KEPIMPINAN
REDZUAn
Irama puisi memaut rasa,
Gambus dialun gendang dipalu,
Indah peribahasa kerana bahasa,
Sopan santun diamal padu.
Serangkap pantun di atas jelas memaparkan sifat dan
keperibadian yang dimiliki oleh Redzuan iaitu pelajar cemerlang
yang berusia 17 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tawar.
Redzuan telah menjadi wakil pelajar selama 3 tahun berturut-turut
kerana kepimpinannya yang sangat berdedikasi dan adil serta
amanah setiap kali melaksanakan tugasan yang diberikan
kepadanya. Nama Redzuan cukup dikenali dalam kalangan pelajar
dan guru serta warga sekolah kerana kepimpinan yang
ditampilkannya telah menjadi buah bicara warga sekolah sejak
kemasukannya ke dalam sekolah tersebut pada tahun 2020.
Redzuan
“Assalamualaikum, boleh saya masuk encik?“ Tanya Redzuan bagi
meminta kepastian daripada pemilik bilik tersebut sebelum memasuki
ruang pejabat Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tawar.
Setelah mendapat kebenaran untuk memasuki bilik tersebut, Redzuan
menundukkan sedikit kepalanya ketika melintas di hadapan guru
kelasnya yang turut berada di dalam bilik tersebut.
Encik Amran Redzuan mengambil tempat duduk bersebelahan Puan Zana
iaitu guru kelasnya setelah dipelawa duduk oleh Encik Amran dan
Puan Zana. Redzuan agak curiga dengan riak wajah yang ditampilkan
oleh Encik Amran dan Puan Zana yang seolah-olah menyimpan seribu
maksud tersirat. Redzuan yang agak curiga itu mula menyusun ayat
yang bersesuaian untuk ditanyakan kepada pengetua sekolahnya itu
berkaitan alasan dia dipanggil ke bilik tersebut kerana pelajar, staf
atau guru yang dipanggil ke bilik tersebut hanya berurusan tentang
perkara yang penting sahaja atau melibatkan acara-acara yang
penting sahaja.
“Maafkan saya untuk bertanya, apakah tujuan
saya dipanggil masuk ke dalam bilik Encik
Amran?” Redzuan bertanya dengan penuh tertib
bagi mendapatkan jawapan tentang tujuan
utama dia dipanggil oleh Encik Amran yang turut
dihadiri oleh Puan Zana.
Redzuan
“Sebelum itu, maafkan saya Redzuan kerana
memanggil kamu secara tiba-tiba, tujuan saya
memanggil kamu ke sini kerana ingin mendapatkan
pendapat kamu berkaitan Program Inovasi anjuran
sekolah kita pada peringkat daerah. Saya mahu
bertanya adakah kamu sudi untuk menjadi ketua yang
bertanggungjawab bagi menguruskan program
tersebut?” Jelas Encik Amran tanpa berbasi-basi yang
diakhiri dengan pertanyaan kepada Redzuan.
Encik Amran
Redzuan mendengarkan penjelasan yang
diterangkan oleh Encik Amran dengan teliti dan
penjelasan tersebut jelaslah menjawab segala
persoalan yang bermain di mindanya tentang
tujuan dia dipanggil masuk ke dalam bilik pengetua.
Setelah mendengarkan penjelasan yang ringkas
dan padat itu, Redzuan berfikir sejenak berkaitan
permintaan yang dikemukakan oleh pengetuanya.
Redzuan agak teragak-agak untuk mengambil
tugas tersebut kerana tanggungjawab yang akan
dipikulnya agak berat dan dia kurang berkeyakinan
boleh melaksanakan tugasan tersebut dengan
jayanya.
