The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERLEMBAGAAN KELAB KEBAJIKAN STAF SK LUMBA KUDA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-00287068, 2024-04-01 20:26:59

PERLEMBAGAAN KELAB KEBAJIKAN STAF SK LUMBA KUDA

PERLEMBAGAAN KELAB KEBAJIKAN STAF SK LUMBA KUDA

PERLEMBAGAAN KELAB KEBAJIKANSTAFSESI 2024-2026 SK LUMBA KUDA, KUCHING, SARAWAK1. NAMA : Kelab Kebajikan Staf SK Lumba Kuda, Kuching, Sarawak. 2. ALAMAT : Alamat rasmi surat menyurat ialah: Kelab Kebajikan Staf SK Lumba Kuda, Jalan Tan Sri Datuk William Tan, 93450 Kuching, Sarawak. 3. KEAHLIAN : Terdiri daripada pegawai dan kakitangan (guru-guru dan staf sokongan) yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Lumba Kuda mengikut tahun semasa. 4. TUJUAN : Tujuan badan/ kelab ini ditubuhkan antara lain: 4.1 Melahirkan rasa persaudaraan (ukhuwah) sesama pegawai dan kakitangan yangbertugas di sekolah ini. 4.2 Menanam semangat kerjasama dalam sebuah keluarga yang harmonis. 4.3 Beramal ke arah beribadah, bersedekah dan berjariah kepada yang memerlukansekadarkemampuan yang terdaya. 4.4 Berusaha mengumpulkan wang dari sumbangan pegawai dan kakitangan ataudari punca-punca sumbangan dan semua aktiviti pengumpulan dana yang halal untuk dikeluarkan kepada aktiviti-aktiviti kelab yang ditentukan. 5. PENTADBIRAN : 5.1 Kelab ini akan ditadbirkan oleh sebuah jawatankuasa yang dipilih oleh guru-gurudankakitangan dengan dipersetujui pihak pentadbir 5.2 Mesyuarat Agong akan diadakan pada setiap tahun. 5.3 Ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada: 5.3.1 seorang penasihat – Guru Besar. 5.3.2 seorang pengerusi 5.3.3 seorang setiausaha 5.3.4 seorang bendahari 5.3.5 7 orang jawatankuasa kecil


PERINGATAN : Semua ahli jawatankuasa dipilih DUA TAHUN sekali secara undian. Penasihat terlantik dengan sendirinya atas nama jawatannya. 6. TUGAS-TUGAS AHLI JAWATANKUASA 6.1 PENASIHAT 6.1.1 Bertanggungjawab bagi menasihatkan segala perjalanan kelab supaya berfungsi mengikut peraturan yang ditetapkan. 6.1.2 Menasihati, menegur dan menyelesaikan segala masalah jika ada dalammelaksanakan peraturan kelab. 6.1.3 Berhak bertindak dan campurtangan secara langsung jika berlaku sebarangpenyelewengan kuasa atau penyalahgunaan wang kelab. 6.1.4 Menjadi tempat ahli jawatankuasa merujuk segala kerumitan yang mungkintimbul untuk mendapatkan pandangan, nasihat dan sebagainya bagi mencari kebajikankelab. 6.1.5 Mempunyai kuasa pemutus yang muktamad dalam menentukan sesuatu keputusanjika peraturan itu bercanggah dengan peraturan kelab sahaja. 6.1.6 Hadir dalam semua mesyuarat kelab kecuali berhalangan dengan sebab tugasrasmi yang penting. 6.2 PENGERUSI 6.2.1 Menjadi pengerusi dalam semua mesyuarat kelab. 6.2.2 Bertanggungjawab bagi memastikan setiap mesyuarat dapat dilaksanakandenganbetil,teratur dan sempurna. 6.2.3 Menandatangani segala catatan mesyuarat yang sudah disemak dalamsesuatumesyuarat. 6.2.4 Mengawal semua urusan kelab samada penyata kewangan, harta dan alat kelengkapan kelab dalam penjagaan yang selamat oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.6.2.5 Menjadi salah seorang dari senarai 3 orang “signatories” dalamurusan kewanganyangmelibatkan pengeluaran kewangan dari akaun rasmi kelab. 6.2.6 Mengarahkan setiausaha selepas mendapatkan pandangan dari penasihat untukmemanggil sebarang mesyuarat yang hendak diadakan.


