EKSPEDISI SAMBIL BELAJAR
TEMPAT:
1. LKIM PORT DICKSON
2. GUNUNG DATUK, REMBAU
3. GUA BATU MALOI, TAMPIN
TARIKH:
14-15, 28-29 FEBRUARI 2019
ANJURAN:
UNIT BIOLOGI
KOLEJ MATRIKULASI JOHOR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1.0 PENDAHULUAN
Seseorang pendidik perlulah kuat dari segi ilmu teorinya dan ilmu praktikalnya.
Terutamanya bagi pensyarah Biologi yang ada mengajar subtopic ekologi, perlulah
kuat teori dan praktikalnya. Praktikal adalah dilapangan ekologi yang sebenar.
Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan, banyak
pengalaman”, maka kami telah bercadang untuk mengadakan ekspedisi sambil
belajar ke Gunung Datuk di Rembau, Pantai Tanjung Biru di Port Dickson dan Gua
Batu Maloi, Tampin. Ia merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan
untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar. Melalui
program ini juga, pensyarah dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman
dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih
memberangsangkan minat pelajar.
2.0 RASIONAL
Selaras dengan hasrat Negara, maka lawatan ini diadakan untuk memberi
pendedahan secara langsung kepada pelajar pelajar MS10,11,17 MT15. Melalui
aktiviti seperti ini, kefahaman pelajar berkenaan ekologi dan ekosistem akan dapat
dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang
penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk
memupuk minat mereka dalam bidang ekologi.
3.0 OBJEKTIF
1. Melatih cikgu dan pelajar berkaitan ekologi hutan dan kaedah pengkelasan
haiwan
2. Dapat membuka minda dengan suasana yang berlainan dan pengalaman
yang baru.
3. Dapat meningkatkan kefahaman pelajar tentang ekologi.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kelas Bilangan Pelajar
MS10 22
MS11 22
MT15 18
MS17 23
5.0 PELAKSANAAN
Tarikh : 14-15 Februari & 28-29 Februari 2020
Lokasi :
5.1 LKIM Port Dickson
5.2 Gunung Datuk, Rembau
5.3 Gua Batu Maloi, Tampin
JAWATANKUASA PELAKSANA / INDUK (Pengarah KMJ)
Penaung : TN. HJ. MOHD YUSOF BIN SAMAD (Ketua Jabatan Sains)
Penasihat : EN. NOR MAZLAN BIN ASRAR (Ketua Unit Biologi)
Pengerusi : EN. ELHAM BIN ISMAIL
Guru Pengiring Unit Tarikh
1 Mohd Amir Zakaria Biologi
2 Samandi Marguna Paboh Ko-Kurikulum 14-15 Februari
3 Khairul Bariah Sulaiman Biologi 2020
4 Nurfirzana Norjoharuddeen Biologi
1 Mohd Amir Zakaria Biologi 28-29 Februari
2 Mohamed Masturi Radi Biologi 2020
3 Rohayu Yusof Biologi
4 Shuhada Mohd Shulti Ko-Kurikulum
JAWATANKUASA KERJA & JUSTIFIKASI TUGAS
Bil Jawatankuasa Nama personel Spesifikasi tugas
Memastikan program
1 Penyelaras Mohd Amir Zakaria berjalan dengan lancar.
Membantu penyelaras
2 Naib Muhammad Afiq Azizi menjayakan program.
Penyelaras Mohamed Juwadi
1 Membantu penyelaras
1. Muhamad Syakir Hairudin dalam menjayakan
3 Naib (ketua) program.
Penyelaras 2. Nur Atikah Razis Menyediakan surat
2 1. Nur Imani Wahid (ketua) menyurat, menghubungi
2. Nurul Farah Ain Roslan pihak-pihak yang terlibat
4 Setiausaha dengan proram lawatan.
Menerima wang
5 Bendahari 1. Aisyah Mashuree (ketua) pendapatan, kutipan dan
2. Anis Sofea Ros Zulkifli sumbangan serta
mengawasi perbelanjaan
6 JK Media 1. Muhammad Shafiq Aiman dan menyelaraskan wang
keluar masuk.
Binti Muhammad Faizal Merekod aktiviti belajar
sepanjang perjalanan.
2. Aliah Izzati Binti Zulkipli
Menghubungi pihak
3. Nur Aliah Izati Binti Mohd bas,bayaran, memastikan
Rafi
7 JK 1. Joshua Kirrthan A/L Victor
Pengangkutan (ketua)
2. Muhammad Izzudin Bin mempunyai permit dan
Mohd Yazri insurans.
