The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR AININA BINTI MUKHTAR IPG-Pelajar, 2024-03-09 22:40:47

BUKU LOG_NUR AININA BINTI MUKHTAR_BM G

Blue & Yellow Modern Page Border

NAMA NUR AININA BINTI MUKHTAR KURSUS MPU 3441: KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET 1 KUMPULAN MELOR KELAS BAHASA MELAYU G ANGKA GILIRAN 2021232340439 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PERLIS


Ainina Mukhtar Assalamualaikum W.B.T. terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kerana dengan izin Allah saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Pertamanya, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Jurulatih-Jurulatih Pandu Puteri Kadet selaku pembimbing MPU 3441 - KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET 1 yang telah mengajar dan membimbing saya melakukan tugasan ini tanpa kenal erti penat dan lelah. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga saya atas sokongan yang diberikan kepada saya selama saya belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Akhirulkalam, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu saya menyelesaikan tugasan ini tanpa mengeluh . Sekian terima kasih. PENGHARGAAN


BIL PERKARA MUKA SURAT 1 BIODATA DIRI 1 2 BIODATA KUMPULAN 2 3 PRINSIP ASAS PANDU PUTERI 3 4 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI 15 5 SEJARAH PANDU PUTERI 33 6 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN 39 7 CARTA ORGANISASI PANDU PUTERI 48 8 KEMAHIRAN ASAS PANDU PUTERI 58 9 ORIENTASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH 74 10 LAPORAN 79 IPGM Kampus Perlis ISI KANDUNGAN


1 IPGM Kampus Perlis BIODATA DIRI NAMA : NUR AININA BINTI MUKHTAR KELAS : BAHASA MELAYU G AMBILAN : JUN 2021/2026 ANGKA GILIRAN : 2021232340439 HOBI : MEWARNA KAMPUS : IPGMK PERLIS TEMPAT TINGGAL : PERAK


KUMPULAN 1 : MELOR BIL NAMA 1 NUR ANIS IZZATI BINTI ZULKIFLE 2 NUR DINI BINTI RIDZUAN 3 NUR QHAIRINA BINTI SHARUL NIZAM 4 NUR AFRINA IWANIE BINTI ROSLAN 5 NURZULAIKHA BINTI RIZALSANI 6 DEVASHIINI A/P NATHAN 7 AIDA IZZATI BINTI AHMAD NOH 8 NUR AININA BINTI MUKHTAR 9 ARFAH IZZATY BINTI MUHAMAD FAHDIN 10 NURADREEANA ARRISA BINTI AZNUREEN 11 ADRIANA YASMIEN BINTI ANOUR 12 NOOR DINI BINTI MOHD SOID 13 NUR BATRISYIA FITRY BINTI ABDUL AZIZ IPGM Kampus Perlis BIODATA KUMPULAN 2


PRINSIP ASAS PANDU PUTERI


Simbol Maksud Trefoil (3 Cabang) 3 bahagian Persetiaan Pandu Puteri 2 bintang Melambangkan Persetiaan dan Undang - Undang yang menjadi pedoman hidup Jalur Tajam Melambangkan jarum kompas yang sentiasa menjadi petunjuk ke jalan yang benar Tapak Perasaan kasih sayang semua manusia yang sentiasa bernyala dalam jiwa Pandu Puteri IPGM Kampus Perlis LENCANA PANDU PUTERI DUNIA PRINSIP ASAS PANDU PUTERI Trefoil (Tiga Cabang) 2 Bintang Tapak Jalur Tajam 4


Simbol Maksud Trefoil 3 bahagian ikrar Pandu Puteri Bintang Pecah 14 13 buah negeri di Malaysia dan 1 pecahan lagi yang menghala ke atas, melambangkan jarum kompas yang bermaksud petunjuk jalan yang benar IPGM Kampus Perlis LENCANA PANDU PUTERI MALAYSIA PRINSIP ASAS PANDU PUTERI Trefoil Bintang Pecah 14 5


