Penghayatan Etika & Peradaban MPU21032
TOPIK 5 :PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA ISI KANDUNGAN AHLI KUMPULAN..................................................... 2 PENGENALAN....................................................... 3-5 TOPIK 4: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA TOPIK 6 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEBAGAI TAPAK INTERGRASI,WAHANA DAN PERADABAN KESIMPULAN..................................................... 25-27 SUMBER RUJUKAN.................................. 28 1 Maksud Kesihatan & Perpaduan.......................... 6 Objektif & Kepentingan Kesihatan dalam menyatupadukan kaum........................................ 7 Kesan Terhadap Kesihatan Jika Tiada Perpaduan antara rakyat............................................................... 8 Contoh Aktiviti Kesihatan .......................................... 9 Definisi & Konsep Perlembagaan Persekutuan........ 20-21 Definisi & Konsep Tapak Integrasi........................ 22-23 Cabaran & Tafsiran Perlembagaan Persekutuan......... 24 Maksud Budaya dan Perpaduan............................. 10 Sejarah Bahasa Di Malaysia................................. 11 Kaum Melayu....................................................... 12-14 Kaum Cina.......................................................... 15-17 Kaum India........................................................... 18-19
AHLI KUMPULAN NURUL AINA BINTI SHAHRI 03DAT23F1064 KHOR LEE CHIN 03DAT23F1058 WIVIAN A/P SU 03DAT23F1079 CHEW KHAI ZHER 03DAT23F1123 (KETUA KUMPULAN) NIK NOR SYAHIRAH BINTI HUSSAIN 03DAT23F1004 2
PENGENALAN 3 TOPIK 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA Kesihatan dan perpaduan rakyat penting dalam membangunkan sebuah negara yang harmoni dan menuju ke arah negara yang maju.Kesihatan rakyat Malaysia amat diutamakan dalam menjamin kesejahteraan rakyat.Apabila kesihatan rakyat terjamin,maka pelbagai aktiviti kemasyarakatan dapat dilaksanakan dan secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan.Pembangunan negara yang dirancang juga berjalan dengan baik.Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bersatu teguh apabila kesihatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat yang bersatu padu serta berupaya menjamin kesejahteraan semua lapisan masyarakat.Kesejahteraan yang lebih baik juga akan meningkatkan kemajuan rakyat
4 TOPIK 5 : PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia lalah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan untuk perniagaan. Kebudayaan berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usahausaha yang dijalankan kearah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.
5 Perlembagaan Persekutuan Malaysia berfungsi sebagai tapak integrasi, wahana etika, dan peradaban dalam negara. Ia membentuk kerangka institusi dan kuasa negara.Perlembagaan Persekutuan menentukan prinsipprinsip asas penting dalam pengurusan negara. Ini melibatkan pemisahan kuasa di antara eksekutif, legislatif, dan kehakiman untuk memastikan keseimbangan.Selain itu, Perlembagaan ini menegakkan hak asasi manusia, prinsipprinsip keadilan, dan nilai-nilai moral dalam masyarakat. Ini mencakup kesetaraan dan hak untuk beragama.Perlembagaan Persekutuan juga mempromosikan idea-idea peradaban dalam Malaysia majmuk. Ia menekankan keselamatan sosial dan pembangunan mampan.Secara keseluruhannya, Perlembagaan Persekutuan adalah landasan penting untuk mengintegrasikan nilai-nilai etika dan peradaban dalam negara Malaysia. Topik 6 Perlembagaan persekutuan sebagai tapak integriti, wahana etika & peradaban
