MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 1
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 2 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT I. ISI KANDUNGAN 2 2. DARI MEJA GURU BESAR 3 3. JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-49 4 4. ATURCARA MAJLIS 5 5. JAWATANKUASA KERJA 6 6. SENARAI NAMA JAWATANKUASA PIBG 2022/2023 7 7. SENARAI SEMAK KEHADIRAN AJK PIBG 2022/2023 8 8. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-48 (2022) 9-12 9. PENYATA KEWANGAN PIBG 13 11. LAPORAN AKTIVITI UNIT KURIKULUM 14 12. LAPORAN AKTIVITI UNIT HEM 15 13. LAPORAN AKTIVITI UNIT KO-KURIKULUM 16-18 14. USUL MESYUARAT AGUNG 19 -26 15. PENGHARGAAN 27
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 3 DARI MEJA GURU BESAR Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera, Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Iialhi kerana dengan keizinanNya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata di dalam buku program ini sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Tehel kali ke-49. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada PIBG SK Tehel kerana dapat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-49 ini. Dalam usaha mendukung cita-cita bagi merealisasikan wawasan negara Madani, faktor permuafakatan dan perpaduan amat dititik beratkan kerana ini merupakan kunci utama bagi mewujudkan persekitaran sosial yang aman dan harmonis. Hal yang demikian dapat meningkatkan prestasi cemerlang dalam tindakan yang kita lakukan Selaras dengan saranan kementerian melahirkan Anak Baik Lagi Cerdik. Semoga anak-anak didik SK Tehel bertambah cemerlang, gemilang dan terbilang dengan adanya pemuafakatan antara pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Akhir kata, segala bakti dan sumbangan yang diberikan sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga dan kerjasama bagi kecemerlangan anak didik sekolah ini amatlah dihargai dan di sanjung tinggi. Sekian, Terima Kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA” “BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT” Saya yang menjalankan amanah, ______________________________ (PN IZA SURIANA BINTI SUHAIMI) Guru Besar, SK Tehel
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 4 PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TEHEL KM 16, KG TEHEL, 77200 BEMBAN, MELAKA TEL : 06 – 2682731 / FAX : 06 – 2682731 Ruj.Kami : PIBG SKT 600 – 4 /1( ) Tarikh : 12 JUN 2023 Kepada IbuBapa/Penjaga Murid, Sekolah Kebangsaan Tehel 77200 Bemban, Melaka Tuan/Puan, JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SK TEHEL KALI KE-49 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Berhubung perkara di atas, pihak sekolah menjemput Tuan/Puan untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SK Tehel kali ke-48 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 24 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan SK Tehel 3. Bersama-sama ini disertakan slip KEHADIRAN dan cadangan USUL untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Agung tersebut. Slip kehadiran dan usul hendaklah dikembalikan semula kepada guru kelas selewat-lewatnya pada 21 Jun 2023 (Rabu). 