The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafieeztaib2, 2022-03-19 23:11:50

BADAN KHAIRAT KEMATIAN (BKKMAM)

BADAN KHAIRAT KEMATIAN (BKKMAM)

LAPORAN
MESYUARAT AGUNG
KALI KETIGA / SESSI : 2018-2022

BADAN KHAIRAT KEMATIAN
MASJID AL-MUBARAK(BKKMAM)

BANDAR PUTRA
KULAI

MESYUARAT AGUNG

KALI ke 3 / SESSI : 2018-2022

BADAN KHAIRAT KEMATIAN
MASJID AL-MUBARAK
BANDAR PUTRA
KULAI

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT
01 Notis panggilan Mesyuarat Agung Ketiga 3
02 Minit Mesyuarat
03 Laporan Aktiviti Tahunan 5-12
04 Usul /Cadangan 13-14
05 Jawatankuasa Badan Khairat Kematian 2018/2022
06 Jawatankuasa Badan Khairat Kematian 2022/2024 15
07 Laporan Kewangan 16
08 Perlembagaan Badan Khairat Kematian (BKKMAM) 17
18-23
24-28

2

BADAN KHAIRAT KEMATIAN : BKKMAM
MASJID AL- MUBARAK BANDAR PUTRA : 12.02.2022

Ruj. Kami
Tarikh

SEMUA AHLI BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-MUBARAK

Tuan,
MESYUARAT AGUNG KALI 3 BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH MASJID AL-MUBARAK SESI
2022 / 2023

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut :

Tarikh : 26 Mac 2022 / 23 Syaaban 1443H(Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Di tempat masing-masing
Platform : Google Meet (Link akan diberi kemudian)

3. Agenda mesyuarat
1. Bacaan Doa
2. Ucapan Pengerusi BKKMAM
3. Ucapan Perasmi
4. Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat Agung kali ke dua.
5. Perkara berbangkit(jika ada)
6. Membentangkan dan menerima laporan aktiviti tahunan
7. Membentang dan menerima laporan penyata kewangan.
8. Membentang dan menerima Laporan perlembagaan BKKMAM
9. Pembubaran AJK BKKMAM SESI 2018/2022 dan lantikan Pengerusi sementara
10. Membentang dan membahaskan usul (jika ada)
11. Pemilihan Ahli Jawatankuasa sesi 2022/2024
12. Hal-hal lain
13. Ucapan penangguhan.

4. Sehubungan dengan itu, pihak BKKMAM mengalu-alukan usul/cadangan Yang Berbahagia
Tuan/Puan yang ingin disampaikan di dalam mesyuarat itu nanti. Usul/cadangan Tuan/Puan bolehlah
dinyatakan di dalam borang google form melalui pautan yang diberikan sebelum atau selewat-
lewatnya pada 20 Februari 2022 (Isnin). Pembawa usul/cadangan yang hadir sahaja akan
dibahaskan di dalam Mesyuarat Agung tersebut.

5. Tuan/Puan dijemput hadir bagi menjayakan program tersebut. Semoga dengan kehadiran Tuan/
Puan, majlis Mesyuarat Agung kali ke-3 dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

”SEHATI SEJIWA”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

........................................................
(Mohd Yusof bin Hamat)
Setiausaha

3

BADAN KEBAJIKAN DAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH
MASJID AL- MUBARAK BANDAR PUTRA

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE DUA /SESI 2017/2019

Tarikh : 24 NOVEMBER 2017/05 RABIUL AWAL 1439

Masa : 9.15 malam

Tempat : Ruang Legar jamuan masjid Al- Mubarak Bandar Putra

Pengerusi : Tuan Hj Abd Razak bin Mohd Sheh.

Kehadiran(Bilangan) : 41/271 orang

Turut Hadir (Jika ada) : ............................................................................

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Bismillahirahmannnilrahim Assalamulaikum w.b.t ,yang dihormati Tuan imam,semua
barisan Ajk Badan Kebajikan dan Khairat kematian Bandar Putra dan tuan/puan yang dihadiri
sekalian untuk memberkati mesyuarat kali ini mempersilakan Tuan imam Hj Abdul Ghani bin
Khamis untuk memimpin bacaan doa. Syukur kepada Allah s.w.t dan terima kasih kepada tuan/
puan kerana dapat hadir di sini untuk menjayakan mesyuarat Agung Badan Kebajikan dan
Khairat kematian ,dan seterusnya dapat membuat pemilihan perlantikan AJK baharu sesi
2017/2019.Sebelum meneruskan ucapan saya ingin memperkenalkan barisan AJK sesi 2013
hingga 2017,saya harap ajk dapat memperkenalkan diri masing-masing,terima kasih kepada
semua ajk yang hadir.

1.2 Untuk makluman tuan / puan , sebenarnya badan kebajikan dan khairat masjid Al-Mubarak
ini ditubuhkan secara rasmi pada Mac 2013 ( semasa mesyuarat perlantikan ) AJK yang
dijalankan pada 14/3/2013.Ini bermakna sudah 4 ½ tahun menjalankan aktivi pengurusan
jenazah dan lain-lain.
Pada peringkat awalnya- keahlian Badan Khairat ini hanya ada 200 orang ( 45 ketua keluarga ).
Sekarang ini ,setelah ditutup keahlian pada hujung bulan September 2017 – keahlian mencecah
1232 orang dan mempunyai 271 ketua keluarga.
Di sini , saya sebagai Timbalan Pengerusi merangkap Pemangku Pengerusi ingin mengucapkan
terima kasih pada barisan AJK secara sukarela mencari ahli baru untuk berdaftar dengan Badan
Khairat ini.
Saya juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada tuan / puan kerana sudi mendaftar
menjadi ahli Badan.
Secara dasarnya faktor penambahan ahli Badan sehingga 80 peratus berlaku kerana pendaftaran
keahlian Badan Khairat dibuka tanpa syarat dan tidak mengira umur asalkan mereka terdiri dari
kariah masjid Al-Mubarak.
Dahulu semasa kita mengambil pelan Takaful keluarga ( Takaful Malaysia ) –mereka yang
berumur 74 tahun ke atas ditolak pendaftarannya.Manakala mereka yang berumur 65 hingga 74
tahun dikenakan bayaran tinggi dan pampasan pula sedikit sahaja yang diterima.( x cukup untuk
bayaran Pengurursan Jenazah )

1.3 Untuk pengetahuan semua, aktivti utama ( objektif ) Badan Khairat adalah:-
1.3.1. Melaksanakan pengurusan pengebumian Jenazah secara berkesan dan
teratur.
1.3.2. Untuk makluman tuan dan puan pada tahun ( 2017 ),Badan Khairat telah
Menguruskan pengurusan jenazah seramai 26 orang termasuk 4 kes
kematian dari ahli kita.