Kesihatan bermaksud keadaan sempurna dari segi fizikal,mental dan sosial dan tidak hanya seketika ketiadaan sakit.Dalam erti kata lain,kesihatan juga dapat didefinisikan sebagai kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek posifitf.Perpaduan bermaksud penyatuan yang dipamerkan oleh sesebuah masyarakat atau kumpulan yang merujuk kepada perhubungan sosial yang mengaitkan antara sesama manusia yang berlainan bangsa,kaum dan agama.Kesihatan dan perpaduan pula dapat dikaitkan dengan kerjasama antara organisasi dalam bidang kesihatan dengan memastikan masyarakat dengan tidak membezakan agama,bangsa dan kaum bagi memastikan kita semua dapat mengecapi kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni.Struktur bidang perubatan ini lazimnya terdiri daripada pakar-pakar dan staf yang berlainan bangsa dan agama,bersama-sama dalam berkongsi kepakaran dan kemahiran untuk memastikan kesihatan masyarakat terjamin.Hal ini juga dapat menjelaskan bahawa di sinilah titik permulaan perpaduan dan kesihatan ini berlaku. 6 TOPIK 4: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA MAKSUD KESIHATAN DAN PERPADUAN
Dapat mengetahui perbezaan antara kesihatan dan perpaduan Memupuk kesedaran mengenai amalan hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia Menggalakkan persekitaran yang sihat serta mengurangkan penularan penyakit meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan rakyat di Malaysia Memupuk sikap positif dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap kesihatan Dapat mengetahui punca berlakunya covid OBJEKTIF 7 Wujud sikap saling mengambil berat dan amalan bantumembantu sesama kaum Meningkatkan kesejahteraan rakyat tanpa mengira perbezaan kaum Mendisiplinkan masyarakat dalam mementingkan kebersihan dan menjaga alam sekitar antara satu sama lain Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan tidak mementingkan diri Negara akan menjadi harmoni dengan adanya rakyat yang bersatu padu dan ekonomi negara akan berkembang di persada dunia KEPENTINGAN KESIHATAN DALAM MENYATUPADUKAN KAUM
Keharmonian negara akan terjejas Wujudnya masyarakat yang tidak bermoral,bertolak ansur dan beretika Keharmonian negara terjejas bermaksud tiadanya kesepaduan dalam kalangan rakyat.Kerjasama yang baik antara rakyat dapat dititikberatkan di dalam proses memberikan rawatan yang terbaik kepada rakyat. Contohnya,semasa berlakunya penularan COVID-19,rakyat tidak mempunyai matlamat yang sama dengan pihak atasan untuk bekerjasama memutuskan rangkaian wabak dan sekaligus menyebabkan peningkatan kes serta kematian pesakit dari semasa ke semasa. Pergaduhan dan perselisihan faham antara kaum akan berlaku jika adanya masyarakat yang tidak bermoral,betolak ansur dan beretika.Sebagai contoh,rakyat yang tidak memberi komitmen yang baik kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mendermakan darah kepada pesakit yang memerlukan dan terdapat sesetengah sifat rakyat yang memilih kasih akan melambatkan lagi proses membaik pulih kesihatan pesakit. KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA PERPADUAN ANTARA RAKYAT 8
Hari sukan negara Kempen derma darah Larian amal Program badan sihat minda cergas CONTOH AKTIVITI KESIHATAN YANG DIJALANKAN DI MALAYSIA DALAM MENINGKATKAN PERPADUAN 9
TOPIK 5 :PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA Budaya adalah tingkah laku sosial dan norma yang terdapat dalam masyarakat manusia.Budaya dianggap sebagai konsep utama dalam antropologi,merangkumi pelbagai fenomena yang dihantar melalui pembelajaran sosial dalam masyarakat Perpaduan melambangkan keharmonian kaum dan merupakan komponen penitng yang mesti diperjuangkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan,bangsa dan agama walaupun berdepan pelbagai cabaran Maksud Budaya dan Pepaduan 10
