INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
Nama : NUR SYAFAWATI HUSNA BINTI
SOBRI
No. K/P : 031107-02-0426
Angka Giliran : 2021242310198
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : X8
Nama Pensyarah : EN. ABDUL RANI BIN
HASSAN
Tarikh Hantar : 14 MAC 2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar: _____syafawatihusna_____ Tarikh : 14 MAC 2022
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
1
TUGASAN 1 :
Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya
yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan
gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan
dialami oleh masyarakat. Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki
menghasilkan produk iaitu e-book dengan menerangkan konsep dan fungsi
kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan akal budi dalam sebuah pantun, sebuah
syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam. Anda dikehendaki menyiapkan e-book
tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang merangkumi tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan
sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.
2
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan ............................................................................................................ 4
2.0 Takrif Kesusasteraan Melayu .................................................................................. 5
3.0 Jenis, Bentuk dan Ciri- ciri Kesusasteraan Melayu ................................................. 6
3.1 Prosa Tradisional .................................................................................................... 6
3.2 Prosa Moden .......................................................................................................... 9
3.3 Puisi Tradisional.................................................................................................... 10
3.4 Puisi Moden .......................................................................................................... 16
4.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu dalam Aspek......................................................... 18
4.1 Hiburan ............................................................................................................. 18
4.2 Pendidikan ........................................................................................................ 20
4.3 Kritikan Sosial ................................................................................................... 21
4.4 Dakwah............................................................................................................. 21
5.0 Manifestasi Akal Budi............................................................................................ 22
5.1 Pantun .............................................................................................................. 23
5.2 Syair ................................................................................................................. 25
5.3 Seloka............................................................................................................... 27
5.4 Gurindam .......................................................................................................... 29
6.0 Rumusan .............................................................................................................. 31
Bibliografi.................................................................................................................... 33
3
1.0 Pengenalan
Karya sastera ialah karya yang indah dan berfaedah yang dibentuk melalui jalinan dan
siratan bahasa (Norizam et al., 2015). Dasawarsa ini, kesusasteraan dianggap satu
bidang yang tidak pernah hilang dan pupus setiap kali zaman berganti zaman, malah ia
tetap mekar bagi setiap saat buat insan-insan yang hidup melata dan bagi mereka yang
menghargai seni ini adapun insan yang menggunakannya untuk mengisi kekosongan
jiwa. Hal yang demikian kerana, bidang seni ini memiliki keunikannya yang tersendiri
berbanding dengan bidang yang lain.
Bagi segelintir masyarakat, kesusasteraanlah bidang yang paling sempurna dan
sesuai dalam membawa dan menyampaikan keindahan pengalaman sesebuah
masyarakat kepada sekumpulan masyarakat yang lain. Keunikan ataupun
keistimewaan selalunya berhubung kait dengan kesenian, maka kesenian tersebut
secara tidak langsung meliputi bidang kesusasteraan ini yang mempunyai aspek
kehalusan penulisan dalam karya-karya yang dicipta. Walau bagaimanapun,
kehalusan dan keindahan penulisan kesusasteraan ini agak berbeza dengan penulisan
bidang ilmu lain seperti bidang ekonomi, sains, undang – undang dan sebagainya.
Berdasarkan pendapat daripada Azman Rahmat et al. (2022), kesusasteraan
Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang lahir dalam kalangan
masyarakat Melayu umumnya. Kesusasteraan juga boleh ditafsirkanbahawa ianya
merupakan sebahagian daripada budaya manusia yang merangkumi ekspresi diri
manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan
oleh mereka sendiri. Lantas, kesusasteraan juga mempunyai unsur tersurat dan
tersirat untuk mengungkapkan makna-makna simbolik di sebalik setiap madahnya.
Namun begitu, perkembangan masyarakat kita yang kian pesat pada hari ini telah
mengubah dan menjarakkan hubungan antara seni sastera dengan kehidupan kita
sendiri tanpa menyedarinya. Transfigurasi ini telah mengakibatkan sastera menjadi
satu bidang kegiatan yang khusus dan tersendiri. Sastera yang dahulunya merupakan
hak milik bersama, kini setelah menjalani revolusi seiring dengan peredaran zaman
telah berubah menjadi kegiatan yang berkaitan pernyataan diri dan hak cipta.
2.0 Takrif Kesusasteraan Melayu
4
Dalam Islam, sastera dikenali dan juga diketahui sebagai al-adabi iaitu sastera yang
lahir daripada jiwa yang halus (beradab) yang bertujuan mendidik serta mengasuh hati
nurani umat-umat dengan nilai-nilai murni sehingga jiwa mereka akhirnya turut menjadi
halus dan lembut. Sehubungan itu, sastera merupakan medium penjaga peradaban,
penghimpun ajaran serta sebuah pernyataan yang dapat mendidik manusia dengan
adab. Oleh sebab itu, karya - karya kesusasteraan Melayu ini menjadi perantara
komunikasi massa yang amat penting dalam era kini. Kandungan karya-karya yang
dihasilkan meliputi nilai, norma serta gaya hidup orang Melayu yang harus dikekalkan
bahkan diwarisi oleh generasi akan datang.
Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan berupa seni yang disampaikan melalui
perkataan dalam bahasa yang digunakan oleh sesebuah masyarakat ketika bertutur.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), perkataan kesusasteraan terhasil daripada
perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang mambawa maksud huruf atau buku indah.
Sastera dari segi makna umum ialah bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab.
Berdasarkan kamus, kesusasteraan bermaksud hasil ciptaan seni atau karya tulisan
dalam bentuk prosa atau puisi yang memiliki ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Seni
kesusasteraan pula merujuk kepada seni karang-mengarang bahan-bahan sastera
sama ada dalam bentuk prosa ataupun puisi.
Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu juga mengandungi maksud yang sama
dengan literature dalam Bahasa Inggeris. Perkataan literature itu sendiri berasal
daripada perkataan literate yang bermaksud huruf atau abjad. Perkataan literature
digunakan untuk tatabahasa dan puisi dalam bentuk asalnya. Selain itu, istilah
kesusasteraan yang digunakan dalam Bahasa Melayu pula berasal daripada perkataan
Sanskrit, iaitu sastra. Kata dasar sas- bererti mengarahkan, mengajar atau memberi
petunjuk, manakala -tra merujuk kepada alat. Oleh itu, sastra bererti alat untuk
mengajar. Awalan su- pula bererti baik atau indah. Seterusnya, imbuhan ke- dan -an
membawa maksud yang menyeluruh iaitu, segala yang tertulis, yang bernilai seni dan
estetika serta dengan maksud memberikan panduan, petunjuk dan pengajaran (Prof Dr
Hashim Awang, Artikel akademik, hal 2).
Manakala dalam konteks pendidikan pula, kesusasteraan Melayu ialah karya asal
yang bersifat asli yang tertulis dalam Bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan
kehalusan sama ada lahir dalam bentuk cerpen, drama, novel, sajak, prosa tradisional
atau puisi tradisional dengan tujuan untuk mengimbangi intelek, rohani, emosi dan
jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat kita.
Daripada definisi di atas, izharlah bahawa kesusasteraan Melayu merupakan hasil
5
karya masyarakat Melayu yang mengandungi kata-kata yang indah, menyampaikan
mesej tertentu dan menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan yang pelbagai
sama ada mengenai diri sendiri ataupun sekelompok masyarakat itu.
Natijahnya, sastera juga dianggap sebagai sebuah gambaran peribadi berbentuk
pemikiran, pengalaman, idea, perasaan, semangat serta keyakinan yang wujud dalam
bentuk gambaran konkrit yang dapat membangkitkan keperibadian melalui pengantara
bahasa tidak kira sama ada bermutu atau tidak bermutu.
3.0 Jenis, Bentuk dan Ciri- ciri Kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan Melayu banyak ragamnya dari segi jenis dan bentuk kerana
masing-masing mempunyai unsur-unsur serta aspek tertentu yang khusus yang
membentuk pola secara berbeza bagi tujuan tertentu. Secara umumnya,
kesusasteraan Melayu dari segi jenis dan bentuknya dapat dikategorikan kepada prosa
tradisional, prosa moden, puisi tradisional dan puisi moden.
