The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG Kali - 30. Sk Taman Koperasi Polis

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PIBG (SKTKP), 2023-06-21 19:32:58

BUKU PROGRAM (MAT) PIBG KALI - 30 SKTKP

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG Kali - 30. Sk Taman Koperasi Polis

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 1 - 8.30 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis : Bacaan Doa : Ucapan Guru Besar SK Taman Koperasi Polis En. Jamaludin bin Mohd Hashim : Ucapan Yang DiPertua PIBG En. Saifulruddin Bin Mohamed Samsuri : Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30 En. Saifulruddin Bin Mohamed Samsuri 9.30 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30 Bermula : Pembentangan, Penerimaan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-29 (2022) : Pembentangan Laporan Tahunan Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 Pembentangan Laporan Kewangan PIBG Sesi 2022/2023 : Pembahasan Usul dan Cadangan baharu : Ucapan Penangguhan : Bersurai


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 2 - 1.0 Ucapan Pengerusi ( En. Saifulruddin Bin Mohamed Samsuri - Yang DiPertua PIBG SKTKP) 2.0 Ucapan Alu-aluan Penasihat PIBG ( En. Jamaludin bin Mohd Hashim - Guru Besar SK Taman Koperasi Polis) 3.0 Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-29 ( En. Saifulruddin Bin Mohamed Samsuri ) 4.0 Pembentangan, Penerimaan dan Pengesahan ba gi Minit Mesyuarat Agung Kali Ke - 2 9 ba g i t a hu n 20 2 2 ( En. Saifulruddin Bin Mohamed Samsuri - Yang DiPertua PIBG SKTKP) 5.0 Pembentangan Laporan Tahunan Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 ( Setiausaha PIBG ) 6.0 Pembentangan dan Penerimaan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2022 ( Bendahari PIBG) 7.0 Pembahasan Usul dan Cadangan 8.0 Ucapan Penangguhan


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 3 - Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera, Syukur kehadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya, segala perancangan untuk mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-30 dapat direalisasikan pada hari ini. Di kesempatan ini, diharapkan kita semua dapat menjana idea-idea yang bernas ke arah visi dan misi sekolah ini dari masa ke semasa supaya SK Taman Koperasi Polis menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dan gemilang. Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, Persatuan Ibu Bapadan Guru menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Tanpa komitmen dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita mencapai kejayaan-kejayaan yang diidamkan untuk meletakkan SK Taman Koperasi Polis sebagai sekolah yang gah bukan sahaja pada namanya bahkan pada kualiti graduanya. Harapan saya agar kita semua dapat sentiasa berganding bahu dan bermuafakat dalam menyempurnakan tanggungjawab ini ke arah merealisasikan anak-anak abad ke- 21 yang berani mencuba, berkeperibadian tinggi, berintegriti, fleksibel serta melahirkan kemenjadian murid secara holistik. Peranan dan idea yang bernas daripada tuan-tuan dan puan-puan secara berterusan sangat diharapkan oleh kami agar matlamat sekolah dan KPM dapat dicapai. Akhir kata semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara Malaysia. GURU BESAR En. Jamaludin Bin Mohd Hashim


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 4 - Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera, Di kesempatan ini, saya merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Koperasi Polis kali Ke-30. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 yang telah sama-sama bertungkus lumus bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat berkongsi idea untuk memantapkan lagi usaha PIBG dalam menjadi tulang belakang khususnya dalam aktiviti akademik dan ko-kurikulum anak- anak dan sekolah amnya. Sepanjang tempoh 2022/2023, Ahli Jawantankuasa PIBG sentiasa berpegang pada prinsip bahawa fokus utama adalah kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini khasnya. Disamping merancang beberapa program untuk menjana dana PIBG, jawatankuasa PIBG juga sentiasa memberi sokongan dalam setiap perancangan aktiviti ke arah kecemerlangan murid dengan menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Di sebalik penekanan kepada kemajuan akademik, Ahli Jawatankuasa PIBG juga sentiasa bersama pihak sekolah berusaha dalam pembangunan sahsiah murid-murid agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SK Taman Koperasi Polis. YDP PIBG En. Saifulruddin Bin Mohamed Samsuri


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 5 -


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 6 - JAWATAN KUASA PIBG SK TAMAN KOPERASI POLIS SESI 2022/2023


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 7 - GURU-GURU BERTUGAS DESKRIPSI TUGAS JURU ACARA MAJLIS Faathimah Ab Ghani Nur Hidayah Izzati Binti Roslan Mengendalikan majlis mengikut tentatif yang ditetapkan. Memastikan majlis berjalan dengan lancar. BACAAN DOA Mohd Kamil Bin Abdullah Membaca doa sebelum perasmian majlis. PENCATAT MINIT Nur Atiqah Binti Md Rodizh (K) Siti Nurul Nadwa Binti Jailani Syahidah Azman Hanis Syafiqa Binti Natzeri Mencatat draf minit mesyuarat semasa majlis berlangsung. Ketua perlu mengumpul semua bahagian minit dari semua pencatat dan serahkan draf minit mesyuarat kepada setiausaha mengikut susunan minit yang teratur. Catatan untuk nama ibu/bapa serta nama anak yang memberikan usul/ cadangan termasuk nama yang menyokong usul yang diberi ketika mesyuarat. TEKNIKAL Amir Jauhari Bin Jamaludin (K) Mohamad Najnie Afie Bin Banisahudi Mohd Hasrul Hafiz Hamzah Memastikan semua alatan berfungsi semasa majlis berlangsung hingga majlis tamat. Membuat rakaman Google Meet bagi tujuan rekod dan dokumentasi dan diberikan kepada Setiausaha. BUKU PROGRAM & E-PAMPLET Tg. Alia Hanum Bt Tg. Ahmad Nordin (K) Nursakinah Bt Ayob Nur Syahida Ahmad Tajudin Nur Nadhira Syazlyn Binti Zulkifly Menyediakan buku program yang lengkap dengan tentatif program dan minit MAT 2023. Menyediakan salinan buku program dan memastikan e-pamplet dipanjangkan kepada ibu bapa sebelum majlis.


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 8 - JURU GAMBAR Helley Micks Mejerry (K) Nur Wahidah Yazaid Nurul Syakira Hazwani Mohd Safie Mengambil gambar (Screenshot) semasa sesi Google Meet berlangsung bagi tujuan laporan yang akan dihantar ke JPWPKL oleh Setiausaha. Memastikan gambar-gambar yang diambil semasa majlis berlangsung diberikan kepada setiausaha. PENDAFTARAN IBU BAPA & GURU Fatihah Binti Mohamad Khazi (K) Saadiah Mohd Saad Balqis Binti Abdul Rani Menyediakan Google Form kehadiran untuk Ibu Bapa dan disebarkan kepada Guru Kelas untuk diisi oleh ibu-bapa sebelum majlis bermula. Menyediakan Google Form kehadiran untuk Guru serta Memastikan ibu bapa dan guru yang hadirmengisi borang dengan maklumat yang diperlukan. Menyerahkan rekod kehadiran kepada setiausaha PIBG untuk dokumentasi. JAMUAN VIP (PERASMI DAN PENTADBIR) Nor Azmira Othman(K) Rashidah Binti Jainan Membuat pesanan makanan untuk 24 orang ahli AJK PIBG. Mengagihkan makan kepada semua ahli AJK PIBG yang hadir.