Sejarah Bahasa di Malaysia Bahasa Melayu Bahasa Cina Bahasa India Orang India mula berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu secara besar-besaran sekitar awal abad-19.Pada masa ini,Britian sedang giat membangunkan industri perladangan di Semenanjung Tanah Melayu dan sangat memerlukan tenaga buruh yang ramai.Kaum India yang kini menetap di Malaysia kebanyakannya adalah Tamil dari Tamil Nadu,diikuti oleh Andra Pradesh dan Kerala,dan beberapa dari dialek, orang india di Malaysia juga bercakap dialek yang berbeza kerana nenek moyang mereka berasal dari wilayah yang berbeza di India Bahasa Melayu mula digunakan pada alaf pertama yang dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno.Dalam tempoh dua alaf,bahasa Melayu telah melalui pelbagai fasa perkembangan yang terdiri daripada lapisan demi lapisan pengaruh asing yang berbeza melalui perdagangan antarabangsa,pengembangan agama,penjajahan dan perkembangan trend sosiopolitik baharu Bahasa Cina Malaysia adalah berdasarkan Bahasa Cina Piawai Moden China,tetapi dipengaruhi oleh sejarah,budaya dan persekitaran sosial tempatan, dan mempunyai perbezaan tertentu daripada Mandarin Cina,terutamanya dicerminkan dalam bahasa pertuturan harian dan pengunaan perkataan.Oleh itu,Orang CIna Malaysia hari ini terdiri daripada orang yang mempunyai tiga asal usul : kebanyakan mereka di Malaysia menggunakan bahasa Cina untuk berkomunikasi antara satu sama lain 11
KAUM MELAYU Keluarga si mati tidak akan makan di rumah selagi upacara pengebumian tidak selesai. Jenazah dimandikan, dikapankan & disembahyangi. Kenduri arwah diadakan selama 3 hari atau seminggu. HARI RAYA AIDILFITRI HARI RAYA AIDIL ADHA Adat Resam Semasa Kematian Hari Perayaan Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga sebagai Hari Raya Puasa. Hari raya ini setelah menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadan. Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji merupakan perayaan agama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia. Hari raya ini menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, iaitu sehari selepas jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah. Orang-orang Islam menyambut Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun 12
Awal Muharram / Maal hijrah SAMBUTAN MAULIDUR RASUL Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah. Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan bagi umat Islam dengan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara Perkataan 'maulid' berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud hari lahir seseorang. Apabila disebut 'Maulidur Rasul' , umum memahami ungkapan ini bermaksud hari keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan di Tanah Suci Makkah pada 20April tahun Masihi 571 bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Oleh yang demikian, hari maulid ini dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia 13
PAKAIAN BAJU MELAYU BAJU KURUNG Nasi Kerabu Ketupat Terkenal di kawasan-kawasan pantai Timur terutamanya Terengganu dan Kelantan, Nasi Kerabu merupakan antara makanan tempatan yang wajib dirasai. Makanan tempatan ini dihidang dengan nasi berwarna biru, ditambah juga dengan ayam percik, telur masin, budu, serta ulam-ulaman. Ketupat merupakan simbolik bagi hari perayaan orang Islam, iaitu Hari Raya Aidilfitri. Tidak dinafikan juga ketupat merupakan menu utama bagi juadah hari raya. Makanan tempatan ini diperbuat daripada daun kelapa dan beras nasi dan terdapat dua jenis iaitu ketupat nasi dan ketupat palas MAKANAN 14
