The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by idrussaid, 2021-08-20 06:47:48

OACP_20082021_EDITED

OACP_20082021_EDITED

ISI KANDUNGAN

ii PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA

Kandungan

PENGENALAN 4
5
Latar Belakang Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) 6
Visi, Misi dan Fungsi MYSA 6
Dasar Integriti dan Tadbir Urus 8
Isu dan Cabaran 9
Langkah–Langkah Komprehensif
Bidang–Bidang Berisiko 12
12
PENGUKUHAN ASPEK TADBIR URUS, 14
INTEGRITI DAN ANTIRASUAH MYSA 15
17
Usaha Pencegahan Rasuah
Kerangka Utama OACP MYSA 28
Analisis Kuadran 28
Keutamaan Strategi 29
Bidang Keutamaan
31
MEMPERKASAKAN USAHA
PENCEGAHAN RASUAH MYSA 34

Prinsip Pengurusan Antirasuah iii
Penyelarasan, Pemantauan dan Penilaian
Carta Mekanisme

KESIMPULAN DAN HARAPAN MASA
HADAPAN

Kesimpulan dan Harapan Masa Hadapan

PENGHARGAAN

PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA

P erutusan

KETUA PENGARAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia-
Nya, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berjaya
membangun dan menerbitkan Pelan Antirasuah
Organisasi atau Organisational Anti-Corruption Plan
(OACP). Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam pembangunan dan
penerbitan OACP ini.

OACP ini merupakan satu inisiatif mandatori dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP)
di bawah Strategi 2: Memperkukuhkan Penyampaian Perkhidmatan Awam. OACP
MYSA 2020-2024 akan dijadikan rujukan penting kepada semua warga kerja MYSA
agar setiap anggota dapat memainkan peranan dalam melaksanakan inisiatif/pelan
tindakan bagi mencegah amalan rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa.
Pelan ini memberikan penekanan kepada mekanisme melahirkan warga MYSA yang
mempunyai integriti yang tinggi dan bebas rasuah serta mempunyai kesedaran yang
tinggi mengenai isu rasuah.

Pembangunan OACP ini adalah bukti komitmen MYSA dalam menyokong usaha
Kerajaan mencapai visi Malaysia menjadi negara bebas rasuah menjelang 2023. Oleh
itu, besarlah harapan saya agar OACP ini dapat dijadikan rujukan kepada semua warga
kerja MYSA dari pengurusan tertinggi sehingga ke peringkat pelaksana supaya dapat
menzahirkan MYSA sebagai sebuah organisasi yang bebas rasuah dan berintegriti
tinggi.

TUAN HAJI AZLIKAMIL BIN NAPIAH
KETUA PENGARAH
AGENSI ANGKASA MALAYSIA

iv PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA

RINGKASAN
EKSEKUTIF

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) merupakan satu dokumen dasar antirasuah di peringkat
organisasi yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan tadbir urus, integriti
dan antirasuah dalam organisasi. OACP merupakan salah satu inisiatif di bawah “Strategi
2: Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam" dalam National Anti-
Corruption Plan (NCP).

Hala Tuju

Tujuan OACP ini adalah untuk menjadikan MYSA bebas rasuah dan
melahirkan pegawai-pegawai yang mempunyai integriti yang tinggi dengan
memperkasakan tadbir urus organisasi, mempertingkatkan tahap integriti
warga Jabatan, menghapuskan penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa
dan seterusnya memerangi rasuah.

Strategi dan Pelan Tindakan

Terdapat lima (5) bidang utama berisiko kepada rasuah, salah guna kuasa
dan penyelewengan yang perlu diberi penekanan, iaitu: (a) Tadbir Urus;
(b) Pengurusan Sumber Manusia; (c) Kewangan; (d) Perolehan; dan (e)
Operasi dan Penyelidikan. Bagi menangani perkara ini secara holistik, OACP
ini menggariskan sebanyak lima (5) bidang keutamaan yang mempunyai
sembilan (9) objektif dan 68 inisiatif. Strategi dan pelan tindakan di bawah
setiap inisiatif dirangka dengan mengambil kira semua aspek daripada segi
pemantapan integriti, pengukuhan tadbir urus dan pemerkasaan pencegahan.

Keperluan Pemantauan Secara Berstruktur

Pemantauan dan penilaian diadakan secara berjadual bagi memantau
keberkesanan pelaksanaan OACP oleh semua peneraju/pelaksana.
Penilaian keberkesanan ini perlu diadakan dari semasa ke semasa agar
dapat memastikan inisiatif yang dicadangkan dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Sehubungan dengan itu satu jawatankuasa yang dinamakan
Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan OACP perlu ditubuhkan bagi
memantau pelaksanaan OACP sehingga tahun 2024. Inisiatif di dalam OACP
ini diharapkan dapat membantu MYSA dalam melahirkan warga yang bebas
rasuah dan berintegriti tinggi.

PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA v

2 PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA

PENGENALAN

Latar Belakang Agensi Angkasa
Malaysia (MYSA)
Visi, Misi dan Fungsi MYSA
Dasar Integriti dan Tadbir Urus
Isu dan Cabaran
Langkah–Langkah Komprehensif
Bidang–Bidang Berisiko

PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA 3

PENGENALAN

Bab ini akan menerangkan maklumat berkaitan latar belakang organisasi dan pelaksanaan
inisiatif dalam usaha Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) untuk memerangi rasuah dan
memupuk budaya integriti di dalam kalangan warga kerja. Pelbagai inisiatif khusus
melibatkan dasar integriti dan tadbir urus organisasi telah dilaksanakan sebagai bukti
komitmen pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan. Pelan Antirasuah Jabatan (OACP) telah
menjadi satu inisiatif MYSA bagi meneruskan usaha ke arah membentuk warga Jabatan
yang berintegriti.

Latar Belakang MYSA

Kerajaan Malaysia melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Februari 2019 telah
meluluskan penggabungan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) dan Agensi
Angkasa Negara (ANGKASA) bagi membentuk Agensi Angkasa Malaysia (Malaysian
Space Agency - MYSA). Ini adalah salah satu langkah permulaan Kerajaan dalam
melaksanakan Dasar Angkasa Negara 2030 di mana teras pertamanya ialah
mengukuhkan tadbir urus kerajaan dalam sektor angkasa.
Sebelum ini, ANGKASA memfokuskan kepada aktiviti upstream teknologi angkasa
manakala ARSM memfokuskan kepada aktiviti downstream. Penggabungan dua
agensi ini akan mengoptimumkan penggunaan sumber dan fasiliti yang sedia ada
di ANGKASA dan ARSM dan sekaligus meningkatkan kecekapan penyampaian
perkhidmatan kerajaan.
Selaras dengan teras kedua Dasar Angkasa Negara, Agensi Angkasa Malaysia akan
memberi tumpuan kepada teknologi aplikasi dan sains angkasa yang strategik dan
signifikan kepada negara, iaitu bidang yang mempunyai impak langsung kepada
ekonomi, sosial, keselamatan dan kedaulatan negara.

