The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 715-3-nazirah, 2022-04-14 20:53:18

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

NAZIRAH BT RAHIM
F2C BM

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
( BMMB 1104 )

NAMA : NAZIRAH BT RAHIM KELAS : F2C BM
ANGKA GILIRAN : 2021252310057

ISI KANDUNGAN

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU BENTUK & CIRI-CIRI PANTUN
JENIS,BENTUK DAN CIRI KESUSASTERAAN MELAYU TEMA DAN FUNGSI PANTUN
JENIS PROSA TRADISIONAL SYAIR
PROSA TRADISIONAL ( SASTERA RAKYAT ) CIRI,BENTUK DAN FUNGSI SYAIR
CERITA MITOS SELOKA
JENIS MITOS CIRI,JENIS DAN FUNGSI SELOKA
FUNGSI MITOS GURINDAM
CERITA LEGENDA CIRI,JENIS DAN FUNGSI GURINDAM
JENIS LEGENDA PUISI MODEN
CERITA RAKYAT SAJAK
JENIS CERITA RAKYAT fFUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
FUNGSI CERITA RAKYAT AKAL BUDI DALAM PANTUN
PROSA MODEN CONTOH SYAIR
CERPEN AKAL BUDI DALAM SYAIR
NOVEL CONTOH SELOKA
CIRI-CIRI NOVEL AKAL BUDI DALAM SELOKA
DRAMA CONTOH GURINDAM
PUISI TRADISIONAL AKAL BUDI DALAM GURINDAM
PANTUN KESIMPULAN
RUJUKAN

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

Kesusasteraan melayu merupakan hasil karya dan ciptaan seni yang
digunakan oleh masyarakat melayu pada suatu ketika dahulu
sehingga zaman sekarang.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) dalam buku Bahasa Melayu I edisi
yang kedua, perkataan kesusasteraan itu tercipta daripada

perkataan Sanskrit,iaitu susastera yang membawa maksud huruf
atau buku indah.

Maksud kesusasteraan berdasarkan kamus pula ialah hasil seni atau
karya tulisan yang dihasilkan dalam bentuk prosa atau puisi dan
memiliki ciri-ciri keistemewaan yang tertentu.

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

Menurut Hashim Awang pula,kesusasteraan itu didefinisikan melalui
setiap suku katanya, sebagai contoh :

Imbuhan ke- dan -an membawa maksud menyeluruh iaitu setiap perkara
yang tertulis itu mempunyai nilai seni yang tersendiri dan berestetika serta
maksud yang disampaikan melalui penulisan itu mampu memberikan
panduan,petunjuk dan pengajaran kepada pembaca.
Awalan su bermaksud indah atau baik.
Kata dasar sas- pula bererti mengarahkan,mengajar atau memberi
petunjuk
Akhir sekali, kata dasar -tra itu merujuk kepada alat.
Maka, secara umumnya sastra itu ialah alat yang digunakan untuk
mengajar

JENIS,BENTUK DAN CIRI
KESUSASTERAAN MELAYU

TRADISIONAL MODEN

PROSA TRADISIONAL PUISI TRADISIONAL PROSA MODEN PUISI MODEN

APA ITU PROSA TRADISIONAL ?

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), tradisional itu membawa maksud serius dan
nilainya abadi serta memiliki gaya yang sederhana dan tidak berubah mengikut

masa.
Secara umumnya,prosa tradisional merujuk kepada hasil karya seni yang

disampaikan melalui bahasa.
Prosa tradisional juga merupakan kesusasteraan yang mempunyai sifat yang

diwarisi secara turun-temurun dan bahasa yang digunakan ketika
penyampaiannya adalah mudah difahami oleh masyarakat.

Tujuan prosa tradisonal ini disampaikan kepada masyarakat adalah untuk
menyatukan falsafah antara pencipta dan penerimanya.

Prosa tradisional ini terbahagi kepada dua genre iaitu sastera rakyat (lisan) dan
sastera istana (tulisan).