IPGM Kampus Perlis PANJI-PANJI PANDU PUTERI PRINSIP ASAS PANDU PUTERI BENDERA PANDU PUTERI DUNIA BENDERA PANDU PUTERI MALAYSIA Bendera Dunia merupakan bendera rasmi WAGGGS. Penggunaanya diluluskan pada tahun 1930 di Persidangan Dunia yang diadakan pada tahun itu. Pepina dan Bendera Dunia yang baru ini diterima pada Mac 1991 selepas Upacara Perasmian PAX LODGE. 3 petak kuning menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan. Bahagian Putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri terhadap keamanan. Lencana Dunia berwarna kuning emas dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanakkanak di dunia. Bendera Pandu Puteri Malaysia dikibarkan pada setiap perhimpunan Pandu Puteri peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah. Ia juga dikibarkan di Rumah Pandu Puteri atau Pejabat Pandu Puteri kebangsaan atau negeri. Latar belakang keseluruhan bendera ini berwarna biru. Lencana Pandu Puteri Malaysia yang berwarna kuning emas diletakkan di tengah-tengahnya. Ia membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia. Perkataan Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengelilingi lencana tersebut. 6


LAGU TAPS SIANG Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Our way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song. LAGU TAPS MALAM Kami puji, nikmat diberi Matahari, bintang-bintang, Langit biru, mana pergi, Hidup kami, Tuhan saksi Thanks and praise, for our days, Neath the sun, neath the stars, Neath the sky, as we go, This we know, God is nigh. Malam datang, siang hilang, Dari laut, dari gunung, dari langit, Semua selamat, sihat rehat Berkat Tuhan. Day is done, gone the sun, From the sea, from the hills, from the sky, All is well, safely rest, God is nigh. IPGM Kampus Perlis LAGU-LAGU PANDU PUTERI PRINSIP ASAS PANDU PUTERI LAGU DUNIA 7


IPGM Kampus Perlis KUMPULAN BERENAM PRINSIP ASAS PANDU PUTERI LAMBANG KUMPULAN BERENAM LAGU KUMPULAN BERENAM Bunga Siantan Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan. Bunga Melor Melor taat dan setia Berusaha setiap masa. Bunga Kenanga Kami bernama kenanga Berjasa bertenaga. Bunga Cempaka Cempaka bersukaria Menolong orang duka. Bunga Kesidang Kami kesidang datang Menolong pagi dan petang.. Bunga Teratai Teratai nama kami Bekerja setiap hari. Lagu Pandu Puteri Tunas Puteri Tunas bertujuan Menolong dan berkawan. Bunga Siantan Bunga Melor Bunga Kenanga Bunga Chempaka Bunga Kesidang Bunga Teratai 8


Bahawa dengan sesungguhnya, Saya berjanji dan bersetia, Dengan sedaya upaya, Menunaikan kewajipan saya terhadap Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia, Menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri. IPGM Kampus Perlis PERSETIAAN DAN COGAN KATA PANDU PUTERI PRINSIP ASAS PANDU PUTERI “SELALU SEDIA” “BE PREPARED” “Selalu Sedia” merupakan cogan kata Pandu Puteri yang bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan atau balasan. PERSETIAAN PANDU PUTERI COGAN KATA PANDU PUTERI 9


IPGM Kampus Perlis UNDANG-UNDANG DAN PIAGAM PANDU PUTERI PRINSIP ASAS PANDU PUTERI UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI COGAN KATA PANDU PUTERI Seorang Pandu Puteri: Boleh dipercayai Sentiasa taat dan setia Suka menolong orang lain Bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan ahli pandu puteri yang lain. Sentiasa bersopan santun Melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar Sentiasa menurut perintah Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. Sentiasa berjimat cermat Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. Pandu Puteri Malaysia sentiasa: Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui Program Pandu Puteri. Melahirkan ahli yang berkaliber. Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni. Menampilkan ahli sebagai warganegara yang sihat dan berguna. Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apaapa ganjaran. 10


VISI PANDU PUTERI Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan. Taking the lead in developing the potential of girls and women for change. IPGM Kampus Perlis VISI DAN MISI PANDU PUTERI PRINSIP ASAS PANDU PUTERI MISI PANDU PUTERI Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai pandu puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa. Girl Guides Association Malaysia is committed to develop girls and women of calibre through internationalization of girl guilding knowledge, skills and values to benefit the society and country. 11


