The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirbiologikmns, 2019-12-14 22:41:19

KERTAS KERJA TAMAN SAINS

`



KERTAS KERJA


PROGRAM BIODIVERSITI & EKOLOGI KMJ 2019









TEMPAT:

TAMAN SAINS KMJ







TARIKH:


14 OKTOBER 2019 – 10 NOVEMBER 2019









ANJURAN:


KELAB BIOLOGI



KOLEJ MATRIKULASI JOHOR


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Program Diversiti & Ekologi KMJ 2019
Kelab Biologi KMJ Sesi 2019/2020

1.0 PENDAHULUAN


Memandangkan era sains dan teknologi, mata pelajaran sains bukan sahaja melibatkan

pembelajaran di dalam bilik darjah atau makmal sains, pihak KPM memberi peluang
kepada setiap kolej matrikulasi untuk membina satu taman berkonsepkan sains dan

alam sekitar bagi memupuk pelajar meminati sains yang berkaitan dengan alam sekitar.


Taman sains yang sedia ada sudah tidak teratur dan tidak mengikut kaedah penanaman

terkini yang lebih mesra alam. Justeru itu, kelab biologi mengambil inisiatif untuk
membuat aktiviti penambahbaikan seperti penanaman hidroponik dan penghasilan

sayur-sayuran yang menggunakan baja organik. Selain daripada itu, penstrukturan

tanaman mengikut jenis pokok pada kawasan tertentu turut dilaksanakan. Ini bertujuan
untuk memudahkan pelajar mempraktikkan teori yang dipelajari di dalam kelas ke alam

sebenar secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran terlaksana
terutamanya dalam silibus semester 2 yang memerlukan pengenalpastian pokok

mengikut jenis seperti ‘C3 plant, C4 plant, CAM plant, Bryophytes, Pteridophytes,
Gymnosperm dan Angiosperm’.



Pengindahan persekitaran dengan lampu limpah akan dapat menjadikan kawasan ini
lebih cerah di waktu malam. Secara tidak langsung dapat dijadikan salah satu kawasan

pertemuan pelajar untuk perbincangan kumpulan. Susun atur adalah seperti di dalam
gambarajah dibawah ini.

Program Diversiti & Ekologi KMJ 2019
Kelab Biologi KMJ Sesi 2019/2020

Program Diversiti & Ekologi KMJ 2019
Kelab Biologi KMJ Sesi 2019/2020










































2.0 RASIONAL
2.1 Penstrukturan semula taman sains menjadi lebih teratur
(pokok serai dan pokok kayu manis dikumpulkan di satu kawasan sahaja)
2.2 Menyediakan tempat yang kondusif bagi pelajar untuk membuat aktiviti
pembelajaran dalam kumpulan pada waktu siang atau malam dengan
pemasangan lampu yang bersesuaian
2.3 Menjadikan taman sains sebagai sumber ilmu pada setiap masa dengan
wujudnya label untuk setiap kelompok tumbuhan dan poster yang ditampal di
sekeliling taman sains
2.4 Memaksimakan penggunaan ruang di taman sains dengan penanaman pokok
yang akan digunakan semasa eksperimen dan yang akan diajar mengikut silibus

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memupuk pelajar supaya meminati mata pelajaran sains yang banyak berkaitan
dengan alam sekitar
3.2 Guru serta pelajar boleh mengadakan beberapa aktiviti luar yang berkaitan
apabila taman ini telah ditambahbaik dari segi infrastruktur dan papan tanda
yang bersesuaian
3.3 Memupuk nilai-nilai murni kepada pelajar supaya cinta kepada tumbuhan/flora
3.4 Memberi alternative kepada pelajar untuk menjalani PdP diluar bilik darjah
dalam suasana yang menyeronokkan.