4. Sukacita diingatkan bahawa usul dan cadangan yang diterima hanya akan dibincangkan jika Tuan/Puan hadir dalam mesyuarat tersebut. Usul yang berbentuk membantu meningkatkan kecemerlangan para pelajar amat digalakkan. 5. Kerjasama dan keprihatinan pihak Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “MELAKA BERWIBAWA” “MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA” Saya yang menjalankan tugas, ………………………………….......... (EN.RAMLI BIN MOHAMED)
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 5 YDP PIBG SK Tehel 2023/2024 ATURCARA MAJLIS 8.00 -8.30 pagi : Pendaftaran dan Ketibaan Ibu bapa dan guru 8.35 pagi : Ketibaan VIP 8.40 pagi : Nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya 8.50 pagi : Bacaan Doa 8.55 pagi : Persembahan Pra Sekolah 9.00 - 9.30 pagi : Ucapan Yang Dipertua PIBG, En.Ramli bin Mohamed. Ucapan Penasihat PIBG, Pn Iza Suriana binti Suhaimi, Guru Besar SK Tehel. Ucapan perasmian oleh Pn Rosidah binti Othman, Pegawai Seranta PPD, Jasin. 9.35 pagi : Persembahan montaj 9.45 pagi : Jamuan Makan VIP & Edaran Jamuan Ringan 9.45 pagi : Taklimat Delima oleh En.Noorsham Fadilla 10.00 pagi : Persembahan Da’ie Cilik 10.10 - 12.30 tgh : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 : Cabutan bertuah : Bersurai
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 6 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 (2023) PENASIHAT : PN. IZA SURIANA BINTI SUHAIMI PENGERUSI : EN.RAMLI BIN MOHAMED BENDAHARI : PN.HERMAYUNI BINTI ZULKIFLI SETIAUSAHA : PN. NATASYA NAJWA BINTI AHMAD SHUKRI N. SETIAUSAHA : PN. ROSLIZAH BINTI RAMLI AJK KERJA UNDANGAN PN. NATASYA NAJWA BINTI AHMAD SHUKRI PENGACARA MAJLIS PN. ZUBAIYAH BINTI ABU BAKAR PN. RAHIMAH BINTI RIMIN PENTAS PN. MASITAH BINTI NORDIN PN. RUZANA BINTI ZAKAR PN. SHARIFAH BINTI RAMLI PN. NORIZAIDAH BINTI GILON PENYAMBUT TETAMU PN. IZA SURIANA BINTI SUHAIMI EN. JOHARI BIN OSMAN EN. FAIZUL RUZI BIN MOHD FADZIR EN. ZULKIFLI BIN ATAN EN. RAMLI BIN MOHAMED PN. NORHASNIZAWATI BINTI ALI SUSUN ATUR DEWAN EN. ABD KADIR BIN AHMAD EN. AHAMAD RAZALI BIN IBRAHIM EN.MOHD AIZAT BIN ROSELI EN. MOHD YUSOF BIN MAT SALLEH PEKERJA CENDERAHATI & CABUTAN BERTUAH PN. SURIANI BINTI YAHYA PN. JULITAH BINTI MINHAD PN. NURIZWANI BINTI MASSHOR PN. NORHASNIZAWATI BINTI ALI PN. NORHIDAYAH BINTI YUSOP PENDAFTARAN PN. SAREPAH BINTI HUSIN PN. SITI ZUBAIDAH BINTI MUSTAPHA PN. NURULHUDA BINTI ABDUL RAHMAN PENCATAT MINIT MESYUARAT PN. NOR ATIKAH BINTI ISMAIL PN. MAISARAH BINTI OTHMAN PN. MARDZIAH BINTI MOHD SELEH PN. SITINURULHUDA BINTI ZAINUDDIN BACAAN DOA EN. SAFRI BIN ABU PERAKAM PERISTIWA EN. AHMAD NADRI BIN MOHAMAD GURU-GURU BUKU PROGRAM PN. ROSLIZAH BINTI RAMLI PN. NIK NAH BINTI NIK YA SIARAYA EN. NOORSHAM FADILLA BIN SALEHAN EN. FADLIZAN BIN AYOB JAMUAN TETAMU & VIP PN.HERMAYUNI BINTI ZULKIFLI PN. NORHAFIZAH BINTI MOHD ALI PN. NORHIDAYAH BINTI KADIM PN. SITI ZAINAB BINTI MOHD YASSIN PN. MASTURA BINTI AHMAD PERSEMBAHAN PN. ROSNITA BINTI AHMAT PN ASMARAWATI BINTI YUSSOF PN SURIANI BINTI YAHYA PN. NOOR EMILIA BINTI MOHD ZULKIFLI PERSEMBAHAN MONTAJ PN. NUR AZEEYATTY BINTI ABDUL RAHIM PN. NATASYA NAJWA BINTI AHMAD SHUKRI
