The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-BOOK mengandungi pelbagai perkara untuk diketahui seseorang pemain badminton.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by isis800a, 2021-05-21 21:25:38

E-BOOK SUKAN BADMINTON

E-BOOK mengandungi pelbagai perkara untuk diketahui seseorang pemain badminton.

KELAB SUKAN
SEKOLAH

SUKAN

BADMINTON
SEKOLAH

MENENGAH

ISI KANDUNGAN

TOPIK 1 DASAR 1 MURID 1 SUKAN
1.1 Pengenalan
1.2 Rasional
1.3 Matlamat
1.4 Konsep

TOPIK 2 PENGURUSAN KELAB SUKAN
2.1 Pengenalan

2.2 Funsi Pengurusan Dalam Sukan
2.3 Organisasi Kelab Sukan

2.4 Bidang Tugas Jawatankuasa Kelab Sukan

TOPIK 3 LATAR BELAKANG SUKAN
3.1 Sejarah Sukan Badminton

3.2 3.2 Peraturan Dalam Permainan Badminton
3.3 Ukuran

3.4 Peralatan Dan Pemakaian
3.5 Pengelolaan Kejohanan/Sistem Pertandingan

ISI KANDUNGAN

TOPIK 4 PERSEDIAAN DAN PERANCANGAN
4.1Pertimbangan Untuk Latihan
4.2 Contoh Sesi Latihan
4.3 Aktiviti Memanaskan Badan
4.4 Aktiviti Gerak Kendur

4.5 Contoh Aktiviti Memanaskan Badan
4.6 Contoh Aktiviti Gerak Kendur

TOPIK 5 PERKEMBANGAN KEMAHIRAN
5.1 Pengenalan Kepada Asas

5.2 Servis Badminton/Pukulan Awal
5.3 Pukulan Lob/Panjang Pukulan Lob

5.4 Permainan Jaring(Net Play)
5.5 Pukulan Drop Shot
5.6 Pukulan Smash



1.1 PENGENALAN

Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid
menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di
sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang memberikan tumpuan ke
arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani.

Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang
memberikan penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan
Sukan Untuk Kecemerlangan. Matlamat dasar ini
memberikan perhatian yang utama kepada murid yang
kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti
sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang
berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui program
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan
keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan minda
yang cerdas terletak pada tubuh yang sihat. Dalam
konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang
penting bagi melahirkan insan yang sihat, cergas dan
produktif agar dapat memberikan sumbangan kepada
kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara.
Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik
minat murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan
Dasar 1Murid 1Sukan agar setiap murid menikmati
manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk
generasi yang membudayakan sukan seiring dengan
keperluan akademik.

1.2 RASIONAL

Dasar 1Murid 1Sukan mendokong Dasar Sukan
Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid
dalam pelbagai aktiviti sukan. Dasar ini dibentuk
atas rasional kegiatan sukan adalah sebahagian
daripada transformasi pendidikan yang diusahakan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan
seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan
galakan yang sama sebagaimana juga yang
diberikan kepada keperluan asas yang lain seperti
akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat
melahirkan murid yang seimbang dari segi
kesejahteraan minda dan jasmani.

Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan
pertandingan yang sihat, semangat muhibah,
kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai
moral dan fizikal yang memberikan satu landasan
yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai
kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu
padu serta memupuk semangat cinta akan negara.
Dasar 1Murid 1Sukan dapat memberikan peluang
secara menyeluruh kepada semua murid
melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus
dan terancang serta mengimbangkan fokus atau
penekanan dalam melahirkan insan secara holistik.

1.3 MATLAMAT

Dalam jangka masa yang panjang, dasar ini
berhasrat untuk melahirkan modal insan yang sihat
dan cergas melalui penyertaan yang menyeluruh
dalam kalangan murid melalui kegiatan sukan
sepanjang tahun. Pelaksanaan dasar ini akan
membantu bagi mengatasi masalah disiplin dan
mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan
murid.

Membangunkan modal insan melalui penyertaan
yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui
kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk
budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah
agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan
gaya hidup sihat dan cergas.

