The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ahmad Shafarin, 2021-01-14 00:06:53

e-Majalah SEMBAKA 2020

e-Majalah terkini

E-MAJALAH EDISI 19
TAHUN 2020

SEMBAKA

BERILMU | BERDISIPLIN | BERAMAL

SMK BANDAR BARU BATANG KALI

HULU SELANGOR, SELANGOR

SEMBAKA

SEKAPUR SIRIH

KATA ALU-ALUAN
MENTERI KANAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
dan Selamat Sejahtera,

Tahun ini adalah tahun yang sangat
mencabar bagi seluruh dunia, termasuk
juga negara kita yang begitu terkesan
dengan pandemik COVID-19.
Keadaan pada masa ini merupakan satu
situasi yang sukar kepada semua dan perlu
kita harungi bersama. Tambahan pula,
dalam situasi negara menghadapi gelombang
ketiga pandemik COVID-19 dengan peningkatan
jumlah kes positif COVID-19 yang tinggi, KPM
memerlukan pendekatan yang berbeza dan
ada kalanya pendekatan tersebut adalah luar
daripada kebiasaan.

Namun, dalam apa jua pendekatan dan keputusan yang diambil, KPM
sentiasa memberi keutamaan kepada aspek keselamatan dan
kesihatan semua murid, guru, pensyarah dan warga KPM. Dalam
mendepani cabaran pada masa ini, kami memohon jasa baik dan
kerjasama semua pihak untuk bersama-sama mendukung usaha-usaha
yang dilaksanakan oleh KPM. Yakinlah bahawa setiap langkah yang
diatur KPM adalah bagi memastikan generasi masa depan negara
mendapat pendidikan yang terbaik walaupun dalam keadaan yang
sangat mencabar.

Saya juga ingin menyeru kepada semua warga KPM, ibu bapa dan
penjaga agar terus mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara
(MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung
penularan wabak COVID-19.

Marilah kita doakan agar keadaan kembali pulih dan pembelajaran
anak-anak kita untuk sesi akan datang dapat diteruskan dalam
keadaan selamat.

Sekian, terima kasih.

DR. MOHD RADZI BIN MD JIDIN

MENTERI KANAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020

KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera

Terima kasih kepada warga sekolah kerana sudi
memberi ruang kepada saya untuk meyampaikan
kata alu-aluan dalam majalah sekolah pada kali ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga sekolah
Khususnya sidang redaksi majalah atas kejayaan
menerbitkanmajalah sekolah yang sungguh bermakna ini.
Semoga majalah sekolah ini dijadikan sebagai panduan bagi
meningkatkan semangat cinta terhadap sekolah serta meneruskan
budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah.

Saya yakin, aspirasi system dan aspirasi murid yang digariskan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan sentiasa menjadi
fokus utama untuk semua pihak. Fokus dan gerak kerja KPM untuk tahun
2020 akan tertumpu kepada kualiti guru serta pemimpin sekolah.
Pembelajaran murid di sekolah akan lebih berkesan apabila ia dipacu
dengan pengajaran yang berkualiti oleh guru serta disokong oleh
kepimpinan Pengetua/Guru Besar. Justeru, akauntabiliti adalah seperti
pelekat yang dapat mengikat dan menyatukan komitmen kita ke arah
keberhasilan.

Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua wara sekolah
serta terus bersama-sama menjayakan agenda pendidikan negara demi
melahirkan generasi masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang.

BERSAMA-SAMA MELANGKAH LEBIH JAUH!

DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada
saya untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam
majalah sekolah pada kali ini.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan
kepada Sidang Redaksi Majalah SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN BANDAR BARU BATANG KALI kerana
berjaya menerbitkan majalah bagi tahun 2020.

Penerbitan majalah sekolah merupakan usaha murni yang harus dicontohi
kerana dapat merakamkan segala peristiwa dan pencapaian sekolah
sepanjang tahun. Majalah sekolah ini juga akan menjadi sumber rujukan
dan kenangan sepanjang hayat buat semua warga sekolah.

Tahun 2020 merupakan tahun persekolahan yang paling mencabar buat
kita semua. Ancaman pandemik COVID-19 menyebabkan sesi
persekolahan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ketika
menghadapi cabaran dan masalah ini, kita sebagai warga pendidik
janganlah mudah berputus asa, sebaliknya kita perlu memiliki kesabaran,
kekuatan akidah dan iltizam yang tinggi bagi memastikan tanggungjawab
kita dapat dilaksanakan. Inilah benteng utama yang perlu dibudayakan
dan ditanam dalam jiwa dan sanubari seorang pendidik. Semoga usaha
bakti yang kita sumbangkan selama ini diberkati oleh Allah S.W.T.

Harapan saya agar kita semua sama-sama bergerak seiring dalam
menangani apa jua cabaran dan halangan dalam usaha membentuk
kemenjadian anak murid yang mampu mendepani segala cabaran pada
masa hadapan. Akhir kata, saya mewakili Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor mendoakan agar SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR
BARU BATANG KALI terus menggapai kegemilangan dan merealisasikan
slogan JPN Selangor Terbilang.

Selamat Maju Jaya.

HAJI IZMI BIN HAJI SMAIL, A.M.P., P.J.K

PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020

KATA ALU-ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH HULU SELANGOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana
dengan taufik dan inayah-Nya, saya diberi
kesempatan menitipkan kata alu-aluan untuk
e-Majalah Sembaka bagi tahun 2020.