3.1 Prosa Tradisional
Siti Hajar Abdul Aziz (2011) ada menyatakan yang tradisional membawa maksud yang
serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi satu laras kepada yang lain,
mempunyai gaya yang sederhana, mempunyai ciri-ciri yang lazim dan tidak berubah
mengikut peredaran masa. Dalam hal ini, prosa tradisional antara bentuk
kesusasteraan yang masih kekal hingga ke hari ini dan masih menjadi sumber
pengetahuan, amalan, pengajaran, sempadan tingkah laku atau pengenalan mengenai
masyarakat Melayu kepada masyarakat luar.
Prosa tradisional dilihat berbeza dengan sastera lama kerana sastera lama lebih
bersifat sementara. Namun, prosa tradisional mempunyai satu sifat yang diwarisi
secara turun-temurun walaupun jika dilihat dari segi jangka masa sastera itu telah lama
dihasilkan. Prosa tradisional sememangnya merupakan hasil karya seni yang
disampaikan melalui bahasa. Tujuannya adalah untuk menyatukan fahaman pencipta
dan penerimanya pada masa itu. Prosa tradisional umumnya terbahagi kepada dua
genre, iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana (tulisan).
Mengikut konsep sastera rakyat, sastera ditakrifkan sebagai output-output kreatif
yang termasuk dalamnya daya ciptaan imginasi pencipta yang memiliki atau
6
menggambarkan nilai-nilai world view itu sendiri. Masyarakat pula ialah sekumpulan
manusia yang hidup secara berkelompok serta bersifat primitif. Rakyat pula merujuk
kepada orang biasa yang hidup secara kolektif bagi membentuk satu sistem
kekeluargaan yang besar. Mereka hidup secara berkumpulan dan mengamalkan
konsep kemasyarakatan yang tebal serta berpegang teguh pada corak budaya
tradisional. Jadi, sastera rakyat merupakan karya-karya yang diinspirasikan dan
disampaikan secara lisan umumnya.
Menurut Zaidan et al. (2000: 182), sastera lisan ialah satu bentuk ungkapan dari
mulut ke mulut di mana hasil kebudayaan lisan ini dalam masyarakat tradisional yang
isinya dapat disejajarkan dengan sastera tulisan dalam masyarakat moden kini.
Dengan kata lain, karya sastera yang diwariskan secara lisan seperti pantun, nyanyian
rakyat, dan cerita rakyat. Oleh itu, sastera lisan juga dikenali sebagai sastera rakyat.
Sastera rakyat ini terbahagi kepada dua kategori, iaitu naratif dan bukan naratif.
Sastera naratif pula dikategorikan kepada mitos, legenda dan cerita rakyat manakala
sastera bukan naratif terdiri daripada puisi rakyat.
Mitos umumnya merujuk kepada cerita yang dianggap benar-benar berlaku bahkan
dianggap suci oleh empunya cerita dan masyarakat yang mempercayai dan
mendukungnya. Ianya menceritakan tentang kejadian alam semesta, manusia,
binatang, tumbuh-tumbuhan serta perihal bentuk muka bumi. Tokoh-tokoh yang
terlibat pula ialah terdiri daripada makhluk halus, dewa ataupun separuh dewa yang
dipercayai wujud pada zaman dahulu. Antara ciri mitos ialah peristiwa yang berlaku
pada zaman lampau dianggap benar-benar terjadi dan dianggap keramat serta
memberikan kesan kepada masyarakat.
Mitos dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada tiga jenis iaitu mitos asal usul,
mitos institusi sosial dan mitos politik. Namun begitu, cerita-cerita mitos ini banyak
mengalami kecairan sehinggakan kadang-kadang tidak lagi menjadi mitos ekoran
daripada pengaruh agama yang dianuti oleh majority masyarakat pada ketika itu.
Seterusnya ialah legenda yang merupakan cerita yang dipercayai benar-benar
berlaku tetapi berbeza dengan mitos kerana ianya tidak dianggap suci. Tokohnya pula
terdiri daripada manusia yang memiliki sifat luar biasa. Ciri-ciri legenda termasuklah
ianya sejenis komunikasi lisan yang bercorak cerita berasaskan kisah-kisah tokoh atau
pahlawan terdahulu. Latar masa dan sejarahnya pula tidak semestinya masa lampau,
tetapi masih lagi ada hubung kait dengan masa silam. Selain itu, kisahnya turut ada
kaitan dengan zaman sekarang kerana kepercayaan terhadap legenda keramat seperti
7
Perigi Hang Tuah. Tokoh mempunyai sifat luar biasa serta kejadian tersebut
dipercayai benar – benar terjadi.
Antara jenis legenda dalam masyarakat Melayu ialah legenda keagamaan, iaitu
cerita berkisar tentang orang alim dan penyebar agama. Tokoh tersebut
sememangnya wujud dan menjadi bualan masyarakat hingga bertukar menjadi
supernatural, misalnya Habib Noh dan Tok Kenali. Manakala jenis yang kedua ialah
legenda alam ghaib ataupun memorat yang juga dianggap benar-benar terjadi.
Legenda jenis ini khususnya berfungsi untuk menegakkan kebenaran berkaitan dengan
sesuatu kepercayaan masyarakat. Lazimnya legenda ini berkaitan dengan
pengalaman peribadi seseorang tetapi mempunyai unsur tradisional seperti
pengalaman menziarahi ke alam ghaib seperti dunia hidup orang bunian.
Selain itu, cerita rakyat pula berbentuk prosa dan tidak dianggap benar-benar
berlaku. Cerita rakyat menjadi sumber hiburan, menegakkan kebenaran serta
mengandungi moral atau sindiran. Cerita binatang ialah antara jenis cerita rakyat.
Cerita ini ditokohi oleh binatang yang mempunyai gambaran sikap dan tingkah laku
seperti manusia. Kebiasaannya watak utama binatang bersiaz kecil tetapi cerdik
manakala watak antagonis ialah binatang besar tetapi kurang cerdik dan dianggap
bodoh. Misalnya, cerita Sang Kancil menipu Gergasi mengisahkan kecerdikan Sang
Kancil menggunakan helah bagi menghalau gergasi yang mengganggu ketenteraman
tempat tinggal penduduk kampung.
Akhir sekali, sastera tulisan yang mula diperkenalkan setelah penerimaan Islam
sekitar abad ke-15 dan berkembang dalam istana. Sastera hikayat dikategorikan
kepada tiga jenis berdasarkan unsur-unsur yang terdapat di dalamnya, iaitu unsur
Hindu, Islam dan Hindu-Islam. Contoh sastera hikayat ialah Hikayat Gul Bakawali,
Hikayat Seri Rama dan Hikayat Raja Pasai. Genre ini kemudiannya terbahagi kepada
dua kumpulan, iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Contoh bagi sastera
undang undang ialah Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka dan
Undang-undang Pahang. Manakala sastera undang-undang Adat Perpatih hanya
diamalkan di Negeri Sembilan sahaja.
Sastera panji merupakan karya yang isinya berkisar tentang kisah pengembaraan,
percintaan dan peperangan. Watak pula bergelar Panji. Selama berkelana, Panji
menghadapi pelbagai peristiwa hingga akhirnya bertemu dengan buah hatinya.
Contohnya, Hikayat Cendawan Putih.
8
3.2 Prosa Moden
Berdasarkan pendapat daripada Annas Hj Ahmad (1988:152), hasil karya sastera
selepas tahun 1800 Masihi telah digolongkan dalam sastera moden. Pembahagian
dari segi masa ini sekadar bertujuan untuk memudahkan kita memahami bentuk dan
unsur perbezaan dalam sastera Melayu. Misalnya, sajak bebas pada hari ini
merupakan suatu penyimpangan daripada bentuk puisi lama seperti pantun dan syair.
Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi merupakan pengkarya sastera Melayu Moden.
Antara hasil karya beliau yang terkenal ialah Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran
Abdullah.
Cerpen pada asasnya ialah gabungan dua perkataan, iaitu cerita dan pendek.