JENIS PROSA TRADISIONAL

SASTERA RAKYAT (LISAN) SASTERA ISTANA (TULISAN)

Sastera rakyat dimaksudkan sebagai Sastera istana ini mula berkembang
hasil-hasil kreatif yang mengandungi daya dalam istana setelah kedatangan Islam ke
ciptaan imaginasi pencipta dan terkandung di
Tanah Melayu pada abad ke-15.
dalamnya nilai-nilai Sastera istana ini terbahagi kepada 6
world view.
kategori iaitu :
Menurut Zaida et al. (2000). sastera lisan - sastera hikayat
ialah ungkapan yang dihasilkan dari - sastera undang-undang
mulut ke mulut serta merupakan hasil
kebudayaan lisan dalam masyarakat - sastera epik
tradisional. - sastera panji
- sastera agama
Sastera rakyat terbahagi kepada kepada - sastera ketatanegaraan
dua kategori iaitu naratif

(mitos,legenda,cerita rakyat) dan bukan
naratif (puisi rakyat)

PROSA TRADISIONAL
( SASTERA RAKYAT )

CERITA CERITA CERITA
MITOS LEGENDA RAKYAT

CERITA MITOS

Menurut kamus Bahasa Melayu,mitos ini didefinisikan sebagai cerita pada zaman
dahulu yang dianggap sahih terutamanya cerita yang mengandungi unsur,konsep
atau kepercayaan terhadap kewujudan sesuatu bangsa atau kejadian alam.Cerita

mitos ini dianggap suci oleh masyarakat yang mendukungnya




CIRI-CIRI CERITA MITOS

Dianggap betul- Pertistiwa yang Peristiwa yang Peristiwanya
betul berlaku,dan berlaku itu berlaku memberi kesan
aneh,tetapi dianggap
terjadi pada penting keramat kepada
zaman lampau masyrakat

JENIS MITOS

MITOS ASAL USUL MITOS INSTITUSI SOSIAL

Mitos asal usul ini telah terjadi pada Mitos institusi sosial ialah mitos
yang menceritakan asal usul
masa lampau dan masyarakat yang
sesebuah institusi sosial seperti
mendukungnya menganggap mitos ini kedatangan Islam dalam

ialah keramat.Masyarakat Melayu juga masyarakat Melayu dan institusi
bomoh yang melibatkan peruatan
mudah dipengaruhi oleh mitos asal usul

ini terutamanya dari cara pemikiran pemulihan
yang bersifat mistik

MITOS POLITIK

Mitos politik menceritakan
tentang struktur pemerintahan

dan kerajaan seperti dalam
cerita keturunan raja-raja

Melayu

FUNGSI MITOS

Bertujuan mengembangkan Bertujuan sebagai pegangan
simbol- simbol yang bermakna bagi masyarakat
dan juga menjelaskan fenomena
pendukungnya agar mampu
alam dan lingkungan yang membina kesetiakawanan
dihadapi. sosial di antara ahli
kawanan.



Bertujuan untuk pendidikan yang
efektif terutamanya untuk

mengukuhkan dan memupuk
nilai-nilai budaya, norma-norma

sosial dan keyakinan tertentu.

CERITA LEGENDA

Menurut kamus Bahasa Melayu,legenda didefinisikan sebagai cerita dongeng yang
mempunyai kaitan dengan kisah-kisah yang bersejarah.Sehubungan dengan
itu,legenda juga merupakan cerita yang boleh dipercayai kerana peristiwanya
benar-benar terjadi tetapi peristiwa itu dianggap tidak suci.

CIRI-CIRI CER
ITA LEGENDA

Sebuah komunikasi lisan Sejarah dan latar masa Kisahnya berkait dengan
yang bercorak cerita tidak semestinya terjadi zaman sekarang kerana
wujudnya kepercayaan
berasaskan kisah tokoh sewaktu masa terhadap keramat seperti
atau pahlawan. Tokoh lampau,tetapi masih
dan tempat memiliki berkait dengan masa Perigi Hang Tuah

sifat liar biasa silam

JENIS LEGENDA

LEGENDA KEAGAAMAAN LEGENDA HISTORIOGRAFI LEGENDA ALAM GHAIB

Legenda ini menceritakan Menceritakan asal usul Legenda ini dianggap
mengenai orang-orang alim sesuatu tempat yang berkait sebagai memorat dan
dan penyebar agama dalam
dengan nama tokoh atau meneguhkan soal
masyarakat Melayu. binatang serta peristiwa kebenaran yang berkait
berkaitan fakta sejarah
dengan sesuatu

tempatan kepercayaan

LEGENDA TOKOH LEGENDA PERSEORANGAN

Legenda ini dianggap benar- Mempunyai kaitan dengan
benar berlaku kerana ruang tokoh-tokoh tertentu serta
masa dan tempat berkaitan segala peristiwa berkaitan
cerita itu dipercayai benar- tokoh itu ialah betul-betul

benar wujud berlaku

CERITA RAKYAT

Cerita rakyat ialah cerita yang dihasilkan dalam bentuk prosa dan tidak benr-benar
berlaku dan kebanyakannya hanya rekaan semata-mata untuk memberikan
hiburan,nasihat dan mempamerkan kebenaran tentang sesuatu perkara.




