1 MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN BIL 2 (2023) Tarikh : 25.10.2023 Masa : 2:00 petang Tempat : Bilik TS25 Pentadbir : En. Mohamad Zahlan bin Abu Hassan Kehadiran(Bilangan) : 9/11 (Rujuk Lampiran) AGENDA MESYUARAT 1.0 Ucapan Pengerusi / Ketua Panitia 2.0 Ucapan Pentadbir (GPK Hal Ehwal Murid) 3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bilangan 1/2023 4.0 Perkara Berbangkit 5.0 Analisis Pentaksiran Pertengahan Tahun & PBD 2023 / 2024 6.0 Program Panitia 6.1 Pencarian Bakat Muda ( Tahun 3 – Tahun 5 ) • Olahraga ( Balapan ) & Olahraga ( Padang ) • Dodgeball (L) & (P) • Ragbi Sentuh (P) • Lompat Tali (L) & (P) • Senamrobik (L) & (P) • Sepak Takraw (L) • Kriket 6.2 Pelaksanaan Standard Pengukuran BMI ( 5 Tahun – Tahun 3 ) (Penggal 2) dan Ujian SEGAK ( Penggal 2 ) 6.3 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 6.3.1 Penggubal soalan peperiksaan (Tahun 4 – Tahun 6) 7.0 Kewangan 7.1 Pembelian Alatan Sukan 7.2 Tempah Banner Program Panitia 8.0 Hal-hal lain. 9.0 Ucapan Penangguhan
2 1.0 Ucapan Pengerusi / Ketua Panitia 1.1 Pengerusi, En Mohd Hazwani bin Abd Wahab selaku Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir iaitu pihak pentadbir dan ahli-ahli panitia untuk Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) Kali Ke-2. 2.0 Ucapan Pentadbir (En. Mohamad Zahlan bin Abu Hassan, GPK HEM) 2.1 Beliau mengucapkan terima kasih dan menasihatkan sebarang kekurangan dari apa yang dijalankan oleh panitia boleh dibaiki dan cadangan yang baik boleh di laksanakan untuk kebaikan panitia PJPK. Tindakan : Makluman 3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bilangan 1/2023 3.1 Pn. Siti Aishah bt Puasa mencadangkan minit mesyuarat bilangan 1/2023 disahkan. Pn. Zalina bt A Hamid menyokong cadangan tersebut. Tindakan : Makluman 4.0 Perkara Berbangkit 4.1 Perkara berbangkit tentang pengendalian Ujian Akhir Sesi Akademik bagi matapelajaran PJPK. Cadangan tentang cara pelaksanaan UASA PJPK 70% amali (PJ) dan 30% bertulis (PK) tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan masa dan belum dapat menyiapkan rubrik pemarkahan bagi ujian Amali 70%. 4.2 Rubrik pemarkahan untuk ujian amali 70% akan dilaksanakan pada tahun hadapan dan 1 PLC untuk membina rubrik ujian amali akan dijalankan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian oleh KP. 4.2 Pemberatan bagi UASA PJPK 2023 untuk tahap 2 adalah 20 PJ dan 30 PK. Guru boleh rujuk pada buku kerja terbitan SASBADI untuk kertas soalan. Rujuk lampiran untuk penggubal soalan pentaksiran akhir sesi akademik bagi tahap 2. 4.3 Penyediaan rekod keluar masuk alatan PJ. Penyediaan rekod keluar masuk alatan PJ akan diadakan selepas selesai membeli alatan tambahan PJ, mengemas stor, menyusun atur alatan PJ agar mudah untuk mengambil dan memeriksa alatan PJ yang ada. Sekiranya ada rezeki, KP berhasrat untuk membuat 1 pintu menghala ke padang bagi memudahkan proses mengambil dan memulangkan alatan PJ. Tindakan: Makluman 5.0 Analisis Pentaksiran Pertengahan Tahun 2023 / 2024 5.1 Analisa PPT menunjukkan 81.8% murid tahun 4 menguasai, 95.9% murid tahun 5 menguasai dan 93% murid tahun 6 menguasai. Manakala Analisa PBD menunjukkan 100% murid tahun 1 menguasai, 100% murid tahun 2 menguasai,