“Terima jer permintaan Encik Redzuan berfikir sejenak dan setelah mendengar
Amran tu, Redzuan. Cikgu pujukan guru kelasnya yang sangat berkeyakinan
percayakan kepimpinan kamu dengan kepimpinannya itu, akhirnya Redzuan
dapat menjayakan program menganggukkan kepalanya sebagai tanda
tersebut dan seterusnya persetujuannya untuk menggalas tanggungjawab yang
menaikkan imej sekolah kita berat sebagai Ketua Program Inovasi. Redzuan
dengan kepimpinan yang mengambil keputusan tersebut kerana percaya akan
ditampilkan kamu nanti.” Pujuk
Puan Zana bagi meyakinkan sokongan serta kepercayaan yang diberikan
keputusan Redzuan untuk kepadanya yang boleh melaksanakan tugasan tersebut
mengambil jawatan tersebut. dengan jayanya nanti. Redzuan ingin menimba
pengalaman baru bagi menguruskan program yang
Puan Zana besar seperti ini dan beriltizam ingin menjayakan
program tersebut seterusnya menaikkan imej sekolah
seperti bak kata pepatah sambil menyelam, minum air.
“Jika begitu, saya memberikan kamu kebebasan untuk
memilih barisan pasukan kamu yang boleh menguruskan
program tersebut dalam tempoh masa seminggu. Saya
percayakan sifat adil dan saksama yang kamu miliki untuk
memilih barisan pasukan kamu yang berkelayakan.” Ujar
Encik Amran yang yakin setinggi langit dengan
kepimpinan Redzuan.
Encik Amran
..................
Redzuan berjalan keluar dari bilik
pengetua selepas mendapat persetujuan
bersama berkaitan pemilihan jawatankuasa
untuk menguruskan program tersebut.
Redzuan mengambil tempat duduk di meja
rehat berhadapan bilik pengetua yang telah
disediakan oleh pihak sekolah. Redzuan
dikejutkan dengan kelibat seorang lelaki
muda yang menepuk bahunya dari
belakang.
Redzuan
“Kenapa kau kena panggil dengan
Encik Amran tadi? Aku nampak
Puan Zana pun ada dalam bilik tadi,
ada kes ke?” Tanya Zaki iaitu rakan
karib Redzuan secara bertubi-tubi
bagi mendapatkan jawapan kepada
kecurigaannya itu.
Setelah mendengar soalan bertubi-tubi yang
dilontarkan oleh sahabatnya itu, Redzuan
tersenyum seketika dan menceritakan dari awal
Zaki hingga akhir situasi yang dia hadapi ketika berada
dalam bilik pengetua. Zaki mendengar cerita yang
dijelaskan oleh Redzuan dan berjanji untuk
membantu Redzuan bagi mendapatkan beberapa
pelajar bagi memenuhi barisan pasukan yang akan
menguruskan program tersebut.
“ Terima kasih Zaki kerana sudi tolong aku
yang mati kutu untuk mencari pasukan.”
Ujaran terima kasih yang dituturkan
Redzuan kedengaran sangat tulus dan
terharu dengan kebaikan yang ingin
menawarkan diri untuk membantunya
tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Redzuan
“ Eh sama-sama . Hal kecil je ni
tak terbanding jasa kau tolong
aku sebelum ni.” Ujar Zaki.
Zaki
..................
“Duan, aku dah jumpa pelajar-pelajar yang
berkelayakan untuk uruskan program inovasi
nanti. Cuba kau tengok dan pilih lah mana-
mana pelajar yang sesuai untuk uruskan
program tu nanti.” Cadang Zaki sambil
menyerahkan beberapa helai kertas yang
mengandungi nama dan biodata mereka
kepada Redzuan.
Zaki “Terima kasih Zaki, nanti
aku tengok sesuai ke tak.”
Balas Redzuan sambil
tersenyum kepada Zaki
yang telah banyak
membantunya.
Redzuan
..................
Redzuan meneliti helaian kertas yang diserahkan
oleh Zaki. Ketika Redzuan khusyuk meneliti nama
pelajar yang berkelayakan, Redzuan didatangi oleh
sebuah susuk tubuh lelaki yang sangat dia kenali iaitu
Hadi yang merupakan rakan sekelasnya. Hadi
merupakan pelajar yang cukup pintar dan sering
bersaing di dalam kelas dengan Redzuan bagi merebut
tempat pertama dalam kelas dan tingkatan. Sebelum
kedatangan Redzuan ke sekolah tersebut, Hadi sering
kali mendapat tempat pertama dalam kelas dan
tingkatan. Namun, kemunculan Redzuan
menambahkan saingan kepada Hadi.