6.2.7 Berusaha dan berinisiatif untuk meningkatkan kemajuan pentadbiran kelabdari semasa ke semasa. 6.2.8 Mempunyai kuasa pemutus dengan mendapatkan pandangan dari penasihat dalammembuat sesuatu keputusan dalam mesyuarat jika keputusan itu tidak dapat diambil secarademokrasi. 6.2.9 Menjadi wakil rasmi kelab dalam semua pertemuan dengan pihak luar jika perlu. 6.3 SETIAUSAHA 6.3.1 Bertanggungjawab atas segala surat menyurat kelab. 6.3.2 Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat dengan arahan dan persetujuan pengerusi. 6.3.3 Mencatat segala keputusan mesyuarat serta melaksanakan segala keputusannyadanmenyimpan segala catatan tersebut untuk panduan dan rujukan. 6.3.4 Menyimpan dan bertanggungjawab atas segala maklumat dan buku- buku yangberhubungan dengan kelab dengan selamat. 6.3.5 Bekerjasama dengan pengerusi, naib pengerusi, bendahari dan penasihat dalamsemua pengurusan kelab. 6.3.6 Sentiasa SETIA dan BERUSAHA menjalankan tugas bagi menjamin kemajuankelabdan berusaha mencari langkah-langkah untuk mempertingkatkan prestasi kelab dari semasake semasa. 6.3.7 Menjadi salah seorang dari senarai 3 orang “signatories” dalamurusan kewanganyangmelibatkan pengeluaran kewangan dari akaun rasmi kelab. 6.4 BENDAHARI 6.4.1 Bertanggungjawab memungut yuran ahli pada setiap bulan dan memastikanpenyatapungutan dan perbelanjaan yang sentiasa dikemaskini. 6.4.2 Menjadi salah seorang dari senarai 3 orang “signatories” dalamurusan kewanganyangmelibatkan pengeluaran kewangan dari akaun rasmi kelab. 6.4.3 Menyimpan semua kutipan / sumbangan yang diterima dalam simpanan “AKAUNSIMPANAN” atas nama “KELAB KEBAJIKAN STAF SK LUMBA KUDA” dalamsebuahbankyang selamat dan ditetapkan oleh penasihat dan jawatankuasa.


6.5 PERINGATAN: 6.5 a) Nama akaun adalah atas nama: ‘Kelab Kebajikan Staf SK Lumba Kuda’. b) Penama-penama buku akaun tersebut terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha danBendahari. c) Pengeluaran wang untuk semua aktiviti dan pengurusan yang melibatkan kewangandengan jumlah lebih dari RM 5000 perlu ditandatangani ketiga-tiga penama yangtersebut (Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari) di atas pada bila-bila masa denganpersetujuan ahli jawatankuasa / penasihat atas sebab-sebab tertentu sahaja. 6.5.3 Menyediakan penyata kewangan yang bermula 1 Januari hingga 31 Disember setiaptahun untuk dibentangkan dalam mesyuarat tahun berikutnya. Penyata kewangantersebut hendaklah diperiksa oleh pemeriksa kira-kira yang sah. 6.5.4 Menyimpan semua bil-bil atau baucer perbelanjaan dengan selamat, kemaskini danmudah dikesan pada bila-bila diperlukan. 6.5.5 Dalam keadaan semasa bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai ditangantidakmelebihi RM300.00 sahaja. 6.5.6 Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kewangan kelab staf dan memastikansetiappenggunaannya menurut peraturan yang telah ditetapkan. AHLI JAWATANKUASA 6.6.1 Menghadiri mesyuarat ahli jawatankuasa dan mesyuarat tahunan pada bila-bilamasadipanggil. 6.6.2 Bertanggungjawab bersama pengerusi, naib pengerusi, setiausaha dan bendahari bagi memikirkan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab. 6.6.3 Memberikan cadangan, pandangan, pendapat, teguran dan kritikan yang sihat terhadap perjalanan kelab dalam mesyuarat jawatankuasa kerja. Jika berlaku sebarangpenyelewengan, ahli jawatankuasa boleh melaporkan secara bertulis kepada pengerusi dansesalinan kepada penasihat.