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 7 SENARAI NAMA AJK PIBG SESI 2022/2023 BIL NAMA JAWATAN 1 PN. IZA SURIANA BINTI SUHAIMI GURU BESAR 2 EN. RAMLI BIN MOHAMED YDP PIBG 3 PN. NORHASNIZAWATI BINTI ALI NYDP PIBG 4 PN. NATASYA NAJWA BINTI AHMAD SHUKRI SETIAUSAHA 5 PN. ROSLIZAH BINTI RAMLI NAIB SETIAUSAHA 6 PN. HERMAYUNI BINTI ZULKIFLI BENDAHARI 7 EN. SAFRI BIN ABU BENDAHARI SURAU 8 EN.AHMAD NADRI BIN MOHAMAD KAUNSELOR SEKOLAH WAKIL IBU BAPA/PENJAGA 8 PN. MASTURA BINTI AHMAD IBU BAPA 9 PN. NOOR EMILIA BINTI MOHD ZULKIFLI IBU BAPA 10 PN. NORHIDAYAH BINTI KADIM IBU BAPA 11 PN. NORHIDAYAH BINTI YUSOP IBU BAPA 12 PN. SITI NURULHUDA BINTI ZAINUDDIN IBU BAPA 13 PN. SITI ZAINAB BINTI MOHD YASSIN IBU BAPA 14 EN. ABDUL RAHMAN BIN SHAHARANI IBU BAPA WAKIL GURU 16 EN. JOHARI BIN OSMAN GPK 1 17 EN. FAIZUL RUZI BIN MOHD FADZIR GPK HEM 18 EN. ZULKIFLI BIN ATAN GPK KOKU 19 PN. JULITAH BT MINHAD GURU 20 EN. ABD KADIR BIN AHMAD GURU 21 PN. NORHAFIZAH BINTI ALI GURU 22 PN. MASITAH BINTI NORDIN GURU 23 PN. RUZANA BINTI ZAKARIA GURU 24 PN. SURIANI BINTI YAHAYA GURU 25 PN. NIK NAH BINTI NIK YA GURU
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 8 PEMERIKSA KIRA-KIRA 24 PN. JULITAH BINTI MINHAD GURU 25 PN. MASITAH BINTI NORDIN GURU SENARAI SEMAK KEHADIRAN MESYUARAT AJK BIL 2/(2023) BIL NAMA JAWATAN KEHADIRAN BIL 1. 2023 1 PN. IZA SURIANA BINTI SUHAIMI GURU BESAR / 2 EN. JOHARI BIN OSMAN GPK 1 / 3 EN. FAIZUL RUZI BIN MOHD FADZIR GPK HEM / 4 EN. ZULKIFLI BIN ATAN GPK KOKU 5 EN. RAMLI BIN MOHAMED YDP PIBG / 6 PN. NORHASNIZAWATI BINTI ALI NYDP PIBG / 7 PN. NATASYA NAJWA BINTI AHMAD SHUKRI SETIAUSAHA 8 PN. ROSLIZAH BINTI RAMLI N. SETIAUSAHA / 9 PN. HERMAYUNI BINTI ZULKIFLI BENDAHARI / 10 EN. SAFRI BIN ABU BENDAHARI SURAU / 11 EN. AHMAD NADRI BIN MOHAMAD KAUNSELOR SEKOLAH / 12 PN. MASITAH BINTI NORDIN GURU / 13 PN. SURIANI BINTI YAHYA GURU / 14 PN. RUZANA BINTI ZAKARIA GURU 15 PN. NIK NAH BINTI NIK YA GURU / 16 PN. NORHAFIZAH BINTI MOHD ALI GURU / 17 EN.ABD KADIR BIN AHMAD GURU / 18 PN. JULITAH BINTI MINHAD GURU / 19 PN. NORHIDAYAH BINTI KADIM IBU BAPA / 20 PN. NORHIDAYAH BINTI YUSOP IBU BAPA / 21 PN. MASTURA BINTI AHMAD IBU BAPA 22 PN.NOOR EMILIA BINTI MOHD YASSIN IBU BAPA / 23 PN. SITI NURULHUDA BINTI ZAINUDDIN IBU BAPA 24 EN.ABDUL RAHMAN BIN SHAHARANI IBU BAPA 25 PN.SITI ZAINAB BINTI MOHD YASSIN IBU BAPA /
