Politeknik Kota Bharu (PKB) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam yang bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Politeknik Kota Bharu mula beroperasi pada 1985 di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Bunut Susu , Kelantan.
Politeknik Kota Bharu telah berpindah ke kampus kekalnya pada tahun 1988 di Kok Lanas, Ketereh.
Pada awal penubuhannya, bilangan pelajar adalah seramai 400 orang dengan 44 orang tenaga pengajar. Kini PKB mempunyai 4259 orang pelajar dengan 422 orang staf akademik dan 127 orang staf bukan akademik. PKB menawarkan pelbagai program pengajian di bawah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Perdagangan.