4

1.3.3. Bagi ahi berdaftar ,pengurusan jenazah adalah percuma yakni tidak perlu
membayar kerana ditanggung sepenuhnya oleh Badan Khairat.

1.3.4. Manakala yang bukan ahli , merekan dikenakan bayaran RM900 hingga
RM1000 bergantung kepada keadaan..( Siang atau malam ).

1.4 Objektif kedua
1.4.1. Membantu waris dalam pengangkutan Jenazah – dalam dan luar kawasan
1.4.2 Untuk pengetahuan tuan dan puan , pada tahun 2013 , kita telah mendapat
sebuah van jenazah yang disumbangkan oleh ahli kelab kariah masjid
Al-Mubarak.Sehingga sekarang, keadaan van jenazah tersebut amat
memuaskan.Baru- baru ini kita telah menukar bateri baru pada van tersebut.
1.4.3 Demi keselamatan . setiap 6 bulan sekali , van ini akan dihantar ke PUSPAKOM untuk
pemeriksaan sebelum diperbahurui roadtaxnya.Begitu juga ,setiap 6 bulan van
tersebut akan diservis .Semua bayaran akan ditanggung oleh Badan Khairat .
Perbelanjaan pengurusan van bagi tahun ini mencecah RM1000.
1.4.4 Untuk melicinkan perjalanan pengurusan van, kita telah melantik beberapa orang
sebagai pemandu – sila rujuk lampiran.

1.5 Objektif ketiga
1.5.1 Memberi khidmat nasihat tentang pengurusan jenazah
1.5.2 Bentuk khidmat nasihat adalah dengan datang sendiri melawat jenazah apabila
berlaku kematian / nasihat melalui telepon.contohnya :Apabila berlaku kematian , perlu
dapatkan pengesahan kematian dari pihak hospital, buat report polis untuk dapatkan
sijil perkuburan / pengkebumian , menetapkan tempat pengkebumian , masa untuk
memandikan jenazah , kafan , solat , talkin dan mengisi borang khas dari Badan
Khairat ( mandi dan solat digalakkkan dibuat di masjid ).

1.6 Objektif keempat.
1.6.1 Membantu waris dalam majlis yassin dan tahlil.Dalam perkara ini , waris
perlu berhubung terus dengan imam / Bilal masjid tersebut.

1.7 Objektif kelima.
1.7.1 Menyediakan insentif kepada waris
1.7.2 Ini dibuat apabila kematian ahli diluar kawasan dan diuruskan oleh pihak ketiga
1.7.3 Dalam hal ini , waris perlu mengisi borang khas tuntutan dan menghantar pada AJK
sijil mati / perkuburan.
1.7.4 Resit bayaran ahli dan Kad Pengenalan waris

Akhir kata dari saya serta barisan AJK , ingin memohon maaf di atas kesalahan , kesilapan dalam per-
buatan atau tutur kata semasa pengurusan jenazah dijalankan.

Tindakan : makluman

2.0 PEMBENTANG MINIT MESYUARAT BIL 1/
2.1 Dibentang oleh Tn. Hj.Abd Razak bin Sheh berdasarkan lampiran minit mesyuarat kali
pertama sesi 2013/2017 dan meminta ahli mesyuarat yang hadir untuk mengesahkan dan
menyokong minit mesyuarat tersebut.
2.2 Dicadang untuk disahkan oleh Hj Abdul Ghani bin Khamis
2.3 Disokong untuk pengesahan oleh Hj Samsudin bin Hassim
Tindakan : makluman

5

3.0 PEMBENTANG ,MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN SESI 2013/2017
3.1 Laporan penyata kewangan sesi 2013/2017 dibentang oleh tn Hj Kamar bin A.Jabar seperti
lampiran penyata kewangan kali pertama dan meminta ahli mesyuarat mencadangkan menerima
penyata pertama sesi 2013/2017
Dicadang untuk disahkan oleh Mohd Yusof bin Hamat
Disokong untuk pengesahan oleh Hjh Jamilah binti Suradi

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
4.1.Hj Abd Ghani Khamis mempersoalkan surat panggilan tidak dihantar ke alamat rumah ahli dan
menyebabkan kehadiran kurang 2/3 daripada jumlah sebenar menyebabkan mesyuarat pada
malam ini tidak dapat dijalankan.
Tindakan : makluman

5.0 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA SESI 2013/2017

5.1.Tuan Hj. Razak dengan rasminya membubaran AJK sesi 2013/2017

5.2.Cadangan sebulat suara melantik Tn. Hj Razak sebagai pengerusi sementara untuk

mengendalikan pemilihan Ahli Jawatankuasa sesi 2017/2019.

5.3 Cadangan pengerusi Badan Kebajikan dan khairat kematian Masjid Bandarputra Hj Abd Razak

bin Mohd Sheh dicadang oleh Hj Ismail bin Kasim, disokong Mohd Yusof bin Hamat dan semua ahli

mesyuarat menyokong sebulat suara melantik Hj Razak bin Shah menjadi pengerusi Badan

Kebajikan dan Khairat kematian Masjid Bandar Putra.

5.4 Naib pengerusi : Hj Razak bin Sheh mencadangkan Hj Samsudin bin Hassim dan disokong oleh

iman Hj Abd Ghani bin Khamis . Cadangan di tutup oleh Hjh Jamilah binti Hj Suradi.Naib pengerusi

Hj Samsudin bin Hassim disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

5.5 Hjh Halimah mencadangkan Cikgu Yusof dilantik sebagai setiausaha badan kebajikan dan

Khairat kematian masjid Al Mubarat Bandar Putra dan di sokong sepenuhnya oleh ahli mesyuarat.

