The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AHMAD NURAZ BIN ANIS AHMAD Moe, 2021-03-21 01:30:36

Makanan tradisional

Makanan tradisional

MAKANAN TRADISIONAL
MALAYSIA

BY AHMAD NURAZ B ANIS AHMAD
6 INOVATIF

SEKOLAH KEBANGSAAN JELUTONG BARAT

BAULU

• BAULU DIPERBUAT DARIPADA TELUR ITIK,TEPUNG GANDUM
DAN GULA. MEMBUAT BAULU SEPERTI MEMBUAT KEK.
TELUR DIPUKUL TERLEBIH DAHULU SEBELUM NAIK.
KEMUDIAN,TEPUNG GANDUM DAN GULA DIADUN TELUR
DAN DIULI. ADUNAN DIBAKAR DALAM SATU ACUAN
PEMBAKAR KHAS. BARA API DARIPADA TEMPURUNG ATAU
ORANG MEMBAKAR ADUNAN DARI BAWAH DAN ATAS
ACUAN PEMBAKAR. DENGAN CARA INI BAULU AKAN
MASAK SEPERTI KEK DIBAKAR DI DALAM KETUHAR.

LEMPUK

• LEMPUK DIBUAT DARIPADA ISI DURIAN. ISI DURIAN TIDAK
BOLEH DISIMPAN LAMA. OLEH ITU ISI DURIAN MESTI
DIMAKAN SEGAR SEBAIK SAHAJA DURIAN DIKOPEK.
APABILA BERLEBIHAN,ISI DURIAN DIBUAT LEMPUK BOLEH
TAHAN BERBULAN-BULAN LAMANYA. ISI DURIAN DIMASAK
DI DALAM KUALI BESAR ATAU KAWAH. ISI DURIAN YANG
DIMASAK BERWARNA HITAM. APABILA SUDAH
SEJUK,LEMPUK DIISIKAN KE DALAM BEKAS ATAU DIBALUT
DENGAN PLASTIK.

DODOL

• DODOL DIPERBUAT DARIPADA TEPUNG BERAS
YANG DICAMPUR SANTAN DENGAN GULA.
TEPUNG BERAS,SANTAN DAN GULA DIKACAU
BEBERAPA LAMA SEHINGGA MENJADI SEBATI.
ADUNAN YANG SEBATI INI DIMASUK DI DALAM
KAWAH IAITU KUALI YANG BESAR. DODOL YANG
TELAH MASAK BERWARNA HITAM. APABILA SUDAH
SEJUK,DODOL DIBALUT DENGAN PLASTIK ATAU
DIISIKAN KE DALAM BEKAS.

TAPAI

• TAPAI DIBUAT DARIPADA UBI KAYU. UBI KAYU
DIBERSIHKAN LALU DIPOTONG PENDEK-PENDEK.
UBI KAYU ITU DIREBUS SUPAYA SETENGAH MASAK.
UBI KAYU KEMUDIAN DIMASUKKAN KE DALAM
BEKAS. RAGI DICAMPUR KEPADA UBI KAYU ITU LALU
DIPERAM SELAMA PERAMAN IALAH TAPAI YANG
LEMBUT LAGI MANIS.

ROTI CANAI

• ROTI CANAI DIPERBUAT DARIPADA TEPUNG GANDUM.
TEPUNG GANDUM DIADUN DENGAN MARJARIN DAN
SEDIKIT GARAM. ADUNAN ITU DIULI DAN DIPERAM
BEBERAPA JAM. ADUNAN YANG DIPERAM ITU DITEBAR DAN
DILIPAT-LIPAT. SEDIKIT MINYAK DITUANG KE ATAS PEMBAKAR
KHAS YANG DIPANASKAN. ADUNAN YANG BERLIPAT-LIPAT
ITU DIBAKAR DI ATAS PEMBAKAR ITU. ROTI CANAI DIBALIK-
BALIK SUPAYA MASAK RATA.

NASI ULAM

• NASI ULAM IALAH NASI YANG DIMAKAN DENGAN ULAM-
ULAM. ULAM-ULAM ITU SEPERTI DAUN KESUM,KACANG
PANJANG,TIMUN,SERAI DAN LAIN-LAIN. SELAIN
ITU,DISEDIAKAN SAMBAL YANG DIBUAT DARIPADA IKAN
DAN KELAPA YANG DIGORENG. ULAM-ULAM ITU DIHIRIS
DAN DIGAUL DENGAN NASI. NASI ULAM DIMAKAN
DENGAN SAMBAL IKAN ATAU LAUK-PAUK LAIN JIKA PERLU.

NASI HIMPIT

• NASI HIMPIT DIBUAT DENGAN CARA MENANAK NASI DENGAN MENGGUNAKAN BANYAK AIR.
NASI ITU AKAN MENJADI LEMBIK DAN MUDAH DIMAMPAT. NASI YANG PANAS ITU DIMAMPAT
KE DALAM BEKAS LOYANG DAN DIBIARKAN SEJUK SEMALAMAN. PADA KEESOKAN
HARINYA,NASI HIMPIT ITU DIPOTONG KECIL-KECIL DAN DIMAKAN DENGAN KUAH
KACANG,SATE,RENDANG ATAU DIBUAT LONTONG.

NASI LEMAK

• NASI LEMAK MERUPAKAN MAKANAN KEGEMARAN BAGI ORANG MALAYSIA DAN SINGAPURA
TERUTAMANYA BAGI SARAPAN PAGI. NASI LEMAK MERUJUK KEPADA NASI YANG DIMASAK
DENGAN MENGGUNAKAN SANTAN KELAPA,BAGI MENAMBAH RASA LEMAKNYA.
KADANGKALA,DAUN PANDAN DIMASUKKAN SEMASA NASI LEMAK DIMASAK BAGI
MENAMBAHKAN AROMANYA. KAUM MELAYU MAKAN NASI LEMAK DENGAN TELUR
KUKUS,TIMUN,IKAN BILIS GORENG DAN SAMBAL. TETAPI KINI PELBAGAI HIDANGAN DISAJIKAN
BERSAMA NASI LEMAK SEPERTI AYAM,DAGING,SOTONG,UDANG,LIMPA DAN HATI LEMBU.

TERIMA KASIH

• TERIMA KASIH KERANA MELIHAT E-BOOK SAYA


Click to View FlipBook Version
Previous Book
BUKU PROGRAM PERSARAAN SYP 2
Next Book
RPT PSSAS T4