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 9 -


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 10 - MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29 SK TAMAN KOPERASI POLIS TAMAN KOPERASI POLIS FASA 2 68100 KUALA LUMPUR TARIKH : 25 JUN 2022 (SABTU) MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : DEWAN DIRGAHAYU SKTKP PENGERUSI : EN. AHMAD FAISAL BIN MOHD BASIR (YANG DIPERTUA) KEHADIRAN : (RUJUK LAMPIRAN KEHADIRAN) 1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi majlis mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa dan guru ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-29 bagi sesi 2022/2023. (Makluman) 2.0 UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIR SK TAMAN KOPERASI POLIS 2.1 Puan Rohaida Binti Mohd Daud selaku Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum mewakili Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan semua ahli jawatankuasa PIBG ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-29. Beliau memaklumkan bahawa guru besar tidak dapat hadir kerana tidak sihat.


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 11 - 2.2 Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang sesi 2021/2022. Penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada Syarikat Ramly Burger yang memberi sumbangan sebanyak RM 30,000 untuk aktiviti mengecat tembok sekolah serta Blok A dan B. Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru yang bertungkus lumus dan menempuh pelbagai cabaran dalam melaksanakan pengajaran sepanjang pandemik Covid-19. 2.3 Beliau juga berharap agar mesyuarat kali ini berjalan lancar dan dapat mencapai kata sepakat demi kebaikan seluruh warga sekolah. (Makluman) 3.0 UCAPAN YANG DIPERTUA YDP PIBG DAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29 3.1 En. Ahmad Faisal Bin Mohd Basir merakamkan kesyukuran kerana mesyuarat kali ini dapat dilaksanakan secara bersemuka berbanding mesyuarat sebelum ini yang dilaksanakan secara atas talian. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pentadbir, ahli jawatankuasa, guru-guru serta ibu bapa yang hadir dan terus memberikan sokongan. 3.2 Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ini merupakan mesyuarat bersemuka yang pertama bagi ibu bapa murid Tahun 1, 2 dan 3. Sebelum ini MAT dilaksanakan pada bulan Mac, 2021 namun pada tahun ini ianya dilaksanakan pada bulan Jun kerana takwim persekolahan juga telah berubah. 3.3 Beliau turut memaklumkan permohonan kemasukan ke tahun 1 di SKTKP adalah sangat menggalakkan kerana persekitaran dan fasiliti yang tersedia serta guru-guru yang berdedikasi menarik minat ibu bapa. Namun bagi memastikan suasana kelas sentiasa kondusif, permohonan tersebut tidak dapat diluluskan kesemuanya.


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 12 - 3.4 Pihak sekolah dan PIBG telah melaksanakan usaha-usaha menambahbaik capaian internet dan membuat penyelenggaraan televisyen di kelas-kelas yang berkaitan. PIBG telah membuat kutipan RM 5 bagi setiap murid Tahun 1 dan 3 bagi tujuan penyelenggaraan televisyen bagi tahun 2021. 3.5 Beliau mewakili PIBG mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua kerana berjaya menempuh cabaran semasa PdPR sebelum ini. PIBG telah berusaha memohon sumbangan daripada ibu bapa dan pihak-pihak korporat bagi memastikan pelaksanaan SOP di sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar. PIBG juga dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid (HEM) turut menganjurkan program Gerobok Rezeki untuk keluarga yang berkeperluan semasa tempoh PKP. 3.6 PIBG juga telah merancang untuk mengecat Blok A dan B, pagar serta papan tanda sekolah, namun tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan kewangan yang terhad. YDP mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang prihatin mengutarakan cadangan untuk menceriakan suasana persekitaran sekolah. Sebagai permulaan, pihak Ramly Burger telah memberikan sumbangan dana sebanyak RM30,000. Beliau berharap jawatankuasa yang baru akan mewujudkan suatu dana khas untuk keceriaan sekolah. 3.7 Beliau juga memberitahu bahawa guru besar ada memaklumkan walaupun UPSR sudah dimansuhkan, pencapaian anak-anak akan terus dipantau agar tahap penguasaan mereka berada di tahap yang sepatutnya sebagai persediaan untuk menempuh pembelajaran di peringkat sekolah menengah. 3.8 Beliau memaklumkan jawatankuasa PIBG sebelum ini telah dikekalkan selama 6 tahun dengan persetujuan sebulat suara semua ahli. Oleh itu lantikan yang baru adalah wajar bagi menerajui PIBG sesi 2022/2023. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang telah bersama-sama membantu pihak sekolah tanpa mengira masa dan tenaga demi kebaikan anak-anak. (Makluman)


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 13 - 4.0 PEMBENTANGAN, PENERIMAAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-28 (2021) 4.1 Puan Siti Khalijah binti Ahmad selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat PIBG kali ke-28 (rujuk Buku Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-29 mukasurat 11 hingga 22). Beliau memohon ibu bapa yang hadir untuk mengesahkan minit mesyuarat tersebut. 4.2 Butiran pengesahan minit mesyuarat adalah seperti berikut : Cadangan : Puan Nur Mimi binti Hamdan Sokongan : Puan Mardziah binti Arshad (Makluman) 5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022 5.1 Puan Siti Khalijah binti Ahmad selaku Setiausaha PIBG membentangkan Laporan Tahunan PIBG sesi 2021/2022. Beliau memaklumkan mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG telah diadakan sebanyak 9 kali sepanjang tahun 2021 hingga 2022. Butiran laporan tahunan adalah seperti berikut : BIL. MESYUARAT TARIKH HARI TEMPAT Mesyuarat Kali Ke-1 17 Februari 2021 Rabu Google Meet Mesyuarat Kali Ke-2 2 April 2021 Jumaat Google Meet Mesyuarat Kali Ke-3 22 Mei 2021 Sabtu Google Meet Mesyuarat Kali Ke-4 14 Ogos 2021 Sabtu Google Meet Mesyuarat Kali Ke-5 27 September 2021 Isnin Google Meet Mesyuarat Kali Ke-6 16 Oktober 2021 Sabtu Google Meet


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 14 - Mesyuarat Kali Ke-7 22 Januari 2022 Sabtu Bilik Integriti SKTKP Mesyuarat Kali Ke-8 31 Mei 2022 Selasa Bilik Integriti SKTKP Mesyuarat Kali Ke-9 18 Jun 2022 Sabtu Bilik Integriti SKTKP 5.2 Banyak program dan aktiviti sekolah terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19 yang melanda negara. Berikut merupakan beberapa aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan : 1. Program Gerobok Rezeki 2021 2. Program Pembukaan Semula Sekolah (Mac 2021) 3. Program Bacaan Yasin untuk Ahli Keluarga yang Dijangkiti Wabak Covid-19 (2021) 4. Program Sanitasi Bangunan Sekolah dan Kelas Sebelum Pembukaan Sekolah (Oktober 2021). 5.3 Di samping menyalurkan pelbagai sumbangan yang telah dinyatakan daripada dana kewangan, PIBG juga telah berganding tenaga berusaha gigih mendapatkan sumbangan- sumbangan daripada pihak luar untuk sekolah. 5.4 Sumbangan dana oleh PIBG pula seperti berikut : BIL PERKARA 1 Sumbangan kos sanitasi bangunan sekolah dan kelas-kelas. 2 Sumbangan perbelanjaan untuk Gerobok Rezeki. 3 Sumbangan untuk menaiktaraf keceriaan kawasan sekolah dan kelas-kelas. 4 Sumbangan untuk Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2021 5 Perbelanjaan untuk baik pulih prasarana ICT dan TV SKTKP. 6 Sumbangan untuk Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2022 7 Sumbangan kos membeli termometer bagi sesi pembukaan sekolah 2021.