Ucapan syabas dan tahniah kepada Ahli
Jawatankuasa Sidang Redaksi lantaran terlaksananya
penerbitan majalah sekolah walaupun dalam suasana
pandemik Covid-19 yang menuntut warga sekolah
mematuhi peraturan norma baharu.

Kejayaan ini merupakan legasi tradisi sekolah yang signifikan di mana melaluinya
kita dapat merakamkan pelbagai memori sukaduka dan pahit manis warga
sekolah sepanjang tahun. Saya penuh yakin keutuhan semangat juang dan
dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam
bidang akademik mahupun sahsiah.

Kecemerlangan yang telah dicapai oleh SMK Bandar Baru Batang Kali dalam
semua bidang perlu diperkasakan agar visi yang dijana mampu direalisasikan
secara holistik tanpa sebarang keraguan. Visi ini akan terlaksana sekiranya ada
usaha penyatuan hati segenap lapisan dalam menggarap kejituan matlamat
bersandarkan kegigihan dan solidariti di kalangan warga sekolah. Saya berasa
bangga dengan peningkatan pencapaian semasa sekolah dan berharap agar
momentum itu diteruskan demi kecemerlangan di masa hadapan.

Sekolah adalah satu institusi ampuh dalam membentuk modal insan cemerlang
dan berketerampilan. Kreativiti, inovasi dan potensi murid serta warga sekolah
hendaklah sentiasa dijana agar kecemerlangan dalam semua bidang tercapai.
Kemenjadian murid yang unggul berdasarkan kompetensi individu dan bersahsiah
mulia berupaya melahirkan modal insan berpekerti mulia yang bersifat holistik.

Akhir kata, saya yakin dan percaya warga SMK Bandar Baru Batang Kali akan
terus berjuang bersungguh-sungguh untuk melahirkan pelajar yang
berpendidikan, kukuh jati diri, berakhlaktinggi, dan bersemangat kental demi
memastikan SMK Bandar Baru Batang Kali berada pada tahap cemerlang.

Sekian, terima kasih.

‘SEHATI MENGUNGGULI PRESTASI’

ROZLINA BINTI ABDUL GHANI

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGOR

E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020

KATA ALU-ALUAN
PENGETUA
SMK BANDAR BARU BATANG KALI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada sidang redaksi
majalah SEMBAKA edisi ke-19 kerana memberi
peluang kepada saya merakamkan bicara untuk
menjadi panduan dan dorongan kepada para
murid sekalian.

Kemunculan e-majalah sekolah ini merupakan
hasil kerjasama guru dan murid yang menunjukkan
daya kreativiti yang patut dibanggakan. Ia merupakan titik tolak khususnya
kepada para murid untuk menggarap potensi diri dalam bidang penulisan.
Dalam era globalisasi ini, murid perlu kepada pelbagai aspek pendidikan.
Sejajar dengan itu, ia dapat membentuk pelajar yang beraya maju dan
berketerampilan serta dapat mengakis daripada gejala-gejala yang tidak
sihat dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.

Di samping itu murid perlu peka terhadap permodenan dan kemajuan
teknologi pendidikan. Untuk mencapai tujuan tersebut, setiap murid
mestilah melengkapkan diri selaras dengan ilmu pengetahuan dan ciri-ciri
kemurnian, keperibadian yang mulia dan sahsiah yang sempurna.

Akhir kata, saya berharap, majalah ini dapat dijadikan lidah rasmi sekolah
dan pendokumetasian sepanjang tahun.

‘MANTAP DISIPLIN, PACU KECEMERLANGAN, CEMERLANG BERSAMA’

JAMALUDDIN BIN ABDUL KADIR

PENGETUA
SMK BANDAR BARU BATANG KALI

E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020

KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG
SMK BANDAR BARU BATANG KALI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
dan Maha Penyayang.

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat
Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya maka terbinalah
e-Majalah SEMBAKA ini. Saya mewakili Persatuan
Ibu bapa dan Guru (PIBG) juga mengucapkan syabas
dan tahniah kepada Jawatankuasa e-majalah sekolah
di atas kesungguhan mewujudkan majalah ini.

Adalah menjadi hasrat dan matlamat PIBG untuk bekerjasama dengan pihak
pentadbiran SMK Bandar Baru Batang Kali (SEMBAKA) dalam usaha memberi
pengetahuan kepada ibu bapa dan masyarakat di luar sana tentang aktiviti-
aktiviti yang telah dirancang dan akan dilaksanakan oleh PIBG dalam usaha
untuk meningkatkan prestasi sekolah kearah sekolah cemerlang pada tahun
2020. Sokongan yang diberikan oleh PIBG sama ada dalam bentuk material
ataupun moral diharapkan dapat membantu SEMBAKA merealisasikan
matlamat dan harapan ini. Saya pasti semangat juang dan dedikasi warga
sekolah dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam aspek akademik
dan juga sahsiah.

Bagi merealisasikan hasrat dan matlamat tersebut, PIBG khususnya Ahli
Jawatankuasa 2020/2021 akan sentiasa memberikan kerjasama yang
diperlukan. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru ahli-
ahli PIBG untuk bersama-sama memberikan idea, pendapat atau
maklumbalas kepada PIBG dalam usaha kita membantu pihak pentadbiran
sekolah menjalankan tanggungjawab mereka.