Cerpen mula berkembang apabila kegiatan persuratkhabaran Melayu mencapai zaman
kegemegahannya sekitar tahun 1930-an. Cerpen bukan sahaja menjadi alat yang
digunakan untuk menggambarkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang
malahan juga memberi gambaran tentang suatu zaman, sama ada berkaitan masalah
sosial, politik atau ekonomi. Cerpen selalunya berkisar mengenai sesuatu kejadian
atau peristiwa yang dijadikan sebagai fokus utama. Cerpen juga kebiasaannya
membawa satu tema sahaja dan beberapa persoalan bagi menghasilkan kesan tertentu
yang mendalam kepada pembaca. Dari segi perwatakan pula, cerpen menekankan
perkembangan watak kepada beberapa orang tertentu sahaja. Hal ini bererti bahawa
watak-watak lain hanyalah bertujuan untuk memperkukuhkan kewibawaan ataupun
peranan watak utama sahaja. Dalam penulisan cerpen, kebiasannya hanya terdapat
satu plot sahaja dan plot inilah yang dikembangkan dan diolah dengan rapi, teliti dan
tidak rumit.
Novel pula merujuk kepada prosa rekaan yang panjang yang di dalamnya termuat
sebahagian daripada sebuah kisah kehidupan. Istilah novel berasal daripada bahasa
Itali, iaitu novella yang bermaksud satu benda kecil yang baharu. Novel mengisahkan
kejadian yang ditumpukan kepada sebahagian daripada kehidupan manusia pada
suatu tempat dan masa tertentu. Mengikut pendapat daripada Shahnon Ahmad
(1972:4), novel ialah satu bentuk pentafsiran rencam hidup manusia yang terbina dalam
bentuk sastera cereka di mana ianya merangkumi tiga faktor utama yang saling berkait
rapat iaitu pengalaman peribadi, realiti rencam hidup dan imaginasi. Idea bernas yang
tercetus daripada ketiga-tiga rangkuman ini bukan sahaja berkisar mengenai tahap
kehidupan seseorang manusia bahkan boleh berlegar di sekitar kehidupan selain
daripada manusia itu sendiri.
9
Drama juga tergolong dalam genre prosa moden. Ianya merupakan salah satu
bentuk karya sastera di mana penulis menyampaikan mesej atau pemikiran melalui
lakonan berserta dialog. Menurut Erwan Juhara (2014), drama merupakan jenis karya
sastera yang dihasilkan berdasarkan unsur intrinsik iaitu satu kesatuan yang
membentuk karya secara keseluruhan. Antara unsur yang mendukung drama itu ialah
skrip drama itu sendiri yang menjadi panduan kepada pengarah dan anggota lain yang
turut terlibat. Bagi melakonkan sebuah jalan cerita, pelakon ataupun watak yang
memegang setiap peranan yang ditulis dalam skrip juga merupakan orang penting
dalam unsur pementasan drama. Selain itu, pentas ataupun panggung bagi tujuan
pementasan juga penting dalam sesuatu pementasan drama itu. Dalam
melaksanakan pementasan beberapa aspek seperti cahaya, bunyi, pakaian ataupun
disebut kostum, tata rias dan penonton juga amat penting bagi memastikan
kesempurnaan pementasan drama itu.
3.3 Puisi Tradisional
Puisi ialah genre sastera terawal bagi semua bangsa di dunia. Masyarakat Eropah
menggunakan puisi bagi menghasilkan dua buah epik yang berjudul Iliad dan Odyssey.
Masyarakat Hindu juga menggunakan puisi untuk melahirkan Mahabharata dan
Ramayana. Menurut Harun Mat Piah (1989), antara genre dalam puisi tradisional itu
ialah pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki,
peribahasa, rubai, masnawi dan sebagainya. Empat jenis puisi tradisonal yang selalu
dipelajari iaitu pantun, gurindam, syair dan seloka.
Pantun merupakan kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan
masyarakat Melayu. Semenjak orang Melayu belum tahu surat menyurat pun mereka
telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun antara mereka (Za'abaa,
1978). Bentuk pantun dapat dilihat berdasarkan bilangan baris dalam rangkap laitu
pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, dua belas kerat dan pantun
berkait. Pantun yang agak terkenal ialah empat kerat dan dua kerat. Ciri-ciri pantun
pula bergantung kepada bilangan baris dalam rangkap. Misalnya, bagi pantun empat
kerat baris satu dan dua ialah pembayang manakala baris tiga dan empat ialah maksud.
Bilangan perkatan bagi setiap baris ialah 4 hingga 6 patah perkataan dan bilangan suku
kata ialah antara 8 hingga 12. Rima atau bunyi akhir pula adalah sejajar iaitu bagi
pantun dua kerat 'a', 'a', manakala bagi pantun empat kerat pula rima akhir berbentuk 'a',
'b', 'a', 'b'.
10
Jenis-jenis pantun dapat dibahagikan bergantung pada fungsi dan kandungan pantun
itu sendiri.
a. Menghibur
Dalam semak ada kebun,
Dalam kebun ada para;
Dalam gelak ada pantun,
Dalam pantun ada bicara.
b. Nasihat
Pohon mengkudu tumbuhnya rapat,
Rapat lagi pohon matahari;
Kawan seribu mudah dapat,
Sahabat setia payah dicari.
c. Menduga Akal
Buah bidara masak mengkal,
Masak sebiji di tepi pantai;
Hilang budi bicara akal,
Buah apa tidak bertangkai?
d. Meluahkan Perasaan
Lubuk Kelah banyak ikan,
Tempat nelayan menebar jala;
Puas sudah saya hiburkan,
Siang malam terkenang juga.
e. Menyampaikan Hasrat Seni
Anak Cina bertimbang madat,
Dari Pasak langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak dijual beli.
11
Bentuk:
a. 2 Kerat
Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.
b. 4 Kerat
Kalaulah jadi pergi ke ladang,
Kain Panjang cari dahulu;
Kalaulah jadi pergi berdagang,
Induklah semang cari dahulu.
c. 6 Kerat
Bergayut-gayut si anak ungka,
Cukup takut bila dimandi,
Lari keluar masuk ke kota;
Sayang saudara masa bersuka,
Sayang emak sayang abadi,
Sayang kekasih masa bercinta.
d. 8 Kerat
Korek perigi di parit seberang,
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Tuan pergi dagang seorang,
Tuan saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
Pandai-pandailah membawa diri.
Seterusnya, gurindam sebagai satu bentuk puisi Melayu tradisional seperti mana
yang dikenali sekarang yang diperkenalkan oleh Raja Ali haji melalui 'Gurindam Dua
Belas' yang dikarang pada tahun 1846. Bentuk gurindam adalah terikat, iatu terdiri
daripada dua baris serangkap yang memiliki tiga hingga enam patah perkataan dengan
12
skima rima akhir 'a' ‘a’ manakala suku kata gurindam dalam sebaris ialah antara 8
hingga 12 suku kata. Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk
melengkapkan keseluruhan idea penulisnya. Bahasanya yang bernas dan serius
manakala isinya mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan
perasaan cinta.
Contoh Gurindam (Gurindam 12 Raja Ali Haji)
Gurindam 12 fasal 1
barang siapa tiada memegang agama
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama
barang siapa mengenal yang empatmaka yaitulah orang yang makrifat
barang siapa mengenal Allah
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah
barang siapa mengenal diri
maka telah mengenal akan tuhan yang bahri
barang siapa mengenal dunia
tahulah ia barang yang terperdaya
barang siapa mengenal akhirat
tahulah ia dunia mudharat
Syair pula merupakan sejenis puisi berlagu yang dikatakan berasal dari Parsi dan
telah dibawa masuk ke Nusantara bersama sama kedatangan Islam. Syair telah
diubahsuaikan mengikut kesesuaian bahasa Melayu Klasik ketika itu. Namun begitu,
A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah sedia
wujud tetapi namanya telah diubah.
Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat baris serangkap dengan
rima akhir 'a', 'a', 'a', 'a'. Manakala setiap baris mengandungi 4 hinggan 5 patah
perkataan dan suku kata pula 8 hingga 12 bagi setiap baris. Pada setiap baris
terdapat suatu hentian dan setiap rangkap memerlukan beberapa rangkap yang
berurutan untuk memberi idea yang lengkap. Syair juga merupakan suatu pernyataan
13
yang berlarutan contohnya, untuk mengemukakan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat
dan puji-pujian. Setiap untai syair mempunyai awalan dan akhiran.
Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman
Deli tua negerinya itu
Kotanya kukuh berpagar batu,
Rasarnya ramai bukan suatu,
Tiada berbanding di zaman itu.
Baginda berputera tiga orang jua,
Laki-laki konon putera yang tua,
Puteri cantik putera kedua,
Parasnya elok jarang tersua.