4 PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA

1.2 VISI, MISI DANViFsiU, MNiGsiSdIan Fungsi MYSA

VISI

Memastikan ekosistem

teknologi angkasa menjadi

penyumbang utama kepada

ekonomi, peningkatan daya MISI

saing, kesejahteraan rakyat

dan kedaulatan negara.

Menerajui dan memperkasa ekosistem teknologi FUNGSI
angkasa negara secara menyeluruh melalui
penyelidikan dan pembangunan; penjanaan
pengetahuan, pembangunan modal insan serta
penyediaan akses kepada teknologi dan infrastruktur
angkasa secara optimum.

Menerajui pelaksanaan Dasar Angkasa Negara;

Menerajui penyelidikan dan pembangunan teknologi, aplikasi dan
sains angkasa;

Mengkoordinasi perolehan data satelit (remote sensing) dan
menyedia perkhidmatan imej satelit melalui sistem aplikasi
strategik;

Menyediakan perkhidmatan pengujian dan pengukuran sistem
angkasa;

Melaksana dan mengkoordinasi aktiviti eksplorasi angkasa; dan

Memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam bidang angkasa

PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA 5

Dasar Integriti dan TadbiMrYUSArsuenstiasa menyokong usaha kerajaan
dalam membanteras rasuah. Bagi tujuan ini,

Dalam menuju ke arah status negara majuMdYaSnA tbeelarphemnednagpaamtabnil itninisgiagtii,f saeglaerni ddeangan
puteammbaandtieprearsianngkraatsnuaashiotnealal htemlahendjaibdainkgeuuntkaamnabaednramnseaugrlaarddaae.nnUgnattanudkPbeiirtlua,nubrIunestbeegrnraiatpisaNioainnsaiisolinasatiefl perti
(PIN) 2004, Pelan Transformasi Kerajaan (GTPm) e2n0g1a0d,aPkaenlan TMreasnysufoarrmatasi JKaewraajtaaannkuasa

2.0 (GTP 2.0) 2013, dan yang terkini adalah PelAantiAranstiurashuapherNinagskiaotnaJla(bNaAtaCnP)pa2d0a19s-etiap

2023. MYSA sentiasa menyokong kerajaan dsaulakmu mtaehmunb,anmteeralasksransaukaahn. SLeabfagzai Ikrar

menunjukkan komitmen agensi dalam menyokonBgeabgaesndaRKaseuraajhaan(b2a0g1i9m), emmbeelnatkesraansakan
rasuah, MiaYitSuAmteenlaghanmjuerknagnammbailjliisnimsiealtaiffaszeldaarindBmeenengngaaknnedldaPateasnnaggr uainrnutiesIgakrrniatirRdBisaeiknboatasRdaRbsaiursauuharuh(sC, RM)
nasional
serta membangunkan Pelan Pengurusan RisikopRearisnugakhat (CMRYMS)Ada(2n02P0e)landaAnntyiraansguahterkini

MYSA pada tahun 2020. ialah membangunkan Pelan Antirasuah

Organisasi (OACP) 2020-2024.

Isu dan Cabaran

Dalam usaha MYSA untuk membangunkan OACP ini, MYSA telah mengenal pasti isu

dan cabaran yang dihadapi dari tahun 2015 sehingga tahun 2019. Sebanyak 22 kes/

aduan/pertanyaan direkodkan yang boleh dikategorikan kepada lima (5) bidang utama
yang berbeza, iaitu: (a) Tadbir Urus; (b) Sumber Manusia; (c) Kewangan; (d) Perolehan;
dan (e) Operasi dan Penyelidikan.

Antara cabaran utama yang dihadapi oleh
MYSA adalah dalam bidang Tadbir Urus dan
bidang Sumber Manusia, di mana terdapat
sebanyak 41% dan 45% bilangan kes yang
dilaporkan. Sebagai contoh, dalam bidang
Tadbir Urus, antara isu yang kerap dihadapi
ialah kelemahan dalam pengurusan aset
kerajaan di mana terdapat kes-kes yang
melibatkan penyalahgunaan aset kerajaan.
Manakala dalam bidang Sumber Manusia
pula, MYSAberhadapan dengan isu-isu seperti
kegagalan mematuhi waktu bekerja yang
ditetapkan, kecurian, memuat naik penyataan
awam di media sosial dan menyalah guna
kedudukan awam untuk kepentingan peribadi,
yang boleh menjejaskan imej dan integriti
MYSA.

6 PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA

Dua bidang yang mempunyai isu dan cabaran utama yang dikenal pasti berdasarkan
bilangan kes/aduan/pertanyaan dalam tempoh 5 tahun adalah Tadbir Urus dan Pengurusan

Sumber Manusia iaitu seperti di Rajah 1. Peratusan bagi bidang Tadbir Urus adalah 41%
(9 kes/aduan/pertanyaan) dan bagi Pengurusan Sumber Manusia adalah 45% (10 kes/
aduan/pertanyaan). Manakala bagi bidang lain iaitu Kewangan dilaporkan sebanyak 9%
(2 kes/aduan/pertanyaan) dan Perolehan sebanyak 5% (1 kes/aduan/pertanyaan). Walau

bagaimanapun, tiada kes/aduan/pertanyaan yang berkaitan Operasi dan Penyelidikan
dilaporkan bagi tempoh tersebut.