IPGM Kampus Perlis OBJEKTIF DAN NILAI PANDU PUTERI PRINSIP ASAS PANDU PUTERI OBJEKTIF Objektif am Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ialah untuk membantu mendidik dan melatih wanita remaja dan dewasa supaya bersifat taat setia, berdikari, berdisiplin, sedia memberi khidmat, berinisiatif dan berdaya kreatif. Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan warganegara yang peka, berguna, bersih, cekap, amanah dan bertimbang rasa terhadap orang lain. NILAI PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa: Integriti Kejujuran Hormat-menghormati Toleransi Kasih sayang Bantu-membantu 12


IPGM Kampus Perlis HORMAT PANDU PUTERI PRINSIP ASAS PANDU PUTERI CARA HORMAT PANDU PUTERI Cara Pandu Puteri memberi dan menerima hormat sama seperti hormat Pengakap. Semasa memberi hormat ini, tangan hendaklah diangkat separas dengan dahi dan berdiri dalam keadaan sedia. MAKSUD HORMAT PANDU PUTERI 3 jari menunjukkan 3 bahagian Peretiaan Pandu Puteri. Ibu jari yang diletakkan di atas jari kelingking bermaksud yang kuat membantu yang lemah. PENGGUNAAN HORMAT PANDU PUTERI Semasa berjumpa dengan D.Y.M.M Sultan-sultan negeri, raja-raja, pembesar-pembesar negara dan negeri, pemimpin Pandu Puteri negara, negeri, daerah dan kumpulan Semasa menerima hadiah dan kurniaan. Semasa istiadat mengibar bendera. Semasa memberi penghormatan kepada jenazah. 13


IPGM Kampus Perlis JABAT TANGAN PANDU PUTERI PRINSIP ASAS PANDU PUTERI CARA JABAT TANGAN PANDU PUTERI Berjabat tangan ialah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Berjabat tangan sesama ahli pandu puteri dengan menggunakan tangan kiri. Berjabat tangan dengan orang lain selain daripada ahli pandu puteri dengan menggunakan tangan kanan. 14


PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI


IPGM Kampus Perlis PERKARA 1 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun 2006, Berikut ialah Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991. Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanakkanak perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang telah dilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang tertera di bawah. PERKARA 1 - NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. 16


IPGM Kampus Perlis PERKARA 2 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI PERKARA 2 - KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang dilhamkan olen pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malavsia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi vang tidak berasaskan keuntungan. Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya: menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang Kepanduan. Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: 1.Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai 2.Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia 3.Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain 4. 5.Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun 6.Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar 7.Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan 8. 9.Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat 10.Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan 17


IPGM Kampus Perlis PERKARA 2 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI 2.1 KAEDAH Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi: Komitmen melalui Persetian dan Undang-Undang Perkembangan kendiri yang progresif Pembelajaran melalui perbuatan Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa Khidmat masyarakat Aktiviti luar Simbolisme 2.2 KEANGGOTAAN Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa. kerakvatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan. Ahli Aktif Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi: Bahagian Kepanduan Pandu Puteri Pra-Tunas Pandu Puteri Tunas Puteri Remaja Pandu Puteri Renjer Pandu Puteri Kadet Pandu Puteri Siswi Pandu Puteri Dewasa 5-25 tahun 6 tahun ke bawah 6 - 12 tahun Pandu 12 - 15 tahun 15- 18 tahun +18 tahun +18 tahun +18 tahun 18


IPGM Kampus Perlis PERKARA 2 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI Bahagian Dewasa Pemimpin Tidak Berwaran Penolong Pemimpin Pemimpin Jurulatih Pesuruhjaya Guild Mantan Pesuruhjaya Guild Pandu Puteri Raja Guild Trefoil Ahli Tidak Aktif Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang 1 telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat. Ahli Kehormat Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan penting, serta individu- individu, termasuk Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan PemimpinPemimpin yang tidak lagi memegang waran. +18 tahun 418 tahun +18 tahun +21 tahun +24 tahun +24 tahun +30 tahun +18 tahun +24 tahun 19


IPGM Kampus Perlis PERKARA 3 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesurujaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan. Perletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan peletakan jawatan tersebut. Keanggotaan mana-mana ahli bole dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu 'Court of Honour' akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurangkurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada 'Court of Honour" adalah muktamad. PERKARA 3 - TUJUAN DAN OBJEKTIF Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ali Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu : Mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-Prinsip Asas; Melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia; Menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia; 20