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 9 MINIT MESYUARAT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 48 / 2022 - 2023 Tarikh : 25 Jun 2022 Hari : Sabtu Masa : 9.00 Pagi Tempat : Dewan SK Tehel Kehadiran : 47/57 Orang Perasmi : Ybhg Dr Mohd Yadzil bin Mohd Yaakob 1.0 Ucapan Penasihat PIBG (En. Johari bin Osman) 1.1 Terima kasih kepada tetamu jemputan, Yang Berbahagia Dr Mohd Yadzil bin Mohd Yaakob, Yang Dipertua PIBG, Puan Haryati binti Md Ali, Encik Zainuddin wakil PPD Jasin, semua ibu bapa dan guru yang dapat hadir pada mesyuarat PIBG kali ini. 1.2 Mengucapkan tahniah kepada adik Farish Qarl Iman di atas kejayaan ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan seni silat. 1.3 Pembentangan Unit Kurikulum – SK Tehel telah menjalankan Catch Up Plan 2 bagi mengatasi masalah murid cicir semasa PKP. 1.4 Pelaporan PBD telah diserahkan kepada ibubapa pada bulan Mac dan Program Orientasi Tahun 1 bagi sesi 2022/2023 telah selesai pada awal persekolahan tahun 2022. 1.5 Pembentangan Unit Hal Ehwal Murid – Peratus kehadiran murid-murid pada bulan Mac, April, Mei adalah sebanyak 84% iaitu masih belum mencapai 90%. 1.6 Ibubapa dimohon untuk bekerjasama dengan pihak sekolah dengan menyatakan sebab ketidakhadiran murid dalam perakuan rasmi seperti surat doktor atau surat rasmi ibubapa. 1.7 Pembentangan Unit Kokurikulum – Perjumpaan Unit Beruniform, Kelab dan Sukan telah bermula. Beberapa orang murid SK Tehel telah mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Desa dan 4 orang murid telah terpilik untuk ke Peringkat Negeri. 1 orang murid telah mewakili sekolah dalam pertandingan menulis cerpaen Sempena Hari Guru peringkat Negeri. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada murid-murid yang telah mewakili sekolah dalam pertandingan 1.8 Sekalung penghargaan kepada ibu bapa dan guru yang hadir dan selamat mendengar pembentangan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 ini. Tindakan : Makluman 2.0 Ucapan perasmian oleh tetamu terhormat YBhg Dr. Mohd Yadzil bin Mohd Yaakob 2.1 Ucapan tahniah atas kehadiran semua guru dan ibu bapa dan memanjatkan kesyukuran kerana dapat berkumpul. 2.2 Guru dan ibubapa berpisah tiada kerana peranan kedua-duanya akan membentuk disiplin, akhlak dan sebagai pemudahcara untuk murid mencapai kecemerlangan. 2.3 Pembentukan sahsiah murid bermula dari rumah dan ibubapa perlu memainkan peranan masing-masing kerana anak-anak di negara maju seperti Jepun dan Norway diajar seawal tadika untuk perkembangan dan sahsiah diri yang baik.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 10 2.4 Ybhg Dr Mohd Yadzil memberikan pujian atas cadangan ibu-bapa yang bernas seperti yang tertera di dalam buku program akan tetapi terdapat beberapa cadangan yang melibatkan kos yang tinggi. 2.5 Cadangan mengenai dewan terbuka SK Tehel yang masih di dalam perancangan akan diserahkan kepada YB Pendidikan. 2.6 Ybhg Dr Mohd Yadzil menyumbangkan sebanyak RM1000 untuk menjayakan program sekolah. 2.7 Pendidikan pada zaman sekarang agak mencabar dan memerlukan kelulusan yang lebih daripada SPM untuk mendapatkan kerjaya yang stabil dan terjamin. 2.8 Berharap sekiranya ada sebarang masalahboleh dipanjangkan di pejabat YB di Jasin Bestari. 3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Dicadangkan oleh : Pn. Hasnizawati binti Md Ali Disokong oleh : En. Noorsham Fadilla bin Salehan 4.0 Perkara Berbangkit 4.1 Perkara 5.2: Pemakaian Tali Leher untuk Tahun 1 telah dimulakan sejak tahun 2021. Bagi tahun 2022 telah ditempah dan akan dimaklumkan harganya kemudian untuk digunakan pada sesi persekolah 2023. 