The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aidajke1980, 2021-07-08 12:58:53

Disiplin Pelajar dan Akta 174

Disiplin Pelajar dan Akta 174

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR , PKB

MENANGANI SALAH LAKU PELAJAR

• Semua Politeknik Malaysia,UiTM,IPG,Kolej Matrikulasi dan Kolej Komuniti mengguna
pakai Akta 174 dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya.

KES SALAH LAKU PELAJAR

• Kes-kes yang melibatkan mahkamah sama ada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.
• Kes-kes yang melibatkan perbicaraan di dalam Politeknik.
• Kes-kes di bawah Kaedah 26A melibatkan Denda Terus/Saman

1) Kes-Kes Melibatkan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil
• Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) Kaedah
14 (1) Jika seseorang pelajar suatu institusi dipertuduh atas suatu
kesalahan boleh daftar :-
a) dia boleh,mengikut budi bicara Ketua Eksekutif
(Pengarah),digantung daripada menjadi seorang pelajar;dan
b) jika digantung sedemikian,dia tidak boleh semasa prosiding
jenayah belum selesai,berada dalam atau memasuki kampus
Institusi itu.

• Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) Kaedah
14 (2) Jika seseorang pelajar yang dipertuduh atas suatu kesalahan
boleh daftar di bawah subseksyen (1) disabitkan atas kesalahan
itu,pelajar itu boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Nota :

Tindakan tatatertib yang diputuskan oleh PBT Politeknik Kota Bharu
ialah Pembuangan daripada Institusi

TATATERTIB AM
LARANGAN AM
BERKELAKUAN TIDAK BAIK DALAM DAN LUAR

KAMPUS.

• Kaedah 3(a), akta 174
SESEORANG PELAJAR TIDAK BOLEH……..
• Merosakkan, mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesentosaan, keselamatan

dan nama baik:
• Institusi,
• Awam,
• Pelajar sendiri,
• Pegawai
• Contoh ; bising, motorsikal, vendalisme, gangguan awam dan sebagainya.

• Kaedah 3(b) Melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang-undang
bertulis, sama ada di dalam atau luar kampus.
• MANA-MANA UNDANG-UNDANG BERTULIS?

2)Kes-Kes Melibatkan Perbicaraan Di Dalam Politeknik

Kaedah 48, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) Seseorang pelajar yang
didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu/dua/lebih
hukuman itu disatukan sekali oleh pihak berkuasa tatatertib:

• Amaran
• Denda tidak lebih RM 500.00
• Penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan-kemudahan

institusi selama tempoh yang ditentukan.
• Penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di institusi selama tempoh yang

ditentukan;
• Penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di institusi;
• Penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh yang ditentukan;
• Pembuangan daripada institusi oleh pihak berkuasa tatatertib.

3) Kes-Kes Di Bawah Kaedah 26A Melibatkan
Denda Terus/Saman

• Kaedah 26A memperuntukkan denda (saman) terus boleh dikenakan tidak
melebihi RM 50.00 bagi kesalahan :
• Keterampilan Diri/Pakaian
• Kad Pelajar
• Ketenteraman Politeknik
• Kebersihan Politeknik
• Perpustakaan
• Lalulintas Dalam Politeknik (Termasuk Penggunaan Pelekat Kenderaan)
(Maksimum RM 100.00)


Click to View FlipBook Version