The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 7kishen, 2021-08-04 20:50:04

BAB_2_KONSEP-KONSEP_ASAS_PERAKAUNAN

BAB_2_KONSEP-KONSEP_ASAS_PERAKAUNAN

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan

BAB 2
KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN

OBJEKTIF
Selepas mempelajari tajuk ini, pelajar akan dapat:

 Menjelaskan prinsip perakaunan diterima umum dan kepentingannya.
 Menjelaskan konsep-konsep asas perakaunan.
 Menganalisis urusniaga perniagaan berdasarkan kepada persamaan

perakaunan.
 Menjelaskan maksud urusniaga dan kesannya ke atas persamaan

perakaunan
 Menyediakan catatan bergu mengikut hukum debit dan kredit

11

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan

2.1 PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN DITERIMA UMUN (GENERALLY ACCEPTED
ACCOUNTING PRINCIPLE @ GAAP)

Amalan perakaunan adalah berdasarkan kepada peraturan tertentu. Peraturan yang menentukan
bagaimana akauntan mengukur, memproses, dan menyampaikan maklumat kewangan dikenali
sebagai prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum.

Prinsip perakaunan ialah peraturan asas yang perlu diamalkan oleh akauntan dalam melakukan
kerja-kerja perakaunan. Oleh kerana perkembangan dunia perniagaan yang sentiasa berubah,
akauntan menghadapi masalah dalam menentukan peraturan-peraturan yang tetap. Perselisihan
pendapat para akauntan dapat diselesaikan dengan merujuk kepada Prinsip-prinsip Perakaunan
Diterima Umum atau GAAP ini. Ia merupakan standard atau peraturan perakaunan yang
digunakan dalam profesion perakaunan dan perniagaan sebagai panduan untuk menyediakan
laporan kewangan. Undang-undang dan peraturan ini wujud dari pengalaman biasa, peraturan
badan-badan ikhtisas dan juga agensi-agensi kerajaan.

Prinsip ini memberi panduan bagaimana untuk membuat pengukuran dan merekod aktiviti ekonomi
dan seterusnya cara untuk melaporkannya. Ianya merangkumi konvensyen, konsep, peraturan,
prosedur dan garis panduan perakaunan bertujuan untuk menyediakan satu rangka rujukan dalam
praktis perakaunan. Dengan berpandukan prinsip ini, situasi yang sama akan diukur, direkod dan
dilapor dengan cara yang sama oleh semua akauntan.

Prinsip ini perlu supaya maklumat yang dilaporkan dalam penyata kewangan lengkap, boleh
dipercayai, boleh difahami serta membolehkan perbandingan dibuat antara penyata kewangan
tahun semasa dengan penyata kewangan syarikat yang lain bagi tahun yang sama.

2.2 KONSEP-KONSEP PERAKAUNAN

Semua perekodan urusniaga dalam perakaunan adalahh berdasarkan kepada prinsip atau konsep
tertentu. Konsep-konsep, prinsip-prinsip, andaian-andaian dan kekangan perakaunan yang penting
menurut GAAP akan dibincangkan di bawah ini.

2.2.1 Kos Sejarah (Historical Cost)

Semua aset tetap perniagaan perlu direkodkan pada harga belian atau harga kos aset tersebut
ketika diperolehi. Konsep ini merupakan asas untuk menilai aset kerana nilai kos adalah lebih
objektif dan boleh dibuktikan dengan dokumen yang tertentu. Aset tidak direkodkan pada nilai
semasa atau nilai pasaran kerana ia adalah subjektif dan berubah-ubah mengikut pasaran.

Contoh:
Perniagaan Laila membeli sebuah bangunan dengan harga RM 50,000 pada 8 Ogos 2001. Harga
pasaran bangunan tersebut telah meningkat kepada RM 65,000 pada keesokan hari. Pada bila-bila
masa pun Perniagaan Laila perlu melaporkan bangunan tersebut pada harga belian iaitu
RM 50,000.