Rajah 1: Isu dan cabaran MYSA dari Tahun 2015-2019

PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA 7

Langkah–Langkah Komprehensif

MYSA telah melaksanakan beberapa langkah komprehensif dalam mengenal pasti risiko
berkaitan tadbir urus, integriti dan antirasuah di Jabatan yang mungkin akan menjejaskan
operasi dan imej organisasi. Antara usaha yang telah dijalankan bagi penilaian risiko
adalah:

Mengumpulkan data dalaman organisasi seperti
aduan, kes-kes tatatertib, laporan audit dalam, kajian
kepuasan pelanggan dan Sistem Pengurusan Audit
Nilai (SPAN);

Mendapatkan data daripada agensi luar seperti
Laporan Ketua Audit Negara, Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro
Pengaduan Awam (BPA);

Mengenal pasti risiko rasuah semasa Bengkel
Pembangunan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM)
MYSA pada 22-23 Januari 2020;

Menganalisis data risiko rasuah semasa Bengkel
Analisis Data, Bengkel Pembangunan OACP pada 21
Febuari 2020; dan

Mengenal pasti risiko rasuah yang mungkin berlaku
semasa Bengkel Scenario Planning, Pembangunan
Pelan Antirasuah Organisasi (OACP).

8 PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA

Bidang–Bidang Berisiko

Berdasarkan kepada aktiviti penilaian risiko yang telah dijalankan, lima (5) bidang
utama yang terdedah kepada risiko tadbir urus, integriti dan rasuah di MYSA yang
dikenal pasti.

Tadbir Sumber
Urus Manusia

5 BIDANG
UTAMA

Operasi
& Penyelidikan

Kewangan

Perolehan

PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA 9

10 PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA

PENGUKUHAN ASPEK
TADBIR URUS, INTEGRITI
DAN ANTIRASUAH MYSA

Usaha Pencegahan Rasuah
Kerangka Utama OACP MYSA
Analisis Kuadran
Keutamaan Strategi
Bidang Keutamaan

PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA 11

Usaha Pencegahan Rasuah

Pelan ini telah menetapkan lima (5) bidang keutamaan yang menjadi teras utama dalam
usaha memperkasakan tadbir urus organisasi, mempertingkatkan tahap integriti warga
jabatan, menghapuskan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dan seterusnya
memerangi rasuah. Pelaksanaan dan penguatkuasaan inisiatif ini diyakini mampu
meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam khususnya dalam sektor
angkasa. Lima (5) bidang ini terdiri daripada i) Tadbir Urus Organisasi, ii) Sumber Manusia,
iii) Kewangan, iv) Perolehan, dan v) Operasi dan penyelidikan.
Daripada lima (5) bidang keutamaan tersebut, lima (5) strategi telah dikenal pasti
iaitu (i) Memupuk Tadbir Urus yang baik di dalam Penyampaian Perkhidmatan Awam;
(ii) Mempertingkatkan Kecekapan Pengurusan Sumber Manusia; (iii) Memperkukuh
Pengurusan Kewangan; (iv) Mempertingkatkan Kecekapan dan Ketelusan Perolehan
Awam; dan (v) Memperkasa Penyampaian Perkhidmatan Teknologi Angkasa.

12 PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA

Kerangka Utama OACP MYSA

PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA 13

Analisis Kuadran

Analisis kuadran di bawah menggambarkan keutamaan bagi 30 inisiatif yang dikenal pasti
daripada 64 inisiatif. Inisiatif-inisiatif ini ditentukan berdasarkan analisis tahap impak dan
tahap kompleksiti pelaksanaannya. 16 inisiatif yang dikenal pasti berada dalam kelompok
Kuadran A (impak tinggi kompleksiti rendah) yang memerlukan sedikit usaha dalam
pelaksanaannya namun mampu memberi kesan besar kepada penambahbaikan tadbir
urus organisasi. Manakala 14 inisiatif yang lain dikenal pasti di dalam kelompok Kuadran
B (impak tinggi dan kompleksiti tinggi) di mana inisiatif ini memerlukan usaha yang lebih
gigih untuk dicapai. Ringkasan 30 inisiatif berkenaan adalah seperti berikut:

14 PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA

Keutamaan Strategi

PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA 15

16 PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA

Bidang Keutamaan

Bidang Keutamaan 1: Tadbir Urus Organisasi

Strategi 1: Memupuk Tadbir Urus yang Baik dalam Penyampaian Perkhidmatan Awam

Risiko/Potensi Risiko Inisiatif/Tindakan Peneraju/ Tempoh
Bil. (Kelemahan Tadbir Urus/ Pelaksana Masa

Integriti dan Antirasuah) Pelaksanaan

Menyediakan latihan komprehensif Seksyen 5 Tahun
Pentadbiran dan (2021-2025)
1.1.1.1 berkaitan pengurusan aset kepada
Pegawai Aset/Bahagian/Unit yang Sumber
Manusia,BKP
dilantik.

Memperkemas SOP pergerakan Seksyen 5 Tahun
aset alih Jabatan selaras dengan Pentadbiran dan (2021-2025)
PP Am 1 Pengurusan Aset Kerajaan
1.1.1.2 dan melantik pegawai-pegawai yang Sumber 5 Tahun
diberi tanggungjawab (responsible Manusia,BKP (2021-2025)
team) untuk memantau keberadaan
Kelemahan dalam pengurusan aset alih dilokasi.
1.1.1 aset Jabatan: Kehilangan aset

Jabatan

1.1.1.3 Menambah baik sistem kamera litar Seksyen
tertutup yang sedia ada. Penyelenggaraan

Bangunan dan
Fasiliti, BKP

Melaksanakan urusan bagi proses Seksyen 5 Tahun
Pentadbiran dan (2021-2025)
tindakan tatatertib kepada pegawai Sumber Manusia

1.1.1.4 yang bertanggungjawab selaras serta Seksyen
Kewangan, BKP
dengan Peraturan-Peraturan

Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395].

Memberikan taklimat secara Seksyen 5 Tahun
Kewangan,BKP (2021-2025)
tahunan berkaitan perancangan

1.1.2.1 bajet kewangan Jabatan kepada
pegawai-pegawai yang terlibat dalam

penyediaan bajet di setiap bahagian/

unit.

Penyelenggaran peralatan Mewajibkan Pemilik Aset di setiap Seksyen 5 Tahun
yang tidak memuaskan / Penyelenggaraan, (2021-2025)
tidak dilaksanakan dengan bahagian/unit yang dilantik untuk
menyeluruh: BKP 5 Tahun
1.1.2.2 menghadiri program latihan berkaitan (2021-2025)
urusan penyelenggaraan selaras Seksyen
Penyelenggaraan,
1.1.2 dengan PP Am 2.5 Pengurusan Aset
BKP
Kerajaan.

• Perancangan bajet yang tidak

jelas. Memperkukuh dokumen

• Kekangan peruntukan 1.1.2.3 Prosedur Kerja Penyelenggaraan
kewangan. dalam ISO9001:2015 berkaitan

pemeriksaan aset Jabatan.