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 15 - 6.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2021/2022 6.1 Bendahari PIBG, Cik Azirawati binti Hasan membentangkan penyata pendapatan dan perbelanjaan yang berakhir pada 30 April 2022 dan dinyatakan dalam laporan kewangan PIBG (rujuk Penyata Kewangan Buku Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-29 mukasurat 28). 6.2 Semua ahli diminta merujuk laporan kewangan pada lampiran 1-8 berkaitan Sumbangan Khas, Sukan Keceriaan, Komputer, Penyelenggaraan, PPKI, Hari Kanak-kanak, Sumbangan Pihak Luar dan Sumbangan YPM. Baki wang yang berakhir pada 30 April 2022 adalah sebanyak RM 28,712.46. 6.3 Pengesahan penyata kewangan adalah seperti berikut : Cadangan : Puan Nur Mimi binti Hamdan Sokongan : Puan Jurita binti Ab Manaf (Makluman) 7.0 PEMBAHASAN USUL DAN CADANGAN 7.1 Usul Pertama : En. Ahmad Faisal Bin Mohd Basir selaku YDP Pibg menyatakan cadangan kutipan Sumbangan PIBG 2022/2023 sebanyak RM50 bagi satu keluarga meliputi Sumbangan Khas sebanyak RM30, Sukan dan keceriaan RM20. Tambahan sumbangan daripada semua murid sebanyak RM10 ( Kerusi/ Meja kantin ), Rm 5 ( Hari kanak-kanak), dan RM 5 ( Komputer ). Dicadangkan oleh: En. Ahmad Faisal Bin Mohd Basir Sokongan : Usul disokong oleh En. Abdussalam Bin Hj Kamaluddin dan semua ibu bapa yang hadir sebulat suara bersetuju dengan kutipan sumbangan sebanyak RM 50 bagi satu keluarga meliputi Sumbangan Khas sebanyak RM30, Sukan dan keceriaan RM20. Tambahan sumbangan daripada semua murid sebanyak RM10 ( Kerusi/ Meja kantin ), Rm 5 ( Hari kanak-kanak), dan RM 5 ( Komputer ).


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 16 - 7.2 Usul Kedua : En. Ahmad Faisal Bin Mohd Basir menyatakan harga nasi ayam dinaikkan kepada RM3 atas kekangan kenaikan harga ayam di pasaran. Namun pihak kantin perlu memastikan saiz hidangan nasi lebih banyak ayam dan lebih besar berbanding sebelum ini setanding dengan kenaikan harga yang dikenakan. Sokongan: Usul disokong oleh Pn. Rohaya Binti Mad Isa. 7.3 Usul Ketiga : En. Ahmad Iskandar (anak : Ahmad Iman Luqman Bin Ahmad Iskandar, 3 Delima) mencadangkan agar susur gajah dibina di pintu belakang agar memudahkan urusan menghantar dan mengambil anak ketika hujan lebat. Sokongan: Usul ini akan dipertimbangkan semula dan diteliti oleh AJK PIBG 2022/2023 7.4 Usul Keempat : En. Mazlan (anak, Nur Khalishah Binti Mazlan, 1 Delima) Memberi cadagan agar pihak sekolah membuat kutipan sumbangan untuk mengecat bangunan sekolah, menghias dan menceriakan kawasan sekolah serta mengganti papan tanda nama sekolah. Sokongan: Usul disokong oleh En. Nan Mustaqim Bin Nan Azmie. 7.5 Usul Kelima : En Abdul Lattif (anak, Umar Hayyan Edeni Bin Abdul Lattif, 2 Baiduri) Memohon pihak sekolah menyediakan papan tanda larangan memarkir kenderaan di hadapan pintu pagar utama dan pintu pagar belakang bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas semasa menghantar anak-anak pada waktu pagi dan menjaga keselamatan murid-murid. Sokongan : Usul disokong oleh En. Widiaswadi Bin Jusoh. 7.6 Usul Keenam : En. Hj Hilmi (anak : Alya Hanan Binti Hj. Hilmi, 5 Kristal) Hebahan dan makluman kepada ibu bapa dan penjaga untuk mengemukakan sijil dan bukti penyertaan serta pencapaian murid dalam pertandingan yang bukan anjuran KPM, agar maklumat tersebut dapat diisi dalam sistem PAJSK. Sokongan: Usul disokong oleh Pn. Che Rosnah Binti Mohd Satar.


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 17 - 7.7 Usul Ketujuh : En. Hj Hilmi (anak : Muhammad Anas Hakimi, 4 Firus) mencadangkan keperluan menyediakan rak buku di dalam kelas bagi mengatasi masalah beg berat. Sokongan: Usul ini akan dipertimbangkan semula dan diteliti oleh AJK PIBG 2022/23. 7.8 Usul Kelapan : En. Nan Mustaqim Bin Nan Azmie (anak : Nan Muhammad Rafyqie, 2 Delima) mencadangkan agar menyediakan penutup longkang jenis plastik di setiap longkang yang menjadi laluan murid-murid. Sokongan: Usul disokong oleh En. Mohd Ashril Shah Bin Osman. 7.9 Usul Kesembilan : En. Nan Mustaqim Bin Nan Azmie (anak : Nan Muhammad Rafyqie, 2 Delima) mencadangkan agar semak di bahagian belakang padang sekolah dibersihkan dan diuruskan demi menjaga keselamatan murid-murid. Sokongan: Usul disokong oleh En. Mohd Fairil Arizi Bin Zakaria. 7.10 Usul Kesepuluh : En. Mohd Fadli (anak : Muhammad Aniq Fauzan, 1 Zamrud) Memberikan cadangan agar pihak pentadbir meneliti semula waktu balik bagi murid tahap 2 iaitu jam 1.30 petang kerana murid kesuntukan masa untuk menguruskan diri sebelum menghadiri sesi persekolahan di sekolah agama. Sokongan: Usul disokong oleh Pn. Siti Aziah Binti Mohd Noor. 7.11 Usul Kesebelas : En Mohamad Muzafry (anak: Mohamad Muhaimin, 4 Delima) Memohon agar isu makanan di kantin tidak mencukupi semasa aktiviti kokurikulum pada hari Rabu dapat diatasi. Sokongan: Usul disokong oleh Pn. Siti Sabrina Binti Md Ghazali.