2.2.2 Pengukuran Wang Stabil (Monetary Unit)

Peristiwa perakaunan atau urusniaga perakaunan perlu diukur dalam ukuran nilai matawang
negara berkenaan. Oleh yang demikian, hanya urusniaga yang boleh diukur dengan wang sahaja
yang akan direkodkan dalam buku rekod perniagaan. Konsep ini turut mengandaikan wang
mempunyai nilai yang stabil.

12





Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan

Penyelesaian:
Mengikut konsep materialiti adalah tidak material untuk mengira susutnilai ke atas peralatan yang
berharga RM 10. Oleh itu peralatan bernilai RM 10 lebih baik dilaporkan sebagai belanja untuk
tahun berkenaan. Sementara peralatan bernilai RM 10,000 adalah material untuk disusutnilaikan
selama 10 tahun.

2.2.8 Realisasi (Realisation)

Konsep ini menyatakan hasil hanya akan diiktiraf jika ianya benar-benar diperolehi. Untuk
memastikan bahwa sesuatu hasil itu berlaku ianya hendaklah mematuhi kriteria berikut:

1. barang atau perkhidmatan diberi (berlaku urusniaga)
2. pembeli sanggup membayar harga barang atau perkhidmatan
3. pembeli pada situasi berupaya untuk membayar
4. kestabilan nilai mata wang

Oleh yang demikian, realisasi tidak berlaku apabila pesanan diterima atau apabila menerima
pendahuluan daripada pelanggan atas barang atau perkhidmatan yang diberikan.

Contoh:
Encik Shamu adalah seorang pengedar buah tembikai. Beliau telah menerima tempahan untuk
membeli 100 biji buah tembikai daripada seorang pelanggan. Beliau telah merekod tempahan
tersebut dan mengiktiraf hasil tersebut pada tarikh tempahan dibuat oleh pelanggan. Beri komen
anda dengan berpandukan kepada konsep yang berkaitan.

Penyelesaian:
Encik Shamu tidak boleh mengiktiraf tempahan tembikai itu sebagai hasil kerana urusniaga belum
berlaku. Tindakan beliau bercanggah dengan konsep realisasi.

2.2.9 Pemadanan (Matching Principle)

Konsep ini memerlukan belanja direkodkan dalam tempoh perakaunan di mana ianya telah
dilibatkan bagi memperolehi sesuatu hasil perniagaan. Tujuannya adalah untuk membolehkan
perniagaan mengetahui jumlah sebenar hasil dan belanja untuk sesuatu tempoh perakaunan.
Dengan itu untung atau rugi untuk tempoh tersebut dapat ditentukan.

Contoh:
Pemilik sebuah perniagaan mendapati bahawa perniagaan tersebut akan mengalami kerugian.
Beliau telah mengarahkan akauntan syarikat mengurangkan pelaporan belanja elektrik dan tidak
melaporkan belanja susutnilai tahun berkenaan. Pada pendapat anda, adakah akauntan
berkenaan patut mengikut kehendak pemilik perniagaan dengan berpandukan konsep perakaunan
yang berkaitan.

Penyelesaian:
Akauntan tersebut tidak patut mengikut kehendak pemilik perniagaan kerana ianya bertentangan
dengan konsep pemadanan. Perbelanjaan tersebut perlu dilaporkan bagi menunjukkan kedudukan
kewangan yang sebenar dan ianya berkait dengan hasil yang diperolehi pada tahun berkenaan.