Program Diversiti & Ekologi KMJ 2019
Kelab Biologi KMJ Sesi 2019/2020


4.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar KMJ


6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA / INDUK

PENAUNG : TN. HJ. MOHD YUSOF BIN SAMAD
(Pengarah)

PENASIHAT : EN. NOR MAZLAN BIN ASRAR
(Ketua Jabatan Sains)

PENGERUSI : EN. ELHAM BIN ISMAIL
(Ketua Unit Biologi)

PENYELARAS : EN MOHD AMIR BIN ZAKARIA
PENOLONG PENYELARAS I: PN. MULYANI BINTI MUHAMAD EFFENDI
PENOLONG PENYELARAS II: PN. NOOR AINI BINTI KAMIN


8.0 JADUAL PERANCANGAN KERJA


Aktiviti Tarikh

Pembinaan rumah hidrofonik 14-26/10/2019

Menyemai & penanaman semula pokok bunga 31/10/2019 – 14/1/2020
Mengecat kawasan taman dengan cat “undercoat” 8-19/12/2020

Memasang pendawaian dan lampu 22/12/2019- 4/1/2020

Mengindahkan kolam 1/12/2019-1/2/2020
Mengecat struktur & tiang di laluan susur gajah 27-31/1/2020

Pemasangan papan tanda 1-6/2/2020


9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Harga Anggaran

Bil Perkara Kuantiti seunit Belanjawan
(RM) (RM)

1 Set kerusi meja batu 4 300 1200
2 Kerusi panjang batu 5 150 750

Program Diversiti & Ekologi KMJ 2019
Kelab Biologi KMJ Sesi 2019/2020

3 Cat air 5L (oren) 5 40 200

4 Cat air 5L (coklat) 5 40 200
5 Cat air 5L (putih) 5 40 200
6 Papan tanda berlapis (tunjuk arah) bertiang besi 7kaki 1 600 660

7 Papan tanda nama pokok (6inch x 12 inch) 50 25 1250
8 Papan tanda nama (1kaki x 1kaki) 49 50 2450

9 Papan tanda nama (2kaki x 2kaki) 1 80 80
Block replika ‘KMJ DIHATIKU’ 4inchx4inch
10 1 300 500
(stainless steel)

11 Set Tong kitar semula 1 580 580
12 Anak pokok 50 3.5 175

13 Hydroponic tray set 12 24 288
14 Hydroponic tier (3 level) 2 150 300

15 Top soil (3 ela) 1 50 150
16 Pasir (2 ela) 1 40 80

17 Peat grow 7 35 245
18 Batu kerikil halus (tan) ½ 300 150
19 Batu bata merah 50 0.5 25

20 Pasu putih 12x10inch 10 40 400
21 Thinner 1 10 10

22 Berus cat 10 10 100
23 Bekas cat 10 10 100
24 Botol benih cendawan 500 3 1500

25 Botol spray 10 10 100
26 Kain net serungkup hitam (gulung) 1 100 100

27 Dettol 500mL 5 20 100
28 Tuala (helai) 10 15 150

29 Tanah organik (kampit) 2 50 100
30 Baja (1 kg/ kampit) 5 10 50

31 Pasu (buah) 100 4 400
Lantera lampu limpah (LED), 240V termasuk harga
32 4 750 3000
tenaga kerja, jentera & bahan

Lengkapan lampu cahaya limpah bermateri PAR 38,
33 10 80 800
60W (LED)

Program Diversiti & Ekologi KMJ 2019
Kelab Biologi KMJ Sesi 2019/2020

Mata lampu dengan suis menggunakan kabel 2 x
34 1.5mm persegi l/d kabel perlindungan bagi lantera 4 500 2000

lampu limpah 300W
Mata lampu dengan suis menggunakan kabel 2 x

35 1.5mm persegi l/d kabel perlindungan bagi lantera 10 95 950
lampu limpah bermateri PAR 38, 60W (LED)
Jumlah 19343




10.0 KESIMPULAN


Melalui program ini, Taman Sains dapat distruktur semula dengan penanaman pokok-

pokok yang bersesuaian, penambahan infrastruktur seperti penyediaan set meja kerusi
dan lampu-lampu bagi menyediakan persekitaran yang kondusif untuk kegunaan warga

kolej. Selain itu, penambahan pemasangan papan tanda yang bersesuaian juga
memudahkan pihak luar untuk mengetahui lokasi tempat berdekatan taman ini.




15.0 SYOR

Pihak Pengurusan Kolej Matrikulasi Johor adalah dipohon untuk memberi

pertimbangan kepada cadangan program yang dinyatakan di atas serta peruntukan yang
berkaitan dengannya. Perkara ini seterusnya diangkat untuk pertimbangan dan

kelulusan tuan.



Disediakan oleh :



(MOHD AMIR BIN ZAKARIA)
Penyelaras Program Diversiti & Ekologi KMJ

Unit Biologi
Kolej Matrikulasi Johor

Tarikh:


Click to View FlipBook Version