ISI KANDUNGAN:
1.0 PENGENALAN ......................................................................................................................2
2.0 MAKSUD TANGGUNGJAWAB SOSIAL .................................................................................2
3.0 KEPENTINGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL........................................................................3
4.0 CARA MEMUPUK TANGGUNGJAWAB SOSIAL ...................................................................4
5.0 KESAN MEMUPUK TANGGUNGJAWAB SOSIAL..................................................................5
6.0 MAKSUD KESUKARELAWAN ...............................................................................................5
7.0 KEPENTINGAN MEMUPUK KESUKARELAWAN...................................................................6
8.0 CARA MEMUPUK KESUKARELAWAN..................................................................................8
9.0 KESAN MEMUPUK KESUKARELAWAN................................................................................9
10.0 CONTOH TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN KESUKARELAWANAN...................................9
11.0 KESIMPULAN ...................................................................................................................11
12.0 RUJUKAN .........................................................................................................................12
1
1.0 PENGENALAN
Keharmonian sesebuah negara disumbangkan oleh pengurusan yang baik dalam
komponen sosial,ekonomi dan politiknya. Termasuk dalam komponen penting kesejahteraan
negara ini adalah tanggungjawab masyarakat terhadap kerja-kerja kemasyarakatan atau
kesukarelawanan yang mesti dipupuk dan disemai sebagai suatu budaya yang menjadi teras
kemakmuran negara. Individu, keluarga dan institusi atau organisasi merupakan agen sosial
penting yang menyumbang segala bentuk aktiviti dalam sesebuah masyarakat.
Perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia merupakan agenda penting yang mendasari
setiap program pembangunan negara. Kestabilan politik dan ekonomi negara boleh tergugat
sekiranya perpaduan antara ahli dalam masyarakat sangat rapuh. Sebagai sebuah negara yang
berbilang kaum, berbeza latarbelakang agama, kebudayaan dan cara hidup, keharmonian dan
kemesraan antara anggota masyarakat Malaysia perlu disemai dan dipupuk antaranya, melalui
aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan. Justeru itu, kertas kerja ini
membincangkan konsep tanggungjawab sosial. Perbincangan turut mengupas kesukarelawan
dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
2.0 MAKSUD TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Maksud tanggungjawab adalah komitmen atau tugas yang bersifat moral yang berkait
dengan sesuatu tindakan atau situasi manakala sosial pula ialah berkaitan dengan masyarakat
atau lebih dikenali sebagai satu komuniti.Oleh itu,tanggungjawab sosial dapat ditafsirkan
sebagai satu komitmen dan kewajiban seseorang sama ada individu atau syarikat untuk secara
sukarela menyumbang tenaga kepada masyarakat ke arah keadilan serta kesejahteraan
bersama.Secara amnya,tanggungjawab sosial membawa maksud bahawa apa yang dilakukan
seseorang boleh membawa kesan,sama ada negatif atau positif dalam sesuatu komuniti itu.
Kebiasaannya,individu yang mengamalkan sikap tanggungjawab sosial ini mempunyai sifat
positif dalam diri antaranya keyakinan yang tinggi,mampu berkomunikasi dengan
masyarakat,hormat kepada orang lain serta mempunyai sikap tanggungjawab dan kesedaran
kendiri yang baik.Hal ini kerana,tanggungjawab sosial lahir dari dalam diri individu melalui
keprihatinan individu tersebut terhadap kerosakan yang berlaku.
2
3.0 KEPENTINGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Antara kepentingan tanggungjawab sosial ialah :
1. Mewujudkan masyarakat yang penyayang dan bersatu padu.
Setelah kita melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan seperti menjalankan gotong-
royong untuk mangsa banjir, kita pasti akan disayangi dan dihargai oleh mangsa yang terjejas.
Bantuan yang diterima daripada orang yang tidak dikenali pasti akan melahirkan hubungan
persaudaraan yang lebih baik. Semangat bermasyarakat dan bersatu padu tanpa mengira latar
belakang kaum, agama dan pangkat akan terjalin. Situasi ini penting agar mereka yang tidak
bernasib baik dapat manfaat untuk meneruskan hidup manakala yang membantu dapat
mengambil iktibar. Kita tidak mahu menjadi masyarakat yang bersikap seperti anak di
pangkuan kelaparan, kera di hutan disusukan. Tuntasnya, masyarakat yang menyertai kerja
amal adalah masyarakat yang cakna dan harmoni.