1.4 KONSEP

Dasar 1Murid 1Sukan ialah program pembangunan
sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid
dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga ke Tingkatan
6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan
secara terancang dan sistematik. Dasar 1Murid
1Sukan berteraskan prinsip-prinsip asas
perkembangan fizikal Murid. Justeru, Dasar 1Murid
1Sukan diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan agar :

.i. memberikan akses kepada semua murid untuk
mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam
sukan khususnya kepada murid yang kurang aktif
atau tidak aktif

ii. membangunkan program sukan sekolah ke arah
meningkatkan penyertaan murid sekurang-
kurangnya dalam satu jenis sukan di sekolah

iii. memberikan peluang kepada semua murid yang
berbakat dan berpotensi dalam sukan untuk digilap
ke tahap yang lebih tinggi



2.1 PENGENALAN

Pengurusan Kelab Sukan melibatkan empat
proses utama iaitu merancang, mengelola,
memimpin dan mengawal.

MERANCANG

MENGELOLA

MEMIMPIN
MENGAWAL

FUNGSI PENGURUSAN DALAM SUKAN

MERANCANG – MELIBATKAN PROSES
MENENTUKAN OBJEKTIF KELAB SUKAN DAN
CARA UNTUK MENCAPAI OBJEKTIFNYA.
MENGELOLA – MERUJUK KEPADA PROSES
MENGAGIHKAN SERTA MENGKOORDINASIKAN
TUGAS SERTA SUMBER UNTUK MENCAPAI
SESUATU OBJEKTIF KELAB SUKAN.
MEMIMPIN – PROSES MEMPENGARUHI MURID
ATAU ORANG BAWAHAN UNTUK BEKERJA
DALAM MENCAPAI MATLAMAT KELAB SUKAN.
MENGAWAL – PROSES MEMBENTUK DAN
MENGIMPLIMENTASIKAN MEKANISME PENILAIAN
KERJA BAGI MEMASTIKAN OBJEKTIF KELAB
SUKAN YANG DIRANCANG AKAN TERCAPAI.

2.2 PENUBUHAN KELAB

Dalam menubuhkan sesebuah persatuan di
sekolah, pihak sekolah perlulah mengenal
pasti beberapa kriteria yang perlu diambil
perhatian terlebih dahulu. Antara kriteria
tersebut adalah seperti yang berikut :

i. Mengenal pasti kepakaran yang ada (guru
yang bakal dilantik) Dalam memilih dan
melantik guru penasihat kelab sukan
sekolah, pihak pengurusan perlulah
mengambil kira aspek-aspek kepakaran
sedia ada daripada guru-guru itu sendiri.
Kepakaran ini merujuk kepada penglibatan
guru tersebut dari bangku sekolah lagi, di
Institut Pendidikan Guru (IPG) atau di
Universiti. Sememangnya bukan semua
guru mempunyai pengalaman yang luas
dalam bidang sukan, namun sekurang-
kurangnya pengalaman sejak dari bangku
sekolah juga boleh dijadikan asas kepada
pertimbangan bagi pelantikan seorang guru
itu sebagai guru penasihat sesebuah kelab
sukan sekolah

ii. Kemudahan prasarana sukan yang ada di
sekolah Prasarana merupakan satu elemen
yang mempengaruhi pelaksanaan program
sukan di sekolah. Sekolah yang mempunyai
padang akan mempunyai kelebihan yang
banyak dalam menyusun atur program
sukan khususnya sukan-sukan yang sering
menjadi amalan di sekolah tersebut. Bagi
sekolah yang mempunyai gelanggang, perlu
bijak menyusun program- program sukan
yang berasaskan gelanggang manakala
sekolah yang mempunyai dewan tertutup
pula mempunyai kelebihan tersendiri dalam
merancang program sukan di sekolah.

iii. Peralatan sukan yang sedia ada di

sekolah Peralatan sukan juga

mempengaruhi pelaksanaan program sukan

di sekolah. Pelbagai aspek perlu dilihat

secara menyeluruh dalam menyediakan

peralatan sukan di sekolah. Pihak sekolah

mungkin boleh mempertimbangkan aspek

bilangan jenis sukan yang akan diwujudkan

dalam sekolah, bilangan murid yang akan

menyertai sesuatu jenis sukan dan bilangan

guru penasihat yang boleh

menyeleng garakan sesuatu peralatan

sukan itu. Sesuatu jenis peralatan sukan ini

juga mungkin akan dipengaruhi oleh harga

dan jangka hayat alatan tersebut.

iv. Budaya sukan kegemaran yang menjadi
pilihan murid di sekolah Pemilihan jenis-
jenis sukan untuk kelab sukan di sekolah
sangat dipengaruhi oleh budaya sukan di
sekolah berkenaan atau mungkin
dipengaruhi oleh persekitaran masyarakat
dalam komuniti tersebut. Pemilihan sukan-
sukan itu perlulah bersesuaian dengan
budaya sedia ada bagi memudahkan
penglibatan murid secara menyeluruh.