CIRI-CIRI CERITA RAKYAT

Cerita rakyat cerita rakyat Mempunyai sifat Bersifat
disampaikan tidak mempunyai yang sejagat dan tradisional dan
secara lisan
pemilik khusus meemiliki nilai- disampaikan
nilai murninya secara turun-

temurun

JENIS CERITA RAKYAT

CERITA BINATANG CERITA LIPUR LARA

Binatang yang ditokohi tersebut Cerita ini dituturkan oleh para
mempunyai gambaran sikap dan penglipur lara seperti Awang Batil.
perbuatan seperti manusia.Tokoh .Ciri-cirinya ialah dituturkan dari satu
generasi ke satu generasi secara
utama cerita ini ialah binatang
yang bersifat manusia
lisan.

CERITA JENAKA CERITA TELADAN

Cerita yang membuatkan mengandungi unsur didaktif dan
pendengar berasa geli hati dan sarat dengan unsur moral serta
pendidikan.Ciri-cirinya ialah watak
gembira.Ciri-cirinya ialah yang mengalami suka duka pada
mengandungi unsur kebetulan awal cerita akan gembira di akhir

dengan situasi sebenar cerita

FUNGSI CERITA RAKYAT

Cerita rakyat yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu pada
zaman dahulu mempunyai banyak

fungsi.Antaranya ialah sebagai sarana hiburan kerana cerita
rakyat tersebut mampu membuatkan masyarakat

berimaginasi dan pembaca seakan berjelalah ke satu alam
dimensi yang tidak dapat dijumpai dalam kehidupan asli.
Cerita rakyat juga berfungsi sebagai penguatan nilai-nilai
sosial budaya yang ada dalam kalangan masyarakat dan
boleh dijadikan contoh kepada masyarakat

APA ITU PROSA MODEN ?

Menurut Annas Hj Ahmad (1988),karya sastera yang dihasilkan selepas tahun
1800 Masihi digolongkan dalam sastera moden.

Perkara itu berlaku adalah untuk memudahkan masyarakat supaya dapat
memahami bentuk dan unsur-unsur perbezaan dalam sastera Melayu dengan

mudah.
Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi ialah seorang pengkarya pertama sastera

moden dan dianggap telah membawa pembaharuan dalam sejarah
kesusasteraan melayu moden.

Prosa moden ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu :
- Cerpen
- Novel
- Drama

CERPEN FUNGSI :

Sebagai penghibur bagi para pembaca dan memiliki nilai moral sehingga pembaca
mengetahui perkara yang baik dan buruk berdasarkan kandungan cerita.

Perkataan cerpen ini ialah singkatan daripada gabungan dua perkataan iaitu perkataan cerita dan
perkataan pendek. Cerpen ini mula berkembang dalam kalangan masyarakat setelah kegiatan
persuratkhabaran telah mencapai zaman kegemilangannya sekitar tahun 1930-an.

Cerpen pada waktu itu dihasilkan sebagai alat untuk mempamerkan sikap, perasaan,fikiran pengarang,
dan memberi gambaran tentang suatu zaman sama ada berkaitan masalah sosial, politik atau
ekonomi.
Setiap cerpen yang dihasilkan hanya membawa satu tema sahaja dan tema tersebut tidak berat
kerana ingin memberi kesan tertentu dan mendalam terhadap pembacanya.

Cerpen juga hanya membawa beberapa watak sahaja dalam plot penceritaan dan watak sampingan
hanyalah untuk memperkukuhkan kewibawaan watak utama sahaja.

Terdapat satu plot sahaja dalam penceritaan cerpen yang akan berkembang dengan rapi, teliti dan
tidak rumit.

Unsur dramatik dihasilkan dalam cerpen dengan adanya dua watak yang berbeza iaitu watak
protagonis dan antagonis yang akan menyebabkan konflik.

Plot penceritaan seperti pencetusan perasaan akan menyebabkan pembaca lebih tertarik untuk
membaca cerpen.