Memperkukuh dokumen Seksyen 5 Tahun
Penyelenggaraan (2021-2025)
Prosedur Kerja Penyelenggaraan
Bangunan dan
1.1.2.4 dalam ISO9001:2015 berkaitan Fasiliti, BKP

penyelenggaraan makmal/fasiliti/

peralatan.

PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA 17

Risiko/Potensi Risiko Inisiatif/Tindakan Peneraju/ Tempoh
Bil. (Kelemahan Tadbir Urus/ Integriti Pelaksana Masa

dan Antirasuah) Pelaksanaan

Menambah baik sistem Seksyen 5 Tahun
1.1.3.1 perakam waktu yang sedia Penyelenggaraan (2021-2025)

ada. Bangunan dan
Fasiliti, BKP

Sistem perakam waktu yang kurang 1.1.3.2 Membuat pemeriksaan Seksyen 5 Tahun
efisien : ke atas status dan kualiti Keselamatan, (2021-2025)
1.1.3 • Mengubah sistem kedatangan sistem secara berkala
elektronik dengan niat serta mengehadkan akses BKP 5 Tahun
• Penyediaan dokumen pelaporan pegawai ke atas sistem. (2021-2025)
Seksyen
menjadi lambat (manual) Pentadbiran dan
Sumber Manusia
  Melaksanakan urusan
serta Seksyen
bagi proses tindakan Kewangan, BKP

tatatertib kepada pegawai

1.1.3.3 yang bertanggungjawab
selaras dengan Peraturan-

Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib)

1993 [P.U.(A) 395].

Membuat hebahan dan Seksyen 5 Tahun
Pentadbiran dan (2021-2025)
edaran pekeliling berkaitan Sumber Manusia,

1.1.4.1 kebenaran penggunaan BKP
kenderaan/aset Jabatan

kepada semua warga

MYSA.

1.1.4 Penggunaan kenderaan/aset Melaksanakan urusan Seksyen 5 Tahun
Jabatan bukan untuk tujuan rasmi. Pentadbiran dan (2021-2025)
bagi proses tindakan Sumber Manusia,

tatatertib kepada pegawai BKP

1.1.4.2 yang bertanggungjawab
selaras dengan Peraturan-

Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib)

1993 [P.U.(A) 395].

18 PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA

Risiko/Potensi Risiko Inisiatif/Tindakan Peneraju/ Tempoh
Bil. (Kelemahan Tadbir Urus/ Pelaksana Masa

Integriti dan Antirasuah) Pelaksanaan

Mengadakan program kesedaran Seksyen 5 Tahun
Pentadbiran (2021-2025)
1.2.1.1 bahaya merokok kepada semua dan Sumber
warga MYSA dan klinik kaunseling Manusia, BKP

bagi perokok tegar.

Pelanggaran arahan larangan 1.2.1.2 Mewujudkan SOP kawasan larangan Seksyen 5 Tahun
merokok di premis kerajaan. merokok di dalam premis MYSA Pentadbiran (2021-2025)
1.2.1 serta borang akuan yang perlu dan Sumber
ditandatangani dan dipatuhi oleh Manusia , BKP
warga Jabatan serta pelawat.

Melaksanakan urusan bagi proses Seksyen 2 Tahun
Pentadbiran (2021-2022)
tindakan tegas/tatatertib kepada dan Sumber

1.2.1.3 pegawai yang bertanggungjawab Manusia,
selaras dengan Peraturan-Peraturan
BKP dan Unit
Pegawai Awam (Kelakuan dan Integriti

Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395].

Melaksanakan program kesedaran Unit Integriti 5 Tahun
kepada warga MYSA berkaitan (2021-2025)
1.2.2.1 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993
[P.U.(A) 395] dan Akta SPRM.

Mewujudkan/memperkemaskan SOP Seksyen 2 Tahun
Pentadbiran (2021-2022)
senarai semak dokumen yang wajib dan Sumber
Manusia serta
1.2.2.2 dipatuhi oleh pegawai-pegawai yang
terlibat dalam mengesahkan dan Seksyen
Kewangan,
meluluskan sesuatu permohonan/
BKP
tuntutan.

Pemalsuan dokumen dalam Membuat hebahan secara berkala Seksyen 2 Tahun
1.2.2 proses mengemukakan berhubung pengurusan dan semakan Pentadbiran (2021-2022)
1.2.2.3 dokumen secara berkesan yang dan Sumber
permohonan/tuntutan. melibatkan sebarang permohonan/ Manusia serta
tuntutan.
Seksyen
Kewangan,

BKP

Melaksanakan urusan bagi proses Seksyen 5 Tahun
Pentadbiran (2021-2025)
tindakan tegas/tatatertib kepada dan Sumber

1.2.2.4 pegawai yang bertanggungjawab Manusia,
selaras dengan Peraturan-Peraturan
BKP dan Unit
Pegawai Awam (Kelakuan dan Integriti

Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395].

PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA 19

BidBaInDgAKNeGutKamEUaTaAn M2:ASuAmNb2er: MSUanMuBsiEaR MANUSIA

Strategi 2: Mempertingkatkan kecekapan Pengurusan Sumber Manusia

Risiko/Potensi Risiko Inisiatif/Tindakan PPeelnaekrsPPaaejenulnaa/ekrsaaPjnuea/TlaeMkmPaspesaTloanaeMhakmaaspsanoanhaan
Bil.Ris(Kikeole/PmoatheannsiGRoviseirknos/Integriti Inisiatif/Tindakan
Bil. (KelemahadnanTAadnbtiiRr aUsruuash/)

Integriti dan Antirasuah)

