The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NILAI UNIVERSAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN GLOBAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dingmingdan636, 2022-10-15 11:07:47

NILAI UNIVERSAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN GLOBAL

NILAI UNIVERSAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN GLOBAL

NILAI UNIVERSAL
MASYARAKAT

MALAYSIA DAN
GLOBAL

KANDUNGAN 3

Pengenalan 4
5
Nilai-nilai 6
7
Baik hati 8
Berdikari 9
Berhemah tinggi 10
Hormat 11
Kasih saying 12
Keadilan 13
Kebebasan 14
Keberanian 15
Kejujuran 16
Toleransi 17
Kesyukuran 18
Harmoni 19
Berdisiplin 20
Berwawasan 21
Hidup Bermasyarakat 22
Patriotisme 23
Rasional 24
Kesederhanaan
Kerjasama 2
Kerajinan
Kepentingan Memperlajari Nilai Murni

PENGENALAN

Nilai dianggap sebagai batu asas kepada pembinaan
tamadun. Nilai adalah sebagai alat atau ukuran sama ada
sesuatu perlakuan itu baik atau boleh diterima oleh sesuatu
masyarakat atau sebaliknya. Nilai merupakan suatu kriteria
yang penting bagi mengukur perubahan, kemajuan, sikap,
tingkah laku, perlakuan, tindakan, amalan, motif, pemikiran,
kesedaran, pendapat, perasaan dan segala aspek kehidupan
manusia. Nilai merupakan satu unsur yang dinamik dalam
kebudayaan. Nilai boleh mencorakkan perubahan budaya
sesuatu masyarakat dan nilai juga boleh menyebabkan
sukarnya berlaku perubahan dan kemajuan dalam sesuatu
masyarakat.

3

BAIK HATI

Baik hati bermaksud kepekaan terhadap perasaan dan
kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberikan
bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas. Baik hati
merujuk kepada sifat seseorang yang baik, suka tolong
menolong, dan juga diertikan kepada seorang yang
penyayang. Sikap baik hati dapat ditanamkan diri dengan
melakukan kebiasaan-kebiasaan baik. Misalnya, bersikap
murah hati. Selain itu, sikap baik hati juga dapat ditunjukkan
melalui perasaan simpati dan empati terhadap orang lain.

Contoh
• Natasha membantu cikgu Rohaniah mengangkat buku
latihan ke pejabat.
• Aiman menolong kakaknya untuk mengemas dapur
yang berselerak.
• Ali membawa kawannya yang terjatuh pergi ke klinik
untuk mendapat rawatan dengan segera.

4

BERDIKARI

Istilah berdikari merupakan suatu sikap mandiri dan tidak
bergantung kepada orang lain.Sifat kemandirian ini sebisa
mungkin harus ditanamkan sejak seseorang berusia muda,
setidaknya saat seorang anak telah mampu dalam melakukan
sesuatu, seperti makan atau berpakaian sendiri. Kemandirian
tersebut dapat membawa beragam manfaat, salah satunya
adalah menumbuhkan rasa percaya diri seseorang.

Contoh
• Ali mengulangkaji pelajaran sebelum peperiksaan.
• Aina mengemaskan bilik tidur setiap hari.
• Abu bekerja sambilan pada masa cuti.

5

BERHEMAH TINGGI

Nilai berhemah tinggi bermaksud beradab sopan dan berbudi
pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

Ciri-ciri
• Mempunyai tingkah laku yang sopan
• Mempunyai budi bahasa yang tinggi
• Bersikap ramah mesra tanpa mengira status
• Tidak angkuh,sombong dan menunjuk- nunjuk dalam

pergaulan
• Tidak mengasingkan diri dengan orang lain
• Kepentingan nilai hemah tinggi dalam kehidupan:
• Meningkatkan imej diri
• Dihormati dan disanjung orang lain
• Mudah menyesuaikan diri di mana-mana sahaja
• Mewujudkan suasana selesa dalam apa-apa jua situasi atau

keadaan
• Menjadi teladan baik untuk golongan yang baik

6

HORMAT

• Bekerjasama tanpa mengira kaum, agama, harta

dan pangkat
• Memberi layanan mesra, sopan dan penghormatan

kepada orang lain
• Menghargai budi, jasa, pendapat dan kebolehan

orang lain Ciri-ciri

• Nilai hormat ialah menghargai dan memuliakan seseorang

dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan.

