SIRI 3
SIRI 5
Gajah tunggangan Sultan Mansur Syah yang bernama Kemanci telah terlepas lari ke hutan dan
usaha menangkapnya semula dilakukan oleh Panglima Gajah iaitu seri Rama tetapi gagal. Suktan
Mansur Syah meminta pertolongan Maharaja Dewa Sura yang amat arif tentang ilmu gajah.
Maharaja Dewa Sura membuat syarat supaya dia dibebaskan dahulu. Sultan Mansur Syah
bersetuju dengan syarat tersebut. Setelah itu, Gajah Kemanci berjaya ditangkap semula oleh
Maharaja Dewa Sura. Maharaja Dewa Sura dianugerahi persalinan oleh Sultan Mansur Syah.
Baginda juga menitahkan kepada segala Anak Tuan-tuan belajar ilmu gajah dengan Maharaja Dewa
Sura dan menggalakkan rakyatnya belajar ilmu sama ada ilmu gajah, kuda, bermain senjata, atau
ilmu hulubalang.
6
SIRI 6
Sultan Mansur Syah merasakan suatu kerugian apabila tiada hubungan dengan Siam.
Keinginan membuat hubungan itu disokong Bendahara Paduka Raja dan telah mencadangkan
Tun Telanai (anak bendahara sendiri) dan Menteri Jana Putera dititahkan ke sana. Bendahara
paduka raja telah dititahkan menulis sepucuk surat yang isinya tidak menyatakan sembah,
salam, mahupun kasih sayang. Surat yang dikarang itu telah dibawa bersama. Semasa di
negeri Siam, angkatan Melaka Berjaya menewaskan sebuah negeri musuh Siam dan telah
dianugerahkan seorang puteri dan utusan balas dari Siam ke Melaka.
7
SIRI 7
Sultan Mansur Syah yang mendengar berita kecantikan Raden Galuh Cendera Kirana telah jatuh
berahi dan ingin mengahwini puteri itu. Baginda telah bertolak ke Majapahit untuk meminang dan
mengahwini puteri itu. Baginda diiringi oleh Tun Bijaya Sura, Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Lekir, dan
pembesar yang lain. Dalam kalangan pengiring tersebut, Hang Tuahlah yang paling menonjol kerana
digambarkan sebagai seorang tampan, cerdik, gagah perkasa, banyak hikmat dan berani. Diceritakan
bahawa sewaktu di Melaka Hang Tuah telah membunuh tujuh puluh empat orang yang mengamuk dan
membunuh seorang jawa yang mengamuk sewaktu di Majapahit. Lantaran itu Sultan Mansur Syah
menganugerahkan gelaran “Laksamana” kepada Hang Tuah sewaktu di Majapahit juga Tun Bijaya Sura
Berjaya menjaga 40 bilah keris dari dicuri.
8
Oleh sebab itu, Sultan Mansur Syah telah dianugerahi sebuah kampung yang lengkap dengan
Istananya. Kemudian, pada hari yang ditetapkan, Bentara Majapahit pun bersiap sedia untuk
mengahwinkan antara Sultan Mansur Syah dengan Raden Galuh Cendera Kirana.
Perkahwinan mereka diadakan dengan penuh adat istiadat perkahwinan diraja.
9
SIRI 8
Sultan Mansur Syah telah menyuruh Tun Bijaya Sura memohon Inderagiri, Hang Jebat
memohon daerah Jambi dan Tungkal manakala Hang Tuah diminta memohon Siatan. Hasil
perkahwinan dengan Raden Galuh Cendera Kirana, baginda mendapat anak bernama Raden
Dikelang.