IPGM Kampus Perlis PERKARA 4 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI Untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 4 - LENCANA USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya seta tertulis perkataan "Persatuan Pandu Puteri Malaysia " di dalam bulatan di sekelilingnya bawahnya. Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia . Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keah lian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana, Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan . 21


IPGM Kampus Perlis PERKARA 6 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya. USUL 3: Sekiranya berkemungkinan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh Pegawai di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35 tahun, 40% di antara umur 35 hingga 60 tahun, and 30% di atas umur 60 tahun . USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah merupakan ahli e x officio Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan pentadbiran Ibu Pejabat Kebangsaan dan di atas perlaksanaan tugas yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex officio tambahan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan dari semasa ke semasa. 6.3 Kekerapan Mesyuarat Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. 6.4 Korum dan Kuasa Pengundian Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang-undang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. 22


IPGM Kampus Perlis PERKARA 5 & 6 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI PERKARA 5- PENAUNG Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut: Mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja. Menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 6 - LEMBAGA EKSEKUTIF Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu. 6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut: Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan 1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6. Pesuruhjaya Guild Kepanduan 23


IPGM Kampus Perlis PERKARA 6 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan 1. Pesuruhjaya Antarabangsa 2. Pesuruhjaya Program & Latihan 3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 4. Pesuruhjaya Keahlian 5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6. Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa 6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada Ahli- Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Yang Dipertua Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia Timbalan Yang Dipertua USUL 2: Calon yang dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir, calon bolen terus dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, tanpa had tempoh keseluruhannya. 24


IPGM Kampus Perlis PERKARA 6 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI Ketua Pesuruhjaya Calon yang dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya akan memegang jawatan untuk tempoh lima tahun. Tempoh tersebut tidak boleh disambung selanjutnya. Calon-calon yang dipilih sebagai Bendahari Kehormat, Setiausaha Kehormat, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan PesuruhjayaPesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan akan memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun. Calon-calon tersebut boleh terus dipilih untuk tempoh tiga tahun selanjutnya. sehingga had tempoh maksimum enam tahun keseluruhannya. Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik, yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat. 25


IPGM Kampus Perlis PERKARA 6 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurang-kurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 6.5 Tugas-tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah: Bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan Bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik Menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti Memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, perancangan pewarisan, dan program latihan terancang Menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam Mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan pematuhan dengan undangundang dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Mencalonkan Ketua Pesuruhjaya. USUL 7: melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 26


IPGM Kampus Perlis PERKARA 7 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI PERKARA 7- BADAN UNDANGAN Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7.1 Keanggotaan Majlis Kebangsaan Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. USUL 3: Tiga Satu (31) daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18 - 35 30 tahun Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi. Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi: - Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan & Ahli Majlis Kebangsaan - Usul 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia & Ahli ex officio - Wakil Cawangan - Usul 10: Majlis Kejurulatihan - Guild Pandu Puteri Raja - Guild Trefoil - Guild Mantan Pesuruhjaya - Wakil Kelab Pandu Puteri - Ahli-ahli Kehormat Dibenarkan mengundi. Jumlah undian 17. Tiada hak mengundi. 13/16 Cawangan. 10 wakil dibenarkan dan jumlah undian 160 undi. 10 wakil 1/14 cawangan dibenarkan. Jumlah undian 14. Setiap ahli hadir dibenarkan mengundi. Dibenarkan mengundi. Tiada hak mengundi 27


IPGM Kampus Perlis PERKARA 7 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI 7.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan. 7.3 Kekerapan Mesyuarat Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan bole dipanggil melalui 2 permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan.Mailis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua. Sekiranya Timbalan Yang Dipertua juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. 7.4 Korum dan Kuasa Pengundian Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. 28


IPGM Kampus Perlis PERKARA 7 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun tersebut, melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan ole Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7.5 Tugas-tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut: Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-isu penting. Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaun-akaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan. Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya. Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini. Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaanpindaan susulan. Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan, dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan. 29


IPGM Kampus Perlis PERKARA 8 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI PERKARA 8 - KEWANGAN Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: Kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. Derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada manamana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan. Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan ole Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia. USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei 30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada I Januari hingga ke 31 Disember. 30


IPGM Kampus Perlis PERKARA 9 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI PERKARA 9 - CAWANGAN PERSATUAN Cawangan Persatuan terdiri daripada: Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. 1. 2.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya. 3.USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara. 4.Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi. Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai-pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan olen Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan. Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan. . 31