2.1.12.1w••K.1eaTHptgkaiiedtaln•bK•uajagapenekpTbaHbakkggeeliaheeiadalkjkdatarbanag.ejeandabekabrmlginajlre:haataemdnb.anr:maedawmlrrinaaratau.temnbukgm.ehtawuriastautukghtauisw22taa..11kn..tp11ua..1222..tkPbPmddMwyMp11inaeeiaeeea..beee11hndnrmgrkenllka..aagaata21nTaieutkkndkwuaatnssagiudMPmMtpwdbkyPrrtraaiaaknaaakanehkieebeeabiaeeeennatnnahndamregrkeenlnlrkaataPnaaaagntaktakrnTaeiaPkkutknkdktePeaspwuaaiwttnaassabegiaunernerrtraannjaakan)gakaathkylabraeainnkaaitnna1eamenerrnptaatwPn9luntatkuakptkiraeietPkkaa9rtbesPaeasapriwtlugaaphoeb3asaneirnndesannedjagg)entylapAkeAr[aaewjakradPige1maeannwnarmrpltw.aagl9ubaatpkugptiUmeietaaaria9rbeasmaaaralu1gm.sphbora3stdin(ndn.seadeAagenapABkeA[amPbwkajgrdg(P)aeanpwaanmKealeiaag.e3abpgpebUpmsbaerriadm9maaaeareea1pms.lbraGe5tda(ngtrdnae.rAautan]aykBoaauPmn.bkgr()anudgspwarareKtaeienaaaaaaa3epebpnsbaerdmgnnnunnn9searee-pilaGea5gtdraruMtanyk]BoaaunddPPraungdswaKarrtaaeeMnaaaaaaaSSennPIannnngnnnunnnseeua-itttSSdkksnaaeMBdPSBMdSPssaiuuuddgaaaKeeeKeyyaanmmsbbr,nnnkkneePPinniiitBaUrrssbbttnniuuSSaaaa,yydeeKnssnnuddueearriPiitbbmmaannnii,,rrbb((Uaa22eennI00rr5522TT11((aa--22hh220055uu0022nn22TT00aa55--hh))22uu00nn2244))

2.1.2.12.gMhl1aea.te2irbhni.saa1ahnmaglMhpadbneaateiiabrkhnnilhsaueadahapnumbaraapdabnJdnaiiaaakknlhbuedspaadpueebtraamanaJndnyuiaakeasbmsrpeadwteeartamatamananrnnyugpmeasamereerwktMekarmuatmeaYarrbmsngpSmuuaeaAaserskMt./kmueMYrbmdPsSauuaedSaAnasnnaseut./tnSksaBMdPSsiudBaaeKeyamb,PnnkePniBrsbKtnuSaaydeKsnduearPimbanni,rb(Ba2enP0r2K2T1(a-2h202u02n2T0a2-h)2u0n21)
Pegawai tidak menghadiri Melaksanakan urusan bagi
2.1P.2egakwurasiutisdaktamu epnrogghraadmiriseperti Melaksparonsaeksan tindaukraunsanpunitifbagdiengan
2.1.2 kursuysanagtaduiaprraohgkranm 2.1.2.22.mJPymmp1aare.eeeo2nbrnnnsa.ga2gygettueaihskmJmdPymrnnauaaabeadeeetnnberrinnntargaariiTgygnPtttiapuhaeaihdeknaritnnkaastugaabgadeadektatnegmaperiabwraruerinaPtktianaprhiraebliagnuiknstg)njtgAdaaeaeaap1ggamnpwwbhwu9ueauakan9anrrnmabikl3igatuniutjnfAa[Paar(PgnwsKwhe.dupUtuaeradaeseanm.lbkerra(gtisAuupnkaPerr()auglwsauKbeddaa3punatuaeraeann9aes-rtilrra5tgisupk]BaedPraulwKaubaeMdaSnauPIannannea-rtittSdknaeSPdMBsauudgaKeeyanmsbrnknePiniitaUrsbtniuSaa,ydensnudeariitbmanni,rb(Ua2enI0r52T1(a-2h205u02n2T0a5-h)2u0n24)
seperti yang diarahkan

dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395].
2.1.32.1Kdw.3ieapcneugbpKjr/aeaiebabrjcanaaurbntamr.aginateg.npliebpmraesetrekslinaebdnnaidtrkiiarainanndwi22a..n11g..33/ ..2122..MkdyMtb11inaeea..ee33pndrnlma..aageg21nkknbagsatunyMtkbdMAiiaannaneaaewPeennbgndptnralmeaaeagaetgpmarnkrknkbaeattagasataunrti(naiuannnhtabKmPenrbnggetaaereeeagaubtdtpnlariarlkunrabiiea-t.ntuaknaPhartdsunuignahtebmkauearjgneraeannrnaegbudtpwngitluarbdiiau-ainunbPhadrbdsagaaneakwbaunjgnreaennTaaipPwpargnthauseetaigpbauderggbraatbalowaabeangudswwerraitnaPaeprinaabhgnssseegpii)ueggrMb1KloaaadPu9dsewwaraen9aSSaesnaanng3nsseeeuiitBlSkksaadPMSSBKssKBiudmaaeeeeKyyambPK,nsnkkeeaPniPBrssebtnntuSaaayyleKsanudneerPimmba,nni,arb((at22ean00r5n522,TT11((aa--22h22h0055u00u22n22TnT00a55a--h))22hu00un22n44))
Awam[(PK.Uel.a(Aku) a3n95d]an Tatatertib) 1993 dandUanniUt I
[P.U.(A) 395]. Integriti
Melaksanakan hebahan kepada
2.1.42.1.iMaoKy4mawreegenramaajgmapMdbnpjuabaoweieaseadolrnraaetmkniklemshnhKm.huihaieidmadeddirmkmtmdaiaeninmpejanaaaaentjteaeaisanjkednjnonayji.p,saa,aseiosktasanrkalogayansananiintamailsae22yanj..as11ni..44g..2122..kpPMsMMPtB11ineeeiee..eeYl44dpl.ggnallS..aaae1ayar12kAkarkwawl1ssasuTPbMwPpsMttaa9biaaanaaneeeeeia8ieeanndndltrggrara5rlmndaaekgaaakart.akknhakaekeybwAwtaaPsgisaasrneudawaatnnaaennagimMibiranndkAhgaatk)ameaeYewnusa1tlPknb/SrnyiaAatlL9tuagaieaaenAmbwa9snahrtnggeaara3(BanagaPaKkrtntbmniteuu[sneleeaPe.Pr/rPrkgpnlnt.taur1aebeaUiabeekbygbnskraptnee1rare.gaaa(-ulk(garn9utKPruAttnMaadhtideua8aaene)anaiarrde5nknlgrtansp3abaiemmnwgjbnar9kaatpogau-abru5wgadPksuPLrrtua]iagadaaaeneaeanbanannnksgrrktpaaeAjeratnpBowuldPwUidgalsKraiaeMaaadanSemPnnbnnangiseattSdknaIPSdBMnsauudaKeetyanmsbenknePniigaUrsbtnuSaar,ydenisnduUteariiitbmanIni,rb((Ua22enI00r5522TT11(aa(--22hh220055uu0022nn22TT00aa55-hh))22uu00nn2244))
Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395]. Integriti

20 PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA

Risiko/Potensi Risiko Inisiatif/Tindakan Peneraju/ Tempoh
Bil. (Kelemahan Tadbir Urus/ Pelaksana Masa