Contoh
• Merujuk kepada sifat seseorang yang baik, suka tolong
menolong, dan juga diertikan kepada seorang yang
penyayang.
• Apabila cikgu Mary masuk ke dalam kelas, pelajar
diam dan berdiri.

7

KASIH SAYANG

Perasaan kasih sayang bukan hanya bisa dirasakan, tapi juga
bisa ditunjukkan melalui tindakan. Dengan adanya kasih
sayang, kehidupan seseorang akan terasa nyaman sehingga
hubungan dengan orang lain pun akan menjadi lebih
harmonis.Bahkan kasih sayang tidak hanya dapat ditunjukkan
kepada sesama manusia, misalnya merawat hewan dan
tanaman pun juga termasuk contoh kasih sayang kita terhadap
mereka.

Contoh

Anak menunjukkan kasih sayang terhadap ibu bapa:
• Menjaga ibu bapa dengan baik
• Memberi layanan yang mesra dan sopan
• Sentiasa berada di sisi mereka
• Mematuhi suruhan ibu bapa dan tidak mengengkari arahan

mereka

8

KEADILAN

Definisi keadilan ialah tindakan dan keputusan yang saksama
serta tidak berat sebelah.

Contoh
• Guru memberi markah dengan adil berdasarkan

pencapaian pelajar dan bukan kerana ukuran kecantikan
dan kekayaan keluarga pelajar tersebut.
• Sentiasa menyiasat dan mengkaji sesuatu perkara
sebelum membuat keputusan.
• Memberi gaji atau ganjaran kepada pekerja berdasarkan
pengalaman dan kemahiran.
• Menjatuhkan hukuman setimpal dan wajar berdasarkan
undang-undang dan Perlembagaan Negara yang
digubalkan oleh kerajaan negara.
• Tidak dipengaruhi oleh pujuk rayu orang lain dalam
membuat keputusan yang wajar dalam sesuatu kes atau
situasi.

9

KEBEBASAN

Definisi Kebebasan ialah bebas melakukan sesuatu tertakluk
kepada peraturan dan undang-undang.

Contoh
• Kebebasan bersuara
• Kebolehan berucap/mengeluarkan fikiran
• Kebebasan berucap dengan batasan tertentu
• Kebebasan beragama
• Kebebasan menganuti agama
• Kebebasan mengamalkan agama
• Penglibatan diri dalam pembangunan negara
• Kebebasan melibatkan diri dalam pembangunan

negara
• Mematuhi undang-undang/perlembagaan

10

KEBERANIAN

Definisi Keberanian ialah kesanggupan untuk menghadapi
cabaran dengan yakin dan tabah.

Contoh
• Menyertai sebarang pertandingan
• Menyertai aktiviti kembara seperti berkhemah di hutan,

dan mengharung sungai.

11

KEJUJURAN

Definisi Kejujuran ialah bercakap benar, bersikap amanah dan
ikhlas dalam setiap perlakuan.

Contoh
• Meminta uang pembayaran sekolah sesuai dengan jumlah

yang sebenarnya, jangan sekali-kali kamu meminta uang
lebih banyak dari jumlah uang yang seharusnya dibayar
• Memberitahukan orangtua jika menemukan uang yang
terjatuh di lingkungan rumah, usahakan agar kamu tidak
mengambil uang tersebut karena uang tersebut bukan
milikmu.
• Tidak mengambil uang orangtua secara diam-diam
walaupun itu hanya uang 500 rupiah atau 1000 rupiah,
kebiasaan mengambil orangtua bisa menjadikan anda
menjadi anak yang tidak jujur

12

TOLERANSI

Definisi toleransi ialah kesanggupan bertolak ansur, sabar dan
mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan
dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Contoh

• Encik Latif bertolak ansur dengan jirannya kerana anak
jirannya sering meminta pertolongan daripadanya untuk
aktiviti berkebun.