IPGM Kampus Perlis PERKARA 10 & 11 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI PERKARA 10 - PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan ole mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas dua puluh satu (1421 ) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan. PERKARA 11 - PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Mailis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong ole dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya mash terdapat dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, dan diterima ole Majlis Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007 . 32


SEJARAH PANDU PUTERI


IPGM Kampus Perlis SEJARAH PENGASAS SEJARAH PANDU PUTERI Sejarah pengasas kepada Pandu Puteri ini bermula apabila Olave St. Clairs Soames (Lady Baden-Powell) yang merupakan isteri kepada Sir Lord Robert Stephenson (Smyth Baden-Powell) telah dilantik menjadi ketua bagi sebuah pertubuhan iaitu Girl Guides atau dahulunya dikenali sebagai Girl Scout pada tahun 1910 dengan berbekalkan bantuan daripada Agnes Baden-Powel, iaitu adik kepada suaminya, Lord Robert. Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau Girl Guides . Kemudian, pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri (Chief Guide) dan seterusnya memegang gelaran “World Chief Guide” pada tahun 1930. Beliau telah meninggal dunia pada tanggal 25 Jun 1977 manakala suaminya pada tahun 1945. Olave St. Clairs Soames (Lady Baden-Powell) Lord Robert Stephensen (Smyth Baden-Powell) 34


1909 Baden-Powell telah memilih nama “Girl Guides” sebagai nama bagi kumpulan perempuan tersebut. 1910 Adik Baden-Powell telah mengadaptasikan buku “Scouting for Boys” untuk kegunaan Pandu Puteri. 1918 Olav Soames (isteri Baden-Powell) dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan berusaha mengembangkannya. 1931 Keahlian pasukan ini telah mencapai daripada 1 juta. 1945 Persatuan Pandu Puteri ini terus dikembangkan ke seluruh dunia. IPGM Kampus Perlis SEJARAH PENUBUHAN SEJARAH PANDU PUTERI 1909 Sekumpulan remaja wanita menyertai perhimpunan pengakap di Crystal Palace. 1932 Pusat dunia pertama bagi Pandu Puteri telah dibuka. 1939 Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri pertama diadakan di Hungary. 35


IPGM Kampus Perlis SEJARAH PENUBUHAN PERINGKAT MALAYSIA SEJARAH PANDU PUTERI 1917 Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Bellard di Kuala Lumpur. 1928 Pandu Puteri telah memperoleh perhatian daripada pihak kerajaan. Pihak kerajaan telah memberikan pengiktirafan rasmi kepada Pandu Puteri. 1934 Lady Baden-Powell dan Smyth Baden-Powell mengunjungi Pandu Puteri Malaysia. 1957 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) diterima untuk bergabung dengan WAGGS. 1962 PPPM menjadi penganjur serta tuan rumah bagi Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan pada bulan Disember di Kuala Lumpur. 1932 Pusat dunia pertama bagi Pandu Puteri telah dibuka. 2006 Berlaku perubahan pada nama-nama bahagian dalam PPPM 2021 PPPM terus berkembang di bawah tapuk kepimpinan yang baik dan berintegriti. TUJUAN PENUBUHAN Mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli. Melahirkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah. Membentuk seorang warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin dalam segala hal yang dilakukan. Bersedia memberi khidmat untuk membantu menghulurkan tangan kepada orang lain. 36


ARAHAN ISTIADAT LADAM KUDA Pasukan! Ketua, masuk baris! Pasukan, masuk baris! Pasukan, sedia! Pasukan hentak kaki.... Hentak! Pasukan ke ladam kuda, cepat jalan! Pasukan, berhenti! Ke dalam, pusing! Pasukan panji-panji, sedia! Cepat jalan! Berhenti! Ke kanan/kiri pusing! Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat! Pasukan panji-panji, ke kanan/kiri pusing! Cepat jalan ! Berhenti! Keluar baris! IPGM Kampus Perlis ISTIADAT-ISTIADAT RASMI PERTUBUHAN SEJARAH PANDU PUTERI ISTIADAT LADAM KUDA ISTIADAT LADAM KUDA Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum istiadat menaikkan bendera. Melalui istiadat ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang terlibat, memantau dan memeriksa pakaian uniform setiap ahli. Istiadat ini dapat membezakan Pandu Puteri dengan pasukan unit beruniform yang lain. ISTIADAT RASMI 1.Ahli membentuk ladam kuda cara 1 dan cara 2. Memanggil pasukan panji-panji bagi melaksanakan tugas menaikkan bendera. 2. 3.Memanggil ketua pasukan untuk mengambil kehadiran ahli. 4.Melaksanakan upacara istiadat perlantikan ahli baharu. ISTIADAT MENGAMBIL KEDATANGAN ISTIADAT BENDERA (PERLANTIKAN AHLI BARU) 37