NOVEL

DEFINISI

Istilah novel ini berasal daripada bahasa Itali iaitu novella yang membawa maksud
satu benda kecil yang baharu.Novel juga merupakan satu prosa rekaan yang
panjang dan mengisahkan kejadian yang berpaksikan kepada sebahagian
daripada kehidupan manusia pada masa dan tempat yang tertentu.

Menurut Shahnon Ahmad (1972), novel merupakan satu bentuk sastera cereka yang
mentafsirkan rencam hodup manusia.

Terdapat tiga faktor yang saling berkait dalam penulisan novel iaitu pengalaman
peribadi,realiti rencam hidup dan imaginasi.

FUNGSI NOVEL

Novel berfungsi sebagai alat penting bagi pemikir dalam menggerakkan pembaca dalam sebuah
kenyataan dan menolongnya dalam membuat keputusan

CIRI-CIRI NOVEL

Jumlah perkataan di Setiap novel yang CONTOH-CONTOH NOVEL
dalam novel ialah dihasilkan mempunyai
tema yang tersendiri dan Novel bercorak
panjang dan panjang kemasyarakatan iaitu
sesebuah novel itu mempunyai banyak novel Cinta Gadis Rimba
bergantung kepada watak dalam setiap novel
penulisnya kerana (1947)
yang dihasilkan. Novel bercorak
panjang ssuatu novel itu Bilangan kata boleh semangat kebangsaan
tidak ditetapkan. mencecah sehingga iaitu novel Pahlawan
Rimba Malaya (1946)
Plot penceritaan yang 35000 kata.
kompleks dan lengkap

DRAMA

DEFINISI UNSUR-USNUR PENTING DALAM DRAMA

Menurut Erwan Juhara (2014), drama

membawa maksud sebuah karya sastera Skrip drama berperanan untuk
yang diwujudkan oleh unsur intrinsik iaitu mendukung drama itu sendiri yang
dijadikan panduan kepada pengarah.
satu kesatuan yang dapat membentuk Pengarah berperanan menyelaraskan
karya secara keseluruhan.
pementasan drama.
Drama merupakan karya sastera yang Pelakon bagi setiap watak juga penting
menyampaikan mesej dan pemikiran
melalui lakonan serta lontaran dialog. untuk membawa watak dengan baik

semasa pementasan drama.

Panggung dan pentas juga penting dalam
setiap pementasan drama supaya tidak
berlaku sebarang masalah semasa drama

ditayangkan atau dilakonkan.

APA ITU PUISI TRADISIONAL ?

Puisi ialah genre sastera yang paling awal bagi semua bangsa yang
hidup di dunia ini.

Orang Melayu sangat berbangga dengan puisi tradisional milik mereka
yang diberi nama pantun.

Menurut Harun Mat Piah (1989),genre dalam puisi tradisional terbahagi
kepada beberapa kategori iaitu pantun, syair, gurindam, seloka, talibun

dan sebagainya.
Namun demikian,puisi tradisional yang akan diberi perhatian ialah

pantun, gurindam, syiar dan seloka.

PANTUN GURINDAM
SYAIR
PUISI
TRADISIONAL

SELOKA

PANTUN

DEFINISI

Pantun ialah sejenis puisi tradisional yang telah lama wujud dalam kalangan
masyarakat Melayu sejak zaman beezaman lagi.

Pantun ini digunakan oleh masyarakat Melayu sebagai satu medium untuk
menyampaikan pemikiran dan perasaan terhadap sesuatu mahupun

seseorang sama ada secara menyindir,berjenaka dan memberi nasihat.
Menurut Harun Mat Piah (1989), pantun didefinisikan berdasarkan aspek

dalaman dan luaran struktur visualnya.Aspek dalaman meliputi unsur
estetiik dan isi iaitu tema dan persoalan.

Unsur estetik pula dibahagikan kepada dua aspek iaitu yang pertama ialah
perkaitan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun

mengikut tanggapan masyarakat Melayu.Kedua,berdasarkan hubungan
makna antara pasangan pembayang.