Semoga dengan terbinanya e-majalah ini, dapatlah pihak sekolah
menyalurkan segala informasi terkini berkaitan aktiviti sekolah dan PIBG
kepada ibu bapa dan masyarakat di luar sana. Di samping itu juga, para ibu
bapa dan masyarakat di luar sana bolehlah memberikan tindakbalas secara
langsung tentang hal yang berkaitan dengan sekolah melalui e-majalah ini.

Akhir kata, saya berharap agar semangat kerjasama dan sikap bersatupadu
yang sedia terjalin dari dulu hingga kini akan terus dikekalkan bagi
meningkatkan lagi tahap kecemerlangan SEMBAKA. Saya juga mendoakan
semoga semua guru dan pelajar-pelajar SEMBAKA dilindungi oleh Allah dan
mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang akan diceburi nanti.

Sekian,terima kasih. Wassalam.

EN ROSLAN BIN MAT RASHID

YANG DIPERTUA PIBG
SMK BANDAR BARU BATANG KALI

E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020

KATA ALU-ALUAN
KETUA PELAJAR
SMK BANDAR BARU BATANG KALI

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin melafazkan syukur
ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia
dari-Nya “SEMBAKA” iaitu majalah terulung bagi
SMK Bandar Baru Batang Kali edisi ke-19 dapat
diterbitkan lagi dengan jayanya.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Sidang Redaksi e-Majalah Sembaka
kerana memberi saya peluang mencoretkan sepatah dua kata buat
pembaca sekalian. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan
tahniah kepada pihak sekolah yang telah berjaya menerbitkan majalah ini
meskipun di dalam kemelut wabak Covid-19.

Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada guru-guru SMKBBBK kerana
pengorbanan dan tunjuk ajar mereka dalam memantapkan disiplin pelajar di
sekolah yang membawa kepada kemenjadian pelajar. Sesungguhnya, dalam
perkembangan teknologi maklumat, era globalisasi serta dunia tanpa
sempadan ini, kita sebagai pelajar seharusnya memperkasakan diri dengan
ilmu pengetahuan supaya kita menjadi seorang yang berdaya saing seperti
yang disarankan oleh kerajaan. Oleh itu, menjadi tanggunjawab kita untuk
menuntut ilmu bermula dari bangku sekolah sehingga akhir hayat bersesuaian
dengan konsep pendidikan sepanjang hayat.

Akhir kata, manfaatlah waktu remaja kita untuk mengecapi kebahagiaan
seiring dengan kejayan kita. Jadilah pelajar yang menghormati kedua ibu
bapa, guru-guru dan yang paling penting ialah sentiasa mengingati dan
melaksanakan segala perintah-Nya yang Maha Esa. Insya-Allah kejayaan
menjadi milik kita.

“Sembaka Boleh”

MOHAMMAD SALAHUDDIN BIN IBRAHIM

KETUA PELAJAR TAHUN 2020
SMK BANDAR BARU BATANG KALI

E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020

KATA ALU ALUAN
PENYELARAS E-MAJALAH SEMBAKA 2020

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan
setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana dengan izin-Nya sekali lagi SEMBAKA
edisi ke-19 dapat menemui pembaca khususnya
warga SMK Bandar Baru Batang Kali. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan
yang tidak terhingga kepada rakan-rakan guru dan JK e-Majalah yang
telah memberikan kerjasama yang baik dalam menghasilkan edisi ke-19 ini.
Buat julung kalinya, proses kerja dan pengumpulan bahan dilakukan
dalam suasana norma baharu demi merealisasikan hasrat sekolah
menerbitkan e-majalah ini. Oleh itu, saya mewakili Jawatankuasa
e-Majalah Sembaka 2020, dengan rasa rendah diri memohon maaf di atas
segala kekurangan dan kelemahan yang terdapat pada hasil penerbitan.
Diharap apa yang digarap dapat menyorot kembali peristiwa dan
pencapaian sekolah di sepanjang tahun 2020.
Semoga para guru dan murid SMK Bandar Baru Batang Kali sentiasa
bersemangat untuk terus menghasilkan karya yang berkualiti, kreatif dan
dinamik di masa akan datang.
Sekian, terima kasih.

NORMY HARLIZAH BINTI ABDULLAH

PENYELARAS E-MAJALAH SEMBAKA 2020
SMK BANDAR BARU BATANG KALI

E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020

JAWATANKUASA E-MAJALAH
SMKBBBK 2020

Pengerusi

Tn. Hj. Jamaluddin bin Abdul Kadir (Pengetua)

Timb Pengerusi

En. Zainudin bin Che Sab (Penolong Kanan Kokurikulum)

Naib Pengerusi 1

Pn. Jamilah binti Sulaiman (Pen. Kanan Kurikulum)

Naib Pengerusi 2

Pn. Norhayati binti Ariffin (Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi 3

Pn. Mariam binti Mat (Penolong Kanan Petang)

Penolong Naib Pengerusi 1

Pn. Hasmah binti Ahmad (GKMP Bahasa)

Penolong Naib Pengerusi 2

Pn. Kamisah binti Ahmad (GKMP Sains & Matematik)