Integriti dan Antirasuah) Pelaksanaan

2.1.5.1 Membuat hebahan kesedaran kepada Seksyen 5 Tahun
warga MYSA berkaitan peraturan 10, Pentadbiran (2021-2025)
Peratuan-peraturan pegawai Awam dan Sumber
Pegawai mempunyai (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 P.U.
2.1.5 masalah keberhutangan (A) 395 secara berkala. Manusia,
BKP dan Unit
serius
Integriti

Melaksanakan program latihan Seksyen

pengurusan kewangan berhemah Pentadbiran 5 Tahun
2.1.5.2 dan bijak kepada warga Jabatan dan Sumber (2021-2025)

dan merujuk pegawai yang berisiko Manusia,

kepada pihak AKPK. BKP

Risiko/Potensi Risiko Inisiatif/Tindakan Peneraju/ Tempoh
Bil. (Kelemahan Tadbir Urus/ Pelaksana Masa

Integriti dan Antirasuah) Pelaksanaan

Seksyen
Menjalankan team building termasuk Pentadbiran

2.2.1.1 hari keluarga untuk mengeratkan dan Sumber 5 Tahun
hubungan diantara pegawai dan Manusia, (2021-2025)

Pergaduhan dalam kakitangan. BKP dan Unit
2.2.1 kalangan pegawai/
Integriti
kakitangan.
Merujuk pegawai yang bermasalah Seksyen
2.2.2 Gangguan seksual
kepada AKRAB dan Unit Kaunseling Pentadbiran 5 Tahun
dan Sumber (2021-2025)
2.2.1.2 Kementerian selaras dengan
Manusia,
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun

2005. BKP

Mengadakan hebahan berkenaan

Garis Panduan Pengendalian Kes Unit Integriti 5 Tahun
2.2.2.1 Gangguan Seksual selaras dengan (2021-2025)

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun

2018.

Seksyen

Mempergiat pelaksanaan program Pentadbiran
2.2.2.2 kesedaran integriti dan nilai-nilai dan Sumber 5 Tahun

murni. Manusia, (2021-2025)
BKP dan

Unit Integriti

Melaksanakan urusan bagi proses Seksyen

tindakan tegas/tatatertib kepada Pentadbiran

2.2.2.3 pegawai yang bertanggungjawab dan Sumber 5 Tahun
selaras dengan Peraturan-Peraturan Manusia, (2021-2025)

Pegawai Awam (Kelakuan dan BKP dan

Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395]. Unit Integriti

PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA 21

Bidang Keutamaan 3: Kewangan

Strategi 3: Memperkukuh Pengurusan Kewangan

Risiko/Potensi Risiko Inisiatif/Tindakan Peneraju/ Tempoh
Bil. (Kelemahan Tadbir Urus/ Pelaksana Masa

Integriti dan Antirasuah) Pelaksanaan

3.1.1.1 Memastikan pekeliling AP dan Seksyen 5 Tahun
pekeliling yang berkaitan dipatuhi . Kewangan, (2021-2025)

BKP

Arahan pembayaran Mewajibkan pegawai yang terlibat Seksyen
3.1.1 dibayar tanpa dokumen Kewangan,
3.1.1.2 dengan urusan pembayaran 2 Tahun
sokongan lengkap dan perolehan untuk menghadiri BKP (2021-2022)

program latihan berkaitan.

Melaksanakan program kesedaran Seksyen
Kewangan,
3.1.1.3 berkaitan pekeliling kewangan 2 Tahun
yang berkuatkuasa kepada warga BKP (2021-2022)

MYSA.

Terimaan hasil yang tidak Memastikan AP dan pekeliling Seksyen 3 Tahun
dilaporkan atau direkodkan Kewangan, (2021-2023)
3.1.2 3.1.2.1 berkaitan prosedur/tatacara
BKP
penerimaan hasil dipatuhi.

Menekankan peranan Pegawai 5 Tahun
3.1.3.1 Penyelia untuk memantau Unit Integriti (2021-2025)

Pemalsuan dokumen permohonan tuntutan pegawai.
dalam proses
3.1.3 mengemukakan 3.1.3.2 Meningkatkan kesedaran warga Unit Integriti 5 Tahun
permohonan tuntutan. organisasi berkaitan Akta SPRM. (2021-2025)

Mengenakan tindakan punitif 5 Tahun
3.1.3.3 kepada pegawai dan penyelia yang Unit Integriti (2021-2025)

bertanggungjawab.

Bidang Keutamaan 4: Perolehan

Strategi 4: Mempertingkatkan kecekapan dan Ketelusan Perolehan Awam

Risiko/Potensi Risiko Inisiatif/Tindakan Peneraju/ Tempoh
Bil. (Kelemahan Tadbir Urus/ Pelaksana Masa

Integriti dan Antirasuah) Pelaksanaan

Memperkukuh dokumen Seksyen
Perolehan,
4.1.1.1 Prosedur Kerja Perolehan dalam 5 Tahun
ISO9001:2015 dengan memasukkan BKP (2021-2025)
mekanisme check and balance.
Seksyen 5 Tahun
Menganjurkan program kesedaran/ Perolehan, (2021-2025)
taklimat/ kursus berkaitan pekeliling
Penerimaan bekalan/ 4.1.1.2 perolehan yang berkuatkuasa BKP
4.1.1 perkhidmatan yang tidak kepada pegawai-pegawai yang
berkaitan secara berkala.
mengikut spesifikasi
4.1.1.3 Melaksanakan tapisan keselamatan Seksyen 5 Tahun
halus ulangan mengikut keperluan Keselamatan, (2021-2025)
bagi jawatan yang dirasakan kritikal.
BKP

Mewujudkan kumpulan auditor Seksyen
Pentadbiran
sebagai kawalan dalaman bagi dan Sumber

4.1.1.4 membuat pemeriksaan berkala Manusia, 5 Tahun
BKP (2021-2025)
ke atas dokumen dan spesifikasi

bekalan/perkhidmatan yang

diterima.