Putera yang bongsu laki-laki jua,
Parasnya elok tiadalah dua,
Menarik hati orang semua,
Dikasihi rakyat muda dan tua.
Adapun akan dulu baginda,
Isterinya lama sudah tiada,
Banyak dicari gadis dan janda,
Hati baginda penuju tiada.
Beberapa lama demikian itu,
Di atas takhta konon sang ratu,
Dengan kehendak Tuhan yang satu,
Baginda pun gering suatu waktu.
Baginda nan gering bukan kepalang,
Badannya kurus tinggallah tulang,
Tabib pun selalu datang berulang,
Mengubati baginda raja terbilang.
Tabib berusaha bersungguh hati,
Menolong baginda raja berbakti,
Sudahlah takdir Rabbulizzati,
14
Penyakit tak dapat lagi diubati.
Pertolongan tabib tiada berfaedah,
Semakin payah sultan yang syahdah,
Ajal baginda hampirlah sudah,
Ke negeri yang baqa akan berpindah.
Dengan hal yang demikian itu,
Penyakit menggoda setiap waktu,
Ubat pun tiada dapat membantu,
Baginda pun mangkat ketika itu.
Baginda berpulang ke rahmatullah,
Takhta kebesaran semua tinggallah,
Harta dunia sudah terjumlah,
Kepada yang lain diberikan Allah.
Menurut Harun Mat Piah (1989), istilah 'seloka' berasal daripada perkataan Sanskrit
'shloka' yang bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka dipercayai dan
diketahui di alam Melayu semasa perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara.
Dipercayai bahawa teks Mahabharata (100,000 rangkap) dan Ramayana (24,000
rangkap) merupakan naskhah terawal yang tertulis dalam bentuk seloka.
Sebagai satu bentuk puisi tradisional yang bercorak karangan berangkap atau
bahasa berirama, seloka juga berupa pepatah, bidalan atau perumpamaan yang
mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Sungguhpun
begitu, isi dan mesejnya tetap sarat dengan sindiran yang berguna untuk menjadi
pengajaran dan teladan oleh pendengar atau pembaca. Sebahagian besar seloka
Melayu ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris serangkap seperti pantun seloka
namun binaannya lebih mirip kepada bentuk pantun atau syair. Turut ditemui seloka
yang ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap barisnya menjadi isi puisi berkenaan
seperti Seloka Pak Kaduk, Seloka Pandai Pak Pandir dan Seloka Emak Si Randang.
Contoh seloka bentuk bebas :
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
15
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.
(Anak Laut, hlm. 9)
3.4 Puisi Moden
Sajak ialah satu-satunya genre puisi dalam puisi moden yang bersifat lebih bebas tetapi
terikat sesuatu pola khusus walaupun ada ketikanya memerikan ciri matra, rima dan
rentak. Sajak lebih mengutamakan keberkesanan penyampaian pengucapan
perasaan melalui pemilihan dan pemakaian kata-katanya yang saling berkait dan
terjalin menurut erti serta irama. Menurut Hashim Awang (1984), sajak ialah puisi
baharu yang popular yang lahir sebagai pilihan kepada puisi tradisional.
Bagi H. B. Jassin (1983) pula, sajak ialah madah ungkapan perasaan dengan
perasaan yang di dalamnya mengandungi fikiran dan tanggapan seseorang. Ini bererti,
sajak merupakan suara hati atau luahan perasaan penyairnya. Sajak terlahir daripada
jiwa dan perasaan tetapi perlu diingati bahawa sajak yang baik bukan mainan kata
semata-mata. Sajak yang baik mempamerkan gagasan serta pemikiran yang dapat
menjadi renungan kepada masyarakat sejagat. Ianya juga terbentuk daripada
kata-kata yang terbaik dalam susunan yang terbaik. Kata-kata terbaik di sini
bermaksud wujudnya nilai rasa dan nilai erti yang seimbang serta bersifat harmonis
antara kata dan maksudnya.
Sebagai puisi moden, sajak sama sekali tidak terikat pada peraturan seperti aspek
pemilihan kata atau diksi, pembentukan rangkap, baris serta pematuhan skima rima
akhir seperti dalam puisi tradisional. Satu lagi ciri puisi Melayu moden ialah adanya
nama penulis sebagai pengakuan hak ke atas sesebuah karya tersebut walaupun
menggunakan nama samaran atau nama pena. Hal ini bercanggah dengan ciri – ciri
puisi Melayu tradisional yang bersifat kolektif iaitu milik bersama.
16
Konklusinya, puisi Melayu moden adalah hal karya kreatif yang memiliki bentuk
yang bebas dan tersendiri mengikut idea penulisnya ataupun penyair. Sajak juga tidak
terikat pada norma-norma tertentu seperti yang terdapat dalam puisi tradisional.
Mengikut Muhammad Hj Salleh (1991), rentak dan baris serta bait (rangkap) puisi
Melayu moden lebih mengikut nafas, fikiran dan cara bertutur yang tidak disekat dan
ditentukan panjangnya oleh peraturan lama seperti dalam pantun dan syair.
Tambahan beliau lagi, puisi Melayu moden menggambarkan suasana serta pandangan
terhadap yang lebih moden.
Contoh Sajak :
Damai (Tanahairku Dan Dunia)
Usman Awang
Sisa hidup ini hendak kita pelihara
juga tanah, pohon dan buah-buah
juga tulang, daging dan darah
jangan suara jadi parau di musim kemarau.
Tapi tanah kami sudah kerecikan api
lama bermula, tidak hilang sampai kini
dan meski tawaran damai sudah diberi
orang masih tidak peduli!
Pohon getah dan tanah mengandung bijih
rebutan manusia daerah asing
kita gali kubur dan masuk berdiam di dalamnya!
Damai - seruan dan tawaran
damai - untuk tanahairku dan kemerdekaan
damai - untuk dunia dan kesejahteraan!
4.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu dalam Aspek
4.1 Hiburan
17
Keperluan mahupun kehendak untuk menghiburkan secara tidak langsung akan
melahirkan karya sastera yang memberi keseronokan serta keindahan ketika
membacanya. Hiburan umumnya terbentuk daripada keindahan kata-kata yang
diungkapkan, irama atau rentak elok yang dapat mengisi kekosongan jiwa bahkan ianya
juga terhasil apabila kata-kata yang diungkapkan tersusun indah dengan irama dan
rentaknya serta kemampuan sesebuah karya sastera untuk membelai emosi pembaca
atau pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya. Fungsi hiburan yang memiliki
pelbagai kepentingan ini telah menjadikan karya sastera seperti cerita penglipurlara
diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan disanjungi pada suatu ketika
dahulu.
Pantun misalnya merupakan karya sastera yang sangat popular kerana
kelebihannya membawa keindahan yang menghiburkan. Pantun turut disampaikan
dalam pelbagai variasi yang kian menambahkan fungsi menghiburkan seperti ada
pantun yang dijadikan lirik dikir barat di Kelantan bahkan terdapat juga rangkap pantun
yang ditukarkan menjadi lirik lagu popular. Kebolehan pantun untuk bertahan sebagai
karya sastera yang popular sehingga kini membuktikan bahawa unsur hiburan ini boleh
diketemui dalam pantun.
Selain itu, unsur hiburan ini boleh didapati dalam karya sastera rakyat iaitu cerita
jenaka. Misalnya, Pak Kaduk antara cerita jenaka yang sangat terkenal untuk
menonjolkan unsur hiburan ini. Sebagaimana yang kita ketahui cerita ini mengisahkan
watak utama Pak Kaduk yang gila berlaga ayam. Cerita ini bukan sahaja bertujuan
untuk menghiburkan tetapi ianya juga sarat dengan mesej dan pengajaran yang ingin
disampaikan. Antaranya ialah sistem tradisional yang meletakkan pemerintahan
beraja sebagai suatu pemerintahan yang bercorak feudalisme. Secara halusnya,
cerita ini juga cuba menyedarkan kita dengan perbuatan yang sia-sia seperti berjudi
yang tidak mendatangkan sebarang faedah tetapi hanyalah kerugian semata-mata.