Penolong Naib Pengerusi 3

En. Mohamad Zabidi bin Kamaruddin (GKMP Kemanusiaan) Penolong

Naib Pengerusi 4

En. Muhamad bin Resad (GKMP Tenik Vokasional)

Setiausaha

Pn. Normy Harlizah binti Abdullah (Penyelaras)

Penolong Setiausaha

Cik Noradhiah binti Othman (Ketua Editor)

AJK Grafik

Pn. Mazlina binti Rosli (Kelab Komputer/ICT)

AJK Media

En. Ahmad Shafarin bin Mawardi (Guru Media/Fotografi)

AJK Unit Laporan Khas

Pn. Jamaliah binti Awang (Laporan Pengurusan

Pentadbiran)

Pn. Toh Kiang Hwa (Laporan Kokurikulum)

Pn. Sadiah binti Mohd Kusny (Laporan Akademik)

En. Muhamad Aedi Hafriez bin Suhaimi (Laporan Sukan)

Pn. Ong Siew Ling (Laporan HEM)

AJK Unit Karya Kreatif

Pn. Norli binti Mansor (KP Bahasa Melayu)

Pn. Punitha A/P Anamalai (KP Bahasa Inggeris)

Cik Pravina A/P Muthuvel (KP Bahasa Tamil)

Pn. Looi Sook Han (KP Bahasa Cina)

Pn. Ruhaida binti Ali @ Awang (KP Bahasa Arab)

E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020

SEMBAKA

DI HATI

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha

berterusan ke arah lebih
memperkembangkan
potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan

untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang

berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri

serta memberikan
sumbangan terhadap

keharmonian dan
kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020

Visi KPM

Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera

Misi KPM

Melestarikan Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Matlamat Sekolah

Memperkasa Kecemerlangan
Ilmu Pengetahuan Murid
Dalam Kurikulum, Kokurikulum
dan Hal Ehwal Murid
Meningkatkan Kemahiran Berfikir
Meningkatkan Kemahiran Memimpin
Meningkatkan Kemahiran Dwibahasa
Murid Yang Beretika
Dan Nilai Kerohanian Yang Tinggi
Memperkasa Identiti Nasional

E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020

E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020

LENCANA

Berilmu MOTTO
Berdisiplin : Sekolah adalah sumber
Beramal
pelbagai ilmu pengetahuan
: Warga sekolah mengutamakan

disiplin demi kecemerlangan
: Setiap masa mengamalkan ilmu

yang diperolehi

Merah WARNA
Kuning
Putih : Berani dan tabah menghadapi
cabaran

: Taat dan patuh kepada guru
dan ibu bapa

: Kerelaan hati dan kesediaan
untuk menerima ilmu

Buku OBJEK
: Sumber ilmu pengetahuan
Glob
Jangka melalui pembacaan
Lukis : Bidang ilmu tanpa sempadan
: Ketepatan bertindak selaras

keperluan

E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020

DOA PELAJAR

Ya Allah, wahai Tuhan kami..
Kami bersyukur di atas segala kurniaan nikmat-Mu,
maka engkau berkatilah perhimpunan ini, mudahkanlah
segala urusan kami sepanjang minggu ini, leraikanlah
segala masalah yang akan menimpa kami, peliharalah

kami daripada melakukan kesalahan..

Ya Allah, wahai Tuhan kami..
Ampunilah segala dosa kami, dosa kedua ibu bapa
kami, muliakanlah kami dengan keimanan, hiasilah diri
kami dengan kelembutan budi bahasa dan ketinggian

kesopanan, ceriakanlah kehidupan kami dengan
keselamatan dan kesempurnaan kesihatan, kekalkanlah

hubungan di antara kami dengan ikatan kasih saying
dan persaudaraan..

Ya Allah, wahai Tuhan kami..
Bukalah kepada kami pintu hikmah-Mu, terangkanlah
hati kami dengan ilmu pengetahuan, ingatkanlah kami

apa yang telah kami lupa, ajarkanlah kepada kami
untuk beramal dengan penuh keikhlasan..

Ya Allah, wahai Tuhan kami..
Rahmatilah guru-guru kami, berkatilah amalan kerja
mereka, jadikanlah mereka sebagai pendidik yang kami
hormati, melaksanakan tugas mendidik kami menjadi
pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia, berjaya

dalam akademik, cemerlang dalam sahsiah dan
peribadi..

Aamiin..

E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020

IKRAR PELAJAR

Bahawasanya kami, pelajar-pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang
Kali dengan penuh tanggungjawab berikrar
dan berjanji untuk bersaing demi mencapai
kecemerlangan berdasarkan perkara yang

berikut:

Mencapai keputusan yang cemerlang
dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan

Hal Ehwal Murid

Mendisiplinkan diri kami
dengan mematuhi peraturan sekolah

Memperkasakan akhlak mulia
berlandaskan agama dan nilai-nilai murni

Berusaha menguasai ilmu dan kemahiran
selaras dengan

misi dan visi sekolah

Menjadi pemimpin pelajar yang
bertanggungjawab dan meningkatkan

maruah diri, sekolah, masyarakat
dan Negara.