KAUM CINA Si mati akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Mayat disapu minyak wangi & disolek untuk harumkan si mati di alam akhirat Mayat dimasukkan ke dalam liang lahad yang lubangnya besar supaya muat keranda. Cina tradisonal akan memasukkan pelbagai harta milik si mati ke dalam liang lahad Ketika mayat dibawa ke tanah perkuburan, lagu- lagu berirama sedih dimainkan. Tahun Baru Cina Adat Resam Semasa Kematian Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik HARI PERAYAAN Tahun Baru Cina mungkin sambutan perayaan kaum Cina yang paling popular di Malaysia. Setiap tahun, perayaan ini disambut meriah oleh mereka berbangsa Cina selama 15 hari bagi meraikan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Pada malam Tahun Baru, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama keluarga. 15
PERAYAAN CHAP GOH MEH PESTA KUIH BULAN DAN TANGLUNG Perayaan ini disambut lima belas hari selepas Tahun BaruCina sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Diadakan upacara sembahyang secara besar-besaran dimana colok besar dibakar. Chap Goh Mei dianggap sebagai malam untuk mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan. Disambut pada hari ke-15 bulan kelapan pada kalenderCina iaitu pada akhir Ogos atau awal September. Kuih bulan dan tanglung adalah dua aspek penting dalamperayaan ini. Kuih Bulan melambangkan kesepakatan manakala tanglung dinyalakan untuk memeriahkan pesta. 16
PAKAIAN SAMFU CHEONGSAM MAKANAN Yee Sang Kuih bulan/mooncake Yee Sang ataupun dikenali sebagai Yusheng adalah makanan yang terdiri dari aneka salad dan ikan.Campuran kesemua bahan ini menjadikan hidangan ini berwarnawarni dan sangat menarik. Yee Sang biasanya dihidangkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina. Kuih bulan biasanya boleh didapati menjelang musim perayaan pertengahan musim luruh. Ia mempunyai rasa yang manis serta boleh dimakan begitu sahaja 17
KAUM INDIA Kepala mayat dihadapkan ke selatan. Kunyit disapu pada mata, duit syilling diletakkan di atas dahi. Mayat dibakar & abu dihanyutkan di laut. Adat Resam Semasa Kematian Hari Deepavali Hari Thaipusam HARI PERAYAAN Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'. Bagi penganut yang beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas. 18
PAKAIAN DHOTI SARI MAKANAN Nasi Briyani Murukku Ia antara hidangan masyarakat India yang menggunakan pelbagai jenis rempah ratus bermula dengan ketumbar hinggalah buah pelaga.Biasanya hidangan menggunakan beras basmathi yang memiliki ciri – ciri khas. Murukku antara makanan tradisional masyarakat India. Murukku biasanya berbentuk bulatan atau berbentuk halus. Ia dibuat menggunakan acuan khas dengan menekan tepung yang telah uli atau cara pemutaran. Kerangupan kuih ini diiringi dengan rempah ratus yang sedikit pedas membuatkan ia menjadi pilihan ramai menjelang hari – hari perayaan. 19
Definisi : Perlembagaan Persekutuan, atau sering disebut sebagai Perlembagaan Malaysia, adalah dokumen undangundang tertinggi yang mengatur sistem pemerintahan negara Malaysia. Ia menentukan struktur kuasa, hakhak asasi, tanggungjawab pemerintah, dan perhubungan antara pihak-pihak berkuasa di Malaysia. Perlembagaan ini adalah landasan penting bagi keseluruhan sistem perundangan dan pentadbiran negara, serta menetapkan prinsip-prinsip asas bagi berfungsinya negara Malaysia sebagai sebuah negara demokratik, berperlembagaan, dan beraja. TOPIK 6 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEBAGAI TAPAK INTERGRASI,WAHANA DAN PERADABAN DEFINISI &KONSEP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 20