4.2 Perkara 5.3: Sekolah telah menerima penapis aitr dan servis penapis air dibiayai oleh penyumbang dan akan diteruskan pembayaran servis sehingga diperlukan. 4.3 Perkara 8.8 : Bantuan Awal Persekolahan telah diberikan kepada murid Tahun 2 hingga Tahun 6. Untuk murid tahun 1, Bantuan Awal Persekolahan akan diberikan pada akhir bulan Jun. Bantuan adalah sebanyak RM150.00 5.0 Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan PIBG 5.1 Baki daripada setakat 31.12.2021 adalah sebanyak RM 16936.60 5.2 Jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM 9640.60 5.3 Baki dibawa ke hadapan: RM 7296.00 5.4 Rujuk lampiran yang diberi untuk maklumat lanjut berkaitan kewangan. 5.5 Pengesahan penyata kewangan: Dicadangkan oleh : Pn. Hasnizawati binti Md Ali Disokong oleh : En. Zulkifli bin Atan Tindakan : Makluman 6.0 Membahas dan membentangkan usul 6.1 Usul daripada Puan Nurzarifah binti Abu Bakar (Ibu Muhammad Danial Rizqi 2 PD) 6.1.1 Cadangan/usul: 1) Pembukaan semula pintu pagar bawah pada waktu pagi dan pulang bagi mengelakkan kesesakan 6.1.2 Maklumbalas:
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 11 1) En. Faizul Ruzi selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menyatakan sebagai langkah keselamatan, murid perlu lalu menggunakan pagar hadapan. 2) Pihak sekolah pernah membuat percubaan menggunakan pagar belakang sekolah bersama murid Prasekolah dan didapati agak merbahaya kerana laluan tersebut adalah laluan dua hala. Laluan tersebut digunakan oleh orang awam yang bukan mengambil anak dari sekolah. Pihak sekolah akan menggunakan pintu pagar hadapan sahaja bagi urusan mengambil anak kerana kesesakan hanya berlangsung sekitar 10 hingga 15 minit pada waktu balik. 6.2 Usul daripada Puan Siti Nurulhuda binti Zainudin (Ibu Siti Nuruladilah 6PT) 6.2.1 Usul/cadangan: 1) Sekolah mengadakan Hari Keusahawanan 2) 10 Minit kutip sampah di sekitar sekolah. 6.2.2 Maklumbalas: 1) Tahun ini diadakan perkhemahan dan akan diselang selikan dengan Hari Keusahawanan 2) Murid-murid telah diminta untuk mengemas tempat makan dan buang sampah di tempat yang disediakan. 6.3 Usul daripada Puan Norhasnizwati binti Ali 6.3.1.Usul/cadangan: 1) Pembelian pakaian Kokurikulum (Unit Beruniform) secara berkelompok. 6.3.2 Maklumbalas: 1) En. Zulkfili memaklumkan bahawa semuanya melibatkan kos dan perlu pembelian yang banyak untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Tindakan : Makluman 7.0 Hal-hal lain 7.1 En. Fadlizan selaku Guru Pendidikan Jasmani mencadangkan pembelian T-Shirt PJK untuk semua murid bagi PdPc untuk sesi persekolahan 2023. Maklumbalas: Majoriti ibubapa bersetuju dengan cadangan ini. 7.2 Pn. Haryati menyatakan tentang keadaan tandas murid lelaki yang kebanyakannya tidak mempunyai pintu menjadi kerisauan ibubapa untuk kegunaan anak-anak. 7.3 Maklumbalas mengenai tandas murid lelaki- En. Faizul memaklumkan bahawa kontraktor telah membaiki tandas tersebut tetapi tandas blok bawah adalah tandas bencana dan peruntukan untuk membaiki tandas tersebut adalah daripada pihak lain. 7.4 Tandas di blok pentadbiran- masalah tiada air kerana masalah motor yang memerlukan peruntukan yang agak tinggi. 