E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020

LAGU SEKOLAH

Wawasan Murni

Wawasan gemilang
Cita-cita dijunjung
Memberikan kejayaan

Warga kita

Bersatu berjanji
Menggapai cita murni

Harapan ibu pertiwi
Itu janji kami

Korus :
Berilmu melahirkan warga yang cemerlang

Berdisiplin membentuk peribadi
yang gemilang

Beramallah kita dengan sungguh hati
SMK Bandar Baru Batang Kali..

Lagu dan lirik oleh:
Encik Azlan Kamal Nazyunniyah

E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020

SEJARAH SEKOLAH

Pembukaan SMK Bandar Baru Batang Kali bermula dengan pelantikan Pn. Rohaini
binti Hayon sebagai Pengetua pada 1 Disember 2000. Beliau diarahkan membuka sekolah
baharu mulai sesi 2001. Semasa mendapat surat pelantikan dan surat arahan, beliau diberi
senarai nama guru yang akan berkhidmat di sekolah ini. Usaha telah dijalankan sebulan
sebelum sesi 2001 bermula.

Satu mesyuarat pengurusan sekolah telah dijalankan bersama-sama dua orang
Penolong Kanan yang dicadangkan iaitu Pn. Lan Rasni bt. Talib sebagai Penolong Kanan 1
dan Encik Ahmad Niza sebagai Penolong Kanan HEM. Perbincangan menyentuh tentang
penerimaan kemasukan murid baharu ke Tingkatan 1 tahun 2001 dan sebanyak 7 buah
kelas akan dibuka. Pada Januari 2001, pelajar-pelajar SMK Bandar Baru Batang Kali seramai
277 orang dan guru berjumlah 23 orang telah memulakan sesi persekolahan dengan
menumpang SMK Syed Mashor pada sebelah petang. Walaupun serba kekurangan
dengan jumlah staf sokongan seramai 2 orang dan saiz pejabat yang kecil, persekolahan
tetap berjalan lancar.

Pada Mac 2001, pra penyerahan bangunan sekolah dilakukan oleh pihak JKR.Pihak
pentadbir sekolah telah menyemak dan mengkaji kerosakan bangunan sebelum
penyerahan secara rasmi dilakukan. Pada masa yang sama, pihak pengurusan telah
memohon peralatan pejabat serta keperluan lain dan pada bulan April segala peralatan
kelas dapat disediakan. Penyerahan sebenar telah dilakukan pada 5 April 2001. Dalam
tempoh sebulan, sekolah perlu bersedia sebelum memulakan operasi selepas cuti penggal
iaitu pada 26 Mei 2001.

Dengan usaha pihak pengurusan sekolah, program gotong-royong telah dijalankan
sebanyak 2 kali untuk membersihkan kawasan, menyediakan bilik sembahyang, bengkel,
dan kelas-kelas yang hendak dibuka sahaja. Gotong-royong ini dijayakan bersama oleh
guru-guru, ibu bapa serta pelajar-pelajar Tingkatan 1. Majlis bacaan yasin dan solat sunat
hajat dijalankan sebelum penggal baharu dibuka. Akhirnya dengan usaha pengetua serta
pihak pentadbir yang lain, SMKBBBK akhirnya berjaya direalisasikan pembukaannya pada
26 Mei 2001 (Sabtu). Sebagai sebuah sekolah baharu, sekolah telah menerima geran
permulaan sebanyak RM50,000 untuk membeli bahan-bahan serta peralatan lain selain
daripada perabot dan peralatan pejabat.

Pada tahun 2002, 9 buah kelas lagi dibuka untuk Tingkatan 1 dan 3 kelas Tingkatan 4.
Pelajar-pelajar Tingkatan 4 dipindahkan daripada SMK Syed Mashor dan pelajar sekolah
lain yang tinggal berdekatan kawasan sekolah. Sekolah menerima guru-guru baharu yang
bertukar dari sekolah-sekolah lain. Sehingga November 2002, seramai 47 orang guru
berkhidmat di sekolah ini dengan pelajar berjumlah 611 orang. Pelbagai prasarana berjaya
dilengkapkan seperti padang bola, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Bimbingan & Kaunseling, bilik
guru, bengkel-bengkel Kemahiran Hidup serta setor sukan sesuai dengan pertambahan
bilangan guru dan pelajar. Pada tahun 2003, bilangan guru meningkat kepada 69 orang
dan jumlah pelajar keseluruhannya ialah 1148 orang.

Pada 14 Januari 2011, Pn. Rohaini bt. Hayon telah menamatkan perkhidmatan
sebagai pengetua SMKBBBK dan majlis persaraan diadakan untuk mengenang jasa dan
mengucapkan selamat tinggal kepada beliau yang telah menjadi pengetua sekolah ini
selama 10 tahun. Pada 22 Jun 2011, bermulalah era baharu dengan pelantikan Dr. Hj. Wan
Mohd Tahir bin Wan Ibrahim, sebagai Pengetua Cemerlang SMK Bandar Baru Batang Kali
sehingga beliau bersara pada 18 Jun 2017.

Mulai 19 Jun 2017, SMK Bandar Baru Batang Kali telah diterajui oleh Pengetua baharu
iaitu Tn. Hj. Jamaluddin bin Abdul Kadir yang terus memacu sekolah ke arah
kecemerlangan bagi tahun-tahun berikutnya.