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 18 - 8.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2021/2022 8.1 Yang DiPertua PIBG, En. Ahmad Faisal Bin Mohd Basir merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang sangat berdedikasi dalam menjalankan amanah sepanjang sesi 2021/2022. Beliau membubarkan organisasi AJK PIBG sesi 2021/2022. (Makluman) 9.0 PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA 9.1 Pn. Normimi Binti Hamdan mencadangkan En. Ahmad Faisal dilantik sebagai pengerusi sementara. (Makluman) 10.0 PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2022/2023 10.1 Pelantikan AJK Ibu Bapa bagi sesi 2022/2023 adalah seperti berikut : Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022 Yang DiPertua : Encik Saifulruddin Bin Mohamed Samsuri Naib Yang Dipertua : Encik Mohd Fuad Bin Arshad AJK Ibu Bapa : Puan Siti Hayu Binti Ramli (Wakil Ibu bapa PPKI) Puan Normimi Binti Hamdan Encik Abdussalam Bin Hj Kamaluddin Puan Jurita Binti Abdul Manaf Encik Johari Mohd Kauz Encik Faridzal Bin Md Alil Encik Fakhruddin Bin Mustafa Juru Audit (Ibu Bapa) : Puan Nor Afza Binti Aziz


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 19 - 10.2 Carta Organisasi Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 adalah seperti berikut : Yang Dipertua PIBG : Encik Saifulruddin Bin Mohamed Samsuri Naib Yang Dipertua PIBG : Encik Mohd Fuad Bin Ahmad Setiausaha Agung PIBG : Cik Tengku Alia Hanum Binti Tengku Ahmad Nordin Setiausaha PIBK : Cik Nursakinah Binti Ayob Bendahari : Puan Nur Nadhira Shazlyn Binti Zulkifly Naib Bendahari : Puan Nor Azmira Binti Othman AJK Ibu Bapa : Puan Siti Hayu Binti Ramli (Wakil Ibubapa PPKI) Puan Normimi Binti Hamdan Encik Abdussalam Bin Hj Kamaluddin Puan Jurita Binti Abdul Manaf Encik Johari Mohd Kauz Encik Faridzal Bin Md Alil Encik Fakhruddin Bin Mustafa AJK Guru : Encik Widi Aswadi Bin Jusoh Encik Suhawadi Bin Abdullah Encik Chelva Shankar Pillai Pillai A/L Murugaya Puan Nadzirah Binti Abdul Ghani Cik Faathimah Binti Abd Ghani Puan Nur Hidayah Izzati Binti Roslan Juru Audit (Ibu Bapa) : Puan Nur Afza Binti Aziz Juru Audit (Guru) : Cik Rashidah Binti Jainan (Makluman)


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 20 - 11.0 UCAPAN PENANGGUHAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2022/2023 11.1 Yang Dipertua PIBG Encik Saifulruddin Bin Mohamed Samsuri mengucapkan terima kasih kepada semua Ibu bapa dan guru yang telah melibatkan diri dalam mesyuarat agung kali. Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29 tamat dan bersurai pada jam 12.30 tengahari. (Makluman) Disediakan oleh : Disemak oleh : ............................................. ............................................ (TG ALIA HANUM BINTI TG AHMAD NORDIN) (SAIFULRUDDIN BIN MOHAMED SAMSURI) Setiausaha Agung PIBG Yang DiPertua PIBG SK Taman Koperasi Polis SK Taman Koperasi Polis 68100 Kuala Lumpur 68100 Kuala Lumpur


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 21 -


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2022 - 22 - PENDAHULUAN Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Koperasi Polis ditubuhkan semenjak Sekolah Kebangsaan Taman Polis Koperasi mula beroperasi. Konsep PIBG ialah membantu sekolah meringankan pelaksanaan Program Pendidikan Sekolah dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, sahsiah dan budaya sekolah termasuk pembangunan infrastruktur. Jawatankuasa PIBG SK Taman Koperasi Polis mempunyai 23 orang ahli (9 orang ibu bapa dan 14 orang guru) dan seorang penasihat (Guru Besar). Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengaturkan kegiatan persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan persatuan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang telah dibuat dibawahnya. Sepanjang tempoh Julai 2022 hingga Jun 2023, Jawatankuasa PIBG telah menjalankan 3 kali mesyuarat. Kebiasaannya mesyuarat dijalankan pada waktu pagi hari Sabtu pada hujung minggu. Mesyuarat Jawatankuasa biasanya diadakan di Bilik Integriti, SK Taman Koperasi Polis. Mesyuarat-mesyuarat yang telah diadakan bertujuan untuk membincangkan hala tuju persatuan, perancangan dan pelaksanaan aktiviti PIBG serta memberi sokongan kepada pihak sekolah sekali gus mencari dana untuk PIBG. TARIKH-TARIKH MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 Mesyuarat Kali Ke-1 24 September 2022 Sabtu Bilik Integriti SKTKP Mesyuarat Kali Ke-2 28 Januari 2022 Sabtu Bilik Integriti SKTKP Mesyuarat Kali Ke-3 6 Mei 2022 Sabtu Bilik Integriti SKTKP


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 23 - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Koperasi Polis terlibat dalam setiap acara yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pihak PIBG sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan yang padu kepada pihak sekolah demi kemajuan dan kebaikan sekolah dan muridkhasnya. Penglibatan pihak PIBG adalah secara langsung atau tidak langsung di mana pihak persatuan menjalankan program bersama dengan pihak sekolah ataupun pihak persatuan menjadi penyumbang dana dalam aktiviti atau program yang melibatkan murid- murid. Ada ketikanya jawatankuasa PIBG juga terlibat dalam usaha membaiki infrastruktur di sekitar kawasan sekolah seperti kerja-kerja membaiki kerosakan atau menyediakan kemudahan seperti memasang televisyen dan penyelenggaraan terutamanya untuk kegunaan murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Berikut adalah antara senarai aktiviti yang melibatkan persatuan sesi 2022/2023:- 1. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah ( Mei 2022) 2. Program Gotong-Royong Sekolah (Mei 2022) 3. Program Kejohanan Olahraga dan Hari Sukan Peringkat Sekolah ( Oktober 2022) 4. Program Majlis Apresiasi Tahun 6 (Februarui 2023) 5. Hari Orientasi Tahun 1 ( Februari 2023) 6. Program Pembukaan Semula Sekolah (Mac 2023) 7. Program Majlis Berbuka Puasa (April 2023) 8. Majlis Persaraan Guru Besar ( Jun 2023)


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 24 - Di samping menyalurkan pelbagai sumbangan yang telah dinyatakan dari dana kewangan, PIBG juga telah banyak berganding tenaga berusaha gigih mendapatkan sumbangan- sumbangan dari pihak luar untuk sekolah. Di samping itu, PIBG dan PIBK juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti anjuran sekolah serta menghadirkan diri dalam kursus- kursus yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan. Selain Yang DiPertua PIBG dan dan Naib Yang DiPertua, AJK PIBG turut hadir dalam majlis-majlis rasmi yang diadakan sepanjang tahun.


