buku Skrap adalah pada 14.6.2021
(Isnin) kepada guru-guru penasihat bola jaring.

6. Penyertaan murid-murid dalam aktiviti ini akan diberikan
markah untuk penilaian kokurikulum 2021.

Disediakan oleh:

AGNES BINTI JUNCHIU
Ketua guru penasihat
Kelab Permainan Bola Jaring
SMK Gunsanad II, Keningau

PROGRAM 1 MURID 1 AKTIVITI

KELAB BOLA TAMPAR

SASARAN: SEMUA AHLI TINGKATAN 1

- Murid diarahkan untuk menghasilkan tugasan tentang kemahiran dalam
permainan Bola Tampar – KEMAHIRAN MENYANGGA (digging).

- Murid diberi dua pilihan untuk menghasilkan tugasan tersebut iaitu sama ada
secara bertulis dan bergambar, atau secara rakaman video pendek.

- Untuk secara bertulis dan bergambar, murid boleh memilih secara tulis tangan,
atau menggunakan aplikasi Microsoft atau grafik seperti photoshop, paints,
coreldraw dan sebagainya.

- Untuk secara rakaman video, murid bolehlah membuat rakaman drill secara
penuh atau lengkap menggunakan kamera atau telefon pintar. Kemudian
sunting menggunakan aplikasi suntingan video seperti Kinemaster, Adobe,
Quick, LumaFusion, iMovie dan sebagainya.

- Tugasan yang telah siap hendaklah dihantar kepada guru penasihat Kelab Bola
Tampar ketika kembali ke sekolah sama ada dalam bentuk hardcopy atau
softcopy. Kepada yang memilih menghantar softcopy, sila hantar tugasan
anda ke nombor 011-35617715, sama ada menggunakan aplikasi whatsapp
atau telegram.

- Setiap tugasan yang dihantar akan diberi markah dan dicatat untuk penilaian
serta pelaporan pentaksiran kokurikulum.

- Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ketua Guru Penasihat Kelab Bola Tampar,
Cikgu Asdi Abd Razak di talian 011-35617715.

Tugasan USP(Catur)
Sebagai tugasan USP Catur, anda dikehendaki memilih salah satu aktiviti
disenaraikan di bawah sebagai tugasan WAJIB Unit Sukan Permainan 2021.

1. Anda diminta membuat klip audio yang berdurasi tidak lebih daripada dua
minit. Audio klip tersebut hendaklah menceritakan serba-sedikit latar
belakang sejarah mana-mana pemain catur yang kamu minati dan pernah
menjadi juara catur dunia.

2. Menulis satu karangan yang tidak melebihi 200 patah perkataan mengenai
Buka main(Opening) yang kamu gemari. Karangan tersebut hendaklah
mengandungi notasi catur sekurang-kurangnya 10 langkah, nama Buka
Main(Opening), sedikit sejarah Buka main(Opening) tersebut dan
sekurang-kurangnya dua penjelasan kenapa Buka main(Opening) tersebut
baik.

3. Dengan menggunakan aplikasi Lichess, Chess.com atau permainan sebenar,
anda diminta merakam permainan anda dengan komputer atau pemain catur
yang lain. Rakaman hendaklah dalam bentuk video yang berdurasi tidak
lebih lima minit. Video yang ditangkap dengan hand phone atau dengan
bantuan perisian misalnya tik tok adalah diterima.

Tugasan yang siap, hendaklah dihantar mengikut format yang berikut.
1. Untuk Audio, Namakan fail audio itu seperti berikut:

Nama_kelas_ting.wav
Format audio yang diterima adalah *.wav, *.aac, *.mp3, dan *.ogg

2. Karangan hendaklah mengandungi nama, kelas, dan tajuk karangan.
Dihantar dalam bentuk pdf, bmp, atau jpeg.

3. Untuk Video, Namakan fail audio itu seperti berikut:
Nama_kelas_ting.mpg

Format audio yang diterima adalah *.mpg, *.flv, *.mp4, dan *.wma

PROGRAM 1 MURID 1 AKTIVITI

KELAB HOKI, SMK GUNSANAD II, KENINGAU,

SASARAN: SEMUA AHLI TINGKATAN 1

- Murid diarahkan untuk menghasilkan tugasan tentang kemahiran hoki –
KEMAHIRAN MEMUKUL BOLA.

- Murid diberi dua pilihan untuk menghasilkan tugasan tersebut iaitu sama ada
secara bertulis dan bergambar, atau secara rakaman video pendek.