22 PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA

Melaksanakan urusan bagi proses Seksyen

tindakan tegas/tatatertib kepada Pentadbiran

4.1.1.5 pegawai yang bertanggungjawab dan Sumber 5 Tahun
selaras dengan Peraturan-Peraturan Manusia, (2021-2025)

Pegawai Awam (Kelakuan dan BKP dan Unit

Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395]. Integriti

4.1.2.1 Melaksanakan pusingan kerja bagi Seksyen 5 Tahun
pegawai yang telah berkhidmat Pentadbiran (2021-2025)
lebih daripada 5 tahun. dan Sumber
Manusia, BKP

4.1.2.2 Melaksanakan succession planning Seksyen 5 Tahun
supaya para pegawai mahir di Pentadbiran (2021-2025)
dalam bidang yang berkaitan dan Sumber
dan memudahkan pusingan kerja Manusia, BKP
dilaksanakan.
Salah guna kuasa dalam
4.1.2 urusan perolehan Seksyen

Melaksanakan urusan bagi proses Pentadbiran

4.1.2.3 tindakan tatatertib/SPRM kepada dan Sumber 5 Tahun
pegawai dan penyelia yang Manusia, (2021-2025)

bertanggungjawab. BKP dan Unit

Integriti

4.1.2.4 Melaksanakan pusingan kerja bagi Seksyen 5 Tahun
pegawai yang telah berkhidmat Pentadbiran (2021-2025)
lebih daripada 5 tahun. dan Sumber
Manusia, BKP

Bidang Keutamaan 5: Operasi dan Penyelidikan

Strategi 5: Memperkasa Penyampaian Perkhidmatan Teknologi Angkasa

Risiko/Potensi Risiko Inisiatif/Tindakan Peneraju/ Tempoh
Bil. (Kelemahan Tadbir Urus/ Pelaksana Masa

Integriti dan Antirasuah) Pelaksanaan

Mewajibkan Pegawai Perolehan Seksyen

yang dilantik menghadiri latihan yang Pentadbiran

4.2.1.1 sesuai secara berterusan selaras dan Sumber 5 Tahun
dengan Garis panduan Pemantapan Manusia serta (2021-2025)
Penubuhan Pusat Tanggungjawab
Sekseyen

- Pemegang Waran Peruntukan/ Perolehan,

Ketua Jabatan/Pemungut . BKP

4.2.1 Pegawai perolehan tidak Memastikan semua pegawai sentiasa Seksyen
arif berkenaan proses mengemaskini dokumen Panduan Perolehan,
perolehan Kerja Sektor Awam (myPortfolio) 5 Tahun
bagi jawatan masing-masing seperti BKP (2021-2025)
yang digariskan dalam Pekeliling
4.2.1.2 Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 4
Tahun 2018 bagi memudahcarakan
proses succession planning dan
membolehkan pusingan kerja
dilaksanakan dengan lancar.

Memperkukuh dokumen Prosidur Seksyen
Perolehan,
4.2.1.3 Perolehan dalam ISO9001:2015 5 Tahun
berkaitan pengurusan dan semakan BKP (2021-2025)

dokumen perolehan. 23

PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA

Risiko/Potensi Risiko Peneraju/ Tempoh
(Kelemahan Tadbir Pelaksana Masa
Bil. Urus/ Integriti dan Inisiatif/Tindakan
Pelaksanaan
Antirasuah)

Melaksanakan program/taklimat Seksyen
Pentadbiran
berkaitan pengendalian maklumat/ dan Sumber 2 Tahun
(2021 -2022)
5.1.1.1 dokumen terperingkat selaras Manusia,
BKP dan Unit
dengan Arahan Keselamatan yang
Integriti
berkuatkuasa.

Memperkukuhkan sistem keselamatan BITG 5 Tahun
5.1.1.2 ICT selaras dengan Dasar Keselamatan (2021-2025)

ICT MYSA (PK-AM-P1-04).

Kebocoran data dan Memperkukuhkan SOP/garis

5.1.1 maklumat strategik panduan berkaitan kawalan dalaman/

kepada pihak luar pengedaran data/maklumat strategik

5.1.1.3 selaras dengan arahan/ pekeliling BPK dan BD 5 Tahun
yang berkuatkuasa termasuk (2021-2025)

Prosedur Mengendali Permohonan

Perkhidmatan Data (PK-Data-

MPD-01).

Melaksanakan program/taklimat Seksyen
Pentadbiran
berkaitan pengendalian maklumat/ dan Sumber 2 Tahun
(2021-2022)
5.1.1.4 dokumen terperingkat selaras Manusia,
BKP dan Unit
dengan Arahan Keselamatan yang
Integriti
berkuatkuasa.

Tidak bertanggungjawab Mengadakan hebahan/taklimat Seksyen
dalam melakukan tugas Pentadbiran
dan menyalahgunakan kesedaran kepada warga MYSA dan Sumber 5 Tahun
kedudukan awam untuk (2021-2025)
kepentingan peribadi. 5.1.2.1 berkaitan Peratuan-peraturan Pegawai Manusia,
BKP dan Unit
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
Integriti
P.U.(A) 395 secara berkala.

• Penjualan data remote

sensing secara tidak Seksyen

sah kepada pihak Memperkemas SOP kerja dan kod etika Pentadbiran

tertentu. tatakelakuan berdasarkan Peraturan- dan Sumber 1 Tahun
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Manusia, (2021)
• Memanipulasi 5.1.2.2
5.1.2 maklumat imej satelit.
dan Tatatertib) 1993 P. U. (A) 395. BKP dan Unit
• Mensabotaj proses
Integriti
penjejakan atau

pencerapan imej.

• Menyembunyikan hasil

analisis penyelidikan.

• Pemalsuan laporan Mewujudkan Jawatankuasa Seksyen
atau parameter
pengujian. Pengurusan Kualiti Jabatan untuk Pentadbiran 2 Tahun
5.1.2.3 menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dan Sumber (2021-2022)
• Proses pembekalan
data terperingkat tidak Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO Manusia, BKP
mengikut prosedur.
9001:2015, MS ISO/IEC 27001:2013. dan BPK

24 PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA

Menangani campur tangan pihak-pihak berkepentingan dalam pelaksanaan projek penyelidikan
dan pembangunan

Risiko/Potensi Risiko Inisiatif/Tindakan Peneraju/ Tempoh
Bil. (Kelemahan Tadbir Urus/ Pelaksana Masa

Integriti dan Antirasuah) Pelaksanaan

Mewujudkan garis panduan “check
and balance mechanism” sebagai

kawalan dalaman yang wajib

5.1.2.5 dipatuhi oleh pegawai-pegawai BPK 2 Tahun
dan penyelia dalam setiap tugas (2021-2022)

perkhidmatan teknikal dan operasi

serta penyelidikan dan pembangunan

yang dijalankan.