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 25 - BIL PERKARA 1. Sumbangan kos bagi pembelian cat untuk mengecat pagar sekolah. 2. Sumbangan perbelanjaan bagi pembaikan pintu pagar utama sekolah. 3. Sumbangan untuk menaiktaraf keceriaan kawasan sekolah dan kelas-kelas. 4. Sumbangan untuk pembelian set mikrofon untuk diletakkan di kantin. 5. Sumbangan perbelanjaan untuk baik pulih prasarana ICT dan TV SKTKP. 6. Sumbangan untuk pembelian TV baru bagi menggantikan TV yang rosak. 7. Sumbangan kos membeli set meja dan kerusi kantin yang baru. 8. Sumbangan dana bagi kegunaan program sukan sekolah. 9. Sumbangan untuk Hari Kanak-Kanak 10. Sumbangan untuk Hari Anugerah Ko-kurikulum sekolah 11. Sumbangan untuk Majlis Apresiasi Tahun 6


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 26 - PENUTUP Pihak PIBG dan semua AJK PIBG SK Taman Koperasi Polis berharap dapat menyumbangkan tenaga dan terlibat secara aktif dalam semua aktiviti yang melibatkan murid dan seterusnya memajukan sekolah dan menjaga kebajikan murid-murid SK Taman Koperasi Polis. Adalah diharapkan usaha ini akan berterusan dan dapat dipertingkatkan pada masa akan datang demi pembangunan modal insan komuniti sekolah yang terdiri daripada ibu bapa, guru-guru dan murid khasnya. Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah kerana memberikan kerjasama yang amat baik demi kemajuan pendidikan murid- murid di SK Taman Koperasi Polis ini. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh: ..................................................... (TG ALIA HANUM BINTI TG AHMAD NORDIN) Setiausaha PIBG Sesi 2022/2023 SK Taman Koperasi Polis


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 27 -


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 28 - PERSATUAN IBU DAN GURU (PIBG) SK TAMAN KOPERASI POLIS Penyata Pendapatan Dan Perbelanjaan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 PENDAPATAN TAHUN 2022 BIL. PERKARA JUMLAH (RM) 1 Sumbangan Khas 62,636.40 2 Sukan dan Keceriaan 23,583.65 3 Sumbangan ICT 4,198.73 4 Kerusi dan Meja 8,413.50 5 PPKI 5,075.00 6 Hari Kanak-kanak 9,140.00 7 Sumbangan Pihak Luar 14,634.52 8 Sumbangan YPM 3,495.46 JUMLAH PENDAPATAN 131,177.26 PERBELANJAAN TAHUN 2022 BIL. PERKARA JUMLAH (RM) 1 Sumbangan Khas 29,152.50 2 Sukan dan Keceriaan 19,000.00 3 Sumbangan ICT 2,150.00 4 Kerusi dan Meja 2,942.60 5 PPKI 3,000.00 6 Hari Kanak-kanak 6,660.00 7 Sumbangan Pihak Luar 9,919.80 8 Sumbangan YPM 2,326.00 JUMLAH PERBELANJAAN 75,150.90 BAKI 56,026.36


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 29 - Butiran terperinci boleh didapati di Lampiran 1 hingga 8. Lampiran 1: Sumbangan Khas Lampiran 2: Sukan dan Keceriaan Lampiran 3: Sumbangan ICT Lampiran 4: Kerusi dan Meja Lampiran 5: PPKI Lampiran 6: Hari Kanak-kanak Lampiran 7: Sumbangan Pihak Luar Lampiran 8: Sumbangan YPM


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 30 - Lampiran 1: Sumbangan Khas Pendapatan Perbelanjaan Tarikh Perkara Jumlah (RM) Tarikh Perkara Jumlah (RM) 01/01/2022 Baki tahun 2021 3,746.40 25/01/2022 Sumbangan PIBG 7,950.00 14/01/2022 CHEQUE PROCESS FEE (499280, 499285, 499286, 499288, 499289) 2.50 25/02/2022 Sumbangan PIBG 3,810.00 27/01/2022 CHEQUE PROCESS FEE (499283) 0.50 17/05/2022 Sumbangan PIBG 1,080.00 14/02/2022 Disinfection service (Ahmad Faisal) 450.00 24/05/2022 Sumbangan PIBG 750.00 14/02/2022 CHEQUE PROCESS FEE (499287) 0.50 21/06/2022 Ramly Food Marketing SDN BHD 30,000.00 16/02/2022 CHEQUE PROCESS FEE (499291, 499292,499290) 1.50 21/06/2022 Sumbangan PIBG 840.00 22/02/2022 CHEQUE PROCESS FEE (499281) 0.50 02/11/2022 Sumbangan PIBG 150.00 01/04/2022 CHEQUE PROCESS FEE (499293) 0.50 03/11/2022 Sumbangan PIBG 120.00 22/04/2022 Sumbangan Kecemerlangan Murid PPKI Dalam Kokurikulum Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 450.00 04/11/2022 Sumbangan PIBG 30.00 22/04/2022 CHEQUE PROCESS FEE (499294) 0.50 07/11/2022 Sumbangan PIBG 60.00 26/04/2022 CHEQUE PROCESS FEE (499297) 0.50 11/11/2022 Sumbangan PIBG 2,040.00 28/04/2022 CHEQUE PROCESS FEE (499299) 0.50 15/11/2022 Sumbangan PIBG 30.00 22/05/2022 CHEQUE STAM FEE (3085718401) 9.50 21/11/2022 Sumbangan PIBG 1,680.00 09/06/2022 Sumbangan Program Keceriaan Gallery Walk PPKI 800.00 25/11/2022 Sumbangan PIBG 2,310.00 09/06/2022 CHEQUE PROCESS FEE (184551) 0.50 02/12/2022 Sumbangan PIBG 4,740.00 21/06/2022 Pembelian barangan cabutan bertuah AGM 2022 dan makanan ibubapa 900.00 05/12/2022 Sumbangan PIBG 90.00 21/06/2022 HANDLING CHARGE (184553) 3.00 06/12/2022 Sumbangan PIBG 150.00 21/06/2022 CHEQUE PROCESS FEE (184553) 0.50 07/12/2022 Sumbangan PIBG 90.00 23/06/2022 Pembelian 2 buah televisyen 3,690.00 08/12/2022 Sumbangan PIBG 60.00 23/06/2022 CHEQUE PROCESS FEE (184552) 0.50 09/12/2022 Sumbangan PIBG 2,160.00 24/06/2022 Pembelian set PA sistem 2,500.00