• Tina tidak suka persengkataan dalam perbualan harian
dengan rakan dengan mengelakkan perbincangan isu-isu
sensitif.

• Kamal tidak marah apabila keretanya dilanggar oleh
pemandu lain kerana dia tahu kemalangan ialah perkara
yang tidak boleh dielakkan dalam kehidupan.

• Aminah tidak bersikap perkauman apabila mencari kawan
untuk dibual dan bersukan kerana dia tahu perkauman itu
boleh menyebabkan perasaan tidak senang hati.

13

KESYUKURAN

Bersyukur adalah perasaan menghargai dan menghargai
sesuatu yang diterima, rohani atau material, yang dinyatakan
dalam keinginan sukarela untuk korespondensi melalui kata-
kata atau melalui isyarat. Kerana itu adalah perasaan, rasa
syukur bukanlah kewajiban.Perasaan syukur tidak berlaku
ketika orang itu sesuai, kerana dia menganggap kebaikan yang
diterima sebagai tidak dapat dihayati, kekal atau tidak ternilai.

Contoh
• Saya akan sentiasa bersyukur dengan pendidikan yang

diberikan oleh ibu bapa saya

14

HARMONI

Prinsip harmoni berkait rapat dengan penyatuan objek atau
elemen-elemen rekaan yang sama dalam sesebuah gubahan
secara tersusun, teratur dan bersesuaian.
Gabungan unsur-unsur tersebut dapat mewujudkan gabahan
yang menyenangkan dari segi tampak dan menimbulkan
kesan keindahan, keselesaan dan keseimbangan serta
ketenangan.

Ciri-ciri
•Mampu menghasilkan kesatuan apabila penyusunan unsur-
unsur rupa dan bentuk menghala ke arah yang sama.
•Prinsip harmoni tidak akan wujud sekiranya terdapat unsur
yang bercanggah dalam sesebuah gubahan.

15

BERDISIPLIN

Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi

undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau

dengan kerelaan sendiri.

Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja

atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan

menghormati hak individu lain

Contoh

• Taat akan suruhan agama
• Memahami dan mematuhi peraturan-peraturan
• Menepati waktu
• Rajin dan berdaya usaha
• Jujur dan ikhlas
• Sentiasa bersedia berkhidmat dan bekerjasama
• Berbudi bahasa, bersopan-santun dan berdiplomasi
• Bersih, cekap, amanah
• Menghormati orang lain
• Kasih dan sayang kepada ibu bapa
• Berfikiran luas dan berpandangan jauh

16

BERWAWASAN

Definisi berwawasan ialah mempunyai pandangan jauh
tentang kemajuan atau perkembangan masa depan sesuatu.

Ciri-ciri
• Mempunyai personaliti yang mulia
• Mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi
• Bersemangat patriotik
• Bertanggungjawab
• Tidak berputus-asa
• Berani mencuba sesuatu yang baru

17

HIDUP BERMASYARAKAT

• Kemakmuran sesebuah negara adalah tergantung sejauh mana
kemantapan dan keutuhan hubungan pada setiap lapisan
masyarakatnya. Hubungannya yang erat adalah antara ciri-ciri
masyarakat yang berkualiti.

• Iaitu sebuah masyarakat yang bukan sahaja berjaya
mewujudkan suasana harmoni dan aman sesama mereka bahkan
menjadi aset paling penting kepada negara dalam usaha
membangun dan memajukan negara baik ketika senang
mahupun susah.

• Menyedari akan hakikat inilah maka Islam awal-awal lagi telah
menekankan betapa pentingnya menjalinkan hubungan erat di
kalangan masyarakatnya. Suruhan tersebut tidak hanya terhad
kepada sesama masyarakat Islam sahaja malahan melepasi batas
agama, bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan sebagainya.