v. Bilangan guru dan bilangan murid
Bilangan guru dipengaruhi oleh
pengalaman guru tesebut sama ada
sebagai seorang ahli sukan mahu pun guru
penasihat atau jurulatih. Bilangan guru
dalam satu-satu jenis sukan dipengaruhi
oleh bilangan murid yang menyertai kelab
sukan tersebut. Penyertaan murid dalam
satu-satu kelab sukan juga perlu dikawal
agar ahli kelab tidak terlalu ramai.
Contoh nya, kelab sukan bola sepak dan
badminton pasti menjadi pilihan utama
murid di Malaysia. Oleh itu, guru penasihat
perlu bijak mengagih-agihkan murid
sekolah itu secara menyeluruh.

2.3 ORGANISASI KELAB SUKAN

ORGANISASI KELAB SUKAN SEKOLAH PERLU
DISTRUKTUR AGAR SISTEM PENGOPERASIANNYA
BERJALAN DENGAN CARA YANG BERKESAN.
LANGKAH INI MERUPAKAN LATIHAN AWAL MURID
DALAM MENGURUS SESEBUAH KELAB SUKAN
YANG MUNGKIN SEDIKIT SEBANYAK MENYAMAI
ORGANISASI SUKAN DI LUAR.

2.4 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KELAB

I. PENGERUSI
• MEMPENGERUSIKAN SEMUA MESYUARAT DAN
BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESEMPURNAAN
SEMUA MESYUARAT;
• MENELITI CATATAN MINIT MESYUARAT DAN
MEMASTIKAN SEGALA KEPUTUSAN YANG
DIPUTUSKAN DIAMBIL TINDAKAN YANG
SEWAJARNYA; DAN
• MENJALANKAN TUGAS-TUGAS LAIN YANG
DIARAHKAN OLEH GURU PENASIHAT DARI
SEMASA KE SEMASA.
II. NAIB PENGERUSI
• MEMBANTU PENGERUSI DALAM MENJALANKAN
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB YANG DIBERI;
• MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT SEMASA
KETIADAAN PENGERUSI; DAN
• MENJALANKAN TUGAS-TUGAS LAIN YANG
DIARAHKAN OLEH GURU PENASIHAT DARI
SEMASA KE SEMASA.
III. SETIAUSAHA
• MENGURUS HAL-HAL SURAT MENYURAT;
• MENCATAT DAN MENANDATANGANI MINIT
MESYUARAT/LAPORAN KEGIATANKEGIATAN;
• MENCATAT KEHADIRAN AHLI;
• MENYIMPAN DOKUMEN YANG BERKAITAN
DENGAN PERSATUAN; DAN
• MENJALANKAN TUGAS-TUGAS LAIN YANG
DIARAHKAN OLEH GURU PENASIHAT DARI
SEMASA KE SEMASA.

IV. PENOLONG SETIAUSAHA
• MEMBANTU SETIAUSAHA DALAM
MENJALANKAN SEGALA TUGAS DAN
TANGGUNGJAWABNYA.
• MENJALANKAN TUGAS-TUGAS LAIN YANG
DIARAHKAN OLEH GURU PENASIHAT DARI
SEMASA KE SEMASA.
V. BENDAHARI
• BERTANGGUNGJAWAB BERKENAAN SEMUA
HAL KEWANGAN KELAB;
• MELAKUKAN DAN MENYIMPAN KIRA-KIRA
KEWANGAN DAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS
KESAHIHANNYA.
• MENYEDIAKAN PENYATA KIRA-KIRA BULANAN
DAN TAHUNAN SERTA MENANDATANGANINYA;
• MELAPORKAN KEDUDUKAN KEWANGAN KELAB
DI DALAM MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA;
• MENYEDIAKAN LAPORAN KEWANGAN UNTUK
DIAUDIT DAN DIBENTANGKAN DALAM
MESYUARAT AGUNG.
• MENJALANKAN TUGAS-TUGAS LAIN YANG
DIARAHKAN OLEH GURU PENASIHAT DARI
SEMASA KE SEMASA.
VI. PENOLONG BENDAHARI
• MEMBANTU BENDAHARI DALAM MENJALANKAN
SEGALA TUGAS DAN TANGGUNGJAWABNYA.
• MENJALANKAN TUGAS-TUGAS LAIN YANG
DIARAHKAN OLEH GURU PENASIHAT DARI
SEMASA KE SEMASA.