2. Memupuk perpaduan antara masyarakat.
Dengan melalui aktiviti ini, hubungan dapat dieratkan kerana masyarakat dapat
berinteraksi dan saling mengenali antara satu sama lain. Kerana sejak dahulu lagi, perpaduan
bangsa amat dititikberatkan untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni. Dengan
berbuat demikian, akan mewujudkan persefahaman baik yang secara tidak langsung dapat
mengelakkan berlaku permusuhan dalam kalangan masyarakat. Bak kata pepatah, bersekutu
membawa mutu yang bermaksud perpaduan dalam kalangan masyarakat akan lahirnya
kesejahteraan hidup.
3. Memikul Tanggungjawab Bersama dan Bekerjasama.
Kejayaan dalam sesuatu program kemasyarakatan bergantung kepada sikap
tanggungjawab semua ahlinya bagi melaksanakannya dengan jayanya. Penglibatan, sokongan,
kerjasama dan rasa tanggungjawab ini memerlukan komitmen yang tinggi dan pengorbanan
semua. Ia boleh disumbangkan melalui tenaga, pandangan atau lontaran idea mahupun
sumbangan kewangan mengikut kemampuan seseorang.
3
Allah s.w.t berfirman:
"Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa dan janganlah
kamu tolong menolong dalam perkara berbuat dosa dan pelanggaran. Bertakwalah kamu
kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat berat siksanya" (Al Maidah 5:2)
4.0 CARA MEMUPUK TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Tanggungjawab sosial merupakan suatu pilihan seseorang atau individu yang
memberikan kesan kepada masyarakat, alam persekitaran dan negara. Setiap individu
merupakan ejen moral yang bertanggungjawab ke atas kesejahteraan sosial, maka terdapat
beberapa antara usaha ataupun cara bagi memupuk sifat tanggungjawab sosial yang perlu
dipraktikkan setiap individu, antaranya ialah :
1. Mengamalkan sikap mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Setiap individu bertanggungjawab untuk saling mengingatkan dan mengajak masyarakat
kepada kebaikan tanpa mengambil kira akan perbezaan darjat, usia, bangsa dan agama. Selain
itu, individu juga perlu mencegah apabila terlihat akan kemungkaran agar masyarakat dapat
hidup dengan lebih aman dan selamat.
2. Memberi pendidikan dan pencerahan kepentingan tanggungjawab sosial.
Masyarakat hendaklah diberi pencerahan awal akan kepentingan tanggungjawab sosial dari
kecil, bak kata pepatah “merentung buluh, biarlah dari rebungnya”. Antara pihak yang perlu
memainkan peranan utama bagi memastikan masyarakat cakna akan tanggungjawab sosial
adalah ibubapa, institusi pendidikan dan kerajaan.
3. Menanam nilai-nilai kemasyarakatan dalam diri.
Nilai kemasyarakatan ialah nilai murni yang perlu diamalkan dalam hidup bermasyarakat.
Antaranya ialah saling membantu dan prihatin sesama masyarakat, menjaga kebajikan dan
keharmonian bersama serta toleransi atau saling hormat-menghormati meskipun berbeza
bangsa, agama atau taraf hidup.
4
5.0 KESAN MEMUPUK TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Pembentukan nilai dan akhlak yang baik berpaksikan kemasyarakatan memastikan
elemen seperti perdamaian, kasih sayang dan keadilan dilaksanakan dengan baik. Bagi
memberi kesan sikap tanggungjawab sosial terhadap masyarakat, ia memerlukan kesungguhan
dan kesepaduan yang tinggi dalam kalangan masyarakat agar dapat memastikan fungsi,
objektif dan matlamat kemasyarakatan dapat dicapai dengan cemerlang. Antara kesan
memupuk tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat adalah seperti berikut:
1. Masyarakat dapat mengeratkan hubungan persaudaraan.
Dengan kesan ini, masyarakat majmuk di Malaysia akan lebih erat dalam hubungan
persaudaraan walaupun berbeza dari segi kaum, agama dan adat. Kesan ini akan lebih terjamin
jika masyarakat setempat memahami, menghormati dan mengaplikasikan nilai-nilai murni
dalam diri mereka.