3 99.1% murid tahun 3 menguasai, 98.9% murid tahun 4 menguasai, 100% murid tahun 5 menguasai dan 100% murid tahun 6 menguasai. Analisa selebihnya dalam lampiran yang disediakan. Tindakan : Makluman 6.0 Program Panitia 6.1 Pencarian Bakat Muda ( Tahun 3 – Tahun 5 ) bagi sukan olahraga ( balapan & padang), dodgeball (L) & (P) ragbi sentuh (P) ,lompat tali (L) & (P), senamrobik (L) & (P) , sepak takraw (L) dan kriket telah dilaksanakan oleh En. Mohd Hazwani semasa aktivti PdPc PJ. Pencarian bakat muda bagi acara olahraga ( balapan & padang) dapat dilakukan semasa Latihan rumah sukan dan semasa kejohatan olahraga tahunan kali ke-44 akan datang. Beliau telah mengenalpasti murid yang berbakat semasa PdPc PJ. Pasukan sepak takraw akan dilaksanakan kerana sekolah mempunyai peralatan permainan sepak takraw yang mencukupi. Sokongan dan penglibatan ibu bapa amat diperlukan dalam mencungkil bakat murid. Oleh itu apabila senarai bakat muda telah ditetapkan nanti, semua ibu bapa yang terlibat akan dimasukkan dalam satu kumpulan ‘Whatsapp’. 6.2 Pelaksanaan Ujian SEGAK penggal 2 akan dilaksanakan pada 22 hingga 24 Nov. 2023 dari jam 8:00 pg. – 10:40 pg. Manakala Standard Pengukuran BMI ( 5 Tahun – Tahun 3 ) (Penggal 2) akan mula dilaksanakan pada 29-30 Nov. dan 1 Dis. 2023 dari jam 8:00 pg. – 10:10 pg. Guru yang terlibat adalah guru PJ tahap 2. Selepas dapat keputusan SEGAK dan BMI 5-9T, intervensi perlu dilakukan dengan memikirkan aktiviti dan cara pelaksanaan intervensi yang boleh dilakukan bagi membantu murid meningkatkan kecergasan dan mengatasi masalah obesiti. Pn. Norslawati turut mencadangakan, pertandingan seperti ‘push up challenge’ dan lompat bintang boleh dilaksanakan. 6.3 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan PBD bagi tahap 2. Pemberatan bagi UASA PJPK 2023 untuk tahap 2 adalah 20 PJ dan 30 PK . Penggubal soalan ada dilampiran yang disediakan. Bagi tahap 1, terpulang kepada guru MP Tahap 1 dalam menentukan cara pentaksiran PBD mengikut kelas masing-masing. Tindakan : KP dan semua ahli Panitia
4 7.0 Kewangan 7.1 Pembelian alatan sukan. Panitia masih mempunyai duit sebanyak RM2047.79 dan pada tahun ini, panitia ada membuat belian alatan seperti bola sepak dan bola tampar. Guru-guru PJPK boleh mencadangkan peralatan lain yang boleh dibeli 7.2 Tempah Banner Program Panitia : Panitia akan membuat tempahan banner bagi program panitia seperti ujian SEGAK dan Standard Pengukuran BMI 5-9T. Tindakan: Makluman 8.0 Hal-hal lain 8.1 Aktiviti gotong-royong bagi mengemas bilik PJ akan dilaksanakan pada satu masa yang akan ditetapkan. Alatan akan disusun supaya mudah untuk melihat dan mengambil alatan. Tindakan: Semua guru PJPK 9.0 Ucapan penangguhan 9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas semua kerjasama yang diberikan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:55 petang. Disediakan oleh: Disahkan oleh: …………………………… ………………………………. ( Pn. Nurul Ashikin Binti Ahmad Noor) (En. Mohd Hazwani bin Abd Wahab) SU Panitia Ketua Panitia, PJPK. PJPK. Mohd Hazwani
5 LAMPIRAN REKOD KEHADIRAN MESYUARAT PANITIA PJPK KALI KEDUA BAGI SESI AKADEMIK 2023/2024 BIL NAMA JAWATAN 1. EN. MOHD HAZWANI BIN ABD WAHAB (KETUA PANITIA) 2. PN. NURUL ASHIKIN BINTI AHMAD NOOR (SETIAUSAHA PANITIA) 3. EN. MOHAMAD ZAHLAN BIN ABU HASSAN GPK HEM 4. PN. NORSLAWATI BINTI SULAIMAN GPK KOKU & AJK 5. CIK NOOR ILHAM BINTI HARON AJK 6. PN. HAIDI FADILAH BINTI ABDULLAH HALIM AJK 7. PN FARIZA BINTI MD SALLEH AJK 8. PN. ZALINA BINTI A. HAMID AJK 9. PN. SITI AISHAH BINTI PUASA AJK Guru yang tidak hadir : 1) Cik Hazirah bt Azhar (Silat) 2) Pn. Masliana bt Mustafar (Tarian) SENARAI PENGGUBAL SOALAN UASA PJPK GURU/PENYELARAS TAHUN CIK NOOR ILHAM BINTI HARON PJPK TAHUN 4 PN. SITI AISHAH BINTI PUASA PJPK TAHUN 5 EN. MOHD HAZWANI BINTI ABD WAHAB PJPK TAHUN 6