Konsep : Pemahaman Raja-Raja Melayu : Dalam etika dan peradaban, menghormati peranan RajaRaja Melayu sebagai sebahagian budaya Malaysia adalah kunci, cabaran adalah mengekalkan keseimbangan antara kehakiman dan budaya dalam penghayatan perlembagaan. Hak Asasi Manusia : Etika dan peradaban menekankan penghargaan hak asasi manusia, cabaran adalah tafsiran yang sejajar dengan nilainilai etika dan peradaban. Pemisahan Kuasa : Prinsip pemisahan kuasa memerlukan keseimbangan cermat antara kuasa, etika dan peradaban menuntut integriti dan ketelusan dalam mentadbir negara, cabaran adalah memastikan cabang kerajaan bertindak secara etis. Agama dan Kebudayaan : Etika dan peradaban mengajar toleransi dan penghormatan dalam negara pelbagai etnik dan agama, isu pengiktirafan Islam adalah isu sensitif. Kewarganegaraan : Etika dan peradaban menekankan keadilan dalam pengurusan warganegaraan, cabaran adalah menentukan kriteria yang adil. 21
Definisi : Tapak integrasi merujuk kepada lokasi, platform, atau asas di mana berbagai elemen atau unsur yang berbeza dapat digabungkan atau bersatu untuk mencapai matlamat bersama atau kesatuan. Dalam konteks yang lebih umum, ia merujuk kepada tempat atau medium di mana perkongsian maklumat, kerjasama, atau penyatuan berlaku untuk mencapai tujuan tertentu. Dalam konteks topik sebelumnya, Perlembagaan Persekutuan sebagai tapak integrasi bermaksud Perlembagaan Persekutuan Malaysia berperanan sebagai platform atau asas untuk mengintegrasikan dan menyatukan nilai-nilai, prinsip, dan struktur dalam negara Malaysia yang pelbagai etnik dan budaya DEFINISI & KONSEP TAPAK INTEGRASI 22
Konsep : Perlembagaan Persekutuan sebagai tapak integrasi merujuk kepada gagasan bahawa Perlembagaan Persekutuan Malaysia berperanan sebagai asas atau medium yang menyatukan pelbagai nilai-nilai, prinsip, dan struktur dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik dan budaya. Ia menggariskan pentingnya Perlembagaan sebagai dokumen undang-undang tertinggi yang mengawal dan mengintegrasikan kepelbagaian etnik, agama, dan budaya dalam negara tersebut. Dengan kata lain, Perlembagaan menjadi titik pertemuan di mana semua warganegara Malaysia dapat menyatukan kepentingan, hak, dan tanggungjawab mereka dalam kerangka undang-undang yang sama. Ini mempromosikan perpaduan dan kesejahteraan negara dalam kepelbagaian. Menyatukan Negara Pelbagai Etnik Mengiktiraf Pelbagai Agama Menghormati Hak Asasi Manusia Pemisahan Kuasa yang Seimbang Mewujudkan Keamanan dan Stabiliti Mengiktiraf Sistem Beraja Membentuk Identiti Negara Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Sebagai Tapak Integrasi 23
Pemahaman Kepelbagaian Etnik dan Budaya: Perhubungan Antara Agama dan Negara: Hak Asasi Manusia dan Kesaksamaan: Pemisahan Kuasa dan Integriti Sistem: Cabaran utama adalah bagaimana menghayati Perlembagaan Persekutuan sebagai tapak integrasi dalam konteks pelbagai etnik dan budaya di Malaysia. Bagaimana memelihara keselarasan di antara kepelbagaian ini adalah tugas yang kompleks Cabaran terkait dengan bagaimana Perlembagaan mengendalikan isu-isu agama dan peranan agama dalam negara. Ia melibatkan tafsiran semasa mengenai pengiktirafan Islam sebagai agama rasmi sambil menjaga keharmonian dengan agama-agama lain Memahami Perlembagaan sebagai tapak integrasi juga melibatkan bagaimana mengimbangi hak asasi manusia dengan kepentingan sosial dan keselamatan negara. Ini termasuk cabaran dalam melindungi hak-hak individu tanpa mengabaikan keperluan keselamatan dan keamanan. Bagaimana menjaga pemisahan kuasa yang seimbang antara eksekutif, legislatif, dan kehakiman dalam konteks etika dan peradaban adalah cabaran. Ini mencakup aspek integriti dan ketelusan dalam mentadbir negara. Cabaran dan Tafsiran Perlembagaan Persekutuan 24