Dalam sastera moden terdapat juga novel contoh terbaik iaitu novel Anak Mat Lela
Gila karya Ishak Haji Muhammad yang (lebih dikenali sebagai Pak Sako pada tahun
1966 telah diterbitkan semula oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) pada
tahun 2012. Menerusi karya ini beliau menyampaikan idea berunsur kritikannya
terhadap masyarakat secara tersirat, dengan gaya bahasa lama tetapi masihdapat
difahami dengan mudah. Novel ini mengisahkan seorang pemuda yang dianggap
kurang siuman oleh penduduk kampungkerana kelakuannya yang suka membersihkan
laman masjid namun tidak pernah menjengah ke dalamnya. Walaupun novel ini
diterbitkan 40 tahun yang lalu, namun Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako sepertinya
18
sudah tahu penyakit yang akan membelengu kehidupan generasi akan datang.
Kebanyakan isu-isu masyarakat yang diketengahkan, dapat kita rasakan dan ketahui
pemikiran Pak Sako yang seperti merentasi zamannya.
19
4.2 Pendidikan
Karya sastera juga bertujuan untuk memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada
masyarakat kita. Fungsi ini telah menjadikan karya sastera sebagai suatu bahan yang
dapat mencetuskan kesedaran kepada masyarakat, mengubah gaya pemikiran, serta
memberi ruang untuk masyarakat menyerap nilai-nilai moral yang dibawa dalam
sesebuah karya sastera. Misalnya, cerita Sang Kancil dengan Buaya yang cukup
terkenal bukan sekadar kerana ceritanya menghiburkan tetapi kebolehannya untuk
menyampaikan nilai, unsur moral dan pengajaran yang berguna kepada masyarakat.
Tanpa kita menyedarinya, kita dibesarkan dalam asuhan moral yang sangat
mementingkan sikap tolong menolong dan mencegah sikap tidak mengenang budi yang
dibawa dari cerita tersebut.
Di negara kita, Malaysia, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah diperkenalkan
sejak tahun 1957 lagi yang bermatlamat untuk membolehkan pelajar atau rakyat
Malaysia menjiwai unsur dan nilai murni yang meliputi aspek kerohanian, kemanusiaan,
kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan, menanam perasaan bangga dan
cinta akan tanah air dalam satu wawasan budaya kebangsaan yang dihasratkan agar
tercapai. Dengan adanya pendidikan Kesusasteraan Melayu ini dapatlah
mencerminkan masyarakat kesenian yang kreatif, mampu mengkaji keindahan karya
sastera dan menguasai kemahiran berbahasa bahasa Melayu.
Peranan sastera terutamanya sastera Melayu ialah dapat membina insaniah dalam
kehidupan manusia. Hal ini amat bertepatan dengan konsep membina 'modal insan'
yang turut diharap-harapkan oleh pemimpin negara. Kita semestinya tidak mahu
melahirkan satu bangsa yang berkelakuan seperti robot yang tidak mempunyai
nilai-nilai kemanusiaan ketika bertindak atau mengambil putusan. Senario yang kita
boleh lnampak sekarang, ramai bijak pandai dalam bidang sains dan teknologi tetapi
sayang sekali mereka gagal dalam usaha melahirkan pemimpin yang bermoral, berjati
diri dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan. Pemimpin yang tidak berjiwa seperti di
atas, merupakan manusia yang bertindak seperti hilang pertimbangan ketika bertindak.
Akibat daripada itu, masalah rasuah, keruntuhan moral sehingga membawa kepada
kemusnahan alam dan menyusahkan masyarakat sering saja berlaku pda masa kini.
Justeru untuk mengembalikan nilai sejagat yang bersifat kemanusiaan sebenarnya
terkandung dalam seni sastera ini.
20
Di peringkat sekolah, Kesusasteran Melayu memainkan peranan penting sebagai
satu cabang ilmu dan senjata yang dapat bertindak dengan meresapi dan berkembang
dalam pelbagai disiplin ilmu sejajar dengan konsep bahasa merentas kurikulum.
Sementara itu di peringkat pengajian tinggi pelajar pula telah didedahkan dengan teknik
penulisan ilmiah, rencana dan penulisan kreatif dan pelajar juga diberikan pengetahuan
tentang dunia penerbitan dan penyiaran selaras dengan matlamat pembudayaan
bahasa Melayu melalui sistem pendidikan. Tanpa kita sedari, mendidik secara tidak
langsung akan meninggalkan kesan yang jauh lebih baik daripada pendidikan secara
langsung yang mungkin dibuat dan diterima secara terpaksa.
4.3 Kritikan Sosial
Sastera ialah rakaman kehidupan yang bertindak menggali dan menyelongkar
kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi dan sudut pandang yang berbeza-beza.
Sesuatu situasi ataupun pandangan yang dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu
yang berlaku dan terjadi dalam realiti kehidupan manusia. Hal ini kerana sastera
adalah gambaran kehidupan manusia sebagaimana yang ditegaskan oleh Usman
Awang, A. Samad Said dan Dharmawijaya. Lantaran itu, karya sastera bukan sahaja
merakamkan sesuatu perkara yang luar biasa tetapi pekara yang biasa tetapi diolah
dalam bentuk karya kreatif yang indah sifatnya. Berasaskan pertimbangan bahawa
karya sastera berfokuskan masyarakat, kehidupan dan manusia, sudah tentu hubungan
dan pertalian antara ketiga-tiga entiti ini saling berkaitan. Dalam konteks masyarakat
yang pelbagai susun lapis dan kehidupan yang melatari menjadikan wujudnya jurang
dalam kalangan mereka sendiri.
Hal ini secara tidak langsung akan mempengaruhi tindakan dan susila adab sama
ada untuk tujuan menegur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej. Dalam
masyarakat kita sendiri, terdapat pelbagai watak yang mempunyai peranan tertentu.
Namun dalam keadaan tertentu, mereka tidak dapat melaksanakan tugas sebagaimana
yang telah diamanahkan. Misalnya berhubung konsep perjuangan terdapat pelbagai
tafsiran yang diketengahkan dengan merujuk dua buah karya novel iaitu Harga Sebuah
Maruah oleh Azizi Abdullah dan Titis Darah Terakhir oleh Adhyat Helmy. Dalam hal ini,
pengarang kedua-dua novel telah menggunakan landasan yang sama iaitu
menggunakan watak dapat di kesan walaupun terdapat perbezaan dari aspek cara
perjuangan tersebut dipaparkan dalam karya.
4.4 Dakwah
21
Dakwah yang berfungsi sebagai proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada
manusia tentu sahaja disampaikan melalui medium mahupun bahasa yang difahami.
Bahasa sebagai medium komunikasi dakwah ternyata amat penting dalam memastikan
keberkesanannya. Islam juga menjunjung tinggi nilai-nilai kesusasteraan. Ruang
dialektika yang terkandung dalam dunia kesusasteraan, menjadikannya mampu
menemukan warna baru dalam hasrat menyampaikan pesan suci Tuhan yang disebut
dengan dakwah. Pertemuan dan persilangan antara agama dengan kesusasteraan
pada dasarnya terlihat dalam realiti peradaban Islam sebagai agama Rahmatan Lil
Alamin dalam sejarahnya yang meletakkan agama sebagai sistem pengaturan
hubungan manusia dengan Tuhannya dan sosial mengatur hubungan antara manusia
dengan lingkungan sekitar masih tetap berjalan lancar sehingga sekarang.
5.0 Manifestasi Akal Budi
Puisi tradisional merupakan satu eleman yang penting bagi mengungkapkan pemikiran
dan akal budi orang Melayu semasa berkomunikasi. Penggunaannya sejak sekian lama
terhasil daripada pengamatan yang cukup tinggi masyarakat dahulu terhadap kejadian
alam sekeliling, tingkah laku, norma hidup, adat dan budaya. Oleh itu, puisi tradisional
ini dapat dikatakan sebagai cerminan kehalusan budi, ketinggian ilmu serta pemikiran
masyarakat Melayu dahulu ketika berbahasa.
Akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang
mendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan. Perbuatan, pemikiran dan
sikap seseorang ini diterjemahkan dalam pelbagai rupa, namun yang paling lazim ialah
dalam bentuk penghasilan karya seni, seperti seni sastera. Pengertian paling mudah
ialah budi mewakili tempat perasaan kesedaran, keyakinan dan dorongan. Oleh hal
sedemikian, budi dapat dilihat dalam pertuturan, perlakuan, kehalusan berbahasa dan
gaya hidup. Sedangkan akal atau pemikiran merupakan proses menggunakan minda
untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai
kemungkinan idea dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi terhadap proses yang
dilalui.