18

PATRIOTISME

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan
menolong terhadap 'tanah air' oleh individu-individu dan
kumpulan-kumpulan. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti:
bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak
memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan
identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Pada zaman
dulu ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu
dikorbankan. Gugur dalam pertempuran merupakan contoh
biasa bagi patriotisme melampau.

Ciri-ciri

• Bersemangat cinta akan negara dan bangsa
• Berbangga sebagai rakyat Malaysia
• Bersemangat kekitaan
• Berdisiplin
• Berusaha dan produktif

19

RASIONAL

Dapat berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan

akan mengambilkan tindakan berasaskan pertimbangan yang

wajar.

Contoh

• Sebagai ketua pasukan,Satish memikirkan cadangan ahli
kumpulannya sebelum membuat sesuatu keputusan.

• Suzana sanggup menerima teguran guru dengan hati yang
terbuka kerana kesalahan menyalin latihan matematik
daripada rakannya dan tidak membuat sendiri.

• Zaidi memberi nasihat kepada rakannya yang terlibat
dalam kegiatan bohsia.

• Penduduk Kampung Makmur membuat laporan polis
apabila berlakunya kes pecah rumah di kampung tersebut.

• Cindy Tan tidak melakukan perbuatan yang melanggar
peraturan kerana memikirkan kesan tindakan disiplin
yang tegas oleh pihak pentadbir sekolah.

20

KESEDERHANAAN

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan
dan tindakan sama ada dalam pemikiran,pertuturan, atau
perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang
lain.

Contoh
• Encik Lim tidak kedekut membelanjakan wang,terutamanya

untuk menderma kepada orang yang memerlukan bantuan.
• Harris tidak membuat tuntutan secara berlebihan daripada

majikannya kerana tuntutan yang berlebihan akan
menyebabkan kos syarikat meningkat.
• Lawrence sentiasa berfikir secara rasional apabila membuat
sesuatu keputusan atau ketika mengambil sesuatu tindakan.
• Rita mangawal pertuturannya dengan rakannya supaya tidak
melampaui batas agar menjaga nama baik diri sendiri dan
sekolah serta keluarganya.
• Usha berpakaian sopan apabila pergi ke majlis kenduri
rakannya.

21

KERJASAMA

Nilai murni 'kerjasama' dapat didefinisikan sebagai usaha

yang dilakukan bersama-sama atau saling membantu

antara dua atau beberapa pihak.. Masyarakat berbilang

kaum yang tinggal di negara Malaysia hidup dalam

keadaan aman dan harmoni.Tanpa perpaduan dalam

kalangan masyarakat,negara akan menjadi huru-hara dan

tidak stabil.

Contoh

• Meraikan hari perayaan bersama-sama
• Aktiviti bergotong-royong akan mewujudkan

semangat kerjasama antara kaum.
• Bantuan dan sokongan yang diluhurkan dapat

meringankan beban yang dipikul oleh setiap anggota
masyarakat.
• Penglibatan murid-murid yang terdiri daripada
pelbagai kaum dalam suatu aktiviti dapat mewujudkan
kemesraan.

22

KERAJINAN

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat
ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi, dan berdaya
maju dalam melakukan sesuatu perkara.

Contoh

• membuat banyak latihan dalam mata pelajaran
Matematik supaya mendapat keputusan yang cemerlang.

• mempunyai hati yang cekal untuk menghadapi kegagalan
dan bertekad untuk mendapat keputusan yang lebih baik
pada masa akan dating

• sentiasa menunjukkan daya inisiatif dengan membuat
persediaan awal tentang pelajaran yang akan diajar oleh
gurunya pada keesokan hari.

23

KEPENTINGAN
PENDIDIKAN MORAL

Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada
setiap orang supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari
norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai
murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi
merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan
Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk
membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan
peranan penting untuk memastikan wujudnya nilai-nilai murni dalam
diri anak-anak mereka.

Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan
yang berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari
sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika
tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka
mereka akan menjadi generasi yang akan merugikan negara pada masa
kelak. Hal ini kerana, nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana
kehidupan yang harmoni di Malaysia.

24


Click to View FlipBook Version