VII. AHLI JAWATANKUASA
• MEMBANTU MENJALANKAN TUGAS DALAM
SEGALA PROGRAM DAN AKTIVITI YANG
DILAKSANAKAN.
• MEMPENGERUSIKAN BIRO SEKIRANYA DILANTIK.
• MENJALANKAN TUGAS-TUGAS LAIN YANG
DIARAHKAN OLEH GURU PENASIHAT DARI SEMASA
KE SEMASA.
VIII. PEMERIKSA KIRA-KIRA
• MEMERIKSA, MENYEMAK SERTA MENGESAHKAN
LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN DAN
• BERTANGGUNGJAWAB KE ATASNYA; DAN
• MEMASTIKAN PENGURUSAN KEWANGAN DIURUS
DENGAN BETUL.
DALAM MENGENDALIKAN KELAB SUKAN, GURU
PENASIHAT PERLULAH MENYELARAS DAN
MEMANTAU PERKEMBANGAN JAWATANKUASA
SEMASA MERANCANG DAN MENJALANKAN AKTIVITI
YANG TELAH DITETAPKAN. GURU PENASIHAT
PERLULAH MEMBERI MAKLUMAT DAN DORONGAN
KEPADA JAWATANKUASA KELAB AGAR AKTIVITI
YANG DIRANCANG DAPAT BERJALAN DENGAN BAIK
BAGI MEMBERIKAN KESERONOKAN KEPADA AHLI-
AHLI KELAB. BIDANG KERJA YANG DIBERIKAN
MERUPAKAN CADANGAN PECAHAN BIDANG TUGAS
JAWATANKUASA KELAB SUKAN YANG BAKAL
DIBENTUK NANTI.

SUKAN
BADMINTON

3. 1 SEJARAH SUKAN BADMINTON

Permainan badminton mempunyai persamaan
dengan permainan barat pada sekitar abad ke-16 iaitu
b a t t l e d o r e a n d s h u t t l e c o c k y a n g d i m a i n k a n d u a a t a u l e b i hp e m a i n y a
ng memukul bulu tangkis menggunakan raket
yang kecil.Pada tahun 1873,sukan “The Game ofBadmin
ton” di badminton house,Gloucestershire
diperkenalkan oleh Duke of Beaufort.seterusnya,nama
s u k a n b a d m i n t o n d i j a d i k a n n a m a r a s m i p a d a k e t i k a i t us e h i n g g a
kini.Badminton merupakan permainan yang
dimainkan oleh dua orang(perseorangan) atau empat
orang(beregu) dengan bertentangan yang dibahagikan
k e p a d a d u a k u m p u l a n . S u k a n b a d m i n t o n d i j a l a n k a n d a l a mg e l a n g g a n
g empat segi yang dibahagikan oleh jaring
sebagai halangan untuk pemain melepasinya. Pemain
perlu memukul bulu tangkis ke lantai gelanggang pihak
l a w a n u n t u k m e n d a p a t k a n m a t a . P u k u l a n p e r m u l a a n a k a nd i p u k u l s e
cara bergilir-gilir berdasarkan mata yang
dipungut.

P a d a p e r i n g k a t a w a l w u j u d n y a p e r m a i n a n i n i , t i a d ap e r a t u r a
n khusus untuk dijadikan panduan dalam
memutuskan keputusan.Pada tahun 1887,undang-undang asas dalam
s u k a n b a d m i n t o n d i c i p t a u n t u k m e n d a p a t k a nk e p u t u s a n y a n g a d i l .
Kemudian,Badminton Association of
E n g l a n d d i t e r b i t k a n p a d a 1 8 9 3 s e b a g a i p e r a t u r a n p e r t a m ay a n g m e m
punyai persamaan dengan peraturan yang sedia ada.Kejohanan badm
inton pertama di dunia pada tahun
1 8 9 9 d i k e n a l i s e b a g a i K e j o h a n a n B a d m i n t o n T e r b u k aS e l u r u h
England turut menggunakan peraturan
t e r s e b u t . S e t e r u s n y a , P e r t u b u h a n B a d m i n t o n A n t a r a b a n g s a( I B F ) d i t u
buhkan pada tahun 1934 yang kini dikenali
sebagai Persekutuan Badminton Dunia.