5.6 Hj Azmi mencadangkan Hj Md Kamar bin A.Jabar dilantik sebagai bendahari Badan Kebajikan

dan Khairat kematian masjid Al-Mubarat Bandar Putra disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

5.7 Ibu hjh Jamilah mencadangkan ajk untuk sesi 2017/2019

1. Hj Ismail bin Kasim disokong oleh iman Hj Abd Ghani

2. Hj Azmi biN Said

3. En Roslle bin Abdullah

4. Hjh Halimah binti Jaafar Sebulat suara menyokong
5. Hj Mad Shah bin Md Noh

6. Hjh Jamilah binti Hj Suradi

7. Pn Haryani binti Mohammad

8. Hjh Norsiah binti Hassan

5.8 Cadangan pemeriksaan kira-kira

1. Pn haryani binti Mohamad disokong sebulat suara

2. En Asmadi bin Isnin disokong sebulat suara.

6

5.9 Senarai penuh Ahli JawatanKuasa Badan Kebajikan dan Khairat Kematian Masjid Al-Mubarat Bandar
Putra

Pengerusi : Hj Abd Razak bin Mohd Sheh

Naib Pengerusi : Hj Samsudin bin Hassim

Setiausaha : Mohd Yusof bin Hamat

Bendahari : Hj Md Kamar bin A.Jabar

AJK : 1. Hj Ismail bin Kasim

2. Hj Azmi Said

3. En Roslee bin Abdullah

4. Hj Mohd Shah bin Md Noh

5. Pn Norsiah binti Hassan

6. Hjh Halimah binti Jaafar

7. Hjh Jamilah binti Hj. Suvadin

8. Tn Hj. Abd Ghani bin khamis

Pemeriksaan Kira-kira:
En Asmadi bin Isnin
Pn Haryani binti Mohamad.

AJK Pengurusan :
Jenazah Perempuan :
Hjh Ngatiah binti Manap
Hjh Jamilah binti Hj Suradi
Hjh Halimah binti Jaafar
Hjh Badariah binti Sujan
Datin Hjh faridah binti Din
Pn Norazizah binti Ali
Pn Norsiah binti Hassan
Pn Masilah binti Bohari
Pn Norseha bt Nasha

Solat dan Talkin
Ustaz Hj. Abd Ghani (Iman Besar)
En Faizal bin Bastiah (Iman 1)
En Baharuddin bin Aman (Bilal 1)
Hj Sarindi bin Sakam (Bilal 2)

Van jenazah, peralatan mandi dan pemandu Van
Hj. Abd Razak bin Mohd Sheh
Hj Azmi bin Said
En Shamsul bin Jamal
En Mohd Yusof bin Hamat
En Nordin bin Arbak
Pn Norliza binti Sail

Pengurusan perkebumian dan liang lahat
Segala purusan diserahkan kepada pihak ketiga iaitu
Masjid Jamek Ar-Raudah Saleng yang diketua oleh
Tuan Iman Hj. Bakar

7

6.0 HAL-HAL LAIN
6.1 Hj Mohd Shah dan Abd Ghani bin Md Said melihat kehadiran hanya 1/10 daripada jumlah 1000
ahli yang berdaftar untuk ahli 2017/2018 maka dengan sendiri kehadiran tidak sampai 2/3 dimana
mesyuarat ini tidak dapat dijalankan.
6.2 Ustaz Hj Abd Ghani (Iman) telah menjawab dan memberi penjelasan kalau ikut peraturannya
memang benar dan betul tetapi jika ahli tidak dapat hadir dan tidak akan hadir apa boleh
buat,hanya ini sahaja yang dapat hadir untuk mesyuarat pada kali ini .Mengikut SOP memang
mesyuarat ini tidak dapat dijalankan akan tetapi kalau kita tidak dapat melaksanakan perkara ini
tidak akan selesai untuk selamanya.Untuk surat panggilan mesyuarat pula ,boleh dikatakan 99%
menggunakan telefon canggih dimana semua orang ada aplikasi whatsapp yang mana surat
panggilan itu dapat diterima dengan cepat,jika ingin menggunakan kaedah lama persoalannya siapa
yang ingin lakukan dan sukarela untuk melakukannya.
Semua ahli mesyuarat jelas dan dapat menerima dengan penerangan yang diberikan oleh iman
Ustaz Hj Abd Ghani bin Khamis tersebut.
Tindakan : makluman

7.0 PENUTUP
7.1 Tn Hj Abd razak mengucapkan terima kasih semau Ajk sesi 2013/2017 serta semua yang hadir
pada mesyuarat Agung kali ke dua ini dan tahniah kepada semua AJK sesi 2017/2019. Mesyuarat
ditangguhkan pada jam 11.15 malam

Disediakan oleh,
URUS SETIA
Mesyuarat badan Kebajikan dan Khairat kematian Masjid Bandarputra Kulai
Tarikh : 15 /11/2017

8

9

10

11

BADAN KHAIRAT KEMATIAN : BKKMAM
MASJID AL- MUBARAK BANDAR PUTRA : 12.02.2022

Ruj. Kami
Tarikh

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN

1) Pendaftaran keahlian Badan Khairat Kematian Kariah Masjid Al-Mubarak mengikut tahun:

BIL TAHUN JUMLAH KETUA KELUARGA JUMLAH KEAHLIAN

1 2018 264 1271

2 2019 400 1909

3 2020 400 1909

4 2022 706 3388

5 2022 877 4131

2) REKOD PENGURUSAN JENAZAH AHLI BILANGAN JENAZAH (JUMLAH KES
BIL TAHU BUKAN AHLI
10 34
1 2018 24 9 33
2 2019 24 9 35
3 2020 26 18 35
4 2021 15

3) PERALATAN DAN BAYARAN SAGUHATI PENGURUSAN JENAZAH.

BIL PERKARA JUMLAH(RM)

A: Sumbangan BKKMAM dalam kos pengurusan jenazah

1 Mandi dan Kafan (saguhati) RM 100

2 Peralatan mandi dan kain kafan RM 170

3 Solat dan Talkin (sagu hati) RM 50

4 Van Jenazah Driver dan lain-lain) RM 150

JUMLAH RM470
B: PERKUBURAN SALENG RM 500
1 Liang Lahat

2 Kepok RM250

JUMLAH RM750

JUMLAH SEMUA A + B RM1220
C Bayaran Kos Pengurusan Jenazah Covid 19 (Hospital Kulai) RM480
1 Mandi /Tayamum dan Kafan

2 Liang Lahat dan Kubur RM500

3 Kepok RM250

4 Pengangkutan RM250

JUMLAH RM 1480

Semua pengurusan kewangan untuk ahli ditanggung sepenuhnya oleh Badan Khairat Kematian Masjid
Al-Mubarak Bandar Putra.