AHLI KELAB. 6.7.1 Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agung. Sekiranya tidak dapat menghadiri hendaklah menulis surat kepada pengerusi kelab. 6.7.2 Ahli boleh mengundi untuk memilih AJK tertinggi di peringkat sekolah. 6.7.3 Ahli hendaklah membayar yuran keahlian seperti yang telah ditetapkan. 7. KEWANGAN 7.1 Punca Kewangan 7.1.1 Yuran Keahlian 7.1.1.1 Guru dan staf dikenakan yuran sebanyak RM150 setahun. 7.1.1.2 Semua yuran hendaklah dijelaskan kepada bendahari melalui dua cara iaituduakali bayaran atau sekaligus. 7.1.1.3 Yuran dipungut atas pemberian sukarela dan ikhlas. 7.1.2 Dari derma-derma yang halal dan sukarela. (naik pangkat) 7.1.2.1 Dari mana-mana pihak yang suka menderma atas niat ingin memberi dengansukarela dan dari punca-punca yang halal. Dari sebarang aktiviti-aktiviti yang dibuat danboleh mendatangkan keuntungan kepada kelab ini dengan syarat ianya tidak bercanggahdengan undang-undang Negara dan persekutuan. 7.1.2.3.Yuran dan segala bentuk dana atau sumbangan mesti dimasukkan ke dalamAkaunKelab Kebajikan Staf SK Lumba Kuda


7.2 Penggunaan 7.2.1 Mengeluarkan wang sumbangan ikhlas mengikut ketetapan berikut (untuk ahli yang baru menyertai kelab, sumbangan ini akan efektif pada dirinya sekurang- kurangnya selepas 3 bulan menjadi ahli) : 7.2.1.1 Kematian ahli keluarga (ibu bapa, suami atau isteri, anak) - RM200 7.2.1.2 Ahli yang sakit dan berada di wad walaupun sehari (sekali sahaja dalamtahunberkenaan) – RM50.00. 7.2.1.3 Kepada ahli dan suami/isteri ahli yang mendapat cahaya mata sekali sahajasemenjak menjadi ahli di sekolah ini – RM100.00 sahaja. 7.2.1.4 Kepada ahli yang berkahwin untuk sekali sahaja semenjak menjadi ahli (bujang) –RM100.00 sahaja. 7.2.1.5 Kepada ahli yang berpindah dan bersara mengikut tempoh perkhidmatankutipanakan dibuat seperti berikut: 7.2.1.5.1) 0 bulan – 5 tahun : RM10.00 seorang 7.2.1.5.2) 10 tahun : RM15.00 seorang 7.2.1.5.3) 11 tahun ke atas : RM20.00 seorang 7.2.1.6 Membiayai majlis-majlis keraian, kesyukuran dan majlis perpisahan mengikut keperluan dan mesti melibatkan semua ahli bergantung kepada keadaan semasakewangankelab.


8. PINDAAN PERATURAN Peraturan kelab ini boleh dibuat pindaan dari semasa ke semasa. Segala pindaanyanghendak dibuat hendaklah dibawa dalam mesyuarat tahunan dengan dipersetujui olehseramai tidak kurang daripada 2/3 ahli, KECUALI tentang jumlah derma dan pemberianbolehlah AJK membuat ketetapan bila diperlukan bergantung kepada keadaan kewangansemasa di dalam mesyuarat AJK kerja kelab. 9. PEMBUBARAN Jika berlaku dengan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, maka Kelab Staf KebajikanSK Lumba Kuda terpaksa dibubarkan dengan mengambil persetujuan seramai 2/3ahli semasa, maka segala harta (jika ada), wang tunai yang bersih setelah dijelaskanhutang- hutang (jika ada), maka segala wang baki termasuk nilai harta yang ada hendaklahdiambil keputusan dalam satu mesyuarat luar biasa / tergempar untuk mengambil keputusanbersama bagaimana menggunakan wang dan harta tersebut ke jalan yang memberi faedahuntuk ahli.


Click to View FlipBook Version