E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020

MANTAP DISIPLIN
PACU KECEMERLANGAN

CEMERLANG BERSAMA

E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020

PELAN SEKOLAH

E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020

SEMBAKA

PENTADBIR, GURU
DAN KAKITANGAN





GKMP BAHASA GKMP SAINS & GKMP GKMP TEKNIK
HASMAH BINTI MATEMATIK KEMANUSIAAN & VOKASIONAL
MUHAMMAD
AHMAD KAMISAH BINTI MOHAMAD
AHMAD ZABIDI BIN BIN RESAD
KAMARUDDIN

NORAMAH BT NOORAZREENA NOR AINI BT ROSLAN BIN
ABAS OMAR
JAMIL BT AZIZ

GURU BAHASA INGGERIS

KP BAHASA NORMY NORHAMIMAH PHUVANAH A/P
INGGERIS HARLIZAH BINTI MOHANARAJAN
PUNITHA A/P BINTI ABDULLAH
ANAMALAI ABDULLAH

SUBRAMANIAM NURUL AMIN BIN KHAIRIL IZHAR RAZIAH BINTI

A/L MANJINI ABDUL MANAN BIN KAMARUDIN IBRAHIM

GURU B.CINA GURU B. ARAB GURU B. TAMIL

KP BAHASA CINA KP BAHASA ARAB KP BAHASA TAMIL
LOOI SOOK HAN RUHAIDA BINTI ALI PRAVINA A/P
MUTHUVEL
@ AWANG

GURU BAHASA MELAYU

KP BAHASA SITI ROHANI BT ZURAINI BINTI
MELAYU ISMAIL ABU

NORLI BINTI
MANSUR

HISHAMMUDDIN NOOR AINI JAMALIAH MOHD NAZIM
BINTI AHMAD BIN ABD AZIZ
BIN IDRUS BINTI SHAFIEE

LAILA WATI NADIAH BINTI MIMI RAHAYU ENI NORYANI
BT ALIAS MUHAMAD BINTI RAMLI BINTI CHE

NORDEEN @
RAMLI

GURU MATEMATIK

KP MATEMATIK KP MATEMATIK KP PEND SIVIK SITI JULIYANA
SERIWATI BINTI TAMBAHAN & KWRG BINTI YAMIN

MOHAMAD NOR HARYANTI BINTI ROZITA BINTI
YUSOP MOHD. ARSHAD OMAR

SITI AISAH BINTI ZULHASNITA ROZAIMAH FAEZAH BINTI
NASARUDIN BINTI ZULKIFLI BINTI RAMLI SHAHARUDDIN

NORSHAHIMA MAILA BT. MD. HAZMAN BIN JAMALIAH BT
BINTI ABDUL ZIN HAMAD AWANG
MUTTALIB

GURU SAINS

KP SAINS KP KIMIA KP FIZIK KP BIOLOGI
SURIANI BINTI NURHALINA AHMAD MAISARAH
SHAFARIN BIN LUBIS BINTI
SUDIN BINTI ALI MAWARDI MD YUSOF

SADIAH BT AZHARI BIN ZAWANI BT RUSLAINI
MOHD KUSNY ZAINAL MAHAZIR BINTI

SALLEHUDDIN

ZARINA BINTI VIJAYA A/P. ZAINI BINTI
MAT ZAIN RENGASAMY MAT ISA

GURU PENDIDIKAN ISLAM

KP PEND KP TASAWWUR NORAZLINDA FAIZAH BINTI
ISLAM SABARIAH BINTI ASRI
AZIMAH BINTI BINTI
AYOP ABDULLAH MUHAMMED
WAZIR

NOUR SHARIFAH NURSHAHAZWANI MOHD AMZAR NUR AMIRA
AMIRAH RAHIMAH BINTI ABDUL BIN MOKTAR BINTI AHMAD
BINTI ABDUL RANI MANAF
LOPY