Negara yang menganggotai pertubuhan tersebut adalah Kanada,
Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand,
Scotland dan Wales sebagai anggota pengasas.Pertubuhan BWF
kinimerupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan
menguruskan sukan badminton secaraglobal.Sukan badminton di
peringkat antarabangsa pada ketika ini lebih didominasi oleh
negara asia iaitu China, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia dan
Denmark dari eropah.

Permainan badminton wujud dan dimainkan di Malaysia
pada sekitar tahun 1809.Badminton bertapak di Malaysia hasil
daripada pengaruh permainan india iaitu poona yang dimainkan
pertamakali di pulau pinang oleh pegawai dari syarikat east
india.Kesan sejarah boleh dilihat di muziumpulau pinang dan di
Methodist Boys School,Ayer Hitam.Sukan badminton mula
berkembang bermula dengan kejayaan A. Samuel ke peringkat
separuhakhir dalam Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh
England dan eddy choong menjuarai empat kejohanan terbuka
seluruh england pada 1953 hingga 1957.Ianya telah membuka
mata luar tentang kejayaan pasukan badminton dariMalaysia.
P a d a t a h u n 1 9 4 9 d a n 1 9 9 2M a l a y s i a b e r j a y a m e n j u a r a i
Piala Thomas.Pada tahun 1992,Rashid Sidek telahmemenangi
pingat gangsa dan skuad beregu mendapat pingat perak. Pada
masa yang sama,Akademik Badminton Malaysia(ABM) ditubuhkan
bagi meneruskan kejayaan malaysia melahirkan pemain yang
bertaraf dunia.Dato Lee Choong Wei antara permain bertaraf
dunia yang lahir dari akademik tersebut.Pada tahun 2000,semua
pelajar dipindahkan ke Sekolah Sukan Malaysia, Bukit Jalil
apabila ABM ditutup.

.

3.2 PERATURAN DALAM PERMAINAN BADMINTON

i. Undang-undang asas
➢Permainan badminton memerlukan:

●Gelanggang
●Raket

●Bulu tangkis
➢Dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain tanpa

mengira usia.

➢Terdapat acara perseorangan atau beregu lelaki dan
perempuan serta campuran.

➢Boleh dimainkan untuk mengisi masa lapang dan
pertandingan.

ii. Permulaan permainan
➢Buat undian terlebih dahulu sebelum memulakan
permainan dengan menggunakan bulutangkis atau

du it syiling .
➢Pemenang akan memilih untuk mengambil servis atau

memilih petak gelanggang.

➢Pemain yang kalah akan menerima pilihan tersebut.
iii. Sistem pengiraan mata

➢Sistem pengiraan mata dalam perlawanan ialah 21 mata
rali dan ditambah jika seri.

➢Mata akan diiberi kepada pemain yang memenangi rali.
➢Perbezaan 2 mata diperlukan untuk pemain

menang.Jika perkara tersebut tidakberlaku,
permainan akan diteruskan sehingga mata 29-29 dan
pemain ya ng mendapat mata ke 30 akan dikira sebagai
pemenang.

iv. Masa rehat
➢Mana-mana pemain yang sudah mencapai mata ke 11
akan diberhentikanpermainan untuk rehat.
➢Rehat antara permainan selama dua minit diberikan
setelah permainan tamat.

vi. Servis
➢Tidak boleh melengahkan masa setelah mengayunkan
raket ke belakang.
➢Servis akan dilakukan setelah penerima dalam keadaan
sedia.
➢Pemain tidak dibenarkan pijak garisan gelanggang
➢Kedua-dua kaki menyentuh lantai dalam keadaan tetap.
➢Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang
dan batang(shaft)mestimenghala ke bawah semasa
melakukan servis.

vii. Servis batal
➢Bulu tangkis melepasi bawah jaring.
➢Bulu tangkis melekat dipermukaan raket.
➢ Bulu tangkis dipukul dua kali berturut-turut
➢Bulu tangkis tersangkut dijaring.
➢Bulu tangkis jatuh di gelanggang servis.

viii. Larangan untuk permain
➢ Melambat-lambatkan permainan.

➢Merosakkan atau mengubahsuai bulu tangkis untuk
menukar kelajuan.

➢Memijak garisan gelanggang semasa servis atau
menyentuh jaring.