BENTUK & CIRI,TEMA DAN FUNGSI PANTUN

CIRI-CIRI TEMA FUNGSI
Nasihat Pantun digunakan dalam
Dibina dalam bentuk rangkap masyarakat pada zaman
dan mengandungi bilangan Adat
baris tertentu. Kanak-kanak dahulu dalam aktiviti
Mengandungi bahagian kemsyarakatan seperti
pembayang dan maksud Agama

aktiviti seni dan adat
Bilangan perkataan bagi setiap istiadat.
baris ialah 4 hingga 6 patah BENTUK
perkataan Dua kerat Pantun juga digunakan
Bilangan suku kata antara 8 Empat kerat untuk
hingga 12 bagi setiap baris. Enam kerat
Rima akhir ialah sejajar iaitu Lapan kerat menyindir,menyampaikan
'a','a' bagi pantun dua kerat 10 kerat perasaan dan berjenaka
manakalan untuk pantun 12 kerat
empat kerat ialah 'a','b','a','b' terutamanya.

SYAIR

DEFINISI

Syair ialah sejenis puisi yang disampaikan dengan berlagu.Syair dikatakan
berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama

dengan kedatangan Islam.
Namun demikian,menurut A.Teeuw syair merupakan puisi Melayu lama yang

telah wujud,tetapi namanya sahaja yang sudah ditukar.
Menurut Harun Mat Piah ( 1989) pula, keseluruhan pengkaji telah sependapat

bahawa istilah syair ini berasal dariapada Bahasa Arab yang membawa
maksud puisi secara umum.

Syair juga merupakan salah satu puisi tradisional yang menjadi kegemaran
masyarakat masa dahulu.

Syair juga sering membawa makna isi yang behubung dengan kias ibarat,
sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan juga berasaskan sejarah atau

dongeng.

CIRI,BENTUK DAN FUNGSI SYAIR

CIRI-CIRI BENTUK FUNGSI
Syair terbahagi kepada Pantun digunakan dalam
Syair mengandungi empat dua kategori iaitu bentuk masyarakat pada zaman
baris serangkap dengan rima Naratif dan bentuk bukan
dahulu dalam aktiviti
akhirnya ialah 'a','a','a','a,'. Naratif. kemsyarakatan seperti
Setiap baris mengandungi 4 Syair bentuk Naratif
hingga 5 patah perkataan terdiri daripada romntis, aktiviti seni dan adat
Setiap baris mengandungi 8 sejarah, keagamaan, dan istiadat.

hingga 12 suku kata sindiran Pantun juga digunakan
Terdapat suatu hentian pada Syair bentuk bukan untuk
Naratif terdiri daripada
setiap baris nasihat dan agama menyindir,menyampaikan
Setiap rangkap memerlukan perasaan dan berjenaka

beberapa rangkap yang terutamanya.
berturutan untuk memberikan

idea yang lengkap.

SELOKA

DEFINISI

Menurut Harun Mat Piah ( 1989), istileh "seloka" berasal daripada
perkataan Sanskrit yang membawa maksud berjenaka atau menyindir.
Seloka merupakan puisi tradisional yang bercorak karangan berangkap

atau bahasa berirama.
Seloka dikatakan lebih merupakan pepatah, bidalanatau perumpamaan
yang mengandungi pelbagai unsur seperti jenaka, gurau senda, olokan

dan sindiran.
Namun demikian,segala mesej dan isi yang disampaikan melalui
gurindam ini sangat berguna kepada masyarakat terutamanya untuk
dijadikan pengajaran dan teladan kepada setiap pembaca atau

pendengar.

CIRI,JENIS DAN FUNGSI SELOKA

CIRI-CIRI JENIS FUNGSI



Kebanyyakkan masyarakat
Sebahagian besar seloka Seloka khayal pada zaman dahulu
ditulis dalam bentuk terikat Seloka menempelak
menggunakan seloka untuk
iaitu empat baris Seloka mengejek mengkritik sikap
serangkap dan lebih mirip Seloka gurau senda
kepada bentuk pantun atau negatif,menyindir dan
Seloka nasihat melahirkan rasa benci dak
syair tidak puas hati terhadap
Bebas dari segi rima sikap manusia yang tidak
mempunyai tema dan isi
santun.
yang umum Seloka juga digunakan untuk

memberikan pengajaran
menasihati orang lain tanpa
mengguris perasaan mereka

GURINDAM

DEFINISI

Gurindam dikatakan berasal dari bahasa Tamil iaitu "iradam" yang
bermaksud puisi secara terbuka.

Menurut Za'ba (1965), gurindam ialah sejenis syair yang melarat
tetapi sukatan atau rangkapnya ialah tetap.

Gurindam mengandungi isi fikiran yang bernas dan bahasa yang
digunakan sangat riang dan dinyanyikan sebagai tujuan hiburan.