7.5 En. Noorsham memaklumkan semasa mesyuarat PIBG 2021, telah dimaklumkan untuk menaikkan lagi RM20 menjadikan kutipan baharu kepada RM50 seperti sekolah menengah. Maklumbalas ibubapa majoriti bersetuju membayar RM50.00 bagi tabung PIBG SK Tehel.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 12 7.6 Pn. Hermayuni binti Zulkifli dilantik menjadi Bendahari PIBG SK Tehel yang baharu bagi menggantikan En. Noorsham Fadilla bin Salehan. 7.7 Puan Nurizwani (Guru SPBT) memaklumkan buku teks English Supermind Tahun 1 & Tahun 2 menggunakan buku yang sama. Tiada peruntukan daripada pihak sekolah sekiranya buku tersebut rosak dan menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menggantikan dengan yang baru atau membayar nilai buku teks yang telah dirosakkan atau dihilangkan. 8.0 Ucapan Penangguhan 8.1 Terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang hadir pada menyuarat kali ini. 8.2 Terima kasih untuk semua usul dan cadangan tuan puan dan diharap selepas ini akan lebih banyak lagi kerjasama serta pandangan baru ibu bapa yang dapat dikongsi bersama. 8.3 Semoga kita berjumpa lagi pada perjumpaan yang akan datang. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.10 tengah hari Disediakan oleh: ......................................................... (NATASYA NAJWA BINTI AHMAD SHUKRI) Setiausaha PIBG SK Tehel Sesi 2020/2021 Disahkan oleh: ......................................................... (PN HARYATI BINTI MD ALI) YDP PIBG SK Tehel Sesi 2020/2021
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 13
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 14 AKTIVITI UNIT KURIKULUM (2022 - 2023) BIL AKTIVITI/PROGRAM TARIKH/BULAN 1. Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Sepanjang bulan Ogos dan September. 2. Hari Cakna Waris 3 November 2022 3. Minggu sains dan matematik 5 – 9 Disember 2023 4. Menjalankan Ujian Akhir Sesi Akedemik 10 – 13 Januari 2023 5. Hari Apresiasi 15 Februari 2023 6. Program Intervensi Minda sihat dan Pemugaran Emosi (Tahun 5 dan 6) 7 Februari 2023 7. Perkongsian Inovasi Pdp Excellent Tajwid Bersama SK Kandis, Bachok (secara GM) 9 Februari 2023 8. Pendaftaran dan Orentasi tahun 1 17 Mac 2023 9 Mesyuarat guru kali 1 sesi 2023-2024 15 Mac 2023 10 Majlis persaraan Pn Saraspathi 22 Mac 2023 11 Program Transisi Tahun satu 20- 31 Mac 2023 (Fasa Penyesuaian) 3 - 14 April (Fasa Kesediaan) 12 Program Ihya ramadhan 27 Mac 2023 (sepanjang bulan Ramadhan) 13 Sambutan Hari Raya peringkat sekolah 12 Mei 2023 14 Sambutan Hari guru Peringkat Sekolah 18 Mei 2023 15 Majlis persaraan Pn Aida 23 Jun2023