2. Masyarakat bekerjasama dan komited dalam aktiviti sosial.
Masyarakat akan sentiasa bekerjasama dan komited dalam satu ativiti apabila sifat
amanah dan tanggungjawab terhadap persekitaran sosial mereka ditanamkan. Ini juga boleh
diungkapkan manusia sentiasa memerlukan pertolongan insan yang lain dalam menjalankan
aktiviti kehidupan mereka.
3. Masyarakat dapat menanam sifat mengambil berat.
Manusia tidak akan lari dengan hidup bermasyarakat, dengan dapat memupuk
kesedaran hidup bersosial, kita akan mendapat kesan positif iaitu sifat mengambil berat antara
satu sama lain. Oleh itu, sifat peka dengan mengambil tahu tentang masyarakat kita, akan
menimbulkan sifat keinsafan untuk membantu mereka menghulurkan bantuan dengan
semampunya.
6.0 MAKSUD KESUKARELAWAN
Kesukarelawan dapat didefinisikan sebagai satu kegiatan yang melibatkan individu atau
sekumpulan masyarakat yang membantu atau meringankan tulang dalam sesuatu aktiviti tanpa
mengharapkan sebarang bentuk balasan material atau ganjaran.Bantuan yang dihulur oleh
5
sukarelawan itu juga kebiasaannya memberi manfaat kepada individu atau masyarakat yang
diberi perkhidmatan sukarela itu.Dalam erti kata lain,kesukarelawan ini ialah aktiviti yang
dilakukan dengan rela hati dan tanpa paksa rela dari mana-mana pihak.Selain itu,aktiviti
kesukarelawan ini merupakan kerja sukarela melibatkan penyertaan sukarelawan dalam
sesuatu aktiviti bersama masyarakat dan kebiasaannya dapat dilihat sebagai suatu konsep
perkhidmatan dan perkongsian atau suatu proses pendidikan dan pengalaman pembelajaran
serta penglibatan aktif masyarakat dalam isu-isu dan hal-ehwal kemasyarakatan.
Lazimnya,aktiviti kesukarelawan ini merupakan satu aktiviti yang dilakukan oleh
individu yang mempunyai minat yang mendalam terhadap aktiviti yang memberi impak positif
kepada dirinya sendiri dan orang yang menerima bantuan dari dirinya atau lebih dikenali
sebagai kumpulan sasaran. Kumpulan sasaran bagi kerja kesukarelawanan ialah
individu,kumpulan, komuniti, organisasi dan masyarakat secara umum.Dalam hal ini,individu
yang cuba mendekati sesuatu kelompok masyarakat mestilah memastikan bahawa aktiviti
kesukarelawanan yang ditawarkan itu merupakan keperluan atau permintaan daripada
kumpulan sasaran. Jika kumpulan tersebut tidak bekerjasama dalam erti kata memerlukannya,
menyokong dan melibatkan diri, kerja-kerja kesukarelawanan tidak akan berkesan.
7.0 KEPENTINGAN MEMUPUK KESUKARELAWAN
Sebagai masyarakat yang prihatin, kita bertuah kerana terdapat ramai di antara kita yang
suka rela untuk menyertai kerja-kerja amal apabila diberikan kesempatan, bak kata pepatah
“kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan” yang bermaksud orang yang sangat mengharapkan
pertolongan, sangat gembira apabila ada orang yang ingin membantu. Tambahan pula, apabila
mereka menyertai aktiviti ini, mereka akan memperoleh pelbagai kebaikan dan juga faedah
daripadanya. Antara kepentingan memupuk kesukarelawan ialah :
1. Memberikan kesedaran tentang kesusahan yang dihadapi oleh sebahagian
masyarakat.