15

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan

2.2.10 Konservatisma (conservatism)

Konsep ini menekan kepada sikap cuba mengambilkira kemungkinan kerugian berlaku. Oleh itu
akauntan akan sentiasa memastikan bahawa aset, hasil dan keuntungan tidak terlebih nyata dan
liabiliti, belanja serta kerugian tidak terkurang nyata. Doktrin ini biasa diamalkan dalam:-

- menilai inventori (pada harga kos atau pasaran mana yang lebih rendah)
- memperuntukkan hutang lapuk
- memperuntukkan susutnilai

2.2.11 Pendedahan Penuh (Fully Disclosure)

Konsep ini memerlukan penyata kewangan dilaporkan secara jujur dengan mendedahkan semua
fakta penting yang berlaku dengan organisasi. Ini bermakna penyata kewangan yang disediakan
perlu memuatkan semua maklumat yang diperlukan. Penyata kewangan perlu menunjukkan
semua asas perakaunan yang digunakan dalam memperolehi nilai item-item yang
dipersembahkan. Jika terdapat sebarang perubahan dalam menggunakan polisi perakaunan, ianya
perlu dinyatakan dengan jelas dan diberikan alasan kepada perubahan tersebut. Ini boleh
ditunjukkan sebagai nota kepada akaun. Tujuan konsep ini supaya tidak wujud penyembunyian
fakta-fakta penting.

Contoh:
Syarikat Takrugi telah membuat perubahan dalam kaedah penilaian stok yang digunakan. Syarikat
tidak mendedahkan perkara tersebut dalam penyata kewangan bagi tempoh berkenaan.

Penyelesaian:
Tindakan mengubah kaedah penilaian stok tanpa mendedahkan dalam penyata kewangan adalah
tidak memenuhi konsep pendedahan penuh. Tujuan konsep ini supaya pengguna maklumat tahu
akan sebarang perubahan yang dalam penyata kewangan.

2.2.12 Keobjektifan (Objectivity)

Konsep ini menekan kepada keobjektifan sesuatu rekod dan penyata yang disediakan. Ianya
bermaksud semua data perakaunan haruslah mempunyai bukti yang sah untuk menyokong
urusniaga. Bukti-bukti ini terdiri daripada kontrak sah, invois, cek, resit, kad jaminan pekerja dan
dokumen-dokumen lain.

Tujuan konsep ini adalah untuk:
1. mengelak daripada akauntan memberikan pendapat berdasarkan kepada perkara
yang subjektif dan tidak tepat.
2. memastikan semua perekodan dibuat adalah tepat dan sentiasa disokong oleh bukti
dan tidak boleh dipertikaikan lagi.
3. menyakinkan pengguna bahawa perekodan yang dibuat dan penyata kewangan yang
disediakan adalah boleh dipercayai, sahih, tepat, benar dan saksama.

Contoh:
Syarikat Awal Maju mempraktik satu dasar di mana hanya urusniaga secara kredit dikeluarkan
invois manakala urusniaga tunai tiada sebarang dokumen dikeluarkan. Adakah tindakan syarikat
ini boleh diterima?

Penyelesaian:
Syarikat tidak mematuhi konsep keobjektifan kerana semua urusniaga yang berlaku perlu disokong
dengan dokumen yang berkaitan. Pengeluaran dokumen memudahkan perekodan dibuat.

16

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan

2.3 PERSAMAAN PERAKAUNAN (ACCOUNTING EQUATION)

Sistem perakaunan secara keseluruhan dibentuk berdasarkan satu persamaan perakaunan yang
ringkas dan mudah. Persamaan perakaunan adalah perimbangan antara bahagian aset dan ekuiti.
Aset merupakan sumber yang dimiliki oleh perniagaan. Ekuiti merupakan hak atau tuntutan ke atas
sumber tersebut. Hubungan ini digambarkan seperti di bawah:

ASET = EKUITI

Tuntutan ke atas sumber atau aset boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu tuntutan oleh
kreditor dan tuntutan oleh pemilik-pemilik dikenali ekuiti pemilik. Persamaan di atas boleh
dipecahkan seperti di bawah:

ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

Persamaan ini dikenali sebagai persamaan perakaunan. Persamaan ini membawa maksud aset
merupakan sumber yang dimiliki oleh perniagaan untuk digunakan bagi tujuan perniagaan tertentu.
Aset ini dibiayai oleh pemiutang dan pemilik perniagaan itu sendiri. Persamaan perakaunan ini
adalah asas utama kepada penyediaan semua rekod-rekod perakaunan. Semua catatan
perakaunan untuk urusniaga perlu mengekalkan keseimbangan persamaan perakaunan.
Persamaan ini jika mengambil kira hasil, belanja dan ambilan adalah seperti di bawah:

ASET LIABILITI EKUITI PEMILIK
Aset semasa = Liabiliti semasa + Modal
Asset tetap
Liabiliti jangka panjang - Ambilan
+ Untung (Hasil – Belanja)

2.3.1 Pengkelasan akaun (Accounts Classification)

Akaun-akaun boleh dijelaskan kepada lima kumpulan iaitu :-

2.3.1.1 Aset (Asset)

Aset ialah sumber ekonomi yang dimiliki oleh sesebuah entiti perniagaan. Sumber ini boleh
memberi faedah bagi mengendalikan aktiviti entiti pada masa hadapan atau dijual kepada pihak
ketiga. Aset boleh berbentuk fizikal seperti wang tunai, barangniaga, tanah dan mesin atau bukan
fizikal seperti hak cipta, paten dan muhibah. Aset berbentuk fizikal (nyata) terbahagi kepada dua
iaitu aset tetap dan aset semasa. Aset tetap tidak berubah dalam jangkamasa yang pendek seperti
perabot, kenderaan dan tanah, manakala aset semasa boleh berubah dalam jangkamasa yang
pendek seperti tunai, akaun belum terima dan inventori. Kumpulan aset yang perlu diketahui
diperingkat matrikulasi ialah.

 ASET SEMASA (Current Asset) ASET NYATA (Tangible Asset)

 ASET TETAP (Fixed Asset)

 ASET TIDAK NYATA (Intangible Asset)

17



Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan

2.3.1.5 Belanja (Expense)

BELANJA merupakan segala pembayaran yang berlaku dalam proses menjanakan HASIL dalam
sesuatu tempoh perakaunan. BELANJA merupakan pengurangan kepada nilai ekuiti dan
seharusnya dikawal supaya pengurangan tersebut tidak terlalu besar sehingga melebihi HASIL.
Jika sesuatu BELANJA itu belum berlaku, tetapi wang untuk tujuan tersebut telah dibayar, ia
diletakkan di bawah kumpulan ASET dalam bentuk PRABAYAR, contohnya, Belanja Insuran
Prabayar, Belanja Sewa Prabayar dsb.

Jika sesuatu BELANJA itu telah berlaku dan wangnya belum dibayar, ia diletakkan di bawah
kumpulan LIABILITI dalam bentuk BELUM BAYAR atau terakru, contohnya Belanja Sewa Bayar,
Belanja Faedah Belum Bayar dll.

2.3.2 Analisa Urusniaga (Transaction Analysist)

Sebelum urusniaga direkodkan, ia perlu dianalisa terlebih dahulu bagi menentukan bentuk rekod
perakaunan yang bersesuaian. Analisa urusniaga dibuat berdasarkan kepada persamaan
perakaunan. Terdapat tiga langkah yang harus diikuti iaitu:

Langkah 1 Baca dan teliti urusniaga
Langkah 2
Langkah 3 Tentukan akaun, pengkelasan dan kesan urusniaga

Periksa persamaan perkaunan untuk imbangan.
Jika tidak seimbang, kesilapan mungkin berlaku pada langkah 1
atau 2

Urusniaga-urusniaga perniagaan akan mempengaruhi elemen-elemen dalam persamaan
perniagaan, namun ia masih mematuhi konsep persamaan perakaunan. Setiap urusniaga boleh
dianalisa secara pemerhatian ataupun dengan menggunakan jadual analisa urusniaga.

Contoh analisa urusniaga bagi situasi berikut:-

Situasi : Pelaburan oleh pemilik

Urusniaga : Adam telah melabur RM 15,000 tunai ke dalam sebuah perniagaan.