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 15 LAPORAN AKTIVITI UNIT HAL EHWAL MURID (2022/2023) BIL AKTIVITI/PERKARA TARIKH/BULAN 1 Hari Disiplin Setiap Rabu minggu persekolahan 2 Program Kitar Semula Fabrik anjuran MPHTJ Largest Recycle Fabric MaterialsMalaysia Book of Records 19 dan 20 Ogos 2022 3 Program 3K- Mini Gotong-royong – ‘sekolahku Indah’ Tea Hill Eco Garden 24 Septemberi 2022 4 Program Mentor Mentee Sept 2022 – Feb 2023 5 Kempen Sayangi Buku Teks 17 Okt 2022 6 Program LCC(Low Carbon City) 2030 challenge- Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon SK Tehel mendapat pengiktirafan 3 Diamond KategoriRakan Kongsi 7 Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Sains Negara, Muzium Coklat dan Putrajaya 5 Januari 2023 8 Program Pembangunan Kempinpinan Bersama UiTM Melaka cawangan Jasin 7 Januari 2023 9 Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 19 Januari 2023 10 Temuduga Pengawas Percubaan sesi 2023/2024 26 Januari 2023 11 Majlis Pengumuman Rasmi Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas dan pengawas baharu 6 Feb 2023 12 Mesyuarat Pengurusan Bantuan Sekolah (RMT) Bersama PIBG kali pertama 1 Feb 2023 13 Hari Orientasi Pra Sekolah, Tahun 1 dan Persekolahan sesi 2023/2024 17 Mac 2023 14 Pelaksanaan RMT Hari Pertama Sesi persekolahan 2023/2024 20 Mac 2023 15 Program Saya Suka, Sayang Sekolah (4S) 20, 21 Mac 2023 16 Program Saya Suka, Sayang Sekolah (4S) 20, 21 Mac 2023 17 Program Awal Remaja dan Persediaan ke alam sekolah menengah anjuran unit Bimbingan & Kaunseling 18 Penyerahan Bnatuan Awal Persekolahan (BAP) murid Tahun 1 dan murid cicir 4 April 2023 19 Mesyuarat Pengurusan Bantuan Sekolah (RMT) Bersama PIBG kali ke-2 6 April 2023
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 16 PENCAPAIAN AKTIVTI UNIT KOKURIKULUM (2022/2023) BIL PERTANDINGAN /NAMA PROGRAM PENCAPAIAN 1 Merentas Desa Peringkat Negeri Melaka Penyertaan Peringkat Negeri 4 orang murid 2 Olahraga Peringkat Negeri Melaka • Larian,lompat jauh,lompat tinggi,lontar peluru Penyertaan Peringkat Daerah 11 orang murid 3 Pertandingan Bola Sepak Sekolah Rendah Peringkat Negeri Melaka Penyertaan Peringkat Negeri 18 orang murid 4 Pertandingan Bola Jaring Sekolah Rendah Peringkat Daerah Penyertaan Peringkat Daerah 12 orang murid 5 Pertandingan Bola Tampar Sekolah Rendah Peringkat Negeri Melaka Penyertaan Peringkat Daerah 12 orang murid 6 Pertandingan Catur Sekolah Rendah Peringkat Negeri Melaka Penyertaan Peringkat Negeri 6 orang murid 7 Mahrajan Quran Sekolah-sekolah (MQSS) • -DAI’E CILIK LELAKI Farish Qarl Iman bin Mohd Shaiful Rezal • DAI’E CILIK PEREMPUAN Johan Peringkat Daerah Penyertaan Peringkat Negeri Penyertaan Peringkat Daerah 8 Festival Kesenian Islam Sekolah-sekolah (FKISS) • E-Nyanyian Solo Kerohanian Lelaki Farish Qarl Iman bin Mohd Shaiful Rezal • -Nyanyian Solo Kerohanian,Khat Siber dan E Diklamasi Sajak Johan Peringkat Daerah Tempat ke 3 Peringkat Negeri Penyertaan Peringkat Daerah 5 orang murid 9 Pertandingan Silat Seni KPM • Seni Tari Solo Lelaki Farish Qarl Iman bin Mohd Shaiful Rezal • Seni tempur Putera Muhammad Adam Haris bin Syazzuwan Muhammad Aidil Zharif bin Shahril Tempat ke 3 Peringkat Negeri Tempat ke 11 Peringkat Kebangsaan Penyertaan Peringkat Negeri Tempat ke 5 Peringkat Negeri