Antara kebaikan utama menyertai kerja amal adalah ia dapat memberikan kesedaran
tentang kesusahan yang dihadapi oleh sebahagian masyarakat kepada mereka yang lebih
bernasib baik. Misalnya, kejadian banjir yang melanda kawasan perkampungan banyak
memusnahkan atau merosakkan kebajikan penduduk kampung seperti perkakas rumah dan
6
pakaian. Oleh itu, sukarelawan yang datang membantu dapat menyumbang kepada kebajikan
penduduk terjejas agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan selesa. Secara
tidak langsung, situasi ini akan membuka mata pelbagai pihak khususnya peserta aktiviti dalam
memahami keadaan yang sukar terhadap mangsa. Ia juga dapat mengelakkan masyarakat
daripada menjadi seperti katak di bawah tempurung. Jelasnya, faedah kerja amal atau aktiviti
sukarelawan dapat membantu meluaskan kesedaran terhadap kesusahan atau masalah yang
dialami oleh sebahagian masyarakat.
2. Mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah.
Kerja amal dan sukarelawan dapat membantu kita untuk mengisi masa terluang dengan
perkara-perkara yang berfaedah. Sejak kebelakangan ini, banyak laporan di dada akhbar dan
televisyen yang memaparkan ahli masyarakat yang terjebak dengan gejala negatif seperti dadah
dan gangsterisme. Perkara ini seharusnya dibendung agar masyarakat yang bermutu dan negara
yang maju dapat dicapai. Oleh itu, dengan menganjurkan aktiviti sukarelawan atau kerja amal
dan memastikan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian mampu memenuhkan masa
mereka dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Kita perlu menggalakkan generasi muda pada hari ini untuk menyertai aktiviti
sukarelawan atau kerja amal agar sikap tanggungjawab dan merendah diri dapat dipupuk.
Izharnya golongan muda perlu lebih aktif dalam aktiviti sukarelawan untuk membendung
gejala negatif berkembang dalam masyarakat.
3. Membentuk peribadi yang mulia.
Ini kerana bagi melahirkan masyarakat yang berakhlak baik. Apabila kita menyertai,
kita aku memperoleh pelbagai kemahiran dan juga pengetahuan. Dalam pada masa yang sama
kita akan diberikan pendedahan kepada cara untuk berkomunikasi dengan lebih empati,
menguruskan logistik dan sebagainya. Mereka akan terlibat dengan organisasi yang
mempunyai ketua untuk menurut arahan, golongan penerima yang akan mendapat bantuan dan
rakan sukarelawan yang memerlukan kerjasama antara satu sama lain. Persis kata mutiara,
berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Dengan menyelami kesusahan dan dugaan yang
dihadapi oleh penerima bantuan, ia akan membentuk kita untuk menjadi insan yang lebih baik.
Tegasnya, penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan ini dapat membentuk ketrampilan diri
yang baik.
7
8.0 CARA MEMUPUK KESUKARELAWAN
Semangat kesukarelawan hendaklah disematkan dalam diri setiap individu kerana ia dapat
melahirkan masyarakat yang saling toleransi dan harmoni. Khidmat sukarelawan sangat
diperlukan bagi membantu golongan masyarakat yang memerlukan bantuan dan pertolongan.
Oleh itu, untuk menjadi seorang sukarelawan yang berkualiti, perlulah mempunyai semangat
kesukarelawan yang tinggi Antara cara untuk memupuk semangat kesukarelawan ialah :
1. Mempunyai sikap prihatin dan empati yang tinggi.
Sukarelawan perlu mempunyai sikap prihatin dan empati yang tinggi agar khidmat yang
diberikan dapat dilakukan dengan rasa ikhlas dan tanggungjawab. Hal ini supaya sukarelawan
lebih sensitif dan peka dengan keadaan sekeliling ketika menjalankan khidmat sukarelawan
seperti bencana banjir, menyantuni masyarakat asnaf dan sebagainya.