Peruntukan pengurusan jenazah luar kawasan RM1000

12

4) Senarai Nama Pengurusan Jenazah BKKMAM
1. Tn Imam Hj. Abd Ghani bin Khamis
2. Tn Imam Faizal bin Bastiah
3. Tn Imam Ahmad Fikrul Hakim bin Ishak.
4. Tn Bilal Baharuddin bin Aman
5. Tn. Bilal Hj. Sarindi bin Sakam

5) Senarai Pengurusan Van Jenazah, Peralatan dan Pemandu
1. Hj. Razak bin Mohd Shah
2. En. Shamsul bin Jamal
3. Hj. Lukmanulhakim bin Miskan
4. En. Ghazalee bin Hashim

Pengurusan Pengkebumian dan Liang Lahad
Kebanyakkan jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Saleng. Pihak
bertanggungjawab ialah Masjid Ar Raudah, Saleng.
Senarai Nama Pengurus Jenazah
Jenazah Lelaki

1. Tn. Baharudin bin Aman (bilal 1)
2. Tn. Hj. Sarindi bin Sakam (bilal 2)
3. En. Nor Ahmad bin Abd. Ghani (pembantu)
4. En Kamarudin bin Samuri( pembantu)
Jenazah perempuan
1. Pn. Hjh Halimah binti Jaafar
2. Pn. Hjh Jamilah binti Suradi
3. Pn Hjh Badariah binti Sujan
4. Pn. Hjh Norsiah binti Hassan
5. Pn. Mazilah binti Bohari
6. Pn. Norazizah binti Ali
7. Pn. Hjh Ngateah binti Manaf
8. Pn. Haryani binti Mohammed
9. Pn. Zahliayati binti Said
10. Pn. Norseha binti Nasha
11. Pn Norlizah binti Sail

13

BADAN KHAIRAT KEMATIAN
MASJID AL- MUBARAK BANDAR PUTRA

Ruj. Kami : BKKMAM
Tarikh : 12.02.2022

Kepada :
Semua Ahli Badan Khairat Kematian Kariah Masjid Al-Mubarak Bandar Putra
BORANG USUL/CADANGAN
MESYUARAT AGUNG BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-MUBARAK BANDAR PUTRA
KALI KE-3 2022

Nama Penuh :………………………………………………………………….
Alamat Rumah :………………………………………………………………….

………………………………………………………………….
No. Telefon :………………………………………………

Usul/cadangan:
1…………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………..………………………………....
………………………………………………………………………..………………………………....
2………………………………………………………………………..………………………………....
………………………………………………………………………..………………………………....
………………………………………………………………………..………………………………....
3………………………………………………………………………..………………………………....
………………………………………………………………………..………………………………....
………………………………………………………………………..………………………………....

Saya akan *hadir / tidak hadir ke Mesyuarat Agung BKKMAM Kali ke-3 2022
Sekian, terima kasih.
Yang benar,

…………………………………………..
()

*Sila kembalikan borang usul/cadangan ini melalui whatapps kepada setiausaha (013-7495389)
selewat-lewatnya 20 Mac 2022

14

JAWATAN KUASA BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-MUBARAK PUTRA
SESI 2018/2022

PENGERUSI : HJ ABD RAZAK BIN MOHD SHEH AJK
NAIB PENGERUSI : HJ SAMSUDIN BIN HASSIM
SETIAUSAHA : MOHD YUSOF BIN HAMAT
NAIB SETIAUSAHA: ROSLEE BIN ABDULLAH
BENDAHARI : HJ. MOHD KAMAL BIN A. JABAR

1. HJ ISMAIL BIN KASIM
2. HJ AZMI BIN SAID
3. HJ MOHD SHAH BIN MD NOH
4. PN. NORSAIH BINTI HASSAN
5. HJH HALIMAH BINTI JAAFAR
6. HJH JAMILAH BINTI SUVADIN
7. TN HJ ABD GHANI BIN KHAMIS

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. ASMADI BIN ISNIN
2. HARYANI BINTI MOHAMMAD

15

JAWATAN KUASA BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-MUBARAK PUTRA
SESI 2022 / 2024

PENGERUSI :
NAIB PENGERUSI :
SETIAUSAHA :
NAIB SETIAUSAHA:
BENDAHARI :

AJK
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1.
2.

16

17

BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-MUBARAK BANDAR PUTRA

PERKARA : LAPORAN KEWANGAN Okt 2017 ~ *Nota: Account Bank Islam = 01144010002130
Mar 2022 Di cetak pada tarikh:- 19/3/2022 14:48

Disediakan oleh Md Kamar Bin A Jabar /

NO+AA4:O33 TARIKH KETERANGAN WANG MASUK WANG KELUAR NOTA TAMBAHAN
27,464.15
1 28/10/2017 Baki dibawa dari tahun 2017 Selepas Mesyuarat Agong pada 24 Nov 2017
2 10/11/2017 Servis Van Jenazah 500.00
3 21/11/2017 Banner utk Mesyuarat Agong ke2 550.22 Cek 010780
4 22/11/2017 Terima Pengurusan Jenazah 250.00
250.00 57.00 Cek 010781
5 25/11/2017 Salinan Dokumen Mesyuarat Agong 250.00
6 25/11/2017 Tuala Cenderahati 100.00 160.00 Cek 010782
7 29/11/2017 Terima Pengurusan Jenazah 250.00
8 30/11/2018 Bayar Pengurusan Jenazah 250.00 375.00 Cek 010783 Utk cenderahati bekas AJK Badan
9 8/12/2017 Terima Pengurusan Jenazah
10 12/12/2017 Terima Pengurusan Jenazah 350.00 *Kematian bapa Imam A. Ghani (Khamis)
610.00
11 26/12/2017 Terima Pengurusan Jenazah 220.00 900.00 Cek 010784 Utk bapa Imam A. Ghani (Khamis)
350.00
12 1/1/2018 Terima Pengurusan Jenazah 1,000.00 Cek 010785 *Petty Cash
13 5/1/2018 Terima Pengurusan Jenazah 250.00 750.00 Cek 010786 *5 helai x RM150/helai
14 9/1/2018 Pendahuluan Pengurusan Jenazah 250.00
15 16/1/2018 Beli Kain Kafan 350.00 1,586.00 Cek 010787
16 23/1/2018 Terima Pengurusan Jenazah 250.00
17 14/3/2018 Road Tax/Insuran Van Jenazah 750.00 Cek 010788 *5 helai x RM150/helai
18 27/3/2018 Terima Pengurusan Jenazah 200.00
19 11/4/2018 Terima Pengurusan Jenazah
250.00
20 17/4/2018 Terima Pengurusan Jenazah
21 19/4/2018 Pembelian Kain Kafan 250.00
450.00
22 30/4/2018 Terima Pengurusan Jenazah 5,000.00
1,240.00
23 3/5/2018 Terima Pengurusan Jenazah 4,450.00
100.00
24 15/5/2018 Terima Pengurusan Jenazah 5,000.00
1,210.00
25 15/5/2018 Terima Pengurusan Jenazah
90.00
26 16/5/2018 Pampasan Urusan Jenazah Luar Kaw 330.00 850.00 Cek 010789 *Saliza Binti Mohd Salleh (Isteri)
450.00 70.00 Cek 010790
27 28/5/2018 Jamuan Makan Mesyuarat AJK 1,010.00
760.00 1,000.00 Cek
28 10/6/2018 Terima Pengurusan Jenazah 290.00 750.00 Cek
260.00
29 18/6/2018 Pendahuluan Pengurusan Jenazah 200.00 Cek 010791 *Petty Cash
290.00 010792 *5 helai x RM150/helai
30 23/6/2018 Pembelian Kain Kafan 80.00
80.00
31 27/6/2018 Terima Pengurusan Jenazah
100.00
32 27/6/2018 Sumbangan Urusan Jenazah Kanak2 360.00 010793