➢Berkelakuan kasar.
➢Meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil.

ix. Perlawanan perseorangan
➢Pemain akan membuat servis pertama dari kotak servis
sebelah kanan.Matagenap di kotak kanan dan mata
ganjil sebelah kiri.
➢Servis akan dibuat secara melintang kepada pihak
lawan.
➢Pemain yang menang pada permainan pertama akan
memulakan servis dalampermainan berikutnya.

xi. Perlawanan beregu
➢Pada permulaan,pemain yang membuat servis pertama
akan servis darigelanggang servis kanan.
➢Pasangan beregu yang menang rali akan bertukar petak
servis lawan kekal dalam petak servis masing-masing.

3.3 UKURAN
➢Ukuran jaring – tinggi jaring 1.55m di tiang dan 1.524m
di tengah gelanggang.

➢Ukuran gelanggang:
Bentuk gelanggang badminton berbentuk segi empat
tepat yang berukuran 13.40m x 6.10m.Manakala lebat
garisan 40mm.
Untuk perseorangan atau beregu,kawasan garisan
pendek dikira keluar semasa servis.
Dalam beregu,kawasan antara garisan belakang
gelanggang dan garisan servis bereguadalah luar
semasa servis.
Dalam beregu,kawasan gelanggang 6.10m x 13.40m
digunakan dan perseorangan ialah5.18m x 13.40m.

3.4 PERALATAN DAN PERMAKAIAN
1-PERALATAN

2-PEMAKAIAN

3.5 PENGELOLAAN KEJOHANAN / SISTEM PERTANDINGAN

i.Pertandingan Kalah Mati

Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas
dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala
yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai
dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak
penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan,
tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia.
Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur
keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

+Kelebihan
a. Boleh dijalankan dalam masa yang singkat.
b. Cepat memilih pemenang.
c. Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad.
d. Seronok untuk ditonton.
e. Penyertaan ramai.

-Kelemahan
a. Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang
benar-benar terbaik.
b. Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas
pusingan pertama.
c. Kemungkinan ada antara pemain dari pasukan yang
kalah langsung tiada peluang bermain.

ii. Pertandingan Liga

Merupakan pertandingan yang sesuai dijalankan
sekiranya pertandingan itu bertujuan memilih
pasukan yang terbaik.Perkara yang perlu diambil
perhatian :
a. Masa yang mencukupi.
b. Kewangan yang ada.
c. Bilangan pengadil.
d. Kemudahan dan peralatan yang ada.

Pertandingan boleh dijalankan dalam :
a. Liga satu pusingan
b. Liga berkumpulan

SUKAN
BADMINTON

4.1 Pertimbangan Untuk Latihan

I.TAHAP MURID
-Aktiviti yang di jalankan hendaklah
bersesuiaan dengan tahap kecergasan
murid.

ii.BILANGAN MURID
-Memastikan bilangan murid dan
peralatan sebelum memulakan sesuatu
aktiviti.

iii.MEMERIKSA KAWASAN LATIHAN
-sebelum memulakan aktiviti pastikan
kawasan latihan tidak licin dan selamat
untuk digunakan .

IV.KESELAMTAN MURID
-memberikan nasihat tentang
keselamtansebelum memulakan aktiviti

4.2 C O N T O H S A T U S E S I L A T I H A N

PERMAINAN :BADMINTON

TARIKH :

MASA :90 MINIT

KEMAHIRAN :SERVIS HADAPAN

ALATAN :RAKET DAN BULU



4.3 AKTIVITI MEMANASKAN BADAN

-TUJUAN AKTIVITI MEMANASKAN BADAN
1.mengelakkan kecederaan
2.meningkatkan kadar degupan jantung
3.meningkatkan koordinasi
4.mnyedaikan otot untuk melakukan suatu aktiviti
5.meningkatkan motivasi diri.

4.4 GERAK KENDUR
I.selepas melakukan aktiviti yang berat kadar degupan
jantung akan meningkat dengan cepat.

ii.lakukan beberapa aktiviti ringan bagi meredahkan
tubuh badan.

iii.pergerakan seperti berjalan selama 5 minit dapat
mengalakan peredaran darah di dalam badan.

iv.lakukan regangan bagi membolehkan otot meregang
dengan maksimum dapat mengurangkan asid latik di
dalam badan

4.5 CONTOH AKTIVITI MEMANASKAN BADAN

4.6 CONTOH AKTIVITI GERAK KENDUR

SUKAN BADMINTON

5.1 PENGENALAN KEPADA
KEMAHIRAN ASAS

Kemahiran Asas

A) Kaedah Memegang Raket

Terdapat 2 jenis pegangan asas iaitu:
1. Pegangan depan (Forehand Grip)
2. Pegangan kilas (Backhand Grip)

1. Pegangan depan 2. Pegangan kilas
(Forehand Grip) (Backhand Grip)

B) Kaedah Memegang Bulu Tangkis
Kaedah memegang bulu tangkis tidak spesifiknya. Tempat
memegang bulu tangkis boleh terletak pada bahagian
hujung bulu tangkis, bahagian tengah bulu tangkis atau
bahagian puncak bulu tangkis.