Memperkukuhkan program Seksyen
Pentadbiran
pengiktirafan/penghargaan kepada dan Sumber 2 Tahun
(2021-2022)
5.1.2.6 pegawai yang berjaya menghasilkan Manusia,
BKP
produk/hasil penyelidikan berimpak

tinggi.

Melaksanakan pusingan tugas-tugas BPS, BKT, 5 Tahun
pegawai bagi jawatan/tugas-tugas BPD,BITG (2021-2025)
5.1.2.7 kritikal selaras dengan keperluan
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun
2004.

Melaksanakan urusan bagi proses

tindakan tatatertib ke atas pegawai

5.1.2.8 yang bertanggungjawab selaras BKP 5 Tahun
(2021-2025)
dengan Peraturan-Peraturan

Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) 1993 P. U. (A) 395.

Risiko/Potensi Risiko Inisiatif/Tindakan Peneraju/ Tempoh
Bil. (Kelemahan Tadbir Urus/ Pelaksana Masa

Integriti dan Antirasuah) Pelaksanaan

Memperkukuhkan mekanisme

5.2.1.1 pengurusan saluran aduan termasuk 2 tahun
whistleblower selaras dengan Akta Unit Integriti (2021-2022)
Perlindungan Pemberi Maklumat
Projek pembangunan
5.2.1 tergendala 2010.

Perancangan draf Sistem Pengurusan 1 Tahun
5.2.1.2 Anti-Rasuah ISO 37001 di peringkat Unit Integriti (2021)

Jabatan.

PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA 25

26 PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA

MEMPERKASAKAN
PENCEGAHAN RASUAH

Prinsip Pengurusan Antirasuah

Penyelarasan, Pemantauan dan Penilaian

Carta Mekanisme

PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA 27

28 PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA

Carta Mekanisme Penyelarasan OACP

PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA 29

30 PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA

KESIMPULAN DAN
HARAPAN MASA

HADAPAN

Kesimpulan dan Harapan Masa Hadapan

PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA 31



KESIMPULAN DAN HARAPAN
MASA HADAPAN

Pembangunan PelanAntirasuah Organisasi (OACP) MYSAini adalah bagi memperlihatkan
komitmen pihak Jabatan dalam menyokong dasar Kerajaan dalam menangani
permasalahan rasuah, integriti dan tadbir urus di dalam perkhidmatan awam. Hal ini dapat
dilihat menerusi lima (5) strategi MYSA yang mengandungi 64 inisiatif yang telah dikenal
pasti untuk dilaksanakan sebagai panduan pengurusan pemantapan tadbir urus, intergriti
dan antirasuah di jabatan ini.

Bagi memastikan keberkesanan OACP ini, pelaksanaan semua inisiatif yang telah
dikenal pasti akan sentiasa dipantau dan dikaji semula secara berkala bagi memastikan
ia sentiasa relevan dengan perkembangan semasa.

PENGHARGAAN

34 PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA

P enghargaan

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang membantu dalam

menyediakan input, analisis, panduan dan sokongan bagi menyiapkan OACP MYSA;

TUAN HAJI AZLIKAMIL BIN NAPIAH
Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Malaysia

ENCIK ADNAN BIN ISMAIL
Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan)

PUAN NIK MAZLINA BINTI NIK MUSTAPHA
Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi)

ENCIK AHMAD FAIRUZ BIN MOHAMED NOOR
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan

PUAN JAMILAH BINTI ISMAIL
Pengarah Bahagian Perancangan dan Komunikasi Strategik

ENCIK ZURAIMI BIN SULEIMAN
Pengarah Bahagian Aplikasi Pengurusan Sumber

KOLONEL HAJI IDRIS BIN BORHAN

Pengarah Bahagian Aplikasi Perisikan Pertahanan

ENCIK SAMSUDDIN BIN OMAR
Pengarah Bahagian Pembangunan ICT dan Geoinformatik

DR. MOHAMED KAMAL AZIDY BIN MUSA
Pengarah Bahagian Aplikasi Strategik

CIK AZMAH BINTI ALI
Pengarah Bahagian Penerimaan dan Pengedaran Data

ENCIK SYARIMAN BIN SAMSUDIN
Pengarah Bahagian Kejuruteraan dan Teknologi Angkasa

PUAN ZAHIRA BINTI MOHD RADZI
Pengarah Bahagian Eksplorasi dan Sains Angkasa

PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA 35

JAWATANKUASA OACP

Pengerusi
Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha

Setiausaha
Puan Amalina Ayu binti Abdullah

AHLI-AHLI JAWATANKUASA
Encik Ahmad Fairuz bin Mohamed Noor

Puan Jamilah binti Ismail
Encik Shahruddin bin Ahmad
Puan Norafiza Saleha binti Sahlan
Puan Zahira binti Mohd. Radzi
Encik Muhammad Fuad bin Ahmad

Encik Azman bin Ahmad
Encik Kamaruzzaman bin Wahid
Puan Zainul Izzah binti Ahmad

Dr Elena Woo Lai Leng
Cik Jumaiyah binti Junid
Puan Nurul Nadia binti Abd. Malek

36 PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA

PESERTA BENGKEL CRM DAN OACP

Encik Azman bin Ahmad
Encik Kamaruzzaman bin Wahid
Puan Norafiza Saleha binti Sahlan
Puan Zainul Izzah binti Ahmad

Dr. Elena Woo Lai Leng
Cik Jumaiyah binti Junid

Puan Aliza binti Sarip
Puan Kasmah binti Hamid

Encik Zahid bin Ahmad
Puan Harita binti Jamil
Puan Noryusdiana binti Mohamad Yusoff
Encik Mohamad Jamil Khusairi bin Yahaya
Encik Mohamad Farid bin Omar
Kapt. Mohamad Taufiq bin Mohamad Saleh
Encik Mohd Arif Shahdan bin Azmi
Puan Lijah Wati binti Hj. Usman
Encik Muhammad Helmy bin Dazman
Encik Zynuddin bin Abdollah

KUMPULAN EDITOR

Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha
Puan Jamilah bin Ismail

Encik Ahmad Fairuz bin Mohamed Noor
Encik Mohd Idrus bin Said

Puan Nurul Nadia binti Abd Malek
Encik Faitz Aqira bin Nordin

Cik Nurul Syuhaida binti Ab Rashid

PELAN ANTIRASUAH | OACP MYSA 37

WWW.MYSA.GOV.MY

AGENSI ANGKASA MALAYSIA
No.13, Jalan Tun Ismail
50480 KUALA LUMPUR


Click to View FlipBook Version