ARAHAN ISTIADAT MENGAMBIL KEHADIRAN Pasukan! Ketua, masuk baris! Ketua, bilang! Ketua, ke kiri pusing! Ketua bilang (mula dengan 0) Dua langkah ke hadapan, gerak! Pasukan, masuk baris! Pasukan, sedia! Ke kanan, lurus! Pandang, depan! Ketua, ambil kedatangan! Kumpulan bunga....... Senang diri! Pasukan sedia! Pasukan ke kanan pusing! Ketua, lapor! Pasukan ke bentuk ladam kuda, cepat jalan! ARAHAN ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA (PANJI-PANJI) DAN TAPS SELEPAS SELESAI ISTIADAT PERLANTIKAN AHLI BAHARU Pasukan panji-panji, keluar baris! Pasukan panji-panji, sedia! Cepat jalan! Berhenti! Ke kanan / ke kiri pusing! Pasukan panji-panji, hormat bendera, hormat! Ke kanan / ke kiri pusing! Cepat jalan! Berhenti! Keluar baris! Pembawa panji-panji akan menyerahkan bendera kepada kapten. Pasukan menyanyikan lagu taps siang/ malam, mula! Pasukan bersurai! IPGM Kampus Perlis ISTIADAT-ISTIADAT RASMI PERTUBUHAN SEJARAH PANDU PUTERI 38


PENGURUSAN & PENTADBIRAN PASUKAN


PROSEDUR PENDAFTARAN AHLI PENDAFTARAN AHLI BAHARU Didaftarkan melalui sistem e-Daftar di sekolah/daerah/cawangan masing-masing. AHLI SEUMUR HIDUP Mengisi borang Ahli Seumur Hidup di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM). Yuran sebanyak RM250.00 (sekali bayar sahaja). Kelayakan - Ahli PPPM berumur 35 tahun - Ahli PPPM kurang daripada 35 tahun hendaklah membuat bayaran pendahuluan RM5.00 setiap tahun sehingga berumur 35 tahun. Cetak atau imbas borang tersebut dan hantar ke Ibu Pejabat bersama bayaran atau bukti pembayaran yang telah dilakukan. PENDAFTARAN PASUKAN ATAU KUMPULAN BAHARU Isi borang Pendaftaran Pasukan atau Kumpulan secara atas talian di dalam laman sesawang PPPM. Salinan borang yang telah ditandatangani hendaklah dicetak dan dihantar ke Ibu Pejabat bersama bayaran atau bukti pembayaran.. YURAN KEAHLIAN KEBANGSAAN TAHUNAN RM 2.00 seorang setiap tahun ( Pandu Puteri Tunas/Remaja/Renjer) RM5.00 seorang setiap tahun (Pandu Puteri Kadet/Siswa/Dewasa/Pemimpin/Guild Trefoil) Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran bermula Dibayar sebelum 31 April setiap tahun IPGM Kampus Perlis PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN PENGURUSAN & PENTADBIRAN PASUKAN40


IPGM Kampus Perlis PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN PENGURUSAN & PENTADBIRAN PASUKANTANGGUNGJAWAB KUASA PENGANJUR Tanggungjawab Kuasa Penganjur ialah: Meluluskan pendaftaran tahunan unit Pandu Puteri dengan ibu pejabat Persekutuan Pandu Puteri Malaysia Merupakan salah seorang daripada dua penurun tandatangan rasmi (official signatories) (seorang lagi ialah pemimpin kumpulan) bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit pandu puteri itu. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit pandu puteri. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran seperti romobongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya untuk ahli-ahli. Menyelia dan mengawal kemajuan unit pandu puteri di sekolahnya TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Menubuhkan pasukan Membentuk jawatankuasa Mengetuai perjumpaan Mendaftarkan pasukan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Merujuk Pesuruhjaya Daerah/Negeri untuk mendapatkan pandangan/nasihat dan bantuan Bekerjasama dalam pengendalian dengan pemimpin lain di dalam dan di luar daerah dan negeri 41