Redzuan
“Kau nampak rungsing, kau ada masalah ke?” Tanya Hadi Hadi
tanpa berdalih.
“Ada masalah sedikit sebab aku kena pilih beberapa pelajar
yang berkelayakan untuk menguruskan program inovasi
nanti.” Jawab Redzuan.
“Kalau kau setuju, aku nak sertai barisan pelajar yang akan Hadi
uruskan program inovasi nanti boleh?” Hadi menawarkan
diri dan bertanya kepada Redzuan bagi mendapatkan
persetujuan bersama dengan Redzuan.
“ Boleh juga kalau kau sertai, kau berpengalaman juga dalam
menguruskan program di sekolah. Jadi kau memang
berkelayakan untuk uruskan program nanti.” Puji Redzuan
kepada Hadi yang cukup mengenali rakan sekelasnya itu. Hadi
tersenyum malu mendengarkan kata-kata pujian daripada
Redzuan. Namun di sebalik senyuman itu, tersirat seribu
maksud yang tersembunyi.
Redzuan dan Zaki mula sibuk
menguruskan bahagian belakang tabir
yang mempunyai pelbagai alat untuk
digunakan ketika program dimulai dan
mereka mula menyusun meja-meja yang
akan didiami bagi memperkenalkan
pelbagai alat ciptaan inovasi mereka
kepada tetamu yang akan hadir serta
mereka turut menguruskan susun atur
perabot yang akan dipenuhi oleh peserta
serta tetamu terhormat seperti Encik
Amran selaku penganjur program
tersebut.
Zaki Redzuan
Tatkala sibuk mulai menjengah Redzuan, Hadi yang
mempunyai dendam tersirat kepada Redzuan mulai
berulah seperti musang yang licik kerana memanfaatkan
Redzuan yang lengah ketika melaksanakan tugas yang
menghimpitnya dek kerana hari program kian
menghampiri. Hadi mula mencari akal bagi merosakkan
dan mencacatkan usaha yang dibina oleh Redzuan
dengan sabotaj hasil ciptaan inovasi salah seorang
peserta yang mewakili sekolah yang juga merupakan
rakannya yang bernama Adam.
Adam “Adam, Puan Zana panggil kau. Katanya nak
bincang pasal projek inovasi kau.” Bohong Hadi
bagi menarik perhatian Adam yang mula
menyelesaikan hasil ciptaan inovasi. Adam yang
mendengar pemakluman daripada Hadi yang
telah dianggap sebagai sahabat, Adam mulai
bergegas mencari Puan Zana.
Hadi
Adam kembali tempat “ Maaf Adam, aku tersilap orang
asal Hadi berada dengan riak tadi. Aku baru ingat yang Puan
wajah yang agak keliru. “Kau Zana panggil orang lain.” Dalih
kata Puan Zana cari aku tapi Hadi bagi menghapuskan
kenapa dia cakap yang Puan kecurigaan Adam.
Zana tak cari pun.” Tanya
Adam yang penuh kekeliruan.
Adam
Hadi
..................
Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu
tiba iaitu Hari Perasmian Program Inovasi
anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Tawar.
Sebelum program dimulakan, para pengunjung
diminta untuk mendaftarkan diri di meja
pendaftaran sebagai prosedur utama acara
tersebut. Para pengunjung yang hadir diberikan
sebuah beg yang berisi minuman dan roti
sebagai cenderamata yang bertujuan untuk
menghargai kedatangan mereka bagi
memeriahkan program itu. Seterusnya, program
tersebut dimulakan dengan pemakluman
ketibaan tetamu-tetamu terhormat oleh
pengacara majlis.
“Hadirin diminta berdiri sebagai
tanda penghormatan kepada
tetamu-tetamu terhormat.” Tutur
pengacara majlis yang menyuruh
hadirin untuk berdiri.
“Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati Encik
Razak selaku Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan
Guru (PIBG) yang diiringi oleh Yang Berusaha
Encik Amran selaku Penganjur Utama Program
Inovasi.” Ujar pengacara majlis bagi menyambut
kedatangan tetamu-tetamu terhormat.
Pengacara Majlis
Majlis Perasmian Program Inovasi yang dirasmikan oleh Encik Amran selaku
penganjur utama program tersebut telah berlangsung dengan lancar tanpa
sebarang masalah. Seterusnya, majlis diteruskan dengan pengenalan setiap
peserta yang menyertai program tersebut dengan memperkenalkan produk inovasi
yang ditampilkan oleh mereka secara berperingkat. Setelah beberapa peserta
telah memperkenalkan berkaitan fungsi dan bahan ciptaan produk mereka,
akhirnya giliran Adam yang merupakan seorang wakil peserta dari sekolah tersebut
mula memperkenalkan fungsi, bahan utama penciptaan produk tersebut serta cara
penggunaan produk itu. Adam mula menjalankan simulasi produk tersebut. Semasa
Adam mula menyalakan kuasa elektrik bagi menjalankan produk tersebut, secara
tiba-tiba produk Adam pecah dan terdapat beberapa serpihan yang terkena muka
dan kepala Adam manakala penonton yang terlibat mengalami kecederaan ringan
kerana hanya tercalar di bahagian tangan. Keadaan Adam yang agak parah kerana
serpihan yang terkena kepalanya dikejarkan ke hospital. Suasana kejadian tersebut
telah mengakibatkan menjadi riuh rendah dan hal ini jelaslah menimbulkan
kegelisahan di wajah Redzuan yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi
menguruskan acara program tersebut.
Seluruh warga sekolah menyalahkan Redzuan atas kecuaian yang telah dilakukan
oleh Redzuan sehingga mengakibatkan terdapat kecederaan yang memerlukan
rawatan lanjut. Redzuan agak berkecil hati kerana situasinya seakan-akan habis madu
sepah dibuang kerana sebelum program dijalankan, dia disanjung dan dihormati namun
setelah dia melakukan dituduh melakukan kesalahan yang belum dipastikan lagi
kesahihannya, dia telah dikecam dengan teruk oleh seluruh warga sekolah. Redzuan
yang kuat memendam perasaan akhirnya meluahkan semua perasaan dan beban yang
dipikul kepada ibunya.
“ Redzuan rasa ralatlah umi kerana kecuaian yang
Redzuan lakukan telah menyebabkan Adam cedera. Umi
rasa Redzuan perlu buat apa untuk membuktikan yang
Redzuan tak bersalah. Semua pelajar menyalahkan
Redzuan atas kesalahan yang Redzuan tak lakukan mi.”
Sayu panggilan akhir Redzuan kepada ibunya dengan
meluahkan semua bebanan yang dipikulnya selama ini.
Redzuan “InsyaAllah semua akan akan terbukti kerana
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh
ke tanah jua. Redzuan percayakan Allah kerana
semua yang terjadi adalah takdir yang telah
tertulis untuk Redzuan.” Nasihat ibu Redzuan.
Umi Redzuan
Setelah mendengarkan nasihat yang yang diberikan
oleh ibunya, Redzuan menerima sebuah pesanan ringkas
daripada Zaki dan guru-gurunya yang mengandungi kata-
kata semangat atas kejadian yang menimpa kepada Adam
yang memerlukan tanggungjawab daripadanya dan mereka
percaya bahawa Redzuan tidak bersalah. Redzuan mula
tersenyum dan berfikiran yang lebih positif bagi
menempuhi dugaan yang akan datang. Redzuan gembira
kerana masih disayangi oleh segelintir rakan dan guru yang
setia untuk mempercayai walaupun dia teruk dikecam oleh
warga sekolah.
..................