Memegang pada Memegang pada b
bahagian puncak ahagian hujung
bulu tangkis
bulu tangkis

C) Posisi Tubuh Pemain
Posisi yang betul akan memudahkan gerakan
tubuh semasa bermain badminton.

Terdapat 3 jenis posisi tubuh semasa bermain
badminton:
1. Posisi Menyerang (Attacking Stance)
2.PosisiBertahan(Defensive Stance)
3.Posisi Melawan (Net Stance)

1. Posisi Menyerang (Attacking Stance)
Pemain perlu mengerakkan badannya ke pandangan sisi
dan melebarkan kedua-dua kakinya. Setelah ini, pemain
perlu mengangkat kedua-dua lengannya untuk melakukan
pukulan yang kuat.

2 . Posisi Bertahan(Defensive Stance)
Pemain perlu mengarahkan badannya menghadap jaringan
dan menetapkan posisi raket di hadapan perut.

3 . Posisi Melawan (Net Stance)
Posisi melawan biasanya berlaku apabila pelawan ingin
melakukan netting. Oleh itu, pemain perlu bersedia posisi
ini di depan jaringan supaya pemain boleh melakukan
lompatan ke depan jaringan dengan pantas

Aktiviti Kemahiran

A) Koordinasi
Seorang pemain badminton perlu mempunyai koordinasi
tubuh badan yang baik apabila bermain badminton.
Kebolehannya bergerak dengan kemas dan sempurna

memerlukan penglibatan dua atau lebih anggota badan
digabungkan iaitu mata dan tangan, mata dan kaki.
1. Aktiviti Melambung dan Meyambut Bulu Tangkis
• Aktiviti ini boleh dijalankan secara perseorang atau
berpasangan atau berkumpulan
• Sekiranya perseorangan, pemain perlu melambung dan
menyambut bulu tangkis tanpa berhenti.

• Sekiranya, berpasangan, seorang pemain perlu
melambung dan kawan lain menyambut bulu tangkis.

• Sekiranya berkumpulan, pemain diminta dibahagikan
kepada dua kumpulan. Kumpulan X akan melambung
bulu tangkis kepada kumpulan O, kemudian kumpulan O
akan menyambut bulu tangkis dan melambungkannya
semula kepada kumpulan X dengan bergilir-gilir.

2. Aktiviti Menimang Bulu Tangkis Tanpa Raket
• Aktiviti ini boleh berlaku secara perseorang.
• Pemain boleh menggunakan tangan menimang bulu
tangkis dan menyambut bulu tangkis tanpa berhenti.

Permianan Kecil (Small Game)

1. Pukulan Dinding
• Permainan ini boleh dijalankan secara individu atau
berpasangan.
• Pemain memukul bulu tangkis ke dinding dan
memukul semula semasa bulu tangkis melantun ke arah
pemain.
• Pemain memukul bulu tangkis tanpa berhenti hingga
bulu tangkis jatuh.
• Pemain boleh menggunakan tangan menimang bulu
tangkis dan menyambut bulu tangkis tanpa berhenti.

2 . Monket Game
• Permainan ini ialah seorang pemain diminta
berdiri antara kawan-kawannya, ia akan dipanggil
‘Monket’. Kawan-kawannya akan membentuk satu
bulatan untuk mengepung ‘Monket’.
• Salah satu pemain akan membaling bulu tangkis ke
kawan lain dan ‘Monket’ akan cuba menangkapnya.
Sekiranya ‘Monket’ mendapati bulu tangkis, murid
yang membalingnya akan menjadi ‘Monket’

5.2 Servis Badminton/Pukulan Awal

Servis ialah teknik dasar bulu tangkis yang amat penting.
Ia boleh menentukan kemenangan atau kekalahan
perlawanan. Pemain boleh memanfaatkan peluang servis
untuk mendapatkan poin.