33 28/6/2018 Terima Pengurusan Jenazah 10.00
34 3/7/2018 Terima Pengurusan Jenazah 350.00

35 16/7/2018 Yuran Ahli Baru 2018

36 17/7/2018 Yuran Ahli Baru 2018

37 31/7/2018 Yuran Ahli Baru 2018

38 1/8/2018 Terima Pengurusan Jenazah

39 2/8/2018 Yuran Ahli Baru 2018

40 3/8/2018 Yuran Ahli Baru 2018 + Jenazah

41 3/8/2018 Belanja Fotostat dll 97.00 Cek 010794

42 3/8/2018 Yuran Ahli Baru 2018

43 6/8/2018 Yuran Ahli Baru 2018

44 8/8/2018 Yuran Ahli Baru 2018

45 12/8/2018 Yuran Ahli Baru 2018

46 19/8/2018 Yuran Ahli Baru 2018

47 26/8/2018 Yuran Ahli Baru 2018

48 28/8/2018 Yuran Ahli Baru 2018

49 29/8/2018 Road Tax/Insuran Van Jenazah 304.00 Cek 010795

50 3/9/2018 Yuran Ahli Baru 2018

51 6/9/2018 Yuran Ahli Baru 2018

52 13/9/2018 Yuran Ahli Baru 2018

53 19/9/2018 Yuran Ahli Baru 2018

54 1/10/2018 Yuran Ahli Baru 2018

55 3/10/2018 Maintenance Van Jenazah 314.05 Cek 010796

56 3/10/2018 Yuran Ahli Baru 2018 *Tambahan dari Abd Aziz B Jaffar 18

57 9/10/2018 Terima Pengurusan Jenazah

58 10/10/2018 Pendahuluan Pengurusan Jenazah 1,000.00 Cek 010797 *Petty Cash

56 3/10/2018 Yuran Ahli Baru 2018 10.00 *Tambahan dari Abd Aziz B Jaffar
57 9/10/2018 Terima Pengurusan Jenazah 350.00
58 10/10/2018 Pendahuluan Pengurusan Jenazah 1,000.00 Cek 010797 *Petty Cash
59 3/10/2018 Yuran Ahli Baru 2018 80.00
60 19/10/2018 Terima Pengurusan Jenazah 200.00 1,000.00 Cek 010798 *Petty Cash
61 20/10/2018 Pendahuluan Pengurusan Jenazah 450.00
62 4/11/2018 Terima Pengurusan Jenazah 1,000.00 Cek 010799 *Petty Cash
63 5/11/2018 Pendahuluan Pengurusan Jenazah 150.00 60.00 Cek 010800 *Utk kuih mesyuarat AJK
64 19/11/2018 Jamuan Makan Mesyuarat AJK 034351 *Utk urusan van jenazah
65 12/12/2018 Saguhati urus van jenazah 150.00 100.00 Cek
66 19/12/2018 Terima Pengurusan Jenazah 150.00 034352 *8 helai x RM150/helai
67 20/12/2018 Pembelian Kain Kafan 1,200.00 Cek 034353 *Utk urusan van jenazah
68 6/1/2019 Saguhati urus van jenazah 150.00 100.00 Cek
69 21/1/2019 Terima Pengurusan Jenazah 150.00 034354 *Utk urusan van jenazah
70 6/2/2019 Saguhati urus van jenazah 100.00 Cek
71 26/2/2019 Terima Pengurusan Jenazah 400.00 034355 *Utk urusan van jenazah
72 2/3/2019 Saguhati urus van jenazah 100.00 Cek 034356
73 2/3/2019 Puspakom, insuran, road tax Van 250.00 1,356.00 Cek
74 4/3/2019 Terima Pengurusan Jenazah 400.00
75 12/3/2019 Terima Pengurusan Jenazah 90.00 Cek 034357 *10 helai x RM150/helai
76 13/3/2019 Beli air meniral utk urusan jenazah 300.00 1,500.00 Cek 034358
77 21/3/2019 Pembelian Kain Kafan 150.00 034359 *KODIMAH BINTI HJ NAWAWI
78 21/3/2019 Jamuan Makan Mesyuarat AJK 250.00 60.00 Cek 034360 *Utk urusan van jenazah
79 1/4/2019 Pampasan Urusan Jenazah Luar Kaw 150.00 900.00 Cek 034361
80 1/4/2019 Saguhati urus van jenazah 100.00 Cek
81 12/4/2019 Terima Pengurusan Jenazah 150.00 034362 *RAMLAH BINTI ALI
82 13/4/2019 Pampasan Urusan Jenazah Luar Kaw 100.00 900.00 Cek 034363 *Petty Cash
83 13/4/2019 Pendahuluan Pengurusan Jenazah 150.00 1,000.00 Cek 034364 *Petty Cash
84 2/5/2019 Pendahuluan Pengurusan Jenazah 150.00 1,000.00 Cek 034365 *Utk urusan van jenazah
85 2/5/2019 Saguhati urus van jenazah 100.00
86 2/5/2019 Terima Pengurusan Jenazah 100.00 Cek
87 6/5/2019 Terima Pengurusan Jenazah 22,610.00
88 18/5/2019 Pendahuluan Pengurusan Jenazah 2,980.00 1,000.00 Cek 034366 *Petty Cash
89 18/5/2019 Pendahuluan Pengurusan Jenazah 10.00 1,250.00 Cek 034367 *Petty Cash
90 25/5/2019 Terima Pengurusan Jenazah 80.00
91 4/6/2019 Saguhati urus van jenazah 100.00 Cek 034368 *Utk urusan van jenazah
92 16/6/2019 Terima Pengurusan Jenazah
93 23/6/2019 Terima Pengurusan Jenazah 100.00 Cek 034369 *Utk urusan van jenazah
94 2/7/2019 Terima Pengurusan Jenazah 60.00 Cek 034370 *Petty Cash
95 3/7/2019 Saguhati urus van jenazah 034371
96 3/7/2019 Jamuan Makan Mesyuarat AJK 1,250.00 Cek
97 4/7/2019 Pendahuluan Pengurusan Jenazah
98 7/7/2019 Terima Pengurusan Jenazah 900.00 Cek 034372 *Petty Cash
99 20/7/2019 Terima Pengurusan Jenazah
100 23/7/2019 Terima Pengurusan Jenazah 100.00 Cek 034373 *Utk urusan van jenazah
101 24/7/2019 Pendahuluan Pengurusan Jenazah
102 25/7/2019 Terima Pengurusan Jenazah 1,250.00 Cek 034374 *Petty Cash
103 1/8/2019 Saguhati urus van jenazah 1,500.00 Cek 034375 *10 helai x RM150/helai
104 3/8/2019 Terima Pengurusan Jenazah
105 4/8/2019 Pendahuluan Pengurusan Jenazah
106 4/8/2019 Pembelian Kain Kafan
107 5/8/2019 Yuran Ahli Baru 2019
108 10/8/2019 Yuran Ahli Baru 2019
109 10/8/2019 Yuran Ahli Baru 2019
110 10/8/2019 Yuran Ahli Baru 2019