8 JK 1. Muhammad Ikmal Faez Menguruskan makan dan
minum murid sepanjang
Makanan Mohd Suhaimi (ketua) lawatan.
2. Muhammad Amir Bin Memastikan kebersihan
dijaga sepanjang tempoh
Samsudin lawatan dijalankan.
Menjaga keselamatan
9 JK 1. Nur Amelia Binti Azemi pelajar sepanjang aktiviti
dijalankan.
Kebersihan 2. Nurul Syuhada Binti Mohd
Zainuddin
10 JK 1. Muhamad Zaidi Bin
Keselamatan Zainudin (ketua)
2. Muhammad Nur Amirul
Haziq Bin Ridzuan
6.0 JADUAL PERANCANGAN KERJA
MINGGU/TARIKH TEMPAT CATATAN
16 Disember 2019 Hadapan Mesyuarat bersama ahli
perpustakaan jawatankuasa berhubung dengan
6-30 Januari 2020 pegawai yang berkaitan
30 Januari 2020 KMJ Latihan dan ujian kecerdasan
Balai Ilmu Mengadakan mesyuarat bagi
14-15 Februari 2020 membeli barang yang diperlukan.
1-18 Februari 2020 Negeri Sembilan Pelaksanaan lawatan MS10 & MT15
28-29 Februari 2020 KMJ Latihan dan ujian kecerdasan
Negeri Sembilan Pelaksanaan lawatan MS17 & MS11
TENTATIF PROGRAM AKTIVITI
TARIKH DAN MASA
14/28 FEBRUARI 2020 - Pelajar berkumpul di hadapan Dewan Seri Ledang
0700 jam - Bergerak ke destinasi pertama
0715 jam - Dijangka tiba di LKIM Port Dickson
0930 jam - Masuk ke Pusat Ikan Hiasan
1030 jam - Bergerak ke destinasi seterusnya
1130 jam - Dijangka tiba di Gunung Datuk
1145 jam - Diberi taklimat ringkas untuk mendaki gunung
1445 jam - Dijangka mula mendaki Gunung Datuk
- Tiba di puncak gunung, Rehat
1645 jam - Mula turun gunung
- Dijangka sampai di kaki gunung
1845 jam - Bergerak ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
1900 jam - Makan malam
15/29 FEBRUARI 2020
0600 jam - Bangun siap
0700 jam - Mendaki Bukit Senaling
0900 jam - Bergerak ke Gua Batu Maloi
1400 jam - Keluar gua
1430 jam - Makan tengahari
1500 jam - Pulang ke Kolej Matrikulasi Johor.
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
No PERKARA PERINCIAN ANGGARAN
BELANJAWAN
1. Pengangkutan Bas KMJ
-
2. Entrance Fee
RM 60.00
1. Tanjung Tuan RM 5.00
RM 2400.00/ trip
2. Gunung Datuk RM 5.00
3. Bukit Senaling RM10.00
4. Gua Batu Maloi RM40.00
JUMLAH ANGGARAN (RM60 x 40org)
8.0 KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM
Lawatan ini dijangka akan diadakan pada bulan Februari 2020. Peserta lawatan
akan menjalani program lawatan sambil belajar dengan memahami topik biodiversiti
seiring dengan ekosistem yang berkaitan sepanjang lawatan dijalankan. Disamping
itu, peserta lawatan juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dalam aktiviti
sosial ini untuk berkerjasama dalam menjayakan lawatan ini sesuai dengan aktiviti
untuk mendaki gunung dan memasuki gua.
9.0 JANGKAAN HASIL SELEPAS EKSPEDISI
Diharap lawatan ini dapat memberi kefahaman yang mendalam kepada para
peserta dalamtopik biodiversiti. Disamping itu, para peserta juga dapat
mengaplikasikan pengalaman yang diperolehi daripada lawatan ini untuk program
yang akan datang dan lebih bertanggungjawab dalam menjaga ekosistem dan alam
sekitar.
10.0 KESIMPULAN
Dengan adanya ekspedisi ini, ia dapat membantu pelajar dalam memahami
dengan lebih mendalam tentang ekologi yang akan dikaji. Ia juga diharap dapat
mendedahkan pelajar kepada pengalaman yang lebih luas dan memanfaatkan diri.