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 31 - 15/12/2022 Sumbangan PIBG 30.00 24/06/2022 CHEQUE PROCESS FEE (184555) 0.50 19/12/2022 Sumbangan PIBG 720.00 30/06/2022 BANK SERVICE CHARGE 10.00 30/06/2022 CHEQUE PROCESS FEE (184554) 0.50 04/07/2022 Pembelian chainsaw 700.00 04/07/2022 CHEQUE PROCESS FEE (184556) 0.50 15/08/2022 Pustaka Rakyat (M) Sdn. Bhd. 860.00 15/08/2022 CHEQUE PROCESS FEE (184559) 0.50 16/08/2022 Pembelian cat pagar sekolah 5,000.00 16/08/2022 CHEQUE PROCESS FEE (184560) 0.50 13/09/2022 HANDLING CHARGE (184561) 3.00 13/09/2022 CHEQUE PROCESS FEE (184561) 0.50 05/10/2022 HANDLING CHARGE (184562) 3.00 05/10/2022 CHEQUE PROCESS FEE (184562) 0.50 13/10/2022 Mengecat tembok pagar sekolah 3,750.00 13/10/2022 CHEQUE PROCESS FEE (184564, 184565) 1.00 14/10/2022 Pengeluaran mengecat dan keceriaan sekolah 10,000.00 14/10/2022 CHEQUE PROCESS FEE (184566) 0.50 31/12/2022 SERVICE CHARGE 10.00 Jumlah Pendapatan 62,636.40 Jumlah Perbelanjaan 29,152.50 Baki sehingga 31 Disember 2022 33,483.90


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 32 - Lampiran 2: Sukan dan Keceriaan Pendapatan Perbelanjaan Tarikh Perkara Jumlah (RM) Tarikh Perkara Jumlah (RM) 01/01/2022 Baki tahun 2021 4,323.65 25/01/2022 Sumbangan PIBG 5,300.00 22/05/2022 Keceriaan kelas dan bilik khas 6,500.00 25/02/2022 Sumbangan PIBG 2,540.00 13/09/2022 Sukan peringkat negeri & keceriaan sekolah 10,000.00 17/05/2022 Sumbangan PIBG 720.00 05/10/2022 Kejohanan Olahraga SKTKP 2,500.00 24/05/2022 Sumbangan PIBG 500.00 21/06/2022 Sumbangan PIBG 560.00 02/11/2022 Sumbangan PIBG 100.00 03/11/2022 Sumbangan PIBG 80.00 04/11/2022 Sumbangan PIBG 20.00 07/11/2022 Sumbangan PIBG 40.00 11/11/2022 Sumbangan PIBG 1,360.00 15/11/2022 Sumbangan PIBG 20.00 21/11/2022 Sumbangan PIBG 1,120.00 25/11/2022 Sumbangan PIBG 1,540.00 02/12/2022 Sumbangan PIBG 3,160.00 05/12/2022 Sumbangan PIBG 60.00 06/12/2022 Sumbangan PIBG 100.00 07/12/2022 Sumbangan PIBG 60.00 08/12/2022 Sumbangan PIBG 40.00 09/12/2022 Sumbangan PIBG 1,440.00 15/12/2022 Sumbangan PIBG 20.00 19/12/2022 Sumbangan PIBG 480.00 Jumlah pendapatan 23,583.65 Jumlah perbelanjaan 19,000.00 Baki sehingga 31 Disember 2022 4,583.65


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 33 - Lampiran 3: Sumbangan ICT Pendapatan Perbelanjaan Tarikh Perkara Jumlah (RM) Tarikh Perkara Jumlah (RM) 01/01/2022 Baki tahun 2021 1,718.73 02/11/2022 Sumbangan PIBG 30.00 01/04/2022 Repair TV (1 buah) 350.00 03/11/2022 Sumbangan PIBG 40.00 22/05/2022 Pembelian dakwat mesin pencetak Makmal PIBG Blok A 200.00 04/11/2022 Sumbangan PIBG 10.00 22/05/2022 Program penaiktarafan rangkaian internet sekolah 400.00 07/11/2022 Sumbangan PIBG 15.00 30/06/2022 Penaiktarafan internet makmal komputer 1,200.00 11/11/2022 Sumbangan PIBG 345.00 15/11/2022 Sumbangan PIBG 5.00 21/11/2022 Sumbangan PIBG 285.00 25/11/2022 Sumbangan PIBG 385.00 02/12/2022 Sumbangan PIBG 785.00 05/12/2022 Sumbangan PIBG 15.00 06/12/2022 Sumbangan PIBG 30.00 07/12/2022 Sumbangan PIBG 15.00 08/12/2022 Sumbangan PIBG 10.00 09/12/2022 Sumbangan PIBG 380.00 15/12/2022 Sumbangan PIBG 5.00 19/12/2022 Sumbangan PIBG 125.00 Jumlah pendapatan 4,198.73 Jumlah perbelanjaan 2,150.00 Baki sehingga 31 Disember 2022 2,048.73


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 34 - Lampiran 4: Kerusi dan Meja Pendapatan Perbelanjaan Tarikh Perkara Jumlah (RM) Tarikh Perkara Jumlah (RM) 01/01/2022 Baki tahun 2021 3,453.50 02/11/2022 Sumbangan PIBG 60.00 14/01/2022 Peralatan sudut PPDa 500.00 03/11/2022 Sumbangan PIBG 80.00 14/01/2022 Pembelian peralatan pembukaan sekolah fasa 3 PPKI 500.00 04/11/2022 Sumbangan PIBG 20.00 27/01/2022 Pustaka Rakyat (M) Sdn. Bhd (Peralatan pengoperasian sekolah) 513.60 07/11/2022 Sumbangan PIBG 30.00 28/04/2022 Pembelian spotlight dan unit timer 1,080.00 11/11/2022 Sumbangan PIBG 690.00 22/05/2022 Pengeluaran wang penyelenggaraan (1 Zamrud) 349.00 15/11/2022 Sumbangan PIBG 10.00 21/11/2022 Sumbangan PIBG 570.00 25/11/2022 Sumbangan PIBG 770.00 02/12/2022 Sumbangan PIBG 1,570.00 05/12/2022 Sumbangan PIBG 30.00 06/12/2022 Sumbangan PIBG 60.00 07/12/2022 Sumbangan PIBG 30.00 08/12/2022 Sumbangan PIBG 20.00 09/12/2022 Sumbangan PIBG 760.00 15/12/2022 Sumbangan PIBG 10.00 19/12/2022 Sumbangan PIBG 250.00 Jumlah Pendapatan 8,413.50 Jumlah Perbelanjaan 2,942.60 Baki sehingga 31 Disember 2022 5,470.90