19

111 11/8/2019 Yuran Ahli Baru 2019 100.00 *Dari ahli BKKMAM, Mohd Zaki Bin Tumisan
112 17/8/2019 Yuran Ahli Baru 2019 2,620.00
113 18/8/2019 Yuran Ahli Baru 2019 1,690.00 294.00 Cek 034376
114 19/8/2019 Yuran Ahli Baru 2019 900.00 Cek 034377
115 21/8/2019 Yuran Ahli Baru 2019 70.00
116 21/8/2019 Yuran Ahli Baru 2019 90.00 *Dari ahli BKKMAM, Mohd Azhar Bin Mohamed Ariff
117 21/8/2019 Derma 180.00
118 24/8/2019 Yuran Ahli Baru 2019 10.00 100.00 Cek 034378 *Utk urusan van jenazah
119 25/8/2019 Yuran Ahli Baru 2019 150.00
120 29/8/2019 Road Tax/Insuran Van Jenazah 120.00 100.00 Cek 034379 *Utk urusan van jenazah
121 29/8/2019 Pampasan Urusan Jenazah Luar Kaw 1,150.00 Cek 034380 *Petty Cash
122 30/8/2019 Yuran Ahli Baru 2019 210.00
123 30/8/2019 Derma 10.00 1,150.00 Cek 034381 *Petty Cash
124 1/9/2019 Saguhati urus van jenazah 100.00 Cek 034382 *Utk urusan van jenazah
125 7/9/2019 Yuran Ahli Baru 2019 180.00 034383 *Petty Cash
126 25/9/2019 Terima Pengurusan Jenazah 150.00 1,150.00 Cek
127 4/10/2019 Terima Pengurusan Jenazah 300.00 034384 *Utk kuih mesyuarat AJK
128 5/10/2019 Saguhati urus van jenazah 60.00 Cek 034385 *Utk urusan van jenazah
129 5/10/2019 Pendahuluan Pengurusan Jenazah 150.00 100.00 Cek
130 11/10/2019 Terima Pengurusan Jenazah 250.00 034386 *Petty Cash RM1150 x 2
131 25/10/2019 Terima Pengurusan Jenazah 60.00 Cek 034387
132 28/10/2019 Pendahuluan Pengurusan Jenazah 150.00 2,300.00 Cek
133 1/11/2019 Saguhati urus van jenazah 50.00 034388 *Utk urusan van jenazah
134 14/11/2019 Pendahuluan Pengurusan Jenazah 1,150.00 Cek 034389 *Utk urusan van jenazah
135 14/11/2019 Terima Pengurusan Jenazah 300.00 900.00 Cek 034390
136 24/11/2019 Terima Pengurusan Jenazah 100.00 Cek 034391
137 1/12/2019 Jamuan Makan Mesyuarat AJK 150.00 100.00 Cek
138 1/12/2019 Saguhati urus van jenazah 034392 *10 helai x RM150/helai
139 13/12/2019 Terima Pengurusan Jenazah 200.00 1,500.00 Cek
140 19/12/2019 Kos fotokopi dokumen BKKMAM 100.00 034393 *Petty Cash
141 19/12/2019 Pendahuluan Pengurusan Jenazah 130.00 1,150.00 Cek
142 26/12/2019 Terima Pengurusan Jenazah 034394 *Utk urusan van jenazah
143 1/1/2020 Pampasan Urusan Jenazah Luar Kaw 100.00 100.00 Cek 034395 *Bayar kpd ARRA Management
144 1/1/2020 Pampasan Urusan Jenazah Luar Kaw 200.00 1,156.50 Cek
145 1/1/2020 Saguhati urus van jenazah 200.00
146 3/2/2020 Saguhati urus van jenazah 500.00 Cek 034396 *Utk urusan van jenazah Apr'20¬Aug'20
147 6/2/2020 Terima Pengurusan Jenazah 300.00 2,300.00 Cek 034397 *Petty Cash utk 2 jenazah (RM1150 x 2)
148 7/2/2020 Pembelian Kain Kafan 100.00 2,300.00 Cek 034398 *Petty Cash utk 2 jenazah (RM1150 x 2)
149 23/2/2020 Terima Pengurusan Jenazah 100.00
150 25/2/2020 Pendahuluan Pengurusan Jenazah 1,600.00 Cek 034399 *10 helai x RM160/helai
151 29/2/2020 Terima Pengurusan Jenazah 200.00
152 1/3/2020 Saguhati urus van jenazah 100.00 2,300.00 Cek 034400 *Petty Cash utk 2 jenazah (RM1150 x 2)
153 1/3/2020 Insuran PA & Kenderaan 600.00 75.00 Cek 038001 *Utk kuih mesyuarat AJK
154 5/3/2020 Terima Pengurusan Jenazah 038002 *Petty Cash utk 2 jenazah (RM1150 x 2)
155 13/3/2020 Terima Pengurusan Jenazah 2,300.00 Cek
156 16/5/2020 Terima Pengurusan Jenazah 038003 *Utk urusan van jenazah Sep'20¬Feb'21 20
157 16/5/2020 Saguhati urus van jenazah 600.00 Cek
158 16/5/2020 Pendahuluan Pengurusan Jenazah
159 25/5/2020 Pendahuluan Pengurusan Jenazah
160 13/6/2020 Terima Pengurusan Jenazah
161 17/6/2020 Terima Pengurusan Jenazah
162 18/6/2020 Pembelian Kain Kafan
163 25/6/2020 Terima Pengurusan Jenazah
164 25/6/2020 Pendahuluan Pengurusan Jenazah
165 16/7/2020 Jamuan Makan Mesyuarat AJK
166 3/9/2020 Pendahuluan Pengurusan Jenazah
167 28/9/2020 Terima Pengurusan Jenazah
168 13/10/2020 Saguhati urus van jenazah
169 13/10/2020 Terima Pengurusan Jenazah
170 24/10/2020 Terima Pengurusan Jenazah