CIRI,JENIS DAN FUNGSI GURINDAM

CIRI-CIRI JENIS FUNGSI
Gurindam berkait
Gurindam kebiasaannya Gurindam ini diawali Gurindam dihasilkan
dihasilkan dalam bentuk dengan kata yang sama adalah untuk hiburan
terikat iaitu terdiri daripada pada baris pertama
setiap baitnya. dan pendidikan.
dua baris serangkap Gurindam berangkai Gurindam juga
Setiap baris mengandungi Gurindam ini memiliki menumpukan kepada
tiga hingga enam patah kata yang sama pada pengajaran dan
setiap dua baris panduan hidup ke arah
perkataan memperoleh kehidupan
Rima akhir ialah 'a','a'
Setiap baris mengandungi 8 sempurna.
hingga 12 suku kata

Gurindam memerlukan
beberapa rangkap untuk
melengkapkan keseluruhan

idea.

APA ITU PUISI MODEN?

Sajak ialah satu-satunya puisi moden kerana sajak lebih
bebas dan terikat pada sesuatu pola khusus walaupun ada

ketika ianya memerikan rima dan rentak.
Puisi moden lebih mementingkan keberkesanan pengucapan

perasaan melalui pemilihan kata-kata.
Menurut H.B.Jasin (1983),sajak itu adalah pengucapan
perasaan yang didalamnya mengandungi fikiran dan

tanggapan.

SAJAK

Sajak tidak terikat pada peraturan seperti pemilihan kata dan diksi
Ciri puisi moden ini ialah nama penulis mestilah diletakkan sebagai
pengakuan hak ke atas sesebuah karya walaupun menggunakan nama

samaran atau nama pena.
Sajak merupakan hasil karya kreatif yang mengandungi bentuk yang

bebas dan tersendiri mengikut selera penulisnya.
Menurut Haji Salleh (1991), rentak dan perjalanan baris serta rangkap
adalah lebih bersifat terbuka dan fikiran dan cara bertutur tidak disekat

oleh peraturan lama.
Sajak membawa dunia kesusasteraan itu menjadi lebih moden.

SAJAK

JENIS SAJAK BENTUK SAJAK

BALADA SAJAK BEBAS
Sajak yang mengandungi cerita,kisah dan hikayat


yang berkaitan dengam perasaan sedih - Sajak yang berbentuk bebas dan tidak
ROMAN terikat.


Sajak tentang cinta atau kasih sayang
ODA SAJAK TERIKAT


Sajak yang menyanjung dan memuji seseorang
EPIGRAM - Binaan sebuah sajak yang seimbang dari
segi baris,rangkap,jumlah kata.
Sajak yang dikhususkan untuk memberi nasihat
HIMME - Sajak ini disusun oleh penyajak mengikut
baris dan bait yang dirasakan wajar.
Sajak yang memuji Tuhan
ELERGI

Sajak yang menggambarkan keluhan jiwa
SATIRA

Sajak sindiran yang lahir kerana pengarang tidak
bersetuju dengan sesuatu yang tidak benar berlaku

dalam masyarakat

FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

PENDIDIKAN INSTRUMEN PERPADUAN DAKWAH
Pengalaman para Karya sastera yang Penerapan nilai yang positif
pengkarya dalam dihasilkan dapat dan realistik dalam sastera
mengharilkan karya sastera
ini mengandungi unsu-unsur mewujudkan semangat Islam mampu untuk
pengajaran,moral,atau ilmu kekitaan yang tinggi membimbing dan mendidik
pengetahuan yang tinggi dalam kalangan para pembaca melalui prinsip
nilainya ini akan dapat masyarakat untuk
dijadikan teladan oleh takamul dan
pembaca maka berlakulah membina sebuah negara takmilahnya.Transformasi
pendidikan secara tidak yang bersatu padu dan
aman.Nilai perpaduan kemanusiaan berjaya
langsung. yang diterapkan dalam digerakkan kerana adanya

hasil sastera berjaya kekuatan prinsip yang
mendidik masyrakat untuk melahirkan pandangan
kosmologinya yang ampuh
sentiasa bersatu padu.