IPGM Kampus Perlis PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN PENGURUSAN & PENTADBIRAN PASUKANBuku log merupakan sebuah rekod laporan, kemajuan, pencapaian dan aktiviti oleh ahli Pandu Puteri Tunas. jENIS-JENIS BUKU LOG Buku Log Peribadi - Mengandungi biodata pemilik, rekod jawatan yang disandang dan rekod penglibatan diri dalam aktiviti Pandu Puteri. Buku Log Kemajuan - Mengandungi semua laporan kemajuan Program Pandu Puteri Tunas dan laporan lencana kecekapan. Buku Log Acara - Buku log ini mengandungi laporan setiap acara yang disertai CIRI-CIRI BUKU LOG Bahan-bahan disusun kemas. Rekod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat. Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan. Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan. Keaslian dan kreativiti amat digalakkan Hasil kerja boleh dizahirkan dalam bentuk tulisan tangan atau bercetak kecuali biodata/profil diri dan gambar. KANDUNGAN BUKU LOG Biodata/Profil Penglibatan dalam kegiatan Pandu Puteri KANDUNGAN LAPORAN AKTIVITI Tarikh, tempoh aktiviti yang dihadiri Laporan Ringkasan/Refleksi Gambar Tanda tangan pemimpin 42


PANDU PUTERI KELIP-KELIP PANDU PUTERI TUNAS IPGM Kampus Perlis PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN PENGURUSAN & PENTADBIRAN PASUKANSkaf Pandu Puteri Kelip-Kelip berwarna jingga dan dipakai dengan ikatan atau wogel. Pakaian baju T Pandu Puteri Malaysia dan seluat sukan. Kasut sekolah atau kasut sukan. 43


PANDU PUTERI REMAJA PANDU PUTERI TUNAS IPGM Kampus Perlis PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN PENGURUSAN & PENTADBIRAN PASUKAN44


PANDU PUTERI RENJER PANDU PUTERI TUNAS IPGM Kampus Perlis PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN PENGURUSAN & PENTADBIRAN PASUKANKADET (IPG) Ahli Kadet memakai skaf berwarna “royal blue” yang dilipat selebar 3 jari sebanyak 5 kali. Lencana pelantikan untuk kadet berwarna putih. Blaus berlogo yang mempunyai 2 poket dan berpotongan “princess cut”. “Shoulder flashes” dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. Lencana dunia dipakai disebelah kanan dada. Seluar berwarna biru gelap yang berpotongan lurus dan tidak ketat. Kasut bertutup, berwarna hitam dan bertumit rendah. Jika bertudung, tudung berwarna hitam kosong tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju. 45


KLOVER- TING 6, IPTA DAN IPTS GUILD IPGM Kampus Perlis PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN PENGURUSAN & PENTADBIRAN PASUKANAhli klover memakai skaf berwarna maroon yang dilipat 3 jari sebanyak 5 kali dan di pakai bersama wogel. Lencana pelantikan Klover berwarna merah jambu. Blaus berlogo yang mempunyai 2 poket dan berpotongan “princess cut”. Lencana Dunia dipakai pada bahagian dada sebelah kanan. Jata mengikut cawangan dan di jahit 3 jari (5 cm) dari puncak skaf. “Shoulder flashes” dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. Seluar berwarna biru gelap, berpotongan lurus dan tidak ketat. Kasut berwarna hitam, bertutup dan bertumit rendah. Jika bertudung, tudung berwarna hitam kosong tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju. Baju batik PPPM Baju Perjalanan/Aktiviti Baju Perkhemahan/Aktiviti 46


PEMIMPIN BAJU PERKHEMAHAN / AKTIVITI IPGM Kampus Perlis PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN PENGURUSAN & PENTADBIRAN PASUKANBaju batik PPPM Baju Kurung Berpesak Baju Kebaya Baju Perjalanan/Aktiviti Baju T PPPM berwarna biru. Tudung hitam tanpa sebarang hiasan. Seluar sukan berwarna biru tua atau hitam. Kasut dan stokin hitam. Skaf tidak perlu dipakai. 47


Click to View FlipBook Version