2. Mengambil tahu tentang perkembangan aktiviti kesukarelawan terkini.
Seorang sukarelawan yang berkualiti mestilah sentiasa mengambil tahu akan
perkembangan aktiviti kesukarelawan terkini bagi memudahkan mereka untuk turut serta
menyumbangkan tenaga dan masa. Di Malaysia, terdapat banyak komuniti sukarelawan yang
giat aktif dan masing-masing mempunyai kecenderungan atau matlamat utama misalnya
komuniti Aman Palestin yang fokus utamanya menghulurkan bantuan ke Palestin dan
komuniti Kelab Anak Muda Relawan yang cenderung kepada aktiviti sukarelawan bantuan
bencana di Malaysia.
3. Membudayakan kegiatan kesukarelaan dalam kalangan masyarakat.
Komuniti kesukarelawan atau pihak berkuasa seperti institusi pendidikan dan kerajaan
hendaklah membudayakan serta mempromosikan aktiviti kesukarelawan dalam masyarakat.
Misalan, pihak syarikat mengadakan program kesukarelawan serta mewajibkan pekerjanya
untuk turut serta. Hal ini bukan sahaja dapat memberi pengalaman baharu sebagai seorang
sukarelawan malahan menimbulkan kesedaran akan khidmat kesukarelawan kepada
masyarakat dan negara.
8
9.0 KESAN MEMUPUK KESUKARELAWAN
Seperti yang kita tahu kesukarelawan ini adalah penyediaan perkhidmatan tanpa
mengharapkan apa-apa balasan. Sifat sukarela ini juga dapat membentuk kita semua untuk
menjadi insan yang ingin membantu semua orang tanpa melihat latar belakang, agama dan
kaum. Sitat ini sangat penting untuk kita perkembang kemahiran dan sering bertujuan untuk
menggalakkan kebaikan atau untuk meningkatkan kualiti hidup manusia. Ini adalah beberapa
kesan daripada memupuk sifat kesukarelawan dalam hidup manusia:
1. Dapat meningkatkan kemahiran diri.
Penglibatan diri dalam aktiviti kesukarelawan bukanlah semudah yang kita sangka. Ia
juga memerlukan kekuatan tenaga dan penyusunan strategi yang baik untuk menjalankan
aktiviti sukarelawan. Dari sini, kita dapat menambah kemahiran diri kita dan komitmen dalam
membantu golongan yang menjadi sasaran kita.
2. Dapat memupuk gaya hidup sihat.
Dengan menyertai aktiviti kesukarelawan bukan sahaja ia memberi manfaat kepada
orang yang dibantu bahkan aktiviti ini juga membantu diri kita sendiri. Seperti contoh, masa
yang diluangkan dalam aktiviti sukarelawan dapat mengelak kita daripada gejala yang buruk
seperti melepak, dan membuang masa dalam perkara yang sia-sia. Serta aktiviti ini juga
menjaga kesihatan mental kita seperti menjadikan pemikiran kita lebih matang dan waras.
3. Dapat bermuhasabah dengan diri sendiri.
Dengan penglibatan diri kita dalam aktiviti kesukarelawan, ia juga dapat membuatkan
kita bermuhasabah diri kerana dari sini kita tahu, ramai lagi manusia yang perlukan pertolongan
dan prihatin daripada kita. Daripada aktiviti sukarelawan inilah kita juga akan sentiasa beringat
bahawa bukan kita sahaja dalam keadaan susah tetapi ramai lagi manusia susah yang perlukan
bantuan dan sokongan kita.
10.0 CONTOH TANGGUNGJAWAB SOSIAL DAN KESUKARELAWANAN
Tanggungjawab sosial merangkumi tanggungjawab individu sesama manusia, haiwan
dan alam sekitar. Antara contoh aktiviti tanggungjawab sosial dan kesukarelawanan adalah:
9
1. Tanggungjawab terhadap Alam Sekitar.
Batu Caves :Sukarelawan Friends Of Sungai Batu (FoSB) bersama penduduk setempat membersihkan kawasan
sungai di bawah Projek Jangkauan Awam Sungai Nadi Kehidupan.
Sumber : https://www.hmetro.com.my/nuansa/2020/01/539363/kutip-1500kg-sampah
2. Tanggungjawab terhadap Masyarakat.
Bangi : Seramai 230 orang sukarelawan warga KUIS membantu membersihkan rumah mangsa banjir.
Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/12/791634/230-sukarelawan-kuis-bantu-bersih-
rumah-mangsa-banjir-metrotv
10
3. Tanggungjawab terhadap Haiwan
Kuala Lumpur : Seorang lelaki berkongsikan pengalamannya menjadi ahli sukarelawan di Zoo Negara.
Sumber : https://ohbulan.com/netizen-kongsi-pengalaman-jadi-volunteer-di-zoo-negara-siap-boleh-
selfie-dengan-haiwan-lagi
11.0 KESIMPULAN
Dalam konteks masyarakat moden kini, aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan
seringkali dipandang sepi dan diremehkan lantaran kesibukan tugas seharian yang
menyukarkannya untuk dilaksanakan dan sikap tidak mengambil berat atau mengutamakan
program-program sedemikian. Untuk itu, perlu ada satu mekanisme agar aktiviti sosial ini
mampu menjadi pemangkin dalam proses transformasi sosial ke arah perpaduan. Selain itu,
aktiviti sosial juga perlu dan boleh berfungsi sebagai penggerak dalam membangunkan
masyarakat dengan melaksanakan aktiviti berbentuk kebajikan, kemasyarakatan dalam
ekonomi, kesihatan dan pendidikan yang memberi manfaat yang besar kepada masyarakat
setempat. Lantaran itu, pemupukan nilai dan sikap tanggungjawab dalam aktiviti
kemasyarakatan perlu diberi perhatian agar matlamat dan konsep Malaysia majmuk yang
harmoni dapat dihayati bersama.
11
12.0 RUJUKAN
Athirah Jamaludin, (2021/2022), Kepentingan Tanggungjawab Sosial,
https://www.studocu.com/my/document/universiti-malaya/social-
engagement/kepentingan-tanggungjawab-sosial/17999206
Azizan Bahari.(2022).Pengenalan kesukarelawan
https://www.sukarelamalaysia.com/pengenalan-kesukarelawanan/.
Azrina Mazlin Alias dan Vishalache Balakrishnan (Oktober 2016), Impak kesukarelawanan
dalam kalangan belia di Kuala Lumpur.
https://www.researchgate.net/publication/308780946_Impak_Kesukarelawanan_dala
m_kalangan_belia_di_Kuala_Lumpur_Satu_kajian
Cereencristy Riccil Anak Lugat, 2021. Topik 8 : Peranan Etika dan Peradaban dalam
Mendokong Tanggungjawab Sosial (1).
https://anyflip.com/vowpo/kpgw/basic
Expresiones.(September 2022).Makna tanggungjawab (apakah itu,konsep dan
definisi).https://ms.ninanelsonbooks.com/significado-de-responsabilidad
Faedah Menyertai Kerja Amal Dan Sukarelawan, Retrieved by
https://www.ipendidikan.my/kerja-amal.html
Mashitah Sulaiman,Mohd Azmir Mohd Nizah,Mohd Aizuddin Abd Aziz, (July 2009),
Memupuk Kesedaran Tanggungjawab Sosial Melalui Penglibatan Dalam Aktiviti
Kejiranan Dari Kaca Mata Islam
https://www.researchgate.net/publication/258383935_MEMUPUK_KESEDARAN_TANGG
UNGJAWAB_SOSIAL_MELALUI_PENGLIBATAN_DALAM_AKTIVITI_KEJIRANAN
_DARI_KACA_MATA_ISLAM
Mohd Haziq Haiqal Bin Zaifulrizam, Aaron Gracia Gordon, Muhd Adib Hasif Bin Japar,
Tahun 2021. Penghayatan dan Etika Peradaban, Topik; Tanggungjawab sosial dalam
dan luar negara. https://online.anyflip.com/jtzyy/ecms/mobile
Siti Zaharah Setapa, 2022. Penghayatan Etika dan Peradaban. Selangor, Penerbit Ehsan (M)
Sdn. Bhd.
Team Selangor. (15 september 2017). Sukarelawan:Konsep dan Aspeknya
https://teamselangor.org/sukarelawan-konsep-dan-aspeknya/
Vokabulario. (September 2022). Definisi tanggungjawab sosial-perbendaharaan kata 2022.
https://ms.emsayazilim.com/definici-n-de-responsabilidad-social
12