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 35 - Lampiran 5: PPKI Pendapatan Perbelanjaan Tarikh Perkara Jumlah (RM) Tarikh Perkara Jumlah (RM) 01/01/2022 Baki tahun 2021 3,000.00 28/10/2022 Sumbangan Minggu PPKI 100.00 14/01/2022 Sumbangan Ramly Food Marketing kpd PPKI 3,000.00 28/10/2022 Sumbangan Minggu PPKI 100.00 30/10/2022 Sumbangan Minggu PPKI 30.00 30/10/2022 Sumbangan Minggu PPKI 100.00 31/10/2022 Sumbangan Minggu PPKI 300.00 01/11/2022 Sumbangan Minggu PPKI 200.00 05/11/2022 Sumbangan Minggu PPKI 850.00 06/11/2022 Sumbangan Minggu PPKI 100.00 10/11/2022 Sumbangan Minggu PPKI 265.00 11/11/2022 Sumbangan Minggu PPKI 30.00 Jumlah Pendapatan 5,075.00 Jumlah Perbelanjaan 3,000.00 Baki sehingga 31 Disember 2022 2,075.00


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 36 - Lampiran 6: Hari Kanak-kanak Pendapatan Perbelanjaan Tarikh Perkara Jumlah (RM) Tarikh Perkara Jumlah (RM) 01/01/2022 Baki tahun 2021 6,660.00 02/11/2022 Sumbangan PIBG 30.00 16/02/2022 Hari kanak-kanak 6,660.00 03/11/2022 Sumbangan PIBG 40.00 04/11/2022 Sumbangan PIBG 10.00 07/11/2022 Sumbangan PIBG 15.00 11/11/2022 Sumbangan PIBG 345.00 11/11/2022 Sumbangan PIBG 5.00 21/11/2022 Sumbangan PIBG 285.00 25/11/2022 Sumbangan PIBG 385.00 02/12/2022 Sumbangan PIBG 785.00 05/12/2022 Sumbangan PIBG 15.00 06/12/2022 Sumbangan PIBG 30.00 07/12/2022 Sumbangan PIBG 15.00 08/12/2022 Sumbangan PIBG 10.00 09/12/2022 Sumbangan PIBG 380.00 15/12/2022 Sumbangan PIBG 5.00 19/12/2022 Sumbangan PIBG 125.00 Jumlah Pendapatan 9,140.00 Jumlah Perbelanjaan 6,660.00 Baki sehingga 31 Disember 2022 2,480.00


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 37 - Lampiran 7: Sumbangan Pihak Luar Pendapatan Perbelanjaan Tarikh Perkara Jumlah (RM) Tarikh Perkara Jumlah (RM) 01/01/2022 Baki tahun 2021 6,899.52 23/09/2022 Sumbangan pihak luar 2,500.00 14/01/2022 Pengeluaran sumbangan Surau At-Taqwa bantuan BTS 300.00 05/10/2022 Peruntukan Festival Gala Kesenian Kebangsaan 5,000.00 14/01/2022 Primier Greenview Marketing (6pcs poster) 1,608.00 03/11/2022 Sumbangan PIBG 140.00 16/02/2022 Repair TV (2buah) 700.00 21/11/2022 Sumbangan PIBG 60.00 16/02/2022 Hari Anugerah Kokurikulum 2,200.00 25/11/2022 Sumbangan PIBG 30.00 22/02/2022 Strade (M) Sdn. Bhd.( Beli notice board) 111.80 15/12/2022 Sumbangan PIBG 5.00 13/10/2022 Festival Gala Kesenian Kebangsaan 5,000.00 Jumlah Pendapatan 14,634.52 Jumlah Perbelanjaan 9,919.80 Baki sehingga 31 Disember 2022 4,714.72


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 38 - Lampiran 8: Sumbangan YPM Pendapatan Perbelanjaan Tarikh Perkara Jumlah (RM) Tarikh Perkara Jumlah (RM) 01/01/2022 Baki tahun 2021 3,495.46 26/04/2022 Pengeluaran wang sumbangan kecemerlangan tahun 6 2,326.00 Jumlah Pendapatan 3,495.46 Jumlah Perbelanjaan 2,326.00 Baki sehingga 31 Disember 2022 1,169.46


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 39 - LAPORAN KEWANGAN PIBG BERMULA 1 JANUARI SEHINGGA 31 MEI 2023 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOPERASI POLIS FASA 2 LAPORAN RINGKASAN


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 40 -


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 41 - USUL DAN CADANGAN BIL PERKARA USUL/CADANGAN NAMA IBU BAPA/PENJAGA NAMA ANAK 1 KANTIN, HAL-HAL LAIN Cadangan agar pihak kantin utk tidak menjual processed food dan makanan tinggi gula kepada pelajar. HAL-HAL LAIN : usul supaya penjualan keperluan bukan alat tulis & bukan kelengkapan berkaitan sekolah dihentikan di koperasi sekolah. contoh : penjualan sticker spiderman, buku nota kecil superhero/princess yang menarik perhatian pelajar utk membeli tetapi bukan bertujuan berkaitan pembelajaran persekolahan. juga mohon pemantauan dari pihak sekolah bagi penjualan makanan ringan oleh penjaja di luar pagar sekolah yang tinggi gula dan processed food. SUZLIN BINTI MD SULONG YUSUF THAQEEF BIN MOHD FURQAN AKMAR (1 ZAMRUD) 2 HAL-HAL LAIN Keizinan untuk kelonggaran surat ketidakhadiran 1hari murid tak di wajibkan tp hanya di maklumkan pd guru kelas shja ..cth :murid mengalami batuk atau sakit perut terpaksa di cutikan sehari tak perlu surat dr klinik. NUR ASYKIN BINTI ISMAIL MUHAMMAD DANISH HAIQAL BIN NASRUL (3 FIRUS) 3 AKADEMIK, HAL-HAL LAIN Penggunaan bahasa English / surat tidak hadir sekolah tukar kepada penggunaan PDF mngikut kelas masing - masing MOHAMAD IDHAM BIN ABD WAHAB NUR ANGGUN BINTI MOHAMAD IDHAM (1 Zamrud) 4 KO- KURIKULUM Aktiviti dijalankan di tempat yang lebih bersesuaian bergantung kepada cuaca semasa NOOR AINI BINTI SALLEH/MUHAMAD FAIRUZ BIN FUAD NUR IZZATUL ADAWIYAH BINTI MUHAMAD FAIRUZ (1 ZAMRUD)


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 42 - BIL PERKARA USUL/CADANGAN NAMA IBU BAPA/PENJAGA NAMA ANAK 5 TANDAS SEKOLAH, HAL-HAL LAIN Saya berharap tandas boleh diguna pakai dan tidak selalu rosak lagi.. Kebersihan tandas juga perlu dititikberatkan. Cadangan lain adalah memasang kipas dinding di setiap kelas pelajar, sekiranya perlu buat collection amatlah dihargai. NOOR LAILA BINTI ABD MALEK AUNI HUMAIRA BINTI MOHD IRWAN (6 FIRUS) 6 TANDAS SEKOLAH Ajar murid2 untuk sama2 tolong bersihkan RUSLINA BINTI IBRAHIM SYASYA IMANINA BINTI MOHAMAD SAJURI (2 FIRUS) 7 KEBERSIHAN Saya ingin mencadangkan rumah sampah di pagar belakang samada dikemaskan atau di alihkan ke area berdekatan kantin. Sebab bau sampah agak tidak menyenangkan bagi murid2 yang pergi dan balik melalui pagar belakang dan juga kelas2 yang berdekatan dgn rumah sampah terutama kawasan PPKI. Bila anak2 bau busuk, boleh spoil kan mood mereka. Kalau anak ceria, lebih mudah mereka menerima pembelajaran. ‘AZIZI ‘AZZIM BIN BUJANG MUHAMMAD QAID AQIL (1 KRISTAL) 8 HAL EHWAL MURID Pembayaran di buat secara ewallet atau topup card (cashless). AHMAD MUHSIN BIN ITHNIN HUMAIRA HUSNA BINTI AHMAD MUHSIN (1 DELIMA)