Tuntasnya, sektor kesihatan mampu membentuk dan mewujudkan hubungan perpaduan yang utuh dan teguh antara masyarakat.Kita haruslah menjaga kesihatan diri dan bertanggungjawab menjaga kebersihan bersama-sama dengan penduduk sekitar yang berbilang kaum agar segala masalah dapat dihadapi bersama.Sebagai analoginya, kes covid-19 yang baru-baru ini merebak ke seluruh negara seperti cendawan tumbuh selepas hujan dapat diredakan dengan kerjsama rakyat yang patuh akan arahan pemimpin.Mereka bekerjasama dalam mengikut ‘SOP’ yang ditetapkan serta mengikut perintah arahan pergerakan.Hal ini kerana kerjasama antara kaum dalam menjaga kesihatan sejagat mengeratkan lagi perpaduan kaum di Malaysia.Konteks perpaduan itu sendiri telah membawa makna yang sangat besar terhadap komuniti dan negara kita yang tercinta.Kita sebagai rakyat Malaysia perlu menjaga perpaduan yang terbina ini untuk memastikan kesinambungannya pada generasi akan datang.Jika tiadanya perpaduan antara masyarakat,maka keharmonian negara akan tergugat dan sekaligus menyebabkan penyatuan antara kaum dan bangsa itu semakin hilang. KESIMPULAN TOPIK 4 : PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA 25
26 TOPIK 5 : PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA Secara keseluruhannya, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai budaya, adat resam dan ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri. Pengetahuan tentang budaya perlu diperluaskan dan menghormatinya perlu diterapkan. Hal ini bagi membentuk suasana yang harmoni dan bebas dan keburukan dan perkauman. Dengan itu, masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten
TOPIK 6 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEBAGAI TAPAK INTERGRASI,WAHANA DAN PERADABAN Kesimpulan bagi Perlembagaan Persekutuan sebagai tapak integrasi, wahana etika, dan peradaban adalah bahawa Perlembagaan ini bukan sekadar sebuah dokumen undangundang, tetapi juga tiang penopang yang memegang nilainilai asas dalam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang demokratik, beretika, dan beradab. Ia menggariskan prinsip-prinsip penting seperti pemisahan kuasa, hak asasi manusia, dan keselamatan sosial yang menjadi landasan bagi keharmonian dan kemajuan negara.Perlembagaan Persekutuan juga memainkan peranan penting dalam menyokong pluralisme budaya Malaysia dengan menghormati pelbagai etnik, agama, dan budaya dalam negara ini. Ini membolehkan Malaysia menjadi contoh integrasi budaya yang unik dalam dunia moden. Lebih daripada sekadar satu dokumen undangundang, Perlembagaan Persekutuan Malaysia mewakili tekad rakyat Malaysia untuk meneruskan perjalanan ke arah masyarakat yang beradab, adil, dan beretika. Ia adalah patokan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang menghargai kepelbagaian, mempromosikan keadilan, dan menjunjung tinggi nilai-nilai asas kemanusiaan. 27
SUMBER RUJUKAN TOPIK 4 TOPIK 5 TOPIK 6 https://dat1aperpaduandankesihatanmpu21032.bl ogspot.com/ https://issuu.com/nayliiezf1042/docs/pembentan gan_3-_ebook_1_ https://haziqahhannis17.blogspot.com/ https://anyflip.com/nddvn/erea/basic https://integrasiperlembagaan.blogspot.com https://online.anyflip.com/jvzfz/elqu/mobile/index.html https://www.studocu.com/my/document/universititeknologi-mara/values-andcivilization/perlembagaan-persekutuan-sebagaitapak-integrasi-di-malaysia-noraini-binti-bakar2021414416/47055193 28 https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Mala ysia https://shorturl.at/bdmsB https://shorturl.at/cfhNX https://shorturl.at/eCMZ4 https://shorturl.at/jmCV0 https://shorturl.at/htwCU https://devajitadj.blogspot.com/p/kaum-india.html? m=1 https://saji.my/makanan-tradisional-india/