21

DISEDIAKAN OLEH BENDAHARI PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 PEMERIKSA KIRA-KIRA 2

(MD KAMAR BIN A JABAR) (ASMADI BIN ISNIN) (HARYANI BINTI MOHAMMAD)
16 / 3 / 2022 16 / 3 / 2022 16 / 3 / 2022

22

PERLEMBAGAAN
BADAN KHAIRAT KEMATIAN

MASJID AL MUBARAK
(BKKMAM)

MASJID AL MUBARAK BANDAR PUTRA
LEBUH PUTRA UTAMA 2,
BANDAR PUTRA,
81000 KULAI, JOHOR

23

BADAN KEBAJIKAN DAN KHAIRAT KEMATIAN
KARIAH MASJID AL MUBARAK BANDAR PUTRA

1. NAMA PERTUBUHAN
BADAN KEBAJIKAN DAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL MUBARAK BANDAR
PUTRA dan penjenamaan semula dengan nama Badan Khairat Kematian Masjid Al Mu-
barak(BKKMAM)

2. TEMPAT URUSAN
Tempat urusan dan alamat surat menyurat Pertubuhan ialah Masjid Al Mubarak Bandar
Putra , Lebuh Putra Utama 2,Bandarputra , 81000 , Kulai , Johor.

3. TUJUAN
3.1 Melaksanakan pengurusan jenazah ahli-ahli dan kariah Masjid AL Mubarak serta
taman pesekitaran.
3.2 Membantu waris dalam pengangkutan jenazah dalam dan luar kawasan
mengikut keperluan.
3.3 Memberi khidmat nasihat tentang pengurusan jenazah sebelum dikebumikan.
3.4 Menyediakan bantuan kewangan kepada waris bagi pengurusan jenazah ahli
di luar kawasan.

4. KEAHLIAN
4.1 Ahli-ahli pertubuhan ini terbuka kepada penduduk Islam kariah Masjid Al Mubarak
yang bermausatuatin atau menetap di Bandar Putra.Walau bagaimanapun Ahli
Jawatankuasa dengan persetujuan sebulat suara dari masa ke semasa boleh
menambah kawasan perumahan baru mengikut keperluan.
4.2 Seseorang yang ingin menjadi ahli atau memperbaharui keahlian hendaklah
memohon melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi dari Pengerusi ,Naib
pengerusi,Setiausaha, bendahari dan AJK Badan Khairat Kematian(BKKMAM).
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa berhak melulus atau menolak sebarang permohonan.

5. WANG PENDAFTARAN DAN TABUNG KHAIRAT KEMATIAN
5.1 Setiap permohonan untuk menjadi ahli baharu atau memperbaharui keahlian
hendaklah menjelaskan wang pendaftaran sebanyak RM 30.00 . Wang pendaftaran
ini akan dikumpul dalam satu tabung yang dinamakan sebagai Tabung BKKMAM.
5.2 Wang dari Tabung Khairat Kematian hendaklah digunakan untuk membayar kos
pengurusan jenazah dan pengebumian.
5.3. Kadar bayaran pendaftaran mengikut keadaan semasa dan boleh disemak semula
mengikut keperluan melalui mesyuarat ahli jawatankuasa BKKMAM.
5.4 Wang dan tabung Badan Khairat Kematian Masjid Al Mubarak boleh untuk
pengurusan pentadbiran dan lain-lain perkara yang diluluskan AJK BKKMAM.

6. YURAN
6.1 Tiap-tiap ahli dikehendaki membayar yuran tahunan sebanyak RM 10.00 kepada
Bendahari atau AJK BKKMAM sebelum atau pada 31 Disember setiap tahun.
6.2 Semua sumber pendapatan dan kutipan wang pertubuhan ini hendaklah disimpan
dalam satu akaun bank tempatan di atas nama pertubuhan dalam Bank Islam .
6.3 Keahlian hanya sah pendaftaran tahun semasa sahaja.Sekiranya tidak diperbaharui
pendaftaran akan terbatal serta merta keahlian .Jika ingin menjadi ahli dalam BKK
boleh membuat permohonan semula sebelum atau pada 31 Julai setiap tahun.
6.4 Sekiranya bayaran pendaftaran keahlian tidak mencukupi kadar yang ditetapkan
permohonan tidak akan diproses

24

7. PENTADBIRAN
7.1 Kuasa tertinggi di dalam pertubuhan ini terletak pada Mesyuarat Agung. Di dalam
Mesyuarat Agung 3(tiga) tahun sekali, ahli-ahli hendaklah melantik jawatankuasa
kerja yang akan mentadbir pertubuhan ini. Mereka akan memegang jawatan masing-
masing sehingga Mesyuarat Agung yang akan datang atau sehingga mereka
meletak jawatan atau diberhentikan. Ahli Jawatankuasa Kerja adalah terdiri;
i. Seorang Pengerusi
ii. Seorang Naib Pengerusi
iii. Seorang Setiausaha
iv Seorang Penolong Setiausaha
v. Seorang Bendahari
vi. 7 orang Ahli Jawatankuasa biasa
vii. 2 orang periksaan kira-kira.
viii. 2 Pengerusi berhak melantik 3 orang sebagai ahli jawatan kuasa BKK
tambahan mengikut keperluan semasa dengan dipersetujui oleh Ahli
Jawatankuasa.