Pukulan Awal terdiri daripada 3 bahagian:
1. Servis Panjang (Long Service)
2. Servis Pendek (Short Service)

1. Servis Panjang (Long Service)
Servis panjang biasanya digunakan dalam pertandingan
perseorangan (single). Kaedah servis panjang ialah pemain
memukul bulu tangkis dengan penuh tenaga dari bawah dan
diarahkan ke bahagian belakang atas lawan. Dengan ini,
bulu tangkis akan dibaling hingga ke gelanggang belakang.

2 . Servis Pendek (Short Service)
Servis pendek juga biasanya digunakan dalam pertandingan
beregu dan perseorangan. Servis pendek adalah servis bulu
tangkis ke arah depan bidang permainan lawan. Servis
pendek biasanya dilakukan dengan teknik pegangan kilas
(backhand).

Aktiviti Kemahiran

1. Aktiviti servis tanpa raket
• Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan.
• Pemain diminta menggunakan tapak tangan untuk servis
bulu tangkis kepada pasangannya, kemudiaan pasangannya
akan menangkapnya dan servis semula tanpa raket kepada
pemain tadi
• Aktiviti dijalankan secara berulang-ulang.

2. Aktiviti Servis Dinding
• Aktiviti ini dijalankan secara perseorangan.
• Pemain diminta servis bulu tangkis ke arah dinding.
• Pemain boleh menggunakan kedua-dua kaedah servis
apabila menjalankan aktiviti ini.

Gambar Servis Panjang
bulu tangkis pada dinding

Permainan kecil (Small Game)

1. Servis Dinding (Forehand Service)
• Menandakan pita pelekat pada dinding dengan mengikut
ketinggian jaringan.
• Pemain diminta melakukan servis bergilir-gilir dalam
kumpulan

2 . Target Servis Pendek(Backhand) dan Servis
Panjang(Forehand)

• Pemain akan dibahagikan kepada kumpulan.
• Pemain diminta servis pendek (backhand) dengan
memasukkan bulu tangkis ke dalam kotak yang disediakan.
• Kotak akan diletakkan dalam jarak 2.5 meter daripada
jaringan.
• Jumlah bulu tangkis yang paling banyak dalam kotak
akan dianggap menang.
.

• Selain itu, pemain juga diminta servis
panjang(forehand) dengan memasukkan bulu tangkis ke
dalam kotak yang diletakkan.
• Kotak akan diletakkan dalam dalam jarak 6 meter
daripada jaringan.
• Jumlah bulu tangkis yang paling banyak dalam kotak
akan dianggap menang

3 . Kumpulan Servis
• Kumpulan X melakukan servis kepada bahagian kumpulan
O.
• Kumpulan O melakukan servis kepada bahagian kumpulan
X.
• Dalam 2 minit, kumpulan membuat servis yang melepasi
jaringan paling banyak akan dianggap menang.

5.3 Pukulan LOB/Panjang Pukulan LOB

Kemahiran Asas

Pukulan LOB akan dilakukan di belakang gelanggang
dengan memukul bulu tangkis yang tinggi dari belakang
gelanggang secara pukulan depan atau kilas.

• LOB dilakukan seperti aksi membaling bulu tangkis
dipukul tinggi arah ke belakang gelanggang.
• Tangan tanpa raket mengacung kedepan untuk menjemput
bulu tangkis
• Kaki belakang bergerak ke depan sedikit dan melompat
untuk memukul bulu tangkis yang datang.
• Memutar tubuh dan dengan siku melebar untuk memukul.
• Tangan ditolak ke depan ke atas dan tangan lurus.
• Titik sentuhan pada ketinggian maksimun dan ikut lajak

Aktiviti Kemahiran

1. Aktiviti Membaling Bulu Tangkis
• Pemain diminta membaling bulu tangkis melepasi
jaringan.
• Menguji sejauh mana bulu tangkis yang dibaling oleh
pemain

2 . Aktiviti Memukul Bulu Tangkis yang Digantung
• Pemain diminta memukul bulu tangkis yang digantung
dengan tali.
• Aksi ini dilakukan secara berulang-ulang dalam seminit.
• Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan dengan bergilir-
gilir.

Permainan Kecil (Small Game)

1. LOB Touch and Go

• Pemain dibahagikan menjadi 2 kumpulan.
• Kumpulan kiri memukul LOB secara bergilir.
• Kumpulan kanan pula membalas pukulan LOB secara
berterusan.
• Touch and Go ialah selepas pemain telah memukul bulu
tangkis, ia akan bergerak ke barisan belakangnya.
• Dalam masa 2 minit, bilangan bulu tangkis akan dikira
sekirannya bulu tangkis dipukul dalam petak belakang.


Click to View FlipBook Version