Manakala masyarakat menurut Syed Ismail bin Syed Mustafa dan Ahmad Subki bin
Miskon menjelaskan menjelaskan bahawa masyarakat merupakan sekelompok besar
manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya
tertentu dan mempunyai matlamat yang sama. Mereka ini terdiri daripada manusia yang
22
hidup bersama dan berorganisasi atas dasar saling berhubungan dari pelbagai aspek
gaya hidup. Manifestasi akal budi ini boleh dilihat dalam empat aspek. utama iaitu
pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup.
5.1 Pantun
Menurut Ungku Aziz (2011), pantun tidak wujud dalam kekosongan atau vakum tetapi
mempunyai mediumnya tersendiri. Pantun merupakan manifestasi terbaik seni
sastera orang Melayu. Oleh itu, menerusi pantun kita dapat mengkaji struktur sosial
bangsa Melayu lama, akal budi, sikap, pemikiran, aktiviti kehidupan dan falsafah hidup
yang mereka anuti. Pantun turut digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan
perasaan. Pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan
masyarakat Melayu. Semenjak orang Melayu belum tahu surat-menyurat pun mereka
telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun sesama mereka.
Pencipataannya terkandung dalam dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan
rangkap, sepuluh rangkap, dua belas rangkap, dan pantun berkait. Dalam apa juga
bentuk fizikalnya pantun merupakan pengungkapan yang mengandungi pembayang
maksud dan maksud. Contoh pantun:
Pantun Kiasan
(rangkap 1-3)
Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.
Buah bacang masak serangkai,
Burung dekut meniti batang;
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut di tepi gantang.
Tebang gelam tebang kenanga,
Batangnya tumbang menimpa gedung;
Kumbang mengidam nak seri bunga,
Bunga kembang di puncak gunung.
Simbol merupakan satu unsur bahasa yang penting dalam menyampai maksud
23
karya kepada khalayak pembaca. Makna simbol itu tersembunyi dalam kata atau
ungkapan yang mempunyai makna tersurat. Penggunaan simbol-simbol tertentu bagi
mewakili sesuatu makna atau idea sebenarnya bukanlah dilakukan secara sesuka hati,
bahkan keadaan ini mempamerkan kelebihan masyarakat Melayu yang kaya dengan
bahanbahan kiasan yang penuh dengan unsur-unsur simbolik. Aspek pemikiran
pantun ini dapat dilihat melalui aspek tersirat iaitu pemilihan diksi bagi pembayang yang
berkaitan dengan alam iaitu mengkuang dan individu iaitu raja Melayu. Di sini kita
dapat mentafsir bahawa mengkuang yang dikenali dengan kelebihannya yang pelbagai
haruslah dimanfaatkan sebaiknya. Tanpa kita mengetahuinya, mengkuang
sebenarnya memiliki pelbagai kelebihan dan kegunaanny berbanding unsur alam
kategori tumbuhan yang lain di mana mengkuang ini sifatnya ialah tahan lama.
Jika dijaga dengan elok dan rapi, tikar mengkuang khususnya dapat bertahan dalam
jangka masa yang lama iaitu tidak kurang daripada tiga tahun. Maksud rangkap
pertama yang boleh kita fahami ialah barangan yang lama yang sudah tidak digunakan
jangan dibuang kerana barangan itu boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lain. Pada
dahulu kala, berkemungkinan mengkuang yang mudah didapati pada ketika itu dan
sifatnya yang tahan lama telah digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat misalnya
golongan raja Melayu bertepatan dengan sifatnya yang memiliki pelbagai kelebihan.
Jika kita lihat maksud rangkap kedua pula, penyair bersikap rendah diri apabila
berada di tempat orang untuk mencari rezeki manakala maksud bagi rangkap ketiga
pula ialah secara umumnya terdapat tiga lelaki yang bertaraf rendah ingin berkawan
dengan wanita yang bertaraf terlalu tinggi. Jelas terbukti di sini, penyair ingin
mengutarakan sebuah tema iaitu kiasan terhadap pelbagai perbuatan manusia yang
akhirnya membawa kesan kepada diri sendiri. Sebagai contoh, sikap manusia yang
baik yang akan membawa kebaikan dan manfaat kepada dirinya sendiri manakala
sebaliknya iaitu manusia yang bersikap buruk serta berkeinginan membuat sesuatu
yang di luar kemampuan akan menyusahkan dam membawa kemudaratan kepada diri
sendiri.
Jikalau dilihat pada rangkap pertama, penyair cuba untuk berkias tentang gaya
hidup masyarakat dahulu yang bijak memanfaatkan sesuatu dalam pelbagai cara.
Seperti yang kita maklum, kehidupan masyarakat terdahulu yang serba kekurangan
membentuk diri mereka agar lebih bijak apabila memiliki sesuatu. Kita juga
sewajarnya mempunyai pemikiran seperti itu di mana sebagai manusia yang tahu
bersyukur, kita tidak sepatutnya mengamalkan amalan ataupun sikap yang suka
membazir. Oleh yang demikian, barangan yang masih elok tidak sepatutnya dibuang
24
begitu sahaja sebaliknya digunakan untuk fungsi yang lain. Penyair secara tidak
langsung menasihatkan para pembaca untuk lebih menghargai sesuatu perkara yang
dimiliki serta mengingatkan para pembaca agar mencegah sikap suka membazir dalm
kehidupan seharian kita.
Begitu pula dengan rangkap kedua di mana penyair menegaskan agar kita
sentiasa merendahkan diri setiap masa tidak kira di mana jua kita berada. Penyair
sendiri menggunakan pantun sebagai kiasan yang secara tidak langsung menunjukkan
sifat rendah diri ketika ingin menegur insan lain misalnya. Penyair
menggambarkannya dengan baris ketiga dan keempat dalam rangkap kedua yang
sememangnya menampakkan sifat merendah diri yang sepatutnya dimiliki oleh semua
manusia agar tidak berkelakuan bongkak walaupun berbeza dari segi pangkat ataupun
darjat. Kita juga seharusnya mengingati bahawa tiada salahnya jika merendah diri
kerana semua manusia di muka bumi ini awalnya dilahirkan tanpa memiliki apa-apapun
dan taraf kita pada ketika itu adalah sama sesama insan.
5.2 Syair
Syair pula merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu
yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Menurut Mohd Yusuf Md. Nor (1985) syair
dikatakan berasal daripada puisi Arab iaitu sy'ir tetapi bentuk syair Melayu amat
berbeza dengan bentuk syair dalam kesusasteraan Arab. Dalam bahasa Melayu, istilah
syair sudah menjadi satu istilah yang khusus. Syair Melayu tidak beracuankan syair
daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk dan acuan
asli masyarakat Melayu (Harun Mat Piah,1989). Dalam puisi Melayu tradisional, bentuk
syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh hamzah Fansuri sekitar abad
ke-16 dengan tujuan mengajarkan agama Islam. Contoh syair :
Syair Nasihat Penghujung Thamarat Al-Muhimmah
(rangkap 4-6)
Ayuhai anakanda muda remaja,
jika anakanda menjadi raja,
hati yang betul hendak disahaja,
serta rajin pada bekerja.
25
Kerja kebajikan janganlah malas,
zahir dan batin janganlah culas,
jernihkan hati hendaklah ikhlas,
seperti air di dalam gelas.
Menuntut ilmu janganlah segan,
ilmu yang benar jangan yang bukan,
iaitu ilmu yang kebajikan,
di kitab ini sudah disebutkan.
Secara keseluruhan rangkap 4 hingga 6 mempamerkan aspek pemikiran iaitu
penyair berkemungkinan sedang menyampaikan nasihat seorang ayah kepada anak
yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Berdasarkan rangkap
keempat, penyair menyampaikan nasihat seorang ayah kepada anaknya bahawa jika
suatu hari nanti anaknya menjadi pemerintah, maka dia hendaklah bertindak denagn
betul menggunakan anugerah akal yang ada serta rajinlah bekerja sepanjang masa.
Maka, kita boleh lihat di sini perlakuan manusia yang sewajarnya berusaha untuk
bertindak secara rasional ketika ingin menyelesaikan apa-apapun pekerjaan sebaliknya
elakkanlah sikap yang suka bertindak terburu-buru tanpa berfikir panjang apa yang
akan terjadi serta akibat daripada setiap perbuatan yang dilakukan.