AKAL BUDI DALAM PANTUN

Buah nanas adalah buah yang paling disukai oleh semua orang kerana apabila buah nanas sudah

masak,buah nanas akan bertukar menjadi warna kuning dan menghasilkan bau yang sangat harum

sehingga menyebabkan orang yang lalu berdekatan dengan buah nanas itu akan berasa tertarik untuk

memetiknya.Ubi pula hanyalah berwarna putih dan tidak menghasillkan apa-apa bau kerana ubinya

terletak di dalam tanah maka orang tidak tahu sama ada ubi itu sudah boleh dikorek atau belum. Nanas

dalam pantun ini cuba dikaitkan dengan emas kerana semua orang menyukai emas disebabkan nilai

emas itu sendiri. Manakala, ubi dalam pantun ini dikaitkan dengan sifat orang berbudi yang tidak suka

menonjolkan kehebatan diri mereka sama seperti ubi walaupun sudah berisi tetapi masih berada di

dalam tanah. Berdasarkan pantun ini,penulis cuba menasihati pembaca supaya memandang tinggi akan

nilai budi berbanding emas,tetapi penulis telah menyampaikan pemahaman

konsep itu dijelmakan dalam pembayang yang membuat perbandingan PANTUN :
antara nanas dan ubi.Hal ini kerana,walaupun nanas lebih disukai ramai Puas sudah menanam ubi
namun dalam kehidupan,ubi lebih memberi banyak faedah seperti lebih Nanas juga dipandang orang

mengenyangkan. Kesimpulannya,pantun ini mengingatkan masyarakat Puas sudah menanam budi

supaya tidak terlalu taasub dengan harta berbanding budi perkerti orang lain Emas juga dipandang orang

CONTOH SYAIR Bagi yang duka ia penghibur,
Ia penerang bagi yang kabur;
Ilmu itulah gemala sakti, Ialah kandil di dalam kubur,
Sinarnya cerah cahaya sejati; Lamun dengannya beramal subur.
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati. Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga;
Harganya tidak dapat ternilaikan, Ialah sungai ia telaga,
Sebuah dunia belinya bukan; Laut yang luas ialah juga
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pekan Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana;
Masa seorang ialah taulan, Hamparnya luas amat saujana,
Teman berbeka, suluh berjalan; Tepinya ajal sempadannya fana
Masa berhimpun ia pengenalan.
Hias penyata polan si polan.

AKAL BUDI DALAM SYAIR

Dalam aspek akal budi,syair ini dihasilkan untuk mengingati manusia bahawa ilmu itu sangat penting
untuk dipelajari dalam kehidupan seharian.Dari aspek pemikiran pula,penyair menggalakkan
masyarakat supaya sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan kerana nilai ilmu itu
sangatlah tinggi berbanding segala-galanya.Sehubungan dengan itu,penyair juga berfikiran bahawa
ilmu itu tidak dapat dibeli dengan wang ringgit kerana ilmu itu harus dicari dan dipelajari sendiri.Dari
aspek pelakuan pula,penyair amat menitikberatkan soal penyampain ilmu iaitu masyarakat amatlah
digalakkan untuk berkongsi ilmu yang kita miliki supaya ilmu itu tidak dilupakan begitu saja.Oleh
yang demikian,kita haruslah menghormati orang yang mempunyai ilmu pengetahun yang luas ini
kerana tinggi darjat mereka yang berilmu pengetahuan.Dari segi pertuturan pula,syair ini
menggunakan bahasa yang sopan dan tersusun serta tidak mengandungi bahasa yang kasar dan
kesat sehingga boleh menimbulkan konflik.Kesimpulannya,kita hendaklah sentiasa menuntut ilmu
sehingga kita memiliki ilmu yang penuh di dada.Hal ini kerana ilmu yang diperoleh itu akan dapat
membantu kita kelak dan mengelakkan diri kita daripada mudah ditipu dan supaya kita tidak
dipandang rendah

CONTOH SELOKA

Anak dipijak dagang dijinjing Apa didengar gelagak dagang
Kucing dibunuh tikus dibela Gelagak rambutan jantan
Harta habis badan tergadai Orang berbunga, dia berbunga
Mendengar gelagak dagang Orang berbuah, dia haram
Tak sedar bertelanjang Kilat memancar hujan tak jadi
Mendengar guruh dilangit Awak juga berkecundangan
Air ditempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak
Guting makan di hujung
Pak Pandir juga menganggung