- Untuk secara bertulis dan bergambar, murid boleh memilih secara tulis tangan,
atau menggunakan aplikasi Microsoft atau grafik seperti photoshop, paints,
coreldraw dan sebagainya.

- Untuk secara rakaman video, murid bolehlah membuat rakaman drill secara
penuh atau lengkap menggunakan kamera atau telefon pintar. Kemudian
sunting menggunakan aplikasi suntingan video seperti Kinemaster, Adobe,
Quick, LumaFusion, iMovie dan sebagainya.

- Tugasan yang telah siap hendaklah dihantar kepada guru penasihat Kelab Hoki
semasa kembali ke sekolah sama ada dalam bentuk hardcopy atau softcopy.
Kepada yang memilih menghantar softcopy, sila hantar tugasan anda ke
nombor 0145672898 sama ada menggunakan aplikasi whatsapp atau telegram.

- Setiap tugasan yang dihantar akan diberi markah dan dicatat untuk penilaian
serta pelaporan pentaksiran kokurikulum.

- Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ketua Guru Penasihat Kelab Hoki, Cikgu
Ambun Mawar di talian 0145672898.

MODUL AKTIVITI KELAB PERSATUAN SUKAN & PERMAINAN
(USP) SOFBOL

SMK GUNSANAD II, KENINGAU

SASARAN: SEMUA AHLI TINGKATAN 1

NAMA: KELAS:

1.Sejarah Dan Perkembangan
Permainan sofbol berasal daripada permainan besbol yang terkenal di
Amerika Syarikat. Pada peringkat awal, permainan ini dimainkan
sebagai satu sukan rekreasi. Permainan ini telah dipelopori oleh
George Hancock pada tahun 1887. Permainan ini meskipun ada
persamaannya dengan permainan besbol, mempunyai perbezaan yang jelas
dari segi bola dan bat yang digunakan. Bola yang digunakan lebih
besar dan lembut sementara hujung bat yang digunakan pula lebih kecil.
Permainan ini lebih popular dimainkan secara permainan di dalam
gelanggang tertutup kerana dapat dimainkan dalam kawasan yang lebih
kecil.

2. Undang-undang permainan Sofbol
2.1 Gelanggang Permainan
Saiz gelanggang bagi pemain berbeza mengikut umur pemain. Namun
begitu penentuan pemenang dan perjalanan permainan masih lagi yang
sama. Saiz gelanggang bagi pemain di bawah umur 12 tahun adalah lebih
kecil berbanding dengan saiz gelanggang bagi pemain bawah 18 tahun.

Tugasan 1:
a) Anda diminta untuk melukis dan melabel gelanggang bagi pemain
bawah 18 tahun.Labelkan setiap bahagian gelanggang dengan ukuran
yang betul.
b) Lukisan hendaklah dibuat dalam kertas bersaiz A4 atau kertas
lukisan.
c) Tuliskan nama dan kelas anda pada kertas tugasan anda yang telah
siap.

-----------------------------------Tugasan Tamat----------------------------------

DISEDIAKAN OLEH UNIT USP SEPAK TAKRAW SMKGII

MODUL TUGASAN 1 MURID 1 SUKAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD 11, KENINGAU

UNIT SUKAN DAN PERMAINAN : SEPAK TAKRAW
SASARAN : AHLI KELAB TINGKATAN 1

NAMA :………………………………………………….. KELAS :……………………………………….

OBJEKTIF :
1. MURID DAPAT MENGETAHUI SEJARAH PERMAINAN SEPAK TAKRAW
2. MURID DAPAT MEMAHAMI SEBAHAGIAN DARIPADA PERATURAN PERMAINAN SEPAK TAKRAW

SOALAN ;
1. TAHUN BERAPAKAH PERMAINAN SEPAK TAKRAW DIPERKENALKAN DI MALAYSIA?
____________________________________________________________

2. TAHUN BERAPAKAH SUKAN PERMAINAN SEPAK TAKRAW DIPERKENALKAN DI PERINGKAT
ANTARABANGSA?
____________________________________________________________

3. NAMAKAN TIGA PANGGILAN KEPADA SETIAP PEMAIN SEPAK TAKRAW?
____________________________________________________________

4. BERAPAKAH SUKATAN RASMI PANJANG DAN LEBAR SEBUAH GELANGGANG SEPAK TAKRAW?
____________________________________________________________

5. BERAPAKAH SUKATAN RASMI TINGGI SEBUAH TIANG SEPAK TAKRAW?
_____________________________________________________________