GURU PENDIDIKAN MORAL

NAZILAH BINTI
SAID

KP PENDIDIKAN MORAL WAN NUR RAIHAN
NOOR ADILA BT. ZAINAL BINTI W MAHMOD

ABIDIN

GURU SEJARAH

KP SEJARAH SEAMALATHAVY SITI FAIROS BT ONG SIEW
BADARIAH A/P ZAES LING
BINTI MOHD
RENGASAMY
YATIM

MOHD. SITI
ZAWAWI BIN NORSYAMSINA
MOHD. ZAIN BINTI NORDIN

GURU GEOGRAFI

KP GEOGRAFI NORASIKIN AMY EMYRA SALIDA BINTI
FARIDAH BINTI BINTI MOHD ALI BINTI RAMLI SAHLI
ABDUL RAOF

GURU PENDIDIKAN SENI

KP PEND SENI NOR MARINI SALAMAH BT NOORLIZHA
NORZALIZA BINTI AHMAD ATAN BINTI
BINTI ARIFFIN
ABDULLAH

GURU PENDIDIKAN JASMANI

KP PEND MUHAMMAD MUHAMMAD TOH KIANG
JASMANI AEDI HAFRIEZ HELMI AZHAR HWA
SAMSIAH BINTI BIN SUHAIMI
BIN ZAINAL
TAIB

TAN YING GAY NURUL 'IZZAH MOHD AZRUL BIN
BINTI ISMAIL MUSTAFA

GURU REKABENTUK & TEKNOLOGI

KP RBT KP AKAUN KHAIRIL NIZAM ROSNANI BINTI
ASMARIWATI NORITA BINTI BIN ABD. SAMAD
BINTI MOHD
WAHID KHAIRUDDIN
BOHORI

YUSNIZA BINTI HASLIYANA NORADHIAH BT SA'ADIAH BINTI
CHE OMAR IBRAHIM
BINTI HAMZAH OTHMAN

ROSZANA BINTI YOGESHWARY A/P HASLINDA BINTI
RAMLI GANASAM HAMZAH

KP EKONOMI KP GRAFIK KOMUNIKASI
AZURA BINTI TEKNIKAL

AHMAD MAZLINA BINTI ROSLI

KP MATA PELAJARAN GURU MPV
VOKASIONAL MOHD ZAMANI B.
ABDULLAH SAPAR
RIZA BIN ZAKARIA

KP PERNIAGAAN KP SAINS RUMAH
AZUANA HANY TANGGA
BINTI ABDULLAH
HANIZA BINTI YUSOFF

BERSARA BERSARA NAIK PANGKAT
6 MAC 2020 11 JULAI 2020 PK HEM SMK SB
OKT 2020

NAIK PANGKAT BERPINDAH BERPINDAH
GKMP SMK SMK AP SMK KKB
GEDANGSA OKT 2020 JUN 2020
OKT 2020

BERPINDAH BERPINDAH 1. NORAMI BINTI DIN
JUN 2020 JAN 2020 2. MOHAMMAD ALI BIN

DAUD
3. NOR AKMAR BINTI

MANAP
4. AHMAD SHUBKI B

MOHAMAD ZAINI
5. NORIZAN BT. MAT LAHIM
6. SITI IZZUWANI BINTI

IZHAR
7. FAREENA NABILAH
8. NAJWA BINTI MANSUR



KETUA PENGAWAS PEN.KETUA PENGAWAS 1 PEN.KETUA PENGAWAS 2 SETIAUSAHA
IZZATI SYAMIMI
SALAHUDDIN FARIZ IZWAN PUTRI ALIAH

BENDAHARI AJK AJK AJK
AOURA RACHAL KHAIRINA BALQIS WAHYU RAFIZIE AYU ARDYANITA

AJK AJK AJK
LOW KA JUN DANIAL HAZMI QISTINA ZULFATI

CIKGU SITI JULIYANA CIKGU ENI NORYANI CIKGU ROSLAN GURU PEMBIMBING PENGAWAS

CIKGU NURUL AMIN CIKGU NUR AMIRA CIKGU LOOI SOOK HAN

ATILIA FITRI BALQIS

NAZARUL MUIZ SUHAILA

ATIQAH RAIS QAYYUM
NATASHA
SYAZWINA FARRIS





SEMBAKA

PRESTASI DAN
KECEMERLANGAN MURID

DATA DAN STATISTIK
ENROLMEN PELAJAR 2020

Tingkatan Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah
Kelas Lelaki Perempuan Beragama Bukan Murid
Islam Beragama
Islam

Peralihan 1 11 9 0 20 20
11 156
Tigkatan satu 11 182 179 265 70 335
11 166
Tingkatan Dua 11 146 164 266 80 346
10 152
Tingkatan Tiga 175 261 80 341
55 813
Tingkatan 181 249 78 327
Empat
Tingkatan 168 243 77 320
Lima
876 1284 405 1689
Jumlah

Data dan Statistik Enrolment Pelajar 2020 (mengikut jantina)

200

180

160

140

120

100

80

60

40

20

0 Tigkatan satu Tingkatan Dua Tingkatan Tiga Tingkatan Empat Tingkatan Lima
Peralihan

Jumlah Lelaki Jumlah Perempuan

ANALISIS PENCAPAIAN PT3 2019

SENARAI MURID TERBAIK PT3 2019

BIL NAMA MURID KEPUTUSAN

1 TEE MING YUEH 8A 1B
2 SERI NADHRAH BINTI BASER 6A 3B
3 NUR FARAH HUDA BINTI MUHAMMAD REJAB 6A 1B 2C
4 SOFIEA BINTI ABDUL RAHMAN 4A 2B 3C
5 ONG JIA HONG 4A 3B 1C 1E
6 MUHAMMAD ARIF SHAHMI BIN SHAHARUDDIN 4A 3B 1D 1E
7 AINA ASYIQIN BINTI ASMI 4A 2B 2C 1E
8 SRI ABBA BINTI ABDUL GHANI 3A 5B 1C
9 MUHAMMAD DANIAL BIN JAMALUDDIN 3A 4B 2C
10 NUR NABILA IZZATI BINTI AMIR KHAIRI 3A 3B 1C 2D
11 MUHAMMAD KHAIRI HAFIZ BIN MOHD AMIN 3A 3B 2C 1D 1E
12 NUR NAJIHA BINTI SHAHUDIN 3A 1B 4C 1D
13 SOFEA KHAIRUNNISA BINTI MOHAMAD KHAIRI 3A 1B 3C 2D
14 IMANNUR RUMAISHA BINTI AZRIN 3A 1B 2C 1D 2E

PELAJAR CEMERLANG PT3

Tee Ming Yueh

Nur Farah Huda

Seri Nadhrah

ANALISIS PERBANDINGAN MENGIKUT MATA PELAJARAN SPM
2018 – 2019 (TERAS)