Oleh yang demikian, kita sepatutnya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu
perkara ataupun pekerjaan kerana setiap perbuatan kita pasti ada kesannya sama ada
baik ataupun buruk. Seorang ayah juga berpesan agar kita hendaklah sentiasa rajin
berusaha jika inginkan sesuatu kerana ianya tidak akan datang bergolek tanpa ada
usaha untuk mendapatkannya. Oleh yang demikian kita sewajarnya menjauhi sikap
yang suka bermalas-malasan kerana pada akhirnya ia hanya mendatangkan kesan
buruk kepada kita sendiri.
Berdasarkan rangkap kelima pula, penyair juga menyatakan bahawa anaknya
dinasihati lagi agar rajin berbuat kebajikan dan hati perlulah ikhlas serta bersih dalam
apa-apa perkara yang dilakukan. Gaya hidup yang dipamerkan menerusi rangkap ini
jelas menekankan kita untuk sentiasa berbuat kebajikan tidak kira sebesar manapun
amal yang kita lakukan itu asalkan dimulakan serta diakhiri dengan niat yang ikhlas
melaksanakan tanpa ada sebarang sifat mazmumah di dalam hati kita ini. Oleh yang
demikian kita sepatutnya menyedari bahawa amal kebajikan yang dilakukanlah yang
kan menjadi penyeri dalam kehidupan seseorang. Alangkah indahnya jika kita hidup
dengan niat untuk berbakti kepada insan yang lain tanpa mengharapkan sebarang
26
balasan kerana ianya juga telah menjadi fitrah kepada makhluk yang bergelar manusia
untuk hidup dengan terus berbakti terutamanya kepada kedua-dua ibu bapa kita.
Akhir sekali, pada rangkap keenam pula, penyair menasihati anaknya agar tidak
bersikap malu dalam menuntut ilmu dan ilmu yang dituntut itu perlulah ilmu yang betul
seperti yang telah tertulis dalam kitab suci. Hal yang demikian kerana kita semua
mengetahui bahawa jika kita malu untuk bertanya ataupun malu untuk menuntut
sesuatu ilmu yang baharu maka kita sebenarnya berada dalal suatu keadaan yang
sangat merugikan. Fitrah manusia untuk memiliki sifat malu sebenarnya tetapi
malunya biarlah bertempat. Bukan itu sahaja, jika kita menuntut ilmu yang
sememangnya berasaskan sumber pegangan utama umat Islam iaitu Al-quran dan
As-sunnah, maka kita sudah berada di jalan yang betul. Jadi, kita sepatutnya tidak
perlu untuk malu bertanya.
Penyair di sini menekankan sifat keberanian, kerajinan dan rasional supaya para
pembaca dapat mengambil pengajaran daripadanya.
5.3 Seloka
Sebagai satu bentuk puisi tradisional yang bercorak karangan berangkap atau bahasa
berirama, seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang
mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Sebahagian
besar seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris serangkap dan
binaannya mirip kepada bentuk pantun atau syair. Bagaimanapun terdapat juga
seloka dalam bentuk bebas dan setiap barisnya mengandungi maksud. Menurut Harun
Mat Piah (1989), seloka merujuk kepada puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai
bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama ataupun
tidak.
Secara amnya, seloka terdiri, daripada ungkapan berjajar yang melebihi daripada dua
baris, mempunyai kadensa yang sama seperti talibun dan prosa berirama. Satu ciri
penting bagi seloka adalah seloka itu mempunyai maksud mengejek, menyindir secara
serius atau jenaka, mengkritik tingkah-laku dan sifat negatif. Sungguhpun begitu, isi dan
mesejnya sarat dengan sindiran yang berguna untuk menjadi pengajaran dan teladan
untuk pendengar dan pembaca. Contoh seloka :
Seloka Anak dan Ibu :
27
Wahai anak,
Sembilan bulan kau dikandung,
Dikandung pula ke sana ke mari,
Tanpa mengenal erti jemu,
Cukup masa kau dilahirkan,
Diberi nama yang cukup indah,
Semasa kecil dijaga dengan baik,
Tanpa sebarang rungutan,
Diberi pula pelbagai didikan ilmu,
Walaupun tiada ayah membantu;
Namun malang tidak berbau,
Apabila besar kau menderhakai ibu,
Kau pergi membawa diri,
Bersama isteri kau sayangi,
Kau pergi tanpa sebarang khabar,
meninggalkan ibu tunggalmu,
Hidup sebatang kara.
Aspek pemikiran bagi seloka ini ialah pengarang mengisahkan pengorbanan dan
segala jasa seorang insan yang bergelar ibu dalam membesarkan seoang anak yang
dikandung selama sembilan bulan kemudiannya ditatang bagai minyak yang penuh,
diberi didikan lahiriah dan batiniah yang secukupnya dengan tanpa sebarang rungutan
mahupun bantuan dihulurkan. Malang sungguh nasib seorang ibu, apabila sudah
besar anaknya sudah besar kepala, menderhakai ibunya, meninggalkan ibunya
seorang diri terkapai-kapai dahagakan kasih sayang yang dahulunya dicurahkan tanpa
ragu kini diibaratkan seperti perigi mencari timba oleh kerana anaknya yang lupa
daratan seperti kacang lupa kulit yang tidak berhati perut langsung melupakan segala
kesusahan dan keperitan membesarkannya sehingga menjadi manusia yang mampu
bernafas dengan leganya di muka bumi ini. Pengarang sebenarnya mempamerkan
kesengsaraan yang dihadapi oleh seorang ibu di sebalik kata-kata yang berbunyi
pasrah sahaja.
Gaya hidup yang dapat kita lihat menerusi seloka ini ialah mengisarkan tentang
seorang anak yang tidak mengenang budi ibu yang telah membesarkannya selama
berpuluh-puluh tahun itu. Tanpa dia menyedarinya, si ibu menghadapi kesusahan
membesarkannya lebih besar daripada apa yang kita mampu bayangkan. Seloka ini
28
juga menunjukkan derhakanya seorang anak apabila meninggalkan wanita pertama
dalam hidupnya iaitu ibunya seorang diri setelah menemukan wanita lain yang jika
dibandingkan baru sahaja muncul dalam kehidupannya.
Kesengsaraan dan kepedihan hati yang si ibu tanggung dapat kita rasakan apabila
dia ditimpa bencana malang yang berpunca daripada darah dagingnya sendiri tanpa dia
meminta untuk diperlakukan sebegitu rupa. Alangkah pilu hati, alangkah pedih hatinya.
Di sebalik penderitaan yang dikisahkan ini, pengarang sebenarnya telah menyuntik
kesedaran besar kepada masyarakat supaya menghargai kedua-dua ibu bapa kita
kerana merekalah segala-galanya dalam kehidupan ini. Hidup kita hilang serinya
apabila kita kehilangan salah seorang daripadanya. Alangkah sayu hati ini jika
scenario ini masih terdapat dan berlaku dalam kehidupan kita pada hari ini.
Oleh itu, pembaca seharusnya mengambil iktibar daripada seloka ini dengan
menghargai orang tua kita seadanya dan menghormati mereka setiap masa.
5.4 Gurindam
Gurindam sebagai suatu bentuk puisi Melayu tradisional seperti mana dikenali
sekarang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui "Gurindam Dua Belas" yang dikarang
pada tahun 1846. Bentuk gurindam adalah terikat, iaitu terdiri daripada dua baris
serangkap mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dengan skima rima akhir,
'a','a'. Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan
keseluruhan idea. Isinya mengadungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan
perasaan cinta. Menurut kamus Dewan (1984), gurindam ialah puisi yang terdiri
daripada dua baris dan berisi dengan berbagai-bagai pengajaran. Manakala, Za'aba
(1965) menjelaskan gurindam sebagai sejenis syair melarat yang tetap sukatannya atau
rangkapnya. Isinya mengandung fikiran yang bernas dengan bahasa yang riang dan
dinyanyikan. Contoh gurindam :
Gurindam Berlapis
(ramgkap 1-3)
Kalau suka hisap rokok,
Kalau suka duduk di tembok,
Tentu akal susah tokok.
29
Kalau cakap tak cermat,
Kalau kelakuan tak hormat,
Tentu hidup tak selamat.