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 17 • Seni Tempur Puteri Aina Farhanah binti Muhamad Azam Nur Syuhadah binti Hishamudin 10 Pertandingan Nyayian Solo dan Duo Sekolah Rendah • Kategori Solo • Kategori Duo Penyertaan Peringkat Negeri 2 orang murid Tempat ke 4 Peringkat Negeri 2 orang murid 11 Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Melaka Penyertaan Peringkat Negeri 4 orang murid TKRS 12 Kursus Kenaikan Pangkat Koperal TKRS Nur Qistina Aliah binti Onn Penyertaan Peringkat Negeri Lulus Kenaikan Pangkat Koperal TKRS 13 Pertandingan Pidato Rukun Negara TYT Negeri Melaka Penyertaan Peringkat Kebangsaan 2 orang murid 14 Kem Kecekapan kanak-kanak BSMM Negeri Melaka Penyertaan Peringkat Negeri Johan –Kem Craff Tempat ketiga – Malam Kebudayaan 15 Pertandingan Menulis Cerpen Sempena Hari Guru Nur Khaula Sumaiya binti Norhaizad Penyertaan Peringkat Daerah Tempat ke 8 16 Kejohanan Futsal Prasekolah Lelaki dan Perempuan Penyertaan Peringkat Daerah Tempat ketiga –Futsal Perempuan Penyertaan Peringkat Negeri Wakil Daerah Jasin Program Kerjasama Pusat Komuniti Desa,Tehel 1. Program seperti mewarna,membuat kolaj dan membuat menara dari bahan terpakai Sempena Bulan Kemerdekaan.Hadiah disumbangkan oleh PKD untuk acara yang dikelolakan oleh PKD. 2. Basic Robotik Workshop Lego Education Wedo 2.0 bersama 22 orang murid SK Tehel. Pihak PKD menanggung yuran RM20 setiap pelajar. 3. Latihan Kemahiran – Kursus Aneka Donat –Melibatkan 5 orang murid PPKI
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 18 PPKI SK TEHEL Bil Pertandingan /Nama Program Pencapaian 1 Berkuda dan memanah Peringkat Sekolah 8 orang murid 2 Tenpin Bowling Peringkat Sekolah 8 orang murid 4 Kejohanan Tenpin Bowling Pendidikan Khas Peringkat Daerah Jasin • Muhammad Yusuf bin Ab.Jabbar Peringkat Daerah 4 orang murid Tempat ke 3 Peringkat Daerah 5 Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Daerah Jasin Penyertaan Peringkat Daerah 3 orang murid 6 Kelas Renang Peringkat Sekolah 8 orang murid
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 19
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 20
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 21
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 22
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 23
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 24
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 25
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 26
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 27
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 49 2023 28 PENGHARGAAN YDP PIBG dan barisan ahli jawatankuasa PIBG SK Tehel sesi 2022/2023 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada: Semua AJK PIBG Semua Ibu Bapa Semua Guru Semua Kakitangan dan murid-murid yang terlibat dalam persembahan serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 (2023) ini.