6. APAKAH KEPERLUAN ASAS BAGI SEORANG PEMAIN SEPAK TAKRAW?
_____________________________________________________________

7. BERAPAKAH KIRAAN MATA KEMENANGAN BAGI SETIAP PERMAINAN SEPAK TAKRAW?
_____________________________________________________________

8. BERAPAKAH ORANG YANG DIBENARKAN BERMAIN BAGI SETIAP PASUKAN DALAM SATU PERMAINAN
SEPAK TAKRAW?
_____________________________________________________________

9. APAKAH KESALAHAN YANG BIASANYA DILAKUKAN OLEH SESEORANG PEMAIN SEPAK TAKRAW?
_____________________________________________________________

OLAHRAGA

SMK GUNSANAD 2

TUGASAN

(MEMBACA DAN LEKATKAN NOTA INI DI DALAM BUKU
OLAHRAGA ANDA)

LARIAN PECUT

PENGENALAN ACARA LARI PECUT

Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian
anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat
( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik
untuk membuat larian sepantas mungkin.. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru
hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka.
Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut :

a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.
b) Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut.
c) Tangan digerakkkan dengan pantas.
d) Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ).

Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa
kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan
acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak,
kelajuan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil
bahagian dan mungkin juga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang
sihat dan menyeronokkan.

Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak
mempunyai ciri-ciri yang membolehkan dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan
pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya
adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan
seseorang menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang.
Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak
langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai
kordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa
berlari. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan
dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga
2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada
latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang

ALATAN
i) Trek larian 400 meter
ii) Blok permulaan
iii) Baton

LATIHAN ANSUR MAJU
Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut, latihan
kekuatan kaki dan latihan pecutan.

a) Latihan mendorong
- Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan
- Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan
- Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari
untuk mengelakkan diri disentuh
- Lari berganti - ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan

b) Larian teknik pecut
- Berlari dengan melangkah panjang
- Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut
- Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
- Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
- Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
- Berlari menyepak ke belakang.
- Berlari dengan lutut tinggi dan memecut
- Latihan pergerakan tangan ; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di
siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.

c) Latihan kekuatan Kaki dan latihan pecutan
- Melonjak untuk jarak.
- Melangkah panjang ( bounding )
- Melonjak dan melangkah melepasi halangan.
- Melompat, memusing, mendekam, dan memecut.
- Berpasangan : Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

TEKNIK MULA LARI PECUT
Ada 2 teknik iaitu gaya berdiri dan gaya dekam.

Gaya Berdiri

i) Persediaan

- peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke garisan'
diberi.

ii) Ke garisan

- Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan
mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan
mengimbangkan badan.
- bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.

- condongkan badan.
- kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki
hadapan. Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.

iii) 'sedia'

- condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan
- bngkokkan lebih lutut kaki hadapan
- kaki belakang tolak ke tanah.
- badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel.

iv) 'Bang' atau 'mula'

- pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.

Gaya Dekam

- terbahagi kepada 3 iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.

FASA-FASA DAN TEKNIK-TEKNIK LARIAN
i) Fasa permulaan
ii) Fasa larian
a) Fasa pecutan
b) Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
c) Fasa larian di selekoh
iii) Fasa penamat

Fasa Permulaan
- terbahagi kepada 3 iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya panjang.

Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan
1. Gaya peluru
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
b) hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

2. Gaya sederhana
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

3. Gaya panjang
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau 1.5 tapak.
b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Memulakan Larian dengan Blok
- Gaya larian melibatkan 3 gaya iaitu :

1. Gaya peluru
- blok permulaan adalah rapat dngan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak
dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

2. Gaya sederhana
- gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua
tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

3. Gaya panjang
- blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari
bahagian hadapan blok hadapan.

Fasa Pecutan

- selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengmbil tempatnya di blok permulaan.

Kedudukan tangan
- tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk
dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antaa satu sama lain, diletak di
belakang garis mula.

Kedudukan kepala dan leher
- kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan
dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan
badan dicondong ke hadapan.

Pergerakan tangan dan kaki
- selepas ' bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan. Diikuti dengan
pergerakan kuat tangan dan kaki.
- tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan.
Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.
- Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki
hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30
hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak
langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan

- fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter.
- pecutan berlaku pada awal larian
-95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter.
- Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya aka ditentukan
oleh tahap daya tahan ototnya.

Teknik Penamat

- Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10
meter lebih dari jarak lariannya.
- Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat.
- Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian
torso ke hadapan.

Posted by KELAB OLAHRAGA
17.MEI.2021 (MONDAY)


Click to View FlipBook Version