Kalau makan terlalu lekit,
Kalau minum terlalu sedikit,
Tentu penyakit mudah jangkit.
Secara keseluruhannya, pengarang ingin mengisahkan ataupun memberi
peringatan kepada kita semua secagai pembaca tentang amalan-amalan yang tidak
sihat yang hanya memberi kesan buruk dalam kehidupan kita jika terus
mengamalkannya. Amalan seperti merokok sememangnya memberikan pelbagai
kesan negatif kepada perokok. Sememangnya tidak dinafikan lagi salah satu
daripadanya ialah merosakkan insaniah seseorang di mana apabila terlalu asyik dan
ketagih dengannya, secara tidak langsung seseorang itu tidak akan memikirkan lagi hal
kehidupannya yang lain. Sebagai contoh, pelajar yang merokok selalunya tidak
mementingkan lagi soal pendidikannya sebaliknya terus terjerumus dalam kancah
tersebut. Tuntasnya, pengarang cuba menggambarkan kesan jika kita melakukan
semua perbuatan sia-sia itu.
Berdasarkan rangkap pertama, pengarang cuba menggambarkan seseorang yang
suka menghisap rokok dan duduk di tepi-tepi tembok tanpa menyedari langsung
bahawa perbuatan tersebut tidak mendatangkan sebarang faedah, malah ianya
membuang masa. Seperti yang kita ketahui, amalan menghisap rokok boleh
mendatangkan kesan buruk kepada diri manusia seperti menghidap penyakit strok,
paru-paru dan sakit dada. Lebih parah lagi, semua penyakit tersebut jika tidak dirawat
dan terus dibiarkan, seseorang berkemungkinan maut akibat daripada amalan tersebut.
Pengarang juga ingin mengatakan bahawa jika kita tidak memiliki pengetahuan ataupun
hanya memiliki pengetahuan yang cetek mengenainya, mana mungkin kita akan
mencegahnya sebaliknya terus dengan tabiat buruk tersebut tanpa memikirkan
padahnya. Perlakuan bagi rangkap ini menunjukkan manusia yang memiliki akal
pengetahuan yang cetek mengenai kesan daripada terus mengamalkan tabiat buruk
yang bukan sahaja membahayakan kesihatan malah menjadikan seseorang itu pendek
akal secara logiknya.
Pada rangkap kedua pula, pengarang menekankan bahawa percakapan adalah
sesuatu patah perkataan yang diucapkan keluar daripada mulut seseorang, ia bukan
30
sesuatu yang empirikal. Percakapan haruslah dijaga dan diucapkan dengan
sopan-santun, lemah-lembut, merendahkan suara ketika bercakap dengan orang yang
lebih berusia. Manakala kelakuan pula ialah tingkah-laku yang boleh dizahirkan oleh
manusia. Selain percakapan, kelakuan juga harus dijaga jika hendak hidup selamat
didunia dan di akhirat. Di sini, pengarang ingin memberi nasihat kepada mesyarakat
bahawa kita sewajarnya menjaga kesantunan ketika berbahasa khususnya.
Hal yang demikian akan membantu kita untuk hidup dalam keadaan yang harmoni
dan bahagia tanpa sebarang masalah yang timbul seperti masalah perkauman. Kita
boleh cuba membayangkan jika terus berlakuan tidak sopan seperti tidak menghormati
orang lain, hidup kita tidak akan tenteram bahkan dilanda pelbagai masalah lagi. Oleh
yang demikian, kita sewajarnya menyantuni sesama manusia luntuk beroleh kehidupan
yang lebih aman dan bahagia. Gaya hidup yang cuba digambarkan oleh pengarang
ialah masyarakat yang hidup dengan mengamalkan budi bahasa serta menghomati
antara satu sama lain yang akan membawa kesan baik kepada semua pihak.
Akhir sekali, pada rangkap ketiga pula pengarang ingin menasihati kita untuk
menjaga pemakanan di mana melalui penjagaan pemgambilan pemakanan yang
seimbang sudah tentu kita akan beroleh kipehidupan yang lebih sihat dan bermutu di
mana ianya merupakan keinginan buat semua pihak yang igin terus menikmati
kehidupan di dunia ini dalam jangka masa yang lagi lama. Oleh yang demikian, gaya
hidup yang dipamerkan di sini ialah masyarakat seharusnya mementingkan aspek
pemakanan dalam kehidupan supaya memilki kesihatan yang terjamin.
Justeru kita seharusnya mengamalkan amalan yang sihat serta mencegah
perbuatan ataupun amalan yang tidak sihat lagi tidak berfaedah jika inginkan kehidupan
dengan masa depan yang lebih cerah kerana semua masyarakat layak memilikinya.
6.0 Rumusan
Sastera zaman awal tidak bernama kerana ianya lebih bersifat kolektif dan
pengarang-pengarang pada ketika itu tidak mementingkan nama sama sekali. Tradisi
sastera Melayu secara umumnya bermula dengan kewujudan suku bangsa Melayu.
Pada abad ke-17 iaitu selepas tahun 1600M timbul kesedaran dalam kalangan
pengarang untuk membukukan hasil-hasil sastera lama. Sastera zaman awal kita
ketahuiyang ianya berunsur hiburan, sejarah, lagenda dan mitos.
Cerita-cerita hanya disampaikan secara lisan dan hampir kesemuanya berkaitan
31
kehidupan masyarakat Melayu yang sejahtera dan dikelilingi alam semula jadi yang
menghijau. Cerita-cerita ini disampaikan dengan penuh gaya serta intonasi yang
cukup menghiburkan, terutamanya kepada golongan kanak - kanak. Bahkan, turut
diselitkan mesej - mesej dan ajaran - ajaran yang menjadi panduan dalam kehidupan
seharian masyarakat suatu ketika dahulu.
Tanpa kita menyedari, karya-karya kesusasteraan Melayu memainkan peranan
penting dalam menyampaikan sesuatu mesej dan secara tidak langsung menjana
kebijaksanaan insan dalam kalangan masyarakat Melayu umumnya. Elemen
kebijaksanaan ini disampaikan dan diekspresikan melalui pelbagai bentuk ilmu yang
terkandung dalam teks kesusasteraan Melayu tradisional mahupun moden untuk
diserap dan dicerna dek akal khalayaknya. Para pengarang yang berilmu lagi
bijaksana mencurahkan ilmu, idea dan kebijaksanaan mereka ke dalam karya
khususnya melalui watak-watak dan situasi yang mereka hasilkan.
Melalui proses kognitif pula, unsur kebijaksanaan dan kesenian yang ditampilkan
menerusi watak-watak dalam karya pula akan diambil iktibar oleh khalayak
kesusasteraan Melayu tradisional sebagai contoh, teladan, panduan dan pedoman
ketika menjalani kehidupan seharian yang nyata. Hal ini telah membuktikan salah satu
peranan yang dimainkan oleh kesusasteraan Melayu iaitu sebagai alat komunikasi
massa sejajar dengan model komunikasi Wilbur Schramm.
32
7.0 Bibliografi
Azman Rahmat., Mohd Nazri Zainuddin., Shamsudin Abu Bakar., Abdul Rani Hassan &
Hasnah Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu.
Pustaka Al-Ehsan
Harun Mat Piah; (1989). Puisi Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang. (1985) Mendekati Kesusasteraan Melayu. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Khairuddin Ayip., Tan Cl., Zainurin Hasbullah., & Esah Bujang. (2017). Impak Pt3.
Global Mediastreet Sdn. Bhd.
Md Hasri. (2021). KESUSASTERAAN MELAYU. Academia.edu.
https://www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU
Norizam, M., Bahri, S., & Radzi, M. (2015). KESUSASTERAAN MELAYU
TRADISIONAL SEBAGAI WADAH KOMUNIKASI MASSA: SUATU
ANALISIS. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid, 31(2),
183–194. http://journalarticle.ukm.my/10011/1/V31_2_12.pdf
Romina Kajuice. (2021). Pengenalan Kesusasteraan Melayu. Academia.edu.
https://www.academia.edu/27826213/Pengenalan_Kesusasteraan_Melayu
Shahnon Ahmad. (1987). Polemik sastera Islam-Kassim Ahmad, Shahnon Ahmad.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abd. Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon. (1969). Budaya dan Pembelajaran.
Penerbit Multimedia.
33
34