PERATUS LULUS (%)

100% 91.35% 85.59%
90% 79.85%
80% 85.39% 82.23% 80.40% 79.44% 81.73%
70%
60% 69.35% 74.33%
50%
40% 68.42%
30%
20% 59.52% 62.21% 57.10%
10%
Peratus 0%

2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019

BAHASA BAHASA PENDIDIKAN PENDIDIKAN SEJARAH MATEMATIK SAINS
MELAYU INGGERIS
ISLAM MORAL

Mata pelajaran Teras

GPK

8.00 7.18 7.20

7.00 5.87 6.39 5.86 5.91 5.79 6.05 5.88
6.00 4.81 5.16
5.00 4.93 5.26 5.26

GPS 4.00

3.00

2.00

1.00

0.00
2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019

BAHASA BAHASA PENDIDIKAN PENDIDIKAN SEJARAH MATEMATIK SAINS
MELAYU
INGGERIS ISLAM MORAL

Mata pelajaran Teras

ANALISIS PERBANDINGAN MENGIKUT MATA PELAJARAN
SPM 2018 – 2019 (ELEKTIF)

PERATUS LULUS (%)

100.00% 100.00% 100.00% 100.00% 100.00%

100% 90.90% 90.57% 87.88% 92.50% 89.19%
90%
80% 77.50% 72.90%
70%
60% 58.10% 58.62%
50%
Peratus 40%
30%
20%
10%
0%

2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019

GEOGRAFI PENDIDIKAN TASAWWUR PRINSIP PERNIAGAAN EKONOMI GKT
SENI VISUAL
ISLAM PERAKAUNAN

Mata pelajaran Elektif

GPK

8.00 7.66
7.00
6.37 6.88 6.57
6.05

6.00 5.12 4.61 4.33 4.86 5.00

GPS 5.00 4.32
4.00 3.39 3.80

3.04

3.00

2.00

1.00

0.00
2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019

GEOGRAFI PENDIDIKAN TASAWWUR PRINSIP PERNIAGAAN EKONOMI GKT
SENI VISUAL ISLAM
PERAKAUNAN

Mata pelajaran Elektif

ANALISIS PERBANDINGAN MENGIKUT MATA PELAJARAN
SPM 2018 – 2019 (ELEKTIF)

PERATUS LULUS (%)

100.00% 100.00% 100.00% 100.00% 100.00% 100.00% 90.48% 86.20% 94.12% 100.00% 100.00% 100.00%

100% 65.45% 65.50%
90%
Peratus 80%
70%
60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%

2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019
FIZIK KIMIA BIOLOGI BAHASA CINA BAHASA TAMIL
MATEMATIK SAINS RUMAH
TAMBAHAN TANGGA

Mata pelajaran Elektif

GPK

8.00 7.15 7.79
7.00 6.55 7.19

6.00 5.21 5.14 5.28

5.00 4.17 4.59 4.47

GPS 4.00 3.54 3.25 3.13 3.18

3.00

2.00

1.00

0.00
2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019

MATEMATIK FIZIK KIMIA BIOLOGI SAINS RUMAH BAHASA CINA BAHASA TAMIL
TAMBAHAN TANGGA

Mata pelajaran Elektif

SENARAI MURID TERBAIK SPM 2019

Bil NAMA PELAJAR TING BIL. A CATATAN
1 GOVENTH A/L CHANDIRAMURTHI SN 10A SEMUA A
2 TEE MING JUN SN 8A
3 DANIAL BIN DAMANHURI SN 7A
4 NUR AIN FARHANA BINTI SALEHUDDIN GKT
5 NUR RABIA'TULADAWIYAH BINTI ABD RAJES GKT 6A
6 IZZATUL WIDAD BINTI AZMAN SN
7 JUNI DIANA BINTI ABDUL JALIL SN 5A
8 NUR AYUNI NADIRAH BINTI JUHARI SN
9 SITI SYAFIKHA BINTI HARUN SN
10 KHAIRUNNISA BINTI IDRIS GKT
11 MAIZURA BINTI ZULKAFLI GKT
12 NUR NABILA HUDA BINTI AZHAR GKT
13 NURIN EWANI BINTI SHAHUDIN GKT

14 MARK ANTONY LIM GEO
15 AQILA HUSNA BINTI ABDUL HAMID
16 DHARSHINIE A/P GUNASEGAR SN
17 NOR AFIFAH ILYANA BINTI NOORAZLAN SN
18 SITI FATIMAH BINTI NURUL HUDA SN
19 SYAFIQ HAIKAL BIN SAMARUDIN SN
20 AMIRATULHAIDAH BINTI ABU BAKAR SN
21 NUR HAFIZAH BINTI ABDULLAH SANI GKT
22 NUR IZZAH ELLY SUFFIAH BINTI HAIRUL ZAMAN GKT
23 NURSYAZANA IRDINA BINTI MOHD ZASHAHIDIN GKT
24 SITI NUR TASNIM BINTI ANUAR GKT
25 CHANG XIU TING GKT
26 NOR ALIA ADRINA BINTI NIZAM
27 SITI NUR ARFAH BINTI MOHAMED HANAFIAH AK
28 NUR ZAWANEE BINTI ZABIDI AK
29 YONG XUEFEN AK
GEO
BIZ 2


Click to View FlipBook Version