10
SIRI 9
Perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan Puteri Hang LiuRaja Cina telah menitahkan
Perdana Menterinya Li Po menyediakan serratus buat pilau untuk menghantar puterinya
Hang Liu ke Melaka Bersama rombongan yang diiringi oleh 500 orang dayang dan 500 orang
lelaki. Setibanya di Melaka Puteri Hang Liu dan rombongannya telah diislamkan. Setelah itu
Sultan Mansur Syah pun berkahwin dengan Puteri Hang Liu dan dikurniakan seorang anak
yang bernama Paduka Hamimat
11
SIRI10
Raja Cina telah ditimpa penyakit kedal iaitu penyakit gatal-gatal diseluruh tubuh. Beliau
dengan beratus-ratus tabib tapi tidak sembuh. Menurut seorang tabit, penyakit itu
disebabkan baginda menerima sembah raja Melaka. Untuk sembuh dari sakit, baginda
dikehendaki membasuh muka dan meminum air basuh kaki Sultan Mansur Syah. Selepas
minum air tersebut, baginda telah pulih dari penyakit kedal itu. Setelah itu, raja China
“bersumpah” tidak mahu lagi disembah oleh raja Melaka sehingga sampai kepada anak cucu
mereka.
12
SIRI 11
Setelah Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat, Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara
Paduka Raja untuk membuat istana baru. Sebelum istana “Mahligai Hawa Nafsu” siap dibina,
Sultan Mansur Syah melawat istana berkenaan. Baginda tidak berkenan dengan rasuk penangahan
yang kecil. Hal yang demikian menyebabkan sultan murka. Bendahara diberitahu oleh Tun Indera
Segara akan hal berkenaan kepada Bendahara. Bendahara sendiri yang menukar rasuk berkenaan
dengan rasuk kulim yang besar. Setelah siap maka Sultan Mansur Syah pun berpindah ke istana
baru berkenaan. Istana atau “Mahligai Hawa Nafsu” telah terbakar secara tiba-tiba. Istana ini habis
hangus dan sultan memerintahkan Bendahara membuat istana dan balairung yang lain. Titah
tersebut mesti disiapkan dalam masa sebulan. Istana ini lebih baik dari “Mahligai Hawa Nafsu”
yang terbakar itu.
13
SIRI 12
Maharaja Parameswara juga tidak mahu menyembah ke Melaka. Sultan Mansur Syah
menitahkan Seri Udana menyerang Siak. Maharaja Parameswara pula menitahkan Tun Jana
Pakibul, mengkubuminya, menyiapkan pertahanan. Maharaja Parameswara pula menitahkan
Tun Jana Pakibul, mengkubuminya, serta menyiapkan pertahanan. Maharaja Parameswara
telah berjaya dipanah mati oleh Akhtiar Muluk. Megat Kudu dikahwinkan oleh Sultan Mansur
Syah dengan Raja Mahadewi. Megat Kudu kemudiannya dirajakan di Siak dengan gelaran
Sultan Ibrahim. Mereka memperolehi seorang anak lelaki bernama Raja Abdullah.
14
SIRI 13
Sultan Mansur Syah amat kasih akan Raja Muhammad dan berhasrat untuk melantiknya
sebagai pengganti baginda. Raja Muhammad telah membunuh anak Bendahara Paduka Raja
yang bernama Tun Besar setelah sepak raga yang disepak oleh Tun Besar telah terkena
dastar Raja Muhammad. Perbuatan tersebut menimbulkan kemarahan dan berpakat untuk
membalas dendam dengan membunuh. Akibatnya, Raja Muhammad dimurkai oleh
ayahandanya dan dihantar ke PAHANG menjadi Sultan Pahang
15
SIRI 14
Sultan Mansur Syah gering dan memberi wasiat kepada anakanda baginda sebelum mangkat.
Sultan Mansur Syah mangkat dan digantikan oleh Raja Hussain dengan gelaran Sultan Alau’ddin
Riayat Syah.Wasiatnya :
. kehidupan dunia adalah sementara, setiap yang hidup pasti akan mati,hanya budi baik akan
dikenang orang,hendaklah memerintah dengan adil,jangan mengambil hak orang lain tanpa
kebenaran,jangan lalai dalam pemerintahan sebab hak rakyat tergantung atas raja,setiap yang
sakit/susah ditolong,mereka yang teraniaya diperiksa baik-baik,hendaklah muafakat dengan
menteri dan orang-orang besar.
Baginda mengingatkan agar wasiat dipatuhi.
16
FFFFHDDEEGDFI8989OO