The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by isis800a, 2021-05-21 21:35:13

E-BOOK SUKAN BADMINTON

E-BOOK DR ADJAH (1)

2. Sparring Lob
• Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan.
• Pemain hanya boleh memukul LOB dengan kawannya.
• Bilangan pukulan LOB tanap berhenti akan dikira dalam
2 minit.

Jaringan

3. Tennis Raket Sparring
• Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan.
• Pemain diminta menggunakan tennis raket membuat
pukulan LOB dengan kawannya.
• Pemain diberi masa 1 minit untuk menguji sejauh mana
jarak bulu tangkis yang boleh dipukul.

5.4 Permainan Jaring (Net Play)

Permainan Jaring boleh dilakukan dalam aksi pegangan
depan dan pegangan kilas. Pukulan jaring dilakukan dalam 2
jenis iaitu di atas jaring dan bawah jaring.

1. Di atas jaring
Pemain membuat pukulan berhampiran dengan jaring pada
kedudukan atas jaring.

2 . Di bawah jaring
Pemain membuat pukulan berhampiran dengan jaring pada
kedudukan bawah jaring.

Kemahiran Asas

• Pukulan jaring memerlukan intuisi, kecermatan, dan
kecepatan yang baik.

• Pemain perlu melonjak ke depan jaring dan membuat
pukulan jaring memerlukan kekuatan yang kecil.

• Sekiranya bulu tangkis yang dihantar oleh pelawan terlalu
tinggi, pemain boleh melakukan dua aksi iaitu membuat
pukulan jaring(net-play) atau menyerang (attack)dengan
kelajuan yang pantas.

• Sekiranya pemain tidak dapat membuat tindak balas yang
pantas, pemain terpaksa membuat pukulan di bawah jaring.
Ia juga boleh dikatakan tindakan defensif/ bertahan.

Forehand Net Play
Di atas jaring

Forehand Net Play Defense Net Play
Di atas jaring Di atas jaring

Forehand Net Play
Di bawah jaring

Aktiviti Kemahiran

1. Aktiviti Hand Feeding

• Aktiviti Hand Feeding dijalankan dalam berkumpulan
• Kumpulan X akan berdiri di hadapan jaring, kemudian
melontar bulu tangkis melepasi jaring secara bergilir-gilir.
• Kumpulan O akan membuat pukulan di atas jaring dan di
bawah jaring secara bergilir-gilir.
• Selepas setiap pemain dalam kumpulan O telah
menghabiskan aktiviti ini, kumpulan O akan melontar bulu
tangkis kepada kumpulan X.

Permainan Kecil (Small Game)

1. Net Touch and Go
• Pemain dibahagikan kepada 2 kumpulan.
• Kumpulan kiri akan memukul jaring depan secara
bergilir.
• Kumpulan kanan pula membalas pukulan jaring depan
secara berterusan.
• Touch and Go ialah selepas pemain telah memukul
bulu tangkis, ia akan bergerak ke barisan belakangnya.

1. Net Touch and Go

2. Bersyarat Gerak
• Pemain akan dibahagikan kepada berpasangan.
• Pemain X akan menggunakan raket mengarahkan pemain O
• Dalam permainan ini, pemain hanya perlu membuat gerak

3. Separuh Gelanggang Net and LOB.
• Perlawanan separuh petak gelanggang kumpulan.
• Kemahiran Net Play dan Lob mesti digunakan.

3. Separuh Gelanggang Net and LOB.

5.5 Pukulan Drop Shot

Drop Shot adalah pukulan yang dilakukan seperti smash.
Perbedaannya hanya pada posisi raket pada saat akan
melakukan pukulan. Jika smash di lakukan dengan kekuatan
penuh, maka Dropshot hanya di pukul dengan dorongan atau
sentuhan yang halus. Dropshot yang baik dilakukan jika
jatuhnya shuttlecock dekat dengan net dan tidak melebihi
garis ganda.

Kemahiran Asas

• Pemain perlu menggunakan pegangan depan
(forehand).
• Pemain memegang raket dengan posisi menyamping
badan (bahu).
• Pemain perlu bergerak dengan pantas supaya
mendapatkan posisi badan berada di belakang bulu
tangkis.
• Pukul raket dengan posisi tangan lurus, sentuh bulu
tangkis dengan halus.
• Arahkan bulu tangkis dengan arah bola melengkung ke
sebelah kanan jika akan memberikan dropshot ke arah
forehand dan arahkan bola melengkung ke kiri jika akan
melakukan backhand.
• Posisi akhir raket mengikuti arah bola.
• Posisi gerak langkah sebelum dan setelah memukul
harus diperhatikan.
• Pukulan jenis ini mengandung aspek kehalusan dan
gerak tipu.

AKtiviti Kemahiran

1. Aktivti Drop Bergilir-gilir

• Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan.
• Seorang pemain akan melontar bulu tangkis .
• Seorang pemain lain akan membuat pukulan drop shot
secara bergilir-gilir.

5.6 Pukulan Smash

Pukulan ini merupakan pukulan serangan paling garang
dan kuat yang terdapat dalam sukan badminton. Pemain
memerlukan koordinasi. Kecepatan dan kekuatan yang
baik semasa menjunam bulu tangkis.

Kemahairan Asas

Pukulan smash terdiri daripada 3 jenis iaitu forehand
smash, backhand smash, dan jumping smash.

forehand smash

forehand smash

backhand smash
jumping smash

Aktivti Kemahiran

1. Target Smash

• Pemain dibahagikan kepada 2 kumpulan
• Pemain X akan servis bulu tangkis ke arah tinggi
kepada pemain O .
• Pemain O akan melakukan pukulan smash dengan
cepat ke arah kon.
• Semua pemain akan melakukan pukulan ini secara
bergilir-gilir.
• Pemain yang paling banyak mengenai kon akan
dianggap pemenang.

cone cone

Permainan Kecil (Small Game)

1. Smash Kotak
• Setiap pemain akan mendapat sebuah kotak kosong.
• Pemain akan melambung bulu tangkis, kemudian
membuat pukulan junam ke arah kotak kosong.
• Sesiapa memecahkan kotak kosong dahulu melalui
smash, ia akan dikira pemenang.
2 . Wall Smashing
• Pemain dibahagikan kepada kumpulan.
• Pemain akan melambung bulu tangkis dan membuat
pukulan smash kea rah dinding secara bergilir-gilir.

Dinding

3 . 3 lawan 3
• Pemain dibahagikan kepada 3 orang satu kumpulan.
• Perlawanan ini dijalankan dengan 8 markah.
• Pemenang akan meneruskan perlawanan ini dan perlawan

Jaring


Click to View FlipBook Version