8. TUGAS-TUGAS AHLI JAWATANKUASA KERJA
8.1 Pengerusi
i) Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan badan ini sesuai dengan
matlamat dan tujuan badan ini ditubuhkan.
ii) Mengambil segala langkah yang perlu bagi menjaga dan memelihara keharmonian,
persefahaman dan kesungguhan Ahli Jawatankuasa Kerja dalam menjalankan tugas
yang diamanahkan.
iii) Menetapkan tempat, tarikh dan masa mesyuarat dan mempengerusikan Mesyuarat
Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa.
8.2 Naib Pengerusi
i) Membantu tugas Pengerusi
ii) Mempengerusikan Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa apabila
Pengerusi berhalangan atau tidak hadir.
8.3 Setiausaha
i) Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengerusi dan Jawatankuasa Kerja.
ii) Bertanggungjawab atas kesempurnaan pentadbiran dan semua mesyuarat
Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung.
iii) Menyediakan laporan kegiatan dan kemajuan badan bagi tujuan mesyuarat
jawatankuasa dan mesyuarat Agung.
iv) Menyimpan maklumat peribadi semua ahli serta bertanggungjawab mengesahkan
kesahihan semua tuntutan ahli sebelum bantuan wang boleh dikeluarkan.
8.4 Penolong Setiausaha
i) Membantu tugas-tugas Setiausaha
ii) Menjalankan tugas Setiausaha apabila Setiausaha berhalangan atau tidak hadir
dalam Mesyuarat Agung atau mesyuarat jawatankuasa kerja.
8.5 Bendahari
i) Bertanggungjawab mengurus perbelanjaan kewangan dengan baik.
ii) Bertanggungjawab menyediakan penyata kewangan untuk dilaporkan dalam
Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agong.
iii) Menyediakan laporan dan dokumen kewangan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-
Kira dan membentang penyata kewangan berakhir 31 Disember pada penggal (3
tahun) tersebut dalam Mesyuarat Agung.
iv) Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih dari RM1250
(Satu Ribu Dua Ratus Lima Puluh Sahaja)dan boleh berubah mengikut keperluan
semasa yang dipersetujui oleh AJK BKKMAM melalui mesyuaratnya .
v) Bendahari bertanggungjawab dengan semua wang yang diterima dan dibelanjakan
serta diberi kuasa menandatangi cek-cek bagi pihak BKK bersama-sama dengan
pengerusi atau Setiausaha.

25

8.6 Ahli Jawatankuasa
Bertanggungjawab membantu mana-mana Ahli Jawatankuasa Kerja seperti yang
diarahkan oleh Pengerusi dari masa ke semasa.

9. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
9.1 Mesyuarat Agung 3(tiga)Tahun sekali hendaklah diadakan dengan secepat mungkin
selepas berakhir tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 Mac. Notis mesyuarat
termasuk salinan laporan tahunan dan penyata kira-kira yang telah diperiksa oleh
Pemeriksa Kira-kira hendaklah diedarkan kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14
hari sebelum diadakan mesyuarat agung
9.2 Perkara yang diuruskan di dalam mesyuarat agung 3(tiga) Tahun sekali ialah;
9.2.1 Bacaan Doa
9.2.2 Ucapan Pengerusi atau Naib Pengerusi BKK
9.2.3 Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lepas
9.2.4 Perkara berbangkit(jika ada)
9.2.5 Membentang dan menerima laporan tahunan
9.2.6 Membentangkan dan menerima penyata kewangan
9.2.7 Pembubaran AJK BKK dan perlantikan pengerusi sementara
9.2.8 Pemilihan ahli jawatankuasa Badan Khairat Kematian
9.2.9 Membentang dan membahaskan usul(jika ada)
9.2.10 Hal-hal lain
9.2.11 Ucapan penangguhan
9.3 Mesyuarat Agung hanya sah dijalankan jika dihadiri oleh ahli yang berjumlah tidak
kurang 2 kali ahli jawatankuasa semasa.

10. MESYUARAT AGUNG KHAS
10.1 Mesyuarat Agung Khas boleh diadakan pada bila-bila masa ,apabila difikirkan
mustahak oleh mesyuarat jawatankuasa atau setelah menerima permintaan bertulis
yang ditandatangani beramai-ramai oleh tidak kurang dari 1/5 daripada jumlah ahli
yang menerangkan sebab-sebab hendak diadakan mesyuarat khas dalam tempoh
30 hari
10.2 Notis dan agenda Mesyuarat Agung Khas hendaklah diedarkan kepada semua ahli
sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat diadakan.
10.3 Mesyuarat Agung Khas hanya sah dijalankan jika dihadiri oleh ahli-ahli yang
berjumlah tidak kurang dari 28 orang Ahli Jawatankuasa.

11. MESYUARAT JAWATANKUASA
11.1 Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali
dan boleh diadakan pada bila-bila masa , jika difikirkan perlu oleh pengerusi.
11.2 Notis dan agenda Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diedarkan kepada semua
Ahli Jawatankuasa sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan mesyuarat.
11.3 Mesyuarat Jawatankuasa hanya sah dijalankan jika dihadiri oleh 1/3 jumlah ahli
jawatankuasa.
11.4. Mesyuarat Jawatankuasa Khas ( EXCO ) boleh diadakan pada bila – bila masa jika
difikirkan perlu oleh pengerusi.

26

12. PEMECATAN AHLI JAWATANKUASA
Pemecatan Ahli Jawatankuasa dan memilih gantinya boleh dilakukan di dalam
Mesyuarat Agung Khas.Mesyuarat Jawatankuasa hanya boleh melantik pemangku bagi
jawatan yang kosong kerana berhenti atau meninggal dunia.

13. PEMERIKSA KIRA-KIRA
13.1 Dua orang yang bukan Ahli Jawatankuasa boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung
3 (tiga)Tahun sekali sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang
jawatan selama 3 (tiga)tahun dan boleh dilantik semula.
13.2 Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi tiga
tahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung. Mereka
boleh juga memeriksa kira-kira pertubuhan pada bila-bila masa jika difikirkan perlu
oleh pengerusi.

14. PERKARA AM
14.1 Semua penduduk islam yang menetap di Bandar Putra boleh menjadi ahli BKK
melalui permohonan setiap tahun.
14.2 Pengesahan keahlian ( baru / lama ) adalah bermula dari 1 Januari setiap tahun
selepas bayaran diterima oleh bendahari.

15.BAYARAN PENGURUSAN JENAZAH
15.1 Bayaran kos pengurusan jenazah bagi ahli-ahli akan ditanggung sepenuhnya oleh
Badan Khairat Kematian Bandar Putra (BKKMAM) kecuali bayaran pengangkutan
untuk pengurusan diluar kawasan.
15.2 Pengurusan jenazah selain ahli BKKMAM akan dikenakan bayaran seperti mana
di dalam borang permohonan pengurusan jenazah yang disediakan.
15.3 Pengurusan jenazah ahli yang diuruskan di luar kawasan,BKKMAM akan
memperuntukkan bayaran bantuan kewangan kepada waris seperti mana yang
ditetapkan oleh AJK mengikut keadaan semasa.

16. TAFSIRAN
16.1 Mesyuarat Jawatankuasa boleh memberi tafsiran kepada undang-undang ini dan
memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalamnya.
16.2 Keputusan dalam Mesyuarat Jawatankuasa adalah muktamad sehingga dirombak
semula pada mesyuarat agung yang akan datang.
16.3 Jawatankuasa Khas ( EXCO ) adalah terdiri daripada Pengerusi , Naib Pengerusi ,
Setiausaha / Pen. Setiausaha , Bendahari dan sekurang – kurangnya seorang AJK.

27


Click to View FlipBook Version