Analisa : Urusniaga ini menyebabkan pertambahan kepada jumlah aset dan

pertambahan kepada jumlah ekuiti pemilik sebanyak RM 15,000

Jadual Analisa Urusniaga :

Bil Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
Tunai Modal, Adam
15,000
15,000
Pelaburan

Melalui analisa ini, selepas urusniaga berlaku, terbukti konsep persamaan perakaunan tetap
dipatuhi

19

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan

2.3.2.1 Analisa Urusniaga Melalui Penyediaan Jadual Analisa Urusniaga

Contoh:
Berikut adalah aktiviti Adam sepanjang bulan Oktober 2002

1. Adam telah melabur RM 15,000 tunai bagi memulakan perniagaan memberi tusyen
persendirian dengan nama Tutor Elit Ent.

2. Membeli peralatan komputer secara kredit berjumlah RM 7,000.
3. Membeli kertas komputer dan bekalan pejabat lain secara tunai berjumlah RM 1,600
4. Adam menerima RM 1,200 tunai daripada pelanggan bagi perkhidmatan diberi.
5. Adam membayar kepada syarikat pengiklanan sebanyak RM 500 setelah syarikat

tersebut menyediakan brosur mengenai Tutor Elit Ent.
6. Menghantar bil kepada pelanggan bagi perkhidmatan yang telah diberikan bernilai

RM 1,500.
7. Menerima bil sewa pejabat bagi bulan semasa sebanyak RM400.
8. Membayar gaji kerani bagi bulan semasa sebanyak RM800.
9. Adam telah mengeluarkan RM1,200 bagi kegunaan peribadi.

Dikehendaki:-

1. Sediakan Jadual Analisa Urusniaga bagi semua urusniaga di atas dan buktikan
bahawa persamaan perakaunan dipatuhi selepas urusniaag terakhir.

2. Bagi bulan berakhir 31 Oktober 2002, sediakan:-
a. Penyata Pendapatan
b. Penyata Ekuiti Pemilik
c. Kunci Kira-kira

TUTOR ELIT ENT.

JADUAL ANALISA URUSNIAGA

Bagi bulan berakhir 31 Oktober 2002

Bil Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
Tunai Modal, Adam
Peralatan Bekalan Akaun Belum Akaun Belum
1 15,000 15,000
Terima Bayar pelaburan
2
3 (1,600) 7,000 7,000 1,200
4 1,200 hasil perkhidmatan
1,600
5 (500) (500)
1,500 belanja iklan
6
400 1,500
7 hasil perkhidmatan
7,000 1,600 1,500 7,400
8 (800) (400)
belanja sewa
9 (1,200)
(800)
Baki belanja gaji
akhir 12,100
(1,200)
ambilan

14,800

20

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan

RM22,200 = RM22,200

2. a) Penyata Pendapatan RM2,700

TUTOR ELIT ENT. ( 1,700 )
PENYATA PENDAPATAN RM1,000
Bagi bulan berakhir 31 Oktober 2002
RM –0—
Pendapatan : RM 15,000
Hasil perkhidmatan
1,000
Perbelanjaan : RM500 16,000
Belanja Iklan 400 (1,200)
Belanja Sewa 800 RM14,800
Belanja Gaji

Jumlah perbelanjaan
Pendapatan Bersih

b) Penyata Ekuitit Pemilik
TUTOR ELIT ENT.

PENYATA EKUITI PEMILIK
Bagi bulan berakhir 31 Oktober 2002

Modal awal
Pelaburan
+ pendapatan Bersih

- Ambilan
Modal Akhir

c) Kunci Kira-kira

TUTOR ELIT ENT.

KUNCI KIRA-KIRA

Pada 31 Oktober 2002

ASET

Aset Semasa:

Tunai RM12,100

Bekalan 1,600

Akaun Belum Terima 1,500

Jumlah Aset Semasa RM15,200
7,000
Aset Tetap
Peralatan RM22,200

JUMLAH ASET RM7,400
14,800
LIABILITI DAN EKUITI

Liabiliti Semasa
Akaun Belum Bayar

Ekuiti
Modal Akhir

21


Click to View FlipBook Version