Hasil siasatan yang dijalankan oleh sebuah pasukan penyelidikan
yang terdiri daripada guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tawar
mendapati bahawa kecelakaan yang dihadapi oleh Adam bukanlah
kerana kecuaian daripada Redzuan tetapi disebabkan tindakan sabotaj
daripada salah seorang pelajar sekolah tersebut dan juga merupakan
ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab menguruskan program
tersebut. Kenyataan ini sangat mengecewakan para guru bagai kaca
terhempas ke batu kerana pelaku sebenar yang mengakibatkan
kecederaan tersebut merupakan salah seorang pelajar yang cukup
dikenali dalam kalangan guru. Malahan, para penyiasat yang terdiri
daripada guru-guru juga terkejut dengan tindakan pelajar tersebut yang
sanggup mendatangkan kecederaan kepada rakan karibnya semata-
mata untuk kepentingan dirinya. Pelajar yang menjadi sandaran sekolah
untuk menjadi antara pelajar yang boleh memperoleh keputusan
cemerlang semua A dan Sijil Pendidikan Malaysia tersebut merupakan
rakan sekelas Redzuan dan rakan karib Adam ialah Hadi.
Pasukan
Penyiasat
Pelaku tersebut ditemui kerana hasil penemuan
rakaman closed-circuit television (CCTV) yang ada dalam
bangunan dewan yang berdekatan dengan kawasan
kejadian. Hasil rakaman tersebut menemui tindakan Hadi
yang memotong beberapa wayar produk inovasi Adam
ketika ketiadaan Adam di situ. Berita berkaitan pelaku
sebenar yang menjadi dalang di sebalik kejadian tersebut
merupakan sebuah berita yang mnegejutkan kerana
tindakan Hadi seolah-olah bagai duri dalam daging kerana
Hadi merupakan orang kepercayaan Redzuan dalam
menguruskan program tersebut.
Akhirnya, Hadi telah dikenakan tindakan tatatertib
atas kesalahan yang telah dilakukannya sehingga
mendatangkan kecederaan kepada salah seorang
peserta program atau juga merupakan sahabat baiknya
sendiri. Hadi telah didenda dengan digantung
persekolahannya selama 2 minggu dan perlu membayar
kos perubatan Adam yang masih dirawat di hospital dek
kerana ulahannya itu. Hadi mengaku bahawa dia yang
melakukan kesalahan tersebut kerana cemburu akan
kemasyhuran yang diperolehi serta kecemerlangan yang
dimiliki oleh Redzuan sehingga menyebabkan dia menjadi
pilihan kedua dalam setiap urusan. Hadi akur dengan
kesalahan yang telah dia lakukan dan melawat Adam di
hospital bagi memohon maaf atas kesilapan dan
kesalahan yang dilakukan. Hadi juga telah membuat
permohonan maaf secara bertulis dan lisan kepada
Redzuan atas kesalahan tersebut.
Redzuan juga telah menerima permintaan maaf daripada Hadi dengan
hati yang terbuka dan berharap tiada sebarang salah faham yang timbul
setelah itu. Ketulusan dan sifat rasional Redzuan yang tidak melenting tak
tentu hala ketika menghadapi tuduhan yang melibatkan maruah dan
kredibilitinya telah membuahkan hasil kerana Redzuan telah dikurniakan
ganjaran sebanyak dua ratus ringgit Malaysia dan diiktiraf sebagai Ketua
Program terbaik pada peringkat daerah kerana nilai-nilai kepimpinan yang
telah ditunjukkan oleh Redzuan iaitu sentiasa rasional dan positif ketika
mengambil sesuatu keputusan. Hal ini ditunjukkan melalui sikap Redzuan yang
tidak menyalahkan kecuaian dan sikap Hadi yang membabi buta menuduhnya
serta memfitnahnya walaupun semua warga menyalahkannya atas
kecederaan yang dihadapi oleh salah seorang peserta Program Inovasi
tersebut. Justeru, sikap Redzuan yang sentiasa berfikiran positif dalam
menempuhi sesuatu tuduhan atau dugaan haruslah dicontohi kerana sifat
kepimpinan yang ditampilkannya jelaslah sangat bermanfaat untuk diamalkan.
Bukan itu sahaja, melalui kisah ini, kita juga wajarlah mengambil pengajaran
iaitu kita tidak boleh mempercayai seseorang dengan mendalam kerana hati
manusia tidak dapat diduga.
TAMAT.