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 43 - 9 AKADEMIK, HAL EHWAL MURID Rekod perkembangan murid (kemajuan dan kelemahan) MUHAMAD KASHFI BIN OMAR DHIYA SOFEA BINTI MUHAMAD KASHFI (1 DELIMA) 10 AKADEMIK, HAL EHWAL MURID, KO- KURIKULUM 1. Mohon diadakan perjumpaan antara guru dengan ibu bapa(report card day) 2. Mohon dikemukakan keputusan pencapaian anak-anak 3. Mohon cikgu maklumkan kelemahan anak untuk diperbaiki 4. Beri keterangan bagaimana pemarkahan dilaksanakan 5. Beri cadangan kepada ibu bapa bagaimana untuk atasi kelemahan anak-anak 6. Beri maklumat terkini berkaitan kokurikulum, atau apa-apa aktiviti yang perlu diikuti oleh anak-anak yang akan jadi kayu pengukur kepada tahap pencapaian 7. Adakan hari terbuka sekolah untuk menjana pendapatan disamping mengajar murid-murid berniaga. NUR FISYA BINTI FISHOL HAMDI ENGKU ELHAM BIN ENGKU EZUDIN & ENGKU FITRAH BT ENGKU EZUDIN (4 DELIMA & 1 ZAMRUD) 11 TANDAS SEKOLAH Kebersihan dan fungsi perlu dipertingkatkan. ABDULLAH BIN MAT HUSIN JASMINE DELISHA HUSNA BINTI ABDULLAH (3 Firus) 12 AKADEMIK 1. Mohon kerjasama guru utk adakan kelas tambahan bg murid tahun 6 bagi menghadapi persediaan dan strategi menduduki peperiksaan PKSK/UKKM. Waktu kelas mungkin boleh buat pada hari minggu sabtu atau ahad. NOOR FARRAH WAHIDA BT ABD GHANI NUR DHIYA FAHIMA BT MOHAMAD SHAIPUDDIN (6 Zamrud)


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 44 - 13 HAL EHWAL MURID Pakaian uniform adalah optional AZLAN BIN MOHAMAD AZIZAH HUMAIRAH (1 DELIMA) 14 TANDAS SEKOLAH, HAL-HAL LAIN 1. Mohon penyediaan tong sampah jenis step/pedal dustbin di dalam dan luar tandas pelajar Tahun 6 - ketiadaan tong sampah menyukarkan pelajar perempuan untuk membuang tuala wanita (pad) bagi anak-anak yang sudah baligh. 2. Seluar sukan sekolah - mohon pembekal sediakan poket di kiri dan kanan seluar seperti mana yang dijual pada tahun sebelum ini di kedai buku sekolah - seluar sukan sekolah tahun ini hanya mempunyai poket di belakang - sukar pelajar menyimpan wang saku - risiko kehilangan wang. HJH NORSYUHAILI BINTI HJ SHAHARUDDIN ALYA HANAN BT HJ ROSHILIMI/ MUHAMMAD ANAS HAKIMI BIN HJ ROSHILIMI (6 KRISTAL/5 FIRUS) 15 HAL-HAL LAIN Sesi Balik Murid² Dari Sekolah Perlu Di Pantau Selia Diluar Pintu Pagar Sekolah. Kesesakan Yang Melampau Boleh Membahayakan Keselamatan Pelajar dan Orang Ramai. MOHD NAZMAN BIN RUSLAN MUHAMMAD ADEEB AFFAN BIN MOHD NAZMAN (3 ZAMRUD) 16 HAL EHWAL MURID Memohon pihak PIBG untuk menyediakan kemudahan penapis air Coway untuk kegunaan murid- murid. Sebaiknya 2 unit, 1 unit untuk murid-murid Tahap 2, 1 unit untuk murid-murid Tahap 1. NAN MUSTAQIM BIN NAN AZMIE NAN MUHAMMAD RAFYQIE (3 DELIMA) 17 AKADEMIK Mencadangkan untuk SKTKP mewujudkan kelas KAFA petang MOHD FAISOL BIN DIN NUR ALISHA HUSNA, MUHAMMAD NAWFAL HAZIQ (3 firus,1kristal)


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 45 - 18 HAL EHWAL MURID Sentiasa buat ronda di kelas2 murid bagi mengurangkan kes buli di sekolah ABDUL MUHAIMIN BIN AHMAD AYRA WARDINA BT ABDUL MUHAIMIN (1 baiduri) 19 HAL EHWAL MURID 1. Kaji semula aliran trraffic jalan masuk ke pintu utama.waktu dtg dan pulang. 2. Cadangan makanan RMT dipelbagaikan..tukar- tukar menu. MOHAMMAD TAQULDDIN BIN MOHAMMAD HAIMI NUR LIYA ZAFIRAH BINTI MOHAMMAD TAQULDDIN (4 BAIDURI) 20 HAL-HAL LAIN Lawatan berkala daripada Occupational Therapis & Speech Therapis daripada hospital kerajaan untuk murid berkeperluan khas yang masih mempunyai masalah tingkah laku dan pertuturan, supaya dapat memberi bengkel atau cadangan, solusi & aktiviti yang sesuai untuk membantu guru pendidikan khas. AHMAD MUHSIN BIN ITHNIN AHMAD AMMAR BIN AHMAD MUHSIN (KHAS ARKED) 21 HAL-HAL LAIN Cadangan untuk melakukan aktiviti luar seperti bercucuk tanam, bakeri dan indoor playground. MOHD HARIZ BIN AWALLUL AZNAM ARISSA SOFIA BINTI MOHD HARIZ (KHAS BERLIAN) 22 KO- KURIKULUM Memperbanyakkan aktiviti yang diminati oleh murid-murid SITI HAZARAH BINTI KAMALIKEN RUZAIN RIZQI BIN ISMAIL (KHAS MUTIARA) 23 TANDAS SEKOLAH Mohon baiki sesetengah tandas murid yg rosak. Tandas perempuan ppki Suzianna binti saidin MOHAMMAD SUFI DARWISY 2 ZAMRUD (PKKI-3KRISTAL)


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 46 - Ucapan penghargaan danterima kasih ini dirakamkan khas buat: En. Jamaludin Bin Mohd Hashim (GuruBesar SK Taman Koperasi Polis) Semua AJK Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sesi 2022/2023 Semua AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30 SK Taman Koperasi Polis Semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBGKaliKe-30ini


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30 SK TAMAN KOPERASI POLIS 2023 - 47 -


Click to View FlipBook Version