AKAL BUDI DALAM SELOKA

Cerita Pak Pandir ini mengisahkan seorang lelaki yang memiliki sifat lurus bendul,tetapi Pak Pandir ini
mempunyai seorang isteri yang perlu menahan diri dengan segala karenah dan perangai Pak Pandir
ini.Dari aspek pemikiran,watak Pak Pandir ini dikatakan mewakili sikap masyarakat Melayu yang
memiliki sikap negatif dalam diri mereka dan menjadikan sikap negatif itu sebagai bahan jenaka.Kita
dapat lihat melalui situasi Pak Pandir yang sentiasa mengutamakan orang lain terlebih dahulu
berbanding diri dan keluarganya sendiri.Dalam seloka ini,berkemungkinan aspek perlakuan Pak Pandir
itu boleh dikaitkan dengan masyarakat Melayu yang suka boros berbelanja, sehinggakan Pak Pandir
pun terpaksa menggadaikan hartanya untuk membayar hutang.Dalam seloka ini juga,penulis telah
mengkritik Pak Pandir secara halus iaitu Pak Pandir yang tidak sedar akan kelemahan diri
sendiri.Seloka ini tidak menggunakan bahasa yang terlalu kesat dan tidak memerli masyarakat Melayu
secara terus,maka seloka yang dihasilkan ini amat mementingkan kesantunan pertuturan yang
ada.Kesimpulannya,kita perlulah mementingkan keluarga terdekat terlebih dahulu dalam setiap
perkara dan bukannya mengutamakan orang yang tiada pertalian darah dengan kita.Oleh yang
demikian,kita perlu sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik dari hari ke hari.

CONTOH GURINDAM

Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat.
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat.

AKAL BUDI DALAM GURINDAM

Berdasarkan Gurindam 12 pasal yang pertama ini,kita dapat lihat bahawa seseorang itu akan menjalani
kehidupannya dengan sangat gelisah dan penuh kerisauan apabila mereka hidup tanpa mengenal
Allah.Hal ini kerana,hidup tanpa mengenal Allah umpama hidup tiada tujuan.Kita sebagai umat islam
haruslah melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan seperti mana yang telah
diperintahkan oleh Allah SWT.Setiap insan di atas muka bumi ini memerlukan redha Allah bagi
memperoleh kehidupan yang barakah.Dalam pada itu,sesiapa yang mengetahui tentang kekurangan
dirinya sendiri sudah pasti akan memerlukan Allah dalam kehidupan mereka.Oleh itu,kita perlulah
mewujudkan sifat yang mengatakan bahawa dunia ini sifatnya ialah tidak kekal dan akhirat ialah tempat
yang kekak abadi.Karya sastera ini membincangkan sesuatu perkara itu secara estetik dan astistik.Secara
tidak langsung,Gurindam Dua Belas ini telah mencerminkan diri setiap insan serta jati diri mereka yang
indan dan sempurna.Penulis juga menitikberatkan soal kesantunan dalam penyampaian mesej gurindam
ini dan tujuannya tidak disampaikan secara berdalih,malah disampaikan secara terus.Hasil karyanya juga
tidak menyinggung perasaan orang lain maka jelaslah bawaha penulisannya amat
bersantun.Kesimpulannya,kita perlulah merujuk al-quran dan sunnah dalam menjalani kehidupan
sebagai seorang hamba kepada Allah SWT dan gurindam ini jugak telah mengingatkan diri kita supaya
tidak meninggalkan kewajipan kita sebagai umat islam.

Kesimpulan

Secara keselurahannya,karya sastera memberikan impak yang cukup besar dalam
kehidupan masyarakat Melayu terutamanya hal-hal yang berkaitan kehidupan,agama
dan adat istiadat. Kewujudan karya sastera ini sangat membantu masyarakat dalam
menjalani kehidupan seharian mereka. Karya sastera ini juga mampu untuk
membuatkan kehidupan seseorang itu berubah menjadi lebih baik.Oleh yang
demikian,generasi muda haruslah menguasai bidang kesusasteraan melayu ini supaya
karya sastera agung ini tidak dilupakan dan tidak ditelan dek zaman.

RUJUKAN

A.Teeuw. (1995). Sastera Dan Ilmu Sastera: Pengantar Teori Sastera.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah. ( 1989). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Hashim Awang.(1985) Glosari Mini Kesusasteraan. Petaling Jaya: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz.(2011). Bahasa Melayu 1.Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn.Bhd

Za’ba.(1965).Ilmu Mengarang Melayu.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka.


Click to View FlipBook Version